Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Hempasan Ombak karya Zailani Taslim

Sinopsis

Farid yang baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Perusahaan Batik


Nusantara yang telah diusahakan selama 20 tahun apabila pemiliknya, Haji Badrul
yang merupakan ayahnya telah meninggal dunia akibat barah dalam perut. Ibunya,
Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Farid kerana
anak-anaknya yang lain tidak mampu memikul tugas tersebut. Farid menerima tugas
itu dengan penuh tanggungjawab. Sebagai tugasan pertama, Farid melawat bengkel
untuk melihat kerja-kerja mengecap batik. Pak Nik, pekerja syarikat itu menerangkan
keadaan syarikat, iaitu tentang batik keluaran syarikat tidak laku dan wujudnya
sebuah syarikat yang mahu melumpuhkan syarikat mereka. Hajah Zaoyah
bercadang mahu menggadaikan emas dan tanah miliknya untuk memperkukuh
kewangan dan mengatasi masalah hutang syarikat.

Farid meluahkan keinginannya untuk memperbesar bengkel sekiranya kewangan


syarikat semakin kukuh. Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali yang
pertama dengan pekerja-pekerjanya. Dalam mesyuarat tersebut, Farid mahu
syarikat menjual batik dalam bentuk pakaian siap dengan jenama tersendiri. Selain
itu, Farid mencadangkan bengkel batik diperbesar dan mesin baharu perlu dibeli.
Pada suatu hari, Farid mengunjungi pejabat firma pemborong binaan Nadi Zaman
kepunyaan Mokhsein, bekas pekerja ayahnya suatu ketika dahulu. Mokhsein
memaklumkan bahawa terdapat sebuah syarikat pesaing di Kuala Terengganu yang
mahu memonopoli pengeluaran batik dengan menjual batik dengan harga yang
murah untuk memastikan syarikat yang sedia ada muflis. Mokhsein kemudian
menyarankan Farid agar menjalankan 'strategi terkunci' jika mahu syarikatnya kukuh
kembali.

Zuraida berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol sejak tujuh tahun lalu.
Farid, rakan sekelasnya semasa berada di tingkatan satu hingga tingkatan lima di
Sekolah Menengah Seri Budiman datang berkunjung ke gerainya untuk bertanya
khabar. Dalam pertemuan yang lain, Zuraida berjanji mahu membantu Farid dengan
menjualkan batik keluaran syarikat Farid di gerainya tanpa mengenakan sebarang
komisen. Dia mencadangkan agar Farid mengeluarkan batik bercorak baharu atau
moden untuk menarik perhatian pembeli.

Farid bertemu dengan Mokhsein untuk meminta pandangan dan penilaiannya.


Mokhsein meneliti kertas kerja "Projek Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik
Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara" yang disediakan oleh Farid.
Farid telah melaburkan modal sebanyak 75 ribu ringgit untuk membina bangsal
tambahan. Hal berkaitan tenaga pengajar batik moden akan diuruskan oleh
Mokhsein. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Mokhsein diundang untuk
merasmikan bangunan bengkel batik moden. Pada hari tersebut, Hartini Noor, iaitu
adik sepupu Mokhsein turut hadir. Zuraida mulai berasa cemburu dengan kehadiran
Hartini Noor. Farid mengunjungi Zuraida di gerainya dan menjelaskan bahawa
Hartini Noor sudah bertunang dengan pereka bentuk dalaman. Hartini Noor juga
akan bekerja selama sebulan sahaja di syarikatnya. Selepas itu, Zuraida mengikut
Farid melihat kerja-kerja mencanting batik di bengkel.
Selanjutnya, pemilik Syarikat Batik Rajawali, Mukhtar berasa sangat marah
apabila batik keluaran syarikatnya tidak mendapat sambutan dengan alasan batik
keluarannya bercorak lama. Mukhtar yakin bahawa batik yang menjadi pilihan
pengguna adalah keluaran syarikat pesaingnya, Syarikat Batik Nusantara. Mukhtar
kemudiannya berkunjung ke gerai anak saudaranya, Zuraida. Dia mendapati
terrJapat batik bercorak baharu yang dijual di gerai Zuraida. Mukhtar memberi
amaran keras agar Zuraida tidak menjual batik tersebut dan jika Zuraida berdegil,
dia atari merobohkan gerainya itu. Farid pula menerima ugutan dalam bentuk surat
layang. Dia diingatkan agar memutuskan hubungannya dengan Zuraida dan harus
memastikan batik keluarannya tidak menguasai pasaran. Jika amaran tersebut tidak
dipandang serius, Farid akan menerima padahnya. Hajah Zaoyah mahu perkara itu
dilaporkan kepada pihak polis.

Farid menerima panggilan telefon daripada Zuraida. Zuraida mengajak Farid ke


rumahnya untuk memberitahu perkara yang penting. Dia menceritakan tentang
ugutan bapa saudaranya yang melarang dia menjual batik moden keluaran syarikat
Farid. Zuraida meluahkan perasaan serba salahnya. Pada masa yang sama, ibu
Zuraida menyatakan kepercayaannya terhadap hubungan antara Farid dengan
Zuraida. Di bengkel membuat batik moden kepunyaan Farid, Mahmood yang
merupakan pekerja Mukhtar mencari Azmi dan Masri. Mahmood tidak berpuas hati
kerana kedua-dua lelaki itu telah meninggalkan Syarikat Batik Rajawali. Namun
Azmi dan Masri memberikan alasan bahawa mereka meninggalkan Syarikat Batik
Rajawali kerana mereka masih belum menerima bayaran gaji walaupun sudah
bekerja selama dua bulan. Berlaku pertengkaran antara mereka. Mahmood yang
hilang sabar kemudiannya mencekik leher baju Azmi. Masri tiada pilihan lain untuk
menyelamatkan Azmi lalu dia menerpa ke arah Mahmood dan mencurahkan lilin
panas dari canting pada muka Mahmood.

Ketika jam menunjukkan pukul 2:00 pagi, seisi rumah Hajah Zaoyah dikejutkan
dengan bunyi letupan yang kuat. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati
bengkel tempat pengeluaran batik moden sedang terbakar. Akhirnya, bengkel
tersebut hangus dijilat api dan lebih 75 peratus peralatan dan bahan mentah untuk
membuat batik musnah. Farid menerima dugaan yang menimpanya sebagai takdir.
Pihak polis yakin kebakaran itu bermotifkan jenayah lalu meminta Farid mengikutnya
ke balai polis untuk mengambil keterangannya. Di balai polis, Inspektor Rusman
menjelaskan bahawa Mahmood sedang menerima rawatan lanjut di hospital akibat
tersiram lilin batik dan kini berada dalam tahanan pihak polis. Mahmood mempunyai
rekod jenayah dan merupakan pekerja Syarikat Batik Rajawali. Inspektor Rusman
juga memberitahu Farid tentang pemilik syarikat tersebut, iaitu Mukhtar bin Yusof.
Pihak polis sedang berusaha untuk memberkasnya.

