Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 100

BUKU LOG

BULAN SABIT
MERAH MALAYSIA

NAMA PENUH : SOPHIA CHIU MEE TING


ANGKA GILIRAN : 2020112350159
NO. KAD PENGENALAN : 000306-13-0634
UNIT : BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
KOD KURSUS : MPU3062
NAMA KURSUS : KOKURIKULUM -UNIT BERUNIFORM
TARIKH HANTAR : 09.09.2021
BIODATA

NAMA : SOPHIA CHIU MEE TING

UNIT : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 2


(SJKC)

AMBILAN : JUN 2020

TARIKH LAHIR : 06 MAC 2000

NO. KP : 000306130634

ANGKA GILIRAN : 2020112350159

ALAMAT : NO.16 LOT3, LORONG SAKAM, JALAN


SAKAM, 96100 SARIKEI, SARAWAK

NO. TEL : 016-465 1158

EMAIL : sophiacmt0306@gmail.com

I
ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka surat

Biodata I

Isi kandungan II

Jawatankuasa Bulan Sabit Merah Malaysia IPGKTAA 2021 III

Tugasan 1 : Buku Log BSMM


1.0 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit 1-35
Beruniform
2.0 Kemahiran Perkhemahan 36-89
3.0 Laporan mingguan 90-94

Rujukan 95-96

Lampiran

II
JAWATANKUASA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA IPGKTAA

PENGARAH : HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOFF, SMP

PENSYARAH : 1. EN. SARUDIN BIN MD. AMIN, AAP


2. EN. CHEW CHEE HORNG
3. PN. RAFIDAH BINTI WAHAB

PENGERUSI : HENG JING ZHE

TIMB. PENGERUSI : DARUSHINY A/P THIYAGARAJAN

SETIAUSAHA : MATHUMITA A/P BALASUBRAMANIAM

TIMB. SETIAUSAHA : MAK KAI WEN

BENDAHARI : MUHAMMAD AIMAN BIN MAHAT

TIMB. BENDAHARI : MUHAMMAD ZAINUR FALLAH BIN JAFRI

AHLI JAWATANKUASA KECIL:

1- MUHAMMAD AIMAN SYAKIRIEN BIN MOHD ZAWAWI

2- NUR EINASAFEZA BINTI MOHD BASERI

3- KHAIRUL HADI BIN MOHD NOR HASRI

4- ELILLARASI A/P BALAKRISHNAN

5- MOHAMAD NOR IRFAN BIN MOHAMMAD NOR EFFENDI

III
1.0 PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH & BSMM

1. KEMANUSIAAN
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat
untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera
di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan
kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi
nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia. Ia
memupuk persefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian antara
manusia.

2. KESAKSAMAAN
Memberi bantuan tanpa membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau
perbezaan politik. Tujuan asalnya adalah meringankan kesengsaraan
individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius.

3. BERKECUALI
Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya. Persatuan
tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai
pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi.

4. KEBEBASAN
Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan
tertakluk kepada undang-undang negara. Persatuan tetap menjaga
kebebasannya dalam segala tindakannya yang berasaskan
perikemanusiaan.

5. KHIDMAT SUKARELA
Satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan.

1
6. BERSATU
Hanya terdapat satu PBSM atau Palang Merah di dalam sesebuah negara.
Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya
meliputi seluruh negara.

7. KESEJAGATAN
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi
seluruh dunia, di mana semua Persatuan mempunyai taraf dan
tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu antara satu
sama lain.

2
1.2 OBJEKTIF PERLEMBAGAAN

Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau


undang-undang. Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang
ditubuhkan di luar institusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi
dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia. Hanya
beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti
Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia,
Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans. Antara fungsi
perlembagaan atau undang-undang adalah sebagai panduan menggerakkan
persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang
tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul
sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan. Pasukan beruniform
telah mempunyai peraturan atau undang-undang tersendiri yang ditetapkan
oleh badan induk.

1.2.1 OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSMM


Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM:

“Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada


orang sakit dan cedera sama ada dari angkatan tentera dan pihak yang tiak
berperang, kepada orang tawanan perang dan orang awam yang menderita
akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva
dan menjalankan segala kewajiban ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan
oleh tiap-tiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen
Geneva.”

1.2.2 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN BSMM


Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan
sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia
jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh
1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia:

3
Peraturan 1 : Nama dan alamat
Peraturan 2 : Matlamat
Peraturan 3 : Objektif
Peraturan 4 : Keahlian
Peraturan 5 : Guru Penasihat
Peraturan 6 : Ahli jawatankuasa
Peraturan 7 : Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
Peraturan 8 : Kewangan
Peraturan 9 : Penyertaan
Peraturan 10 : Aktiviti
Peraturan 11 : Peraturan-peraturan
Peraturan 12 : Pindaan perlembagaan
Peraturan 13 : Perbubaran persatuan
Peraturan 14 : Tindakan disiplin
Peraturan 15 : Hal-hal lain

* Perkara-perkara lain yang ditambah ke dalam perlembagaan ialah :


i) Lencana / logo persatuan
ii) Cogan kata / moto
iii) Tugas persatuan di peringkat intitusi pendidikan, cawangan, daerah,
negeri dan cawangan
iv) Pendaftaran persatuan
v) Jawatankuasa kecil

4
1.3 LAMBANG & BENDERA PALANG MERAH DAN BSMM

1.3.1 LAMBANG PALANG MEREH

Lambang perkhidmatan perubatan dalam perang dan dimasukkan dalam


peraturan peperangan. Dipakai pada bendera yang digunakan di hospital,
ambulans dan pasukan keselamatan serta dipakai pada lengan orang yang
menandakan berada di pihak yang neutral. Bangunan, kenderaan atau orang
yang ada lambang ini tidak boleh diserang dan perlu diberi perlindungan dan
pertolongan oleh mana-mana pihak.

Rajah 1: Lambang Palang Merah

1.3.2 LAMBANG BSMM

Bulan Sabit Merah – Berasal dari lambang palang merah yang telah diiktiraf
oleh Persidangan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1929. Lambang
ini digunakan oleh pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan untuk
mengelakkan mereka daripada diserang ketika peperangan.

Rajah 2: Lambang Bulan Sabit Merah

5
Berikut adalah panduan dan ukuran piawai bagi lambang Bulan Sabit Merah
seperti mana dikeluarkan oleh pihak International Federation of Red Cross
dan Red Crescent pada Jun 2008. Sesiapa yang mempunyai lambang
tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan pergerakan Palang Merah
atau Bulan Sabit Merah, tetapi tidak semestinya dilindungi oleh Konvensyen
Geneva.

Rajah 3: Ukuran Piawai Lambang

Lambang ini tidak boleh dilukis atau diubah sesuka hati. Sebarang pengecilan
atau pembesaran bagi lambang hendaklah mengikut nisbah ukuran piawai
dan tiada sebarang elemen lain pada latar belakangnya yang berwarna putih
itu.

Di bawah ini pula adalah ukuran piawai bagi bendera Bulan Sabit
Merah. Contoh yang diberikan adalah berdasarkan kepada saiz bendera
berukuran 150cm panjang dan 100 cm lebar. Sebarang pengecilan atau
pembesaran bagi bendera yang mempunyai lambang hendaklah juga
mengikut nisbah ukuran piawai yang telah ditetapkan.

6
Rajah 4: Ukuran Piawai Bendera Rajah 5: Bendera BSMM

1.3.3 LAMBANG PERSATUAN ANTARABANGSA PERSATUAN-


PERSATUAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH (IFRC)

IRCS dan IFRC berhak menggunakan lambang Palang Merah/ Bulan Sabit
Merah/ Kristal Merah pada setiap masa iaitu sewaktu konflik atau aman.
Peranan lambang ini adalah untuk mengenal pasti seseorang atau objek
sebagai tidak boleh diserang dan adalah di bawah perlindungan undang-
undang kemanusiaan (tanda perlindungan). Lambang IFRC mempunyai segi
empat bergaris merah di latar belakang.

Rajah 6: Lambang Persatuan Kebangsaan

7
1.4 COGAN KATA
“Cergas pada masa aman dan perang”

1.5 PERSETIAAN / IKRAR DAN UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN


BSMM

“Bahawa kami ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar,


taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia,
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Pemerintah-pemerintah
di negeri kami,
berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahawa kami berikrar,


akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan dan Undang-undang Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia dan Undang-undang yang lain
dan arahan walaupun di mana jua kami berada.

Bahawa kami berikrar,


akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kami,
kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman dan bencana
berdasarkan kepada prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia seperti

KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
BERKECUALI
KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN

8
1.6 LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Lagu “Bulan Sabit Merah” untuk pertama kalinya telah dimainkan pada tahun
1975 dalam satu majlis sempena penukaran nama persatuan dari
Pertubuhan Palang Merah Malaysia (Malaysian Red Cross Society) kepada
Persatuan Bulan Sabit Merah (Malaysian Red Crescent Society. Kini,
berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSMM) kali ke-116 pada 25 Mac 2007, persatuan ini lagi sekali melalui
penjenamaan semula dan dinamakan sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia
(Malaysian Red Crescent) atau secara ringkasnya disebut BSMM.

1.6.1 LIRIK LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Bulan Sabit Merah Di Malaysia


Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara


Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia


Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Lirik: Tan Sri Dato’ Dol Ramli


Lagu: Dato’ Johari Salleh

9
1.6.2 LIRIK LAGU TEMA BSMM: HULURKAN TANGAN

Di malam sepi
Risaunya hati
Saudara tak beerti lagi
Tenangkan fikiran
Hulurkan tanganmu
Kan tercapai dunia damai milikmu
Milikku
Kerana ………. Kedamaian
Hasil jiwa murni
Rela, tabah hati
Sedia memaafkan
Kau kan tahu
Kita bersaudara
Renungkanlah
Biar kau dan aku
Terangi dunia
Mara ke hadapan
Hulurkanlah ………
Tanganmu untuk dunia damai

10
1.7 SEJARAH UNIT BERUNIFORM BSMM

1.7.1 PENGASAS PERGERAKAN PALANG MERAH

Rajah 7: Jean Henry Dunant (1828-1910)

Dia ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant (1828-1910)


yang sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera
Austria di Solferino, Itali Utara pada 24 Jun 1959. Lebih 40,000 tentera dan
orang awal cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria,
Afrika, telah membantu mangsa yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke
sebuah gereja berdekatan. Selain itu, sebuah buku kenangan dan
pengalamannya “A Memory Of Solferino” telah dicetak dan dihadiahkan
kepada semua ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan
penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan
di Eropah. Dalam buku tersebut mencadangkan bahawa membentuk
organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang
awam yang cedera dan menderita semasa peperangan serta mengadakan
perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan
hendaklah dibantu. Hasilnya, pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah
Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa kehadiran beliau sendiri.

11
1.7.2 SEJARAH PENGASAS

Jean Henry Dunant lahir pada 8 Mei 1828. Beliau terkenal dengan
gelaran bapa palang merah. Ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta
manakala ibunya seorang penyayang dan patuh pada arahan agama. Beliau
aktif dalam pelbagai kegiatan amal dan agama aktif dalam menyatukan orang
kristian dan yahudi menjadi ahli LEAGUE OF ALMS di Geneva ( objektif :
membantu penduduk miskin dan sakit melawat penjara untuk memulihkan
banduan ). Pada usia 30 tahun minatnya adalah kepada sekumpulan
organisasi di Switzerland, France, dan Belgium yang terkenal dengan nama
Young Mens Christian Union dan di England dikenali sebagai Young Mens
Christian Assosiation.
Pada 1853, satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan
di Eropah dimulakan. Beliau menentang dan mencadangkan satu gagasan
sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak terhad di
Eropah sahaja. Hasil desakan Dunant, satu persidangan YMCA sedunia telah
diadakan di Paris pada tahun 1855.
Pada 1849, Dunant berkerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat
bank di Geneva untuk mempelajari perniagaan bank. Disebabkan
ketekunannya itu dia telah diberi tugas sementara sebagai pengurus besar di
sebuah cawangan di Algeria yang dikenali sebagai Colonies Suieses de Setif.
Beliau berhenti berkerja dan bekerja sendiri. Beliau akhirnya berjaya dalam
perniagaan.
Pada Jun 1859 dalam perjalanan untuk menguruskan perniagaan di
Itali apabila sampai di Castiglione della Piere ketika pertempuran di Solferino
mula meletus. didapatinya banyak mangsa perperangan yang mati dan sakit.
Beliau cuba membantu orang yang sakit dengan sedaya upaya. Pengalaman
ini telah menyebabkan beliau meninggalkan hal perniagaan. Beliau cuba
menumpukan pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dan peperangan
dapat diringankan. “Kenangan di Solfarino “buku yang ditulis olehnya adalah
permulaan bagi kerjayanya. menyarankan agar pasukan yang mempunyai
sukarelawan terlatih patut ditubuhkan untuk menolong anggota yang
tercedera di semua negara ianya telah mendapat sambutan yang luar biasa.
Konsep, trinity antarabangsa di antara negara untuk menentukan penjagaan
orang sakit telah menarik minat ramai.

