Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

TEMA 3: PENEROKAAN UNSUR DALAM UNSUR BP 8 : UNSUR DAN BAHAN

Standard Kandungan 8.1 Asas Jirim

1 Bahan Atom, Bahan Molekul dan Bahan Ion


Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit
Tiga jenis zarah yang membina jirim ialah atom, molekul dan ion

2 Molekul
Ion
Atom
 Molekul ialah
gabungan dua atau  Ion ialah zarah-zarah yang
 Atom ialah zarah yang
lebih atom secara bercas sama ada positif
paling kecil di dalam
kimia atau negatif
sesuatu unsur
 Molekul terdiri  Ion terbentuk apabila
 Atom ialah unit paling
daripada gabungan sesuatu atom menderma
asas dalam unsur
jenis atom yang sama atau menerima elekton
dan berbeza

3 Contoh atom Contoh molekul Contoh ion

 Semua unsur logam dan  Bahan ini mengandungi  Bahan ion terbentuk
unsur gas nadir terdiri zarah molekul yang daripada tindak balas
daripada atom merupakan gabungan dua antara unsur logam dengan
 Atom-atom di dalam atau lebih atom secara unsur bukan logam
logam disusun rapat dan kimia sama ada atom  Bahan ini mengandungi ion
teratur, manakala yang sama atau berbeza positif dan ion negatif
susunan atom di dalam  Unsur bukan logam  Contoh:
gas nadir ialah kebanyakan ialah molekul Natrium klorida
berjauhan dan tidak  Tindak balas antara unsur Plumbum(II) bromida
teratur bukan logam dengan Zink karbonat
 Contoh : Zink, unsur bukan logam akan
Magnesium, Plumbum membentuk sebatian
(Unsur logam) molekul
Helium, Neon, Argon  Contoh : Oksigen,
(Unsur gas nadir) Hidrogen, Nitrogen (atom-
atom sama)
Karbon dioksida, Sulfur
dioksida (Atom-atom
berbeza)

Penerangan secara grafik

Helium ialah sejenis gas Air ialah contoh molekul


nadir yang terdiri (gabungan atom berbeza
daripada atom sahaja iaitu hidrogen dan oksigen)

Helium atom
Molekul air
Ion Natrium
Garam atau natrium
Garam atau
klorida contoh bagi ion
natrium
terdiri daripada ion klorida
natrium(ion positif) dan
ion klorida (ion negatif)
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Kewujudan Unsur dalam Pelbagai Bentuk


Adakah unsur yang sama yang boleh wujud dalam bentuk berbeza?

Unsur : Ferum

Tukul besi berkarat


Unsur ferum wujud dalam
bentuk ion dalam
sebatian karat

Tukul besi tidak berkarat


Unsur ferum wujud dalam
bentuk atom pada
kepala tukul

Unsur : Hidrogen Unsur hidrogen wujud


dalam bentuk molekul di
dalam udara

Unsur hidrogen wujud


dalam bentuk ion di
dalam jus limau

2
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Latihan Prestasi

1 Berikan tiga jenis zarah yang membina sesuatu bahan

……………………………………………………………………………………………………………………………………………….

2 Kenalpasti maklumat berikut kepada jenis zarah yang betul.

Maklumat Jenis zarah

zarah-zarah yang bercas sama ada positif atau negatif

gabungan dua atau lebih atom secara kimia

zarah yang paling kecil di dalam sesuatu unsur

3 Berikan satu ciri bagi jenis zarah berikut:

Jenis zarah Ciri-ciri

Atom

Molekul

Ion

4 Kelaskan bahan-bahan berikut kepada zarah yang membinanya sama ada atom, molekul atau ion.

Kepingan besi Ketulan ais Garam biasa Ketulan gula

Batu marmar Wayar kuprum Air kapur Gas oksigen

Gas helium Karbon dioksida Helium Plumbum(II) bromida

Atom Molekul Ion

5 Berikan dua contoh yang wujud dalam bentuk dalam molekul dan atom

………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………………………………...

6 Berikan satu contoh yang wujud dalam bentuk dalam atom dan ion

………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

3
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Latihan Prestasi

1 Rajah 1.1 menunjukkan dua susunan zarah bagi bahan P dan bahan Q.

P Q

Rajah 1

a) Apakah jenis zarah bagi P dan Q

P : ………………………………………………………………………………………..

