TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA KURIKULUM SEJARAH Modul SJH3103

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA KURIKULUM SEJARAH

Sinopsis

Tajuk ini memberi pendedahan mengenai latar belakang kurikulum Sejarah


di negara ini. Perbincangan juga menyentuh Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Berikutnya perbincangan mengenai asas
pemikiran Sejarah. Untuk menguji kefahaman pelajar di akhir
perbincangan topik ini disediakan latihan kendiri.

Hasil Pembelajaran:

1. Mengenal pasti perkembangan kurikulum sejarah di negara ini.


2. Menjelaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
3. Membincangkan asas-asas pemikiran Sejarah.

Kerangka Tajuk-Tajuk Modul Ini

Latar belakang Kurikulum Sejarah

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Asas penggubalan KSSR

Pengenalan
Kurikulum Sejarah Elemen merentas kurikulum

Kurikulum berasaskan standard

Kurikulum Sejarah

Kaitan kurikulum dengan kehidupan


individu, masyarakat dan negara

1
SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

Sub Tajuk: 1.1 Latar belakang kurikulum Sejarah

Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid
Tahun 4 di Tahap II dalam KSSR mulai tahun 2014. Tujuan pembelajaran
Sejarah di peringkat sekolah rendah adalah untuk menyemai kefahaman murid
terhadap mata pelajaran Sejarah. Selain itu supaya murid memperoleh dan
menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah dari peringkat awal.

Pelaksanaan kurikulum Sejarah telah disepadukan dengan elemen


pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik di dalam dan
luar bilik darjah. Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara tematik dan
mengikut kronologi yang membincangkan pengenalan negara dan identitinya,
sejarah awal negara dan warisannya serta kedaulatan dan kejayaan negara.

Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan suatu


kesinambungan kepada pembelajaran Sejarah di peringka sekolah menengah
sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik. Oleh itu pendekatan PdP mata
pelajaran Sejarah menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis,
kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri dan penerokaan bagi mengukuhkan
pemahaman tentang Sejarah.

1.2 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mata pelajaran Sejarah dibina


berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai,
Kemanusiaan, Literasi Sains dan Teknologi dan Ketrampilan Diri. Enam tunjang
ini merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan
disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini
bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang dan harmonis,
berpengetahuan dan berketrampilan.

Layari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang KSSR Sejarah

2
SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

1.3 Asas Penggubalan KSSR Sejarah

Matlamat Kurikulum Pendidikan Sejarah

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid memahami


tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan
kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan
menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.

Objektif Kurikulum Pendidikan Sejarah

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid ;


1. Memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu
2. Mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat
3. Memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam elemen
Sejarah
4. Menyatakan kepentingan Sejarah dalam kehidupan dengan mengambil
iktibar daripada peristiwa Sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan
suasana keharmonian
5. Menyatakan pelbagai bentuk persembahan dan hasil dapatan daripada
interpretasi kajian Sejarah
6. Menilai warisan sejarah negara dalam konteks kawasan setempat,
negara dan global
7. Memahami proses pembinaan tamadun manusia yang mempengaruhi
kehidupan masyarakat
8. Menjelaskan kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini
masyarakat di Malaysia
9. Memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasi dan pembentukan
kaum sebagai pengukuhan kepada persefahaman kaum
10. Memahami cabaran negara dalam konteks mempertahankan kedaulatan
negara bagi pembinaan jati diri
11. Mengenal pasti usaha dan sumbangan para pemimpin negara sebagai
melahirkan perasaan bangga dan hormat

3
SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

12. Menilai pencapaian dan kemajuan negara dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial

Fokus Mata Pelajaran Sejarah

Fokus Utama
KSSR Sejarah

Menerapkan
Menyemai ilmu semangat patriotik
pengetahuan dan melalui pengetahuan
asas Kemahiran
masa lalu dan masa
Pemikiran Sejarah
kini

Rajah 1 : Fokus Mata Pelajaran Sejarah

Organisasi Kurikulum Sejarah

Organisasi kurikulum Sejarah disepadukan berasaskan tiga elemen utama


iaitu:

1. Kandungan Kurikulum

Kandungan kurikulum Sejarah menggunakan pendekatan tematik seperti


berikut ;

Tahun Tema
Tahun 4 Mengenal Negara Kita
Tahun 5 Sejarah Awal Malaysia
Tahun 6 Kedaulatan Negara

Jadual 1 : Kandungan Kurikulum Sejarah


4
SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

2. Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik

Organisasi kurikulum Sejarah juga memasukkan elemen kewarganegaraan dan


nilai sivik. Penerapan nilai ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang

bersatu padu, berbangga sebagai rakyat bertujuan melahirkan warganegara


Malaysia yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat Malaysia, serta kepada
negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, aktif dan bermaklumat dalam
mengamalkan dan menghayati ciri-ciri warganegara yang cemerlang. Elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik tersebut dapat diperincikan seperti pada jadual
di bawah ini.