Tiga hari selepas peristiwa kebakaran bengkel, Mokhsein datang ke bengkel


Farid sekembalinya dari Singapura. Mokhsein memberitahu bahawa dia juga
menerima surat ugutan yang melarang dia membantu perniagaan Farid. Kemudian
Mokhsein memberitahu khabar gembira mengenai dua buah butik yang mahu
melanggani batik moden keluaran Farid. Dia berjanji akan membantu Farid supaya
menjadi pembekal pakaian siap daripada batik moden. Zuraida pula menjelaskan
bahawa dia telah mengikuti kursus kerana berasa dirinya masih kekurangan ilmu
dalam bidang perniagaan. Dia mencadangkan agar Farid mengambil kesempatan
untuk menimba ilmu perniagaan memandangkan terdapat banyak kolej di Kuala
Terengganu. Mukhtar kini berada di Penjara Marang dan dijatuhi hukuman penjara
selama tiga tahun atas kesalahannya mengupah tiga orang samseng untuk
membakar bengkel perusahaan batik Farid. Seterusnya, Farid dan Zuraida
menyertai Mokhsein serta isterinya ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan
Hartini Noor.

Tema

Tema novel ini ialah kegigihan remaja dalam usaha mcmajukan syarikat. Apahila
Haji Badrul meninggal dunia akihat barah dalam pcrut, Farid vang baru berusia 19
tahun terpaksa mencrajui Perusnhaan Batik Nusantara milik arwah ayahnya itu.
Farid menggalas tanggungjawab tersebut semasa aliran kewangan syarikat
merosot. Hajah Zaoyah bercadang mahu mcnggadaikan emas dan tanah miliknya
untuk mtmperkukuh kewangan dan mengatasi masalah hutang syarikat. Seterusnya,
Farid mendapatkan pandangan tentang perniagaan daripada bekas pckerja
ayahnya, iaitu Mokhsein. Farid melaburkan wang untuk membina bengkel baharu
dan mengeluarkan batik bercorak moden. Kedudukan syarikat kembali stabil.
Namun, kemajuan syarikatnya tidak disenangi oleh Mukhtar. Mukhtar telah
mengupah samseng untuk membakar bengkel Farid. Farid reda atas ketentuan
Tuhan dan berusaha untuk membangunkan syarikat itu semula.

Persoalan

a) Jatuh bangun dalam dunia perniagaan. Contohnya, Farid yang mengambil alih
jawatan pengurus Syarikat Batik Nusantara mengalami kesulitan untuk
menguruskan syarikat tersebut kerana aliran kewangan syarikat yang kian
merosot, sedangkan sebelum ini perusahaan batiknya itu maju dan terkenal
terutamanya di Kuala Terengganu.
b) Kegigihan dalam memajukan dunia perniagaan. Contohnya,
Farid gigih menguruskan Syarikat Batik Nusantara milik arwah bapanya
walaupun dia baru berusia 19 tahun dan tidak mempunyai pengalaman dalam
perniagaan. Dia sanggup belajar menguruskan perniagaan daripada pekerja di
syarikat bapanya yang berpengalaman seperti Tomsiah dan Nik Ramly serta
mendapatkan nasihat daripada Mokhsein dan Zuraida.
c) Kesederhanaan dalam kehidupan. Contohnya, Farid mengekalkan sikap
bersederhana dalam menjalani kehidupan walaupun dia memegang jawatan
sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara. Dia hanya menaiki
motosikal semasa berkunjung ke gcrai Zuraida dan lebih selesa menggunakan
kereta lama peninggalan arwah ayahnya, iaitu Peugeot jika dia perlu menaiki
kereta. Ketika makan tengah hari bersama-sama dengan Zuraida, dia lebih
selesa makan di warung biasa sahaja.
d) Kasih sayang seorang ibu terhadap anak dan warisan keluarga. Contohnya,
Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-anaknya. Dia terpaksa menyerahkan
tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara kepada Farid kerana
anak-anaknya yang lain tidak dapat memikul tugas tersebut.
e) Sikap manusia yang sanggup membantu orang lain tanpa mengharapkan
balasan. Contohnya, Mokhsein pernah bekerja dengan Haji Badrul selama lebih
10 tahun. Dia amat terhutang budi dan menyanjungi Haji Badrul kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar kepadanya dalam dunia perniagaan. Oleh hal yang
demikian, dia bersikap murah hati dengan membantu Farid memajukan Syarikat
Batik Nusantara dan menasihati Farid agar melaksanakan 'strategi terkunci' jika
mahu syarikatnya kukuh kembali.
f) Ketaatan dan kepatuhan seorang muslim terhadap ajaran agama. Contohnya,
Farid digambarkan sebagai seorang muslim yang taat akan ajaran Islam kerana
mengerjakan sembahyang lima waktu. Dia turut menjadi imam semasa solat
berjemaah bersama-sama dengan ibu dan adik-beradiknya di rumah.
g) Kebijaksanaan seseorang menggunakan akal ketika menghadapi saat-saat
kecemasan. Contohnya, semasa bengkel Farid terbakar, Farid menyerahkan
tanggungjawab memadamkan api kepada pasukan bomba kerana memikirkan
terdapat banyak tong gas di dalam bengkel itu. Kakitangan Tenaga Nasional
Berhad juga datang untuk memutuskan bekalan elektrik bagi mengelakkan litar
terbakar yang bolph Mlengakibatkan api merebak ke seluruh bangunan.

Watak dan Perwatakan

(a) Watak utama dalam novel ini ialah Farid.

(b) Watak-watak sampingan dalam novel ini terdiri daripada Zuraida, Mokhsein,
Mukhtar, Mahmood, Hajah Zaoyah, Haji Badrul, Hartini Noor, Tomsiah, Nik Ramly,
Azmi dan Masri.

