Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SK SLIM VILLAGE

35800 SLIM RIVER


PERAK DARUL RIDZUAN

1.3 Tajuk : Nilai Kebajikan Dalam Komuniti Sekolah Era Pandemik Covid-19
( Gerobok Rezeki )

1.4 Tema : Penglibatan dan sumbangan komuniti

1.5 Pengenalan

KELAB GURU DAN KAKITANGAN merupakan satu pertubuhan yang dianggotai oleh
guru-guru serta staff sokongan di sekolah. Gabungan permuafakatan antara kedua-dua
pihak ini berperanan untuk membantu sekolah dalam aktiviti yang dirancang. Pelbagai
fungsi dapat diwujudkan dalam membina kerjasama serta tanggungjawab untuk
memacu kecemerlangan sekolah serta murid-murid khususnya.

(i) Latar belakang

KELAB GURU Sk Slim Village telah lama ditubuhkan dan pelbagai aktiviti telah
dilaksanakan dan dijayakan bersama-sama sepanjang penubuhan ini.

(ii) Guru/staff

Dalam membentuk kelab yang ditubuhkan, guru besar serta 3 penolong kanan sekolah
terlibat secara langsung bersama 8 orang ahli jawatankuasa dari kalangan guru dan
staff peneraju kelab ini.

Penasihat : Tuan Haji Roslan bin Lee ( Guru Besar )


Penasihat II : Puan Siti Rodiah bt Syed Mohd ( Penolong Kanan Pentadbiran )
Penasihat III: En Zamri bin ( Penolong Kanan HEM )
Penasihat IV: En Fadzian Helmy bin Zulkepli( Penolong Kanan Kokurikulum)
Pengerusi Kelab: En Nurul Badrin bin Abd Latib
Setiausaha:Pn Nurul Hidayah bt Mustafa
(iii) Objektif Perlaksanaan Program/ Aktiviti

1) Mewujudkan nilai peduli kepada kesukaran yang dihadapi semasa menjalani


tempoh kuarantin
2) Menggalakkan budaya bersedekah dan saling membantu
3) Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli

1.6 Kaedah Penulisan : Penyelesaian Masalah

Pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia sangat memberi kesan kepada
individu-individu tertentu. Warga SKAB juga turut ada yang terkesan apabila dijangkiti
virus ini. Melihat kepada kekangan kesihatan dan kesukaran ketika menjalani tempoh
kuarantin, pihak PIBG dengan kerjasama pihak sekolah dan Kelab Guru dan
Kakitangan (KGKT) mengambil langkah prihatin dengan merancang memberikan
sumbangan kepada mereka yang terlibat. Beberapa orang murid, guru, kakitangan dan
ajk PIBG yang ditimpa musibah diberikan sumbangan kebajikan berbentuk barangan
keperluan atau wang ringgit mengikut kesesuaian. Justeru, Tabung Kebajikan Covid
diwujudkan dan dibuka beberapa fasa untuk merealisasikan perancangan ini.

2.1 Perlaksanaan Program / Aktiviti

(i) Proses Perlaksanaan

Menyedari keperluan sumbangan kebajikan ini, pihak YDP PIBG, guru besar, AJK
tertinggi PIBG dan KGKT telah sepakat untuk melaksanakan perancangan ini. Sedikit
mesyuarat ringkas dijalankan dan Tabung Sumbangan dilancarkan pada 6 Oktober
2021 sebagai medium untuk menyalurkan sumbangan. Para murid, guru-guru dan
kakitangan sekolah yang ditimpa virus covid-19 akan memaklumkan sekiranya mereka
didapati positif melalui kumpulan Whatsapp sedia ada. Pihak AJK PIBG dan KGKT
akan bertindak membeli barang keperluan dan membuat penghantaran ke rumah
mangsa yang terlibat.

(ii) Impak
Program Sumbangan Kebajikan ini memberi kesan hubungan yang baik kepada banyak
pihak. Ibu bapa terasa dihargai dan para guru serta kakitangan sekolah juga turut
merasa diingati tatkala mereka menghadapi kesukaran yang tidak diingini ini.

(iii) Kekuatan dan kekurangan

Dalam melaksakana program ini, terdapat beberapa kekuatan dan kekurangan yang
dihadapi. Antaranya ialah,

Kekuatan:
Terdapat guru, AJK PIBG dan AJK KGKT yang sedia menghulurkan tenaga, wang dan
masa untuk menjayakan program yang dirancang ini dalam tempoh masa yang pantas.

Kelemahan:
1) Semakin ramai yang dijangkiti dan Tabung Sumbangan mengalami kekurangan
pendapatan untuk menyalurkan sumbangan.
2) Kekurangan sumber tenaga untuk urusan pembelian dan penyerahan barangan.

3.1

Adam Malim Jaafar (Murid 6 IS) Muhammad Hakim (Murid 5 IS)


Irfan Nafis (Murid 5 IK) Pn Norazina (PPM Pra)

Tn Hj Hamran Ismail (PK 1) Pn Rosada (Guru)

3.2
4.1 Penutup

i.Kesimpulan berkaitan program

Pihak pelaksana amat berterima kasih atas kelangsungan Program Sumbangan


Kebajikan sepanjang tempoh suku akhir tahun 2021 dan diteruskan pada tahun 2022.
Semoga segala aktiviti keprihatinan, kebajikan dan kebersamaan ini mendapat
sokongan dan kerjasama semua pihak agar dapat berjalan lancar.

ii. Instrument/ Borang/Dokumen sokongan

Gambar berikut menunjukkan antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang


penyerahan kepada pihak yang terlibat.
(iii) Kod QR

4.2 Nama Penulis : Siti Mahanim binti Ahmad


Guru Pendidikan Islam

4.3 SK Aminuddin Baki, Slim River

You might also like