Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 19

SISTERS IN ISLAM PENGURUSAN ORGANISASI KE ARAH MEMPERKASAKAN SUARA WANITA ISLAM Dr.

. Indriaty Ismail & Siti Hilmiyah Mohd Rafii PENGENALAN Sisters in Islam (SIS) merupakan satu di antara kumpulan emansipasi wanita atau feminisme yang terkehadapan di Malaysia antara tahun 1990an dan 2000. SIS dibentuk dalam tahun 1988 dan didaftarkan sebagai sebuah Non-Governmental Organisation (NGO) pada 1993 di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad. SIS menjelaskan bahawa mereka adalah perkumpulan wanita Islam yang komited untuk mempromosikan hak-hak wanita dalam kerangka Islam. Antara isu yang dibahaskan oleh SIS ialah: mengembalikan martabat keilmuan wanita, kasih sayang, perkahwinan dan persamaan tanggungjawab, hak mengenakan syarat dalam perjanjian perkahwinan, keganasan rumah tangga, poligami dan syarat keadilan, kempen monogami, perancangan keluarga, sumbang mahram, hak kebebasan beragama dan beberapa isu lain lagi. Dalam memperjuangkan isu-isu wanita Islam di Malaysia dan memperteguhkan hasratnya untuk memperkasakan wanita Islam, SIS telah mengaplikasikan pelbagai metodologi sedaya mungkin sehingga berjaya mempersadakan SIS Forum (Malaysia) Sdn. Bhd. di arena antarabangsa. Penulisan ini akan membuat penilaian terhadap pengurusan organisasi SIS sejak dari awal penubuhannya sehinggalah ke hari ini. SISTERS IN ISLAM: PERSPEKTIF SEJARAH PENUBUHAN ORGANISASI Kisah SIS bermula dari satu persoalan iaitu Kalau Allah itu Maha Adil kalau Islam itu adil, mengapakah ada undang-undang dan polisi-polisi yang dibuat atas nama Islam tetapi mencetuskan ketidakadilan? Inilah persoalan yang membakar semangat pengasas-pengasas SIS apabila mereka mula mencari penyelesaian masalah diskriminasi terhadap wanita-wanita Islam atas nama Islam.

2 Gerakan awal bermula pada tahun 1987 apabila Persatuan Peguam-peguam Wanita (Association of Women Lawyers - AWL) telah memberi laluan kepada beberapa orang peguam wanita dan rakan-rakan mereka bergabung di bawah jawatankuasa kecil Persatuan Syariah untuk mengkaji permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan implementasi Undang-undang Keluarga Islam yang baharu yang telah dibentuk dalam tahun 1984 dan dikuatkuasakan pada tahun 1987 (Laporan Penyelidikan UKM-GUP-TKS-07-08-077: 23). Kumpulan ini terdiri daripada peguam-peguam, ahli-ahli akademik, jurnalis, penganalisis dan para aktivis. Ramai wanita datang mengadu kepada mereka tentang permasalahan-permasalahan perkahwinan dan kesukaran-kesukaran yang dihadapi apabila menuntut hak dan keadilan daripada pihak berkuasa agama Islam. Pada permulaan siri-siri pertemuan, tumpuan lebih diberikan kepada permasalahan undangundang dan implementasinya, dan penyelesaian-penyelesaian yang perlu untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dalam sistem peundangan. Perjumpaan pertama telah diadakan di ruang tamu sebuah rumah yang didiami bersama oleh Cik Zainah Anwar, bekas jurnalis dan penganalisis kanan dan Farida Ariffin, yang kemudiannya menjadi presiden Persatuan Peguam-peguam Wanita dan Penasihat Undang-Undang dalam Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri (Laporan Penyelidikan UKM-GUP-TKS-07-08-077: 24). Inisiatif pertama kumpulan ini ialah mengendalikan satu bengkel pada tahun 1988 yang melibatkan The National Council of Women s Organizatoins (NCWO), the Federal Govenments Womens Affairs Division dan Pusat Islam di Jabatan Perdana Menteri. Bengkel ini berusaha untuk menyedarkan pihak-pihak yang berkewajiban tentang permasalahan yang dihadapi oleh wanita dengan pelaksanaan Undang-Undang Keluarga yang baru dan untuk mencadangkan reformasi undangundang substanstif dan prosedur baru untuk memastikan hak-hak wanita-wanita Islam dilindungi oleh undang-undang. Reformasi undang-undang hanyalah permulaan perjalanan SIS. Ramai ahli dalam ini yang merasakan bahawa berurusan dengan hal-ehwal perundangan sematamata tidak memadai, terutama apabila ada pandangan bahawa Islam semakin

3 dilabelkan sebagai sumber ketidakadilan dan penindasan. Ramai wanita yang Wanita percaya

mengadu bahawa mereka menderita dan teraniaya dalam diam.