Q : ………………………………………………………………………………………..

b) Nyatakan satu contoh bagi bahan P dan Q

P : ………………………………………………………………………………………..

Q : ………………………………………………………………………………………..

c) Rajah 1. 2 menunjukkan secawan jus limau yang dihidangkan ketika menikmati di tepi pantai

Rajah 1.2

Berdasarkan Rajah 1.2, kenalpasti bahan P dan Q berdasarkan jenis zarah yang betul kemudian
labelkan pada kotak yang disediakan.

4
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Latihan Prestasi

1 Bahan manakah terdiri daripada ion?

A Gula B Garam

C Helium D Oksigen

2 Bahan manakah terdiri daripada atom sahaja?

A Gula B Garam

C Helium D Oksigen

3 Bahan manakah terdiri daripada molekul?

A Ferum B Garam

C Helium D Oksigen

4 Antara yang berikut, padanan manakah yang betul merujuk kepada jenis zarah bagi ferum
pada paku besi berkarat dengan paku besi tidak berkarat.

Jenis zarah bagi ferum

Paku besi berkarat Paku besi tidak berkarat

A Atom Molekul

B Ion Atom

C Molekul Ion

D Ion Molekul

5 Maklumat berikut merujuk kepada bahan X.

 Tindak balas antara unsur logam dengan unsur bukan logam


 Mengandungi ion positif dan ion negatif

Apakah contoh bagi bahan X?

A Gula B Garam

C Helium D Oksigen

6 Maklumat berikut merujuk kepada Gas Y.

 Bahan ini mengandungi zarah molekul yang merupakan gabungan dua


atau lebih atom secara kimia daripada atom yang sama

Apakah bukan contoh bagi Y?

A Nitrogen B Oksigen

B Helium D Hidrogen

5
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

7 a) Nyatakan dua ciri-ciri bagi molekul dan nyatakan dua contoh.

Jawapan:

…………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………..

b) Rajah 7 menunjukkan beberapa contoh bagi atom

Helium Argon

Atom

Zink Magnesium

Rajah 7

Kaji maklumat dalam Rajah 7 di atas dan bina konsep atom


Jawapan anda hendaklah berdasarkan aspek-aspek berikut:

i) Nyatakan satu maklumat daripada Rajah 7.

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

i) Nyatakan dua ciri sepunya bagi atom

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

ii) Nyatakan contoh lain bagi atom.

…………………………………………………………………………………………………………………

iii) Nyatakan bukan contoh bagi atom.

…………………………………………………………………………………………………………………

iv) Hubungkaitkan ciri sepunya yang dinyatakan untuk membina konsep sebenar bagi atom

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

6
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

8 a) Nyatakan dua perbezaan antara atom dan molekul

Jawapan:

…………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………..

b) Rajah 8 menunjukkan beberapa contoh bagi molekul

Iodin Oksigen

Molekul

Bromin Nitrogen

Rajah 8

Kaji maklumat dalam Rajah 8 di atas dan bina konsep molekul


Jawapan anda hendaklah berdasarkan aspek-aspek berikut:

i) Nyatakan satu maklumat daripada Rajah 8.

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

i) Nyatakan dua ciri sepunya bagi molekul

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

ii) Nyatakan contoh lain bagi molekul

…………………………………………………………………………………………………………………

iii) Nyatakan bukan contoh bagi molekul

…………………………………………………………………………………………………………………

iv) Hubungkaitkan ciri sepunya yang dinyatakan untuk membina konsep sebenar bagi
molekul

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

7
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Standard Kandungan 8.2 Jadual Berkala Unsur Moden

1
Nama kumpulan: Nama kumpulan:
Kumpulan 1 : Logam alkali Kumpulan 17 : Halogen
Kumpulan 2 : Logam alkali bumi Kumpulan 18 : Gas nadir

Turus menegak dalam Jadual Berkala Unsur Moden disebut kumpulan


Terdapat 18 kumpulan dalam Jadual Berkala Unsur Moden

B = Pepejal Hg = Cecair Kr = Gas

Separuh logam
Unsur peralihan

Kala merujuk kepada unsur yang disusun dalam baris


mengufuk. Terdapat 7 kala dalam Jadual Berkala Unsur Moden

Di bahagian bawah Jadual Berkala Unsur Moden terdapat dua


siri unsur dengan nombor proton 57 hingga 71 dan 89 hingga
103 yang diletakkan secara berasingan. Dua siri unsur ini
disebut sebagai siri lantanida dan siri aktinida

