Hasil Pengenalan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

HASIL KAJIAN

A.PENGENALAN

Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Bahan tersebut sebenarnya masih boleh digunapakai tetapi perlu melalui proses kitar semula. Hasil daripada temu bual yang dijalankan ke atas 25 orang responden, saya mendapati responden yang telah saya temu bual terdiri daripada 10 orang lelaki dan 15 orang perempuan. (Lihat Jadual 1)

Jadual 1 : Jantina responden. JANTINA Lelaki Perempuan JUMLAH BILANGAN 10 15 25

Selain itu, saya juga mendapati terdapat 6 orang lelaki dan 9 orang perempuan yang mengamalkan kitar semula di rumah. 4 orang lelaki dan 6 orang perempuan pula tidak mengamalkan kitar semula di rumah. (Lihat Jadual 2)

Jadual 2 : Responden yang mengamalkan kitar semula dan tidak mengamalkan kitar semula mengikut jantina. AMALAN Kitar Semula Tidak Kitar Semula BILANGAN LELAKI PEREMPUAN 6 9 4 6

Di samping itu, terdapat 23 responden yang bersetuju bahawa SMK Putra Perdana adalah lokasi yang sesuai diletakkan tong kitar semula, 14 yang bersetuju bahawa taman permainan di IT Mewah sesuai sebagai lokasi tong kitar semula, 10 orang bersetuju bahawa Dewan Orang Ramai layak diletakkan tong kitar semula, 5 orang menyokong bahawa kawasan perumahan kluster merupakan lokasi yang tepat untuk diletakkan tong kitar semula dan 5 orang memilih Pusat Penjaja Taman Putra Perdana sebagai lokasi tong kitar semula. (Lihat Jadual 3)

Jadual 3 : Sokongan responden terhadap lokasi yang sesuai diletakkan tong sampah kitar semula. LOKASI SMK Putra Perdana Taman Permainan di IT BILANGAN Lelaki Perempuan 9 14 6 8 5 1 3 5 4 2

Mewah Dewan Orang Ramai Kawasan perumahan kluster Pusat Penjaja Taman Putra Perdana

Graf 1 : Jantina Responden.

Graf bar di atas adalah berkaitan dengan jantina responden yang telah ditemu bual. Berdasarkan graf bar di atas, 10 orang responden yang ditemu bual adalah terdiri daripada lelaki manakala 15 orang responden lagi terdiri daripada wanita. Responden wanita mencatatkan jumlah yang lebih banyak daripada responden lelaki. Perbezaan di antara responden lelaki dan reponden wanita adalah 5 orang.

Graf 2 : Responden yang mengamalkan kitar semula dan tidak mengamalkan kitar semula mengikut jantina

Graf bar di atas adalah berkaitan responden yang mengamalkan kitar semula dan tidak mengamalkan kitar semula mengikut jantina. Berdasarkan graf bar di atas, 15 orang responden mengamalkan kitar semula di rumah mereka manakala 10 orang responden lagi tidak mengamalkan kitar semula di rumah mereka. Terdapat 6 orang responden

lelaki dan 9 orang responden wanita yang mengamalkan kitar semula. Selain itu, terdapat juga 4 orang responden lelaki dan 6 orang responden wanita yang tidak mengamalkan kitar semula. Responden wanita mencatatkan jumlah yang lebih ramai iaitu 15 orang berbanding reponden lelaki iaitu seramai 10 orang. Angka tertinggi dicatatkan oleh responden wanita yang mengamalkan kitar semula manakala angka terendah dicatatkan oleh responden lelaki yang tidak mengamalkan kitar semula.

Graf 3 : Sokongan responden terhadap lokasi yang sesuai diletakkan tong kitar semula di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Graf bar di atas adalah berkaitan sokongan responden terhadap lokasi yang sesuai diletakkan tong kitar semula di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. Berdasarkan graf bar di atas, seramai 23 orang

memilih SMK Putra Perdana sebagai lokasi tong kitar semula, 11 orang memilih Taman Permainan IT Mewah sebagai lokasi tong kitar semula, 10 orang memilih Dewan Orang Ramai sebagai lokasi tong kitar semula, 5 orang memilih kawasan perumahan kluster sebagai lokasi tong kitar semula dan 5 orang memilih Pusat Penjaja Putra Perdana sebagai lokasi tong kitar semula. SMK Putra Perdana mencatatkan jumlah penyokong yang tertinggi iaitu seramai 23 orang. Penyokong terendah adalah di kawasan perumahan kluster dan Pusat Penjaja Putra Perdana iaitu masing-masing mencatatkan penyokong seramai 5 orang sahaja.

You might also like