Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat PIBG Bil 1 2019

Minit Mesyuarat PIBG Bil. 1 Sesi 2019/2020


SJK(C) Yuk Hua Rembau

Tarikh : 23-3-2019 (Sabtu)


Masa : 9.00 a.m.
Tempat : Makmal komputer
Pengerusi : En. Yau Jin Joo
Setiausaha : Pn. Gam Mee Fong
Pencatat : Pn. Yap Heng Hoon, En. Chiak Chin Soon

1. Ucapan daripada YDP


1.1. Mengalu-alukan kedatangan semua ahli dan merakamkan terima kasih ke
atas kehadiran semua jawatankuasa ke mesyuarat pada hari ini.
1.2. Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan aktiviti tahunan sekolah
bagi Tahun 2019. Antaranya:
- Karnival Bahasa Cina peringkat daerah Rembau
- Sukan Tahunan
- Sambutan Hari Guru sekolah
1.3 Berharap agar semua ahli dapat bekerjasama dengan pihak sekolah bagi
menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah dan melicinkan urusan pentadbiran
pihak sekolah.
2. Ucapan daripada Guru Besar
2.1. Mengalu-alukan kehadiran semua AJK PIBG.
2.2. Pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Tahun Baru Cina pada 1
Februari 2019 yang lalu. Sambutan ini turut dihadiri YB Cha Kee Chin,
Ahli Parlimen Rasah. Beliau telah menyumbangkan RM2000 kepada
PIBG sekolah sebagai dana untuk aktiviti tahunan.
2.3. Pihak sekolah telah memohon peruntukkan sebanyak 30 ribu daripada
KPM untuk menaiktarafkan kantin, bilik sains, bilik darjah dan lain-lain
infrastruktur sekolah. Sekiranya permohonan ini berjaya, peruntukkan ini
akan disalurkan ke dalam akaun PIBG dan semua aktiviti
penyelenggaraan ini akan dikendalikan oleh Naib Pengerusi LPS. Jika
terdapat wang yang berlebihan daripada projek ini, maka ia akan disimpan
di dalam akaun PIBG untuk dijadikan sebagai dana aktiviti.
2.4. Sekumpulan komuniti NGO yang juga merupakan kumpulan amal, L87A
sedang menjalankan aktiviti amal “MAD Day” di sekolah. Antara
program yang dilaksanakan ialah membina pentas, mengecat bilik darjah,
melukis mural dan mewujudkan satu sudut bacaan di sekolah.
Sehubungan itu, pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
atas sumbangan yang diberikan oleh kumpulan amal L87A.
3. Perkara perbincangan
3.1. Karnival Bahasa Cina Peringkat Daerah Rembau
3.1.1 Karnival ini akan diadakan dari pukul 8 pagi pada 18 April 2019
(Khamis) di dewan sekolah. Aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung

1
Minit Mesyuarat PIBG Bil 1 2019

ialah pertandingan bercerita, pertandingan kaligrafi dan


pertandingan mendeklamasi sajak.
3.1.2 Anggaran kos bagi aktiviti ini adalah sebanyak RM400. Untuk
makluman, JPNS hanya memberi peruntukkan sebanyak RM50 dan
yuran pendaftaran daripada 3 buah sekolah adalah sebanyak
RM150. Jumlah ini adalah tidak mencukupi untuk menampung kos
perbelanjaan aktiviti ini, Dengan ini, pihak sekolah berharap pihak
PIBG dapat menampung kos perbelanjaan yang tidak mencukupi
itu.
3.1.3 Pihak sekolah akan menyediakan sarapan dan makan tengahari bagi
guru pengiring dan semua peserta berserta jamuan bagi para
jemputan.
3.2. Sukan Tahunan
3.2.1 Sukan Tahunan sekolah dijangka akan diadakan pada 28 April
(Ahad) dan pada 29 April (Isnin) sekolah akan memohon cuti
peristiwa.
3.2.2 Sukan Tahun pada tahun ini akan dilaksanakan dalam dua fasa:
a) Fasa 1 : Merentas desa.
Terbuka kepada semua murid dari Pra Sekolah ke Tahun 6. Ibu
bapa dan Alumni turut dijemput untuk menyertai kategori acara
terbuka. AJK PIBG dilantik sebagai pembantu di ‘check point’.
b) Fasa 2 : Acara sukaneka dan Acara keibubapaan bersama anak.
3.2.3 Roti akan dibekalkan kepada murid-murid pada waktu rehat.
Sarapan dan jamuan kepada AJK pengelola akan disediakan oleh
pihak sekolah.
3.3 Aktiviti Tahunan
3.3.1 Aktiviti Tahunan PIBG adalah seperti yang berikut:
a) Pertandingan Kaligrafi Februari
b) Mesyuarat Agung PIBG Mac
c) Sambutan Hari Guru Jun
d) Sukan Tahunan April
e) Hari Kanak-Kanak dan Pertandinagan Menyanyi Oktober
f) Hari Anugerah Kecemerlangan November
3.4 Sambutan Hari Guru Sekolah
3.4.1 Diadakan pada 21 Jun 2019 (Jumaat).
3.4.2 Cikgu Chiak mencadangkan sambutan hari guru pada tahun ini
diadakan di dewan sekolah dengan cara buffet demi menjimatkan
kos.
Cadangan disokong dengan sebulat suara. PIBG akan
mengendalikan makan buffet dan segala urusan sambutan hari guru
ini dengan cara menjual kupon kepada ibu bapa dan komuniti
setempat. Makanan halal akan disediakan.
3.4.3 Hadiah untuk guru dipilih oleh guru atau dengan pemberian voucher
AEON yang bernilai RM100.

2
Minit Mesyuarat PIBG Bil 1 2019

Mesyuarat memutuskan bahawa hadiah untuk guru adalah voucher


AEON yang bernilai RM100.
3.4.4 Guru besar meminta pihak PIBG turut untuk memberi cenderahati
kepada empat orang kakitangan sokongan sekolah.
Cadangan disokong dengan sebulat suara.
3.5 Ganjaran UPSR
3.5.1 Setelah berbincang, keputusan mesyuarat adalah seperti yang
berikut:
a. Ganjaran kepada murid
Bil. Perkara Ganjaran
1 1A RM20
2 BM mendapat B RM 5 Dibatalkan
3 Semua Lulus RM10
4 Ganjaran Istimewa 8A RM200 + Sebuah basikal bernilai
RM350 dan ke bawah
5 Ganjaran Istimewa 7A RM100
6 Ganjaran Istimewa 6A RM50
b. Ganjaran kepada guru yang memperoleh kelulusan 100% mengikut
kertas dalam subjek yang diajar.
Mesyuarat memutuskan bahawa ganjaran wang tunai RM100 akan
diberikan kepada cikgu yang memperoleh keputusan lulus 100%
berdasarkan kertas pada setiap mata pelajaran.
4. Hal-hal lain.
4.1 Hamper buah-buahan yang bernilai RM200 kepada kumpulan amal L87A
akan ditanggung oleh pihak PIBG.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Disediakan oleh,

___________________
(CHIAK CHIN SOON)
Penolong Setiausaha PIBG
SJK(C) Yuk Hua Rembau

You might also like