12
Pada 1863 dan 1864, kejayaannya meningkat dan selepas itu
menurun ini adalah kerana orang ramai memberi sokongan kepada beliau
setelah itu jawatankuasa Palang Merah ditubuh setelah itu pula persidangan
diadakan dalam tranformasi itu ,beliau menyepikan diridan tempatnya itu
digantikan oleh orang lebih praktikal 1865 & 1866 pernyataannya semakin
merosot ini kerana perasaan malu dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri.
Pada tahun 1867 merupakan tahun yang amat malang bagi Dunant
urusan perniagaan yang diabaikannya juga turut merosot beliau terpaksa
meggunakan hartanya untuk membayar hutang- piutang - ekoran daripada itu
beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Geneva (pada usia 39
tahun).
20 tahun kemudian, Dunant menghadapi hidup yang paling malang ,
beliau terpaksa hidup dengan ehsan sahabat dan sedikit elaun keluarganya.
Kadang kala beliau muncul di khalayak ramai di Perancis, Jerman, Itali dan
England untuk diberi penghormatan atas sumbangan tertubuhnya Palang
Merah dan projek-projek lain walau bagaimanapun beliau terpaksa hidup
keseorangan.
Pada Julai 1887 dalam usia 59 tahun beliau kelihatan sangat tua
akibat kekecewaan yang dialami selama 20 tahun namun penduduk di
bandar kecil Heidden, Switzerland mengenalinya di tempat tinggalnya itu
ramai orang yang menghormatinya pada suatu waktu beliau menaruh minat
dalam pergerakan yang beliau pelopori beliau juga turut dihubungi oleh rakan
lama beliau 1892, kerana gangguan kesihatan beliau telah dimasukkan ke
hospital dan hidup di sana selama 18 tahun.
Pada tahun 1895, seorang wartawan muda dalam pengembaraannya
telah mendapat tahu mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara
Dunant ekoran wawancara itu seluruh dunia mengetahui bahawa Dunant
masih hidup walaupun dalam keadaan daif berbagai pihak mahu membantu
beliau sebagai pengiktirafan terhadap khidmatnya sampai melalui surat oleh
pihak atasan dan bawahan dari jauh dan dekat.
Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah
Keamanan (Peace Prize) yang pertama. Tanggal 30 Oktober 1910, beliau
telah meninggal dunia di Heidden, iaitu sebuah kawasan pergunungan.

13
1.8 SEJARAH PENUBUHAN

1.8.1 SEJARAH BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan


sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf oleh
kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pada tahun 1963. Sejarah Permulaan Bulan Sabit Merah
Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan
Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih
banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang
pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Ketika kemerdekaan
pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai
Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu.

Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah


Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu
pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada
September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai
Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan). Akta 1965 telah
bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan
cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah
nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di
Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965. Pada 5 September 1975,
Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama
Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia Akta1975 oleh Parlimen Malaysia.

14
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA

Tahun 1948
Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu
Cawangan Palang Merah British

Tahun 1950
Ditubuhan di Pulau Pinang

Tahun 1951
Ditubuhan di Perak, Terengganu dan Selangor

Tahun 1952
Ditubuhan di Melaka, Johor dan Pahang

Tahun 1961
Pada 1 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah
Persekutuan Tanah Melayu (perbadanan) telah dibaca di parlimen.

Tahun 1962
16 April 1962, Akta Persekutuan Palang Merah Malaysia Persekutuan
Tanah Melayu (perbadanan) AKTA 1961 (No. 4 tahun 1962) telah
berkuatkuasa.

c
Tahun 1963
Pada 4 Julai 1963, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC)
menerima pengiktirafan dengan rasmi sebagai satu Persekutuan Palang
Merah.

c
Tahun 1965
Apabila Malaysia ditubuhkan, parlimen telah meluluskan akta Persatuan
Palang Merah Malaysia (Akta No. 47 tahun 1965)

c
Tahun 1975
21 Ogos 1975 di atas persetujuan Diraja, nama Palang Merah ditukarkan
kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975 (Akta
162- Membenarkan pertukaran nama dan lambing)

15
1.8.2 TUJUAN PENUBUHAN
 Tujuan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah untuk
menyediakan perkhidmatan, keselesaan dan membantu jika
diperlukan, pertama di negara kita Malaysia dan kedua kepada
negara-negara jiran.
 Meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang bagaimana untuk
menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin.

1.8.3 ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN

i. Istiadat Perhimpunan

 Ketua pasukan melaporkan keahlian kepada komander


a. Bacaan doa oleh ahli bertugas
b. Nyanyian tiga buah lagu, iaitu lagu sekolah, lagu negeri dan lagu
‘Negaraku’
c. Laporan dari komander kepada guru penasihat
d. Arahan komander supaya membuka barisan
e. Pemeriksaan barisan oleh guru besar diiringi oleh guru
penasihat dan komander
f. Guru penasihat menjemput guru besar memberikan ucapan
g. Arahan komander supaya menutup barisan
 Keluar baris

ii. Istiadat Meningkat Naik

a. Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam bentuk bulatan


b. Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dengan ringkas
tujuan istiadat ini diadakan
c. Ahli BSMM yang akan meniingkat naik dipanggil ke hadapan guru
penasihat yang akan mengucapkan terima kasih semasa berada di
dalam keahlian.
d. Berjabat tangan dengan kawan-kawan
e. Ahli lain memberi satu sorakan
f. Guru penasihat memberikan arahan menutup bulatan dan bersurai

16
iii. Istiadat Melantik

 Apabila seorang pelajar telah bersedia menjadi ahli BSMM, dia patut
disahkan menjadi seorang ahli melalui sati istiadat
 Istiadat itu amat bermakna kepada ahli baharu yang akan menjadi
kenangan seumur hidup mereka dan kepada ahli kumpulan akan
mendapat seorang ahli baharu.
 Istiadat diadakan secara perkataan dan upacara ringkas dan mudah
dengan ikhlas, khusyuk dan syahdu.
 Prosedur:
- Diadakan di tempat lapang
- Diadakan di peringkat awal tahun
- Semua ahli yang terlibat harus dalam peranan masing-masing
- Guru penassihat dan ketua pasukan hendaklah menghebahkan
istiadat ini pada perhimpunan sebelumnya
- Semua keperluan disediakan
 Upacara perlantikan ahli baharu BSMM
- Ahli yang mengambil bahagian perlu membuat satu bulatan
besar
- Ketua pasukan berada dalam bulatan
- Guru penasihat berdiri di tengah bulatan
- Ketua pasukan dalam keadaan sedia
- Ahli baharu yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke
dalam bulatan
- Wakil ahli membawa ahli baharu berdiri di depan guru penasihat
- Selepas itu, wakil ahli balik ke tempatnya
- Penolong guru penasihat masuk ke dalam bulatan dan berdiri di
sebelah guru penasihat dengan membawa lencana, tanda negeri
dan lambang di lengan
- Guru penasihat melafazkan ikrar diikuti oleh ahli baharu
- Guru penasihat menyematkan kencana keahlian, tanda negeri
dan lambang di lengan ahli baharu.
- Ahli baharu memberi hormat kepada guru penasihat dan
berpusing
- Wakil ahli memperkenalkan kepada ahli-ahli yang lain.

17
1.9 STRUKTUR DAN ORGANISSI PERTUBUHAN

1.9.1 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT ANTARBANGSA


Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan
iaitu:
- Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)
- Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah (IFRC)
- Persatuan-persatuan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Kebangsaan

18
1.9.2 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN/
NEGERI/ DAERAH/ IPG

19
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN

SENATOR

MAJLIS KEBANGSAAN

JAWATANKUASA EKSEKUTIF KEBANGSAAN

JAWATANKUASA CAWANGAN

JAWATANKUASA CABANG

UNIT

UNIT UNIT-UNIT PASUKAN


SUKARELA LAIN KEBAJIKAN

PASUKAN
BANTUAN
SUKARELA

BELIA KANAK-KANAK

20
STRUKTUR DAN ORGANISASI CAWANGAN

21
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT IPG

22
1.9.2 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH DAN
KUMPULAN

STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH

1.9.3 FUNGSI MAJLIS TADBIR

 Memperkasa dan memartabat profesionalisme ahli di bidang masing-


masing.
 Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan
mengukuhkan hubungan sesama ahli.
 Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain
yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang serupa.
 Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang
dengan pihak pengurusan yang berkaitan bagi tujuan memartabatkan
kepentingan kedua-dua pihak.

23
1.10 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1.10.1 PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN


 Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa,
agama, jantina dan politik
 Ahli dan sukarelawan datang daripada pelbagai golongan, memberi
sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip
persatuan.
 Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di ibu pejabat
kebangsaan.
 Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian
masing-masing.
 Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh
disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan.

Jawatankuasa Eksekutif Catatan


Keahlian biasa - Yuran tahunan sekurang-kurangnya RM2
setahun
- Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan
atau Cabang.
Ahli seumur Hidup - Permohonan di atas budi bicara dan kelulusan
Cawangan
- Yuran: tidak kurang daripada RM1000
Ahli Kehormat Seumur - Dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah
Hidup Kebangsaan
- Tidak melebihi 4 orang setiap tahun
Pasukan Bantuan Sukarela - Yuran: RM2 setahun tetapi digalakkan bayar
yuran sekaligus untuk 5 tahun.
Ahli Belia - Permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa
Cawangan
- Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di
bahaian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-kanak
(Link)
- Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit
Bulan Sabit Muda (Junior)
- Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di Unit

24
Pasukan Sukarela (Vountary Aid Detachment-
VAD)

Pendaftaran Kumpulan
 Pasukan kanak-kanak
 Pasukan Belia
 Pasukan Belia Terbuka
 Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam
 Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam
 Pasukan Bantuan Sukarela di IPT

1.10.2 KUASA PENGANJUR

Mengesahkan
Meluluskan
sebarang Menyelia dan
permohonan untuk
persuratan rasmi mengawal
aktiviti luaran (seperti
yang berkaitan kemajuan unit
c
rombongan, kembara,
dengan unit c BSMM di
perkehemahan dan
BSMM di mana sekolahnya
sebagainya) untuk ahli
perlu

25
1.10.3 STRUKTUR UNIT
Struktur unit terdiri daripada:
 Kanak-kanak (Link)
 Belia (Youth) - Pasukan Bantuan Sukarela
 Ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurang-
kurangnya 80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia.
 Setiap unit mempunyai pengawai masing-masing.
 Bagi Unit kanak-kanak pula, Pengawai Belianya adalah guru penasihat
BSMM yang dilantik oleh pengetua.
 Setiap unit berdaftar mempunyai nombor unit yang khas yang
menunjukkan unit itu dari Sabang mana dan dari bahagian apa
 Contoh: Unit PK (Y) 118 menunjukkan unit ini dari Cabang Perak
(ditunjukkan oleh huruf (‘PK’) merupakan unit Youth atau Belia dan
nombor 118 menunjukkan ia unit ke 118 didaftarkan.

1.10.4 PENGURUSAN BUKU LOG/ FOLIO/ LAPORAN AKTIVITI


 Satu cara pelaksanaan komunikasi atau penyampaian dari sesuatu pihak
ke pihak yang lain.
 Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan
dan mengesahkan sesuatu perkara atau sesuatu aktiviti serta
penglibatan seseorang.
 Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan mingguan atau
harian sesuatu aktiviti.
 Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300 helaian muka
surat. Saiz buku log (21cm x 32cm).
 Kulit luar dibalut dengan pembalut plastik agar tidak mudah rosak.

1.10.5 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

Jawatan Tugas

Pengerusi - Menjadi pengerusi persatuan


- Menjalankan tugas yang diberikan oleh guru dan
menggerakkan persatuan
- Menyertai setiap aktiviti yang dijalankan

26
Timbalan - Menjalankan tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan
Pengerusi pengerusi sekiranya tidak hadir

Setiausaha - Menulis minit mesyuarat


- Menulis laporan aktiviti mingguan

Bendahari - Menerima wang bagi pihak persatuan


- Menyimpan buku kira-kira

AJK Kecil - Sebagai wakil untuk memberitahu ahli-ahli persatuan


mengenai aktiviti-aktiviti atau mesyuarat yang akan
diadakan

1.10.6 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN

27
Pakaian Seragam Lelaki (Pengawai)

Pakaian seragam No.2 bagi pengawai lelaki

Penerangan potongan baju No.2 pengawai lelaki

28
Pakaian seragam No.3 bagi pengawai lelaki

Penerangan potongan baju No.3 pengawai lelaki

29
Pakaian Seragam Perempuan

Pakaian seragam No.2 bagi pengawai perempuan

Penerangan potongan baju No.2 pengawai perempuan

30
Pakaian Seragam Perempuan (ahli biasa)

31
Kelengkapan Pakaian:
1. Baju BSMM lelaki 2. Baju BSMM 3. Seluar pendek
Perempuan

4. T-shirt BSMM putih 5. T-shirt BSMM putih 6. T-shirt BSMM


lengan pendek lengan panjang merah lengan
pendek

7. T-shirt BSMM putih 8. Beret hitam 9. Lencana beret


lengan panajng BSMM

10. lencana bahu negeri 11. Lencana bahu logo 12. Lencana kolar
BSMM BSMM

32
13. Lencana poket BSMM 14. Lanyard hitam 15. Tali pinggang
single

16. Butang 17. Topi 18. Pangkat bagi


pelajar

19. Kasut potong hitam 20. Kain anduh

Berikut adalah pakaian dan kategori pangkat bagi pemimpin BSMM:


1. Bush jaket pengawai 2. Bush jaket 3. Vest pengawai
lelaki pengawai wanita

33
4. Baju korporat pengawai 5. Baju korporat 6. Lanyard hitam double
lelaki pengawai wanita

7. Pangkat bagi pengawai 8. lencana pangkat Penolong ketua


belia – lencana seksyen
kain
Ketua utama

tiada peruntukkan

seksyen
ketua seksyen

34
1.10.7 TAKWIN DAN RANCANGAN AKTIVITI
Contoh Takwin dan rancangan aktiviti:

35
2.0 KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

2.1 KRAF PERKHEMAHAN


Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk
menghadapi cabaran alam semula jadi dalam kegiatan luar. Pengetahuan
dalam kraf perkhemahan penting dan digunakan apabila individu melakukan
aktiviti perkhemahan atau pengembaraan. Kemahiran kraf perkhemahan
melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi
cabaran alam semula jadi dan habitatnya.

