Professional Documents
Culture Documents
Nota PP Sem 2
Nota PP Sem 2
Nota PP Sem 2
Bab 1:pengurusan
1.Pengenalan kepada pengurusan
1. maksud pengurusan
Maksud pengurusan: Pengurusan bermaksud adalah proses merancang, mengorganisasi,
memimpin, dan mengawal dan mengurus sumber manusia dan sumber bukan manusia bagi
mencapai matlamat organisasi. [2](wajib ada proses,sumber dan tujuan)
4.Sebagai Perunding
Pengurus merupakan juru runding organisasi dengan pihak luar [1]
Cth : Pengurus Pemasaran membuat rundingan dengan pembekal bagi membekalkan bahan mentah
/ Pengurus Kewangan berunding dengan pihak bank bagi mendapatkan pinjaman modal [1]
-2-
3.Pengurusan bawahan [1].
-Pengurus peringkat ini kebiasaannya terdiri dari penyelia-penyelia.
-mereka bertanggungjawab kepada pengurus pertengahan
-Biasanya kerja mereka adalah mengikut kemahiran khusus seperti sebagai penyelia pengeluaran,
penyelia mesin, pemasaran, akaun dan sebagainya.
-Mereka akan merencanakan kerja harian mereka. (rancangan operasi)
3. Kemahiran Teknikal
• keupayaan dan kecekapan pengurus untuk memahami dan menggunakan teknik, kaedah,
peralatan dan prosedur tertentu dalam pekerjaan.
-Kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan pengkhususan tugas
• Penggunaan mesin dalam pengeluaran umpamanya memerlukan kemahiran ini.
-Cth pengurus pengeluaran keropok mempunyai kemahiran mengoperasi mesin keropok
-cth:Jurutera syarikat kereta A mempunyai kemahiran mereka bentuk produk kereta mereka
-3-
5. Kemahiran Pembuatan Keputusan
• Kemahiran pengurus memilih alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
• Pengurus peringkat atasan terlibat dalam membuat keputusan yang besar berhubung dengan
perancangan strategik organisasi.
• pengurus juga dapat memahami persekitaran dan meramalkan perubahan dalam persekitaran.
-cth :Pengurus pembelian membuat keputusan membeli mesin baharu bagi meningkatkan
produktiviti dan kualiti produk
1.3.Perancangan
1.jenis-jenis perancangan
a)mengikut jangka masa
i.Rancangan jangkamasa pendek –dikenali rancangan operasi
-kurang satu tahun
-ditentukan oleh pengurusan bawahan untuk membentuk aktiviti jangka pendek
ii.Rancangan jangka masa sederhana-dikenali rancangan taktikal
-tempoh masa 1 hingga 3 tahun
-rancangan ini ditentukan oleh pengurus pertengahan
iii.Rancangan jangka panjang-dikenali rancangan strategic
-tempoh masa 3 hingga 5 tahun/melebihi 5 tahun
-rancangan ini ditentukan oleh pengurusan atasan
b)mengikut kegunaan
i.kegunaan berulang-ulang kali
-dikenali sebagai rancangan tersedia
-rancangan ini digunakan sebagai garis panduan untuk menangani situasi yang sering berlaku
-rancangan ini berbentuk dasar,tatacara dan peraturan
-cth.tatacara menyelesaikan masalah disiplin pekerja
ii.kegunaan sekali sahaja
-dikenali sebagai rancangan tunggal
-rancangan digunakan untuk mencapai matlamat tertentu dalam satu tempoh yang ditetapkan
Cth .rancangan belanjawan.ie akan dibentangkan sekali sahaja dalam satu tempoh kewangan
c)mengikut peringkat
i.strategic,
-rancangan menyeluruh yang menetapkan hala tuju organisasi
-merupakan rancangan jangka panjang
ii.taktikal
-cara atau langkah yang digunakan untuk mencapai strategi yang ditetapkan
-merupakan rancangan peringkat pertengahan
iii. operasi
-pernyataan secara khusus hasil yang perlu dicapai oleh pekerja bawahan dalam jangka masa
pendek
-merupakan perancangan jangka pendek iaitu kurang dari setahun
-4-
2.Proses perancangan
1.Menentukan matlamat dan objektif [ 1 ]
-Pengurusan atasan akan menetapkan matlamat umum organisasi yang melibatkan jangka masa
pendek atau jangka masa panjang
-Matlamat yang telah ditetapkan dijadikan panduan oleh pengurusan pertengahan dan penyelia
dalam membentuk objektif dan strategi bahagian masing-masing
-Contohnya, dalam membentuk objektif jualan, pengurus mensasarkan hasil jualan pada tahun ini
ialah RM5 juta
[
2.Menganalisis persekitaran perniagaan [1]
-Mengkaji persekitaran dalaman dan luaran organisasi
-Pengurus harus mengenalpasti corak persekitaran pada masa kini untuk membuat ramalan
perubahan persekitaran pada masa hadapan
-membuat analisis kekuatan,kelemahan,ancaman dan peluang(SWOT)
Contohnya, pengurus boleh mengkaji tren permintaan produk, cita rasa pelanggan, kedapatan
bahan mentah [1],
3.Membentuk alternatif tindakan [1]
-Pengurus menyenaraikan tindakan-tindakan alternatif yang akan diambil bagi mencapai objektif
organisasi
-Pengurus boleh memikirkan alternatif tindakan dengan mengkaji kekuatan, kelemahan, peluang,
dan ancaman dari persekitaran perniagaan
-Contohnya, untuk meningkatkan jualan, pengurus menyenaraikan alternatif tindakan, iaitu
meningkatkan promosi jualan, menurunkan harga, melatih pasukan juru jual atau meningkatkan
kualiti produk
4.Menilai alternatif
-Menilai kelebihan dan kelemahan setiap alternatif-alternatif yang telah dibentuk
-Menilai kemungkinan kejayaan setiap alternatif-alternatif yang telah dibentuk
-Penilaian boleh dibuat berdasarkan keupavaan syarikat dan juga mengambil kira kelemahan
syarikat
-Pengurus menyusun alternatif rancangan yang telah dinilai mengikut keutamaannya
-Contohnya, membuat analisis faedah-kos ke atas setiap alternatif tindakan yang telah dibentuk
-5-
2) Misi
• Merujuk kepada tujuan atau sebab kenapa sesebuah organisasi perniagaan ditubuhkan.
