Teks Ucapan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS LDP BIL 1/2021

1) KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada :

Yang Berusaha
Pn Rohana binti Abd Majid, Pengetua SMK Seri Saujana

Yang Dihormati
En Ramizu bin Ibrahim
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum

Pn Hamidah binti Suleiman


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Siti Zainab binti Ramnoon


Penolong Kanan Kokurikukum

Pn Nor Anida binti Shamsuri


Penolong Kanan Petang

Ketua-ketua Bidang, Ketua-ketua Panitia serta rakan-rakan sejawat sekalian.

Alhamdulillah pada pagi ini kita berkumpul bersama di dalam Google Meet untuk
mengikuti Program Latihan Dalam Perkhidmatan kali pertama tahun 2021.

2) BACAAN DOA

Bagi menambah keberkatan Program kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Hafizan Afif bin Hamidi.

Dipersilakan.

1
**************************BACAAN DOA *************************

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih, Ustaz Hafizan atas bacaan doa itu tadi.

3) UCAPAN PENGETUA

Guru-guru yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pn Rohana binti Abd Majid, Pengetua
SMK Seri Saujana.

Dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

4) SLOT 1- Penggunaan e-RPH oleh Pn Fatimah Salihah binti Radzuan

LDP kita hari ini akan dimulakan dengan Slot Pertama.

Untuk tidak melengahkan masa lagi, saya mempersilakan Pn Fatimah Salihah


binti Radzuan untuk menyampaikan taklimat tentang PenggunaaN e-RPH.

Dipersilakan.

*****************************UCAPAN*****************************

Terima kasih diucapkan kepada Pn Fatimah Salihah binti Radzuan atas


penyampaian maklumat yang cukup jelas kepada guru-guru tentang penggunaan e-
RPH sebentar tadi.

2
5) REHAT

LDP kita pada hari ini akan berhenti rehat seketika dan akan disambung pada
pukul 10.30 pagi untuk Slot Ke-2.

6) SLOT - 2 (COVID -19 : GURU SEBAGAI BARISAN HADAPAN


PENDIDIKAN oleh Profesor Dato’ Dr Mohammad Shatar bin Sabran,
Timbalan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Guru-guru yang dihormati sekalian,

Sebelum kita memulakan slot ke-2 bagi Program Latihan Dalam Perkhidmatan,
pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia,
Profesor Dato’ Dr Mohammad Shatar bin Sabran atas kesudian bersama guru-
guru SMK Seri Saujana dalam Google Meet pada hari ini.

Sebelum kita memulakan slot ke-2, izinkan saya menyampaikan serba sedikit latar
belakang penceramah kita pada hari ini.

LATAR BELAKANG PENCERAMAH

Yang Berbahagia, Profesor Dato’ Dr Mohammad Shatar bin Sabran


merupakan Timbalan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris. Selain
menjalankan tugas dan tanggungjawab tersebut, beliau juga penceramah motivasi,
terutamanya ceramah berkaitan pembelajaran dan kecemerlangan, kepimpinan,
keibu bapaan serta masalah sosial.

Sehingga kini, Profesor Dato’ Dr Mohammad Shatar berjaya menyampaikan


lebih 700 ceramah motivasi dan menerbitkan lebih 40 buah buku motivasi.

Beliau juga mendapat pelbagai anugerah. Antaranya Extra Ordinary


Performance Award dari Lowa State University, pakar rujuk ‘soft skills’ lebih
20 institusi dan agensi kerajaan serta pakar rujuk sosial kepada RTM.

3
Juga, penerima Anugerah Personaliti Media 2010, Anugerah Naib Canselor
Kategori Khidmat Profesional, UPM, Anugerah Akademik Negara Bidang
Pengajaran 2011 dan banyak lagi.

Untuk tidak melengahkan masa lagi, kita persilakan Yang Berbahagia Profesor
Dato’ Dr Mohammad Shatar bin Sabran untuk menyampaikan ceramah yang
bertajuk

(COVID -19 : GURU SEBAGAI BARISAN HADAPAN PENDIDIKAN)

Dipersilakan.

************************CERAMAH MOTIVASI**********************

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr Mohammad


Shatar bin Sabran atas kesudian menyampaikan ceramah sebentar tadi.

Melalui ceramah yang disampaikan jelaslah warga pendidik kini adalah barisan
hadapan dalam usaha memerangi Covid- 19 dan cabaran masa kini untuk
memastikan pematuhan SOP dapat dijalankan secara konsisten.

Kesimpulannya, ada hikmah besar dalam proses mendidik dan mengajar oleh guru
walaupun berada dalam zaman perit dan era pendemik Covid -19 yang mengekang
semua pergerakan kehidupan.

Proses pengajaran dan pembelajaran terus berlangsung. Interaksi secara maya


mampu memastikan pelajar-pelajar terus dididik, diajar dan dibentuk kemenjadian.

7) PENUTUP

Alhamdulillah, Program Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Pertama tahun 2021


berjalan dengan lancar.

Kini, saya serahkan kepada Pengetua Pn Rohana binti Abdul Majid untuk
menyampaikan sepatah dua kata tentang Program LDP hari ini.
Dipersilakan.

You might also like