Matlamat kemahiran kraf tangan adalah seperti berikut:


 Menggalakkan daya pemikiran kreatif dengan bahan yang terhad.
 Menguji keupayaan dan kebolehan seseorang menghasilkan kraf yang
berkualiti.
 Menanamkan semangat kerjasama dalam kumpulan.
 Menimbulkan keseronokan dan minat terhadap aktiviti luar.
 Menimbulkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dan
pemuliharaan alam sekitar.
 Mengajar peserta supaya tidak membazirkan masa.
 Mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan peserta
perkhemahan.
 Meningkatkan daya kreativiti seseorang.
 Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam
menghadapi cabaran alam semula jadi dan habitatnya.
 Memupuk perasaan cinta terhadap terhadap alam semula jadi dan
mensyukuri ciptaanNya.

2.1.1 PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH


Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang boleh memenuhi masa
lapang dan sering dianjurkan oleh sekolah-sekolah. Perkhemahan melibatkan
melibatkan beberapa aspek iaitu perancangan, pengurusan dan penjagaan
khemah. Tempat perkhemahan dan kemudahan prasarana yang disediakan
perlu dikenal pasti dahulu sebelum memulakan aktiviti perkhemahan dan
memastikan kesihatan fizikal dan mental berada di tahap optima sebelum
melakukan aktiviti perkhemahan.

36
Pengurusan Khemah Penjagaan Khemah
 Sentiasa melindungi  Jangan menyimpan makanan di
pancang khemah dan dalam khemah untuk mengelakkan
memastikan pancang/ tiang binatang mencari dan merosakkan
khemah berada dalam khemah anda.
keadaan baik.  Sentiasa membersihkan khemah
 Letakkan sedikit pelincir setiap kali selepas trip dan
untuk memudahkan memeriksa setiap kotoran dan sisa
memasukkan dan sampah yang tertinggal.
mengeluarkan pancang/  Pastikan khemah berada dalam
tiang. keadaan kering.
 Letakkan pelincir pada zip  Sekiranya khemah berada dalam
untuk mengelakkan zip keadaan basah, elakkan daripada
daripada jem dan menekan, menarik atau apa cara
menyebabkan susah untuk sekalipun untuk mengelakkan
dibuka. daripada terkoyak.
 Jangan menggunakan bahan api atau
membuat pembakaran terbuka
berdekatan dengan khemah.
 Menggunakan peralatan yang
berkuasa bateri di dalam khemah
untuk mengelakkan mudarat yang
berlaku.

2.1.2 JENIS-JENIS KHEMAH

Jenis-jenis Khemah Keterangan

Ridge Tent Mempunyai tiang yang melintang di


sepanjang bumbung. Ia diperbuat
daripada bahan nilon (nylon) yang
ringan supaya mudah dibawa dan
dilipat. Sangat sesuai untuk outdoor
yang ramai ataupun sedikit. Kapasiti
bergantung pada saiz.

37
Dome Tent Khemah yang paling glamour. Ia
berbentuk gelembung dan
menggunakan bahan yang sesuai
serta fleksibel. Ianya ringan, mudah
dibawa dan sesuai digunakan untuk
perkhemahan seperti di sekolah dan
sebagainya.

Frame Tent Khemah jenis besar ini biasa


digunakan untuk perkhemahan
keluarga. Rangka khemah akan
dipasang terlebih dahulu kemudian
barulah dipasang kanvas. Tidak
sesuai dibawa untuk aktiviti outdoor.
Banyak terdapat waktu kenduri
kahwin dan sebagainya.

Bell Tent Mempunyai satu sahaja tiang tinggi


di puncak khemah. Khemah jenis ini
agak kukuh kerana disokong oleh
tiang di tengah-tengahnya dan
ditambah dengan tali yang tegang di
sekeliling. Khemah jenis ini juga
sudah jarang digunakan dan
digantikan dengan khemah jenis
‘dome’.

38
A-Frame Tent Bingkai berkaki 2 di bahagian luar
hujung khemah dan membentuk
khemah bersegi tiga. Khemah jenis
ini telah lama digunakan dan antara
jenis khemah terawal.

Hoop Menggunakan 1 hingga 3 gegelung


dan khemah akan menjadi bentuk
terbular. Dinding khemah berbentuk
melengkung membenarkan isi padu
yang lebih luas dengan permukaan
yang sama. Khemah jenis ini kukuh
dan kuat.

Khemah Avian Mempunyai satu atau dua pole tegak.


Flaysheet dibentangkan untuk
menutupi bahagian dalam. Ia selalu
digunakan untuk perlindungan yang
cepat dan hanya untuk keadaan
cuaca yang elok.

Wedge Dua gegelung separa bulatan yang


disambungkan di tengah-tengahnya
dan membentuk khemah sama ada
bentuk petak atau bulat. Ia adalah
khemah yang sangat popular kerana
menggabungkan kekukuhan dan
kurang menggunakan material yang
berat.

39
Pyramid Satu poles di tengah-tengah dan
flysheet ditarik dan dibentangkan di
sekeliling tiang membentuk poket
berbentuk pyramid. Ia jarang
digunakan untuk perkhemahan
kerana bentuknya tidak begitu
sesuai.

2.1.3 TUJUAN DAN FAEDAH MEMBUAT GAJET


Menurut Kamus Konprehensif Bahasa Melayu, gajet merujuk kepada alat-alat
atau mesin kecil. Selain itu, gajet juga merupakan binaan yang dibuat
menggunakan bahan-bahan alam sekitar perkhemahan dan dicantum atau
dikukuhkan dengan menggunakan tali atau pengikat bagi menggantikkan
perabot rumah di tapak perkhemahan.

2.1.4 TUJUAN MEMBUAT GAJET


i. Sebagai tempat menyimpan, menyusun dan mempamerkan bahan,
peralatan, pakaian serta maklumat di tapak perkhemahan.
ii. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam.
iii. Melindungi makanan daripada tercemar dengan serangga-serangga
perosak.
iv. Meningkatkan taraf kehidupan di kem perkhemahan seperti keselesaan,
kemudahan serta kebersihan.
v. Memudahkan untuk merujuk atau mendapatkan maklumat.
vi. Memudahkan kerja memasak dan menghidang makanan.
vii. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang
bendera.

40
2.1.5 FAEDAH MEMBUAT GAJET
a. Memupuk perasaan cinta akan alam semulajadi dan mensyukuri
ciptaan Tuhan.
b. Mengetahui cara untuk mencari ikhtiar hidup apabila berada di dalam
hutan.
c. Memahami habitat dan alam semulajadi seperti tahu kegunaan kayu,
ranting serta akar-akar pokok.
d. Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik
kraf perkhemahan dalam kegiatan.
e. Mewujudkan perpaduan dalam kalangan ahli.
f. Menanam semangat kerjasama untuk menyiapkan gajet dalam tempoh
singkat.

2.1.6 PRINSIP MEMBUAT GAJET


Gajet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan
kepada yang lain. Prinsip membuat gajet adalah seperti berikut:

 Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan


boleh patah atau roboh
 Gunakan ikatan yang betul
 Gunakan bahan semulajadi
 Gajet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran
 Gajet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan
 Gajet yang baik ringkas tetapi praktikal
 Mulakan dengan membuat gajet yang ringkas dahulu
 Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gajet
 Gajet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai
 Buat gajet ciptaan atau rekaan sendiri

41
2.1.7 JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA

Jenis Gajet Contoh Gajet Kegunaan


Kawasan dapur -Rak pinggan mangkuk -Melindungi makanan dari
dan yang -Rak alatan tajam seperti tercemar.
berkaitan pisau, parang, dan kapak -Memudahkan kerja-kerja
-Meja makan memasak dan
-Penyangkut cawan/ gelas menghidangkan makanan.
-Rak penyimpan kayu api/ -Mengelakkan kemalangan
tong gas seperti terlanggar peralatan
-Penyangkut periuk dan yang tajam.
cerek untuk masak -Peralatan dapur tersusun
-Gajet gerobok (camp larder) rapi dan kemas.
-Tempat menyimpan bahan-
bahan masakkan

42
Kawasan pintu Terletak di bahagian -Mercu tanda perkhemahan
hadapan sekali: iaitu pintu gerbang dan tiang
-Bahagian pintu hadapan bendera.
-Bahagian pagar -Mencantikkan
-Bahagian pintu belakang pemandangan di kawasan
perkhemahan.
Variasi pintu hadapan: -Penanda kawasan
-Tulis nama patrol dengan sempadan dan kawalan
bahan-bahan semula jadi keselamatan
-Bahagian pintu yang boleh
tertutup sendiri

Bahagian pagar
Menandakan kawasan
sempadan, suasana
perkhemahan kemas dan
teratur serta adanya kawalan
keselamatan.
Kawasan tempat -Rak kasut -Tempat menyimpan,
tinggal -Rak beg menyusun dan
-Rak peralatan memperagakan bahan,
-Meja tulis peralatan, pakaian dan
-Kerusi maklumat di tapak
-Papan kenyataan perkhemahan.
-Buaian -Memudahkan kita merujuk
-Penyangkut lampu atau mendapatkan
-Penyapu maklumat.
-Fitting room dan lain-lain -Kekemasan dan
keselamatan terjamin.
Kawasan tempat -Tempat meletak besen air -Memudahkan penyimpanan
basuhan -Tempat menyimpan alat dan penyusunan
pergigian
-Tempat menyimpan sabun
-Tempat menggantung tuala
mandi
-Kawasan tempat basuhan

43
Kawasan -Ampaian pakaian -Menyidai pakaian
pengeringan -Menjaga kebersihan dan
kekemasan diri di kawasan
perkhemahan.

Lain-lain -Tiang bendera


-Menara pemerhati
-Gendang/ Kantung Kem
-Gajet pembawa barang
(Indian Travois)
-Gajet pondok lalang (tempat
berteduh)

2.2 IKHTIAR HIDUP


Ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus
hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar
yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika
menghadapi ancaman.

2.2.1 PRINSIP -PRINSIP ASAS IKHTIAR HIDUP

Prinsip Keterangan
1. Kemahuan Segala daya usaha untuk terus hidup
termasuklah kemahuan mencari sumber
makanan dan minuman melalui pemasangan
jerat, perangkap dan sebagainya.
2. Mengatasi ketakutan Ketakutan datang dari kelemahan diri sendiri.
Antaranya takut kepada ancaman liar, ketiadaan
makanan dan minuman serta takut dengan benda
yang tidak pernah ditemui.

44
3. Peralatan ikhtiar hidup Peralatan yang ringan, kecil serta mudah dibawa.
(pisau, mata pancing, pemetik api, garam)
4. Undang-undang asas  Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak
ikhtiar hidup rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan.
 Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak
dibina dalam sehari. Jangan cuba berjalan
sepanjang malam dan siang. Jangan
memikul barang yang berat jika boleh
dielakkan.
 Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika
anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba
baring dan rehat, tenangkan diri dan
lapangkan fikiran.
 Elakkan dari merasa risau. Kerisauan hanya
menolong merendahkan semagat kita
sahaja. Fikirkan apakah masalah anda, cari
jalan yang terbaik yang anda mampu
lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang
terbaik dari segala bahaya yang mungkin
dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan
tenaga anda kepada perkara-perkara lain.
 Berhenti awal di siang hari untuk membuat
khemah anda. Anda memerlukan masa
untuk memilih tapak perkhemahan yang
selamat.

Situasi Ikhtiar Hidup


 Kehabisan bekalan makanan dan minuman
 Ancaman binatang
 Masalah perlindungan
 Lain-lain

Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui


perancangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi
mental (pengetahuan), fizikal (kecergasan, stamina), teknikal (kemahiran),
dan material (peralatan, pakaian dan bekalan).

45
Punca Situasi Ikhtiar Hidup:
 Kelalaian manusia sendiri sama ada di peringkat perancangan,
persiapan atau peringkat perlaksanaan aktiviti
 Kurang pengetahuan dan kemahiran

Kepentingan Ilmu Ikhtiar Hidup:


 Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana
kegiatan luar sentiasa terdedah pelbagai cabaran dan risiko.