Apabila merentasi kala dari kiri ke kanan, didapati sifat fizik dan sifat kimia unsur berubah secara
beransur-ansur iaitu:

 Sifat logam berkurang dan sifat bukan logam meningkat


 Perubahan sifat oksida daripada oksida bes kepada oksida asid
 Sifat kekonduksian arus elektrik semakin berkurangan

Prinsip Susunan Unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden

 Mengikut tertib menaik nombor proton dari kiri ke kanan dan


dari atas ke bawah
 Apa itu nombor proton?
Bilangan proton yang terdapat di dalam nukleus suatu atom

8
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Latihan Prestasi

1 Rajah 1 menunjukkan Jadual Berkala yang tidak lengkap. SPM 2006

Rajah 1

Apakah unsur X?

A Logam B Gas adi

C Bukan logam D Separuh logam

2 Rajah 2 menunjukkan Jadual Berkala yang tidak lengkap. SPM 2007

Rajah 2

Antara yang berikut, yang manakh sifat Q yang betul?

A Pudar B Mulur

C Takat lebur rendah D Kekuatan regangan rendah

3 Rajah 3 menunjukkan Jadual Berkala yang tidak lengkap. SPM 2009

Antara unsur A, B, C dan D, yang manakah bukan logam?

Rajah 3

9
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

4 Apakah prinsip dalam penyusunan unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden?

A Tertib menaik nombor proton B Tertib menurun jisim atom relatif

B Tertib menurun nombor neutron D Tertib menurun sifat oksida

5 Rajah 4 menunjukkan simbol perwakilan unsur.

Q
Rajah 4

Apakah P?

A Nombor neutron B Nombor elektron

C Nombor proton D Nombor nucleon

6 Rajah 5 menunjukkan Jadual Berkala yang tidak lengkap.

D
A C
B

Rajah 5

Unsur manakah tergolong dalam unsur peralihan?

7 Rajah 6 menunjukkan Jadual Berkala yang tidak lengkap.

D
A C
B

Rajah 6

Unsur manakah yang mempunyai nombor proton tertinggi?

8 Rajah 7 menunjukkan Jadual Berkala yang tidak lengkap. Unsur manakah wujud dalam gas?

D
A C Rajah 7
B

10
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Latihan Prestasi

1 Rajah 8 menunjukkan Jadual Berkala yang tidak lengkap.

D
A C E
B

Rajah 8

a) Apakah prinsip penyusunan unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden ini?

……………………………………………………………………………………………………………………..

b) Namakan kumpulan bagi unsur

A: ………………………………………………. B: …………………………………………………….

C: ………………………………………………. D: …………………………………………………….

c) Nyatakan unsur-unsur yang berada dalam kumpulan yang sama?

……………………………………………………………………………………………………………………..

d) Nyatakan unsur-unsur yang berada dalam kala yang sama?

……………………………………………………………………………………………………………………..

e) Tandakan (√) bagi unsur yang bersifat logam

A B C D

f) Nyatakan bilangan nombor proton bagi unsur A , B dan E

A :……………………………….B:……………………………… C:………………………

g) Lengkapkan maksud bagi terma berikut:

Kala : Unsur yang disusun dalam baris……………………………………….

Terdapat ……………….kala dalam Jadual Berkala Unsur Moden

Kumpulan : Unsur yang disusun dalam turus………………………………………

Terdapat ………………….kumpulan dalam Jadual Berkala Unsur Moden

h) Lorekkan pada Rajah 8 menunjukkan unsur-unsur separuh logam

i) Unsur manakah yang sifat oksidanya adalah berasid?

……………………………………………………………………………………………………………………..

j) Unsur manakah yang mengkonduksikan elektrik?

……………………………………………………………………………………………………………………..

