Eti 1130 Tugasan 3

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

________________________________________________________

ETI 1130
TECHNOLOGY AND INNOVATION IN ADULT
LEARNING

Tugasan 3
Penilaian Akhir(Final Assessment)

NAMA : Fong Kok Fei

NO MATRIK : 2021.4.edu02.0047

NO K/P : 850217085377

PENSYARAH : Assoc. Prof. Dr. Nurul Aliah Binti Mustafa


ISI KANDUNGAN
No Perkara Muka Surat
1 Soalan 1 (a) 1
2 Soalan 1 (b) 5
3 Soalan 2 (a) 7
4 Soalan 2 (b) 9

i
Soalan 1 (a)
Jelaskan secara kritis dua (2) usaha utama yang dijalankan di sekolah-sekolah
Malaysia hasil daripada anjakan ke-7.

Usaha utama yang dijalankan di sekolah-sekolahh Malaysia hasil daripada anjakan ke-7 ialah
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia seperti berikut :

 Menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet


bagi kesemua 10,000 sekolah
 Menambahkan kandungan dalam talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula
dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam Sains,
Matematik, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris
 Memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran
kadar kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa
mengira lokasi atau tahap kemahiran murid

Berdasrkan Anjakan 7 PPPM 2013-2025,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah


melaburkan banyak inisiatif dalam pembangunan kemudahan ICT di dalam sekolah dan
institusi kerajaan. Namun, usaha tersebut dinampak hanya secara futuristik dan tidak relevan
dalam memperkasakan anjakan 7 PPPM 2013-2025. Contohnya, pihak kerajaan telah berjaya
menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi
kesemua sekolah kerajaan. Pada masa itu, semua murid akan mempunyai akses kepada
rangkaian 4G di sekolah melalui 1BestariNet. Rangkaian ini hanya berfungsi sebagai asas
kepada pembinaan platform pembelajaran maya yang dapat digunakan oleh guru, murid, dan
ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif,
dan berkomunikasi secara maya.akses internet kepada kesemua sekolah,tetapi kelajuan
internet yang dibekalkan kepada sekolah tidak cukup untuk menyokong keperluan sekolah.
4G dibekalkan sekarang agak jauh ketinggalan dengan perkembangan trand internet masa
kini disebabkan banyak luar negara telah mula membangun dan menggunakan rangkaian 5G
dalam teknologi pendidikan.Contohnya bekalan rangkaian internet bagi setiap sekolah adalah
sekurang-kurang 4mbps,ia hanya cukup digunakan di seseuatu kawasan sekolah tertentu
seperti bilik komputer,bilik guru dan bilik pentadbir.Ini merupakan satu halanagn
memperkasakan perluasan kemahiran ICT dalam kalangan warga sekolah.

1
Bagi memastikan kecekapan kos, usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melabur
dalam peranti yang sesuai dengan tujuan penggunaan, seperti komputer asas atau komputer
riba kos rendah atau chrome book. Sebagai alternatif kepada kemudahan ICT sedia ada
(makmal komputer), Kementerian juga akan menguji penggunaan kaedah baharu yang
kurang menggunakan sumber, seperti kaedah perpustakaan atau pusat pinjaman bergerak bagi
komputer bimbit dan komputer.Pelajar yang tidak mampu untuk memiliki peranti komputer
dan jaluran lebar internet boleh mendapat pendedehan awal terhadap ICT di sekolah. Pada
masa itu, banyak keluarga belum mempunyai jalur lebar dan peranti seperti komputer dan
telefon pintar. Murid di sekolah mempunyai prasana yang boleh memberi pendedahan awal
kepada para pelajar. Tetapi, kebanyak kemudahan ICT dibekal tidak mencukupi untuk
memenuhi keperluan semua pelajar di sekolah.Tambahan pula, kebanyak komputer riba kos
rendah mudah rosak dan tidak diperbaiki, ia merupakan pembaziran dan kurang membantu
sekolah dalam merealisasikan anjakan 7 PPPM 2013-2025.

Pada Tahun 2012, pembekal jalur lebar YTL telah memberikan satu pelantar e-
pembelajaran yang percuma kepada para guru dan pelajar iaitu Frog VLE di mana
pembelajaran secara maya dan LMS mula terbina dalam kalangan sekolah rendah dan
menengah. Pada masa itu, e-pembelajaran dijadikan satu alternatif kaedah pembelajaran yang
dilakukan secara maya dimana pelajar boleh melakukan pembelajaran di mana -mana tempat
sahaja dengan adanya peranti dan internet. Selain itu, kaedah ini telah meningkatkan minat
pelajar untuk belajar kerana aplikasi dalam Frog VLE amat menarik dan berasaskan
teknologi.