Terdapat 5 elemen utama dalam ikhtiar untuk hidup:


 Fire (Api)
 Food & Drink (Makanan & Minuman)
 Shelter (Tempat perlindungan)
 First Aid
 Signaling (Memberi Isyarat)

2.2.2 MASAKAN SOLAR/ RIMBA/ KELOMPOK

Jenis Masakan Keterangan Penyediaan/ Kaedah


Masakan Solar - Masakan solar amat Penyediaan:
sesuai digunakan di Bahan untuk membuat
negara beriklim panas dapur:
seperti Malaysia. MATERIALS FOR KIT:
- Banyak kebaikan iaitu -1 tin cat sembur yang
menjadikan tenaga solar sesuai untuk
sebagai sumber tenaga permukaan aluminium /
alternatif yang murah, 1 can aerosol paint ( for
mengurangkan alimunium)
penggunaan bahan api dari -panci atau periuk nipis
kayu, tidak mempunyai / thin pot for cooking
ancaman bahaya gam/ glue
kebakaran, keracunan -pelekat kertas /paper
asap dan gas binding tape
- Masakan solar ini sesuai -foil aliminium /
digunakan semasa aliminum foil
membuat aktiviti gerak -kotak besar / big size

46
kerja luar seperti empty boxes
perkhemahan
Masakan Rimba - Memasak tanpa peralatan Kaedah Masakan
bermaksud memasak Rimba:
tanpa menggunakan 1. Memasak
perkakas dapur menggunakan makanan
- Sebagai ganti, daun kayu, sebagai bekas.
ranting kayu, batu ruas 2. Memasak
buluh, tanah liat atau menggunakan daun
lumpur boleh digunakan 3. Memasak
- Dikenali sebagai menggunakan ranting
‘backwoodsman; atau dan dawai
masakan rimba 4. Memasak
- Kerajang aluminium, tin, menggunakan kepingan
dawai digunakan kepingan batu
5. Memasak
menggunakan buluh

2.2.3 MEMBUAT PERANGKAP

Perangkap terbahagi kepada 2 adalah seperti yang berikut:


Perangkap Berumpan Perangkap tanpa umpan
- Kadang kala serupa sahaja - Perangkap jenis ini pula tidak
bentuknya dengan perangkap yang memerlukan apa-apa umpan bagi
tidak menggunakan umpan. menarik perhatian binatang.

- Dengan umpan ia akan menarik - Persediaan memasang perangkap


perhatian binatang yang hendak jenis ini adalah dengan cara melihat
ditangkap supaya masuk ke dalam kepada kesan perjalanan, tempat
perangkap. binatang bermain atau tempat
binatang tersebut mencari makan atau
- Tentukan terlebih dahulu binatang minum.
yang hendak ditangkap dan umpan
yang sesuai bagi binatang tersebut. - Jerat jenis ini tidak memilih apa jenis

47
binatang.

- Binatang yang biasa dijerat


menggunakan perangkap ini seperti
seladang, kijang,landak,rusa dan
sebagainya.

JERAT BIDAS:
 Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan umpan ataupun
tidak

 Jerat jenis ini menggunakan kayu panjang yang menjadi sebagai


pembidas serta tali sebagai penjerat

 Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini ialah seperti ayam
hutan, burung dan juga tupai.

2.3 KEBUDAYAAN

Menurut Kamus, kebudayaan dimaksudkan sebagai satu cara kehidupan.


Kamus Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal
budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Menurut Ralph L. Beals dan
Harry Hoijer dalam bukunya An Introduction to Antropology menyatakan
konsep kebudayaan ialah mengenal pasti kelakuan yang biasa dipraktikkan,
diperolehi melalui pembelajaran oleh sesuatu kumpulan masyarakat.

2.3.1 NYANYIAN/ LAGU PERKHEMAHAN

Tujuan:
i. Melahirkan ahli BSMM yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi Negara
dan negeri mengikuti protokol yang betul.
ii. Menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara semasa
menyanyikan lagu patriotik.
iii. Memastikan ahli-ahli tahu menyanyikan dan menghayati seni kata lagu
BSMM dengan baik.

48
Panduan Mengajar Nyanyian:
a. Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu yang
pendek, mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan melodinya.
Melodi, irama dan lirik yang menarik senang diingati.
b. Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik lagu yang dipilih
sebelum mengajar kepada para ahli.
c. Nyanyikan berulang kali untuk para ahli mendengarkannya.
d. Nyanyian lagu dengan pic yang sederhana tidak terlalu tinggi atau
terlalu rendah
e. Para jurulatih perlu bernyanyi dalam keadaan menghadap para ahli
supaya mereka dapat memperhatikan cara jurulatih bernyanyi.
f. Nyanyian jurulatih dan para ahli perlu jelas dan tepat nada serta
sebutannya walaupun menggunakan bahasa lain atau dialek daerah.

Lagu-lagu:
i. Lagu Kebangsaan

49
ii. Lagu Rasmi BSMM

iii. Lagu Perkhemahan

KALAU RASA GEMBIRA


Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan.

tepuk peha,
hentak kaki,
petik jari, ( tak bunyi )
kata horey

SAYONARA
Sayonara, Sayonara
Sampai jumpa lagi 2x
Buat apa susah, 2x
Susah itu tiada gunanya, 2x
Ingat-ingat itu remember,
Jangan lupa itu don’t forget,
Saya sayang i love you,
Hanya engkau only you

50
MANDOLO
Mandolo, mandolo di papa le 2x
Ala tendang, ala tendang
Ala tendang, ala tendang, tendang

Berkhemah, mari kita berkhemah, khemah 2 x


Ala hujan, ala hujan, ala hujan
Ala hujan , basah !!!

Memasak, mari kita Memasak, Memasak 2 x


Ala hangit, ala hangit, ala hangit
Ala hangit, nasik !!!

Berlari, mari kita Berlari, Berlari 2 x


Ala letih, ala letih, ala letih
Ala letih, pancit !!!

Menyanyi, mari kita Menyanyi, Menyanyi 2 x


Ala hujan, ala hujan, ala hujan
Ala hujan , basah !!!

BURUNG HANTU
Mata hari terbenam
Hari mulai malam
Terdengar burung hantu
Suara sungguh merduu

2 kumpulan berlawan bunyi ( KUKKU ) ikut arahan tangan akela@ guru


tunjuk kuku murid sebut.

51
2.3.2 PERMAINAN
Permainan adalah salah satu aktiviti dalam bidang BSMM. Aktiviti ini
dijalankan bagi tujuan menerapkan penguasaan kemahiran, semangat
kerjasama, kepekaan dan kepimpinan di samping memberi elemen
keseronokan kepada ahli. Contoh permainan adalah seperti berikut:

Jenis Cara Bermain


Permainan
Harta Karun - Alatan: Peta lakaran, peta topo, arahan/tugasan, kompas,
objek seperti kacang, gula-gula (sebagai `Harta Karun’).

- Satu peta kasar (dengan bertanda X) yang menunjukkan


tempat sesuatu objek disembunyikan diletakkan di satu
tempat, misalnya: di kawasan padang. Pada peta itu, boleh
disertakan arahan lain untuk dijalankan oleh ahli BSMM itu.
Bereng kompas boleh diberi untuk panduan ahli BSMM
mencari arah lain sehingga terjumpanya `Harta Karun’ itu.

Nature’s Hunt - Ahli-ahli BSMM dikehendaki mencari ilmu kejadian seperti


serangga, daun-buahan, bunga dan lain-lain.

- Tuliskan arahan atau tugasan di kertas dan masukkan ke


dalam sampul surat. Lebih elok adakan satu cerita, misalnya:
‘ Wahai pahlawan-pahlawan yang pengecut, tibalah masanya
untuk menunjukkan kegagahanmu kerana puteri beta telah
dihinggapi penyakit angau dan dukun beta berkehendakkan
benda-benda sebagai ubat: Seekor semut, seekor nyamuk,
seekor belalang, daun ketapang, lalang, buah jambu... Benda-
benda yang dikehendaki hendaklah yang boleh didapati/
perolehi di kawasan itu dan senarai yang diberi kepada setiap
patrol hendaklah berlainan/ berbeza.
Ibu Ayam - Seorang ahli BSMM menjadi ‘helang’ dan pemimpin/ketua
patrol menjadi ‘ibu ayam’. Semua ahli BSMM dibahagikan
kepada beberapa petrol. Setiap patrol memilih nama seekor
burung. Ibu ayam akan melaungkan nama sesuatu patrol (ikut
nama burung yang telah dipilih) bergilir-gilir. Apabila anak

52
burung berlari ke arah ‘ibu ayam’, ‘helang’ akan cuba
menangkapnya. ‘Ibu ayam’ hendaklah berdiri di tengah-tengah
kawasan, patrol-patrol burung ditempatkan pada jarak yang
sama jauh dari ‘ibu ayam’.
‘Baloo’ di mana - Alatan : Senaskah surat khabar yang diikat dan digulung.
kamu
- Ahli BSMM membuat satu bulatan dan duduk. Dua orang
dipilih; seorang dipanggil ‘Baloo’ (beruang) dan seorang lagi
bergelar ‘Mowgli’. Mowgli diberikan surat khabar yang
bergulung untuk dijadikan sebagai pemukul dan matanya
ditutup dengan skaf. Baloo dikehendaki berdiri di mana-mana
dalam bulatan tersebut tanpa pengetahuan Mowgli. Mowgli
hanya diberi peluang sebanyak 3 kali untuk bertanya “Baloo, di
mana kamu?” dan boleh memukul dengan gulungan surat
khabar itu sebanyak 3 kali sahaja. Baloo hanya menjawab “di
sini” setiap kali mendengar pertanyaan Mowgli. Baloo boleh
mengelak pukulan Mowgli tetapi tidak boleh bergerak dari
tempatnya.
Lembu Kena - Ahli kumpulan memegang tangan dan membuat satu bulatan.
Kepung Seorang ahli BSMM menjadi ‘lembu’ dan berdiri dalam bulatan.
Lembu itu cuba berlari keluar dari bulatan dengan
menggunakan sebarang cara dan ahli-ahli BSMM yang
membuat bulatan pula cuba seberapa yang boleh menahan
‘lembu’ tersebut dari keluar daripada bulatan tersebut. Jika
‘lembu’ itu dapat keluar daripada kepungan itu, tukarkan ahli
BSMM lain sebagai ‘lembu’ dan begitulah seterusnya.
Harta - Ahli BSMM disuruh keluar mencari beberapaobjek atau benda
Tersembunyi yang telah ditentukan oleh pemimpin seperti daun, rumput-
rampai, buah-buahan dan lain-lain. Pasukan yang pertama
dapat menyerahkan tugasan kepada pemimpin dianggap
pemenang.
Memasak - Ada dua jenis masakan iaitu masakan dengan menggunakan
alat-alat dapur dan memasak cara hutan/`Backwoodsman”.
Satu peraduan boleh diadakan untuk menentukan ahli yang
cekap sekali dalam masakan.

53
Elak Bola - Alatan: Bola (boleh lebih daripada satu)
dalam Bulatan - Pilih dua kumpulan untuk membentuk satu bulatan yang
besar. Kumpulan lain berdiri di dalam bulatan yang ditandakan.
Ahli BSMM yang berada di dalam bulatan akan direjam dengan
bola dan sekiranya terkena BSMM tersebut dikira ‘MATI’.
Rejaman hanya sah sekiranya terkena di bahagian bawah lutut
ahli yang berada dalam bulatan. Ahli BSMM yang ‘terkena’
rejaman itu iaitu sudah ‘MATI’, hendaklah mengambil tempat
dengan segera di garisan bulatan dan dibenarkan mengambil
bahagian merejam bola. Lontaran itu hendaklah dibuat bertubi-
tubi dengan seberapa cepat dan hendaklah digalakkan
ketepatan memandang. Permainan bolehlah diteruskan
hinggalah hanya seorang ahli sahaja berada dalam bulatan
bulatan dan dia diisytiharkan sebagai pemenang.
Lakonan Bisu - Alatan: kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gerak
kerja yang perlu dilakukan oleh BSMM)
- Satu kumpulan menghantar seorang wakil dan dia dikehendaki
mencabut satu kertas. Setelah membaca kandungannya, dia
hendaklah beraksi di hadapan kumpulannya dan mereka cuba
meneka lakonan yang dipamerkan.
Daftar Alat - Ahli BSMM diberi sehelai kertas dan pen. Mereka dikehendaki
Perkhemahan menyeranaikan seberapa banyak yang boleh peralatan
perkhemahan. Masa yang diberi adalah terhad, misalnya satu
setengah minit atau dua minit. Ahli yang paling banyak
menyeranaikan peralatan dengan tepat/ betul adalah
diisytiharkan pemenang.

2.3.3 MALAM KEBUDAYAAN

Malam kebudayaan diadakan bersempena dengan satu-satu aktiviti


perkhemahan iaitu di dalam acara temasya unggu api. Ia diadakan pada
waktu malam ketika sekumpulan ahli sedang duduk dalam satu bulatan atau
bentuk tapak kuda dan di tengahnya terdapat unggun api yang sedang
menyala.