11
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Susunan Elektron Unsur

1 Bagi atom yang neutral, bilangan proton adalah sama dengan bilangan elektron

2 Elektron disusun mengelilingi nukleus dalam petala elektron

3 Elektron akan memenuhi petala terdekat dengan nukleus dahulu. Elektron hanya dapat diisi
dalam petala baharu apabila petala sebelumnya diisi

4 Bilangan maksimum bagi elektron bagi sesetengah petala

Nukleus

Petala pertama = 2 elektron sahaja

Petala kedua = 8 elektron sahaja

Petala ketiga = 18 elektron sahaja

Nota : Bagi atom-atom dengan nombor proton 1 hingga 20, dua elektron diisi dalam petala
pertama, lapan elektron dalam petala kedua dan lapan elektron dalam petala ketiga

Contoh:

Atom kalsium mempunyai nombor proton 20. Lukisan susunan elektron bagi atom kalsium ialah:

Petala pertama = 2 elektron sahaja

Petala pertama = 2, baki tinggal 18

Petala kedua = 8 elektron sahaja


Petala kedua = 8, baki tinggal 10

Petala ketiga = 8 elektron sahaja


Petala ketiga = 8, baki tinggal 2

Petala ke-4= 2 elektron sahaja

Maka susunan elektron bagi atom kalsium ialah 2.8.8.2

5 Susunan elektron bagi atom kalsium ialah 2.8.8.2 (susunan elektron bagi unsur yang mempunyai
nombor proton 20)

2.8.8.2 Petala ke-4= 2

Petala pertama = 2

Petala kedua = 8 Petala ketiga = 8

12
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Latihan Prestasi

1 Lukiskan susunan elektron bagi 20 unsur pertama dalam Jadual Berkala (simbol bagi unsur
dalam kurungan)

Contoh: Atom Helium (He) : Nombor proton : 2


Atom hidrogen (H) : Nombor proton = 1

1
Susunan elektron : …………………. Susunan elektron : ………………….

Atom Litium (Li) : Nombor proton : 3 Atom Berilium (Be) : Nombor proton : 4

Susunan elektron : …………………. Susunan elektron : ………………….

Atom Boron (B) : Nombor proton : 5 Atom Karbon (C) : Nombor proton : 6

Susunan elektron : …………………. Susunan elektron : ………………….

Atom Nitrogen (N) : Nombor proton : 7 Atom Oksigen (O) : Nombor proton : 8

Susunan elektron : …………………. Susunan elektron : ………………….

13
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Atom Florin (F) : Nombor proton : 9 Atom Neon (Ne) : Nombor proton : 10

Susunan elektron : …………………. Susunan elektron : ………………….

Atom Natrium (Na) : Nombor proton : 11 Atom Magnesium (Mg) : Nombor proton : 12

Susunan elektron : …………………. Susunan elektron : ………………….

Atom Aluminium (Al) : Nombor proton : 13 Atom Silikon (Si) : Nombor proton : 14

Susunan elektron : …………………. Susunan elektron : ………………….

Atom Fosforus (P) : Nombor proton : 15 Atom Sulfur (S) : Nombor proton : 16

Susunan elektron : …………………. Susunan elektron : ………………….

14
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Atom Klorin (Cl) : Nombor proton : 17 Atom Argon (Ar) : Nombor proton : 18

Susunan elektron : …………………. Susunan elektron : ………………….

Atom Kalium (K) : Nombor proton : 19 Atom Kalisum (Ca) : Nombor proton : 20

Susunan elektron : …………………. Susunan elektron : ………………….

2 Rajah 1 menunjukkan perwakilan piawai bagi atom kalium.

39

K
19
Rajah 1

a) Nyatakan nombor proton bagi unsur K.

……………………………………………………………………………………………………………………..

b) Lukiskan susunan elektron bagi unsur K.

c) Tuliskan susunan elektron bagi unsur K

……………………………………………………………………………………………………………………..

15
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Pembentukan Ion Positif dan Ion Negatif

1 Kebanyakan atom mempunyai susunan elektron yang tidak stabil

2 Maka, atom-atom ini akan cenderung untuk membentuk susunan elektron yang lebih stabil

3 Atom neutral membentuk ion melalui pendermaan elektron pada petala terluarnya kepada
atom yang lain atau menerima elektron pada petala terluar daripada atom lain

4 Hal ini adalah bagi mencapai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil

 Apa yang dimaksudkan dengan susunan elektron duplet?


Susunan elektron yang stabil yang mempunai 2 elektron pada petala pertama

 Seperti atom helium, yang mempunyai nombor proton =2 dan susunan elektron juga
ialah 2
 Apa yang dimaksudkan dengan susunan elektron oktet?
Susunan elektron yang stabil yang mempunyai 8 elektron pada petala terluar (petala
yang terakhirnya)

 Seperti atom neon, yang mempunyai nombor proton =10 dan susunan elektron ialah
2.8

5 Apabila sesuatu atom menderma atau menerima elektron, atom itu menjadi zarah bercas
yang disebut sebagai ion

 Ion positif terbentuk apabila atom unsur logam menderma elektron


 Ion negatif terbentuk apabila atom unsur bukan logam menerima elektron

Latihan Prestasi

1 Terangkan maksud yang dikatakan atom sebagai atom neutral

………………………………………………………………………………………………………………………….