Farid

a) Farid berusia 19 tahun dan mcmpunyai tubuh yang sederhana.


b) Dia diberi tanggungjawab untuk menerajui Syarikat Batik Nusantara setelah
kematian ayahnya, Haji Badrul.
c) Seorang yang bersederhana dalam kehidupan. Contohnya, Farid
mengekalkan sikap bersederhana dalam menjalani kehidupan seperti menaiki
motosikal apabila berkunjung ke gerai Zuraida walaupun dia memegang
jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara.
d) Seorang yang penyayang terhadap ahli keluarga dan rakan baiknya.
Contohnya, dia amat menyayangi ahli keluarganya, justeru dia tidak mahu
membebankan adik-beradiknya dalam mcnguruskan syarikat. Dia juga amat
menyayangi Zuraida, iaitu rakan persekolahannya dari tingkatan satu hingga
tingkatan lima.
e) Seorang yang bersikap rasional dalam mengambil tindakan. Contohnya,
dia menyerahkan tanggungjawab memadamkan api kebakaran kepada
pasukan bomba serta kakitangan Tenaga Nasional Berhad yang datang untuk
memutuskan bekalan elektrik bagi mengelakkan kebakaran merebak
keseluruh bangunan.
f) Seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Farid menjalankan
tanggungjawabnya menguruskan Syarikat Batik Nusantara dengan baik
setelah ibunya, Hajah Zaoyah meletakkan kepercayaan kepadanya untuk
menerajui syarikat tersebut.
g) Seorang yang mengamalkan semangat bermasyarakat. Contohnya, Farid
telah mengundang 200 orang penduduk kampung semasa majlis perasmian
bengkel baharunya bagi merapatkan hubungan silaturahim dengan
masyarakat setempat. Semasa bengkel batik itu terbakar, jiran tetangganya
turut datang untuk membantu mana-mana yang perlu.
h) Seorang yang rajin berusaha untuk memajukan syarikat. Contohnya,
Farid rajin mengunjungi bengkel untuk memantau para pekerjanya dan
melihat proses penghasilan batik walaupun dia tidak mempunyai pengalaman
dalam perniagaan. Dia juga rajin bertanya tentang bidang perniagaan kepada
orang yang lebih berpengalaman seperti Mokhsein dan Zuraida.
i) Seorang yang taat pada ajaran agama. Contohnya, dia menjadi imam
semasa solat berjemaah bersama-sama dengan ahli keluarganya di rumah.
j) Seorang yang berani dalam mcmbuat tindakan. Contohnya, Farid berani
menanggung risiko untuk mengembangkan pemasaran syarikat batiknya
dengan mcmbina bengkel baharu bagi pengeluaran batik canting atau batik
lukis moden yang bermodalkan sebanyak RM75 ribu.
k) Seorang yang tabah dan sabar. Contohnya, ketika bengkel batik moden
yang baru beroperasi itu hangus terbakar, dia menerima musibah itu sebagai
takdir dan ujian daripada Tuhan.

Mokhsein

a) Mokhsein bertubuh gelap, berwajah bulat, dan tampan.


b) Dia merupakan pemilik Syarikat Nadi Zaman, iaitu syarikat pemborong
binaan.
c) Dia pernah bekerja di Syarikat Batik Nusantara selama lebih 10 tahun.
d) Seorang yang mengenang budi. Contohnya, dia amat menyanjungi dan
terhutang budi kepada Haji Badrul kerana telah memberi tunjuk ajar
kepadanya tentang dunia perniagaan.
e) Seorang yang baik hati. Contohnya, dia banyak membantu Farid dari segi
idea, kepakaran, dan motivasi untuk membangunkan Syarikat Batik
Nusantara kembali. Mokhsein juga menasihati Farid agar melaksanakan
'strategi terkunci'.
f) Seorang yang berhemah tinggi. Contohnya, dia diberi tanggungjawab untuk
merasmikan bengkel baharu kepunyaan Farid.
g) Seorang yang bijak dalam menyusun strategi pemasaran perniagaan.
Contohnya, dia telah membantu Farid mencari ejen untuk menjual batik
keluaran Syarikat Batik Nusantara yang boleh dipercayai.

Mukhtar

a) Mukhtar ialah pemilik Syarikat Batik Rajawali.


b) Dia telah dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun di Penjara Marang atas
kesalahannya mengupah samseng untuk membakar Syarikat Batik
Nusantara.
c) Seorang yang mementingkan keuntungan dalam perniagaan. Contohnya,
sebagai pemilik syarikat batik, dia menawarkan keuntungan kepada ejen
sehingga 35 peratus agar ejen lebih mengutamakan batik keluarannya.
Tindakannya itu menyebabkan jualan batik Syarikat Batik Nusantara
mengalami kemerosotan.
d) Seorang yang bijak mengambil kescmpatan. Contohnya, dia melarang
anak saudaranya, Zuraida daripada menjual batik keluaran syarikat Farid
supaya tidak mengganggu jualan batik keluaran syarikatnya.
e) Seorang yang gemar memeras ugut. Contohnya, dia menulis surat amaran
kepada Farid agar menghentikan keluaran batik moden apabila mendapati
batik syarikatnya tidak laku. Hal ini demikian kerana pengguna kini lebih
meminati batik moden bercorak baharu keluaran syarikat Farid.
f) Seorang yang busuk hati. Contohnya, dia menghantar pekerjanya, iaitu
Mahmood untuk menimbulkan kekacauan di bengkel batik Farid. Seterusnya,
dia menghantar tiga orang samseng untuk membakar bengkel tersebut
kerana perniagaan batiknya mula mengalami kemerosotan akibat saingan
daripada batik keluaran syarikat Farid.

Hajuh Zaoyah

a) Hajah Zaoyah berusia 56 tahun dan balu kepada Allahyarham Haji Badrul,
pemilik Syarikat Batik Nusantara.
b) Dia mempunyai enam orang anak yang terdiri daripada empat orang anak
lelaki, iaitu Lotfi, Farhan, Farid, dan Hisyam dan dua orang anak perempuan,
iaitu Latifah dan Hanisyah.
c) Seorang ibu yang penyayang terhadap anak-anaknya. Contohnya, Hajah
Zaoyah sanggup berkorban menjaga anaknya, Lotfi yang sudah 10 tahun
hidup di atas kerusi roda kerana lumpuh dari paras pinggang ke bawah
setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Selain itu, dia juga amat
menyayangi Farhan, Hisyam, Farid, Hanisyah, dan Latifah.
d) Seorang yang gigih dalam mengharungi cabaran dan masalah dalam
perniagaan. Contohnya, dia gigih berdepan dengan masalah yang
ditimbulkan oleh ejen yang enggan membayar hutang dan cabaran
persaingan daripada Syarikat Batik Rajawali.
e) Seorang yang berani menanggung risiko dalam menguruskan
perniagaan. Contohnya, dia berani melantik anaknya, Farid yang baru
berusia 19 tahun untuk menerajui perusahaan batik arwah suaminya
walaupun anaknya itu tidak mempunyai pengalaman dalam bidang
perniagaan.
f) Seorang yang sanggup berkorban untuk mcmajukan perniagaan.
Contohnya, dia sanggup menggadai tanah serta barang kemas miliknya agar
wang tersebut dapat digunakan untuk memulihkan keadaan syarikat yang
menghadapi masalah kewangan.
g) Seorang yang bijak dan rasional dalam mcmbuat tindakan. Contohnya,
dia meminta Pak Nik atau Nik Ramly membuat laporan polis tentang surat
layang berbentuk ugutan yang diterima oleh anaknya, Farid.

