Toaz - Info Teks Pengacara Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaandocxs PR

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2014

SK BANDAR T6

PENGACARA MAJLIS: FARAH & AFIQAH

AKTIVITI TEKS UCAPAN

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

**protokol

Yang berusaha Tn. Hj. Mohmad Johari Bin Hj. Abd.Rahman, Guru
Besar SK bandar T6, Yang Berusaha, Pn Hjh Habibah Binti
Mohamad, (GPK 1), En. Atan bin Ab. Rahman (Gpk Hem), Pn.
Supiah Binti Othman (GPK KoKu), guru-guru serta murid-murid
Kata alu-aluan
yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta


limpah rahmat-Nya kita diberikan peluang untuk bersua di Majlis
Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-57 SK Bandar T6 bagi
tahun 2014.

Pengenalan Hadirin-hadirat yang dihormati, sepanjang bulan kemerdekaan ini,


pihak sekolah telah merencana variasi program khas untuk
menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan negara yang
Ke-57. Antaranya ialah “Kelas Patriotik, Melukis Poster, Basikal
Patriotikku, Buku Skrap” dan banyak lagi.

Majlis Program-program tersebut adalah bertujuan memupuk semangat


cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat yang
melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta diharap dapat
mengeratkan silaturrahim dalam kalangan murid dan juga guru-
guru.

Adat berbicara menyampaikan pesan,

Adat upacara menyampaikan aluan.

Menjemput Oleh yang demikian, majlis menjemput Yang Berusaha Tn. Hj.

Guru Besar Mohamad Johari bin Hj. Abd. Rahman Guru Besar SK Bandar T6

untuk berucap untuk menyampaikan sepatah dua kata seterusnya merasmikan


Program Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke 57 bagi tahun
2014.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar kerana


sudi menyampaikan ucapan dan menyempurnakan perasmian
sebentar tadi sebentar tadi.

Ucapan terima
kasih
Hadirin sekalian,

Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan ini,


dijemput adik Mohd. Iqbal bin Ishak dan Nur Afiqah bt. Masrukin dari

Persembahan kelas 5 Arif untuk medeklamasikan puisi yang bertajuk “Hujan


Merdeka” dan sekaligus nyanyian Lagu Tema Sambutan
Kemerdekaan Yang Ke-57 “Disini Lahirnya Sebuah Cinta” oleh adik
Mohd Haiqal Bin Hasnin. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Bergetar rasanya apabila mendengarkan sajak yang dideklamasikan


Selepas
oleh adik Iqbal dan Afiqah sebentar tadi. Malah, suara lunak adik
Persembahan
Haiqal juga menaikkan semangat kemerdekaan ini.

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara kemuncak


sambutan kemerdekaan SK bandar T6. Untuk itu dijemput, Tn. Hj.
Gimik Mohamad Johari bin Hj. Abd. Rahman bagi menyempurnakan
majlis. Dipersilakan tuan guru besar untuk mengklik butang tetikus
sebagai tanda gimik majlis pelancaran. Dipersilakan.

Penutup Begitulah tadi meriahnya majlis sambutan “Bulan Kemerdekaan”


ingatlah ini baru sahaja permulaan. Diharapkan sambutan ini akan
sentiasa bersemangat dan hangat sepanjang sambutan bermula
pada hari ini hinggalah pada penutupnya pada 25 September.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru dan


murid atas kehadiran dan kerjasama anda. Sekian.
Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.

You might also like