Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Mudahnya Bahasa Arab Al Quran (Bahagian 3)

Jom Belajar Asas Bahasa Arab Al Quran.

Setelah kita mengetahui jumlah bilangan perkataan-perkataan Al Quran. Bagaimana untuk kita
memulai mempelajari bahasa arab al Quran tersebut.

Dari mana untuk bermula…….

Tanpa kita sedar, sebenarnya bahasa arab itu terlalu dekat dengan kita sebagai kaum Muslimin.
Bermula dengan Syahadah, Bacaan-bacaan Solat, Doa dan Zikir-zikir semuanya diucap dan
dilafazkan dengan menggunakan bahasa arab. Begitu juga surah-surah pendek yang selalu dibaca dan
diulang-ulang sebagai bacaan di dalam solat juga menggunakan bahasa arab.

Jika ditanya bagaimana untuk kita mempelajari bahasa arab, maka mulakanlah dengan perkataan-
perkataan serta bacaan-bacaan di dalam solat, doa-doa dan zikir-zikir keseharian kita.

Senang bukan?.....

Belajar bahasa arab al quran melalui s

Kenapa dan bagaimana Al Quran itu mudah untuk dipelajari.

Mari kita sama-sama melihat bagaimana Al Quran itu mudah untuk dipelajari.

***** Jika kita melakukan kiraan secara anggaran mudah*****

Al Quran

Halaman Muka Surat Bercetak 604 Muka Surat


Setiap Muka Surat Mempunyai 15 Baris
Setiap Satu Baris Mempunyai 9 Patah Perkataan

Jika didarabkan bilangan baris dan jumlah perkataan (15 x 9 = 130) bagi setiap muka surat, kita akan
memperolehi sebanyak 130 patah perkataan bagi setiap muka surat.
130 patah perkataan didarab pula dengan bilangan muka surat al quran, kita akan memperolehi
jumlah sebanyak 78,520 patah perkataan.

Secara tepatnya perkataan yang terdapat di dalam Al Quran adalah berjumlah 77,476 perkataan yang
terdapat di dalam keseluruhan 114 surah-surah Al Quran. Manakala jumlah keseluruhan ayat yang
terdapat di dalam Al Quran pula adalah sebanyak 6,236 ayat berdasarkan kepada pandangan ulama
Kufah dan bilangan ayat yang terdapat di dalam mushaf Madinah yang digunakan secara meluas
pada masa kini.

Banyak Bukan ?....... Bagaimana Al Quran dikatakan mudah jika bilangan perkataannya sebanyak itu
!!!.......

Satu hal yang penting perlu kita ketahui. Daripada keseluruhan jumlah perkataan Al Quran tersebut,
jika kita mengecualikan perkataan-perkataan yang berulang-ulang maka kita akan dapati akan dapati
jumlahnya adalah 17,622.

Daripada keseluruhan jumlah 17,622 perkataan tersebut. Jika kita hanya mengambil kira kata akar
(root word) sahaja bagi setiap perkataan maka jumlah keseluruhan kata akar (root word) yang
terdapat di dalam Al Quran hanyalah berjumlah 1767 patah perkataan.

Salah satu di antara perkataan yang banyak berulang di dalam Al Quran ialah kalimah Allah yang
berulang sebanyak 2153 kali di dalam Al Quran.

Bukankah Al Quran itu mudah.

You might also like