bahawa Islam menuntut mereka taat sepenuhnya kepada suami, sekalipun suami tersebut tidak berhak untuk menerima sebegitu banyak pertimbangan. Dalam kuliah dan ceramah agama di rumah, radio dan televisyen, masjid dan di mahkamahmahkamah wanita sering diajar bahawa kedudukan lelaki tetap mengatasi kedudukan wanita; kesaksian seorang lelaki menyamai kesaksian dua orang wanita; lelaki diberikan hak untuk memukul isteri dan hak untuk berkahwin dua; dan satusatunya tempat untuk isteri yang tidak taat kepada suami di akhirat kelak ialah neraka (Laporan Penyelidikan UKM-GUP-TKS-07-08-077: 24). Justeru, bentuk perjumpaan awal telah berubah: di mana sebahagian daripada kumpulan SIS merasa perlu satu yang tindakan segera untuk mengkaji semula alQuran, bagi memastikan adakah teks al-Quran benar-benar menyokong penindasan dan layanan buruk ke atas wanita atau sebaliknya. Keperluan untuk mengikuti pertimbangan teks/nas al-Quran adalah mendesak, juga kerana: SIS telah lama mendesak kerajaan untuk menerima keganasan rumahtangga sebagai satu jenayah. Tetapi apabila desakan itu diajukan, didapati di sana terdapat bantahan dari pihak Pusat Islam yang mengatakan undang-undang keganasan rumahtangga tidak boleh disabitkan ke atas lelaki Islam. Seorang lelaki Islam mempunyai sandaran wahyu untuk memukul isterinya yang nusyuz (Surah al-Nisa 4: 34) dan tidak ada manamana undang-undang manusia yang dapat menafikannya. Respon kepada bantahan tersebut, SIS menjelaskan bahawa sebagai seorang muslim yang membesar dengan ajaran Islam, yang percaya bahawa Islam agama keadilan dan Allah Maha adil, agak sukar untuk wanita percaya bahawa Allah memuliakan ketidakadilan, mensucikan penindasan dan keganasan terhadap mereka. Justeru, keperluan untuk melihat semula tafsiran teks ayat al-Quran menjadi tuntutan kepada SIS (Laporan Penyelidikan UKM-GUP-TKS-07-08-077: 25). Dalam masa yang sama, keahlian kumpulan ini telah berkembang. Hanya tiga orang sahaja daripada kumpulan asal kekal. Sementera Presiden AWL, Nur Farida telah berangkat untuk mengetuai Gender Unit of the Commonwealth Secretariat, London. Ahli-ahli baru meneruskan perjumpaan di rumah kediaman Zainah dan pada tahun 1989, lapan ahli wanita ini telah membentuk penggerak utama perkumpulan

4 yang kemudiannya dikenali sebagai SIS. Kumpulan teras SIS terdiri dari Dr Amina Wadud, Askiah Adam, Prof Norani Othman, Rashidah Abdullah, Rose Ismail, Salbiah Ahmad, Sharifah Zuriah al-Jeffri dan Zainah Anwar (Laporan Penyelidikan UKMGUP-TKS-07-08-077: 26). Tumpuan SIS sekarang semakin berkembang iaitu dari fokus hanya kepada reformasi undang-undang kepada membuka ruang yang luas dalam Undang-undang Islam. SIS bermesyuarat setiap minggu dan mulai mengkaji al-Quran dengan teliti, melihat kembali surah-surah yang digunakan sebagai sumber undang-undang untuk mendiskriminasi wanita. Secara umumnya, nas-nas al-Quran yang digunakan untuk membenarkan keganasan rumahtangga, poligami, ketaatan tanpa soal wanita kepada lelaki, kedudukan yang rendah dalam hal persaksian dan ketidaksetaraan gender adalah termasuk dalam bidang kajian kumpulan ini (Laporan Penyelidikan UKMGUP-TKS-07-08-077: 26). Perkumpulan SIS telah terlibat secara aktif dalam model al-Quran hermeneutik yang menyelidik konteks sosio-sejarah penurunan wahyu secara keseluruhan dan teks-teks al-Quran secara khusus. SIS juga memeriksa bahasa alQuran, struktur sintak dan nahunya dan teks al-Quran secara menyeluruh untuk memahami pandangan al-Quran keseluruhannya. SIS berkeyakinan bahawa kombinasi metodologi ini memberi peluang sempadan yang sungguh menarik untuk wujud di antara teologi dan intepretasi di satu pihak, dan realiti kehidupan harian seorang wanita Islam dalam konteks sosio-perundangan semasa di satu pihak yang lain. SIS MENGORAK LANGKAH LANGKAH Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh SIS untuk memperjuangkan keadilan dan kesamarataan untuk wanita dan memperkasakan suara wanita Islam ke tengah masyarakat agar didengar dan diberi perhatian oleh pelbagai pihak yang terdiri dari orang awam, penyelidik, ahli akademik, wartawan, ulama, penguasa agama, penguatkuasa undang-undang, pengamal undang-undang, pembuat dasar, pemimpin dan seterusnya dari peringkat kebangsaan ke antarabangsa. Antara usaha SIS sejak

5 dari peringkat awal penubuhan perkumpulannya sehingga ke tahap menduduki persada antarabangsa dapat dilihat seperti berikut. Sepucuk surat kepada editor Dengan ilmu pengetahuan yang mereka miliki, SIS merasa bertanggungjawab untuk berkongsi penemuan-penemuan penyelidikan mereka dengan masyarakat dalam usaha mengeluarkan diri dari kepompong kepercayaan lama dan menunjukkan bahawa Islam tidak mendiskriminasi wanita. Peluang besar muncul dalam tahun 1990 apabila diperdengarkan kes Aishah Abdul Rauf menentang Wan Mohd Yusof Wan Othman, di mana Mahkamah Syariah Rayuan Selangor mencadangkan suami tidak berhak berkahwin dua disebabkan suami tidak memenuhi empat syarat yang tetah ditetapkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam yang memastikan keadilan dilaksanakan. Penghakiman dan debat yang menyusul tentang hak lelaki berkaitan poligami mendorong SIS menulis surat kepada semua editor suratkhabar utama sebagai strategi supaya suara alternatif dapat didengari dan diketahui oleh masyarakat umum. Keesokan harinya, surat mereka telah disiarkan dalam The Star dan mendapat respon yang memberangsangkan. Akhbar The New Straits Times juga telah menerbitkan surat yang sama. Surat tersebut turut disiarkan dalam Utusan Malaysia dan Utusan Melayu di mana SIS telah menggunakan versi bahasa Malaysia (Laporan Penyelidikan UKM-GUP-TKS-07-08-077: 28). Risalah soal jawab SIS meneruskan langkah perjalanan mereka tanpa undur, bahkan menyambung pengkajian secara intensif ke atas al-Quran, literatur tafsir, perundangan Islam dan hak-hak wanita. Pada masa itu kajian mereka berfokus kepada dua isu yang paling mendesak, iaitu kesamarataan antara lelaki dan wanita dan keganassan rumahtangga. Berpegang kepada keyakinan bahawa Islam mengandungi mesej yang universal: kesamarataan dan keadilan, kumpulan ini telah menerbitkan dua pamflet soal jawab iaitu Adakah Wanita dan Lelaki Saksama di Sisi Allah? Are Women & Men Equal Before Allah? dan Are Muslim Men Allowed to Beat Their Wives?. Kedua-dua buku kecil ini juga diterbitkan dalam Bahasa Malaysia dengan judul Adakah Wanita dan Lelaki Saksama di Sisi Allah? dan Adakah Lelaki Islam Dibenarkan Memukul Isterinya?. Risalah yang pertama bertujuan memberi pemahaman asas kepada mesej