• Biasanya dinyatakan dalam bentuk umum menjelaskan skop operasi syarikat,pihak
berkepentingan yang terlibat, dan produk yang ditawarkan di pasaran.
3) Objektif
• Merujuk kepada sasaran atau hasil akhir yang perlu dicapai oleh organisasi dalam jangka masa
tertentu pada masa depan.
• Matlamat organisasi merupakan rancangan asas syarikat, tetapi jabatan juga mempunyai
matlamat mereka sendiri.
• Ini berkaitan atau selari dengan rancangan strategik, rancangan taktikal dan rancangan operasi.
4.strategi dan taktik
-strategi ialah rancangan menyeluruh untuk mencapai objektif jangka panjang
-taktik ialah langkah-langkah yang disusun untuk mencapai objektif jangka pendek
5.dasar/polisi
-ialah garis panduan umum untuk membantu pengurus membuat keputusan
-cth dasar kenaikan pangkat
6.prosedur
-tatacara atau langkah khusus yang perlu diikuti secara turutan untuk melaksanakan dasar.
-langkah-langkah untuk mengambil tindakan disiplin keatas pekerja
7.standard
-satu ukuran piawai yang telah ditetapkan
-boleh digunakan untuk membuat perbandingan dengan pencapaian semasa
-dengan adanya standard, produk organisasi boleh dipercayai
1.4.Pengorganisasian
1.Proses penjabatanan/Pengorganisasian
i) Penentuan Objektif
-Mengenal pasti matlamat organisasi dan objektif setiap jabatan dalam organisasi
-matlamat dan objektif yang ditetapkan berdasarkan kemampuan organisasi atau jabatan dan
sumber yang ada
-Cth:Objektif perniagaan pasar raya ialah meningkatkan jualan,pelanggan mudah mencari barang
yang dikehendaki ,pelanggan mudah dan cepat membuat bayaran.
-6-
iv.Pengelompokan aktiviti
- pengurus harus mengelompok tugas-tugas yang telah dibuat pengelasan mengikut fungsi tertentu.
- Pengurus mengelompok aktiviti kerja mengikut tabii kerja atau fungsi yang mudah diuruskan
-Aktiviti dikelompokkan berdasarkan fungsi pemasaran, pengeluaran, kewangan dan pentadbiran.
Cth Kerja-kerja yang berkaitan dengan jualan, promosi, iklan, penghantaran dikelompokkan di
bawah fungsi atau jabatan pemasaran.
2. Manual organisasi
i.fail meja
-dokumen rujukan bagi peringkat individu atau jawatan
-mengandungi carta jabatan,objektif jabatan
ii.manual prosedur kerja
-dokumen rujukan utama untuk melakukan sesuatu tugas dalam jabatan
-mengandungi prosedur-prosedur kerja yang terperinci untuk menyiapkan kerja
iii.prosedur kualiti
-dokumen untuk meningkatkan kualiti dalaman dan luaran organisasi
-untuk memastikan rekod kualiti diwujudkan dan didiselenggarakan
3. Konsep-konsep pengorganisasian
i.autoriti,
-ialah hak untuk membuat keputusan dan memberi arahan kepada pekerja bawahan
ii.tanggungjawab
-kewajiban seseorang pekerja untuk melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan sebaik mungkin
iii.akauntabiliti,
-sikap bertanggungjawab seseorang di atas tindakan yang diambil apabila menjalankan tugas yang
diamanahkan
iv.pemusatan autoriti
- merujuk kepada pengurus atasan mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan.
-Autoriti yang diberi kepada kakitangan bawahan terbatas
-cth dalam syarikat pengangkutan awam,hak untuk membeli bas baru hanyalah boleh dibuat oleh
pengurus besar sahaja.
v.pemencaran autoriti
-hak membuat keputusan mengenai sesuatu aktiviti diagihkan kepada kakitangan bawahan
-Pengurus atasan hanya membuat sebahagian daripada keputusan
-terdapat penglibatan pengurus bawahan dalam membuat keputusan
vipenugasan,
-proses pemberian autoriti daripada pengurus kepada staf bawahan(subordinat) untuk membuat
keputusan
7.empowermen,
-satu proses pengurus memberi kuasa kepada pekerja untuk memikir dan membuat keputusan
( +-sama penugasan) -7-
8. autoriti lini dan staf,
-hak yang dimilki oleh pengurus untuk mengarah dan mengawal kerja subordinat(autoriti Lini)
-hak seorang pengurus yang mempunyai kepakaran untuk menasihat dan membantu pengurus lain
dan staf bawahannya bagi mencapai matlamat organisasi secara tidak langsung(autoriti staf)
9.jangkauan kawalan,
-merujuk kepada bilangan pekerja yang melaporkan kerjanya terus kepada seseorang pengurus
10. rantaian arahan
-menunjukkan aliran perintah yang jelas dan tidak ada sekatan dari pengurus atasan kepada
pengurus pertengahan,penyelia dan pekerja
1.5 Kepimpinan
1.jenis-jenis kuasa pemimpin
i.kuasa sah
- Kuasa yang diperoleh oleh seseorang disebabkan oleh jawatan yang formal disandangnya.
- Contohnya, Ketua Pegawai Eksekutif mempunyai kuasa sah terhadap semua pekerjanya.
ii.kuasa ganjaran.
-Kuasa untuk memberikan ganjaran sama ada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi
mempengaruhi produktiviti organisasi
-Pengurus boleh memberikan ganjaran kepada pekerja yang mempunyai produktiviti yang tinggi
sebagai motivasi
- Sekiranya, ganjaran yang diberikan tinggi atau memuaskan hati pekerja, maka pekerja akan
berkerja dengan bersungguh-sungguh dan produktiviti organisasi meningkat
iii.kuasa desakan
• Kuasa untuk mengenakan tindakan yang negatif kepada pekerja yang tidak mematuhi kehendak
oraganisasi
-Desakan dalam bentuk penurunan pangkat, pemecatan, pemotongan gaji yang boleh merangsang
untuk pekerja mematuhi arahan organisasi
•-Pekerja akan berkerja bersungguh-sungguh dan meningkatkan produktiviti supaya mereka tidak
dikenakan tindakan negatif
4.Kuasa rujukan
-Merujuk keupayaan pemimpin mempengaruhi pengikutnya disebabkan oleh ciri-ciri peribadi dan
karisma pemimpin tersebut
- Peribadi pemimpin seperti pandai bergaul, pandai berpidato, pandai menagambil hati, berjenaka,
memberi sokongan moral, kelihatan menarik dan sebagainya.
