Teks Ucapan Pengerusi Pengelola Bola Jaring

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TEKS UCAPAN PENGERUSI PENGELOLA KEJOHANAN BOLA JARING MSSD HULU LANGAT

TAHUN 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang Berbahagia, Tuan Syed Norzalman bin Syed Yusuf, Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan
Daerah, Daerah Hulu Langat

Yang Berusaha, Encik Zuhairi bin Haji Ibrahim, GPK Kokurikulum SK Sungai Ramal Dalam
merangkap Timbalan Pengerusi pengelola kejohanan

Yang Berusaha guru-guru besar, guru-guru penolong kanan, pegawai-pegawai kejohanan,


pengurus-pengurus pasukan, semua peserta kejohanan, tuan-tuan dan puan-puan serta murid-
murid yang dikasihi.

Pertama-tamanya izinkan saya melaaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah kurnia dan inayah-Nya kita dapat berkumpul di dewan ini.
Saya amat gembira dan berpuas hati kerana kejohanan bola jaring telah sempurna dilangsungkan
selama tiga hari bermula dari 19 – 21 Julai 2022.

Saya ingin mengucapan syabas dan tahniah kepada semua peserta kejohanan ini yang tentunya
telah berusaha dengan gigih agar kejohanan ini berjalan lancar dan teratur. Terima kasih dan
syabas juga kepada jawatankuasa pengelola pertandingan kerana menganjurkan pertandingan ini
dengan sempurna walaupun ada kekurangan di sana sini. Ucapan penghargaan dan terima kasih
juga kepada semua jawatankuasa pelaksana yang bertugas bertungkus lumus untuk memastikan
kejohanan diadakan dengan jayanya.

Selaku tuan rumah yang diberikan amanah dan tanggungjawab untuk memastikan kejohanan
pertandingan ini dilaksanakan dengan rasa rendah diri memohon maaf jika ada kekurangan di
pihak kami.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Pengelola Kejohanan
Daerah kerana telah dapat menganjurkan dan mengelolakan Kejohanan Bola Jaring Sekolah
Rendah MSSD Hulu Langat dengan jayanya di SK Sungai Ramal Dalam.

Sebelum mengundur diri, sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan sekalung
tahniah kepada, Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat, Timbalan Pengerusi
Pengelola kejohanan, pegawai-pegawai kejohanan, pengurus-pengurus pasukan, semua peserta
kejohanan dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan
kejohanan ini.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini

Sekian, terima kasih.

You might also like