2 Bagaimanakah atom yang mempunyai susunan elektron tidak stabil mencapai susunan
elektron yang lebih stabil?

………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………….

16
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

6 Pembentukan ion positif (Kes derma 1 elektron)


Derma satu Menunjukkan
Bagaimana elektron bilangan
nak elektron
dapatkan didermakan
oktet?

Susunan elektron = 2.8.1 Susunan elektron = 2.8


Bilangan proton = 11 Bilangan proton = 11
Bilangan elektron = 11 Bilangan elektron = 10
Cas = 0 (neutral) Cas = +1 (ion positif)

7 Pembentukan ion positif ( Kes derma 2 elektron)

Derma dua elektron

Susunan elektron = 2.8.2 Susunan elektron = 2.8


Bilangan proton = 12 Bilangan proton = 12
Bilangan elektron = 12 Bilangan elektron = 10
Cas = 0 (neutral) Cas = +2 (ion positif)

8 Pembentukan ion positif ( Kes derma 3 elektron)

Derma tiga elektron

Susunan elektron = 2.8.3 Susunan elektron = 2.8


Bilangan proton = 13 Bilangan proton = 13
Bilangan elektron = 13 Bilangan elektron = 10
Cas = 0 (neutral) Cas = +3 (ion positif)

Nota:

Untuk menjadikan susunan elektron sama ada oktet (2.8 / 2.8.8) atau duplet (2), boleh
pertimbangkan hendak derma elektron lebih mudah atau terima elektron lebih mudah?

Contoh : Atom mempunyai susunan elektron 2.8.3 , mana lebih mudah ? terima 5 elektron atau
derma 3?
Semestinya derma 3 lebih mudah daripada terima 5 elektron, maka capai lah susunan elektron 2.8

17
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

9 Pembentukan ion negatif (Kes terima satu elektron)


Menunjukkan
Terima satu elektron bilangan
elektron
diterima

Susunan elektron = 2.7 Susunan elektron = 2.8


Bilangan proton = 9 Bilangan proton = 9
Bilangan elektron = 9 Bilangan elektron = 10
Cas = 0 (neutral) Cas = -1 (ion negatif)

10 Pembentukan ion negatid (Kes terima dua elektron)

Terima dua elektron

Susunan elektron = 2.6 Susunan elektron = 2.8


Bilangan proton = 8 Bilangan proton = 8
Bilangan elektron = 8 Bilangan elektron = 10
Cas = 0 (neutral) Cas = -2 (ion negatif)

Latihan Prestasi

1 Lukiskan susunan elektron bagi ion litium. 2 Lukiskan susunan elektron bagi ion klorida.
Nombor proton bagi atom litium ialah 3 Nombor proton bagi atom klorin ialah 17

3 Susunan elektron bagi atom X ialah 2.6. 4 Susunan elektron bagi atom Y ialah 2.8.2
Lukiskan susunan elektron bagi ion X Lukiskan susunan elektron bagi ion Y.

18
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Latihan Prestasi

1 Rajah 1 menunjukkan susunan elektron bagi ion X.

Rajah 1

Apakah bilangan elektron bagi ion X?

A 6 B 8

C 10 D 12

2 Rajah 2 menunjukkan susunan elektron bagi ion T.

Rajah 2

Apakah bilangan elektron bagi atom X?

A 6 B 8

C 10 D 12

3 Susunan elektron bagi atom Z ialah 2.8.3. Apakah susunan elektron bagi ion Z?

A 2.8 B 2.8.3

C 2.8.5 D 2.8.8

4 Susunan elektron bagi atom Q ialah 2.7. Apakah susunan elektron bagi ion Q?

A 2 B 2.5

C 2.7 D 2.8

5 Nombor proton bagi X ialah 19. Apakah cas bagi ion X?

A +1 B +2

C -1 D -2

6 Nombor proton bagi Y ialah 7. Bagaimanakah atom Y mencapai susunan elektron yang stabil?

A Menderma 1 elektron B Menderma 5 elektron

C Menerima 1 elektron D Menerima 3 elektron

19
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Latihan Prestasi

1 Rajah 1 menunjukkan Jadual Berkala yang tidak lengkap.

D
A C E
B

Rajah 1

a) Nyatakan bilangan proton bagi unsur A dan C

A ……………………………………………………. C ………………………………………………..

b) Nyatakan unsur yang telah mencapai susunan elektron yang stabil?