Usaha kedua dalam anjakan 7 PPPM 2012-2025 ialah Menambahkan kandungan dalam
talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik
menyampaikan pengajaran dalam Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
pada 2013-2025. Guru boleh mengakses lebih banyak contoh sumber pengajaran terbaik
secara dalam talian. Akses kepada sumber ini akan dimulakan dengan pewujudan satu
perpustakaan video pengajaran oleh Guru Cemerlang dalam mata pelajaran penting seperti
Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Mata pelajaran lain akan ditambah
dalam perpustakaan video darisemasa ke semasa. Guru boleh menggunakan sumber ini bagi
mendapatkan idea, dan murid pula dapat menjadikannya sebagai alat ulang kaji.

2
Satu pelantar di mana guru-guru atau para pendidik boleh berkongsi kandungan pengajaran
dan pembelajaran yang boleh memanfaatkan kepada para guru dan pelajar ialah Eduweb TV.
Eduweb TV ialah saluran TV Pendidikan yang disiarkan melalui internet. Eduweb TV
diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan. Eduweb TV bebas untuk diakses oleh
sesiapa sahaja yang mempunyai talian internet. Pengguna boleh mendaftar sebagai guru atau
ahli biasa. Mereka yang berdaftar sebagai ahli (guru & ahli biasa) sahaja yang boleh
mengakses playlist dan membuat senarai pendek (shortlist) bahan yang diperlukan. Tiada
yuran pendaftaran dikenakan. Pendaftaran diperlukan untuk tujuan rekod penggunaan.
Eduweb TV mempunyai empat saluran iaitu Berita, Rancangan Khas, Kurikulum dan
Panduan.

Eduweb TV yang juga dikenali sebagai “Educational Web Television’ adalah satu perkara
yang baru diperkenalkan kepada umum terutamanya golongan guru. Portal Eduweb TV yang
dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan pangkalan di mana
guru dapat mengakses pelbagai bahan sumber pendidikan yang boleh digunakan secara
langsung atau tidak langsung untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran
Eduweb TV sebenarnya menambahkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran guru.
Selain itu, pembangunan Eduweb TV membolehkan sistem penghantaran program
pendidikan untuk guru dan pelajar menjadi lebih baik serta mampu mewujudkan lebih banyak
lagi sekolah yang bertaraf Bestari. Eduweb TV juga merupakan satu usaha untuk
mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar. Tiada lagi perbezaan untuk
memperolehi ilmu.

Malah, Eduweb TV juga merupakan satu inovasi yang membolehkan para guru dan
murid mengakses pelbagai maklumat tanpa batasan masa dan tempat. Eduweb TV merupakan
satu inovasi yang boleh digunakan khususnya oleh guru dan murid sebagai sebahagian
daripada bahan sumber pendidikan yang boleh dimanafaatkan untuk pengajaran dan juga
pembelajaran. Selain itu, Eduweb TV juga dilengkapkan dengan video pengajaran guru yang
berpengalaman dan pengajaran guru cemerlang dimana guru oleh rujuk kaedah pengajaran
video guru sebagai rujukan dalam guru merancangan pengajaran diri yang bakal diajar di
sekolah Sebagai satu inovasi, informasi berkaitan isi kandungan serta kelebihan Eduweb TV
perlu dimaklum sebar secara meluas melalui saluran pelbagai media. Ini turut disokong oleh
Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam laporan Utusan Malaysia pada
13 Januari 2010 dimana menurutnya, kemajuan teknologi terkini mampu menambah baik
3
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta merapatkan jurang digital antara
sekolah bandar dan luar bandar.

