Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SK PEKAN KUALA PENYU,

PETI SURAT 24, 89747 KUALA PENYU, SABAH

KERTAS KERJA

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2021

TARIKH :
16 OGOS 2021 – 05 SEPTEMBER 2021

TEMPAT :
KEDIAMAN MURID MASING-MASING

ANJURAN BERSAMA:
 PANITIA SEJARAH
 PANITIA BAHASA MELAYU
 PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
 PANITIA MUZIK
 UNIT PUSAT SUMBER SEKOLAH
 UNIT KO-KURIKULUM
Nama Aktiviti / Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah SK
Program Pekan Kuala Penyu Tahun 2021

Sinopsis Aktiviti / Program ini merupakan satu program yang dirangka dan dianjurkan
Program dengan kerjasama beberapa panitia yang telah menyediakan
pertandingan yang sesuai dengan keadaan pendemik pada masa kini.
Semangat patriotik perlu ditanamkan dalam jiwa kanak-kanak agar
mereka sentiasa menghargai dan menghayati sejarah perjuangan
mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar.

Objektif i. Mencungkil bakat sedia ada murid serta meningkatkan


keyakinan dalam diri mereka.
ii. Meningkatkan semangat kecintaan terhadap negara dan
menghargai serta menghormati nilai perkauman yang ada di
Malaysia.
iii. Menyerlahkan potensi dan nilai jati diri murid dalam
deklamasi puisi.
iv. Mengeratkan hubungan antara murid dan keluarga.
v. Mengasah bakat seni yang ada dalam diri murid dalam
menghasilkan poster serta meningkatkan nilai positif dalam
diri murid.
vi. Meningkatkan pengetahuan murid terhadap peristiwa yang
berlaku sebelum kemerdekaan negara Malaysia.
Penganjur Panitia Sejarah
Panitia Bahasa Melayu
Panitia Pendidikan Seni Visual
Panitia Muzik
Unit Pusat Sumber Sekolah
Unit Ko-Kurikulum

Tarikh / Tempat 16 OGOS 2021 sehingga 05 SEPTEMBER 2021


Kediaman murid masing-masing

Penyertaan / Sasaran Semua murid sekolah SK Pekan Kuala Penyu


(Prasekolah, PPKI, Tahap 1 dan Tahap 2)

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan bagi memberi peluang kepada semua murid untuk menyertai
pertandingan yang berunsurkan patriotik meskipun di alam maya dengan menggunakan
pelbagai medium bagi mencungkil bakat murid, mengekspresikan kreativiti dan idea murid,
menyerlahkan bakat murid yang ada serta menguji kefahaman murid berkaitan dengan
identiti negara Malaysia disamping memupuk semangat cinta akan negara serta
meningkatkan keyakinan murid untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak
sekolah.

2
2.0 PENGENALAN
Program Bulan Kemerdekaan ini merupakan acara tahunan yang dilaksanakan hampir semua
sekolah rendah mahupun sekolah menengah atau institusi tertinggi bagi meningkatkan
semangat patriotisme dalam diri murid. Bulan kemerdekaan yang disambut setiap tahun
mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa
Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu
memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang
sebenar. Sekolah menjadi antara agensi utama kerajaan mendidik dan membina murid agar
mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Justeru itu, penglibatan daripada pelbagai
panitia amat membantu murid untuk menyerlahkan potensi diri dengan mengikuti pelbagai
acara dan pertandingan yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ini. Oleh yang
demikian, program ini dilaksanakan dengan matlamat bagi membangkitkan semangat
patriotik bukan sahaja di kalangan murid-murid sekolah bahkan seluruh warga SK Pekan
Kuala Penyu.

3.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini diharap agar murid-murid dapat :
1. Menyemai semangat cinta akan negara dan patriotisme
2. Mencungkil bakat yang ada pada diri murid
3. Menguji pengetahuan am murid
4. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara murid
5. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan
kemerdekaan ini
6. Mengetahui erti kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang
mereka kecapi selama ini.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh Penyertaan : 16 Ogos 2021 Sehingga 05 September 2021
Tempat : Kediaman murid masing-masing

5.0 KUMPULAN SASARAN / PESERTA


Kumpulan sasaran utama program ini ialah semua murid Sk Pekan Kuala Penyu.
a) Prasekolah
b) Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
c) Tahun 1 sehingga Tahun 6

6.0 AHLI JAWATANKUASA DAN SENARAI TUGAS

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tn Mahadi Bin Ismail (Guru Besar Sk Pekan)


Timbalan Pengerusi : En Azamain Bin Ag. Damit (Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
Naib Pengerusi I : : En Fadilah Bin Awang Amit (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : Pn Lea Soidi (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Penyelaras Program : Pn Salamah Binti Talib (Ketua Panitia Sejarah)
Setiausaha : Cik Nurfathiyah Aida Binti Deris