6 kesamarataan dalam al-Quran dan menjelaskan bagaimana pemahaman manusia tentang kehendak Tuhan terhadap dunia patriarki telah menjurus kepada ketidakadilan. Risalah yang kedua adalah sebahagian usaha SIS untuk membina konstituensi orang awam Islam yang boleh mendokong kempen kebangsaan oleh perkumpulan-perkumpulan wanita yang bertujuan meletakkan keganasan rumahtangga sebagai jenayah Malaysia (Sisters in Islam 2008a, 2008b). Pelancaran buku Dalam tahun 1991, dua risalah tentang hak-hak wanita dalam Islam telah sedia untuk menemui masyarakat awam. Berbagai-bagai kritikan telah dilemparkan kepada kumpulan ini terutamanya selepas surat kedua mereka kepada editor dalam tahun 1991 yang membincangkan tentang wanita dan kepimpinan lahir cetusan pendapat antara ahli untuk mendedahkan identiti individu ahli-ahli kumpulan kepada masyarakat. Ahli-ahli ditentukan untuk mempromosikan advokasi SIS dan akhirnya mereka mendapat sokongan daripada menteri yang kemudiannya bertanggungjawab dalam hal ehwal wanita pada masa itu, Datuk Nafsiah Omar. bersetuju untuk melancarkan buku-buku itu. Respon yang diterima sangat menggalakkan. Lebih 200 wanita dan lelaki daripada kumpulan dan persatuan undang-undang sivil, cendikiawan, kakitangan kerajaan dan golongan usahawan menghadiri pelancaran buku SIS dan forum sehari secara terbuka. Menurut laporan SIS, ramai yang tersentuh hati bila pertama kali mendengar tentang Islam yang dibincangkan secara umum menyuarakan tentang keadilan dan kesamarataan. Mengajukan memorandum kepada kerajaan Diperkuatkan dengan sokongan ramai, SIS mengambil strategi lain untuk mempengaruhi polisi awam. Mereka mula menghantar memorandum kepada Memorandum pertama telah kerajaan agar menggubal semula undang-undang. Datuk Nafsiah merupakan pendokong setia hak-hak wanita selama bertahun-tahun dan beliau

dihantar pada tahun 1993 kepada Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad dan membahaskan tentang cadangan Kod Jenayah Syariah Kelantan (Undang-undang Hudud). Memorandum itu menditilkan sifat kejam hukuman jenayah yang dicadangkan tersebut, dan juga diskriminasi terhadap wanita

7 secara sistematik yang terdapat di dalam perspektif agama, perundangan dan sosiosejarah. Ia juga mengemukakan bukti-bukti empirikal berlakunya ketidakadilan dan diskriminasi gender dalam negara-negara Islam yang menggunakan hukum jenayah yang sama. Dalam tahun 1994, SIS telah menyerahkan memorandum kedua kepada pihak kerajaan berhubung Akta Keganasan Rumahtangga, berhujah atas asas agama dan undang-undang bahawa orang-orang Islam tidak sepatutnya dikecualikan daripada bidang undang-undang yang dicadangkan. Penglibatan dengan isu-isu negara yang lebih luas Sejak awal lagi SIS telah mengenalpasti pentingnya melibatkan isu-isu besar berhubung dengan pembangunan negara, kerajaan, keislaman dan cabaran perubahan dan kemodenan. Dalam tahun 1992, SIS telah menganjurkan seminar peringkat kebangsaan yang pertama tentang The Modern Nation State and Islam, sekaligus mengembangkan tradisi pembelajaran dan keterlibatan dengan tradisi Islam, dan memulakan jaringan kerjasama yang kukuh dengan sarjana-sarjana Islam antarabangsa tentang isu kontemporari yang relevan dengan ummah. Mereka juga mula mengikuti kelas mingguan belajar al-Quran dan perundangan Islam, dan perubahan sosial dan kemodenan daripada Sarjana Reformasi Mesir yang masyhur iaitu Dr Fathi Osman, yang kemudiannya menjadi Profesor Pelawat di Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa untuk dua semester dalam tahun 1993 dan 1994. Pada akhir 1990an, aktiviti SIS dikembangkan dengan memasukkan aspek yang lebih luas seperti mempertahankan prinsip demokrasi dan kebebasan asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Mereka juga menggesa pemantauan prinsip-prinsip hak asasi manusia dan juga perjanjian peringkat antarabangsa yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia. SIS kemudiannya mula mengenengahkan hak kebebasan beragama dan bersuara hak yang sangat penting dan kritikal dalam menghadapi percubaan membunuh orang Islam yang cuba meninggalkan Islam (murtad) dan usaha mendiamkan perbezaan pendapat dalam Islam. Di sebalik semua aktiviti ini, terselit asas keyakinan yang teguh sebagai satu kumpulan yang prihatin yang berusaha ke arah pembentukan masyarakat yang lebih