Zuraida

a) Zuraida berusia 19 tahun dan merupakan rakan sekelas Farid dari tingkatan
satu hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Seri Budiman.
b) Dia berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol sejak tujuh tahun lalu
dengan dibantu oleh adik-adiknya.
c) Seorang yang gigih dalam perniagaan. Contohnya, dia telah berniaga
untuk membantu ibunya yang merupakan seorang janda anak lima sejak
bangku sekolah lagi. Sebelum mendapat gerai, dia berniaga menjual
minuman dan makanan ringan tanpa lesen selama tiga tahun sehinggakan
sering diburu oleh penguat kuasa.
d) Seorang yang mudah cemburu. Contohnya, dia berasa cemburu apabila
Hartini Noor bekerja di bengkel Farid kerana dia menaruh hati terhadap Farid.
e) Seorang yang berpandangan jauh dalam mencorak masa depan.
Contohnya, dia sanggup menimba ilmu dengan mengikuti kursus luar kampus
dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun pada setiap hujung
minggu.

Haji Badrul

a) Haji Badrul merupakan pengasas dan pengusaha Syarikat Batik Nusantara


yang mengeluarkan batik asli jenama Cap Sarang selama lebih 20 tahun.
b) Seorang yang bijak dalam merancang strategi pemasaran. Contohnya,
beliau bijak menguruskan pemasaran batik keluaran syarikatnya apabila
batiknya itu mendapat sambutan dan terkenal di Kuala Terengganu. Baliau
juga berjaya memperluas pasaran batiknya sehingga ke Pantai Barat.
c) Beliau meninggal dunia akibat barah dalam perut.

Latar

Latar Tempat

a) Kampung Losong, Kuala Terengganu. Contohnya, tempat terletaknya


Syarikat Batik Nusantara, iaitu bengkel batik kepunyaan kcluarga Farid dan
rumah keluarganya.
b) Alor Akar, Kuantan, Pahang. Contohnya, tempat berlangsungnya majlis
perkahwinan Hartini Noor dengan pasangannya, seorang pereka bentuk
dalaman dan juga pemilik butik batik di Ipoh dan di Kuala Lumpur.
c) Pejabat Pemborong Binaan Nadi Zaman. Contohnya, Farid mengunjungi
pejabat tersebut yang dimiliki oleh Mokhsein, iaitu bekas pekerja ayahnya
suatu ketika dahulu.
d) Pejabat Syarikat Batik Nusantara. Contohnya, tempat Farid mempelajari
selok-belok pemiagaan batik daripada dua orang kakitangan syarikat yang
berpengalaman, iaitu Tomsiah dan Pak Nik.
e) Pejabat Syarikat Batik Rajawali. Contohnya, tempat Mukhtar dan Mahmood
bcrbincang tentang rancangan jahat mcreka untuk mensabotaj Syarikat Batik
Nusantara.
f) Bangunan bengkel batik moden baharu. Contohnya, tempat Mahmood
mengalami kecederaan pada mata dan mukanya akibat terkena simbahan lilin
batik yang panas.
g) Gerai di bazar MARA di Jalan Banggol. Contohnya, Zuraida berniaga
menjual pakaian sejak tujuh tahun lalu di gcrai bazar MARA.
h) Balai Polis Daerah Kuala Terengganu. Contohnya, Farid membuat laporan
di balai polis ini berkaitan dengan insiden kebakaran bangunan bengkel batik
moden syarikatnya.
i) UiTM Dungun. Contohnya, Zuraida mengikuti kursus luar kampus dalam
bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun pada setiap hujung minggu.
j) Klinik Menon di Jalan Engku Sar. Contohnya, Mahmood mendapatkan
rawatan di klinik selepas mata dan mukanya tersiram lilin batik yang panas.
k) Wad Kecemasan Hospital Besar Kuala Terengganu. Contohnya, tempat
Mahmood menerima rawatan lanjut dan berada dalam tahanan polis.
l) Restoran Mali, Kuala Terengganu. Contohnya, tempat Farid dan Zuraida
makan tengah hari bersama-sama.

Latar Masa

a) Pukul 2:00 pagi. Contohnya, seisi rumah Flajah Zaoyah dikejutkan dengan
bunyi letupan yang kuat dan mereka sangat terkejut apabila mendapati
bengkel tempat pengeluaran batik moden sedang dijilat api.
b) Waktu subuh. Contohnya, Farid menjadi imam semasa solat subuh
berjemaah bersama-sama dengan ibunya, abangnya, dan adik-adiknya di
rumah.
c) Waktu pagi. Contohnya, pekerja-pekerja Syarikat Batik Nusantara seperti
Azmi, Masri, dan Hartini Noor gempar apabila mereka baru mengetahui
tentang kebakaran yang memusnahkan bangunan bengkel baharu, iaitu
tempat operasi pengeluaran batik moden.
d) Pukul 7:00 pagi. Contohnya, Farid sudah berada di pcjabat pada awal pagi
dan dia meninjau bengkel batik serta memerhatikan keluasan kawasan
bengkel itu. Dia menyatakan keinginannya untuk membesarkan bengkel itu
sekiranya kewangan syarikat semakin kukuh kepada Pak Nik.
e) Pukul 8:00 pagi. Contohnya, Farid menunggang motosikalnya dengan laju di
Jalan Hiliran yang sibuk untuk menuju ke pusat bandar.
f) Pukul 9:00 pagi. Contohnya, Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali
yang pertama. Selain Farid,Tomsiah, dan Pak Nik, lima orang yang hadir
dalam mesyuarat tersebut termasuklah drebar, dua orang jurujual, dan ketua
pcmbatik.
g) Pukul 10:15 pagi. Contohnya, Farid telah mengunjungi Zuraida yang
sedang berniaga di gerai pakaiannya di bazar MARA, Jalan Banggol.
h) Pukul 11:00 pagi. Contohnya, mesyuarat syarikat buat kali pertama yang
dipengerusikan oleh Farid selesai dengan penerimaan sebulat suara terhadap
cadangannya untuk memperbesar perniagaan batik arwah ayahnya itu.
i) Pukul 2:00 petang. Contohnya, Farid tiba di pejabat firma Nadi Zaman milik
Mokhsein dengan membawa sebuah fail yang mengandungi dokumen-
dokumen berkaitan dengan projeknya.
j) Waktu petang. Contohnya, Farid menonton rancangan "Stone Fox" di
televisyen yang memaparkan kegigihan seorang kanak-kanak berusia 12
tahun bernama Willy menguruskan ladang ternakan lembu sehingga dia
berjaya menjadi pemilik ladang ternakan yang berjaya.
k) Waktu malam. Contohnya, Farid berbincang dengan ahli keluarganya untuk
mencari jalan penyelesaian terhadap masalah syarikat.
l) Waktu malam selepas solat isyak. Contohnya, ahli keluarga Hajah Zaoyah
bersama-sama menikmati makan malam selepas selesai menunaikan solat.
m) Sejak tiga bulan yang lalu. Contohnya, perniagaan batik milik arwah ayah
Farid semakin mencatatkan kemerosotan dalam jualan.
n) Lebih sepuluh tahun. Contohnya, Mokhsein menceritakan kepada Farid
bahawa dia pernah bekerja di Syarikat Batik Nusantara selama lebih sepuluh
tahun.
o) Lebih 20 tahun. Contohnya, Haji Badrul cekal membangunkan industri batik
syarikatnya dengan mengeluarkan batik-batik jenis "Pelangi", "Dayang
Senandung", dan "Seludang Mayang" yang sudah terkenal itu.
p) Hujung tahun 60-an. Contohnya, Haji Badrul memulakan perniagaan
batiknya dengan bermodalkan enam ribu ringgit.

