Professional Documents
Culture Documents
Assignment Sejarah Perkembangan BM Mei 2011
Assignment Sejarah Perkembangan BM Mei 2011
Assignment Sejarah Perkembangan BM Mei 2011
HBML4103
E-MEL : suryatiudai@oum.edu.my
ABSTRAK iii
1.0. PENGENALAN 1
dan swasta 6
BAHASA MELAYU 8
4.0. PENUTUP 10
RUJUKAN 12
ii
ABSTRAK
iii
1.0. PENGENALAN
Sejarah telah membuktikan bahasa Melayu memainkan peranan sebagai alat perhubungan
berbilang bangsa dan menjadi bahasa antarabangsa apabila pemerintah Kerajaan Melayu zaman
dahulu terutama raja dan sultan tetap tegas menggunakan bahasa Melayu dalam setiap urusan. Ia
termasuk dalam soal diplomatik antara pedagang atau kuasa asing seperti Portugis, Belanda,
Inggeris dan Perancis. Sepertimana yang dipaparkan dalam karya agung Tun Sri Lanang
menerusi Sejarah Melayu yang menggambarkan kegemilangan dan kejatuhan Kerajaan Melayu
Melaka. Melalui bukti-bukti kukuh antaranya dalam Sulalatus al-Salatin atau Sejarah Melayu
oleh Tun Sri Lanang dan Hikayat Raja Pasai antara abad ke-14 hingga ke-17 jelas menunjukkan
pemerintah tidak berkompromi dalam soal bahasa.
Namun malangnya, pengembangan dan penyebaran bahasa Melayu di zaman moden ini
seakan-akan terkubur dari zaman kegemilangannya walaupun suatu ketika dahulu pernah
menjadi bahasa sarwajagat terhebat di Nusantara. Dalam zaman siber ini penggunaan bahasa
Melayu atau bahasa Malaysia yang mengikut tatabahasa mahupun nahunya semakin dihakis oleh
bahasa slanga dalam sistem pesanan ringkas. Laman sosial yang semakin ramai ahlinya turut
terkena tempias ribuan bahasa ringkas hingga ada pihak yang sanggup mempermainkan bahasa
Melayu semata-mata ingin mempersendakan orang lain. Sedar atau tidak, bahasa Melayu telah
menerima tamparan hebat sejak 20-30 tahun dahulu. Era digital dan globalisasi tanpa sempadan
menyaksikan bahasa Melayu terpaksa bersaing hebat dengan bahasa lain terutamanya bahasa
Inggeris.
Selain itu, tuntutan ekonomi telah menghanyutkan perjuangan nasionalisme sehingga ada
Institusi Pendidikan Tinggi Awam yang suatu ketika dahulu dilihat memertabatkan bahasa
Melayu kini dilihat sama seperti institusi tinggi lain di Malaysia. Manakala aplikasi dasar
liberalisasi sekitar 1980-an menyaksikan penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas dan
bahasa Melayu pula seolah-olah perlu bersedia untuk diturunkan ke liang lahad.
Sehubungan itu, tugasan ini akan membincangkan faktor-faktor yang menjadi isu dan
cabaran asas kepada pengembangan penggunaan bahasa Melayu dalam era ini. Pengupasan dan
penghuraian yang dibuat oleh penulis merupakan satu bentuk pandangan secara umum kepada
masyarakat yang berbahasa Melayu.
1
2.0. FAKTOR-FAKTOR KETIDAKUPAYAAN BAHASA MELAYU BERSAING
DENGAN BAHASA-BAHASA LAIN
Antara faktor-faktor yang menjadi isu dan cabaran asas kepada pengembangan
penggunaan bahasa Melayu dalam era ini adalah seperti berikut:
2
membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan Bahasa Melayu yang betul. Ini secara tidak
langsung boleh mempengaruhi komunikasi secara online apabila pengguna mahu menggunakan
bahasa ringkas atau rojak untuk berhubung antara satu sama lain. Bahasa yang tercemar itu boleh
mempengaruhi orang lain terutama sekali orang bukan melayu begitu juga kanak-kanak sekolah
dari semua kaum yang terdedah kepada bahasa yang buruk itu sehinggakan ada kemungkinan
mereka akan meniru bahasa yang buruk dan menganggapnya sebagai Bahasa Melayu yang betul.
Jika kita lihat pada situasi sekeliling, apa yang paling ketara penggunaan bahasa rojak atau
bahasa yang dicampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sudah menjadi
kelaziman bagi kebanyakan kita hari ini. Sedar atau tidak, sebahagian besar dalam kalangan kita
menjadikan ayat rojak ini sebagai suatu kebiasaan sehari-hari tanpa merasakan ia suatu yang
serius khususnya bila ia `menular’ menjadi bahasa baru dalam kalangan generasi muda.