8 baik. SIS tidak dapat mengasingkan diri mereka daripada hak-hak kemanusiaan yang lebih besar dan pergerakan demokrasi dalam negara. Pergerakan untuk menuntut keadilan gender pasti termasuk di bawah gerakan hak kemanusiaan yang lebih besar, dan sebaliknya. Perlindungan dan pengluasan ruang lingkup demokrasi membolehkan masyarakat sivil terus berkembang maju dan mendokong kebebasan asasi yang terdapat dalam Perlembanganan Persekutuan adalah tanggungjawab semua warganegara yang pada hakikatnya kebebasan ini yang membolehkan kumpulan seperti SIS diwujudkan. Mengembangkan aktiviti pendidikan dan latihan Selama sebelas tahun penubuhannya, ahli-ahli SIS bekerja melaksanakan semua projek kumpulan tanpa bayaran, pejabat atau pun staf sokongan. Kasih sayang, semangat dan sokongan moral dan kewangan daripada keluarga serta rakan-rakan telah mempertahankan lapan orang ahli awal melalui aktiviti-aktiviti dan penerbitanpenerbitan mereka. Tetapi disebabkan oleh Islam dan politik yang berterusan memberi impak dalam kehidupan orang Islam dan bukan Islam seluruh dunia, permintaan untuk khidmat SIS dan pandangan mereka semakin mendapat perhatian dan sambutan. Pada tahun 1998, akhirnya SIS mendapat pejabat dan staf tetap secara resmi. Dua orang pengasas SIS menjadi pengarah iaiti Zainah Anwar dan Sharifah Zuriah Aljeffri. Dari hanya memokuskan kepada penyelidikan dan advokasi, SIS mula berkembang ke peringkat pendidikan awam. Dalam tahun 2000, SIS mula Hasilnya, keahlian SIS telah menghasilkan modul latihan tentang hak-hak wanita dalam Islam dan dengan tekun menghidupkan semula sesi pembelajaran asalnya. bertambah termasuk remaja perempuan yang kebanyakannya adalah lepasan Universti yang baru dalam dunia pekerjaan. Dalam masa yang sama, ramai orang Islam dan bukan Islam, lelaki dan wanita, telah semakin berminat terhadap suara-suara SIS untuk perubahan. Sesi pembelajaran, dalam tempoh tahun pertama SIS menghidupkan semula pengajiannya, telah dibuka hanya kepada wanita Islam sahaja, tetapi kemudiannya, lelaki dan wanita, Islam dan bukan Islam dijemput untuk menyertainya. SIS juga mengendalikan program latihan dua hari mengenai hak-hak wanita dalam Islam yang

9 terbuka kepada orang ramai dan sekaligus membina sokongan padu terhadap keadilan dan kesamarataan Islam yang menjadi landasan perjuangan SIS. Dalam tahun 2006, SIS telah menyambung usahanya untuk memprotes beberapa kenyataan dalam Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan). SIS mempertingkatkan usahanya untuk sampai kepada golongan wanita terutama ibu tunggal yang begitu terkesan dengan peruntukan Syariah yang mendiskriminasi wanita. Justeru, dua bengkel Women for Women; Wanita untuk Wanita, telah diadakan dengan focus untuk memhamkan wanita Islam tentang hak-hak mereka, di samping untuk mengambil langkah positif unuk menuntut hak-hak yang tidak diadili dengan baik. Bengkel-bengkel ini yang berorientasikan pembinaan kapasiti turut memasukkan latihan advokasi dan penubuhan jaringan kersama dan sokongan (Sisters in Islam 2006: 23). Klinik kaunseling perundangan Perkembangan aktiviti SIS seterusnya ialah pada tahun 2003 apabila SIS dengan resminya membuka perkhidmatan klinik undang-undang yang menawarkan kaunseling perundangan melalui e-mel, faksimili, surat-menyurat, telefon dan temujanji. SIS bersedia memberi khidmat bantuan guaman dalam semua perkara yang berhubung dengan perkahwinan, perceraian, poligami, nafkah isteri, hak kewangan isteri dan nafkah anak. Iklan untuk sesiapa yang bermasalah atau ingin menyelesaikan permasalahan dalam perkara-perkara di atas dipaparkan setiap hari di dalam laman web SIS. Pada akhir tahun 2006, klinik tersebut telah memberi sumbangan perkhidmatan mereka kepada 1,768 pelanggan. Pendidikan undang-undang Sepanjang memberikan perkhidmatan kaunseling perundangan, SIS mendapati bahawa kebanyakan wanita keberatan dan tidak mampu mencari bantuan perundangan kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenai prosedur undang-undang dan informasi mengenai hak-hak mereka. Bagi mengatasi masalah ini, SIS mengambil tindakan segera dengan menyusun beberapa projek yang bertujuan member pendidikan undang-undang. Antara program celik undang-undang oleh SIS ini ialah melalui penulisan di dalam Ruangan Undang-undang dan Keluarga, yang disiarkan setiap Jumaat dalam Utusan Malaysia. Ruangan ini berjalan dalam bentuk