54
Tujuan:
 Merupakan acara kemuncak (diadakan di tempat lapang, ada aktiviti
seperti nyanyian, lakonan, tarian dan sebagainya untuk menghibur)
 Mencungkil bakat ahli dari segi lakonan, nyayian dan lawak jenaka.
 Menghilangkan rasa bosan dan kepenatan semasa berkhemah.
 Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli BSMM.
 Melatih bertataterbib, taat dan menurut perintah.
 Melatih ahli supaya tidak malu dan segan tampil ke hadapan untuk
menunjukkan kebolehan dan bakat mereka.
 Bersukan ria sesama ahli setelah seharian berkerja, mengembara dan
kegiatan-kegiatan lain.
 Menerangi kawasan di waktu malam dan bagi menjauhkan dan
menakutkan binatang buas di waktu malam semasa berkhemah di
hutan atau bukit.

Persiapan Awal:
- Kayu api (termasuk minyak tanah)
- Lampu elektrik
- Makanan dan minuman
- Acara atau program yang hendak dilaksanakan
- Orang yang merasmikan majlis
- Para jemputan (ibu bapa, pengawai atau orang kenamaan, ahli persatuan
beruniform lain dan sebagainya.
- Tempat duduk, kawasan dan persediaan lain.

Prosedur Malam Kebudayaan:


Bil Prosedur
1. Perasmian (secara ringkas, siapa)
2. Selepas perasmian (beberapa lagu rancak/ beramai-ramai,
semua peserta terlibat)
3. Pertunjukan/ persembahan (selang seli, nyanyian beramai-
ramai, lakonan pendek/ sketsa, nyanyian berkumpulan, tarian,
permainan ringkas dan nyanyian-’round song’)
4. Selitkan dengan cerita pendek/ celoteh berunsurkan nasihat
5. Selepas setiap persembahan- Yell
6 Lagu pantun di pertengahan acara- ‘Rasa Sayang’

55
7. Acara yang baik- dikemudiankan
8. Penutup-Lagu’Negaraku’, dilakuakan tatkala acara sedang
berada dikemuncak- walaupun persembahan belum habis.

Contoh Aktiviti Malam Kebudayan:


Aktiviti Malam Manfaat
Kebudayaan
Nyanyian lagu patriotik - Membina keyakinan diri
lagu nasyid, solo, koir, - Mencungkil & mengembangkan
berduet, berkumpulan
Tarian kebudayaan (tarian - Mempunyai gerakan kreatif
Zapin, Inang, Sumazav…) - Keseragaman & kerjasama pasukan

Puisi - Pantun, sajak, syair


- Membawa isu semasa & memberi
pengajaran
Teater - Lakonan & mempamerkan kostum yang
kreatif
- Memberi mesej kpd penonton

Drama - Drama moden atau bangsawan


- Mempamerkan kehidupan yang reality &
khayalan

Dikir barat - Amalan budaya yang membawa isu semasa


- Tradisi Kelantan

Boria - Amalan budaya memberi pengajaran


- Tradisi orang utara

Persembahan lawan - Cth: Pisang goreng, goreng apa skrg,


kumpulan A & B gorang ayam skrg, ayam apa skrg…
- Siapa lambat kira salah
- Meningkatkan tindak balas

Hikayat -Hikayat Hang Tuah

Sketsa -Cerita jenaka

56
2.4 JALAN LASAK DAN PANDU ARAH

Tujuan
 Untuk melatih kecekapan pancaindera (tanda, symbol dan lain-lain)
 Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan.
 Untuk menikmati keindahan alam di hutan.
 Memberikan pengalaman baharu
 Mendisiplinkan diri untuk patuh kepada arahan
 Mewujudkan pengurusan aktivti pandu arah dengan lebih berkesan dan
mengikut prosedur yang ditetapkan.
 Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap.
 Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian
aktiviti.

2.4.1 JALAN LASAK


 Tinjauan kawasan dahulu sebelum aktiviti jalan lasak sama ada selamat
atau sesuai.
 Dapatkan kebenaran daripada pelbagai pihak seperti pesuruhjaya
BSMM, sekolah dan ibu bapa.
 Maklumkan juga kepada pihak hospital agar segala urusan kemalangan
dapat diutamakan.
 Peralatan seperti kotak first aids, persendirian, bulu log perlu disediakan.

Prosedur Jalan Lasak:


1. Pemeriksaan kesihatan peserta
2. Pengawasan pergerakan para peserta sentiasa dalam keadaan selamat
3. Taklimat jurulatih dan peserta
4. Semakan alatan dan logistic
5. Peralatan kecemasan
6. Pengagihan kumpulan atau kategori

Kompas
Kompas adalah digunakan untuk menetukan arah dan dijadikan panduan
asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutan.
Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang
tepat. Jenis jenis kompas adalah seperti Kompas Prismatik, kompas Bearing

57
Sudut, Kompas mata angin 16, Kompas Bidik , kompas Silva dan Kompas
Orienteering dan sebagainya.

Menggunakan kompas secara tepat:


 Bearing yang ditunjukkan oleh kompas terus ke sesuatu tanda
 Dalam keadaan ini bearing kompas hanya dijadikan panduan kasar.
 Memastikan pergerakan lebih kurang selari dengan arah bearing
 Apabila tiba di sasaran, pastikan bearing yang ditunjukkan oleh kompas
dipatuhi sepenuhnya.

Mengesan Tanda dan Simbol:


 Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting,
anak panah, lakaran atas pokok dan sebagainya.
 Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta.

2.5 KHIDMAT KESUKARELAWAN


Definisi
 ‘Kesukarelawan’ bermaksud sikap sekarela ataupun dengan kehendak
sendiri dan tidak paksa dari mana-mana pihak.
 Melaksanakan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau
dikerah dengan niat yang ikhlas dengan tidak mengharapkan apa-apa
pulangan atau balasan kepada diri sendiri.

a. Minggu Kerja
 Kerja / tugas yang diatur untuk seminggu

b. Bantuan Bencana
 Aktiviti membantu mangsa dalam kesusahan akibat bencana seperti
banjir, tsunami, tanah runtuh dan sebagainya.

c. Masyarakat Penyayang
 Mengadakan aktiviti derma darah atau penjagaan orang sakit di rumah
dan lain-lain.

58
d. Hari Peringatan
 Everywhere for everyone
8 May 2017 - World Red Cross & Red Cresent Day
Antara aktiviti yang diadakan:
 Donor Darah Sukarela
 Senam Pagi
 Stand Pameran Palang Merah

e. Alam Sekitar
 Tidak memusnahkan alam sekitar seperti tumbuhan yang bernyawa.

2.6 SIMPULAN DAN IKATAN


Simpulan/ Ikatan Fungsi

Simpul Manuk -Digunakan sebagai permulaan untuk


mengikat benda yang licin seperti
kayu, hujung pancang khemah, botol
dan sebagainya.

-Ia mudah diikat/disimpulkan dan


mudah ditanggalkan/dibuka.

-Boleh dijadikan sebagai ikatan sauh.

Simpul Buku Sila -Digunakan untuk mengikat kain


pembalut luka, menyambung tali yang
sama besar saiznya dan untuk
mematikan ikatan barang-barang.

-Kedua-dua punca atau hujung tali


tersebut senang dibuka semula.

59
Simpul Tindih Kasih -Untuk membuat ikatan yang pantas
dan tidak boleh menjerut
benda/binatang dan sebagainya.

-Sesuai digunakan untuk menyelamat,


mengikat leher binatang dan
sebagainya.

Simpul Bunga Geti -Untuk menyambungkan hujung dua


tali yang berlainan jenis/ berlainan
saiz.

Simpul Balak -Digunakan untuk mengangkat atau


menurunkan kayu, papan, atau
peralatan.

-Digunakan untuk mengikat hujung tali


pada tiang atau pokok dengan mudah,
untuk menarik balak/ kayu dan untuk
memulakan ikat serong.

60
Simpul Belit -Digunakan bagi mengikat tali pada
tiang, dan mengikat tali khemah pada
pasaknya.

Ikatan Seraya - Gunanya ialah bagi membuat


jambatan, menara dan sebagainya.
Mulakan dengan simpulan manuk
kemudian lilitkan ketat-ketat. Matikan
dengan simpulan manuk juga.

-Digunakan untuk mengikat dua


batang kayu/ buluh yang bersilang
untuk membina gajet. Contohnya, pintu
gerbang.

Ikatan Serong -Digunakan untuk membuat


jamabatan, menara dan sebagainya.
Mulakan dengan simpulan pengikat
balak pada tempat kayu bersilang.
Belitkan membujur kemudian
melintang dan matikan dengan
simpulan manuk.

- Digunakan untuk merapatkan dan


mengikat dua batang kayu/ buluh yang
bersilang seperti meja makan

61
Ikatan Lilit Kacang
-Digunakan untuk mengikat batang-
batang kayu/ buluh bagi membuat
lantai untuk sesuatu gajet/ binaan.
Dimulakan dengan menggunakan
simpul manuk dan diakhiri dengan
simpulan manuk juga. Contohnya,
(Lilit Kacang/ Ular)
meja makan.

-Digunakan untuk mengikat kayu/buluh


ketika membina gajet dengan lebih
kemas, ketat dan kuat. Dimulakan
dengan ikatan seraya kemudian
diselang-seli dan tarik tali dengan
kejap supaya ikatan kemas dan kuat.
Contohnya, lantai gajet.

(Lilit Kacang Dua Lilit)

2.7 ASAS KAWAD KAKI


Kawad kaki ialah perbarisan oleh anggota pasukan pasukan seragam,
terutamanya tentera, bomba dan polis yang melibatkan pergerakan kaki,
tangan dan badan serentak.

Objektif Kawad Kaki:


1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas
dan taat setia.
2. Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan
mengendalikan hal-hal berkaitan kawad kaki dan pengurusan perbarisan.
3. Membentuk sifat kepimpinan yang tinggi kepada pegawai di dalam
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
4. Menjadikan seorang pegawai/ jurulatih yang mempercayai diri dan
bertatatertib pada setiap masa.
5. Membentuk anggota supaya bekerjsama dalam satu kumpulan.

62
6. Membina semangat berpasukan, berdisiplin dalam membentuk jati diri
serta dapat membentuk sesebuah pasukan supaya sentiasa
bekerjasama dalam pasukan.
7. Melahirkan anggota pertahanan awam yang berkeyakinan dan sentiasa
mengamalkan budaya cemerlang dan berdisiplin.
8. Membina dan melahirkan anggota Bomba yang bersifat tegas sentiasa
bekerjasama dan kekuatan diri dari segi fizikal dan mental.

2.7.1 Bahasa Hukuman

No BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI BSMM

1. Baris / Skuad.

2 Baris. Sedia.

3 Ke Kanan. Lurus.

4 Pandang. Depan .

5 Buka Barisan. Gerak .

6 Tutup Barisan. Gerak.

7 Bergerak ke kanan Bertiga-tiga , Ke kanan Pusing.

8 Skuad akan menghadap ke Hadapan , Ke kiri Pusing.

9 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga , Ke kiri Pusing.

10 Bergerak ke kanan Bertiga tiga , ke belakang Pusing .

11 Bergerak ke kiri Bertiga tiga , ke belakang Pusing .

12 Skuad akan Menghadap ke Hadapan , Ke kanan Pusing.

13 Skuad akan Menghadap ke belakang , ke belakang Pusing.

14 Bergerak ke kanan bertiga-tiga , ke kanan pusing .

15 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kiri pusing.

63
16 Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri pusing .

17 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kanan pusing.

18 Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing.

19 langkah, ke kanan gerak .

20 langkah, ke kiri gerak .

21 langkah, ke hadapan gerak .

22 langkah, ke belakang gerak .

23 Dari kiri , cepat jalan .

24 Tukar langkah semasa berjalan tukar langkah. 3x

25 Tukar langkah, dengan langkah berlagak tukar langkah . 3x

26 Bergerak ke kanan/ kiri bertiga-tiga, ke belakang pusing.

Skuad akan menghadap ke hadapan/ belakang, ke belakang pusing.

27 Dari kiri/ kanan, kanan belok .

28 Dari kiri / kanan, kiri belok.

29 Bergerak ke kanan/ kiri bertiga-tiga, ke kanan/ kiri pusing.

30 Skuad akan menghadap ke hadapan/ belakang, ke kanan/ kiri pusing.

31 Hormat, ke hadapan hormat.

32 Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan hormat.

33 Hormat, ke kanan hormat.

34 Hormat, ke kiri hormat.

35 Tukar langkah perlahan, perlahan jalan .

64
36 Tukar langkah masa jalan perlahan, tukar langkah . 3x

37 Bergerak ke kanan/ kiri , ke belakang pusing.

Skuad akan menghadap ke hadapan/ belakang, ke belakang... pusing.

38 Dari kiri/ kanan, kanan belok.

39 Dari kiri/ kanan, kiri belok.

40 Bergerak ke kanan/ kiri ke kanan/ kiri pusing.

41 Skuad akan menghadap kehadapan/ belakang, ke kanan/ kiri pusing.

42 Tukar langkah cepat, cepat jalan .

43 Skuad henti .

44 Hentak kaki

45 Skuad henti .

46 Skuad akan mara menghadap, untuk diperhati semula dari tengah

Cepat jalan .(14-1-2)

47 Hormat, hormat ke hadapan hormat .(2-1-2-1)

Bil. Bahasa Hukuman Keterangan


1 Platun dibawa masuk oleh Ketua Platun
ke litar pertandingan di dalam 3 barisan,
berjalan dalam masa cepat jalan.
2 SKUAD .......HENTI Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa
amaran dan "henti", semasa beri tumit
kaki kiri mencecah bumi di hadapan kaki
kanan. ‘Check’ atas kaki kanan. Hentak
kaki kiri diikuti kaki kanan dan pada
masa yang sama kedua-dua tangan
dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia.
3 SKUAD AKAN - Berpusing 90° mengadap ke hadapan.