Manakala hasil kajian mendapati antara masalah yang sering dihadapi oleh para guru di
sekolah rendah ataupun sekolah menengah jika menggunakan TV Pendidikan yang berbentuk
web sepanjang dalam proses PdP ialah sekolah masih tidak dilengkapi dengan kemudahan
komputer yang mencukupi untuk melayari Eduweb TV dan sistem rangkaian internet yang
kurang memuaskan. Apabila rangkaian internet kurang memuaskan, maka guru-guru
memerlukan masa yang panjang untuk melayari Eduweb TV dan menghadapi masalah dalam
memuat turun bahan-bahan yang terdapat dalam laman Eduweb TV. Ini membuatkan proses
PdP tidak dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu kemudahan LCD tidak mencukupi turut
menjadi salah satu masalah dalam menggunakan Eduweb TV sepanjang proses PdP. Selain
itu, walaupun perkakasan dan bahan pengajaran dalam Eduweb TV boleh membantu
menjadikan pembelajaran lebih menarik, mudah di reka bentuk dan boleh diulang beberapa
kali. Namun, dapatan kajian mendapati bahawa siaran Eduweb TV yang sering berulang kali
bagi satu-satu topik pengajaran membuatkan para pelajar menjadi bosan dan tidak berminat
untuk menonton siaran TV Pendidikan lagi.

4
Soalan 1(b)
Analisa bagaimana dua (2) usaha ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan di
Malaysia. Anda boleh menggunakan pengalaman dan pemerhatian anda di sekolah
sebagai contoh.

Pertama,Frog Virtual Learning Environment (VLE) 1BestariNet merupakan usaha pihak


kementerian yang paling menonjol. Laman ini mampu memberi kemudahan kepada guru dan
pelajar untuk mengaksesnya. Di samping itu, melalui laman ini juga para guru juga dapat
memberikan tugasan atau nota serta dapat menilai prestasi para pelajar secara atas talian
manakala pelajar-pelajar juga mendapat manfaat daripada penggunaan tersebut.

Unutk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah, penggunaan Frog VLE ini


mendatangkan manfaat kepada warga sekolah seperti memudahkan komunikasi antara guru
dan pelajar mahupun sesama guru. Hasil kerja guru boleh dimuatnaik dan mampu menjadi
rujukan bagi guru lain. Hal ini dapat meningkatkan kecekapan dalam penyebaran ilmu di
sekolah.Sistem ini juga dapat melatih kecekapan para guru dalam pentadbiran contohnya
seperti rekod kedatangan pelajar. Rekod kedatangan pelajar kini boleh disimpan terus ke
dalam sistem pendidikan. Laman ini juga dapat melihat prestasi dan penglibatan aktif para
pelajar dalam bidang kurikulum.

Di sekolah saya, pada masa itu Frog VLE ini telah memberikan pelbagai faedah yang
meluas terutamanya dari sudut Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK). Kadar penggunaan platform Frog VLE di sekolah adalah mencapai
100%, ini kerana warga sekolah saya memang berminat untuk belajar menggunakan sistem
tersebut dalam PdP untuk meningkatkan kemahiran ICT warga sekolah. Sistem ini dibuktikan
telah berjaya membuktikan anjakan ketujuh dalam PPPM dengan memperluaskan rangkaian
internet 4G kepada semua 10,000 sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

Tambahan, kebanyakan guru Bahasa dan Sains sekolah saya telah mengaplikasikan Frog
VLE ini dalam PdP mereka. Pada pendapat mereka juga mengatakan cara ini begitu baik
dalam pendidikan. Namun, biarpun terdapat kebaikan yang banyak, mereka lebih selesa
mengajar secara bersemuka kerana terdapat beberapa topik yang perlu ditunjukkan secara
bersemuka.

5
Usaha kedua untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah saya ialah penggunaan
Eduweb TV diperluaskan pada masa itu.Sekolah saya lebih memilih platform Eduweb TV
ini kerana para pelajar di sekolah saya agak berdisiplin dan menepati waktu. Oleh itu tiada
gangguan dari segi waktu untuk menonton. Para pelajarnya juga mudah memahami isi
kandungan siaran TV Pendidikan tersebut. Guru-guru tidak menghadapi masalah dalam
mencapai objektif pengajaran di akhir penontonan. Selain itu, sekolah saya mempunyai
fasilitisnya boleh dikatakan lengkap, banyak dan canggih

Pada pendapat guru sekolah saya, Eduweb TV ini memberi platform kepada para pendidik
atau guru untuk mendapat sumber kandungan pengajaran atau pembelajaran. Pada era ini
amalan perkongsian pengajaran dan pembelajaran adalah satu trend baru di mana segala
bahan pengajaran dan pembelajaran ini boleh digunakan semula oleh guru dan sumber ini
boleh diubahsuai mengikut ketetapan oleh seseorang guru. Guru tidak perlu membuang
banyak masa untuk menyediakan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran baru. Masa
yang dijimatkan membolehkan guru untuk merancang dan menyusun pengajarannya supaya
dapat menghasilkan pengajaran yang lebih berkualiti dan releven dengan pembelajaran
pelajar.