10 soal dan jawab dengan memokuskan kepada masalah-masalah tertentu yang dipilih dari ratusan masalah undang-undang yang dirujuk kepada klinik. Ruangan ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Antara masalah yang diketengahkan ialah aplikasi dan prosedur undang-undang Islam dalam soal nafkah (pasangan dan anak), perkahwinan dan perceraian, faraid dan wasiat, khalwat, zina dan lain-lain. Selain melalui ruangan akhbar, Unit Undang-undang SIS juga menerbitkan siri risalah yang bertajuk Know Your Rights. Risalah kecil ini juga ditulis dalam bentuk soal dan jawab dan memokuskan kepada topik-topik yang berlainan dalam isu hakhak wanita. Contohnya, Ada Apa Dengan Tacliq (Whats with the Marriage Contract), nafkah isteri (Wifes Maintenance), Diceraikan di Luar Mahkamah (Divorce Outside the Court) (Sisters in Islam 2006: 38). Risalah ini bukan sekadar memberikan maklumat mengenai undang-undang dan prosedur mahkamah bahkan memperkasakan wanita dan orang awam serta memberi kekuatan kepada mereka untuk menghubungi pihak berkewajipan bagi meluahkan dan mengemukakan cadangan perubahan kepada peraturan dan prosedur undang-undang yang sedang berjalan. Pemantauan di mahkamah Pemantauan di mahkamah atau the CourtWatch Programme pertama kali diperkenalkan dalam bulan November 2006. Program ini bertujuan memantau prosiding mahkamah dalam usaha mengenal pasti masalah-masalahyang dihadapi oleh wanita dalam sistem kehakiman. Melalui metode ini SIS merancang untuk mengkompilasi dokumentasi yang perlu demi merangka perubahan kepada undangundang dan prosedur mahkamah, dan untuk menjamin hakim, peguam, penjaga dan ahli psikologi menjalankan tanggungjawab mereka secara professional dan bersikap sensitif-gender. Program CourtWatch dilakukan oleh pelajar-pelajar undang-undang yang sedang menjalani chambering dan sukarelawan-sukarelawan yang memantau proses dan mendokumentasi semua prosiding mahkamah-mahkamah Syariah. Di samping mengumpulkan data-data penting tersebut, pelajar-pelajar undang-undang juga berpeluang mendapat pendedahan mengenai realiti sebenar yang dihadapi oleh wanita dalam berurusan dengan mahkamah Syariah. Menerusi data-data yang dikumpulkan

11 SIS akan membuat analisa dan mengetengahkan hasil pemantauan tersebut. Pemantauan ini dijangka dapat mewujudkan amalan dan proses penghakiman mahkamah yang positif dengan andaian bahawa pemerhatian orang ramai yang lebih beasr jumlahnya akan mendorong meningkatkan kefahaman terhadap mahkamah Syariah dan mempertingkatkan ptraktis mereka dengan lebih baik (Sisetrs in Islam 2006: 38) Peningkatan keahlian SIS semakin berkembang dengan peningkatan jumlah keahlian. Mereka menerima lelaki menjadi ahli kumpulan dan telah menggabungkan penyokong-penyokong dan sukarelawan-sukarelawan ke dalam Friends of SIS (FOSIS). Kini, SIS bekerjasama dengan ramai penyokong dari kalangan lelaki yang terdiri dari sarjana, mufti dan hakim serta senarai mereka yang membantu juga semakin ramai dengan sumbangan dana yang semakin besar. SIS telah berpindah ke lokasi yang lebih besar di kawasan kediaman lama dan hijau di Petaling Jaya. SIS mempunyai 12 kakitangan sepenuh masa, beberapa orang pekerja sambilan dan staf projek, dan turut serta juga kalangan ahli akademik universiti tempatan dalam pelbagai projek penyelidikannya. Penyelidikan Kecenderungan SIS untuk memperjuangkan keadilan dan kesamarataan telah mendorong SIS melakukan penyelidikan ke atas tafsiran teks al-Quran, Hadith dan pendapat-pendapat ulama dalam berbagai-bagai isu. Persoalan paling utama dan segera bagi SIS ialah mengenai kuasa dan autoriti: siapa dan atas asas apa diputuskan bahawa pentafsiran sesuatu ayat tertentu atau sesuatu hadith atau pendapat ulama menjadi sandaran hukum mengenai sesuatu permasalahan seperti kesamarataan gender, poligami, hak wanita untuk bercerai, wanita sebagai penjaga, persaksian wanita dan berbnagai-bagai masalah lagi? Kepentingan siapa yang dipelihara dalam proses pembuatan keputusan? Apakah prinsip-prinsip keadilan, kesamarataan, kasih sayang dan kasihan belas? Penyelidikan SIS ke atas teks dan sumber-sumber hukum Islam telah menunjukkan bahawa perjuangan wanita ke arah membentuk kehidupan yang mendokong kesamarataan dan kehormatan setanding dengan lelaki dengan jelas terkandung di dalam pengajaran Islam. Penyelidikan telah membawa SIS mengambil

12 keputusan yang tidak berbelah bagi bahawa lelaki dan wanita adalah sama di dalam Islam, orang Islam lelaki tidak mempunyai hak memukul isterinya, poligami bukan hak mutlak lelaki di dalam Islam tetapi satu kontrak yang diizinkan berdasarkan sebab-sebab tertyentu sahaja, persaksian satu lelaki tidak sama dengan persaksian dua wanita dan pelbagai keputusan lain. Penyelidikan SIS bersifat segera dan relevan dengan semasa. Dalam hal ini, penyelidikan mereka memerlukan kesarjanaan dalam bidang Islam yang mendalam dan penyelesaian permasalahan secara kritikal. Penyelidikan telah mendokong SIS dalam perjuangan advokasi mereka, selain telah menyediakan SIS dengan data-data untuk reformasi undang-undang, pengenalan polisi-polisi baru dan sanggahansanggahan kepada kenyataan-kenyataan yang dibuat atas nama Islam dengan mendiskriminasi wanita dan melanggar pengajaran akhlak Islam. Penyelidikan SIS juga mudah dicapai oleh awam. Kumpulan ini berkeyakinan teguh bahawa semua penyelidikan yang dilakukan mesti member jaminan bahawa semua perbahasannya mengenai Islam dan hak-hak wanita perlu diperjelaskan dari pelbagai persepktif dan berpandukan prinsip-prinsip keadilan dan kesamarataan. Tahun 2005, SIS memulakan kerja penyelidikan mengenai model Undangundang Keluarga Islam berasaskan prinsip-prinsip keadilan dan kesamarataan. Sepanjang tahun 2005, semua ahli SIS dan penyokongnya telah menghasilkan sebuah deraf model undang-undang dan hujah-hujah untuk pembaharuannya. Akhirnya, SIS telah berjaya menghasilkan sebuah dokumen 194 halaman berjudul Guide to Equality in the Family. Buku panduan ini amat bernilai kerana ia dihasilkan oleh SIS berdasarkan analisa mendalam menggunakan pendekatan holistik yang merangkumi empat peringkat: perspektif agama, undang-undang dan polisi kebangsaan, prinsipprinsip hak asasi manusia internasional dan realiti kehidupan wanita Islam masa kini (Sisters in Islam 2006: 17). Deraf model undang-undang tersebut kemudiannya telah dibentangkan dalam sebuah bengkel Trends in Family Law Reform in the Muslim World, di hadapan sarjana dan aktivis wanita dalam bulan Mac 2006. Sehingga hari ini, the Guide masih terus menjadi bahan yang masih diusahakan. SIS dan rakan antarabangsanya dari 19 buah negara Islam dan konteks minoriti Muslim telah menggunakan pengalaman-