65
MENGHADAP KE - Dalam keadaan statik, pusing ke
HADAPAN, kanan 90° dan hentak kaki kiri di
KE KANAN……….PUSING sebelah kaki kanan di dalam kedudukan
sedia.
4 BUKA - Barisan hadapan ambil dua langkah ke
BARISAN .......GERAK hadapan, iaitu langkah kaki kiri ke
hadapan 24 inci dan kaki kanan 24 inci
juga kemudian angkat kaki kanan dan
hentak di sebelah kaki kiri dalam
kedudukan sedia. (kiri-kanan, 1-2 )

-Barisan belakang ambil dua langkah ke


belakang mulai kaki kiri diikuti kemudian
angkat kaki kanan dan hentak kaki
kanan di sebelah kaki kiri kepada
kedudukan sedia. Masa bergerak
bilang; (kiri-kanan, 1-2 )
5 KE KANAN.....LURUS - Angkat tangan kanan lurus ke sisi
serentak dengan muka dipalingkan ke
kanan (kiraan 1). Hentak kaki kiri dan
kanan dan menhhetap kaki sehingga
barisan lurus (1-2). Bilangan masa 1,12.

- Penanda kanan hendaklah diam.


Anggota di sebelah kiri barisan tengah
dan barisan belakang hendaklah
mengangkat tangan sekadar menyentuh
bahu anggota di kanannya. Setiap
barisan ini hendaklah berdiri
bersetentang dengan anggota-anggota
di hadapan. Sesudah barisan lurus,
semua diam dan tunggu hukuman
pandang depan.
PANDANG......DEPAN - Palingkan muka ke hadapan dan
turunkan tangan kanan ke sebelah
rusuk kanan serentak dengan dengan

66
muka dan pantas (kiraan 1).
6 BERGERAK KE KIRI, - Dengan menetapkan kedua-dua lutut
BERTIGA-TIGA……..KE lurus, hendaklah berpusing sebanyak
KIRI ....……PUSING 90° ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan
hujung kaki kanan dengan mengangkat
hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan.

- Apabila sampai ke hala yang baru


tapak kaki kiri terletak atas bumi
menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan
terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan
tegak seperti kedudukan sedia. Berat
badan di atas kaki kiri. Angkat kaki
kanan dan hentak di sebelah kaki kiri
dengan pantas kepada kedudukan
sedia.
7 BERGERAK KE KANAN, - Dengan menetapkan kedua-dua lutut
BERTIGA-TIGA.……….. lurus, hendaklah berpusing sebanyak
KE BELAKAG ......PUSING 90° ke belakang, di atas tumit kaki
kanan dan hujung kaki kiri mengikut
arah jam berpusing.

- Apabila sampai ke hala yang baru


tapak kaki kiri terletak atas bumi
menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri
terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan
tegak seperti kedudukan sedia.
Keberatan badan di atas kaki kanan.
Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah
kaki kanan dengan pantas kepada
kedudukan sedia.
8 SKUAD AKAN - Dengan menetapkan kedua-dua lutut
MENGHADAP KE lurus, hendaklah berpusing 90° ke
BELAKANG, KE kanan, di atas tumit kaki kanan dan
KANAN............ hujung kaki kiri dengan mengangkat
PUSING hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri.

67
Apabila sampai ke hala yang baru tapak
kaki kanan terletak atas bumi
menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri
terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan
tegak seperti kedudukan sedia.
Keberatan badan di atas kaki kanan.
Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah
kaki kanan dengan pantas kepada
kedudukan sedia.
9 SKUAD AKAN - Dengan menetapkan kedua-dua lutut
MENGHADAP KE lurus, hendaklah berpusing 180° ke
HADAPAN, KE belakang mengikut pusingan jam ( ikut
BELAKANG ....…..PUSING bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan
dan hujung kaki kiri dengan mengangkat
hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri.
Apabila sampai ke hala yang baru tapak
kaki kanan terletak atas bumi
menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri
terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan
tegak seperti kedudukan sedia.
Keberatan badan di atas kaki kanan.
Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah
kaki kanan dengan pantas kepada
kedudukan sedia
10 KE KANAN ..... LURUS - Kepala pusing ke kanan, serentak
tangan diangkat ke bahu kiri rakan.
Hentak kaki kiri kanan dan getak kasut
sambil membetulkan kedudukan.
11 BERGERAK KE KIRI, - Berpusing ke kiri 90° dan hentak kaki
BERTIGA-TIGA kanan ( kiraan 1-2-1 )
KE KIRI .......PUSING
12 DARI KANAN, CEPAT - Langkah ke hadapan sejauh 30 inci
JALAN dari tumit ke tumit mulai kaki kanan,
dengan memacakkan tumit ke bumi,
lutut lurus serta lenggangkan tangan
separas bahu, tangan kanan ke

68
belakang, jari genggam, ibu jari di
bahagian atas menghala ke hadapan,
kedua-dua lengan lurus. Masa berjalan
badan tegak, buka dada, serta pandang
ke hadapan 200 meter.

13 TUKAR LANGKAH - Hukuman ”Jalan” ketika kaki kiri jejak


PERLAHAN, ke bumi. ‘Check’ dengan kaki kanan,
PERLAHAN.........JALAN kemudian hentak kaki kiri di sebelah
kaki kanan. Dengan pantas hulur kaki
kanan ke hadapan dan terus melakukan
pergerakan perlahan jalan , tangan
dikunci di sisi badan.
14 HORMAT KE - Hukuman Hormat diberi ketika kaki kiri
KANAN ……… HORMAT jejak ke bumi.

- Check atas kaki kanan dan langkah


kaki kiri ke hadapan, pada masa yang
sama bawa tangan kanan ke kedudukan
hormat dan palingkan muka ke kanan
dengan pantas kecuali penanda kiri
berjalan seperti biasa.

- Langkah kaki kanan, kiri, kanan


(Turun tangan dan palingkan muka ke
hadapan). Langkah kaki kiri dan terus
berjalan dalam cepat masa.
15 HORMAT, KE Diberi serupa dengan hukuman
HADAPAN ........ HORMAT "berhenti ", skuad hendaklah berhenti,
hormat ke hadapan (tabik), turun tangan
kemudian hormat (tabik) sekali lagi,
turun tangan, pusing ke
belakang,hentak kaki kiri ke sisi kanan
berjalan dengan cepat jalan (semua
anggota mesti melakukan perbuatan di

69
atas termasuk penanda kanan).
16 TUKAR LANGKAH MASA - Hukuman ” tukar” diberi semasa kaki
BERJALAN, kiri jejak tanah.
TUKAR.....LANGKAH - Hukuman ”langkah” di beri atas kaki
(3 KALI) MAJU kanan
- Hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan,
- Hentak kaki kanan disebelah kaki kiri
- Langkah kaki kiri ke hadapan maju dan
terus cepat jalan.
17 HORMAT SELAKU - Diberi serupa dengan hukuman "
TERIMA SIJIL, berhenti", skuad hendaklah berhenti,
KE HADAPAN......HORMAT hormat ke hadapan, turun tangan satu
langkah kaki kiri ke hadapan dan hentak
kaki kanan di sebelah kaki kanan seperti
kedudukan sedia.

- Hulurkan kedua-dua tangan dalam


keadaan siku lurus.

- Tangan kanan atas tangan kiri, tidak


ditepuk dan tarik ke dua-dua belah
tangan ke sisi, kemudian langkah kaki
kiri ke belakang hentak kaki kanan di
sebelah kaki kiri, hormat sekali lagi ,
turun tangan, pusing ke belakang
mengikut arah pergerakan jam, berjalan
dengan cepat jalan.
18 SKUAD AKAN - Hukuman “pusing” diberi semasa kaki
MENGHADAP KE kanan jejak ke tanah. Check kaki kiri
BELAKANG, dan angkat kaki kanan (berpusing ke
KE KIRI ....... PUSING arah lawan) jam 90° hentak di sebelah
kaki kiri. Dalam masa yang sama
halakan kaki kiri ke sebelah kiri dan
terus berjalan.
19 SKUAD AKAN - Pusing ke belakang dan menghadap
MENGHADAP KE ke hadapan 180° dan bergerak ke

70
HADAPAN, tengah Padang kawad
KE BELAKANG .....………
PUSING
20 HENTAK........KAKI CEPAT - Hukuman diberi semasa kaki kiri jejak
ke bumi, ’check’kaki kanan dan mula
hentak kaki dengan kaki kiri.

21 SKUAD.........HENTI -Hukuman diberi semasa kaki kanan


jejak ke bumi.
- Hentak kaki kiri dan kanan.
- Terus berhenti
SKUAD AKAN MARA - Sebelum memberi hukuman Ketua
MENGHADAP, DARI platun akan bergerak ke hadapan platun
TENGAH, CEPAT JALAN dan berpusing mengadap pentas tabik
hormat.

2.7.2 Kawad Statik dan Dinamik

Kawad Statik
Kawad asas yang belum melibatkan sebarang pergerakan berjalan.

Kata perintah seperti berikut:


Arahan Bahasa Hukum
1. Sedia “Skuad…Sedia.”
2. Senang diri “Skuad…Senang diri.”
3. Begerak ke kiri “Bergerak ke kiri, kiri…pusing.”
4. Begerak ke kanan “Begerak ke kanan, belakang…pusing.”
5. Menghadap ke belakang “Menghadap ke belakang, kanan pusing.”
6. Menghadap ke hadapan “Menghadap ke hadapan, ke belakang
pusing.”
7. Keluar baris “Skuad…Keluar baris.”

71
Kawad Dinamik
Kawad ini melibatkan pergerakan berjalan.

Kata perintah seperti berikut:


Arahan Bahasa Hukuman
1. Sedia Skuad/ Baris/ Kontijen…Sedia
2. Senang diri Skuad/ Baris/ Kontijen…Senang diri
3. Gerakkan skuad ke Bergerak ke kanan bertiga-tiga/ berturut-
kanan turut…Ke kanan…Pusing
4. Gerakkan skuad ke Bergerak ke kiri bertiga-tiga/ berturut-turut…Ke
kiri kiri…Pusing
5. Berjalan Dari kiri @ kanan…Cepat jalan
6. Berhenti semasa Skuad/ Baris/ Kontijen…Henti
cepat jalan
7. Menghadap ke Skuad/ Baris/ Kontijen…Akan menghadap ke
hadapan hadapan…Ke belakang…Pusing
8. Menghadap ke Skuad/ Baris/ Kontijen…Akan menghadap ke
belakang belakang…Ke belakang…Pusing
9. Ke belakang pusing Bergerak ke kanan @ kiri bertiga-tiga…Ke
(cepat jalan) belakang…Pusing (atas kaki kanan).Ke kanan
@ kiri hendaklah lihat tangan anggota yang
menghadapi ke hadapan.
10. Hormat Hormat…Hormat ke hadapan…Hormat (atas
kaki kiri)
11. Terima gaji Hormat selaku terima gaji…Hormat ke
hadapan…Hormat (atas kaki kiri)
12. Ke kanan @ kiri Hormat…Hormat ke kanan/kiri…Hormat (atas
hormat kaki kiri)
13. Pandang kanan @ Pandang…Kanan/ kiri (atas kaki kiri)
kiri
14. Pandang hadapan Pandang hadapan (atas kaki kiri)
15. Tukar langkah Tukar langkah semasa berjalan…Tukar langkah
(atas kaki kiri berturut dengan kaki kanan)
16. Cepat jalan ke Tukar langkah perlahan…Perlahan…Jalan
perlahan jalan (atas kaki kanan)

72
17. Ke belakang pusing Bergerak ke kanan @ kiri bertiga-tiga…Ke
(perlahan jalan) belakang…Pusing (atas kaki kanan).Ke kanan
@ kiri hendaklah lihat tangan anggota yang
menghadap ke hadapan
Berhenti semasa berjalan perlahan
Skuad/Baris…Henti(atas kaki kanan)
18. Perlahan jalan ke Tukar langkah cepat…Cepat jalan…(Kaki kiri
cepat jalan berturut dengan kaki kanan)
19. Hentak kaki semasa Hentak…Kaki (atas kaki kanan)
cepat jalan
20. Maju selepas hentak Maju…(atas kaki kanan)
kaki
21. Menghadap ke Skuad/ Baris…Akan menghadap ke
belakang semasa belakang…Ke kanan @ kiri pusing (kaki yang
cepat mengikut arah)
22. Tukar langkah Tukar langkah semasa hentak kaki…Tukar
semasa hentak kaki langkah (mana-mana kaki berturut-turut)
23. Sekiranya skuad Skuad/ Baris…Akan bergerak ke kanan/kiri,ke
anda menghadap ke kanan/kiri…Pusing
belakang (semasa
berhenti)

2.7.3 Kawad Formasi


Kawad yang melibatkan pergerakan dan formasi.
Kata perintah seperti berikut:
“Skuad…formasi”

