Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

010617-04-0248

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan

Metodologi kajian merujuk kepada pendekatan saintifik yang digunakan untuk


mencari jawapan atau penyelesaian kepada sesuatu masalah yang hendak dikaji .
Tujuannya adalah untuk menghasilkan kajian yang baik. Oleh itu, pengkaji sedaya
upayanya memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam penghasilan kertas projek
ini. Pengkaji akan membincangkan teknik mereka bentuk , mengumpul data dan
menganalisis data atau maklumat supaya dapat mengumpul bukti yang boleh
menyokong sesuatu rumusan atau kesimpulan . Dalam kajian mengenai pelbagai jenis
penyakit yang dihidapi oleh haiwan peliharaan penduduk di Kawasan Bukit Cina,
pengakji akan menggunakan metode Persampelan untuk mendapatkan responden ,
Metode Soal Selidik , Temu Bual dan Rujukan untuk mendapatkan maklumat atau
data dan Metode Menganalisis Data untuk membuat deskriptif data dan
dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf dan carta. Pengkaji juga akan
menerangkan prosedur bagaimana data dan maklumat dikumpulkan, diproses dan
dirumuskan .

Metode Persampelan

Kajian ini menggunakan persampelan secara rawak bertujuan untuk menjawab


objektif-objektif yang hendak dicapai oleh pengakaji. Menurut laman web
http://pomizi-research.blogspot.com/p/persampelan.html, persampelan rawak
bertujuan dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara rawak iaitu subjek
dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi
kajian. Responden yang terlibat dalam kajian ini merupakan 30 orang penduduk di
Kawasan Bukit Cina yang mempunyai haiwan peliharaan. Responden telah dipilih
dari rumah kediaman dan klinik haiwan di Kawasan Bukit Cina. Beberapa orang
reponden seperti doctor veterinar dan penduduk yang memelihara haiwan telah dipilih
untuk ditemu bual kerana mereka lebih berpengetahuan tentang penyakit yang
dihidapi oleh haiwan peliharaan penduduk.Pemilihan responden juga berdasarkan
kesanggupan dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik dan
ditemubual oleh pengkaji .
010617-04-0248

Metode Pengumpulan Data

Dalam metode pengumpulan data iaitu mendapatkan maklumat atau data


daripada responden, pengkaji telah menggunakan metode soal selidik , temu bual.
Pengkaji juga mengumpul data-data atau maklumat bahan-bahan internet.
Manakala metode rujukan dan temu bual telah digunakan untuk mendapat
sokongan dan bukti bagi data yang telah dikumpulkan.

Kaedah Soal Selidik

Kaedah soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data daripada


responden. Soal selidik merupakan kaedah utama yang digunakan oleh pengkaji
untuk mengumpulkan data iaitu dengan mengemukakan soalan yang ringkas dan
mudah untuk difahami. Borang soal selidik disediakan bersama dengan dua
objektif kajian. Setiap objektif mempunyai lima pernyataan.

Kaedah Temu Bual

Kaedah temu bual dilaksanakan secara tidak formal, iaitu pengkaji akan
bersemuka dengan penduduk Kawasan Bukit Cina. Soalan-soalan telah
disediakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas,
mendalam dan terperinci. Soalan-soalan ini seterusnya akan diserahkan kepada
beberapa orang responden di kawasan kajian.

Kaedah Rujukan

Rujukan dilakukan terhadap laman-laman sesawang di Internet dan juga


lawatan pengkaji ke perpustakaan di kawasan Melaka Tengah.

Metode Menganalisis Data

Selepas maklumat dan data dikumpulkan, analisis akan dilakukan secara deskriptif.
Analisis secara kuantitatif telah dijalankan melalui borang soal selidik yang diedarkan
kepada responden. Data yang diperoleh akan dipersembahkan dalam bentuk jadual.
Angka daripada jadual akan dialihkan ke dalam bentuk peratus dan min seterusnya
dipersembahkan dalam bentuk carta dan graf. Manakala analisis secara kualitatif pula
dijalankan melalui maklumat yang diperoleh daripada temu bual dan rujukan.
Maklumat daripada orang sumber dan laman-laman web akan ditafsir untuk
010617-04-0248

menyokong data-data yang dipersembahkan. Pengkaji juga akan mengolah data


kepada bentuk teks linear.

Secara ringkasnya , pengkaji telah mengikut prosedur pengumpulan data dan melalui
proses kajian secara sistematik :-

Membina item soal selidik kajian

Memperolehi kebenaran daripada pengetua sekolah dan


Ketua Panitia Pengajian Am

Mendapat kebenaran daripada mata


pelajaran Pengajian Am

Mengedar borang soal selidik kepada responden

Menganalisis dan mentafsir


data

Membuat dapatan dan rumusan kajian

Carta Aliran Proses Penyelidikan

Sumber : Kajian Lapangan 2020

Berdasarkan carta aliran proses penyelidikan, kajian yang dijalankan adalah


berdasarkan prosedur kajian yang telah ditentukan supaya objektif kajian dapat
dicapai. Dalam proses kajian, pengkaji telah terlebih dahulu berbincang dengan guru
mata pelajaran tentang tajuk dan objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini.
Pemilihan responden yang sesuai juga dikenal pasti. Maklumat yang relevan berkaitan
dengan kajian juga dibincangkan oleh pengkaji dengan guru mata pelajaran.

You might also like