3
Melayu yang telah berzaman-zaman lamanya berkembang melalui bahasa Melayu. Apakah
hanya dengan cara ini, dan tidak ada cara lain lagi yang mampu difikirkan untuk mencapai tujuan
memaju dan meningkatkan daya saing Malaysia?
4
2.5. Malu bertutur bahasa Melayu
Segelintir rakyat di negara ini masih malu, rendah diri dan tidak fasih berkomunikasi
dalam bahasa Melayu. Lebih parah, orang Melayu sendiri bukan saja segan bercakap dalam
bahasa Malaysia, malah lebih selesa mengagungkan bahasa Inggeris dalam pelbagai urusan
rasmi, mesyuarat dan aktiviti lain. Apa akan jadi jika senario itu berterusan terutama kepada
generasi kini yang banyak terdedah kepada bahasa penjajah itu.
Sikap malu dan rendah diri masyarakat untuk bertutur menggunakan bahasa Melayu
dalam majlis-majlis kerajaan menyebabkan bahasa itu seolah-olah terpinggir di bumi sendiri. Hal
ini amat membimbangkan, seolah-olah bahasa kebangsaan seperti dipinggirkan kerana
masyarakat lebih mengalu-alukan bahasa Inggeris.
Mengapa kita harus malu bertutur bahasa Melayu yang sudah sampai ke peringkat bahasa
ilmu. Sudah 20 tahun ia menjadi bahasa penghantar utama di sekolah rendah hingga ke peringkat
universiti. Jika masyarakat mengambil sikap sambil lewa berkaitan isu ini, tidak mustahil ia akan
pupus atau mati dengan sendirinya.
2.7. Kadar penterjemahan karya daripada bahasa asing kepada Bahasa Kebangsaan
yang secara relatifnya rendah dan lambat.
Bahasa Melayu tidak menjadi bahasa ilmu sebelum ini kerana ilmu dalam bahasa lain
tidak diterjemahkan secara konsisten kepada bahasa Melayu. Kalau kedai-kedai buku besar di
Kuala Lumpur boleh dijadikan satu penanda aras terjemahan kita, carilah buku-buku ilmu dalam
5
bahasa Melayu. Buku dalam bahasa Melayu hanya berada di sudut yang tercorot, jumlahnya
kecil berbanding lambakan buku bahasa Inggeris dan Cina. Adakah senario ini memperlihatkan
kedai buku besar ini tidak memberi laluan kepada buku ilmu dalam bahasa Melayu atau
sememangnya tidak banyak buku terjemahan kepada bahasa Melayu?
2.8. Peminggiran penggunaannya dalam urusan rasmi di sektor awam dan swasta
Apa yang dilihat senario penggunaan bahasa Melayu pada masa ini tidak menyeluruh
termasuk dalam urusan rasmi sektor awam dan swasta. Walaupun perkembangan terkini
menunjukkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu
bertambah baik, ia masih kurang mendapat tempat di syarikat-syarikat awam dan swasta
termasuk di majlis-majlis rasmi kerajaan. Perubahan dan tuntutan semasa juga telah
menyebabkan sesetengah pihak seakan-akan terpaksa memberi penghormatan kepada pihak luar
dengan bertutur dalam bahasa asing walaupun jumlah orang luar pada ketika itu adalah sedikit.
Malahan pengurusan tertinggi syarikat berkaitan kerajaan, lebih suka bercakap bahasa Inggeris
serta mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris terutama ketika
berkomunikasi. Lebih malang, ramai kalangan pemimpin negara Malaysia sendiri yang
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Kepemimpinan melalui teladan tidak diterap
di situ, bagaimana orang bawahan akan mengikut. Oleh itu, kita tidak mempunyai masalah atau
berdepan dengan isu bahasa, sebaliknya hanya sekumpulan masyarakat tertentu yang sudah
merosakkannya.
6
terpinggir dan sudah pasti untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah juga semakin
sukar apabila semakin dipinggirkan di dalam institusi ilmu.
7
3.0. PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL DALAM USAHA
MEMPERKASAKAN BANGSA MALAYSIA MELALUI BAHASA MELAYU
Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah ingat bahawa orang lain, iaitu bangsa lain tidak
akan menyebarkan bahasa Melayu ke serantau dunia, kecuali kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita
hendaklah mempunyai iltizam untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa
terpenting pada suatu hari nanti. Dalam usaha memperkasa bahasa Melayu, ianya memerlukan
kerjasama oleh pelbagai pihak dan golongan masyarakat, khususnya para intelektual. Golongan
intelek bangsa Malaysia, yang kebanyakannya daripada kelas menengah terdiri daripada
profesional, ikhtisas seperti peguam, doktor, pentadbir dan seumpamanya; agensi rasmi
perancangan bahasa iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); persatuan-persatuan seperti
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA),
Persatuan Penulis Nasional (PENA), pertubuhan awam, pendidikan, dan keguruan memainkan
peranan yang amat penting dalam usaha untuk memperkasa bangsa Malaysia melalui bahasa
Melayu.