Ajk : Semua Ketua Panitia yang terlibat :


 Pn Ajijah Binti Ali Hassim – Ketua Panitia Bahasa Melayu
 Pn Latifah Binti Maidin – Ketua Panitia Muzik

3
 Pn Dermatasiah Binti Hj Othman – Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
 Pn Salamah Binti Talib – Ketua Panitia Sejarah
 Cik Nurfathiyah Aida Binti Deris – Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
 En Azamain Bin Ag.Damit – Penolong Kanan Ko-Kurikulum

AJK Publisiti Dan Dokumentasi:


En Mohd Rafieuddin Bin Zinin
Cik Sylvia Matijan

Ahli Jawatankuasa Pelaksana:

Hakim Pertandingan Kuiz Kemerdekaan Hakim Pakaian Merdeka & Etnik


1. Cik Nurfathiyah Aida Binti Deris Malaysia
2. Cik Rukiah Binti Piut 1. En Fadilah Bin Awang Amit
2. Pn Salamah Binti Talib
Hakim Puisi Patriotik 3. Cik Nurfathiyah Aida Binti Deris
1. Pn Ajijah Binti Ali Hassim
2. Pn Dermatasiah Binti Hj Othman Hakim Fotografi Merdeka
3. Cik Rukiah Binti Piut 1. Tn Mahadi Bin Ismail
2. En Fadilah Bin Awang Amit
Hakim Nyanyian Patriotik 3. En Mohd Rafieuddin Bin Zinin
1. En Shyaldi Bin Suhimi 4. Pn Latifah Binti Maidin
2. En Bothlen Bin Sampit 5. Pn Bernardette Eddie

Hakim Mewarna Tahap 1 Hakim Pertandingan Murid Prasekolah


1. Pn Latifah Binti Maidin 1. Pn Rapziah Binti KK Damit
2. Pn Bernardette Eddie 2. Pn. Floryskterinah Eming
3. Pn Lea Soidi 3. Pn Suriyanti Binti Tawil
4. Pn Dermatasiah Binti Hj Othman 4. Pn Norisah Binti Mohd Salleh
5. Cik Nurfathiyah Aida Binti Deris
Hakim Pertandingan Murid PPKI
Hakim Melukis Poster Tahap 2 1. Mewarna - Pn Faridah Binti Zainal & En
1. Pn Dermatasiah Binti Hj Othman Bothlen Sampit
2. Cik Nurfathiyah Aida Binti Deris 2. Puisi Patriotik - Pn Juliana Asok
3. Pn Lea Soidi 3. Pakaian Merdeka @ Etnik Malaysia - Pn
4. Pn Latifah Binti Maidin Amirah Isra Balius
5. Pn Bernardette Eddie 4. Lagu Patriotik – En Bothlen Sampit
5. Fotografi Merdeka - En Alister Ashley
Justin

7.0 TENTATIF PROGRAM

Bil Nama Pertandingan Tarikh Perlaksanaan Anjuran


01 Kuiz Kemerdekaan Mingguan 16 Ogos – 5 September 2021 PSS
02 Fotografi Merdeka 16 Ogos – 27 Ogos 2021 KO-KUM
03 Puisi Merdeka 16 Ogos – 30 Ogos 2021 BM
04 Nyanyian Patriotik 16 Ogos – 30 Ogos 2021 MUZIK
05 Pakaian Merdeka@ Etnik Malaysia 23 Ogos – 3 September 2021 SEJARAH
06 Mewarna Tahap 1 30 0gos – 3 September 2021 PSV

4
07 Melukis Poster Tahap 2 30 0gos – 3 September 2021 PSV

8.0 PENUTUPAN PROGRAM


Tarikh: 9 September 2021
Hari: Khamis
Masa: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat: SK Pekan Kuala Penyu ( Lobi sekolah)
Penyampaian Hadiah: Secara pandu lalu di lobi sekolah (ibu bapa murid sebagai wakil
penerima hadiah)

9.0 HADIAH PERTANDINGAN DISEDIAKAN MENGGUNAKAN PCG PANITIA


MASING-MASING

10.0 PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah disasarkan.
Semoga semua perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat
kerjasama yang padu antara murid dan ibu bapa atau penjaga. Justeru itu, program sambutan
kemerdekaan ini bukan sahaja sebagai satu pengisian aktiviti malah mampu mengeratkan
silaturahim, mendidik murid untuk mencintai negara sekaligus menghargai jasa dan
pengorbanan pejuang yang terdahulu bagi memerdekakan negara Malaysia daripada penjajah
serta bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.

11.0 PENGESAHAN DAN KELULUSAN PROGRAM

Disediakan oleh : Disemak dan disokong oleh : Diluluskan oleh :

……………………. ……………………………. …………………..


SALAMAH TALIB FADILAH AWANG AMIT MAHADI ISMAIL
Penyelaras Program Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar SK Pekan KP

You might also like