Professional Documents
Culture Documents
Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1
Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1
TOPIK 1
NEGARA
Suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir
atau diperintah oleh sebuah kerajaan.
KERAJAAN
Badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi - fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah
negara.
Merangkumi membuat, mentafsir dan melaksanakan dasar negara tersebut.
PERANAN KERAJAAN
Menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan kesejahteraan warga negara
Menyediakan Kemudahan Ekonomi
Memastikan Keamanan dan Ketenteraman
Menstabilkan Persaingan
Perlindungan Alam Sekitar
Penyediaan Keperluan Asasi
Memastikan kestabilan ekonomi
SISTEM KERAJAAN
i). KESATUAN
Gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Kuasa pentadbiran dan perundangan terletak di bawah kuasa kerajaan pusat.
ii). PERSEKUTUAN
Gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Kuasa pentadbiran dan perundangan terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.
PEMBENTUKAN MALAYSIA
PENUBUHAN MALAYSIA
Keselamatan
Mengimbangi penduduk
Kemajuan ekonomi bersama
Mempercepat proses kemerdekaan
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak
untuk mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia.
Satu memorandum telah disususn semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962.
Filipina menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Abu. Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada
Jun 1966.
Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia dan bersetuju meminta PBB meninjau
semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan
mengakuinya.
TOPIK 2
PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan
i). Malaysia mempunyai Perlembagaan bertulis yang dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.
iii) Merupakan sumber segala perundangan yang wujud dalam negara,dikanunkan tetapi boleh dipinda.
Undang–undang Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara yang menjadi punca
kepada semua undang-undang yang sedia ada atau bakal digubal.
Parlimen memperoleh kuasanya daripada perlembagaan tetapi kuasanya terhad.
Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang jika undang-undang tersebut
bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sebarang undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal setakat mana yang
bercanggah sahaja.
2.3 Pinda perlembagaan
Terletak pada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua
undang-undang.
Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Semua undang-undang mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Badan kehakiman-bertanggungjawab memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
o orang-orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 September 1963)
o seseorang yang dilahirkan di dalam Malaysia dengan salah seorang ibu/bapanya ketika dia dilahirkan adalah
seorang warganegara/bermustautin tetap di Malaysia.
o seseorang wanita yang berkahwin dengan warganegara Malaysia & perkahwinannya telah didaftarkan di Malaysia
sekiranya dia masih bersuami dan suaminya adalah warnganegara.
o permohonan seseorang yang berumur 21 tahun/lebih dan pemohon bukan warganegara,memberikan perakuan
naturalisasi sekiranya orang itu telah bermustautin bagi tempoh yang dikehendaki dan berbuat demikian secara
tetap,berkelakuan baik & mempunyai pengetahuan dalam bahasa Melayu.
o Sekiranya terdapat wilayah baru yang diterima masuk ke dalam Malaysia selepas Hari Malaysia,penduduk di
wilayah tersebut adalah warganegara.
Kehilangan Taraf Kewarganegaraan
Penolakan (pelepasan)
warganegara berumur 21 tahun atau lebih dan sempurna akal telah memperoleh/dan hendak menjadi
warganegaraan negera lain.
Pelucutan
telah menjadi wargengara asing
menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan
telah membuktikan dia tidak lagi taat setia kepada negara
KEBEBASAN ASASI
Kebebasan diri
Pengabdian dan kerja paksa
Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang
Sama rata
Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
Kebebasan beragama,bergerak,bercakap,berhimpun dan menubuhkan persatuan
Hak berkenaan dengan pendidikan dan harta
Islam ialah agama bagi persekutuan,tetapi agama-agama lain boleh diamakan dengan aman dan damai
Negeri-negeri yang mempunyai Raja,ketua agama Islam ialah raja/sultan negeri berkenaan.
BAHASA KEBANGSAAN
Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-
undang oleh Parlimen.
SISTEM PEMERINTAHAN
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
TOPIK 3
KERAJAAN MALAYSIA
YDPA mempunyai peranan & fungsi dlm 3 cabang kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan, dan Kehakiman.