5.Kuasa kepakaran
• Merujuk kepada keupayaan pemimpin mempengaruhi pengikutnya disebabkan oleh pengetahuan
atau kemahiran yang khusus dimiliki oleh pemimpin berkenaan.
• Kepakaran pemimpin mungkin dalam bidang tertentu seperti komputer, teknologi,
maklumat,pengetahuan,dan perkara yang berkaitan.
-8-
2.jenis-jenis kepimpinan
i.Transactional
• Pemimpin transactional menentukan apa yang perlu dilakukan oleh subordinat untuk mencapai
matlamat organisasi.
• Pemimpin menggunakan sumber dan ganjaran untuk mempengaruhi dan mendorong pekerja
melaksanakan tugas untuk mencapai matlamat organisasi.
• Bagi pekerja yang menunjukkan kejayaan mencapai objektif akan diberi ganjaran dan sebaliknya
bagi pekerja yang gagal mencapai prestasi akan menerima denda atau hukuman.
ii.Transformational
- pemimpin yang mampu memberi inspirasi dan dorongan kepada pengikut untuk melakukan
perubahan ke arah kebaikan untuk kejayaan syarikat (intellectual simulation).
-mempunyai karisma yang mana mampu menerap pengaruh yang kuat dan luar biasa dikalangan
pengikut (possess charisma).
- Perihatin kepada keperluan pembangunan individu dan merubah kesedaran pengikut daripada
melihat sesuatu isu daripada cara lama kepada perspektif yang baru (individualized consideration).
-Cth;Datuk Amer Ali Mydin proaktif mentransformasi perniagaan beliau dengan membuka cawangan
baru di kuala Terengganu
iii.karismatik
-pemimpin yang mempunyai kebolehan yang tersendiri dan luar biasa dalam mendorong,mengarah
dan mempengaruhi pekerjanya menjalankan tugas
iv.berwawasan
-Kebolehan pemimpin menyatakan satu wawasan yang realistik, munasabah dan menarik bagi masa
depan unit organisasi.
-Pemimpin berwawasan harus mempunyai kemahiran mengenal pasti wawasan, menerangkan
wawasan kepada orang lain,
-Menyampaikan wawasan melalui pertuturan dan perilaku serta menyalurkan wawasan kepada
konteks kepimpinan yang berlainan
-Cth:
3.gaya kepimpinan
i.Gaya kepimpinan autokratik,
Pemimpin akan membuat semua keputusan sendiri tanpa mengambil kira pandangan
pekerja
ii.demokratik
- proses membuat keputusan dibuat secara bersama antara pengurus dengan subordinat atau
pekerja bawahannya.
-Darjah penglibatan subordinat dalam proses membuat keputusan bergantung kepada situasi
masalah yang dihadapi
iii.laissez-faire,
-Subordinat mempunyai kebebasan sepenuhnya membuat keputusan dan melaksanakan kerja
iv. kontingensi
-pemimpin akan menyesuaikan gaya kepimpinan mengikut situasi
-pemimpin akan menilai situasi dahulu sebelum memilih gaya kepimpinan yang digunakan samada
autokratik,demokratik atau bebas
Cth:semasa krisis dalam organisasi pengurus menggunakan gaya kepimpinan autokratik
-9-
4.proses pembentukan pasukan
i. Pembentukan (forming)
• peringkat pengenalan dan penerimaan antara satu sama lain. Setiap ahli akan mengenal pasti dan
mempelajari perlakuan yang diterima oleh pasukan.
-Pada peringkat ini berlaku ketidakpastian yang tinggi tentang matlamat, kuasa, dan hubungan.
Peringkat ini amat menekankan orientasi dan penyesuaian diri di kalangan ahli pasukan.
• contoh: Ahli-ahli dalam pasukan pemasaran produk pencuci serba guna tidak mengenali antara
satu sama lain dan masih kabur tentang matlamat penubuhan pasukan ini.
ii.Peributan (storming)
• Pertelingkahan dan persaingan wujud menyebabkan timbulnya rasa kekurangan kemajuan
pasukan.
• Timbul permasalahan tentang siapa ketua, peranan yang dimainkan, tugas yang perlu
dilaksanakan, tempoh pelaksanaan, skop tanggungjawab, dan peraturan-peraturan.
• Kesannya, wujud konflik antara ahli kerana sebarang masalah tidak mudah diterima. Masalah
berakhir apabila semua permasalahan dapat diselesaikan.
• contoh: Ahli-ahli dalam pasukan pemasaran produk pencuci serba guna akan berkempen untuk
menjadi ketua dan menonjolkan peranan masing-masing dalam pasukan tersebut.
iv.Pelaksanaan (performing)
• Apabila satu pasukan telah sampai ke peringkat harmoni di kalangan ahli, pasukan mula bertindak
sebagai satu unit dan setiap ahli menyokong antara satu sama lain.
• Setiap ahli pasukan komited antara satu sama lain dan menjalankan tugas masing-masing.
• contoh: Ahli-ahli dalam pasukan pemasaran produk serba guna menjalankan tugas seperti
melakukan demonstrasi, penerangan, pujukan, dan memilih sasaran pengguna.
v.Penangguhan (adjourning)
• Pembentukan satu pasukan mempunyai matlamat dan perlu dilaksanakan. Apabila sesuatu tugas
telah disempumakan, ini bermakna matlamat penubuhan pasukan tercapai.
• Penubuhan pasukan yang bersifat sementara akan dibubarkan apabila matlamat telah tercapai.
• Bagi pasukan yang bersifat jangka panjang, pasukan tersebut akan terus memainkan peranannya.
