Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT THOMAS


(SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI)
JALAN BUKIT SEKILAU Tel : 09-517 8857
25000 KUANTAN Faks : 09-514 3440
PAHANG DARUL MAKMUR Email : cbb4027@moe.edu.my

Ruj. Kami : CBB4027.100-16/1/4 Jld.2 (27)


Tarikh : 27 April 2018

Kepada,
Semua Ibu bapa / Penjaga
Murid SK. Saint Thomas
25000 Kuantan

YH Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

KEJOHANAN OLAHRAGA SK SAINT THOMAS 2018 KALI KE-45

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah akan mengadakan Kejohanan Olahraga 2018 kali ke-45 seperti
ketetapan berikut :-

Tarikh : 03 Mei 2018 (Khamis)


Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Stadium Darul Makmur, Kuantan

3. Sesi persekolahan pada hari tersebut digantikan dengan Kejohanan Olahraga sekolah. Semua murid
dikehendaki hadir ke Stadium seperti tarikh dan masa yang ditetapkan. YH Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan di
minta menguruskan pengangkutan anak pergi dan balik.

4. Dimaklumkan juga YH Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Kejohanan
Olahraga ini.

5. Atas kesudian YH Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan hadir ke majlis ini amatlah kami alu-alukan. Saya bagi
pihak ahli jawatankuasa pengelola mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

HALIMATON BINTI MOHD ARIFFIN


b/p Guru Besar
SK Saint Thomas

s.k. : Fail Timbul

You might also like