YDPA dilantik setiap 5 tahun mengikut giliran raja yg ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja
melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar
Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah Rayuan, dan
Mahkamah Tinggi atas nasihat PM setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja
melantik mana2 orang yg layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi utk menjadi pesuruhjaya kehakiman
atas nasihat PM selepas berunding dgn ketua hakim negara mahkamah persekutua
memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 66 tahun. Bagaimanapun lanjutan
perkhidmatan itu tidak melebihi 6 bulan setelah hakim mencapai umur 66 tahun.
YDPA tidak mempunyai kuasa utk menyingkirkan seseorang hakim atas kemahuannya. Hanya melalui
representasi yg dibuat oleh PM atau ketua hakim negara selepas menerima laporan tribunal, maka YDPA
boleh menyingkirkan seseorang hakim itu daripada jawatannya
Sungguhpun begitu YDPA boleh menggunakan budi bicara baginda utk menerima atau menolak cadangan-
cadangan tribunal dalam menyingkirkan atau mengekalkan jawatan hakim itu.
MAHKAMAH KHAS
MAHKAMAH RAJA-RAJA
mengikut perkara 38 perlembagaan persekutuan, majlis raja-raja telah ditubuhkan sebagai tempat bagi raja-raja
dan Yang Di Pertuan Negeri bertemu dan berbincang
Tugas-tugas lain majlis raja-raja.
Memilih YDPA dan timbalan YDPA bagi persekutuan.
Mempersetujui atau tak mempersetujui perbuatan , amalan atau upacara agama di seluruh
persekutuan.
Membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan.contohnya seperti :
I. ketua hakim negara
II. hakim-hakim mahkamh persekutuan , rayuan , dan tinggi
III. ketua audit negara.
Melantik anggota mahkamah khas.
Memberi ampun atau meringankan hukum-hukum.
Menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara
Pelaporan
o Ketua Audit Negara hendaklah menghantar laporan-laporannya kepada YDPA yang akan
mengarahkan laporan itu dibentangkan dalam Dewan Rakyat
o Laporan mengenai akaun-akaun sesuatu negeri atau pihak berkuasa awam negeri, hendaklah
dihantar kepada Raja atau Yang diPertua Negeri bagi negeri itu yang akan mengarahkan laporan
itu dibentangkan dalam Dewan Negeri itu
o Perkara-perkara yang dilaporkan kepada Dewan Rakyat atau Dewan-dewan Undangan Negeri
akan dibincangkan oleh Jawatan Kuasa Kira-Kira Wang Negara atau Jawatan Kuasa Kira-kira
Wang Negeri mengikut mana yang berkenaan
TOPIK 4
STRUKTUR PEMERINTAHAN
Salah satu syarat sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen adalah pengasingan kuasa.
BADAN PERUNDANGAN
i. Badan perundangan atau legisiatif dan kuasa-kuasanya yang dibincangkan dalam Bab 4 Perlembagaan
Persekutuan
Perkara 44 :
a. Dewan Negara
b. Dewan Rakyat
ii. Kuasa Perundangan iaitu kuasa menggubal undang-undang di peringkat Kerajaan Persekutuan terletak pada
Parlimen.
iii. Di peringkat Negeri, kuasa ini dipegang Badan Perundagan Negeri masing-masing.
a. Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.
b. Terdapat 3 ahli terdiri daripada pegawai ex-officio iaitu
Setiausaha Kerajaan Negeri
Penasihat Undang-Undang Negeri
Pegawai Kewangan Negeri
c. Bagi Negeri Melaka dan Pulau Pinang hanya Penasihat Undang-Undang Negeri saja yang menjadi ahli
Dewan Undangan Negeri (DUN).
d. Bagi Sabah dan Sarawak tidak seorang pun menjadi ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu:
o Yang di-Pertuan agong
o Dewan Negara
o Dewan Rakyat
PARLIMEN
Berperanan menggubal undang-undang untuk dikuatkuasakan di negara ini.
meluluskan undang-undang di peringkat Persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan
yang sedia ada, menyemak dasar-dasar Kerajaan, dan meluluskan perbelanjaan kerajaan.
Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
Pada penghujung tempoh lima tahun, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari
tarikh pembubaran Parlimen.
DEWAN NEGARA
o Keahlian Dewan Negara terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-
26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua
orang ahli.
44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yangdi-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Untuk
layak menjadi ahli, sesorang calon hendaklah:-
- Warganegara Malaysia
- Tidak kurang dari 30 tahun
- Waras fikiran
- Bukan seorang muflis
- Tidak mempunyai rekod jenayah
Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal
lagi. Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen.
Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang diPertua Dewan Negara.
Parlimen boleh dengan undang-undang:
a. Menambah bilangan ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri hingga tiga orang;
b. Membuat peruntukan supaya ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri dipilih dengan undi terus
oleh pemilih-pemilih negeri itu;
c. Mengurangkan bilangan ahli-ahli yang dilantik .
Dewan Negara tidak boleh meminda rang undang-undang sekiranya pindaan itu tidak diterima oleh Dewan Rakyat.
DEWAN RAKYAT
o Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya.
o Setiap ahli Dewan Rakyat meegang jawatan selama 5 tahun.
o Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
Warganegara Malaysia
Tidak kurang dari 21 tahun
Waras fikiran
Bukan seorang muflis
Tidak mempunyai rekod jenayah
o Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
o Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari
sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu.
KEISTIMEWAAN PARLIMEN
o menjamin kebebasan bercakap dan berbahas dalam kalangan ahli.
o Keesahan perjalan (prosiding) dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasa Parlimen tidak
boleh dipersoalkan di mahkamah.
o Seseorang tdak boleh didakwa dalam mahkamah tentang apa-apa jua yang dikatakan dan diundi semasa mengambil
bahagian dalam apa-apa prosiding mana-mana Majlis Parlimen atau jawatankuasanya .
o Seseorang tidak boleh didakwa dlm mahkamah di bawah kuasa mana-mana malis parlimen.
PERSIDANGAN PARLIMEN
o Mula bersidang setelah dibuka rasmi oleh YDPA.
o Jarak masa antara satu persidangan dengan satu persidangan yang lain harus tidak selang lebih 6 bulan.
o Semua persidangan disusun dala satu kalendar yang dipanggil Takwim Parlimen yang dibahagikan kepada 5
penggal iaitu 1 tahun sepenggal.
o Setiap persidangan biasanya gakan berlangsung selama 3 minggu bagi Dewan Rakyat dan 2 minggu bagi Dewan
Negara.
o Lazimnya dalam setiap penggal terdapat 3 atau 4 kali mesyuarat. Dua mesyuarat penting ialah:
Membahaskan titah ucapan baginda YDPA.
Membentang belanjawan tahunan.
JAWATANKUASA PARLIMEN
o Jawatankuasa Dewan
o Jawatankuasa Peraturan Mesyurat
o Jawatankuasa Pemilih
o Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
o Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ( Hanya di Dewan Rakyat )
UNDANG-UNDANG BERTULIS
o Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Negeri dan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri.
o Kategori undang-undang bertulis:
o Statut terdiri daripada
a. Akta
b. Ordinan
c. Enakmen
d. Perundangan Kecil
BADAN KEHAKIMAN
PERLANTIKAN HAKIM
o Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah PErekutuan, Mahkamah Rayuan & Mahkamah Tinggi
Dilantik oleh YDPA atas nasihat PM selepas berunding dengan MRR
o Hakim Mahkamah Seksyen
Dilantik oleh YDPA atas nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi.
Dianggap sbg kakitangan awam
o Majistret
Majistret di Wilayah-wilayah Persekutuan dilantik oleh YDPA atas nasihat Hakim Besar Mahkamah
Tinggi Malaya.
Majistret utk negeri-negeri lain dilantik oleh Ketua Negeri atas nasihat Hakim Besar Malaya @ Hakim
Besar Sabah & Sarawak.