• contoh: Pasukan pemasaran produk serba guna akan dibubarkan apabila matlamat untuk
memperkenalkan produk kepada orang ramai telah berjaya. Setiap ahli tersebut akan kembali
kepada fungsi asal mereka.
-10-
1.6 Pengawalan
1. Kawalan Dalaman
1. Audit Dalaman
Merujuk kepada kerja-kerja pengauditan yang dilakukan oleh juruaudit dalam organisasi untuk
kegunaan
dalaman organisasi.
Peranan:
• Menilai pengendalian akaun dalaman dan aktiviti penyimpanan stok.
• Bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur atau tatacara kawalan diikuti dalam orgafiisasi
.
2. Dasar Organisasi
Merujuk kepada garis panduan yang digunakan oleh sekumpulan pekerja yang berada dalam
sesebuah organisasi untuk melakukan aktiviti-aktiviti organisasi secara sistematik, efektif dan efesien
agar matlamat organisasi dapat dicapai dengan berkesan.
Peranan:
• Untuk memastikan dasar dipatuhi agar visi, misi dan objektif organisasi dapat dieapai.
• Memastikan pematuhan terhadap dasar supaya aktiviti berada dalam landasan yang betul.
• Sebagai rujukan kepada pekerja berkaitan kedudukan mereka dalam organisasi melalui carta
organisasi.
.
3. Prosedur Kerja
Merujuk kepada tata cara yang perlu dilakukan oleh pekerja dalam membuat aktiviti
Peranan:
• Pekerja mesti mematuhi prosedur kerja supaya aktiviti kerja dapat dijalankan dengan sistematik
2.Kawalan Luaran
1. Audit Luar
Merujuk kepada kerja-kerja audit yang dilakukan oleh juruaudit profesional atau akauntan
bertauliah yang
dibayar oleh organisasi secara kontrak.
Peranan:
• Menyemak dan menilai audit yang dilakukan oleh audit dalaman bagi memastikan kerja audit
dipatuhi.
• Memastikan pematuhan organisasi dalam tatacara pengawalan luaran organisasi.
• Melaporkan kerja-kerja audit kepada pihak pengurusan atasan.
• Memperakukan audit perakaunan untuk kegunaan pihak ketiga, seperti kerajaan untuk tujuan
pentaksiran percukaian.
2.Peraturan
Merujuk kepada satu set undang-undang kecil yang terdapat dalam sesebuah organisasi bertujuan
menentukan keharmonian, ketenteraman dan memastikan kelanearan aktiviti yang dirancang
didalam sesebuah organisasi.
Peranan:
• Akan mengikat ahli-ahli dalam organisasi mematuhinya
• Membentuk sikap atau disiplin yang positif dalam kalangan ahli organisasi.
• Menentukan hukuman yang setimpal untuk setiap ahli dalam organisasi yang tidak patuh tcrhadap
peraturan yang telah ditetapkan.
-11-
3.Undang-Undang
Merujuk kepada peraturan-peraturan yang termaktub yang telah dibentuk dan ditetapkan oleh
sekumpulan masyarakat untuk mengawal kelakuan anggota masyarakat itu sendiri.
Contohnya undang-undang perkongsian, undang-undang syarikat, undang-undang alam sekitar.
Peranan;
• Satu garis panduan yang dicipta khas untuk dipatuhi oleh semua golongan yang mendiami sesuatu
kawasan.
3.proses kawalan
Langkah-langkah dalam proses kawalan dalam aktiviti perniagaan ialah:
-12-
4.kaedah kawalan
1. Awalan
-Kawalan awalan dibuat sebclum sesuatu aktiviti pengeluaran dilaksanakan.
-Ia mungkin melibatkan dasar, prosedur atau peraturan.
-Biasanya ia berkaitan dengan input sama ada dari segi proses mendapatkan input atau kualiti input
yang dikehendaki.
-Contohnya, pengurus pembelian hendaklah memastikan bahan mentah yang dibcli adalah
berkualiti. Organisasi mungkin akan menggubal dasar atau peraturan pembelian agar ia menjadi
panduan kepada pengurus pembelian.
2. Semasa
Kawalan semasa dilakukan semasa sesuatu kerja atau proses pengeluaran berjalan.
3. Selepas
Kawalan selepas atau maklum balas melibatkan penilaian sesuatu kerja atau produk yang telah siap
dipasarkan.
2) Penerimaan
- Apabila sesuatu pihak menerima cadangan daripada pihak yang membuat tawaran. Contoh, B
menerima tawaran mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan oleh A.
3) Balasan
Faedah yang sepatutnya diperoleh kedua-dua pihak daripada urusniaga mereka seperti yang telah
dipersetujui pihak yang mengikat perjanjian.
- Contoh, A menyerahkan kereta kepada B dan B membayar wang harga kereta kepada A.
4) Niat
- Perjanjian antara dua pihak menjadi satu kontrak yang sah apabila dapat membuktikan bahawa
wujudnya niat untuk mengadakan hubungan yang mengikat di sisi undang-undang antara kedua-dua
pihak.
Contoh, A memang berniat untuk menjual kereta tersebut kepada B.
5)Ketentuan
Kontrak yang sah itu perlulah mengandungi peruntukan yang nyata dan jelas (tidak samar-_samar).
Seperti bahasa yang mudah, mencapai perjanjian terhadap perkara pokok atau syarat utama
perjanjian
- Contoh, A merupakan pemilik sah kepada kereta yang hendak dijual kepada B
-13-
6) Keupayaan
- Merujuk kepada kelayakan seseorang untuk membuat kontrak iaitu dewasa,berakal sempurna dan
tidak hilang kelayakan (dihalang oleh undang-undang)
- Contoh, A dan B memenuhi syarat untuk membuat kontrak (berusia 18 ke atas,berakal sempurna
dan Iain-Iain)
2.syarat-syarat kontrak
1.kontrak sah
-kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang
-kontrak yang mematuhi elemen-elemen asas kontrak iaitu TPBNKK
ii.kontrak batal
-kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang
-kontrak yang tidak mematuhi elemen-elemen asas kontrak iaitu TPBNKK
-Kontrak batal disebabkan oleh(seksyen 24)
→ i. dilarang oleh undang-undang seperti perjanjian perjudian
→ ii. bersifat mengecewakan undang-undang
→ iii. merupakan fraud/penipuan
→ iv. melibatkan bencana kepada diri atau harta orang lain
v.Perjanjian tidak bermoral seperti pemerdagangan manusia
iv.pelepasan kontrak
Bentuk-bentuk pelepasan kontrak mengikut Akta Kontrak 1950 (termasuk pindaan) :
1) Dengan persetujuan semua pihak yang berkontrak.