13 pengalaman SIS dan rakan-rakan negara lain untuk merancang pergerakan antarabangsa yang bertujuan mereformasi Undang-undang Keluarga Islam, yang kemudiannya telah berjaya dilancarkan pada Februari 2009. Kempen Monogami Satu lagi penyelidikan SIS yang dilakukan sejak tahun 2003 dan masih berjalan ialah kajian skala besar mengenai impak poligami ke atas kehidupan keluarga. Dalam tahun 2004, SIS memulakan kempen Monogamy: My Choice; Monogami: Pilihanku. Kempen ini adalah hasil awal penyelidikan besar tersebut. Kempen ini menimbulkan perdebatan dalam media hingga ke Parlimen. Di tengah-tengah kekecuhan tersebut, data empirikal yang menyokong pemeliharaan hak-hak wanita Islam dalam keluarga, terutamanya yang berkaitan dengan poligami, menjadi semakin kritikal, di mana keperluan ini terlebih dahulu dikenal pasti oleh SIS. Mulai tahun 2006, kajian ini melibatkan kumpulan penyelidik yang terdiri dari ahli akademik, kakitangan SIS dan aktivis hak asasi wanita. Kumpulan penyelidik ini mengkaji semua literatur yang berkaitan, membina hipotesis, metodologi, proses kerja dan soal selidik. Hasil penyelidikan ini dijangkakan akan memberi impak dan keuntungan kepada pembuat polisi dan undang-undang, juga dijangkakan akan dapat menyediakan satu pandangan yang amat bernilai dan suatu asas kepada advokasi SIS yang mempromosikan hak-hak wanita dalam kerangka Islam berdasarkan prinsipprinsip keadilan dan kesamarataan. Ceramah umum Sejak 1995 sehingga sekarang SIS telah mengatur beberapa siri Public Lecture tahunan sebagai alternatif untuk mengetengahkan rakyat Malaysia kepada idea-idea progresif di dalam Islam. Tokoh yang dijemput sebagai pencearamah berbagai-bagai, antaranya sarjana reformasi Dr. Fathi Osman, Mesir, Prof Abdullahi an-Naim; Sudan, Prof Amina Wadud; USA, Dr. Tariq Ramadan; Switzerland, Prof Amin Abdullah, Indonesia, dan Prof John L. Esposito; USA. Antara Januari hingga Mei 2006, SIS berjaya menganjurkan 10 siri forum umum yang dihadiri oleh bilangan peserta melebihi 200 orang setiap sesi. Tujuan utama siri forum ini dianjurkan ialah untuk mendapatkan sokongan masyarakat terhadap kempen mereka mencabar Undang-undang Keluarga Islam yang mengandungi unsur-unsur diskriminasi. Ahli-ahli SIS juga sering diundang untuk

14 berucap mengenai isu diskriminasi undang-undang ini dalam forum umum yang dianjurkan oleh The National Council of Womens Organisations (NCWO), The Womens Institue of Management (WIM), The Womens Studies Centre (KANITA) dan akhbar harian berbahasa Cina, Sin Chew Daily. Tradisi SIS juga sering menjemput pakar-pakar yang menjadi konsultan mereka untuk bercakap dalam ceramah umum. Dalam bulan Mac 2006, pakar-pakar yang menghadiri persidangan meja-bulat SIS mengenai Trends in Islamic Family Law Reform, dijemput bercakap dalam forum umum mengenai Muslim Women Speak: Claiming the Right to Public Participation. Antara pakar yang terlibat dalam forum tersebut ialah antropologis kebudayaan iaitu Dr Ziba Mir-Hosseini (Universiti London), sarjana Islam Dr Kecia Ali (Universiti Boston) dan aktivis Cassandra Balchin dari jaringan The Women Living Under Muslim Laws. Khidmat SIS di peringkat internasional Tuntutan kepada perkhidmatan SIS juga semakin berkembang ke peringkat antarabangsa. SIS berada dalam kedudukan paling terkehadapan antara pergerakan antarabangsa yang tumbuh untuk membina pemahaman Islam sebagai agama yang adil dan samarata dalam dunia moden. Akibat daripada wanita adalah yang pertama dan paling banyak menerima kesan daripada kebangkitan politik Islam dalam komuniti masing-masing, maka adalah tidak menghairankan sekiranya dalam kebanyakan negara Islam terdapat perkumpulan-perkumpulan wanita mengetuai organisasi dan jaringan di peringkat antarabangsa bagi mendapatkan sokongan, dan berkongsi pengetahuan dan strategi bagi membangunkan visi Islam yang lebih terbuka dan adil. Di awal tahun 1992, SIS merentas jaringan antarabangsa dan mengundang sarjana-sarjana Islam progresif ke konferen pertamanya Islam and the Modern Nation State. Bengkel pertama SIS ini berdiskusi tentang permasalahan kontemporari dan kerangka metodologi dengan memokuskan kepada Islam dan demokrasi. Sejak itu, SIS telah menganjurkan lima mesyuarat internasional dan menjadikan tradisi organisasi mereka dengan menjemput sarjana dan aktivis untuk berbincang pelbagai isu seperti Islam, kebudayaan, demokrasi sehinggalah isu undang-undang keluarga Islam dan keadilan untuk wanita Islam.