Latar Masyarakat

a) Masyarakat yang terlibat dalam dunia perniagaan. Contohnya, Farid


diamanahkan oleh keluarganya untuk menguruskan Syarikat Batik Nusantara
walaupun dia baru berusia 19 tahun dan tidak mempunyai pengalaman dalam
bidang perniagaan.
b) Masyarakat yang bcrsederhana dalam menjalani kehidupan. Contohnya,
Farid mengekalkan sikap bersederhana dalam menjalani kehidupan walaupun
dia memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara.
Dia hanya menaiki motosikal semasa berkunjung ke gerai Zuraida dan lebih
selesa menggunakan kereta lama peninggalan arwah ayahnya, iaitu Peugeot
jika dia perlu menaiki kereta.
c) Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga. Contohnya, sebagai seorang
ibu, Hajah Zaoyah amat menyayangi anaknya, iaitu Lotfi yang lumpuh dari
paras pinggang ke bawah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya serta
anak-anaknya yang lain seperti Farhan, Farid, Latifah, Hanisyah, dan Hisyam.
d) Masyarakat yang baik hati. Contohnya, Mokhsein bersikap baik hati apabila
bersedia membantu Farid untuk memajukan Syarikat Batik Nusantara. Dia
juga menasihati Farid supaya melaksanakan 'strategi terkunci' jika mahu
syarikatnya kukuh kembali.
e) Masyarakat yang mengenang budi. Contohnya, Mokhsein yang pernah
bekerja dengan ayah Farid, iaitu Haji Badrul selama lebih sepuluh tahun amat
terhutang budi kepada Haji Badrul kerana telah memberi tunjuk ajar
kepadanya tentang dunia perniagaan. Berkat didikan tersebut, Mokhsein
berjaya membuka syarikatnya sendiri, iaitu Syarikat Pemborong Binaan Nadi
Zaman.
f) Masyarakat yang rajin bekerja demi kemajuan diri dan syarikat.
Contohnya, Farid rajin mengunjungi bengkel untuk memantau para
pekerjanya dan melihat proses penghasilan batik walaupun dia tidak
mempunyai pengalaman dalam perniagaan. Dia juga rajin bertanya tentang
bidang perniagaan kepada orang yang lebih berpengalaman seperti Mokhsein
dan Zuraida.
g) Masyarakat yang penyabar berdepan dengan pelbagai kerenah manusia.
Contohnya, Farid kagum akan Zuraida yang bersabar melayani pelanggan
yang pelbagai kerenah ketika berurus niaga di gerai pakaiannya.

Binaan Plot

a) Pada bahagian permulaan, pcmbaca diperkenalkan dengan watak Farid yang


baru bcrusia 19 tahun tcrpaksa menerajui Perusahaan Batik Nusantara selepas
pemiliknya, Haji Badrul meninggal dunia akibat barah dalam pcrut. Syarikat
tersebut telah diusahakan selama 20 tahun oleh arwah ayahnya itu. Ibunya,
Hajah Zaoyah terpaksa mcnyerahkan peranan tersebut kepada Farid kerana
anak-anaknya yang lain tidak mampu memikul tanggungjawab itu. Pak Nik,
pekcrja syarikat itu menerangkan keadaan syarikat tentang batik kcluaran
syarikat tidak laku dan wujudnya sebuah syarikat yang mahu melumpuhkan
syarikat mereka. Hajah Zaoyah bercadang mahu menggadaikan emas dan
tanah miliknya untuk memperkukuh kewangan dan mengatasi masalah hutang
syarikat. Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali yang pertama dengan
pekerja-pekerjanya. Pada suatu hari, Farid mengunjungi pejabat firma
pemborong binaan Nadi Zaman kepunyaan Mokhsein, bekas pekerja ayahnya
suatu ketika dahulu. Mokhsein memaklumkan bahawa terdapat sebuah syarikat
pesaing di Kuala Terengganu yang mahu memonopoli pengeluaran batik
dengan menjual batik dengan harga yang murah untuk memastikan syarikat
yang sedia ada muflis.

b) Bahagian perkembangan cerita, Farid berkunjung ke gerai Zuraida, rakan


sekelasnya semasa berada di tingkatan satu hingga tingkatan lima. Zuraida
berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol sejak tujuh tahun lalu. Dalam
pertemuan yang lain, Zuraida berjanji mahu membantu Farid dengan
menjualkan batik di gerainya tanpa mengenakan sebarang komisen. Dia
mencadangkan agar Farid mengeluarkan batik bercorak baharu atau moden
untuk menarik perhatian pembeli. Farid bertemu dengan Mokhsein untuk
meminta pandangan dan penilaiannya. Sebagai seorang usahawan yang
berjaya, Mokhsein telah diundang untuk merasmikan bangunan bengkel batik
moden yang baharu. Pada hari tersebut, Hartini Noor, laitu adik sepupu
Mokhsein turut hadir. Zuraida mulai berasa cemburu dengan kehadiran Hartini
Noor. Farid mengunjungi Zuraida digerainya dan menjelaskan bahawa Hartini
Noor sudah bertunang dengan pereka bentuk dalaman.

c) Perumitan dalam cerita ini bermula dengan peristiwa pemilik Syarikat Batik
Rajawali, Mukhtar berasa sangat marah apabild-fratik keluaran syarikatnya tidak
mendapat sambutan dengan alasan batik keluarannya bercorak lama. Mukhtar
yakin bahawa batik yang menjadi pilihan pengguna adalah keluaran syarikat
pesaingnya, Syarikat Batik Nusantara. Mukhtar kemudiannya berkunjung ke
gerai anak saudaranya, Zuraida. Dia mendapati terdapat batik bercorak baharu
yang dijual di gerai Zuraida. Mukhtar memberi amaran agar Zuraida tidak
menjual batik tersebut dan jika Zuraida berdegil, dia akan merobohkan gerainya
itu. Farid pula tnenerima ugutan dalam bentuk surat layang. Dia diingatkan agar
memutuskan hubungannya dengan Zuraida dan harus memastikan batik
keluarannya tidak menguasai pasaran. Hajah Zaoyah mahu perkara itu
dilaporkan kepada pihak polis. Zuraida menceritakan tentang ugutan bapa
sandaranya yang melarang dia menjual batik moden keluaran syarikat Fitid. Di
bengkel membuat batik moden kepunyaan Farid, Mahmood yang merupakan
bekas pekerja Mukhtar mencari Azmi dan Masri. Berlaku pertengkaran antara
mereka. Mahmood yang hilang sabar kemudiannya mencekik leher baju Azmi.
Masri tiada pilihan lain untuk menyelamatkan Azmi Ialu dia menerpa ke arah
Mahmood dan mencurahkan lilin panas dari canting pada muka Mahmood.