- Pihak-pihak yang berkontrak bersetuju melepaskan diri daripada kewajipan di bawah kontrak iaitu
melepaskan sebarang tanggungan yang telah diikat sebelumnya.
2) Dengan pelaksanaan syarat-syarat kontrak
-14-
Kedua-dua pihak yang berkontrak melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab dan hak masing-
masing mengikut syarat-syarat dalam kontrak, maka sesuatu kontrak boleh dilepaskan.
3) Dengan kemungkiran kontrak
- Apabila satu pihak dalam kontrak enggan melaksanakan kontrak seperti yang telah dipersetujui,
pihak yang satu lagi boleh melepaskan diri dari kontrak.
4) Dengan kekecewaan kontrak
- Sesuatu kontrak yang sah pada mulanya dan boleh dilaksanakan dikatakan kecewa apabila berlaku
perkara-perkara di luar dugaan dan di luar kawalan yang menjadikannya mustahil untuk
dilaksanakan.
5) Dengan kuat kuasa undang-undang
- Sesuatu kontrak dilepaskan apabila tempoh pelaksanaan kontrak itu tamat.
6) Dengan tiada kemungkinan
- Kontrak boleh dilepaskan atau ditamatkan apabila berlaku salah satu daripada keadaan yang
berikut:
i.Kemusnahan perkara atau barang yang dikontrakkan ii. Kegagalan matlamat kontrak Hi. Kematian
atau ketidakupayaan seseorang iv. Timbulnya ketidaksahihan
v.remedi
-ialah ganti rugi yang boleh dituntut oleh pihak yang menerima kesan kemungkiran janji pihak lain
yang melanggar kontrak.
Bentuk-bentuk remedi mengikut Akta Kontrak 1950 (termasuk pindaan):
1) Ganti rugi
- Meletakkan pihak yang menanggung kerugian pada tempat yang sepatutnya ia berada sekiranya
tidak berlaku pecah kontrak tersebut. Pengiraan ganti rugi berasaskan nilai pelaksanaannya.
2) Pelaksanaan spesifik
- Satu perintah (dikri) mahkamah untuk mengarahkan satu pihak melaksanakan obligasinya dan aku
janji menurut terma kontrak seperti mana yang terdapat dalam kontrak.
3) Injunksi
- Arahan mahkamah yang ditujukan kepada orang tertentu untuk menghalangnya daripada
melakukan sesuatu atau menyuruh meneruskan melakukan sesuatu.
4) Quantum meruit
- Satu pampasan berbentuk bayaran yang boleh dituntut oleh pihak yang dimungkiri di dalam
kontrak terhadap apa yang telah dilakukannya sebelum kontrak dimungkiri.
-15-
iii) Jualan melalui prihalan/ diskripsi [1].
- barang tersebut mestilah secocok ataupun sama dengan apa yang dinyatakan atau dengan sampel
atau'deskripsinya.
- seksyen 15
3.Keterangan [1|
-Merujuk kepada pengguna mempunyai hak mendapatkan maklumat mengenai barang yang ingin
dibeli [1],
Contoh: Encik R mempunyai hak mendapatkan keterangan dari Syarikat Elektrika Kita tentang kipas
angina seperti cara pengguna, harga, fungsi, dan sebagainya [1].
4.Waranti [1]
suatu janji kolateral kepada maksud utama kontrak, jika mungkir memberikan suatu hak untuk
menuntut ganti rugi tetapi bukan hak untuk menolak barang-barang dan menganggap kontrak itu
sebagai di tolak [1].
Contoh [1]:
5.Mutu [1|
Kualiti barang pula mesti bersesuaian dengan tujuan penggunaan dan selamat digunakan. Barang
juga mesti mempunyai kualiti boleh dagang.
Contoh [1]:
-16-
6.Wujud dua pihak iaitu penjual dan pembeli [1]
penjual ialah pihak yang memiliki barangan dan berhasrat menjual sementara pembeli pihak yang
bersetuju untuk membeli barangan [1],
Contoh: Puan Rozita memiliki kereta jenama Honda Civic dan ingin menjual keretanya kepada Dr
Mokhtar yang telah bersetuju untuk membelinya dengan harga RM60 000 [1],
2.Enkod :
-Proses menterjemah/mentafsir/menginterpritasi maklumat yang disampaikan oleh
penghantar ke dalam bentuk yang boleh difahami oleh penerima [1]
-Maklumat boleh disampaikan dalam bentuk tulisan, perkataan, gambar [1]
Cth : Pihak pengurus [penghantar] menghantar memo [bentuk maklumat] kepada pekerja
jadual kerja baru [bentuk difahami] tentang perubahan waktu kerja [1]
3.Saluran
-Mesej disalurkan kepada penerima melalui sama ada saluran lisan atau percakapan atau melalui
tulisan, visual atau pergerakan badan.
-Cth: saluran yang digunakan oleh pengurus pemasaran/staf ialah saluran lisan dan melalui
komputer, LCD dan sebagainya.
-17-
4.Dekod :
-Proses menterjemah/mentafsir/menginterpritasi maklumat yang diterima daripada penghantar
dalam makna yang difahami oleh penerima [1]
-Penerima akan menterjemahkan maklumat berdasarkan pengalaman, pendidikan [1]
Cth : pihak pekerja [penerima] menerima dan memahami memo [menterjemah maklumat]
daripada pengurus berkaiatan perubahan waktu kerja [1]
5.Penerima
-Orang yang menjadi sasaran mesej.
-Cth: penerima mesej adalah staf/pengurus pemasaran.
6.Maklumbalas
-Tindakbalas terhadap penerimaan dan pemahaman mesej oleh penerima. Ia boleh jadi berbentuk
lisan atau bukan lisan.
