Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pengenalan

Usahawan ialah individu yang menggabungkan dan menyelaraskan faktor


pengeluaran yang lain iaitu tanah, buruh dan modal untuk mengeluarkan barang
dan perkhidmatan. Usahawan bertujuan untuk mencapai pengeluaran output
yang maksimum atau meminimumkan kos pengeluaran untuk memperoleh
untung yang maksimum. Ganjaran kepada usahawan adalah untung kerana
usahawan merupakan seorang individu yang kreatif, inovatif, berani
menghadapi risiko, rajin, gigih dan tidak mudah putus asa.
Tajuk tugasan yang dikaji adalah berkaitan dengan masalah kekurangan faktor
pengeluaran iaitu usahawan bumiputera dalam sektor perkayuan oleh sebuah
akhbar Berita Harian pada Januari 2022. Pada masa kini usahawan menggalas
tanggungjawab yang penting untuk membangunkan masyarakat dan negara.
Usahawan bukan sahaja hanya berniaga untuk fokus kepada keuntungan
semata-mata, malah mereka adalah pemangkin kepada pertumbuhan dan
pembangunan ekonomi negara. Usahawan
Hal ini yang sedang diusahakan oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
(MTIB) untuk memperbanyakkan lagi usahawan bumiputera dalam sektor
perkayuan. Malaysia merupakan antara pengeluar perabot kayu terbesar di
dunia. Bagaimanapun, bilangan dan jumlah eksport oleh pemain industri
perkayuan dalam kalangan usahawan bumiputera masih kecil. Sebanyak 99.5
peratus perusahaan usahawan bumiputera masih beroperasi secara kecil dan
mikro.
1. Melaksanakan Program Peningkatan Kapasiti Pengeluaran di Kilang
Kerja Kayu SME Bumiputera di bawah projek Rancangan Malaysia
Antara usaha yang dilakukan oleh MTIB ialah dengan menjalankan Program
Peningkatan Kapasiti Pengeluaran di Kilang Kerja Kayu SME Bumiputera di
bawah projek Rancangan Malaysia dengan keseluruhan peruntukan sebanyak
rm39.7 juta. Melalui program ini juga, usahawan-usahawan bumiputera yang
layak akan diberi pinjaman mesin berteknologi tinggi untuk meningkatkan
kapasiti pengeluaran agar dapat bersaing dengan lebih kompetitif dalam
pasaran. Selain daripada itu, pinjaman mudah juga akan diberikan di bawah
program sokongan bahan mentah untuk membantu usahawan bumiputera
membeli bekalan bahan mentah kayu yang diperlukan bagi pembuatan perabot
dan produk brnilai tambah tinggi. Hasil daripada inisiatif ini, ia dapat
meningkatkan kapasiti pengeluaran kilang kayu milik usahawan bumiputera dan
mendapat keuntungan yang tinggi.
Selain itu, MTIB juga meganjurkan penganjuran Wood & Lifestyle Fair
bermula pada tahun 2016. Anjuran ini memberi peluang kepada usahawan-
usahawan Bumiputera untuk meningkatkan jualan dalam pasaran domestic.
sebagai contoh, Kedah Wood & Lifestyle Fair yang berlangsung telah
membantu usahawan bumiputera di Kedah yang mempunyai bakat besar dalam
menghasilkan reka bentuk produk berasaskan kayu tersendiri.mereka boleh
mengeluarkan produk ukiran, pintu, perabot rumah, kabinet dapur, hiasan
dalaman dan bahan binaan berasaskan kayu. Mereka dapat mempelajari cara
pemasaran produk berasaskan kayu kepada pengguna yang dapat
memaksimumkan keuntungan. Hasilnya, mereka telah menjana jualan sebanyak
RM22.77 juta sejak pelaksanaan pameran itu sehingga 2017. Sebanyak RM9.2
juta jualan di Kedah dijana. Perbelanjaan sebanyak RM 5.3 juta untuk
penganjuran pameran itu Berjaya menghasilkan pulangan hamper 10 kali ganda
iaitu sebanyak RM45. 5 juta.

Usahawan ialah individu yang sanggup menanggung risiko untuk


menggabungkan sumber-sumber ekonomi supaya dapat menghasilkan barang
dan perkhidmatan. Dalam artikel ini, Lembaga Perindustrian Perkayuan
Malaysia (MTIB) akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan seperti
kerajaan, university, dewan perniagaan, penyelidik dan agensi lain untuk
memperbanyakkan lagi usahawan Bumiputera dalam industry perkayuan negara
pada masa akan datang. Mereka telah melakukan pelbagai inisiatif untuk
menarik minat usahawan bumiputera dan memberi tunjuk ajar kepada mereka
seperti cara pemasaran dan bagaimana hendak menghasilkan produk yang lebih
berkualiti. Mereka juga akan melancarkan Pelan Strategik Pembangunan
Industri Ukiran Kayu Negara 2021-2030 pada 18 Disember 2021 untuk
mencapai matlamat ke arah memartabatkan lagi industry ukiran kayu negara
dan melahirkan usahawan Bumiputera yang Berjaya sehingga ke peringkat
antarabangsa.pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa bilangan usahawan
semakin bertambah, dengan demikian sumber ekonomi juga akan bertambah
Keluk kemungkinan pengeluaran asal ialah AC dan beralih ke kanan daripada
kombinasi AC ke A’ C’. Terdapat berlakunya peningkatan faktor pengeluaran
iaitu
usahawan.

You might also like