15

Tahun 2006 menyaksikan keluasan usaha SIS di peringkat internasional dalam konteks capacity-building, networking dan konsultansi dalam isu-isu sekitar hak-hak wanita dalam Islam. Mac 2006, SIS telah menganjurkan konsultansi internasional mengenai Trends in Islamic Family Law Reform in Muslim Countries. Anak Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri Malaysia; Nori Abdullah, Marina Mahathir dan Hanis Hussein, turut memainkan peranan utama dalam menyelesaikan isu wanita yang didasarkan kepada ratusan kes-kes yang diadukan di Klinik Undangundang SIS. Seminar ini mempertemukan sarjana dan aktivis dari Morocco, Turki, Iran, Britain, Indonesia, Filipina dan Malaysia permasalahan dan cabaran yang mereka hadapi di Negara masing-masing, juga mengenai strategi untuk membuat perubahan dalam peraturan perundangan tempatan. Hasil rundingan meja-bulat, SIS bersetuju memulakan pergerakan global mereformasi Undang-undang keluarga Islam dalam keframework keadilan dan kesamarataan. Satu jawatankuasa perancang terdiri dari 12 sarjana dan aktivis dari 11 negara Islam telah dibentuk dan memulakan pejumpaan pertama dalam tahun 2007. pada Februari 2009. SIS sepanjang penubuhannya telah menjalinkan rangkaian jaringan yang besar di peringkat lokal dan global. Di antara jaringan kerjasama yang penah dilakukan dengan pertubuhan-pertubuhan Islam dan bukan Islam; Jaringan Islam Liberal Indonesia, The Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS), Pertubuhan Awam; All Women's Action Society (AWAM), Women's Aid Organisation (WAO), Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS), International Movement for a Just World (JUST), National Human Rights Society (HAKAM), Pertubuhan Wanita dan Kesihatan (WAKE), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women's Aid Organisation (WAO) dan lain-lain lagi, Parti politik, Ahli Politik, Kementerian; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, usahawan, syarikat-syarikat perniagaan, para ilmuwan dalam dan luar negara serta individu-individu yang berminat dengan metodologi pemikiran progresif, isu-isu Islam semasa, isu-isu hak asasi manusia, isu-isu undang-undang, hak-hak wanita dan wanita Islam dan isu gender. Mereka merancang untuk melancarkan pergerakan tersebut dalam bulan Disember 2008, tetapi akhirnya berjaya dirasmikan

16

Lawatan akademik Tuntutan di peringkat antarabangsa supaya SIS berkongsi ilmu pengetahuan, hasil penyelidikan, kemahiran dan strategi bersama dengan wanita-wanita Islam lain dan ketua-ketua komuniti seluruh dunia semakin meningkat. SIS telah menganjurkan lawatan akademik ke Malaysia dengan menjemput 30 aktivis, sarjana, pemimpin agama, ketua masyarakat dan pegawai kerajaan dari negara-negara Iraq, Zanzibar, Afghanistan, Pakistan, India, Bangladesh dan Nepal. Peserta-peserta ini berpeluang melihat bagaimana negara Malaysia, sebagai sebuah negara yang maju dari segi ekonominya, menyeimbangkan tuntutan agama dan keperluan negara moden, termasuk isu-isu hubungan antara etnik dan antara agama, sistem politik, isu gender dan hak-hak asasi manusia. SIS berterusan menerima kunjungan dari jurnalis, pegawai resmi, diplomat, penyelidik dan ahli akademik yang datang ke Malaysia di bawah program ISIS International Visitors untuk bertemu pemimpin dan pembuat polisi. Selain itu, ahli-ahli SIS juga pernah mengadakan lawatan akademik ke luar negara seperti ke Amerika dan United Kingdom serta Indonesia. Penerbitan SIS memberikan penekanan yang signifikan kepada penerbitan sebagai suatu metode untuk mencapai orang ramai dan khalayak pembaca yang lebih besar jumlahnya. Mereka telah mempertingkatkan program penerbitan dalam Bhasa Malaysia dan Inggeris sejak tahun 1991 lagi. Sehingga kini SIS dan ahli kumpulannya telah menerajui 16 daripada 23 judul dalam catalog penerbitan SIS. Bagi tujuan mempromosi hak-hak wanita Islam berasaskan prinsip-prinsip kesaksamaan, keadilan, kebebasan dan martabat seperti yang diperintah oleh alQur'an, SIS telah mencetak pelbagai buku seperti buku Islam dan Poligami, Islam and Family Planning, Hadith dan Hak Wanita dalam Islam dan terjemahan ke dalam Bahasa Malaysia empat buah buku yang ditulis oleh sarjana progressif Islam dari Indonesia yang antaranya ialah buku Fiqh Wanita: Pandangan Ulama Terhadap Wacana Agama dan Gender oleh Kiyai Hussein Muhammad dalam tahun 2004. Pada 2005, SIS melancarkan bulletin secara cetakan dan atas lain iaitu Baraza! yang bertujuan mengetengahkan permasalahan dalam Islam supaya boleh