-cth: maklumbalas daripada pengurus pemasaran/stafberlaku apabila pengurus pemasaran/staf
memberi cadangan, bantahan atau arahan dll.
Halangan proses komunikasi yang berbentuk fizikal, iaitu gangguan secara nyata dan langsung, V
yang menyebabkan maklumat yang disampaikan tidak jelas.
2. Halangan psikologikal
-Halangan psikologikal timbul disebabkan oleh pemikiran atau tanggapan yang berbeza dan emosi
yang berbeza.
-Perbezaan tanggapan disebabkan perbezaan latar belakang, pendidikan, budaya, kepercayaan dan
pengalaman hidup mereka,.
-Cth: Perbezaan budaya dan adat resam antara Korea dan Malaysia menyebabkan wujud tanggapan
yang berbeza antara pengurus bagi sesuatu ayat atau perkataan yang sama
-Cth: Emosi yang berbeza seperti pengurus jualan rasa rendah diri,takut dan kuatir akan
menyebabkan kegagalan organisasi mendapat kontak belian dari negara asing.
3. Halangan sosiologikal
-Halangan komunikasi yang timbul disebabkan oleh perbezaan dari aspek status,tahap
umur,pendidikan budaya.
-cth:Presiden sesebuah syarikat mungkin kurang memberi perhatian kepada cadangan yang
diberikan oleh staf operasi kerana status staf tersebut adalah staf bawahan
4. Halangan semantik
-Halangan semantik berlaku disebabkan oleh penggunaan perkataan yang mempunyai makna yang
berbeza/ banyak makna.
-cth:Perkataan ”daki” yang bermakna memanjat atau pun kotoran di kulit/permukaan
3.Bentuk Komunikasi
i.Menegak
- pertukaran maklumat antara individu yang mempunyai jawatan yang berlainan dalam jabatan
yang sama
- Contoh, pengurus Jabatan Pemasaran memberi arahan kepada Pengawai Pemasaran
-18-
ii.Mendatar
- pertukaran maklumat antara individu yang mempunyai jawatan yang sama tetapi jabatan yang
berbeza
- Contoh, Pengurus jabatan Pemasaran berkomunikasi dengan pengurus Jabatan kewangan
iii.Melintang
- pertukaran maklumat antara individu yang mempunyai jawatan yang berbeza dan jabatan
berbeza.
- Contoh, pengurus Jabatan Pemasaran berkomunikasi dengan kerani di Jabatan kewangan
4.Jenis komunikasi
A.komunikasi lisan(PPMU)
i.perbincangan
-Komunikasi yang melibatkan pengaliran mesej dua hala antara ahli kumpulan secara formal atau
tidak formal
ii.mesyuarat
-melibatkan pengaliran mesej dua hala antara ahli kumpulan dalam suatu situasi formal
iii.ucapan
-Pengaliran mesej sehala daripada penyampai kepada audiens dalam situasi yang formal
iv.pembentangan
- Pengaliran mesej sehala daripada pembentang kepada audiens dalam situasi yang formal yang
melibatkan penyampaian maklumat ilmiah
2. Bertulis:
Merupakan komunikasi melalui perkataan dalam bentuk sehala atau formal [1]
Amaran atau peringatan bertulis supaya tidak melakukan perkara yang mengancam
keselamatan premis perniagaan [1]
Contoh : Amaran bertulis DILARANG MEROKOK melarang pengunjung merokok di dalam premis
untuk mengelakkan kebakaran yang boleh membayakan keselamatan [1]
3. Bahasa Badan :
Melibatkan pergerakan anggota badan manusia dari muka hingga ke kaki [1]
Pergerakan muka seperi perubahan air muka, pergerakan tangan, cara berjalan, bahasa isyarat [1]
Contoh : Pengawal keselamatan menunjukkan arah dengan tangan laluan yang selamat semasa
kebakaran [1]
-19-
5.media komunikasi.
i.bersemuka
- Satu komunikasi lisan yang melibatkan proses pertukaran maklumat, idea dan perasaan ketika
pendengar dan penyampai berada di tempat yang sama pada masa yang sama.
-Pendengar dan penyampai bertemu antara satu sama lain untuk berkomunikasi secara terus.
- Komunikasi ini boleh dijalankan secara formal atau tidak formal.
- Contoh : mesyuarat, pembentangan, perbincangan, perbualan,
ii.telepon
- -Kaedah komunikasi lisan yang memudahkan dua pihak berhubung melalui pertuturan dalam jarak
yang jauh dan sukar berjumpa secara bersemuka.
- Maklumat dapat disampaikan denqan segera tanpa menqira lokasi.
iii.internet
-satu jaringan computer yang menghubungkan berjuta-juta manusia diseluruh dunia
-internet melibatkan penggunaan TCP iaitu standard protocol yang menghubungkan antara
computer dan jaringan
-dengan menggunakan internet akan mengurangkan kos komunikasi
iv.intranet
-ialah jaringan computer yang menghubungkan individu dalam satu-satu organaisasi sahaja
-intranet juga dikenali laman web organisasi yang mempunyai banyak maklumat mengenai
organisasi
-maklumat dalaman organisasi dapat disampaikan dan disebarkan kepada setiap pekerja dengan
cepat dan mudah
-menjadi medan pertukaran maklumat dan pandangan di antara pekerja mengenai sesuatu isu
dalam organisasi
v.memorandum
-satu alat komunikasi bertulis sehala yang digunakan antara jabatan atau unit dalam sesebuah
organisasi
-mengandungi maklumat penting yang hendak disampaikan kepada pekerja organisasi
-contoh memo dihantar untuk memanggil mesyuarat tergempar
vi.surat menyurat
-satu alat komunikasi bertulis sehala terutama apabila berhubung dengan pihak luar organisasi
-surat rasmi digunakan untuk berhubung dengan organisasi tertentu spt kerajaan
-tujuan surat rasmi ditulis ialah untuk membuat permohonan,membuat aduan
vii.laporan
-merupakan alat komunikasi bertulis sehala yang menyatakan dan menerangkan sesuatu perkara
kepada pihak tertentu
-merupakan dokumen rasmi dan perlu disimpan untuk rujukan
-contohnya laporan kualiti produk,laporan kewangan perniagaan
-melalui laporan dapat menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih mendalam
x.buletin
-alat komunikasi bertulis yang diterbitkan secara berkala seperti sebulan sekali
-memaparkan perkembangan terbaru sesebuah organisasi
-Tulisan adalah ringkas dan padat serta bahasa yang digunakan formal
-bahagian terpenting dalam buletin artikel mengenai maklumat terbaru dan aktiviti organisasi
-20-
3.2 kemahiran mendengar.