Tokoh-tokoh bahasa negara yang prihatin akan survival bangsanya begitu lantang
mengutarakan pandangan mereka supaya bahasa Melayu dikembalikan kedudukannya sebagai
bahasa pengantar yang utama dalam sistem pendidikan negara. Hal ini termasuklah dalam
pengajaran mata-mata pelajaran utama di sekolah seperti mata pelajaran Matematik dan Sains,
kerana sejarah menunjukkan andai sesuatu bahasa itu tidak lagi menjadi bahasa ilmu, bahasa itu
akan beku dan tidak berkembang. Jika hal ini terjadi, sudah pasti lambat laun kegemilangan
bahasa kita akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Adakah kita tergamak menghancurkan
bahasa sendiri?
Seterusnya, keberanian beberapa perwakilan dalam Pehimpunan Agung Tahunan UMNO
pada 5 hingga 9 November 2008, mengutarakan kegusaran mereka tentang masa depan bahasa
Melayu, dengan lantang mereka mendesak kerajaan mengembalikan semula pengajaran Sains
dan Matematik dalam bahasa Melayu. Ia sesuai dengan statusnya sebagai bahasa negara dan bagi
“mengangkasakan” tamadun bangsa, selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan. Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju untuk
menangguhkan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran
tersebut dalam UPSR 2008.
8
Selain itu, golongan intelektual juga adalah nadi dalam mewakili rakyat Malaysia
khususnya dalam menyuarakan cadangan serta pandapat tentang nasib bahasa Melayu. Misalnya,
desakan golongan ini kepada kerajaan agar memberikan kuasa mengambil tindakan kepada
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) agar dapat bertindak kepada pesalah-pesalah bahasa yang
selama ini sering mempersoalkan kuasa DBP dari segi undang-undang. Golongan ini juga
mengemukakan kertas cadangan pindaan akta untuk dibincangkan di Kementerian Pelajaran dan
akan dibentangkan di Parlimen bagi membolehkan penguatkuasaan hukuman denda
dilaksanakan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 mungkin dipinda bagi
memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendenda sektor awam dan agensinya
yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan ketika mengendalikan mesyuarat,
penyediaan minit mesyuarat dan majlis rasmi.
Golongan pendukung ilmu di institusi pengajian tinggi awam dan institusi pengajian
tinggi swasta seharusnya berkeyakinan penuh terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu. Golongan inilah yang berperanan menyebarluas penggunaan bahasa Melayu di
institusi-institusi tertinggi. Penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi penentu
utama berjaya atau tidaknya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Seterusnya, usaha memperkasa bangsa Malaysia melalui bahasa Melayu oleh para intelek
bukan sekadar di dalam negara sahaja malah boleh berperanan mengantarabangsakan bahasa
Melayu melalui pejabat kedutaan negara kita di luar negara. Di seluruh dunia, terdapat 104 buah
kedutaan Malaysia yang mampu memainkan peranannya untuk menyebarluaskan bahasa
Melayu. Melalui kedutaan tersebut, kita hendaklah mengetengahkan bahasa Melayu di negara-
negara asing dalam pelbagai acara atau majlis. Melalui usaha ini, bahasa Melayu akan lebih
dikenali, dipelajari, dihayati dan seterusnya dihormati oleh warga dunia. Pepatah Melayu
mengatakan,"tak kenal maka tak cinta". Sebagai rakyat yang mempunyai semangat `bahasa jiwa
bangsa’, kita hendaklah mempunyai iltizam atau kesungguhan untuk mempromosikan bahasa
Melayu walau di mana-mana jua kita berada.
Manakala itu, golongan intelek yang pakar dalam bidang seperti ahli akademik, pakar
bahasa dan sebagainya hendaklah menyebarluaskan bahasa Melayu melalui laman web atau blog
bagi membolehkan masyarakat dunia untuk mendekati dan mempelajari bahasa Melayu. Dalam
era globalisasi ini, kebanyakan masyarakat di dunia mencari dan memperoleh maklumat melalui
Internet. Oleh itu, kita mestilah mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan bahasa
9
Melayu. Oleh sebab internet merupakan medium yang paling murah, mudah dan cepat untuk
menyebar maklumat, kita mestilah mengeksploitasi kelebihan ini untuk mengantarabangsakan
bahasa Melayu ke serantau dunia.