MAHKAMAH SYARIAH
i. Mahkamah syariah negeri mempunyai bidang kuasa yang terhad terhadap undang-undang Islam (syariah)
negeri.
ii. Hanya mempunyai bidang kuasa terhadap perkara-perkara yg melibatkan orang Islam.
o MS Negeri diketuai oleh Ketua Hakim Syarie dan mempunyai 3 bahagian dgn bidang kuasa masing-masing
iaitu:-
Mahkamah Rayuan Syariah
Mahkamah Tinggi Syariah
Mahkamah Rendah Syariah
o MS membicarakan kes-kes sivil spt:
Pertunangan, perkahwinan, rujuk, perceraian, fasakh, nusyuz atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan
hubungan antara suami isteri
Nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau pembahagian atau tuntutan harta sepencarian.
Wasiat dan perwarisan harta berwasiat atau tak berwasiat.
o MS membicarakan kes-kes jenayah iaitu melanggar hukum hakam Agama Islam spt:
Khalwat
Zina
Minuman keras
Tidak berpuasa di Bulan Ramadhan
Mengamal ajaran sesat
MAHKAMAH KHAS
MAHKAMAH TENTERA
MAHKAMAH BUMIPUTRA
MAHKAMAH PERUSAHAAN
TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA
TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAH
BAB 5
>bantahan boleh dibuat sebulan drpd tarikh penerbitan SPR dalam warta kerajaan dan surat khabar
>DR luluskan persempadan semula dgn perlukan majoriti mudah.
> proses persempadanan berakhir bila SPR bentagkan cadangannya kpd PM.
BAB 6
*KERAJAAN PUSAT
-bertanggungjawab dlm hal2 yg tersenarai dlm Jadual Sembilan -Senarai Perundangan (senrai persekutuan
*KERAJAAN NEGERI
-bertanggungjawab dlm hal2 yg tersenarai dlm Jadual Sembilan-Senarai perundangan (senarai negeri)
*KERAJAAN TEMPATAN
-merancang menyelaras & mengawal penggunaan serta pemaju tanah dan bangunan dlm kawasan pihak berkuasa
tempatan , bertindak untuk mengendali, membantu & menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian serta penerbitan y
berkaitan dgn Perancangan Bandar dan Desa
PENTADBIRAN NEGARA
-kuasa dibahagikan antara sebuah kerajaan pusat dgn 13 buah kerajaan negeri
-kerajaan pusat melaksanakan tugas terhadap perkara2 dlm senarai Persekutuan dan Senarai Bersama
-kerajaan negeri melaksanakan tugas terhadap perkara2 dlm Senarai negeri dan senarai bersama
SISTEM PENTADBIRAN
B. Perdana menteri
-ketua jemaah meteri, ahli Dewan Rakyat yg mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat
C. Jemaah menteri
-jemaah menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kpd parlimen
Tugas:-
- menentukan dasar kerajaan & memberikan arahan utk diaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan
-sebagai badan penasihat kpd YDPA dlm pelaksaan tugasnya
UNIT-UNIT KHAS
5)Perbendaharaan
-menyelia dan mengatur industri insurans
-menyediakan dan memantau pelaksanaan belanjawan tahunan
9)Agensi Mengurus
-melaksanakan perkara2 yg menjadi tanggungjawab kerajaan dgn tujuan pembangunan dan perkhidmatan serta
kemudahan kpd org ramai
F. Majlis
-ditubuhkan melaui 2 cara iaitu dibawah Peruntukan Perlembagaan & Ditubuhkan oleh Kerajaan
-majlis perundangan (Majlis Raja2 , MajlisTanah Negara, Majlis Kewangan Negara, Majlis Negara bagi Kerajaan
Tempatan, Majlis Angkatan Tentera
-cth Maklis ditubuhkan oleh kabinet : (majlis Tindakan Negara, Majlis Keselamatan Negara , Majlis Ekonomi Negara)
MAJLIS-MAJLIS YG DITUBUHKAN OLEH PERLEMBAGAAN
G. Suruhanjaya
-sebuah agensi yg bebas
-ahli dilantik oleh YDPA
-mereka yg tak boleh menjadianggota Suruhanjaya : anggota mana2 perkhidmatan awam / ahli mana2 satu Majlis
Parlimen @ DUN
-syarat perkhidmatan suruhanjaya : dilantik bg tempoh 5 tahun@ tempoh lebih singkat
*tugas suruhanjaya perkhidmatan
-melantik,mengesahkan,memasukkan seseorang kakitangan awam dlm perjawatan tetap @ pencen,menaikkan pangkat