d) Bahagian klimaks cerita, ketika jam menunjukkan pukul 2:00 pagi, seisi runiah
Hajah Zaoyah dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat. Alangkah terkejutnya
mereka apabila mendapati bengkel tempat pengeluaran batik moden sedang
terbakar. Akhirnya, bengkel tersebut hangus dijilat api. Farid menerima dugaan
yang menimpanya sebagai takdir. Pihak polis yakin kebakaran itu bermotifkan
jenayah lalu meminta Farid mengikutnya ke balai polis untuk mengambil
keterangannya. Di balai polis, Inspektor Rusman menjelaskan bahawa
Mahmood sedang menerima rawatan lanjut di hospital akibat tersiram lilin batik
dan kini berada dalam tahanan pihak polis. Mahmood mempunyai rekod jenayah
dan merupakan pekerja Syarikat BatikRajawali. Inspektor Rusman juga
memberitahu Farid tentang pemilik syarikat tersebut ialah Mukhtar bin Yusof.
Pihak polis scdang berusaha untuk memberkasnya.

e) Pada bahagian peleraian pula, Mokhsein datang ke bcngkcl Farid


sekembalinya dari Singapura sclepas tiga hari peristiwa kcbakaran bengkel.
Mokhsein memberitahu khabar gembira mengenai dua buah butik yang mahu
melanggani batik moden keluaran Farid. Dia berjanji akan membantu Farid
supaya menjadi pembekal pakaian siap daripada batik moden. Zuraida pula
mengikuti kursus perniagaan kerana berasa dirinya masih kekurangan ilmu
dalam bidang perniagaan. Dia mencadangkan agar Farid mcngambil
kesempatan untuk menimba ilmu perniagaan memandangkan terdapat banyak
kolej di Kuala Terengganu. Mukhtar kini berada di Penjara Marang dan dijatuhi
hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahannya mengupah tiga orang
samseng untuk membakar bengkel perusahaan batik Farid. Seterusnya, Farid
dan Zuraida menyertai Mokhsein serta isterinya ke Kuantan untuk menghadiri
majlis perkahwinan Hartini Noor.

Gaya Bahasa

Diksi

a) Novel Hempasan Ombak memilih kosa kata yang sesuai dengan kisah watak
utama yang menerajui perusahaan batik. Antara kosa kata tcrsebut termasuklah
istilah-istilah yang berkaitan dengan industri pembuatan batik seperti batik
canting, motif batik, corak geometri, corak kawung, corak caplok, corak semen,
dan kain organza. Terdapat juga istilah-istilah yang berkaitan dengan bidang
perakaunan dalam sesebuah syarikat seperti cek, bank draf, /.O.U, invois,
penyata jualan, dan penyata pesanan.
b) Pengarang juga menggunakan bahasa Arab. Contohnya:
• Assalamualaikum, Waalaikumussalam, Bismillah, Insya-Allah, dan
Astaghfirullah.
Penggunaan bahasa Inggcris. Contohnya:
• holding, groovy, front line, window shopping, classmate, dan cottage industry.
c) Penggunaan dialek Terengganu. Contohnya:
• gelap-gelemat.
d) Penggunaan kata ganda. Contohnya:
• berjinak-jmak, lampu-lampu, bandar-bandar, teka-teki, balik-balik, dan jangan-
jangan.

Ayat

Dalam novel ini, pengarang menggunakan ayat pendek, sederhana, dan panjang.
a) Ayat-ayat pendek. Contohnya:
• Tomsiah tersenyum.
• Hartini sekadar tersenyum.
• Far id cemas.
• Hajah Zaoyah tersentak.
b) Ayat-ayat sederhana. Contohnya:
• Matanya melirik ke permukaan meja bercermin tebal itu.
• Aku mahu menguji keusahawananku dt pasaran bebas. [ hlm. 109]
• Farid meletnpar ranting ru ke arah tengah laut. [ hlm. 202)
c) Ayat-ayat panjang. Contohnya:
• Sudah tiga bulan her lain, sudah ada tanda-tanda ma lap dan lesu dalam arus
perniagaan syarikat tetapi belum terlalu lewat bagi anak muda ini untuk
menyusun tindakan. [ hlm. 19]
• Farid sedar, kain yang halus, lembut, corak yang indah dan warna yang
menarik adalah antara ciri yang memperlihatkan ketelitian dan kemabiran
niereka yang terlibat
dalam perusabaan ini. [ hlm. 100]
• Pekerja-pekerja batik asli yang kebanyakannya sudah berumur diarabkan
bekerja seperti biasa, manakala "budak-budak batik moden " dikebendaki
membantu mana-mana yang patut kerja-kerja penyiasatan pibak bomba, polis
dan Babagian Forensik dari Jabatan Kimia Malaysia. [h1m. 188]

Hiperbola

a) Hiperbola merupakan perbandingan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu


secara berlebih-lebihan. Contohnya:
• Hatinya rapub, tergores bila-bila masa. [hlm. 13]
•Aku tak mahu kekecoban meledak di sini. [hlm. 160]
• Tidakkah akan meletup gunung berapi amarabnya? [hlm. 1731
• Li dab api menjilat ganas apa-apa sahaja yang tercapai, gemeretup benda-
benda kecil meletup dan berkecai mula memadati ruang.[hlm.181]

Inversi

a) Inversi ialah pembalikan kata atau frasa yang disengajakan oleh pengarang.
Contohnya:
• Kerana itu dia sunggub-sungguh mengajakku ke sini? [hlm. 941]
• Setelab membuat bayaran, mereka melangkah keluar. [hlm. 103]
• Ketika dia hendak kembali ke biliknya, Nik menanti di lorong, menyambutnya
dengan pertanyaan: [hlm. 132]
• Tiga bari selepas peristiwa itu, Mokbsein mengunjungi Farid di pejabatnya kira-
kira pukul 10:00 pagi. [hlm. 198]
• Apabila mendengar Farid hendak membeli syarikatnya, Mukhtar menangis
kesal. [hlm. 204]