Arahan Bahasa Hukuman


1. Sedia Skuad/ Baris/ Kontijen…Sedia
2. Senang diri Skuad/Baris/Kontijen…Senang diri
3. Gerakkan skuad ke Bergerak ke kanan bertiga-tiga/ berturut-
kanan turut…Ke kanan…Pusing
4. Gerakkan skuad ke kiri Bergerak ke kiri bertiga-tiga/berturut-turut…Ke
kiri…Pusing
5. Berjalan Dari kiri @ kanan…Cepat jalan

73
6. Berhenti semasa cepat Skuad/ Baris/ Kontijen…Henti
jalan
7. Menghadap ke Skuad/ Baris/ Kontijen…Akan menghadap ke
hadapan hadapan…Ke belakang…Pusing
8. Menghadap ke Skuad/ Baris/ Kontijen…Akan menghadap ke
belakang belakang…Ke belakang…Pusing
9. Ke belakang pusing Bergerak ke kanan @ kiri bertiga-tiga…Ke
(cepat jalan) belakang…Pusing (atas kaki kanan). Ke kanan
@ kiri hendaklah lihat tangan anggota yang
menghadapi ke hadapan.
10. Hormat Hormat…Hormat ke hadapan…Hormat (atas
kaki kiri)
11. Terima gaji Hormat selaku terima gaji…Hormat ke
hadapan…Hormat (atas kaki kiri)
12. Ke kanan @ kiri hormat Hormat…Hormat ke kanan/kiri…Hormat (atas
kaki kiri)
13. Pandang kanan @ kiri Pandang…Kanan/ kiri (atas kaki kiri)
14. Pandang hadapan Pandang hadapan (atas kaki kiri)
15. Tukar langkah Tukar langkah semasa berjalan…Tukar
langkah (atas kaki kiri berturut dengan kaki
kanan)
16. Cepat jalan ke Tukar langkah perlahan…Perlahan…Jalan
perlahan jalan (atas kaki kanan)
17. Ke belakang pusing Bergerak ke kanan @ kiri bertiga-tiga…Ke
(perlahan jalan) belakang…Pusing (atas kaki kanan). Ke kanan
@ kiri hendaklah lihat tangan anggota yang
menghadap ke hadapan
18. Berhenti semasa Skuad/Baris…Henti (atas kaki kanan)
berjalan perlahan
19. Perlahan jalan ke cepat Tukar langkah cepat…Cepat jalan…(Kaki kiri
jalan berturut dengan kaki kanan)
20. Hentak kaki semasa Hentak…Kaki (atas kaki kanan)
cepat jalan
21. Maju selepas hentak Maju…(atas kaki kanan)
kaki
22. Menghadap ke Skuad/ Baris…Akan menghadap ke

74
belakang semasa belakang…Ke kanan @ kiri pusing (kaki yang
cepat mengikut arah)
23. Tukar langkah semasa Tukar langkah semasa hentak kaki…Tukar
hentak kaki langkah (mana-mana kaki berturut-turut)
24. Sekiranya skuad anda Skuad/ Baris…Akan bergerak ke kanan/ kiri,ke
menghadap ke kanan/ kiri…Pusing
belakang (semasa
berhenti)

2.8 ASAS PERTOLONGAN CEMAS


Definisi:
Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum
tibanya bantuan perubatan.
Variasi nama:
• First Aid
• Bantu Mula
• Pertolongan Cemas

Objektif:
• Menyelamat nyawa
• Mengelak mangsa cedera lebih serius
• Mengurangkan kesakitan
• Menguruskan pemindahan ke hospital

PETI PERTOLONGAN CEMAS


Pertolongan Cemas (PC) ialah bantuan atau rawatan pertama yang diberikan
kepada mangsa kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh
penyakit dengan tiba-tiba. Pemberi dan penerima PC haruslah ingat bahawa
PC lebih merupakan rawatan sementara sahaja sebelum rawatan sewajarnya
daripada doktor atau ahli perubatan diperolehi.

Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-


ubatan serta peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti
ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-
kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jenis dan kegunaannya dan

75
kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali. Setiap rumah perlu ada
peti pertolongan cemas. Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah,
kilang, hotel dan kawasan rekreasi. Ia juga patut disediakan di dalam
kenderaan terutama sekali pengangkutan awam seperti bas, teksi, kapal
terbang dan sebagainya. Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah:

1. Dresing steril - beberapa saiz.


2. Plaster - beberapa saiz.
3. Bendej tiga segi ( kain anduh )
4. Pembalut kain kasa ( bendej penggulung )
5. Larutan Flavin ( Iodin)
6. Larutan atau krim antiseptik
7. Gunting kecil.

ISI ‘KOTAK FIRST AID’

Termometer Kain Pembalut Luka Elastoplast


Mangkuk Enamel Kain Tekap Ubat Luka
Ubat Cium Kapas Papan Tuap
Asprin Gunting Kain Segitiga
Panadol Kain Kapas Ubat Cuci Mata
Ubat Melepuh Pin Semat Pembalut Berelastik
Adesif Lekat Sendiri Pembalut Terbuka Pembalut Pembebat

76
2.8.1 TUJUAN DAN PRINSIP
1. Menyelamatkan nyawa sebelum rawatan perubatan tiba.
2. Mencegah mangsa daripada menjadi semakin teruk.
3. Memberi kelegaan dan keselesaan.
4. Membantu mangsa supaya pulih, jika boleh.
5. Memastikan tiada lagi bahaya atau bahaya selanjutnya kepada mangsa
dan orang lain.

2.8.2 ANDUH DAN BALUTAN


Kain Anduh:
 Mengampu bahagian yang cedera atau parah.
 Menghentikan atau menahan pendarahan.
 Menetapkan bahagian yang cedera.
 Menutup tempat yang luka atau cedera.
 Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.

PEMBEBATAN & PEMBALUT:


• Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan.
• Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan.

JENIS KAIN PEMBALUT:


• Pembalut Tiga Segi
• Pembalut Lebar
• Pembalut Kecil
• Pembalut Gulung

Pembalut Tiga Segi Lipatan Tiga Segi

77
Jenis Anduh/Balutan Keterangan
Menyokong lengan, pergelangan tangan
Anduh Lengan yang cedera (patah/ terkehel)
-Bucu atas kain anduh hendaklah
diletakkan pada siku lengan yang
cedera.
-Kemudian ikatan buku sila diikat pada
atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan
pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
ke bahagian dalam untuk lebih kemas.

Anduh di kepala digunakan untuk


Anduh Kepala menutup luka di bahagian kepala.
-Lipatan sedikit kain anduh dan
letakkannya pada atas dahi mangsa dan
biarkan bucu atas kain anduh berada di
belakang kepala.
-Pegang kedua-dua hujung kain anduh
dan silang ke belakang kepala
kemudian dibawa ke dahi dan diikat
buku sila.
-Lipat kain lebihan di belakang untuk
lebih kemas.

-Letakkan tapak tangan yang tercedera


Anduh Pergelangan/ Tangan/ Kaki di atas kain anduh, kemudian tarik dan
letakkan bucu atas kain anduh di atas
tangan.
Silangkan kedua-dua bucu hujung kain
anduh di atas dan bawah.
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat
pada atas pergelangan tangan seperti
yang ditunjukkan di gambar rajah di
bawah.

78
-Lipat sedikit kain dan letakkan di atas
Anduh Lutut lutut yang tercedera.
-Tarik kedua-dua hujung kain anduh
melintasi bawah lutut kemudian ikatkan
buku sila pada atas bahagian lutut.
-Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas
kain anduh untuk lebih kemas.

- Semua balutan menggunakan ikatan


Balutan luka dada buku sila

Luka di bahagian depan

Luka di bahagian belakang

Balutan luka bahu

79
Balutan luka peha

Balutan luka siku

Balutan luka lutut

Balutan luka lengan

Balutan luka jari

80
2.8.3 MERAWAT LUKA DAN GIGITAN
JENIS-JENIS LUKA:
1. Luka Terhiris

2. Luka Terkoyak

3. Luka Tertikam / Tembus

4. Luka Lebam

81
5. Luka Kena Tembak

6. Luka Kecil

7. Luka di Perut

8. Luka di Dada

82
9. Pendarahan bahagian dalam Telinga

Gigitan:
Patukan Ular
SIMPTOM / TANDA AWAL
1) Sepasang lubang bekas patukkan.
2) Terasa sakit yang amat pada tempat yang kena patuk.
3) Bengkak dan merah di sekeliling patukkan.
4) Pernafasan yang tercungap-cungap
5) Kemungkinan terhenti pernafasan.
6) Berpeluh dan penglihatan berpinar-pinar

BAHAYA
 Patukan ular berbisa bergantung kepada spesis, amaun racun,
kedudukan dan kedalaman patukkan.
 Boleh membawa kepada maut.
 Mangsa rasa terkejut dan cemas.

83
2.8.4 MELECUR, PITAM DAN PATAH
Sebab Simpton Cara merawat
Melecur terkena: -Kulit melecur dan -Baringkan mangsa
 Air panas kemerahan di tempat teduh,
 Minyak panas -Bahagian terbakar sejuk dan selesa.
 Wap panas mengelembung -Tanggalkan
dan bengkak pakaian dan
dengan cepat perhiasan pada
-sakit anggota tercedera
seperti kasut,
cincin, jam tangan
dan lain-lain.
-Jika serius
elakkan beri
minuman dan
makanan.
-Hantar ke hospital
jika perlu.
Pitam Kekurangan bekalan -Muka pucat -Baringkan di
darah ke otak untuk -Berpeluh sejuk tempat teduh dan
seketika waktu. -Denyutan nadi berudara bersih.
Sebab: cepat tetapi lemah -Longgarkan
-Berdiri tegak terlalu lama -Rasa loya pakaian yang ketat
dalam cuaca panas -Pening -Tinggikan
-Terlalu letih, kelaparan -Pandangan kabur bahagian kaki
-Tindak balas saraf -Tenangkan dan
terhadap kesakitan beri keselesaan
-Persekitaran yang sesak -Galakkan tarik
-Emosi nafas
-Rawat semua
kecederaan

Patah -kecederaan tulang -Lebam dan - Blanket Lift


meliputi patah atau retak bengkak
-Kemungkinan -Anggota tidak
kecederaan berlaku dapat digerakkan

84
disebabkan pukulan -Terluka atau
secara langsung atau berubah bentuk
tidak langsung, terjatuh -Tajam/ berbonjol
dari bangunan yang pada kulit
tinggi, tarikan otot -Sakit
anggota yang tertindih,
tembakan atau
perlanggaran dan
sebagainya.

2.8.5 KERACUNAN DAN TERSELIUH


Keracunan
Racun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair, pepejal, debu atau
gas yang bila mana ianya diambil atau masuk ke dalam tubuh badan melebihi
dari sukatan yang sepatutnya, maka ia akan menjejaskan kesihatan badan.

Cara racun
masuk ke
dalam tubuh Keterangan Tanda/ Gejala Rawatan
badan
Sistem Secara memakan -Sakit perut  Tenangkan
pemakanan atau meminum -Loya dan muntah- mangsa
bahan-bahan yang muntah  Longgarkan
berbentuk pepejal -Gelisah dan pucat pakaian yang
atau cecair. -Berlaku cirit-birit ketat
Contohnya terminum -Mangsa mengadu  Cuba keluarkan
racun, ubat-ubatan, dahaga bahan yang
makanan tercemar -Terdapat tanda beracun dengan
dan sebagainya. melecur atau memberi air
terbakar di bibir yang dicampur
dan mulut mangsa garam sebanyak
bagi racun jenis mungkin, atau
yang membakar. mengeletek
-Terdapat bau bahagian leher

85
racun apabila atau kerongkong
mangsa bernafas mangsa.
atau bercakap.
Sistem Melalui sedutan gas -Mangsa mengadu  Bawa mangsa
pernafasan atau bahan debu pening ke tempat yang
yang terampai di - Lemah dan tidak berudara.
udara. Contohnya, bertenaga  Tenangkan
gas karbon dioksida, - Loya dan muntah- mangsa dan
karbon monoksida, muntah longgarkan
kotoran, debu-debu -Mangsa mengadu pakaian yang
racun serangga dan sukar atau sesak ketat.
lain-lain. nafas  Sekiranya
-Muka mangsa mangsa
dalam keadaan pengsan, baring
pucat dan mangsa mangsa dalam
dalam keadaan baringan
gelisah. separuh
- Pergerakan nadi meniarap.
pantas dan lemah Periksa gerak
nadi dan
pernafasan. Beri
bantuan CPR
segera
sekiranya
pernafasan atau
gerak nadi
mengsa
berhenti.
 Dapatkan
bantuan
perubatan
dengan segera.
Melalui suntikan Ia berbentuk cecair -Mangsa mengadu  Tenangkan
urat darah atau secara biasanya. pening dan lemah mangsa dan
otot serta gigitan Contohnya, -Loya dan muntah- letakkan mangsa
menyuntik ubat muntah dalam keadaan

86
melalui otot atau urat -Gelisah dan badan selesa.
darah, menyuntik menjadi sejuk.  Dapatkan butir-
dadah, senggatan -Mangsa butir keracunan
binatang bisa dan mengalami dari mangsa.
patukan atau gigitan kesukaran bernafas  Berikan rawatan
ular berbisa. -Gerak nadi CPR jika
menjadi cepat dan mangsa dalam
lemah keadaan terhenti
-Mangsa pernafasan atau
berkeadaan pucat pergerakan
dan keletihan nadinya.
-Terdapat tanda-  Dapatkan
tanda suntikan atau rawatan
gigitan di badan perubatan
-Terdapat tanda dengan segera.
bengkak pada
tempat sengatan
atau gigitan
Serapan kulit Sesetengah bahan -Pening dan badan  Tenangkan
cecair seperti racun menjadi lemah mangsa
rumpai atau -Loya dan muntah  Cuci tempat
serangga yang -Terdapat tanda terkena racun
terkena kulit akan kegatalan atau dengan air yang
menyerapkan ke bintik-bintik merah banyak.
dalam sistem badan. di tempat yang  Letakkan
Contohnya, racun terkena racun. mangsa dalam
malation dan -Badan menjadi keadaan yang
paraquat. sejuk selesa.
-Sesak nafas dan  Dapatkan
nadi berdenyut bantuan
cepat. perubatan.

