Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

4MTB(6)2022

Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa


Morfologi: Golongan Kata
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama majmuk dan dua kata adjektif. Kemudian,
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
bahawa anda memahami maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan Imbuhan, menyiarkan
Imbuhan, atau menggunakan perkataan sebagai peribahasa atau nama khas.

Terdapat bukit bukau atau gunung-ganang yang boleh anda terokai di tanah air kita. Anda
dapat menikmati panorama yang mengagumkan dengan udara yang menyegarkan apabila
menginjakkan kaki di puncak gunung atau bukit. Kepuasan yang anda kecap nikmat ini susah untuk
digambarkan kerana diselimuti oleh keindahan semula jadi.
Akan tetapi, anda tidak harus mendaki bukit bukau atau gunung-ganang jika belum bersiap
siaga dari segi fizikal dan mental.
[8 markah]

Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa


Sintaksi: Menukarkan Ayat Bersusunan Biasa Kepada Ayat Bersusunan Songsang
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan
songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Pemegang rekod 100 meter kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan, berpotensi untuk muncul sebagai
pelari pecut pertama negara.Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Dwayne Miller,
menegaskan bahawa Khairul perlu mengatasi perasaan trauma akibat kecederaan hamstring yang
menghantui dirinya.
(ii) Untuk mengatasi perasaan trauma bukan mudah bagi Khairul kerana mungkin takut cedera lagi.
(iii)Khairul boleh berlari dengan pantasnya walaupun baru bangun daripada tidur. Hal ini
membuktikan bahawa dia merupakan pelari yang dilahirkan dengan bakat semula jadi.
[6 markah]

Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa


Aspek Penyuntingan
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa dan dalam petikan 2, terdapat juga enam kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu
menyalin petikan-petikan tersebut.

PETIKAN 1
Kerajaan telah menyediakan perbagai ruang dan peluang kepada golongan muda untuk
berkecimpung dalam bidang sukan untuk mengalakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan
rakyat. Di antaranya termasuklah pelibatan subjek pendidikan jasmani dalam pembelajaran di
sekolah yang bukan sahaja mengenengahkan aspek teori bahkan juga turut merangkumi aspek
pratikal melalui aktiviti senaman dan sukan yang diadakan.

PETIKAN 2
Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bertanggungjawab dalam pengurusan kejohanan sukan yang
dilaksanakan dalam negara. Badan ini turut bergabung dengan organisasi sukan bukan nasional,
seperti ASEAN Schools Sports Council (ASSC), Asian Schools Sports Federation (ASSF), dan Asian
Schools of Football Federation (ASFF). Ini adalah bermakna para pelajar-pelajar berpeluang
menterjemahkan kebolehan sukan masing-masing hingga ke peringkat antara bangsa dengan
menonjolkan kecemerlangan sukan secara berterusan.
[12 markah]

Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa


Bahasa Melayu Standard
Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka Laksamana pun segara melompat maka disentaknya keris pada pinggang Hang Jebat itu, dapat
ke tangan Laksamana. Maka Jebat pun berbangkit, serta diusirnya akan Laksamana, katanya, “Hai Si
Tuah, demi Allah, bunuhlah aku, kerana tiada berkeris!” Maka, Laksamana pun berundur sedikit,
seraya katanya sambil tertawa, “Hai saudaraku, kerana keris ini kerisku dianugerahkan oleh Betara
Majapahit sebab itulah maka aku ambil pula daripadamu!”
Dipetik daripada cerita “Pertarungan Tuah dengan Jebat”
Dalam Antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000)

[6 markah]

Kertas 2: Sistem & Aplikasi Bahasa


Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian berikan dua peribahasa yang sesuai untuk situasi dalam
petikan tersebut.

Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Kalau nasib baik aku selamat, kalau nasib malang celaka.
Sebagai hamba Allah yang bukanlah kamil, tabahkanlah hati meniti hari pada perancangan yang tidak dipinta
untuk bertembung dengan kegagalan. Dengan pasrah, segala yang terjadi berserahlah, itu kan takdir!
“Muliati rindukan cikgu!”
“Cikgu tahu, sayang… Tapi, cikgu nak buat macam mana? Cikgu ini dalam keadaan serba salah.” Suaranya
lemah sekali. Lirih kedengaran.
[4 markah]

You might also like