Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI PERTAMA 2022

Tarikh : 22 Mac 2022


Hari : Selasa
Masa : 2.00 – 4.00 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Jijan

Kehadiran :

1. En Zahiruddin b Amirudin ( GPK HEM )


2. Pn. Vasanthi A/P Manickam ( Ketua Panitia )
3. Pn. Noor Ziah bt Sheikh Omar ( Setiausaha )
3. Pn.Wan Sureyani Bt Wan Ismail
4. En. Sathiaseelan a/l R.Krishnagopal
5. Puan Noor Erlizai bt Ab Rahman

1.0 Ucapan Ucapan Pengerusi ( Guru Penolong HEM )


Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli mesyuarat.
Beliau mengharapkan agar keputusan mesyuarat dan aktiviti yang dirancang pada
hari ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu


2.1 Wan Sureyani binti Wan Ismail mencadangkan agar Minit Mesyuarat Panitia Bahasa
Inggeris Bilangan 3/2021 diterima dan disahkan.
2.2 Sathiaseelan a/l R.Krishnagopal menyokong Minit Mesyuarat Panitia Bahasa
Inggeris Bilangan 3/2021 untuk diterima.
Minit mesyuarat diterima sebulat suara untuk disahkan tanpa pindaan.

3.0 Perlantikan AJK Panitia Bahasa Inggeris Sessi 22/23


3.1 Vasanti a/p Manickam memaklumkan perlantikan ajk panitia sessi 22/23
berdasarkan buku pengurusan 2022.
Ketua Panitia : Vasanthi a/p Manickam
Setiausaha : Noor Ziah binti Sheikh Omar
Bendahari : Sathiaseelan a/l Krishnagopal
Ajk : Wan Sureyani binti Wan Ismail
: Noor Erlizai binti Ab Rahman
Makluman

4.0 Perancangan Aktiviti Tahunan


4.1 Vasanthi a/p Manickam membentangkan perancangan aktiviti tahunan Panitia
Bahasa Inggeris bagi tahun 2022. ( Lampiran 1)
4.2 Vasanthi a/p Manickam berharap supaya semua guru dapat menjalankan aktiviti
yang dirancang pada tahun ini.
Makluman

5.0 Penulisan RPH/RPT


5.1 Vasanthi a/p Manickam menyatakan penulisan RPH perlu diselaraskan dan
seragam.
5.2 Guru perlu menyediakan dua aktiviti Catch-Up Plan untuk dua kumpulan murid
iaitu, satu aktiviti untuk murid yang mencapai Tahap Penguasaan ( TP ) 1 dan 2
bagi membantu peningkatan murid ke TP 3 dan 4. Manakala satu aktiviti
pengukuhan untuk murid TP 3 dan 4.
5.3 Penulisan impak untuk PDPC pada hari tersebut perlu ditulis setiap hari di dalam
RPH.
5.4 Penulisan refleksi selepas PDP juga perlu ditulis yang melibatkan pencapaian
bilangan murid yang menguasai kemahiran dalam PDPC tersebut.
Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

6.0 Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD )


6.1 Vasanthi a/p Manickam membentangkan keputusan PBD sessi 2021/2022.
( Lampiran 2 )
6.2 Catch-Up Plan 3.0 akan digunakan untuk membantu murid-murid yang mendapat
TP 1 dan 2 meningkatkan ke TP 3 dan 4.
6.3 PBD akan dijalan dua kali setahun iaitu bulan April dan Oktober.

7.0 HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME ( HIP )


7.1 Sathiaseelan a/l Krisnagopal membentangkan jumlah skor HIP SK Jijan iaitu
179 Level 3.
7.2 Rumusan Data Tahap Imersif HIP 2021:
Sasaran KPM: 72%, sasaran JPNS: 82%, pencapaian JPNS: 95%

8.0 Kewangan

8.1 Peruntukan PCG pada tahun ini adalah RM 562.94

8.2 Panitia bersetuju membeli kad bacaan atau alat bantu untuk murid pemulihan,
kamus dwi-bahasa dan kad bacaan yang sesuai untuk bilik SAL.

Tindakan : Semua guru

9.0 Hal-hal lain

9.1 Prasekolah
9.1.1 Prog kecemerlangan prasekolah untuk Bahasa Inggeris melalui pertandingan kuiz
semasa minggu Bahasa Inggeris adalah bertujuan mempertingkatkan kemahiran
asas bahasa inggeris dalam kalangan murid pra.
9.1.2 Pentaksiran Prasekolah 2021/2022 untuk tunjang english menunjukkan peratus
murid mendapat TP3 amat kurang. Guru prasekolah akan cuba menggunakan
pelbagai kaedah agar murid dapat menguasai kemahiran asas bertutur Bahasa
Inggeris.
9.1.3 Guru prasekolah amat berminat untuk mempelajari apa sahaja kemahiran baharu
untuk mengajar Bahasa Inggeris CEFR. Baru-baru ini guru prasekolah telah
menyertai kursus bahasa Inggeris utk guru prasekolah anjuran ELTEC secara dalam
talian. Impaknya agak kurang memandangkan ia dijalankan secara dlm talian.

9.2 Program pemulihan khas akan diadakan oleh Satiaseelan a/l R.Krisnagopal
mengikut modul yang akan disediakan oleh beliau yang akan diadakan pada waktu
pagi sebelum PDP bermula.

10.0 Penangguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua guru.
Mesyuarat ditangguhkan pada pada jam 4.05 petang.

Disediakan oleh , Disemak oleh

Setiausaha, Zulpakar bin Omar,


Panitia Bahasa Inggeris Guru Penolong
Sekolah kebangsaan Jijan Pentadbiran
Tahun 2022 Sekolah kebangsaan Jijan
Tarikh: 25 Mac 2022

You might also like