9.prinsip berunding ..
1.Tumpuan kepada minat dan bukan kedudukan
- tumpuan kepada pokok permasalahan/isu/matlamat
- elak merujuk kepada jawatan/pangkat/status
2.Asingkan manusia daripada masalah
- tumpu kepada penyelesaian masalah
- elakkan beremosi
3 .Jana pelbagai pilihan
- menjana sebanyak mungkin alternatif penyelesaian yang munasabah kepada masalah
4. Guna kriteria yang objektif dan boleh diterima
- penyelesaian berdasarkan kepada maklumat dan data yang sedia ada
- elakkan andaian, ramalan, dan persepsi
- boleh dilaksanakan mengikut tempoh, kemampuan, dan keupayaan
2. Masa
- Masa berunding yang optimum,keputusan yang akan diambil lebih baik
-Menepati masa perundingan
- Rundingan tidak boleh dijalankan secara tergesa-gesa atau keadaan tertekan
3.Kuasa
-merujuk keupayaan seseorang untuk membuat keputusan semasa perundingan
-Seseorang yang menjadi wakil dalam perundingan mestilah mempunyai kuasa yang berpunca dari
kuasa kepakaran dan kuasa sah.
4.Budaya
-Merupakan satu set amalan.cara hidup yang diamalkan secara tradisi oleh sekelompok masyarakat.
- kedua pihak yang berunding dan mempunyai latar budaya yang berlainan seharusnya mempelajari
adat budaya pihak yang terlibat dalm perundingan .
5. Pelaku/personality
-Merujuk kepada perlakuan individu yang terlibat dalam atau semasa proses perundingan.
-Perunding mestilah menunjukkan kesungguhan semasa mengadakan perundingan
- Bersifat tolak ansur semasa mengadakan perundingan.
-Saling mempercayai antara satu sama lain.
-Mendengar secara aktif semasa mengadakan perundingan.
-Bersedia dari segi fizikal yang sesuai, seperti berpakaian yang sesuai dengan situasi perundingan.
-22-
6.Etika
-merujuk kepada prinsip-prinsip akhlak atau moral yang dipegang oleh seorang individu
-Perunding mestilah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh organisasi
-Memberi maklumat yang diminta dengan betul dan tepat
-Berunding dengan niat yang baik , jujur dan sopan
- Cth tidak memberikan maklumat palsu mengenai kewangan
7.Sosial
-Merujuk kepada norma hidup yang diamalkan oleh sekelompok masyarakat tertentu.
-Perunding mestlah mengetahui norma hidup yang diamalkan oleh pihak lain seperti adat
resam,pantang larang,anutan agama supaya aspek sosial tidak menjadi penghalang kepada proses
perundingan.
11.Tahap-tahap perundingan
1. Intrapersonal
• Merujuk kepada perundingan yang berlaku dalam diri individu itu sendiri. Seseorang individu itu
tidak membuat perundingan dengan individu yang lain tetapi memproses sendiri berdasarkan
maklumat yang diperolehi.
2. Interpersonal
• Merujuk kepada perundingan yang dijalankan antara individu dengan invidu lain atau secara
berkumpulan . Tahap perundingan ini adalah dinamik kerana sentiasa memikirkan cara bagaimana
hendak mempengaruhi antara satu sama lain.
3. Intrajabatan
• Perundingan dijalankan dalam jabatan yang sama untuk menyelesaikan masalah yang hanya
berlaku dalam jabatan sahaja.
4. Interjabatan
• Perundingan yang dijalankan antara jabatan yang berlainan. Contohnya perundingan berkaitan
dengan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan
dengan konsep promosi produk baru.
5. Nasional
• Merujuk kepada perundingan yang berlaku antara perunding yang berasal dari negara yang sama
Sebagai contoh perundingan antara dua syarikat yang berasal dari negara yang sama.
6. Dua hala
• Perundingan yang hanya melibatkan dua pihak sahaja. Contohnya antara kesatuan sekerja dengan
majikan sahaja.
7. Serantau
• Merujuk kepada perundingan antara pihak yang berasal dari negara yang berjiran. Contohnya
perundingan antara syarikat Malaysia dengan syarikat yang beroperasi di Thailand.
8. Pelbagai hala
-Merujuk kepada perundingan dengan pelbagai tujuan, tidak berfokus kepada satu matlamat sahaja.
9. Antarabangsa/global
• Merujuk kepada perundingan antara dua atau lebih syarikat yang melibat dua atau lebih negara
yang berlainan.
-23-
12.Strategi dan taktik perundingan
1. Nibbling : [1]
- H : Pihak yang berunding memberi tekanan kepada pihak satu lagi supaya memenuhi
permintaan lain dan syarat tambahan yang bukan merupakan tujuan asal perundingan [1]
- C : Kesatuan sekerja memberikan tekanan kepada majikan untuk mendapatkan permintaan
lain seperti kenaikan bayaran kerja lebih masa, kenaikan elaun dan faedah lain selain
kenaikan gaji [2]
3. Outrageous : [1]
- H : Satu tingkahlaku keterlaluan yang digunakan untuk memaksa pihak lain menerima
sesuatu ketetapan [1]
- C : Kesatuan sekerja akan memaksa secara keterlaluan seperti ugutan akan mengadakan
mogok jika kenaikan gaji yang dipohon tidak dipenuhi [2]
-24-
8.4 Teknologi maklumat
1.cara-cara internet boleh meluaskan peluang-peluang perniagaan
1. e-dagang (e-commerce)
- Proses menjalankan perniagaan melalui rangkaian komputer atau internet seperti membeli dan
menjual barang atau perkhidmatan, membuat tempahan dan pembayaran barang secara dalam
talian dan sebagainya.