…………………………………………………………………………………………………………………….

c) Berdasarkan jawapan di(a) lukiskan susunan elekton bagi atom A

e) Nyatakan susunan elektron bagi ion A

…………………………………………………………………………………………………………………….

d) Berdasarkan jawapan di(a) lukiskan susunan elekton bagi ion C. Terangkan

……………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………………..

e) Adakah unsur D akan membentuk ion positif? Terangkan

…………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………….

20
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Standard Kandungan 8.3 Isotop

1 Terdapat unsur tertentu yang atomnya mempunyai bilangan proton yang sama, tetapi
bilangan neutron yang berlainan

2 Atom-atom ini dikenali sebagai isotop

3 Apakah yang dikatakan isotop?


Atom-atom yang dari unsur yang sama mempunyai bilangan proton yang sama tetapi
bilangan neutron berbeza

3 Contoh –contoh isotop

Isotop Bilangan proton Bilangan elektron Bilangan neutron

Hidrogen-1 1 1 0

Hidrogen-2 1 1 1

Hidrogen-3 1 1 2

Karbon-12 6 6 6

Karbon-13 6 6 7

Karbon-14 6 6 8

Oksigen-16 8 8 8

Oksigen-18 8 8 10

4 Isotop biasanya ditulisnya nombor nukleonnya sahaja Formula nombor nukleon:


Apakah itu nombor nukleon? Bilangan proton + Bilangan
Jumlah bilangan proton dan neutron di dalam nukleus itu neutron

5 Contohnya, Hidrogen-3, bermaksud isotop hidrogen yang mempunyai 1 proton dan 2 neutron

6 Latihan Prestasi : TP 3

Isotop Bilangan proton Bilangan neutron Nombor nukleon

Klorin-35 18

Klorin-37 37

Natrium-23 11

Natrium-24 13

Bromin-79 79

Bromin-81 35

Oksigen-16 8

Oksigen-18 18

21
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

7 Kegunaan Isotop dalam Pelbagai Bidang

Apa itu radioisotop?


Radioisotop ialah isotop yang tidak stabil yang memancarkan sinaran radioaktif

8 Walaupun radioisotop mengeluarkan sinaran berbahaya, namun radioisotop mempunyai


kegunaan yang penting jika dikendalikan dengan betul. Antara kegunaan adalah seperti
berikut:

Bidang Kegunaan isotop

Perubatan  Sinar gama daripada kobalt-60 digunakan untuk membunuh


sel kanser
 Iodin-131 digunakan untuk merawat pesakit kelenjar atau tiroid

Teknologi Makanan Sinar gama daripada kobalt-60 juga digunakan untuk membasmi
mikroorganisma pada sayur-sayuran tanpa mengubah kualiti
makanan itu

Pertanian Fosforus-32 disuntik ke dalam akar tumbuhan untuk mengkaji kadar


penyerapan baja fosforus dalam tumbuhan

Arkeologi dan Karbon-14 digunakan menentukan usia artifak atau


Geologi bahan/monumen tinggalan sejarah

Latihan Prestasi : TP 1

1 Apakah itu isotop?

………………………………………………………………………………………………………………………….

2 Apakah itu nombor nukleon?

………………………………………………………………………………………………………………………….

3 Nyatakan 3 contoh isotop dan nyatakan fungsinya

………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………….

4 Apakah itu radioisotop?

………………………………………………………………………………………………………………………….

5 Jika isotop bagi oksigen ialah oksigen-16 dan oksigen-18 dan masing-masing mempunyai
nombor neutron 8 dan 10. Hitung bilangan proton kedua-dua isotop ini?

………………………………………………………………………………………………………………………….

6 ……………………………………digunakan untuk merawat sel kanser

7 ……………………………………digunakan untuk menentukan usia artifak atau fosil

22
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Latihan Prestasi

1 Jadual 1 menunjukkan unsur P,Q, R dan S dengan nombor proton dan nombor nukleon masing-
masing.

Unsur Nombor proton Nombor nukleon

P 15 32

Q 11 24

R 11 23

S 6 14

Jadual 1

a) Unsur manakah merupakan pasangan isotop?

