Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING

SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SESI 2022

SK ANDRASSY TAWAU, SABAH

Guru Besar,

KERTAS KERJA PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

 Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat
penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi
muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah
perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Kementerian
Pendidikan Malaysia, antara agensi utama kerajaan, perlu mendidik dan membina
generasi muda supaya mereka mempunyai rasa cinta kepada negara, sentiasa
mengingati jasa dan pengorbanan negarawan-negarawan ulung terdahulu dan
mempunyai jati diri yang jitu. Di samping itu, mereka juga perlu mempunyai semangat
patriotisme yang tinggi yang dapat dizahirkan dengan menghormati Lagu Kebangsaan
dan Jalur Gemilang. Mereka hendaklah menjadi bangsa yang berani, tegas, dihormati
dan berkeyakinan serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk sedia berkorban demi
kedaulatan agama, bangsa dan negara.

 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 14/2000: Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat


Sekolah

Surat Pekeliling ini bertujuan memberi garis panduan kepada semua sekolah,
dalam merancang dan melaksanakan program-program sempena sambutan Hari
Kemerdekaan setiap tahun. Kementerian Pendidikan meminta setiap sekolah di
seluruh negara merancang dan melaksanakan Aktiviti Utama dan Aktiviti
Sampingan bagi mengisi sambutan tersebut.

1 Aktiviti Utama Semua sekolah dikehendaki mengadakan PERHIMPUNAN KHAS


pada tarikh 30 Ogos setiap tahun. Sekiranya tarikh berkenaan merupakan hari
cuti, perhimpunan ini hendaklah diadakan pada hari sebelumnya.
Perhimpunan tersebut hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi acara-acara
yang berikut: i. mengibarkan Jalur Gemilang; ii. menyanyikan lagu Negaraku dan
lagu-lagu patriotik; dan iii. laungan kemerdekaan.

2. Aktiviti Sampingan Pihak sekolah digalakkan untuk merancang dan


melaksanakan aktiviti-aktiviti sampingan, yang boleh diadakan sepanjang bulan
Ogos setiap tahun. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah: i. mengibarkan Jalur
Gemilang di bilik-bilik darjah; ii. menggalakkan murid mengibarkan Jalur Gemilang
yang bersesuaian saiznya di kenderaan peribadi; iii. mengadakan peraduan
menulis esei, mendeklamasi puisi, melukis poster atau seumpamanya; iv.
mengadakan pertandingan pidato, syarahan, bahas, kuiz dan nyanyian lagu-lagu
patriotik; v. mengadakan pertandingan/persembahan pentomen, sketsa dan
drama; vi. mengadakan pameran mengenai sejarah perjuangan kemerdekaan
atau tokoh-tokoh setempat yang berjasa; dan vii. aktiviti-aktiviti lain yang
difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.

3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Memupuk semangat cintakan Negara di kalangan warga SK Andrassy, Tawau
3.2 Memberikan info semasa tentang Malaysia dahulu dan kini
3.3 Menarik minat murid mendalami ilmu tentang Negara Malaysia

4. KUMPULAN SASAR
 Semua murid tahap 2 SK Andrassy, Tawau

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

 Tarikh gimik penyerahan bendera: 1 Ogos 2022 (Isnin)


Tempat: Dewan Terbuka SK Andrassy Tawau (Perhimpunan mingguan)
 Tarikh Perasmian : 15 Ogos 2022 (Isnin)
Tempat : Dewan Terbuka SK Andrassy Tawau

 Tarikh pelaksanaan aktiviti: Sepanjang bulan Ogos mengikut tentatif


 Tarikh penutupan program: 19 September 2022 (Isnin)

PANITIA PERKARA TARIKH PELAKSANAAN TINDAKAN

Bahasa Inggeris Choral speaking Sabriah Talitti


Competition 9-10 Ogos 2022 Semua guru BI
PERASMIAN PENUTUPAN

Perasmian penutupan program akan diadakan pada 19 September 2022 (Isnin)


6. JAWATANKUASA KERJA

Penasihat: Francis Doris (Guru Besar SK Andrassy, Tawau)

Pengerusi 1: Rozuanarita Rodney (PK Kurikulum)

Pengerusi 2: Kassim Matzin (PK Kokum) / Angela John (PK Hem)

Penyelaras PSS : Mejan Othman

Penyelaras Pertandingan: Sabriah Talitti (KP BI)

AJK:

Normasrawaty Abd Rani (Guru Bahasa Inggeris)

Seni Sunarya Samuel (Guru Bahasa Inggeris)

Bendahari: Suhailah Sudirman (PT)

7. IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA ANGGARAN KOS


1 Johan (Hamper makanan) RM60.00 RM60.00
2 Naib Johan (Hamper makanan) RM50.00 RM50.00
3 Ketiga (Hamper makanan) RM40.00 RM40.00
4 Sijil RM40.00 RM40.00
JUMLAH KESELURUHAN RM190.00

8. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)


9. PENUTUP

Program ini dirancang dengan harapan ianya dapat dilaksanakan dengan penuh jayanya.
Justeru itu kerjasama dari semua pihak yang terlibat khasnya ahli jawatankuasa kerja yang telah
dilantik amatlah diharapka

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………………………………………………..
………………………………………………………………

Nama: SABRIAH TALITTI Nama: DORIS FRANCIS


Jawatan: KP BAHASA INGGERIS Jawatan: GURU BESAR
Nama Sekolah: SK ANDRASSY TAWAU Nama Sekolah: SK ANDRASSY TAWAU
Tarikh:
Tarikh:

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING

SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2022

SK ANDRASSY TAWAU, SABAH

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING SEMPENA SAMBUTAN


BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2022

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING SEMPENA


SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2022

Ulasan:

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Disemak dan diluluskan oleh:

___________________________
(DORIS FRANCIS)
GURU BESAR
SK ANDRASSY TAWAU
TARIKH:

You might also like