17 dicapai oleh orangramai dan mendapat perhatian dari ahli akademik, penyelidik, pelajar, peguam, wartawan, pembuat dasar dan aktivis. Setiap edisi cetakan Baraza! memokuskan kepada satu isu sahaja dan pernah mencecah 3,000 unit cetakan satu edisi. Isu pertamanya, Trends in Islamic Family Law Reform, memasuki cetakan kedua dalam masa enam bulan dalam tahun 2006. Dalam tahun yang sama juga, edisi kedua Baraza! diterbitkan iatu mengenai Diversity of Opinions: An Islamic Legacy. Penerbitan SIS diusahakan untuk memenuhi keperluan pengajaran akademik undang-undang Islam, kajian gender dan perbandingan undang-undang di mana bahan-bahan penerbitan SIS dijadikan referen dan bahan bacaan pelajar. Beberapa penerbitan SIS berbentuk risalan Q-A; question and answer, telah diterjemah ke bahasa asing seperti Urdu, Bengali dan Mandarin. SIS juga menerima permintaan dari luar negara untuk menterjemahkan bahan penerbitan mereka ke Pashto dan Dari untuk Afghanistan, Bahasa Arab dan Tamil (Sisters in Islam 2006: 24-25). Media Sejak penerbitan kenyataan amnya dalam tahun 1990 mengenai poligami, SIS telah di profailkan oleh akhbar dan majalah-majalah utama di Malaysia, juga penerbitan antarabangsa termasuk New York Times, The Intrenational Herald Tribune, The Chicago Tribune, The Lost Angeles Times, The Guardian, The Sydney Morning Herald, Time dan Asiaweek. SIS juga menyediakan sumber-sumber bersifat kritikal mengenai persoalan Islam untuk program di televisyen. Ahli dan kakitangan SIS pernah muncul dalam program yang dianjurkan oleh Al Jazeera, The British Broadcasting Corporation (BBC), Public Broadcasting System (PBS), Central Broadcasting System (CBS), Australia Broadcasting Corporation (ABC), dan RTM, TV3, NTV7 dan Astro Ria di Malaysia. Sepanjang tahun 2006 sahaja SIS telah menjalani 40 sesi temubual dan pernah muncul selama beberapa kali di kaca TV dan ke udara di radio di kedua-dua peringkat tempatan dan antarabangsa. SIS yang mengetuai kempen menentang peraturanperaturan yang mendiskriminasikan wanita yang terdapat dalam Undang-undang Keluarga Islam, telah mengisi ruang utama di muka depan akhbar tempatan sebanyak dua kali. Kumpulan ini juga berusaha melibatkan diri dengan akhbar Bahasa

18 Malaysia engan tujuan supaya umat Islam brbahasa Malaysia dapat memahami idea keadilan dan hak-hak di dalam Islam. Laman sesawang Laman sesawang SIS http://www.sistersinislam.org.my telah dibina dalam bulan Jun 2006 dan sekarang dapat dicapai dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Laman sesawang ini mengandungi pelbagai arkib semua surat-surat SIS kepada editor, kenyataan akhbar, memorandum kepada kerajaan, senarai program dan aktiviti SIS dan juga bahan bacaan yang dicadangkan. Ruangan atau kolum undangundang oleh SIS dalam Utusan Malaysia juga dimuaturunkan dan dikategorikan supaya mudah dirujuk dalam laman sesawang. Selain itu, ia juga mengandungi katalog atas talian semua buku-buku dan penerbitan SIS yang terdapat di pusat sumber dan memenuhi keperluan penyelidik, aktivis, pelajar, pembuat polisi dasar, jurnalis, sarjana dan lain-lain individu yang memerlukan sumber-sumber mengenai Islam dan hak-hak wanita. Pengguna laman sesawang SIS kebanyakannnya dari Malaysia, Amerika, Eropah, Timur Tengah terutamanya Arab Saudi dan Bahrain, juga negara-negara Asia seperti Indonesia, Singapura, Thailand, India dan lain-lain. Pusat Sumber Dalam tahun 2006, SIS telah berpindah ke pejabat baru di Petaling Jaya yang lebih besar dan suasana persekitaran yang selesa. Pejabat ini cukup memberi ruang kepada SIS menempatkan pusat sumber bahan kajiannya yang semakin bertambah. Pada masa kini pustaka sumber SIS mengandungi lebih dari 2,000 buah buku serta sumbersumber lain seperti periodikal, kertas kerja seminar, pamflet, brosur, bahan audiovisual dan akhbar. Kegunaan pusat sumber ini percuma pada ahli SIS dan FOSIS, dan untuk awam dikenakan RM50.00 tahunan. PENUTUP Usaha-usaha Sisters in Islam yang dibincangkan hanyalah sebahagian daripada usaha mereka yang sentiasa sensitif, kreatif dan aktif mencetuskan idea-idea pembaharuan untuk wanita Islam dalam usaha memperkasakan suara-suara wanita Islam agar menyedari bahawa sudah sampai masa, ketika dan tempatnya untuk wanita Islam Malaysia bangun melakukan perubahan. Pengasas SIS menegaskan, jika wanita mahukan perubahan mendalam berlaku dalam usaha mencapai hak kesaksamaan wanita dan keadilan dalam Islam, wanita mestilah mencipta institusi baru dan

19 menuntut identiti agama mereka untuk diri mereka sendiri. SIS menyedari banyak daripada isu-isu sosial tidak semestinya mempunyai penyelesaian undang-undang. Perjuangan wanita bukan soal pembaharuan agama atau undang-undang, tetapi sebaliknya merupakan persoalan perubahan sikap dan pemikiran. Sekiranya usaha memperbaharui sebahagian daripada undang-undang baik di Malaysia atau negaranegara Islam yang lain kelihatan seperti tidak berjaya, SIS percaya mungkin wanita berjaya dari segi lain terutamanya menggabungkan wanita ke arah matlamat bersama dan meningkatkan kesedaran awam. RUJUKAN Laporan Penyelidikan 2007-2009. Kod UKM-GUP-TKS-07-08-077. Sisters in Islam. 2006. Sisters in Islam, Annual Review. Petaling Jaya, Selangor: Sisters in Islam. Sisters in Islam. 2008a. Adakah wanita dan lelaki saksama di sisi Allah? Petaling Jaya, Selangor: Sisters in Islam. Cet. 4. Sisters in Islam. 2008b. Are women and men equal before Allah? Petaling Jaya, Selangor: Sisters in Islam. Cet. 4.

You might also like