Setelah dianalisa didapati lebih dari separuh guru sekolah saya tahu bahawa TV
Pendidikan kini telah diserap sepenuhnya dalam bentuk laman Eduweb TV, mereka
mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan laman Eduweb TV ini kerana
laman Eduweb TV lebih senang digunakan, lebih bersifat mesra pengguna dan lebih menarik
perhatian pelajar berbanding TV Pendidikan. Dengan laman Eduweb TV ini juga boleh
mengatasi masalah waktu tayangan siaran pendidikan tersebut tidak bersesuaian dengan
jadual waktu guru dan para pelajar.

Akhirnya, untuk memastikan kualiti pendidikan negara berkembang dan maju.Negara kita
hendaklah mengikuti corak sistem pendidikan negara seperti Singapura dan Korea Selatan
bagi meningkat taraf dan kualiti pendidikan termasuk mengadakan kerjasama dengan negara
terbabit untuk berkongsi idea terhadap cara meningkatkan kualiti pendidikan negara masing-
masing. Peningkatan taraf kualiti sistem pendidikan negara kita amat penting bagi
memastikan negara kita mencapai status negara maju.

6
Soalan 2 (a)
Bincangkan lima kelebihan e-pembelajaran

Kelebihan pertama dalam e-pembelajaran ialah pelajar dan guru dapat meningkatkan
kemahiran ICT. Hal ini demikian kerana guru dan pelajar perlu menggunakan komputer,
tablet atau telefon bimbit serta capaian Internet untuk menjalankan pembelajaran secara atas
talian. Guru perlu mempelajari cara untuk menganjurkan kelas menggunakan aplikasi
penggilan video yang terbaik dan mudah untuk para pelajar menyertainya. Dari sudut pelajar
pula, mereka perlu peka dan bersedia untuk menyertai setiap kelas yang telah disediakan oleh
guru dari subjek-subjek yang berlainan. Kerja sekolah atau latihan yang diberikan oleh guru
juga pastinya berbeza jika dibandingkan sewaktu pembelajaran secara bersemuka
dilaksanakan. Para guru atau pelajar kena bersedia untuk mempelajari sesuatu yang baharu
bagi meningkatkan kemahiran diri kerana laut yang ditimba tidak akan kering.

Selain itu, kelebihan kedua dalam e-pembelajaran ialah guru dapat menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan mudah. Di bilik darjah, guru perlu menulis
di papan hijau atau papan putih untuk mengajar dan pelajar pula merujuk buku teks yang
kurang interaktif. Melalui pendidikan secara atas talian, guru boleh menyediakan bahan
pengajaran yang lebih interaktif seperti menggunakan Microsoft PowerPoint. Bahan
pengajaran ini boleh diselitkan dengan pautan video, gambar dan animasi yang mampu
menarik perhatian para pelajar. Tambahan pula, pelajar mempunyai kelebihan untuk mencari
sendiri maklumat lebih lanjut tentang sesuatu topik yang dipelajari menggunakan enjin carian
seperti Google dan Yahoo. Aplikasi penstriman video seperti Youtube juga telah menjadi
salah satu cabang pendidikan secara maya yang semakin mendapat perhatian oleh pelajar
untuk mengulang kaji pelajaran atau mempelajari teknik baharu untuk bersedia menghadapi
peperiksaan. Ungkapan lain dahulu lain sekarang jelas menunjukkan pembelajaran atas talian
adalah lebih mudah dan interaktif untuk generasi hari ini.

