Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3,
Puan....... atas tunjuk ajar dan bantuan beliau bagi saya menyiapkan produk Lampu Meja Ajaib ini.
Ucapan yang sama ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Encik.... dan Puan...... atas
dorongan dan sokongan mereka sehingga saya berjaya menyiapkan produk ini. Tidak lupa kepada
sahabat saya, iaitu Jaden dan Jonathan serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung sepanjang tempoh saya menyiapkan produk ini.

ABSTRAK

Produk Lampu Meja Ajaib ini dihasilkan dengan tujuan mendinginkan udara dan menyamankan
badan pengguna. Pengguna lampu meja didapati berasa panas tatkala menggunakan lampu meja
kerana lampu meja menghasilkan cahaya dan haba. Melalui proses penyelesaian masalah secara
inventif, reka bentuk elektrik dan reka bentuk mekanikal telah dipilih untuk digabungkan bagi
menghasilkan reka bentuk Lampu Meja Ajaib.Reka bentuk ini membolehkan produk mendinginkan
udara dan menyamankan badan pengguna.Laporan ini turut memuatkan langkah-langkah
menghasilkan produk.Keputusan yang diperoleh daripada pengujian dan penilaian yang telah
dijalankan membuktikannya bahawa produk mampu memenuhi objektif asal penghasilannya.Produk
juga mendapat maklum balas yang positif daripada pengguna yang telah menguji produk ini.
Rentetan itu, laporan ini turut menyatakan cadangan penambahbaikan bagi memperbaiki
kelemahan dan memantapkan kualiti produk Lampu Meja Ajaib yang akan dihasilkan pada masa
hadapan.

You might also like