Sejarah KSSM T4 Bab3

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun Di

Negara kita
Nasionalisme di
negara kita Perang D 2
Menentang British. Faktor - Ideologi baharu
-Tidak puas hari
- Kegagalam LBB
Perang D 1
Punca – Perkembangan Faktor Jepun-
nasionalisme
Faktor - Persaingan kuasa
Negara kita
- Pakatan tentera Pentadbiran - Pemerintah
- Krisis Rantau-Balkan Tentera
Kesan - Keruntuhan beraja Ekonomi - Sistem kawalan
- Muncul negara baru Sosial - Sistem persekolhan Jepun
- Raja Melayu
tandangan sokong
British
SOALAN 1
Bagaimanakah langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan kedaulatan di
negara kita. (4 markah)

Langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan kedaulatan di


negara kita melalui mengukuhkan sistem pertahanan negara yang
berpandukan kepada perlembagaan negara. Selain itu, pemimpin negara
haruslah menjalinkan hubungan kerjasama dengan kuasa-kusa besar yang lain
bagi mengukuhkan ekonomi dan keselamatan negara. Seterusnya,
mengelakkan campur tangan hal ehwal negara lain bagi menghindarkan
permusuhan. Di samping itu, pemimpin negara wajar menyelesaikan masalah
secara berhemah melalui permuafakatan dan keputusan berdasarkan
perlembagaan.
SOALAN 2
Sejauh manakah pengamalan dasar berkecuali memberikan kelebihan kepada negara
kita.

Pengalaman dasar berkecuali memberikan kelebihan kepada negara kita


kerana dapat mengekalkan keamanan negara melalui kerjasama yang dijalin bersama
negara lain. Sebagai contoh, negara kita mengamalkan dasar pandang ke timur pada
pemerintahan Tun Dr Mahathir. Jelas menunjukkan bahawa kerjasama yang dijalin
mampu memantapkan sistem pentadbiran negara kita.

Selain itu, dapat meningkatkan imej negara kerana negara kita dapat dikenali
oleh negara-negara lain. Sehubungan dengan itu, ia memberi peluang dan kelebihan
dari aspek kemajuan ekonomi sekaligus mampu memudahkan perkongsian dan
pertukaran teknologi moden supaya dapat meningkatkan pendapatan negara. Jelas
menunjukkan bahawa dasar berkecuali mampu menghindari negara kita daripada
ancaman kuasa negara lain.
SOALAN 3
Pada pandangan anda sebagai generasi muda pada hari ini, apakah iktibar yang boleh
diambil daripada peristiwa pendudukan Jepun di negara kita.

Pada pandangan saya, antara iktibar yang boleh dimbil daripada


peristiwa pendudukan Jepun di negara kita termasuklah tidak mudah mempercayai
perjuangan yang dibawa oleh penjajah. Hal ini kerana masyarakat Tanah Melayu telah
ditipu oleh Jepun dengan hasrat membebaskan Tanah Melayu daripada cengkapan
British. Jelas menunjukkan bahawa peristiwa ini telah membangkitkan semangat cinta
akan negara dalam diri generasi hari ini.

Seterusnya, menjaga kedaulatan negara. Hal ini kerana Jepun telah


menepikan kuasa raja menyebabkan kedaulatan Raja-Raja Melayu tergugat. Sebagai
contoh, Jepun telah menyebarkan perjuangan mereka di sekolah-sekolah dan tempat
beribadat. Oleh itu, sebagai generasi kini kita harus menjaga dan memelihara kedaulatan
negara daripada diancam oleh penjajah.

You might also like