…………………………………………………………………………………………………………………….

b) Terangkan jawapan anda di (a).

…………………………………………………………………………………………………………………….

c) Nyatakan fungsi isotop yang dinyatakan di (a) dalam bidang berikut:

Bidang perubatan: ……………………………………………………………………………………………

Bidang industri:…………………………………………………………………………………………………

d) Hitungkan bilangan neutron bagi unsur P

…………………………………………………………………………………………………………………….

e) Tuliskan susunan elektron bagi unsur P

…………………………………………………………………………………………………………………….

f) Lukiskan susunan elektron bagi atom Q

g) Lukiskan susunan elektron bagi ion Q

23
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

Latihan Prestasi : Soalan Objektif SPM 2006 - 2017

1 Rajah 1 menunjukkan nukleus bagi suatu atom. SPM 2007

Rajah 1

Berapakah bilangan elektron dalam atom ini?

A 1 B 3

C 4 D 7

2 Jadual 1 menunjukkan nombor proton dan bilangan neutron bagi suatu atom.

Nombor proton Bilangan neutron

8 9

Jadual 1

Berapakah nombor nukleon bagi atom itu? SPM 2008

A 8 B 9

C 17 D 72

3 Maklumat berikut menunjukkan nombor proton dan bilangan neutron bagi suatu atom.

Nombor proton = 5

Bilangan neutron = 6

Berapakah nombor nukleon bagi atom itu? SPM 2009

A 1 B 5

C 6 D 11

4 Jadual 1 menunjukkan bilangan zarah subatom bagi atom X dan Y.

Atom Bilangan neutron Nombor nukleon

X 6 12

Y 7 13

Jadual 1

Apakah nombor proton bagi X dan Y? SPM 2010

X Y X Y

A 6 6 C 7 6

B 6 7 D 7 7

24
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

5 Nombor proton bagi atom X ialah 9 dan nombor nukleon ialah 19.

Apakah bilangan neutronnya? SPM 2013

A 9 B 10

C 19 D 28

6 Nombor proton bagi atom X ialah 10 dan nombor nukleon ialah 19.

Apakah bilangan neutronnya? SPM 2014

A 9 B 10

C 19 D 29

7 Rajah 2 menunjukkan nukleus bagi atom Y.

Antara yang berikut, yang manakah isotop bagi atom Y? SPM 2012

8 Jadual 2 menunjukkan bilangan proton dan bilangan neutron bagi zarah P, Q, R dan S.

Elemen Bilangan proton Bilangan neutron

P 15 16

Q 17 18

R 17 20

S 19 20

Jadual 2

Unsur-unsur manakah adalah isotop? SPM 2015

A P dan Q B P dan S

C Q dan R D R dan S

25
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

9 Rajah 3 menunjukkan struktur atom P, Q, R dan S. SPM 2016

Rajah 3

Atom manakah adalah isotop?

A P dan Q B P dan S

C Q dan R D R dan S

Soalan Bahagian B : SPM 2009

1 Rajah 1.1 menunjukkan struktur suatu atom.

Rajah 1.1

a) X dan Y adalah zarah subatom. Namakan X dan Y.

……………………………………………………………………………………………………………………

b) Apakah cas bagi X?

…………………………………………………………………………………………………………………..

c) Berapakah nombor nukleon bagi atom ini?

……………………………………………………………………………………………………………………

d) Lukiskan susunan elektron bagi unsur tersebut.

26
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020
MODUL ULAS SAINS T4 KSSM

e) Rajah 1.2 menunjukkan struktur bagi tiga atom.

i) Atom yang manakah adalah isotop?

Tandakan (√) bagi jawapan anda dalam kotak yang disediakan di Rajah 1.2.

Rajah 1.2

ii) Isotop adalah atom-atom bagi suatu unsur yang mempunyai bilangan neutron yang

berlainan tetapi sama bilangan ………………………………………….

f) Lukiskan suatu model atom P yang mempunyai nombor proton 3 dan nombor neutron 4.

g) Lukiskan susunan elektron bagi ion P tersebut

~MODUL BP 8 : UNSUR DAN BAHAN TAMAT~

27
CIKGU ABADI @ SMKIP 2020

You might also like