Pada masa yang sama, kelebihan ketiga e-pembelajaran adalah penggunaan sistem
pembelajaran atas talian dapat mengurangkan kos perbelanjaan seorang pelajar. Proses
pembelajaran di sekolah secara bersemuka memerlukan pelajar untuk memakai uniform
sekolah, membeli buku teks dan latihan serta membayar yuran van atau bas untuk
menghadirkan diri ke sekolah. Pada masa pandemic covid -19,apabila PDPR diperkenalkan,
pelajar hanya perlu duduk di rumah dan menyertai kelas tanpa perlu membayar kos-kos yang
7
dinyatakan di atas. Tidak dinafikan ibu dan bapa perlu menyediakan peranti seperti komputer
dan capaian Internet yang stabil untuk anak-anak menikmati pembelajaran atas talian yang
lancar. Namun, ia dapat membantu meringankan beban secara jangka masa panjang lebih-
lebih lagi jika ibu dan bapa kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji sewaktu menghadapi
Covid-19. Dari sudut pandang mahasiswa dan mahasiswi pula, e-pembelajaran ini amat
meringankan bebanan kewangan yang ditangung mereka kerana tidak perlu membayar yuran
penginapan dan kos pengangkutan yang mereka lazimi. Tuntasnya, e-pembelajaran memang
membawa mesej berbentuk positif dariapda para pelajar dapat menjimatkan kos pelajar pada
aspek tertentu.

Seterusnya, kelebihan keempat e-pembelajaran ialah mesra alam. Pembelajaran secara


trandisional banyak bergantung kepada buku, jurnal dan bahan cetakan, maka semua bahan
pengajaran dan pembelajaran dalam e-pembelajaran adalah berbentuk video, bahan elektronik,
e-book dan kaedah penghantara hasil kerja adalah dalam berbentuk softcopy dan tidak perlu
cetak. Jika pengurangan penggunaan bahan cetak dapat memelihara dan memulihara alam
sekitar dalam kehidupan kita seperti pengurangan penerbangan pokok-pokok untuk
menghasilkan kertas untuk cetakan. selain itu, e-pembelajaran juga merupakan satau kaedah
“go green” dan elak daripada pembaziran dan menjimatkan kos untuk membeli kertas dalam
pembelajaran. Cara ini bukan sahaja dapat menjimat kos tetapi juga dapat menjaga alam
persekitran.

Akhirnya kelebihan kelima e-pembelajaran ialah fleksibiliti. E-pembelajaran tidak


menghadkan jarak, asalkan semua pelajar mempunyai peranti atau interne.Pelajar-pelajar
boleh mendapat bahan pembelajaran di mana sahaja dan tidak terhad untuk hadir ke sekolah
atau institusi. Fleksibiliti ini akan membantu pelajar yang ingin mendapat pembelajaran tanpa
mengira jarak rumah dengan sekolah. Kaedah ini juga dapat menjimatkan masa perjalanan
dan kos sara hidup di mana pelajar perlu menginap di asrama kerana ini belajar di institusi
yang tertentu. Secara tidak langsung boleh mengurangkan kos pembiayaan pembelajaran dan
sara hidup. Selain itu, pelajar boleh menjalankan pembelajaran bila-bila masa tidak dihadkan
dengan jadual waktu bersemuka seperti mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh sekolah
atau institusi. pelajar boleh menguruskan pembelajaran mengikut jadual ketetapan diri dan
bukan terkongkong dengan jadual waktu yang ditetapkan.

8
Soalan 2 (b)
Cadangkan bagaimana setiap kelebihan boleh membantu meningkatkan pendidikan di sekolah-
sekolah Malaysia

Pertama, Kemahiran ICT guru-guru dalam e-pembelajaran sebenarnya mempunyai kaitan


dengan pengetahuan dan kemahiran guru tentang komputer. Oleh itu bagi memastikan aspek
pengajaran pembelajaran berbantukan komputer berjalan dengan lancar, satu aspek yang
perlu diambil perhatian ialah pengetahuan guru. Ini kerana tanpa pengetahuan yang baik dan
jelas berkenaan dengan komputer dapat memastikan penggunaan ICT sebagai alat dapat
dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Pada masa ini, guru-guru sudah berasa selesa semasa
menggunakan komputer. Internet contohnya, merupakan salah satu saluran pengetahuan yang
boleh digunakan dalam mendapatkan maklumat dan idea-idea baru berkenaan satu-satu
perkara. Pengenalan kepada inovasi dalam meningkatkan pendidikan di sekolah iaitu
penggunaan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran memerlukan perkembangan baik
dari segi ilmu dan pengalaman guru. Inovasi hanya dianggap berjaya apabila guru-guru telah
dapat menerima dan mengaplikasikannya. Sebagai contoh, mereka boleh dan berkeupayaan
melaksanakannya dalam bilik darjah. Selain daripada itu mereka juga perlu menunjukkan
keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan mengadaptasi ICT ke dalam pengajaran
pembelajaran mereka. Kebanyakan guru-guru menggunakan beberapa perisian dalam kerja-
kerja di sekolah dalam perkara-perkara seperti berikut MS Word,MS Excel,MS Access,MS
Power Point dan aplikasi teknologi tambahan seperti youtube, zoom, google meet,google
classroom, MS Team dan lain-lain.Guru-guru banyak memilih aplikasi teknologi pengajaran
dan pembelajarn tersebut boleh menarik minat serta mencabar kebolehan pelajar, merangsang
pembelajaran dan menyeronokkan, berjaya melepaskan horizon intelektual, sosial, moral,
kerohanian dan mewujudkan perspektif positif seperti merasa penting untuk dipelajarai serta
berguna untuk masa hadapan. Justeru, satu anjakan paradigma harus dilakukan untuk
menjadikan guru-guru minat dalam teknologi komunikasi dan informasi dengan penggunaan
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kedua, e-pembelajaran menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih


interaktif .Melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Ruamh (PDPR), para pelajar akan
menjalankan pembelajaran secara atas talian dengan tunjuk ajar guru di rumah masing-
masing. Para guru akan menggunakan pelbagai platform atas talian seperti WhatsApp,
Telegram, Google Meet, MS Teams dan juga Google Classroom untuk memastikan para

9
pelajar mendapat maklumat dan memahami setiap mata pelajaran dengan berkesan. Untuk
memastikan pembelajaran atas talian ini boleh dijalankan dengan sempurna, para pelajar
perlu mempunyai media elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba atau komputer
peribadi.SIRT dibangunkan untuk para pelajar sekolah untuk memastikan mereka
menggunakan telefon bimbit dengan sewajarnya. Selain daripada itu,salah satu sistem
bernama SIRT dapat membantu para pelajar membuat ulangkaji setelah selesai setiap sesi
pembelajaran secara atas talian dengan lebih berkesan. Disamping itu juga, para pelajar dapat
memanfaatkan aplikasi yang terdapat di dalam telefon bimbit mereka dengan lebih berfaedah.
Didapati banyak pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mengetahui faedah penggunaan
SIRT kepada mereka.SIRT adalah satu video yang dibangunkan menggunakan aplikasi
TikTok di mana para pelajar akan membuat nota ringkas berkaitan dengan subjek yang
dipelajari secara atas talian. Berbanding dengan nota manual, SIRT dapat membantu para
pelajar menggunakan aplikasi TikTok dengan cara yang lebih berfaedah. Selepas setiap sesi
pembelajaran, para pelajar akan membuat nota ringkas berkaitan dengan apa yang dipelajari
menggunakan aplikasi TikTok dan seterusnya nota tersebut boleh dikongsi bersama dengan
rakan-rakan yang lain. Ini dapat membantu para pelajar mengulangkaji pelajaran yang di ajar
dengan lebih menarik dan berkesan.

Ketiga, kaedah e-Pembelajaran ini dapat menjimatkan masa serta mengurangkan kos.
Pelajar dapat belajar sesuai dengan kemampuan mereka. Ia juga lebih bersifat pembelajaran
dan latihan kendiri, sangat fleksibel bagi pelajar di sekolah ataupun pelajar yang sedang
bekerja sepenuh masa tetapi mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi. Dapat menjimatkan kos kewangan kerana guru mahupun pelajar tidak perlu membuat
‘print out’ nota-nota mereka. Kos bagi penggunaan kertas juga dapat dikurangkan serta dapat
meringankan beban institusi pendidikan kerana perbelanjaan menyewa dan menyediakan
tempat belajar murid dapat dikurangkan. pelajar juga boleh meneroka ilmu yang
kemungkinan tidak disediakan di sekolah harian biasa. Ia adalah merentas sempadan dan
menjangkau sumber dari pihak luar negara.Oleh itu, pemikiran pelajar tidak konvensional
malahan persepsi mereka juga terbuka, lebih positif, tidak ketinggalan dan maju ke hadapan.

