Modul Asas - 1 - Pengenalan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 34

PENGENALAN

PENGENALAN
SEJARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menyatakan rasa cinta kepada Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Menunjukkan semangat kebanggaan
kepada pasukan
Mengenal pasti kepentingan JBPM
kepada negara
SEJARAH JABATAN BOMBA
DAN PENYELAMAT MALAYSIA
SEJARAH JABATAN BOMBA
DAN PENYELAMAT MALAYSIA
SEJARAH JABATAN BOMBA
DAN PENYELAMAT MALAYSIA
1883
Pasukan bomba sukarela pertama di Malaya
dan Selangor disertai seramai 15 orang
diketuai oleh H.F. Bellamy

1883
Pasukan bomba sukarela pertama di Kuala
Lumpur seramai 13 orang diketuai oleh H.F.
Bellamy
1898
Pasukan bomba sukarela di Pulau Pinang yang
ditubuhkan oleh syarikat Hutternberg & Co. Ltd.

1927
Pasukan bomba pertama di negeri Perak

1930
Pasukan bomba pertama di Melaka, Kelantan
dan Negeri Sembilan
1947
Pasukan bomba pertama di Terengganu

1952
Jemaah Pemeriksa Perkhidmatan Bomba
ditubuhkan di bawah Kementerian Kerajaan
Tempatan dan Alam Sekitar
1956
Anak Persekutuan Tanah Melayu yang pertama
En. Othman bin Hj Abdul Manan dilantik sebagai
Ketua Jemaah Pemeriksa Perkhidmatan Bomba

1969
Kementerian Tempatan dan Perumahanan
mencadangkan disatukan dengan sistem
perlindungan kebakaran
1976
Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia
telah ditubuhkan oleh kerajaan

1977
Jabatan Bomba dan Perbandaran Kuala
Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka menyertai
Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia.
Seterusnya diikuti oleh Jabatan Bomba Negeri
Sabah dan Sarawak
8 Januari 1997
Jemaah Menteri telah bersetuju dengan
perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba
Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia.

21 Febuari 1997
Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya
mengumumkan nama dan melancarkan
pertukaran nama, logo dan bendera di Genting
Highlands.
PENGENALAN
AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 341 SEKSYEN 5
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Mengenal pasti tujuan akta ini diwujudkan
Mengenal pasti sekatan dan
tanggungjawab anggota bomba
SEJARAH PENGWUJUDAN
AKTA 341
1974
Draf Akta Bomba dan Akta Pencegahan
dikemukakan kepada Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan

1978
Draf Akta Bomba dan Akta Pencegahan
Kebakaran disediakan oleh Peguam Negara
1980
Draf Akta Bomba yang baru disediakan dan
dihantar kepada penasihat undang-undang
Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan

1981
Penasihat undang-undang Kementerian
mencantumkan Akta Bomba dan Akta
Pencegahan Kebakaran
Mac 1988
Rang undang-undang dibentangkan di Parlimen

11 Mei 1988
Rang undang-undang dipersetujui oleh Yang
Dipertuan Agong

9 Jun 1988
Tarikh proses pewartaan

1 Januari 1989
Tarikh penguatkuasaan
Mempunyai
9 bahagian
dan
63 seksyen
SEKSYEN 5
AKTA 341
KANDUNGAN SEKSYEN 5
AKTA 341
Menerangkan tentang tugas JBPM antaranya
seperti berikut:

1. Mengambil langkah-langkah sah bagi:


i. Memadam, menentang, mencegah dan
mengawal kebakaran
ii. Melindungi nyawa dan harta benda sekiranya
berlaku kebakaran
iii. Menentukan adanya jalan keluar keselamatan
iv. Menyelenggara, mengawal selia yang
sempurna dan menentukan adanya jalan
keluar yang cukup dari semua premis yang
ditetapkan sekiranya berlaku kebakaran

2. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca


dan keadaan kebakaran

3. Melaksanakan khidmat kemanusiaan, termasuk


menyelamat nyawa dan harta benda semasa
berlakunya apa-apa bencana.
PENGENALAN
SEJARAH DAN OBJEKTIF PENUBUHAN KADET BOMBA
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Mengetahui sejarah penubuhan Pasukan
Kadet Bomba
Menyatakan rasa bangga kepada pasukan
SEJARAH KADET BOMBA
i. Sekolah pertama yang menganggotai
Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat
Malaysia ialah Maktab Rendah Sains MARA
Sultan Abdul Samad, Negeri Sembilan pada
1985.

ii. Ditubuhkan pada 1989 setelah mendapat


persetujuan dari Kementerian Pelajaran
Malaysia dan dijadikan salah satu program
kokurikulum bagi sekolah-sekolah menengah
seluruh Malaysia
OBJEKTIF PENUBUHAN
i. Memupuk kesedaran tentang bahaya
kebakaran dan langkah-langkah pencegahan

ii. Menghayati dan mengamalkan ilmu


pengetahuan kebombaan sebagai salah satu
cara hidup

iii.Meningkatkan disiplin dan setiakawan bagi


memupuk semangat yakin diri serta
bertanggungjawab kepada harta benda dan
masyarakat
iv.Mengeratkan kerjasama dan persefahaman
antara ahli dengan Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia

v. Mewujudkan suasana sekolah bebas dari


bahaya kebakaran

vi.Menanam minat untuk memilih menjadi


Pegawai Bomba dan Penyelamat sebagai
kerjaya
LOGO KADET BOMBA
KETERANGAN LOGO
Bulan dan bintang
Melambangkan nilai-nilai Islam dan nilai-nilai
murni diserapkan ke dalam Kadet Bomba
dan Penyelamat

Helmet
Memberikan perlindungan dan
keselamatan kepada ahli
Warna kuning emas
Taat setia kepada Raja dan negara

Kapak
Salah satu alat (perkakas) yang dapat
menggandingkan antara ilmu akademik dengan
kebombaan, semangat juang dalam mencegah
kebakaran dan mengutamakan keselamatan
nyawa dan harta benda
Dua rumpun padi
Kerjasama antara pasukan Kadet Bomba
dan Penyelamat dengan Jabatan Bomba dan
Penyelamat
MOTO KADET BOMBA
LAGU KADET BOMBA
KADET BOMBA BERSATU, SAMA BERGANDING BAHU,
PEMUDA PEMUDI HARAPAN, TIANG NEGARA.
JIWA RAGA YANG MURNI, TANGGUNGJAWAB MEMBANTU,
DI MANA JUA, TETAP BERSEDIA.

MENIMBA ILMU JAYA,


DEMI MASA HADAPAN,
BERWAWASAN MATLAMATNYA,
PASTIKAN BERJAYA.

KADET BOMBA BERSATU, BERSEMANGAT MEMBARA,


CITA-CITA TERSEMAT LUHUR, GIGIH BERUSAHA.
IKRAR KAMI SAHUTKAN, BERANI BERETIKA
HARUMKAN NAMA , MALAYSIA JAYA . (2X)
KLIK DISINI UNTUK MAINKAN LAGU
TERIMA KASIH

You might also like