dan sebagainya.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
*keanggotaan SPA
-dilantik oleh YDPA selepas menimbang nasihat PM dan berunding dgn majlis raja2
* Tugas2 SPA:
1-Pelantikan
-mengurus pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap,sementara ,kontrak, tukar sementara dan pinjaman
2-Pengesahan Dalam Perkhidmatan
-mengesahkan anggota Perkhimatan, melanjutkan tempoh percubaan dan sbg
3-Pembrian Taraf Berpencen
-menguruskan pemberian taraf berpencen kpd anggota PA tidak termasuk Kumpulan Sokongan
4-Pertukaran Perkhidmatan
-menukar tetap anggota PA ke satu perkhidmatan yg lain utk skim perkhimatan yg sama
5-Kenaikan Pangkat
-suruhanjaya berungsi sbg Lembaga Kenaikan Pangkat
6-Kawalan Tertib
-merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yg berkenaan bg tindakan tatatertib
***NEGERI
***KERAJAAN TEMPATAN
TOPIK 7
Globalisasi
o Globalisasi merupakan satu proses utk meletakkan dunia di bawah satu unit yg sama tanpa
dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.
o Secara ringkasnya globalisasi merupakan satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti
merangkumi segala aspek kehidupanseperti politik, social dan ekonomi yang boleh dirasai oleh
seluruh manusia di dunia ini.
Impak-impak globalisasi :
Positif
-hubungan yang erat dlm bidang politik antara Malaysia dgn negara2 lain akan memberi kesan yang baik
dalam bidang yg lain
Negatif
- campurtangan atau bantuan kpd kumpulan2 tertentu utk menggulingkan kerjaan sedia ada
- pengintipan utk mendapatkan maklumat oleh negara2 maju terhadap seteru mereka
- penggodaman sistem pertahanan – mencari kekuatan & kelemahan sistem pertahanan sebuah negara
Impak sosial
Positif
- sistem pendidikan berkembang maju
- pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan
- pendidikan bertaraf dunia dapat diwujudkan di Malaysia
- rakyat Malaysia dpt terdedah dengan dgn pelbagai maklumat yang berguna
Negatif
- gejala social akan berlaku spt rempit, pengamalan seks bebas, pembuangan bayi, dan lain2
- budaya timur akan pupus dan melahirkan remaja yg rosak akhlaknya
- peminggiran penggunaan bahasa melayu sbg bahasa ilmu – bahasa inggeris lebih diutamakan
Impak ekonomi
Positif
- wujudnya perdagangan bebas, menggalakkan persaingan, perluasan pasaran
Negatif
- penghakisan dasar perlindungan produk tempatan
- penguasaan syarikat multinasional
- ancaman terhadap barang dan perkhidmatan tempatan
- ancaman terhadap industri kecil dan sederhana IKS
Menurut Michael Porter , terdapat 4 lagi faktor yang mempengaruhi daya saing iaitu :
sistem penyampaian yang lemah karenah birokrasi , tidak mesra pelanggan dan lambat
mengatasi masalah yang timbul
BAB 8
PERTAHANAN
***Antara ancaman jenayah yang akn mengugat keselamatan,keamanan negara ialah
~Jenayah berkaitan dadah
~jenayah rogol
~pembunuhan
~rasuah
~rompakan
~ragut
~cetak rompak
~penculikan
~kegiatan lanun di perairan Malaysia
~penyeludupan
~pendatang tanpa izin
8.2 JENAYAH
⚫Punca Berlaku Jenayah
▶faktor persekitaran
▶faktor pertambahan penduduk
▶faktor kejatuhan ekonomi
▶faktor media massa
▶faktor kecelaruan mental
▶faktor penguatkuasaan undang-undang dan tenaga mahir
▶faktor penghayatan agama
▶faktor karenah birokrasi
▶faktor pengaruh dadah
CARA MENANGANI
1.)menguatkuasakan undang-undang
2.)menubuhkan Majlis anti-pemerdagangan orang dan Anti-penyeludupan Migram
Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia ini turut member kesan kepada Malaysia
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMELESETAN MALAYSIA
Perlu ditangani segera sebelum bertambah buruk.