Seterusnya,Kebanyakan bahan kandungan pembelajaran e-pembelajaran adalah berbentuk


maya, video dan softcopy. Maka KPM boleh menjimatkan kos pembiayaan pencetakan buku
teks yang memerlukan kos yang tinggi berpuluh-puluh juta ringgit dalam pencetakkan buku
teks setiap tahun. Kos ini boleh dijimatkan dan digunakan untuk meningkatkan taraf
10
prasarana ICT sekolah-sekolah Malaysia tujuan mempromosikan e-pembelajaran. Sebagai
contohnya, cadangan tablet atau ipad boleh dibekalkan kepada setiap pelajar untuk mengganti
buku teks bercetak. Pelajar hanya membawa tablet ke sekolah sahaja dan kebaikan untuk
meringankan beban beg sekolah juga. Selain itu, pencetakkan buku teks tidak diperlukan
yang boleh memelihara pokok-pokok persekitaran dan mengurangkan aktiviti pembalakan di
kawasan hutan. Dengan menggalakkan penggunaan e-pembelajaran, pelajar telah diberi
pendedahan awal seperti work from home atau learn from home , Pembelajaran pelajar tidak
akan terbantut dalam musim seperti pandemik covid-19. Pelajar dan guru adalah lebih
bersedia untuk menghadapi situasi begini pada masa depan. Kualiti Pendidikan tidak akan
terjejas dengan mendadak akibat pendemik.Program teknologi ICT hijau dilaksanakan di
setiap sekolah merupakan satu amalan yang efektif dan efisien yang mana ianya merangkumi
aspek perolehan, aplikasi dan pelupusan peralatan-peralatan ICT yang digunakan dalam
pejabat ataupun di bilik darjah seperti komputer peribadi, komputer riba, telefon talian tetap,
telefon bimbit, pelayan (server), pengimbas (scanner), hub, pencetak dan peralatan rangkaian
agar dapat memberi kesan yang minima kepada alam persekitaran.Terdapat tiga peringkat
yang diberi penekanan khusus dalam mengaplikasikan ICT Hijau. Pertama ialah peringkat
perolehan yang mana peralatan ICT bilik darjah mestilah mempunyai ciri-ciri khusus.
Sebagai contoh, paparan komputer jenis Light-Emitting Diode (LED) atau Liquid Crystal
Display (LCD) serta mempunyai fungsi Power Saving Sleep Mode. Kedua, peringkat
mengaplikasikan amalan-amalan hijau dalam penggunaan peralatan ICT tersebut. Sebagai
contoh menggunakan perkongsian pencetak dan Thin Client Technology dan yang ketiga
adalah peringkat terakhir iaitu berkaitan dengan proses pelupusan peralatan ICT yang mesti
mengambil kira implikasinya terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Akhirnya, penggunaan e-pembelajaran sememangnya lebih fleksibel penggunaannya


dalam pembelajaran. Tambahan lagi, bahan pembelajaran di dalam e-pembelajaran lebih
mudah untuk diakses dimana sahaja tanpa mengira waktu dan sempadan, disamping
mengandungi pelbagai sumber-sumber rujukan termasuk daya tarikan yang menarik dari segi
penggunaan multimedia dan grafik dalam e-pembelajaran. Proses mempelajari e-
pembelaajran kini menjadi semakin mudah digunakan seiring dengan perkembangan era
global dan era digital informasi. Bagi memastikan penggunaan e-pembelajaran dapat
digunakan secara meluas dan bebas dalam penggunaan yang berkesan dikalangan pelajar,
perlu diketahui faktor-faktor yang mempengaruhi kepada penggunaannya. Selain itu, terdapat
banyak faktor yang telah dikenalpasti yang mendorong kepada penggunaan LMS, antara
11
faktor yang mempengaruhi penggunaan teknologi adalah termasuk kursus teknologi yang
diberikan, kebimbangan terhadap teknologi, efektif pengajaran dengan menggunakan
teknologi moden, kesediaan terhadap teknologi moden, pengertian terhadap halangan,
kebimbangan terhadap teknologi dan kepunyaan rangkaian internet di rumah.

LMS (Learning Management System) yang digunakan sepagai platform untuk


menyampaikan bahan pembelajaran secara talian, tidak kira dalam bentuk teks atau
persembahan dan lebih bersifat informasi dan individualistik. LMS atau sistem pengurusan
pembelajaran merupakan sistem maklumat yang direka dengan tujuan untuk memudahkan
penyampaian kursus atas talian. LMS juga turut menggunakan terma lain seperti CMS
(Course Management System) dan VLE (Virtual Learning Environment). LMS adalah sistem
maklumat yang mentadbir kursus pengajar yang diterajui dan dan menjejaki kemajuan pelajar.
LMS memudahkan usaha dalam latihan, penilaian, dan mengenalpasti prestasi dan
pencapaian akademik pelajar.

12

You might also like