Metafora

a) Metafora nicrupakan perbandingan atau kiasan yang mengandungi dua kata,


iaitu konkrit dan ahstrak. Contohnya:
• Dia yang dahulu meminta diri, sambil membuka pintu idea kepada Farid.[hlm.
9]
• Akan ada wajah yang mencuka lantaran dititisi gerimis cemburu.[hlm. 139]
• Lalu, Farid perili didorong ke lorong sabar,... [hlm. 187]
Paradoks

a) Paradoks merupakan gaya bahasa yang mcmpertentangkan kata-kata dalam


ayat. Paradoks juga memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang
bcrlawanan. Contohnya:
• Kipas berputar malas namun masih berupaya menyelak-nyelak lembaran-
lembaran kertas di dalam bakul plastik bertingkat di hadapannya dengan lemah.
[hlm. 2]
• Walaupurt perniagaan ayahtiya kecil, namun sejumlah harta yang terkumpul
jelas membuktikan kemajuan. [hlm. 4]
• Terdengar suara parau tetapi mesra. [hlm. 10]
• Walaupun ada kipas siling berpusing ligat di atas kepalanya tetapi berada
dekat kawah kecil berisi lilin yang meluap-luap masih terasa amat membahang.
[hlm. 174]

Personifikasi

a) Personifikasi ialah pemberian sifat manusia kepada benda-benda bukan hidup


seperti objek, bukan manusia, dan sebagainya. Contohnya:
• Ada paip terbaring di sisinya. [hlm. 1]
• "Farid tak suka jadi bos}" Tomsiab seperti memancing emosi Farid.[hlm. 7]
• Rasa serba salah mula mencekik dirinya. [hlm. 43]
• Ada cebisan-cebisan rasa rendah diri yang melekat di hatinya. [hlm. 62]
• Suara sumpah-seranahnya mencucuk telinga tetapi mereka yang berada di
situ
lebih berhati-hati menghadapi kemungkinan seterusnya.[hlm. 179]

Repetisi

a) Repetisi ialah perulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya:


• Dalam dunia perniagaan, rungutnya, manusia sebenarnya berlumba. Berniaga
bererti berlumba. Berlumba memerlukan minat yang berkekalan... [hlm. 23]
• 'Kerja, kerja. Makan, makan" ujar Hajah Zaoyah tegas. |hlm. 30]
• Benda yang dijual bukan apa-apa sangat, sekadar mi; mi hailam, mi rebus, mi
kari kaki ayam dan mi sup. [hlm. 50]
• "Lepaskan budak itu. Lepaskan, aku kata!" (hlm. 178]
• " Tangkap dial Tangkap!" kerah Nik, melihat Mahmood berlari-larian keluar
menuju ke pintu pagar. [hlm. 179]

Simile

a) Simile atau perbandingan ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu


dengan sesuatu yang lain. Perbandingan ini pula menggunakan perkataan
bagai, bak, seperti, laksana, umpama, macam, dan ibarat. Contohnya:
• Pun begitu dia juga tidak pernah berasakan bahawa dengan tinggal di bilik
kecil ini umpama ferdampar di suatu pulau yangasing. [hlm. 1 ]
• Ibu, bukankah berniaga seperti kolek dioleng alun, dilambung ombak?[hlm. 41]
• Farid terkial-kial menangani syarikat yang sudah seperti tongkang pecah itu.
[hlm. 152]
• Zaman selepas ketiadaan Encik Mokhsein, kakitangan pemasarannya yang
dikira cekap, syarikat yang ditububkan sejak hujung 6()-an itu bagai pelita yang
meliuk-liuk apinya. [hlm. 154]
• Muka Farid merah padam, macam lepas membedal sambal belacan cili padi.
[hlm.163]

Sinkope

a) Sinkope bermaksud penyingkatan kata dengan menggugurkan satu atau lebih


huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata. Contohnya:
• "Tak nak makan nasi, Rid?" Si ibu yangprihatin itu ingin tabu. [hlm. 31 ]
• "Tak kisahlab tu" tangkis Farid, tersenyum. [hlm. 46]
• "Buat batik ini, berhantu tau? Sungguh mengasyikkan," sindir Farid dan Flartini
sekadar tersenyum. [hlm. 147]

Peribahasa

a) Peribahasa yang digunakan dalam sesebuah novel lazimnya ialah simpulan


bahasa, perumpamaan, pepatah, dan bidalan. Contohnya:
• Yang senteng ilmu, yang lembap langkah, putih mata. Paling sedih gulung
tikar. [hlm. 4]
• Dalam kegigihan untuk meneruskan usahanya itu, dia menjadi mangsa
penipuan lintah-lintah darat terdiri daripada broker lembu. [hlm. 17]
• Situasi hidup segan, mati tak mahu memang begitu
menggelisahkannya.[hlm.18]
• Yang bertindak begini akan menjadi mangsa tohmahan "Melayu tak reti
berniaga,” berniaga buluh kasap, pucuk ada pangkal lesap, dan entah apa-
apalagi. [hlm. 36]
• Fahami falsafah, genggam bara api biar sampai jadi arang dan kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. [hlm. 42]
• "Diluah mati emak, ditelati mati bapa...." [hlm. 170]

Perlambangan

a) Perambangan atau simbol ialah kata-kata yang digunakan untuk menerangkan


sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa. Contohnya:
• Tidak sangka dia akan menerjuni dunia perniagaan meskipun dalam usia dan
pengalaman yang masih hijau. [ hlm. 16]
Hijau merupakan kata perlambangan yang merujuk kcpada cetek/ kurang/belum
kukub.
• Apa mereka hendak makan kalau dahan tempat mereka bergantung, payung
tempat mereka bertedub bilang? [hlm. 40] Daban dan payung merupakan kata
perlambangan yang merujuk kepada sumber rezeki.
• ... Farid sedar sekali lagi ada butir-butir hangat melerai turun ke pipi.[hlm.187]
Butir-butir hangat merupakan kata perlambangan yang merujuk kepada air
mata/tangisan.
Nilai

a) Baik hati. Contohnya, Mokhsein banyak membantu Farid dari segi idea,
kepakaran, dan motivasi untuk membangunkan Syarikat Batik Nusantara
kembali.
b) Kasih sayang. Contohnya, Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-annknya.
Sebagai seorang ibu, dia sanggup berkorban untuk menjaga andknya, I.otfi yang
sudah 10 tahun hidup di atas kerusi roda kerana lumpuh dari paras pinggang
hingga ke bawah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
c) Keadilan. Contohnya, Hakim Mahkamah Rendah Kuala Terengganu tclah
menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun terhadap Mokhtar atas
kesalahannya mengupah tiga orang samseng untuk membakar bengkel
perusahaan batik kepunyaan Farid.

d) Keberanian. Contohnya, Farid berani menanggung risiko untuk


mengembangkan pemasaran syarikat batiknya dengan membina bengkel
tambahan baharu yang bermodalkan RM75 ribu.

e) Kebijaksanaan. Contohnya, Zuraida bijak mengambi! peluang untuk menambah


ilmu dalam bidang perniagaan dan pemasaran dengan mcngikuti kursus luar
kampus dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun.