Dua pihak yang bertanggungjawab dalam menangani kemelesetan iaitu majikan dan pihak kerajaan.
Langkah pihak majikan :
Memberhentikan pekerja sebagai cara terbaik untuk mengurangkan kos dan meminimumkan kerugian
perancangan
Pengurusan yang proaktif oleh majikan membolehkan pekerja tidak diberhentikan sebaliknya majikan
mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan produktiviti dan mencari peluang disebalik krisis
kewangan yang berlaku.
Melaksanakan skim pemotongan gaji kakitangan antara 10 hingga 20% ketika krisis kewangan
berlaku.
Langkah kerajaan
Mencari kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut dan meningkatkan kedudukan
ekonomi pada paras yang stabil supaya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih positif
Menyediakan latihan kemahiran dan peluang pekerjaan kepada mereka yang terlibat bagi menangani
masalah pembuangan pekerja , pengangguran , upah yang rendah dan masa kerja yang disingkatkan.
Melalui Kementerian Sumber Manusia (KSM) , kerajaan telah melaksanakan Program Penempatan
Pekerjaan , Train and place Program , Community Employment Support Program , Jobs Placement
Program, National Dual Training System , Skill Development Fund, dan Self Employment Program
bagi mengatasi masalah pengangguran yang berlaku dan seterusnya krisis ekonomi diatasi dengan
berkesan.
Kementerian Sumber Manusia menubuhkan JobsMalaysia yg bakal menjadi hab pekerjaan
kebangsaan sektor awam dan swasta.
Kerajaan melaksanakan liberalisasi dalam sektor perkhidmatan. Liberalisasi sektor perkhidmatan
membolehkan ekonomi Malaysia lebih berdaya saing dengan pemindahan teknologi , kepakaran ,
pengetahuan dan kaedah pengurusan dengan syarikat luar.
Kerajaan juga melaksanakan liberalisasi sektor kewangan. Tindakan liberalisasi sektor kewangan ini
sejajar dengan objektif yang ditetapkan oleh sektor kewangan untuk melahirkan sektor kewangan yg
berdaya tahan, pelbagai dan cekap.
- Langkah meliberalisasikan sektor kewangan ini seterusnya mampu meningkatkan taraf hidup
rakyat kerana suntikan dana bank asing bakal menjana pelbagai peluang pekerjaan di dalam
Negara.
Kerajaan memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi yg bertujuan mengurangkan kesan
penguncupan ekonomi global ke atas ekonomi Negara.
8.6 INFLASI DI MALAYSIA
Maksud inflasi : suatu proses kenaikan tingkat harga umum utk semua barang secara menyeluruh dan serentak dalam
ekonomi.
PERPADUAN
1.1 Malaysia
2.Aspek utama 1 Malaysia ialah:
-penerapan teras –teras perpaduan
-penerapan nilai-nilai aspirasi
Isu Rasuah
Definisi Rasuah-suatu jenayah atau kesalahan undang - undang
***Empat kesalahan Rasuah:
-minta/terima rasuah -buat tuntutan palsu
-tawar/beri rasuah -salahguna jawatan/kedudukan
Punca Rasuah
-Kelemahan peribadi -Sosioekonomi tidak
-Kelemahan kepimpinan dan seimbang
Pengurusan organisasi -Ahli politik
-Pengaruh sosial dan budaya mengambil Kesempatan
Kesan-kesan Rasuah
-Ketidakadilan berlaku -Fungsi perjalanan sesuatu
-Imej Negara terjejas organisasi lumpuh
-Kos sara hidup meningkat -Pemerintahan lemah
-Ancam keselamatan -Pentadbiran Negara kucar
Negara kacir
-Ancam keselamatan rakyat
Integriti
Integriti-Asas kepada tadbir urus yang baik