Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI

MINIT MESYUARAT UNIT PANDU PUTERI BIL 1/2022

Tarikh : 30 Disember 2021


Masa : 8.45-9.45 pagi
Tempat : War Room, SKKM
Pengerusi : Nurafiqah Binti Abdul Rahman
Kehadiran(Bilangan) : 28 orang

Turut Hadir (Jika ada) :-

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran mesyuarat pada hari
ini. Majlis dimulakan dengan al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke Mesyuarat kali
pertama bagi tahun 2021. Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali
pertama ini bertujuan membincangkan perancangan Unit yang akan
dijalankan sepanjang tahun 2021.
1.3 Pengerusi berharap para guru juga dapat meneruskan sikap komited,
semangat kerjasama dan kegigihan ini diteruskan lagi pada tahun 2021.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Tiada pengesahan minit mesyuarat yang lalu kerana mesyuarat kali


pertama

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi memaklumkan terdapat aduan kelewatan dan ketidak hadiran


guru semasa aktiviti uniform dijalankan menyebabkan berlakunya
beberapa masalah disiplin dikalangan murid sewaktu ketiadaan guru di
dalam kelas.
3.2 Sebarang kelewatan atau ketidak hadiran guru perlu dimaklumkan segera
kepada pengerusi untuk tindakan lanjut.

4. FOKUS MESYUARAT

4.1 Pengerusi memaklumkan terdapat aduan kelewatan dan ketidak hadiran


guru semasa aktiviti uniform dijalankan menyebabkan berlakunya
beberapa masalah disiplin dikalangan murid sewaktu ketiadaan guru di
dalam kelas.
4.2 Pengerusi berharap semua guru peka dengan jadual bertugas dan jadual
aktiviti yang dikeluarkan oleh Unit Kokurikulum pada setiap minggu.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

4.3 Pengerusi memaklumkan bahawa pemakaian pakaian unit beruniform


dikalangan guru dan murid masih belum mencapai tahap memuaskan
4.4 Pengerusi memaklumkan tentang bayaran yuran keahlian bagi setiap
murid adalah RM1.00 seorang manakala yuran bagi guru pula adalah
RM5.00 seorang.
4.5 Pengerusi turut mengingatkan bahawa perhimpunan unit beruniform
dijalankan
mengikut jadual penggiliran yang telah disediakan Unit Kokurikulum
4.6 Pengerusi mengingatkan bahawa Setiausaha dan Pengerusi
bertanggungjawab menguruskan fail pengurusan dan buku laporan
selengkapnya seperti yang dimaklumkan oleh Setiausaha Kokurikulm dan
dibantu oleh guru penasihat yang lain.
Tindakan: Semua Ahli

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Makluman tentang sesi perjumpaan dan latihan


5.2 Makluman tentang penggunaan buku catatan atau buku log.
5.3 Perancangan untuk aktiviti tahunan dibincangkan.
5.4 Murid-murid yang hadir untuk diwajibkan membawa alatan atau bahan
yang diperlukan setiap kali perjumpaan.
Makluman: Semua Ahli

6. PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan segala arahan yang


dikeluarkan dapat diambil tindakan sewajarnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.45 pagi.

Disediakan oleh,

NAJIDDATUN BINTI RAMLI


SETIAUSAHA
Mesyuarat Unit Pandu Puteri
Tarikh : 30 DISEMBER 2021

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like