f) Kegigihan. Contohnya, Farid gigih menguruskan Syarikat Batik Nusantara milik


arwah bapanya walaupun dia baru berusia 19 tahun dan tidak mempunyai
pengalaman dalam perniagaan.

g) Kerajinan. Contohnya, Farid rajin mengunjungi bengkel untuk memantau para


pekerjanya dan melihat proses penghasilan batik walaupun dia tidak mempunyai
pengalaman dalam perniagaan.

h) Kesabaran. Contohnya, Farid kagum akan Zuraida yang sabar melayani


pelanggan yang mempunyai pelbagai kerenah ketika berurus niaga di gerai
pakaiannya di bazar MARA, Jalan Banggol.

i) Ketaatan. Contohnya, sebagai seorang muslim yang taat akan ajaran agama
Islam, Farid tidak pernah mengabaikan solat lima waktu. Dia juga menjadi imam
ketika solat subuh berjemaah bersama-sama dengan ibu dan adik-beradiknya.

j) Ketabahan. Contohnya, Farid tabah menerima dugaan akibat kebakaran


bengkel baharu itu dan menganggapnya sebagai takdir Tuhan. Apabila pekerja-
pekerja syarikatnya tiba pada waktu pagi, Farid mengarahkan mereka bekerja
seperti biasa.

k) Mengenang budi. Contohnya, Mokhsein yang pernah bekerja selama lebih


sepuluh tahun dengan Haji Badrul, iaitu ayah Farid terhutang budi dan
menyanjungi Haji Badrul yang banyak mendidiknya dalam perniagaan sehingga
dia berjaya membuka syarikatnya sendiri.

l) Rasional. Contohnya, Farid menyerahkan tanggungjawab memadamkan api


kebakaran kepada pasukan bomba serta kakitargan Tenaga Nasional Berhad
yang datang untuk memutuskan bekalan elektrik bagi mengelakkan kebakaran
merebak ke seluruh bangumn.

m) Tanggungjawab. Contohnya, Farid menjalankan tanggungjawab menguruskan


Syarikat Batik Nusantara dengan sebaik-baiknya sctclah ibunya, Hajah Zaoyah
meletakkan kepercayaan kepadanya untuk menerajui syarikat tersebut selepas
kematian Haji Badrul.

Pengajaran

a) Kita perlulah bersikap sederhana dalam mcnjalani kchidupan. Contohnya,


Farid bersederhana dalam menjalani kehidupannya walaupun dia memegang
jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara. Dia hanya menaiki
motosikal semasa berkunjung ke gerai Zuraida dan lcbih selesa menggunakan
kereta lama peninggalan arwah ayahnya, iaitu Peugeot.

b) Kita hendaklah mencurahkan kasih sayang terhadap ahli keluarga.


Contohnya, Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-anaknya. Sebagai seorang
ibu, dia sanggup berkorban untuk menjaga anaknya, Lotfi yang sudah 10 tahun
hidup di atas kerusi roda kerana lumpuh dari paras pinggang ke bawah setelah
terlibat dalam kemalangan jalan raya.

c) Kita mestilah bersikap baik hati dengan membantu orang yang


memerlukan. Contohnya, Mokhsein bersikap baik hati apabila bersedia
membantu Farid untuk memajukan Syarikat Batik Nusantara.

d) Kita sewajarnya bertindak secara rasional dalam menghadapi sesuatu


masalah. Contohnya, Farid menyerahkan tanggungjawab memadamkan api
kebakaran kepada pasukan bomba serta kakitangan Tenaga Nasional Berhad
yang datang untuk memutuskan bekalan elektrik bagi mengelakkan kebakaran
merebak ke seluruh bangunan.

e) Kita hendaklah bersikap rajin ketika menjalankan tugas. Contohnya, Farid


rajin mengunjungi bengkel untuk memantau para pekerjanya dan melihat proses
penghasilan batik walaupun dia tidak mempunyai pengalaman dalam
perniagaan. Dia juga rajin bertanya tentang selok-belok perniagaan kepada
orang yang lebih berpengalaman.

f) Kita hendaklah berani menanggung risiko untuk memajukan perniagaan.


Contohnya, Farid berani menanggung risiko untuk mengembangkan pemasaran
syarikat batiknya dengan membina bengkel tambahan baharu yang
bermodalkan RM75 ribu.
g) Kita haruslah gigih menghadapi cabaran untuk memajukan bidang
perniagaan yang diceburi. Contohnya, Farid gigih menguruskan Syarikat Batik
Nusantara milik arwah bapanya walaupun dia baru berusia 19 tahun dan tidak
mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan.

h) Kita perlulah mengcnang budi insan yang hanyak bcrjasa kepada kita.
Contohnya, Mokhsein yang pcrnah bekerja selama lebih sepuluh tahun dengan
Haji Badrul berasa terhutang budi kepadanya kerana Haji Badrul banyak
mendidiknya dalam perniagaan sehingga dia berjaya membuka syarikatnya
sendiri.

i) Kita hendaklah tabah apabila diuji dengan musibah dan masalah.


Contohnya, Farid tabah menerima dugaan apabila bengkel batik moden
baharunya terbakar dan menganggapnya sebagai takdirTuhan.

j) Kita mestilah bijak mengambil pcluang untuk mcmajukan dan mengembangkan


potensi diri. Contohnya, Zuraida bijak mengambil peluang untuk menambah ilmu
dalam bidang perniagaan dengan mengikuti kursus luar kampus dalam jurusan
Pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun pada setiap hujung minggu.

k) Kita hendaklah bersabar apabila berdepan dengan pelanggan yang


berbagai-bagai ragam. Contohnya, Farid kagum akan kesabaran Zuraida
melayani pelanggan yang pelbagai kerenah ketika berurus niaga di gerai
pakaiannya di bazar MARA, Jalan Banggol.

l) Kita perlulah bertanggungjawab terhadap tugas yang telah diamanahkan.


Contohnya, Farid menjalankan tanggungjawabnya menguruskan Syarikat Batik
Nusantara dengan baik setelah ibunya, Hajah Zaoyah meletakkan kepercayaan
kepadanya untuk menerajui syarikat tersebut selcpas kematian bapanya.

m) Kita mestilah bersikap adil dalam memutuskan bentuk hukuman untuk


mempertahankan kebenaran yang hakiki. Contohnya, Hakim Mahkamah
Rendah Kuala Terengganu telah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga
tahun terhadap Mukhtar atas kesalahannya yang mengupah tiga orang samseng
untuk membakar bengkel perusahaan batik kepunyaan Farid.

n) Kita hendaklah taat dan patuh akan ajaran agama. Contohnya, sebagai
seorang muslim, Farid tidak pernah mengabaikan solat lima waktu. Dia turut
menjadi imam semasa solat subuh berjemaah bersama-sama dengan ibu dan
adik-beradiknya yang lain.

You might also like