87
Terseliuh:
 Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat
menyebabkan lihamen tertarik atau koyak.
 Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.

Tanda/ Gejala Rawatan


- Sakit bahagian yang tercedera. - R. I. C. E
- Bengkak dan lebam pada bahagian 1. R (Rest): Rehatkan kawasan yang
persendian. cedera.
- Sakit apabila menggerakkan 2. I (Ice): Letakkan ais yang telah
bahagian cedera tetapi masih dapat dibungkus di dalam kain ke tempat
menggerakkan anggota tersebut. cedera.
3. C (Compression): Balut tempat yang
cedera.
4. E (Elevation): Tinggikan tempat cedera
dari paras jantung.
5. Hantar ke hospital.

2.8.6 PEMULIHAN PERNAFASAN


Pemulihan pernafasan juga dikenali sebagai Cardio Pulmonary Resuscitation
(CPR). Ia merupakan satu teknik yang boleh menyelamatkan nyawa tanpa
menggunakan alatan yang canggih dan kepakaran yang boleh didapati di
hospital. Pemulihan pernafasan akan dijalankan apabila berlakunya keadaan
susah hendak bernafas atau terhenti pernafasan. Tujuan CPR diberi adalah
untuk menyelamatkan nyawa hingga mangsa selamat tiba di hospital untuk
rawatan lanjut. CPR boleh dilakukan apabila mangsa tidak sedarkan diri,
tidak bernafas dan tiada denyutan nadi pada karotid mangsa.

Teknik-teknik CPR:
Melalui 3 cara:
1. Resusitasi secara hembusan (mulut ke mulut)
2. Resusitasi secara tekanan (kardio-pulmonari)
3. Holger Nielson

88
DRCAB
Maksud Penerangan
a) Danger - Pastikan kawasan sekitar adalah selamat bagi
mangsa & anda untuk melakukan CPR. Jika
tidak, ahlikan magsa ke tempat yang selamat.
b) Respond - Periksa tahap kesedaran mangsa. Tepuk
bahu mangsa & tanya ‘are you ok?’
- Jika ada 2 orang di situ, seorang panggil
ambulans serta membawa AED (automatic
external defibrillator), sementara seorang lagi
mulakan CPR.
c) Circulation - Letak mangsa dalam keadaan lurus.
- Pulihkan peredaran darah dengan tekanan
pada dada mangsa. Pastikan kedua-dua
tangan tegak & bahu anda sepalsi dengan
tangan anda.
- Gunakan berat bahagian atas tubuh anda &
tekan ke bawah pada dada mangsa sedalam
sekurang-kurangnya 2 inci (5 cm). Tekanan
yang diberikan adalah lebih kurang 100 kali
seminit.
d) Airway - Buka rangga mulut mangsa ruang pernafasan
mangsa. Gunakan kaedah ‘head tilt chin lift’.
Pastikan tiada benda asing yang menyekat
saluran pernafaasan mangsa.
e) Breath - Berikan 2 hembusan (bukan tiupan) yng
dalam. Hembusan anda berjaya jika dada
mangsa menaik selepas hembusan dibeikan.

89
3.0 LAPORAN MINGGUAN

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN BSMM KALI 1/ 2021

TARIKH : 22 JUN 2021


MASA : 8.00 am – 12.00 pm
PLATFORM : Google Meet
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING:
1. EN. SARUDIN BIN MD. AMIN, AAP
2. EN. CHEW CHEE HORNG
3. PN. RAFIDAH BINTI WAHAB

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN :


Aktiviti unit beruniform dijalankan pada pukul 8 pagi selepas menanda kehadiran di
Google Classroom. Encik Sarudin dan Encik Chew telah mengadakan perjumpaan
ahli-ahli BSMM yang terdiri daripada pelbagai unit. Ringkasan maklumat kursus telah
dijelaskan oleh encik Sarudin kepada kami dengan jelas dan juga memberikan
bahan rujukan tentang BSMM. Kami juga dapat mengetahui dan memahami tentang
perlembagaan, penubuhan dan lagu BSMM daripada penyampaian encik Sarudin.
Selepas itu, kami diberikan tugasan tutorial mengenai perkara-perkara penting dan
prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan BSMM. Pn Rafidah, iaitu
pensyarah kursus MPU3062 unit saya, iaitu PAKK2 juga menyertakan ringkasan
maklumat kursus pada Google Classroom. Beliau juga menyediakan tugasan tutorial
kepada kami untuk dibentangkan pada minggu seterusnya.

Disediakan oleh,
_______Sophia_______

(SOPHIA CHIU MEE TING),


Ahli BSMM IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

90
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN BSMM KALI 2/ 2021

TARIKH : 29 JUN 2021


MASA : 8.00 am – 12.00 pm
PLATFORM : Google Classroom/ Google Meet
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING:
1. PN. RAFIDAH BINTI WAHAB

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN :


Pada pukul 8 pagi, kuliah dimulakan selepas menanda kehadiran. Puan Rafidah
telah memberikan taklimat kecil kepada kami. Seterusnya, kami pun bermula untuk
membentangkan hasil tugasan tutorial kami mengenai kraf perkhemahan, ikhtiar
hidup, kebudayaan, jalan lasak dan pandu arah. Selain itu, puan Rafidah juga
memberikan penjelasan yang lebih lanjut kepada kami mengenai tajuk tugasan yang
telah kami bentangkan. Selepas itu, beliau juga memberikan quiz kepada kami untuk
dibuat dan juga memberikan nota-nota seperti kraf perkhemahan, malam
kebudayaan dan lagu perkhemahan pada tapak Google Classroom selepas tamat
kuliah.

Disediakan oleh,
_______Sophia_______

(SOPHIA CHIU MEE TING),


Ahli BSMM IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

91
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN BSMM KALI 3/ 2021

TARIKH : 6 JULAI 2021


MASA : 8.00 am – 12.00 pm
PLATFORM : Google Classroom/ Google Meet
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING:
1. PN. RAFIDAH BINTI WAHAB

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN :


Selepas menanda kehadiran, kami telah menghadiri di Google Meet untuk berkuliah
pada pukul 8 pagi. Puan Rafidah memberikan peluang kami untuk membacakan ikrar
atau persetiaan badan unit beruniform masing-masing. Seterusnya, kami bermula
untuk membentangkan bahan pembentangan yang telah kami sediakan secara
berkumpulan tentang khidmat kesukarelawan, simpulan dan ikatan serta asas kawad
kaki. Selain itu, puan Rafidah memberikan penjelasan yang lebih lanjut kepada kami
mengenai bahan yang telah kami bentangkan dan memberikan kami menonton video
ikatan dan simpulan, kawad statik dan nota-nota lain disertakan di Google Classroom
untuk dirujuk oleh kami.

Disediakan oleh,
_______Sophia_______

(SOPHIA CHIU MEE TING),


Ahli BSMM IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

92
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN BSMM KALI 4/ 2021

TARIKH : 13 JULAI 2021


MASA : 8.00 am – 12.00 pm
PLATFORM : Google Classroom/ Google Meet
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING:
1. PN. RAFIDAH BINTI WAHAB

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN :


Kami telah menghadiri di Google Meet untuk berkuliah pada pukul 8 pagi selepas
menanda kehadiran. Puan Rafidah telah memberikan peluang kepada kami untuk
membacakan ikrar atau persetiaan dan menyanyikan lagu rasmi masing-masing.
Seterusnya, kami bermula untuk membentangkan hasil kerja yang telah kami
sediakan secara berkumpulan yang berkaitan tajuk asas pertolongan cemas,
rawatan luka dan gigitan, melecur pitam dan patah, keracunan dan terseliuh serta
pengurusan dan persiapan untuk perkhemahan. Selain itu, beliau juga memberikan
penjelasan yang lebih lanjut kepada kami mengenai slaid yang telah kami
bentangkan dan memberikan kami nota-nota lain disertakan di Google Classroom
untuk dirujuk oleh kami selepas kuliah.

Disediakan oleh,
_______Sophia_______

(SOPHIA CHIU MEE TING),


Ahli BSMM IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

93
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN BSMM KALI 5/ 2021

TARIKH : 20 JULAI 2021


MASA : 8.00 am – 12.00 pm
PLATFORM : Google Classroom/ Google Meet
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING:
1. PN. RAFIDAH BINTI WAHAB

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN :


Kami telah menghadiri di Google Meet untuk berkuliah pada pukul 8 pagi selepas
menanda kehadiran. Puan Rafidah telah memberikan peluang kepada kami untuk
membacakan ikrar atau menyanyikan lagu rasmi masing-masing. Seterusnya, kami
membentangkan hasil kerja yang telah kami sediakan minggu lepas secara
berkumpulan yang berkaitan tajuk jenis perkhemahan, perancangan dan persiapan
awal, pemilihan tempatan dan aspek keselamatan, kemudahan asas dan
pemeriksaan, surat menyurat dan kuarter master, laporan serta refleksi. Penjelasan
telah diberikan oleh puan Rafidah dengan jelas dan lanjut kepada kami mengenai
slaid yang telah kami bentangkan.

Disediakan oleh,
_______Sophia_______

(SOPHIA CHIU MEE TING),


Ahli BSMM IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

94
RUJUKAN

Ab Alim Abdul Rahim. (2004). Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Ploneering.


Kuala Lumpur: Fajar Sakti Sdn. Bhd.

Ab Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan ejak Kerja Kokurikulum. Kuala Lumpur:
Fajar Sdn. Bhd.

Consalvo, C. (2012). Experiential Training Activities for Outside and In. New York:
Amherst: Mass Publishing.

Institut Pendidikan Gunu Kampus Perempuan Melayu Melaka. 2020). Modul


Pembelajaran MPUD 2091 Kokurikulum Unit Beruniform: Buku 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Dicapai pada 5 September 2021,
diperoleh daripada: https /anyflip.com/ dvogr/vhjv/

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka (2020) Modul


Pembelajaran MPUD 2091 Kokurikulum Unit Beruniform: Buku 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Dicapai pada 6 September 2021,
diperoleh daripada https //anyflip.com/dvogr/vhjv/

lqa Syafiqah (2017) Bab 1: Fengenalan Bulan Sabit Merah Universiti Kebangsaan
Malaysia Dicapai pada 7 September 2021 diperoleh daripada https./www
slideshare.net/nururlsyafiqah/bab-1-pengenalan bulan-sabit-merah

Isa Abdul Rahman. (1989). Pertolongan Cemas: Prinsip don Amalan. Kuala Lumpur:
Crescent News Sdn. Bhd.

Kim Duffek. (2008). Creating Outdoor Classrooms: Schoolyard Hobitats and


Gardens for theSouthwest. Texas: Univer sity of Texas Press.

Martin, B. (2006). Outdoor Leadershi: Theory and Practice. Champaign.IL: Human


Kinetics. Persatuan Orienteering Malaysia. (2010). Teknik Asas Orienteering.
Kuala Lumpur: Budiman Publishing.

Mohd Yunan Awang Ngah (2018). Koleksi Borang Dicapei pede 7 September 2021,
diperoleh daripada https://bsmmterenaganu.wordpress.com/ koleksi-borang.

95
Mohd Yunan Awang Ngah. (2016). Pakaian Seragam. Dicapai pada 7 September
2021, diperoleh daripada hitos /bsmmterengganu wordpress.com/ pakaian-
seragam/

Persatuan Pengakap Malaysia. (2009) Buku Panduan dan Skim Latihan Pengakap
Kelana. Kuala Lumpur Persekutuan Pengakap Malaysia.

Siaw Ong. (2017). Pengurusan dan FPentadoran BSMM Dicapa pada 6 September
2021, diperoleh daripada https //www.slideshare.net/petersiaw/ pengurusan-
dan-pentadbiran-pbsm-75302522

Thammarai Murugan (2019). Bulan Sabit Merah Malaysia (MPU 3062). Dicapai pada
5 September 2021, diperoleh darpada https
//thammaraibsmm.blogspot.com/2019/09/bulan-sabit-merah-maiaysa mpu-
3052.html.

Vaientinahi (2019). Buku Log BSMM Dicapai pada 7 September 2021, diperoleh
daripada https//www. Slideshare.net/Valentinah/buku-log-bs mm

96

You might also like