-Penggunaannya membolehkan perniagaan meningkatkan hasil jualan, mengurangkan kos
pengambilan pekerja, berkeupayaan mendapat pelanggan baru, membina hubungan baik dengan
pelanggan dan pembekal, dan sebagainya.
- Contohnya, e-pay, MOL, e-shop, dan PayPal
2.e-perolehan
-Satu sistem dalam talian yang digunakan oleh pembekal untuk memasar barang dan perkhidmatan
mereka kepada kerajaan .
-Sistem ini akan memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-
perkhidmatan yang disediakan.
-ePerolehan akan menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera
kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet.
- e-Perolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web
sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran
-Menyediakan proses pembaharuan dan pendaftaran pembekal dengan Kementerian Kewangan
secara terus melalui internet.
Membolehkan persembahan katalog secara dalam talian, mengambil dan melaksanakan pesanan,
membuat pembayaran secara elektronik serta memeriksa atau menghantar sebut harga dan tender.
3.e-pemasaran (e-marketing)
- Mengkomunikasikan, mempromosikan dan memasarkan produk secara dalam talian (online).
Memudahkan pembeli membuat capaian atau akses kepada produk dan membuat tempahan.
- Contohnya, e-bay, mudah.my, Lazada, Zalora dan sebagainya.
Keputusan rutin
Keputusan berkait masalah yang sering berlaku dalam organisasi [1 ].
Masalah yang boleh dijangkakan [1 ].
Menggunakan kaedah yang telah distrukturkan atau disediakan [ 1 ]
Contoh [1]: Menambah pengeluaran kereta/ menyelaraskan kerja setiap bahagian pengeluaran [1]
Keputusan tak rutin
Masalah yang jarang berlaku [1]
Masalah yang baharu [1]
Masalah yang tidak dijangka akan berlaku [1]
Contoh [1]: Pelanggan/ pembeli mengubah spesifikasi produk mengikut keperluan sendiri misalnya
keperluan pemandu untuk orang kelainan upaya (OKU).
-25-
BAB 9:PEMBUATAN KEPUTUSAN
1.Maksud pembuatan keputusan
-ialah proses mengenalpasti masalah dan peluang,mengenalpasti alternatif-alternatif penyelesaian
dan memilih alternatif terbaik.
2.Jenis keputusan
1.Keputusan rutin
Keputusan berkait masalah yang sering berlaku dalam organisasi [1 ].
Masalah yang boleh dijangkakan [1 ].
Menggunakan kaedah yang telah distrukturkan atau disediakan [ 1 ]
Contoh [1]: Pengurus pengeluaran membuat keputusan menambah pengeluaran produk
2.mengutip data
-pengurus harus mengutip maklumat berangka atau tidak berangka melalui soal
selidik,pemerhatian dan maklum balas pelanggan
-cth Pengurus mengutip data mengenai jumlah permintaan produk.
3.menganalis data
- Meringkaskan data yang telah dikutip dengan membuat pengiraan menggunakan alat statistik
seperti purata, sisihan piawai, ukuran kekerapan, median dan kecerunan
-cth membuat analisis kesesuaian lokasi perniagaan
4.menjana alternatif
-pembuat keputusan akan mencari pelbagai alternatif yang boleh menyelesaikan masalah atau yang
bakal memberikan keuntungan
-alternatif penyelesaian mestilah berdasarkan maklumat yang dikutip dan dianalisis
-contoh untuk mengatasi jualan merosot,antara alternatif penyelesaian ialah menurunkan harga
jualan,meningkatkan kualiti produk,menjalankan promosi yang agresif
5.menilai alternatif
-alternatif-alternatif perlu dibandingkan dan dinilai dari segi kecekapan atau keberkesannya melalui
analisis SWOT
-Ianya boleh dinilai dengan mengunakan kaedah samada kuantitatif atau kualitatif
-Terdapat 3 kriteria penilaian iaitu kecukupan,boleh dilaksanakan dan realistic
-Alternatif yang tidak mampu dijalankan dan melibatkan kos yang tinggi perlu digugurkan
-Contoh Jika ingin meningkatkan kualiti produk untuk menambahkan jualan,melibatkan kos
penyelidikan yang tinggi,kemahiran staf terpaksa ditambah melalui kursus dan seminar
-26-
6.memilih alternatif
-Pengurus harus memilih alternatif yang terbaik.
-alternati yang terbaik ialah yang menguntung organisasi atau melibatkan kos yang rendah
-contohnya altenatif yang paling mudah untuk meningkatkan jualan dan melibatkan kos yang rendah
ialah melakukan promosi yang agresif.
-27-
4. Maklumat yang bersesuaian / kualiti maklumat [1]
- Maklumat hendaklah bersesuaian dengan masalah atau topik yang dibincangkan [1]
- Maklumat perlulah sesuai dan terkini [1]
- Contohnya : maklumat yang bersesuaian dengan syarikat membuat pakaian ialah cita rasa
pengguna, rekabentuk pakaian yang terkini, material yang sesuai [1]
2.Kebijaksanaan [1]
Merujuk kepada tahap pendidikan atau pengetahuan serta pengalaman yang dimiliki oleh seseorang
yang boleh mempengaruhi dalam proses membuat keputusan [1].
4.Kretiviti [1]
Merujuk kepada suatu proses menghasilkan suatu idea baru untuk digunakan dalam tindakan
membuat keputusan [1],
5.. Intuisi
• Merujuk kepada gerak hati pembuat keputusan dalam pertimbangan dalam membuat sesuatu
keputusan
6. Kemahiran
-Keupayaan dalam bidang berkaitan seperti pemasaran/kewangan
-28-
2. Keadaan risiko [1]
-Keputusan yang akan dibuat dalam keadaan persekitaran yang sentiasa berubah dan sukar untuk
dijangkakan. [1]
-Pembuat keputusan mempunyai maklumat yang kurang tepat dan tidak lengkap. [1]
-Hasil dari keputusan tidak jelas dan tertakluk kepada kebarangkalian[1]
-Contohnya seperti keputusan menjual produk di kawasan pasaran yang baru/membuat pelaburan
dalam bidang yang baru [1]
NOTA TAMAT
SELAMAT BELAJAR...ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM KECUALI KAUM ITU
SENDIRI MENGUBAHNYA..WASSALAM..