Bil Dimensi Ciri-ciri Elemen Kewarganegaraan


Kewarganegaraan Warganegara dan Nilai Sivik
1 Perkongsian Sejarah Mengetahui dan  Berbangga dengan
memahami sejarah asal usul
sejarah negara
pembentukan  Menghargai kewujudan
negra dan kegemilangan
kerajaan Melayu
tradisional
 Mengambil iktibar
kesan penjajahan luar
ke atas negara
 Memelihara warisan
negara
2 Perkongsian Nilai Mengamalkan  Menyanjungi prinsip
sikap dan Rukun Negara
perlakuan yang  Menghormati
berhemah kepelbagaian agama
dan budaya
 Berbangga dengan
lambang dan simbol
negara
3 Perkongsian Membentuk sikap  Menghormati amalan
Kekitaan sepunya dan kepelbagaian kaum,
kebersamaan budaya dan agama
 Berbangga dengan hari
kemerdekaan
 Memartabatkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa
kebangsaan
 Berbangga dengan
pencapaian negara
5
SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

4 Perkongsian Masa Membina  Menghormati


Depan keyakinan dan masyarakat pelbagai
tanggungjawab kaum
mencorakkan  Memakmurkan ekonomi
negara pada negara
masa depan  Mengekalkan warisan
negara

5 Kesetiaan Memupuk  Mentaati Raja dan


perasaan taat negara
dan setia pada  Menghormati pemimpin
negara negara
 Mematuhi undang-
undang dan peraturan
negara
6 Tanggungjawab Mengetahui dan  Mempertahankan
Warganegara memahami identiti negara
tanggungjawab  Mempertahankan
sebagai warisan negara
warganegara  Menerima perbezaan
dengan sepenuh dan agama
hati
7 Keterikatan Emosi Mempunyai  Menghargai sejarah
Kepada Negara perasaan cinta asal usul negara
akan negara  Menghargai warisan
yang mendalam negara
dan berusaha  Menghargai identiti
mempertahankan negara
nya  Menghayati prinsip
Rukun Negara
 Bersyukur dengan
keharmonian kaum
 Bersyukur dengan
kemajuan ekonomi
 Berbangga dengan
pencapaian negara

Kemahiran Pembelajaran Sejarah

Mata pelajaran Sejarah mempunyai teras struktur disiplin yang sistematik bagi
mengembangkan proses pembelajaran dan pengajarannya. Kemahiran ini
termasuklah ;

a) Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)


b) Kemahiran Kreatif dan Inovatif (KKI)
c) Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI)
6
SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

a) Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

i. Merupakan proses kognitif yang membolehkan murid meneroka idea


yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru
ii. KPS membantu murid memahami bagaimana Sejarawan
menggabungjalin peristiwa lalu dengan menggunakan bukti-bukti
Sejarah bagi menentukan signifikan sesuatu peristiwa ke arah
meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif
iii. Penerapan KPS dapat membantu guru menghidupkan suasana
pembelajaran yang sekaligus mampu meningkatkan minat murid

Terdapat beberapa asas KPS yang perlu dikuasai oleh murid di peringkat
sekolah rendah. Antara kemahiran pemikiran Sejarah tersebut seperti berikut ;

o Elemen asas Sejarah


o Konsep masa
o Susunan masa
o Konversi masa
o Signifikan bukti
o Imaginasi
o Perbandingan masa lalu
o Isu dan masalah masa lalu

Perbincangan

Dalam kumpulan seramai 4 orang, bincangkan asas-asas kemahiran pemikiran

Sejarah (KPS) secara terperinci beserta dengan contoh yang sesuai.

