Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam

kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur
yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha
dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap
menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan
kajian sains yang mendalam dalam mengesan DNA seseorang.

Selain itu, Farisha mencatat alamat yang diberikan oleh Aqram dengan
menggunakan sebatang pen. Pen tersebut sebenarnya telah dilengkapi
dengan alat penetrator untuk menerobos ruang minda farisha. Hal ini
menyebabkan Farisha sakit kepala. Peristiwa ini dianggap menarik kerana
kecanggihan dunia sains dan teknologi pada masa itu yang ditunjukkan oleh
pengarang menggambarkan hanya dengan alat sekecil pen kita mampu
menembusi pemikiran manusia atau lebih lagi mengambil maklumat yang
terkandung dalam pemikiran manusia.

Akhir sekali, Karl telah menjadikan Farisha sebagai bahan uji kaji. Karl
menanam pelbagai jenis implan dalam tubuh Fariaha agar beliau menjadi genius.
Menurut Medina, Karl ialah ayah kandung Farisha dan merupakan saintis gila.
Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Karl berjaya memperlihatkan
kemajuan dan kecanggihan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Antara peristiwa menggembirakan ialah peristiwa Shida yang sedang bermain squash
segerabalik ke rumah untuk membuka pintu rumah apabila Farisha memaklumkan
bahawa dia tidakdapat masuk ke rumah.Sebab gembira: Shida merupakan sahabat
sejati yang sangan baik dan sanggup membanturakannya yang dalam kesusahan.

Selain itu, peristiwa lain yang menggembirakan ialah peristiwa Azrai yang memasang
retinascanner di pintu apartmen rumah Farisha bagi memastikan keselamatannya
terjamin.Sebab gembira: Peristiwa ini menunjukkan Azrai merupakan seorang abang
yang sangatbertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat tentang keselamatan
adiknya itu.

You might also like