Bukan itu sahaja, golongan intelek yang pakar dan berpengalaman dalam perfileman juga
hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui filem. Jika penerbit filem di negara kita
mampu menghasilkan filem yang bermutu, sudah pasti masyarakat antarabangsa akan menerima
filem kita. Apabila mereka menerima filem kita, hal ini akan memberikan peluang kepada
mereka untuk mendalami dan mempelajari bahasa dan budaya Melayu. Namun, masalah yang
kita hadapi ialah penerbit filem negara kita masih belum mampu menghasilkan filem yang
bertaraf antarabangsa seperti filem yang dihasilkan oleh negara Hongkong, Jepun, Korea ,
Bollywood, dan sebagainya. Jadi, jika kita mahu menggunakan filem sebagai satu cara untuk
menyebarluaskan bahasa Melayu, kita mestilah memartabatkan dan mengantarabangsakan filem
Melayu juga.
Akhir sekali dengan adanya kerjasama yang utuh sesama golongan intelek untuk
memperjuangkan hasrat memperkasa peranan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di
Malaysia, terutama ketika negara sedang mendepani globalisasi amat diharapkan. Selain mereka,
hasrat murni ini memerlukan penyertaan dan komitmen setiap pihak yang prihatin dan
berkepentingan, sama ada individu mahu pun kumpulan dalam kalangan pelajar atau sesiapa
sahaja yang cintakan bahasa Melayu.
4.0. PENUTUP
Bahasa Melayu sememangnya sudah mencatat kegemilangan apabila telah menjadi
bahasa antarabangsa suatu ketika dahulu meskipun perubahan zaman teknologi maklumat dan
komunikasi telah merubah kedudukan bahasa melayu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia
berbangga dengan pencapaiannya dan bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan
bahasa sendiri. Mendaulatkan bahasa Melayu bukan bererti menyisihkan bahasa-bahasa lain dan
menganggapnya sebagai bahasa yang mesti dipinggirkan dalam setiap aspek kehidupan. Sebagai
bahasa yang pernah melalui sejarah gemilang, bahasa Melayu semestinya terus-menerus
digerakkan untuk mengembalikan kegemilangannya. Bahasa Melayu sewajarnya duduk sebaris
dengan bahasa antarabangsa yang lain dan masyarakat antarabangsa sewajarnya diperkenalkan
kepada bahasa Melayu.
10
Matlamat dan misi untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu akan menjadi satu realiti
jika setiap warganegara Malaysia memainkan peranan masing-masing dalam mendaulatkan dan
mengembangkan bahasa ini bukan sahaja di peringkat dalaman tetapi menyerlah ke peringkat
global. Ringkasnya, peranan kita semua sama ada golongan professional atau masyarakat umum
sebagai rakyat Malaysia amat penting untuk memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua aspek. Pelaksanaan memartabatkan bahasa Melayu
sewajarnya dilaksanakan secara sukarela dan berterusan agar bahasa Melayu terus gah gemilang
bersaing di persada antarabangsa.
11
RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood. (1995). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu: Cabaran dan
Harapan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Abdullah Hassan. (2007). Mengapa Kami Bantah! Penggunaan bahasa Inggeris bagi
mengajar Sains dan Matematik. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia (Malaysian
Translators Association).
Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa Melayu: Apa Sudah Jadi? Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Sahbulah Darwi. (2009). Menjadikan Bahasa Melayu Bahasa Dunia. Diperolehi 21 Mei
2011 daripada laman sesawang http://abihulwa.blogspot.com/2009/10/menjadikan-bahasa-
melayu-bahasa-dunia.html
Salmah Zainal Abidin. (2007). Globalisasi Cabar Bahasa Malaysia. Diperolehi 20 Mei
2011 daripada laman sesawang http://rosiah70.blogspot.com/2011/02/peranan-bahasa-melayu-1-
asas-pembinaan.html
Sharifudin Lubis. (2009). Nasib Bahasa Melayu di Bumi Sendiri. Diperolehi 21 Mei 2011
daripada laman sesawang http://abihulwa.blogspot.com/2009/12/nasib-bahasa-melayu-di-bumi-
sendiri.html
Sidek Baba. (2009). Melayu Perkasa. Selangor: Alaf 21 Grup Buku Karangkraf Sdn.
Bhd.
Yahya Othman, Roselan Baki & Naffi Mat. (2009). Pemerkasaan pendidikan Bahasa
Melayu: dari teori ke praktik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
12