7
SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

Susunan Masa
- Awalan,
perkembangan
dan akhiran
Konsep Masa - Mengukur dan Elemen Asas Sejarah
- Tempoh mengira - Tokoh
- Jarak Masa kalendar masa - Tempat
- Tarik Spesifik - Peristiwa
- Tarikh/Masa

Konversi Masa Asas KPS yang


- Interpretasi perlu dikuasai Imaginasi
- Imaginasi
garis masa murid
- Perubahan visual
Sekolah - Pengembang
dan
kesinambung Rendah an kreativiti
an dalam - Imaginasi
kronologi perasaan
masa

Signifikan Bukti
Isu dan Masalah Masa - Tarikh Perbandingan Masa
Lalu berlaku Lalu
- Mengkaji sebab - Tokoh - Mencari
musabab terlibat persamaan
- Melihat - Peristiwa - Mencari
perubahan dan yang berlaku perbezaan
kesinambungan - Lokasi
- Melihat sebab peristiwa
dan akibat yang berlaku
- Bagaimana
berlaku

Rajah 2 : Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

8
SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

b) Kemahiran Kreatif dan Inovatif (KKI)

Elemen KPS turut menggabungjalin kemahiran kreatif dan inovatif. Elemen KPS
yang boleh dikaitkan dengan fasa kreatif adalah seperti berikut ;

Kemahiran Fasa Kreatif


Memahami Kronologi Fasa Persediaan
Meneroka Bukti Fasa Persediaan
Membuat Interpretasi Fasa Imaginasi
Membuat Imaginasi Fasa Imaginasi
Membuat Rasionalisasi Fasa Perkembangan
Membuat Penjelasan Fasa Perkembangan
Empati Fasa Tindakan

Jadual 2 : Kemahiran Kreatif dan Inovatif Mengikut Fasa

Kemahiran Kreatif dan Inovatif (KKI) pula boleh dibahagikan kepada fasa-fasa
berikut :
Fasa Persediaan
Pemerhatian Membuat pemerhatian untuk mengumpul maklumat
Analisis Menganalisis maklumat daripada umum kepada
khusus
Fasa Imaginasi
Sintesis Menggabungkan maklumat yang berasingan untuk
memilih dan menghasilkan sesuatu idea
Penjanaan Idea Menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu
perkara
Fasa
Penambahbaikan
Fasa Perkembangan
Menilai Membuat penilaian tentang sesuatu perkara
Fasa Perkembangan
Pelaksanaan Membuat penambahbaikan untuk mengembangkan
atau mempelbagaikan sesuatu idea untuk
meningkatkan kualiti karya atau ciptaan
Amalan Berterusan Peka kepada perkara yang berlaku di sekeliling dan
menjana idea kreatif

Jadual 3 : Pembahagian KKI

9
SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
c) Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

Kemahiran inkuiri merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang


berpusatkan murid. Murid berperanan merancang dan menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan selesa dan bebas. Mereka melibatkan diri secara aktif
untuk mencari dan mengumpul maklumat melalui pelbagai aktiviti seperti
memerhati, mendengar, menyoal, berbincang, membuat rujukan, ujikaji dan
kaji siasat. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berasingan atau digabungkan
dalam pelbagai teknik pembelajaran seperti kerja projek, simulasi, lawatan,
main peranan, forum dan kuiz.

Dalam pembelajaran Sejarah, kemahiran inkuiri ini dapat mengembangkan


kemahiran berfikir dan sikap ingin tahu dalam kalangan murid. Semasa
melaksanakan inkuiri, murid akan lebih peka kepada keadaan masyarakat dan
persekitarannya.

Kemahiran inkuiri turut digunakan dalam kajian kes kerana membolehkan


murid memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran melalui
penaakulan. Kemampuan mencari dan mengumpul maklumat melalui pelbagai
aktiviti dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lebih
bermakna dan berkesan.

Menerusi kemahiran inkuiri ini, guru juga boleh berperanan sebagai fasilitator
untuk merangsang minat murid menjadi lebih yakin dan seronok dalam
menjalankan aktiviti pembelajaran.

Terdapat lima peringkat dalam kemahiran inkuiri seperti berikut ;

 Mengenal pasti tajuk


 Menentukan kaedah
 Mengumpul maklumat
 Mengkaji maklumat
 Membuat rumusan

10
SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang
telah anda fahami selepas membaca tajuk-tajuk tersebut. Tajuk-
tajuk tersebut harus memberi gambaran asas tentang kursus ini.

Aktiviti

1) Pada pendapat anda, apakah rasionalnya kemahiran kreatif dan inovatif


(KKI) digabungjalinkan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di
sekolah rendah?

2) Apakah kelebihan pelaksanaan pembelajaran berasaskan inkuiri dalam


kalangan murid di sekolah rendah?

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

11
SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

12

You might also like