Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

PERCUBAAN GEOGRAFI STPM SEMSTER 2 SMK TUN ABDUL RAZAK

SKEMA JAWAPAN

BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL


[40 markah]

Jawab soalan 1 dan satu soalan lain sama ada soalan 2 atau soalan 3.

1 (a) Nyatakan tiga jenis kerpasan yang berlaku di kawasan Tropika Lembap. [3]
(i)_Hujan
(ii)_Hujan Batu
(iii)_Embun

(b) Jelaskan tiga faktor yang memengaruhi kadar air larian permukaan yang tinggi di
kawasan bandar.[6]
Idea Utama (IU) Huraian (HU) Contoh(C)
Kekurangan permukaan Lebih daripada 80% muka bumi kawasan bandar diliputi Bandar Kuala
telap air dengan bitumen, simen, aspal dan lain-lain. Lituan ini Lumpur,
mengurangkan kadar susupan sebaliknya meningkatkan GeorgeTown, Ipoh
air larian permukaan. Kesannya apabila hujan turun, lebih dan lain-lain
banyak air yang akan bertakung di permukaan bumi
berbanding dengan yang meresap ke dalam tanah.
Sistem saliran di bandar Sistem longkang dan parit yang sempit dan ceek, tidak Bandaraya
yang tidak cekap mampu menampung kualiti air hujan pada satu-satu Kuching, George
tempoh masa tertentu khususnya ketika hujan lebat. Town
Sistem longkang yang sempit dan tersumbat dengan
samah sara domestik dan sisa buangan yang dibuang oleh
penduduk serta tidak diselenggara dengan baik. Kesannya
apabila hujan, dasar sungai atau longkang jadi cetek dan
gagal menampung isispadu air yang mengalir dalam alur
kemudian melimpah sebagai larian permukaan.
Kekurangan litupan Kawasan bandar juga mempunyai kekurangan lituan
tumbuhan tumbuhan yang amat ketara, manakala tumbuhan
peneduh yang ditanam pula tidak padat atau masih kecil.
Air hujan yang gagal dipintas akan mengalir di
permukaan berbanding meresap ke dalam tanah.
Penebusgunaan kawasan Sesetangah kawasan di dalam bandar juga terdiri Bandar Baru MJC
tanah lembap daripada kawasan tanah lembap seperti kawasan tanah Batu Kawah,
lembap seperti kawasan paya yang selamaini bertindak Bandar Baru
sebagai kawasan kawasan tadahan dan simpananair Siburan
hujan. Apabila kawasan paya ini ditebus guna misalnya
untuk kegunaan kawasan petempatan dan premis
perniagaan. Apabila hujan kawasan ini gagal menakung
air lagi dan melimpah sebagai air larian permukaan

(c ) Huraikankan tiga kesan kadar air larian permukaan yang tinggi terhadap persekitaran fizikal
bandar. [6]
Idea Utama (IU) Huraian(HU) Contoh (C)
Banjir Kilat Larian air permukaan yang tinggikan mengalir dan Bandaraya
melimpah ke kawasan yang rendah di bandar. Hal Kuching 2018
ini kerana daya tampung sistem saliran yang ada di
bandar seperti sungai dan longkang tidak tidak
mampu menampung isipadu air yang banyak dalam
tempoh masa tertentu. Di samping itu kadar
susupan yang rendah ekoran daripada permukaan

2
PERCUBAAN GEOGRAFI STPM SEMSTER 2 SMK TUN ABDUL RAZAK

bumi bandar yang berturap juga akan


mempercepatkan takungan air menjadi banjir kilat.
Hakisan dan tanah runtuh Kadar larian air permukaan yang tinggi memiliki Highland Tower,
memiliki tenaga kinetik yang tinggi untuk Bukit
menjalankan proses hakisan permukaan terutama di Antarabangsa
cerun-cerun bukit yang telah dipotong dan diteres
untuk pembinaan perumahan dan jalan raya di
kawasan bandar. Struktur tanah di kawasan
berkenaan tidak stabil dan apabila dirempuh oleh
larian air permukaan akan menyebabkan tanah
runtuh. Cerun bukit runtuh, bahu jalan yang runtuh
merupakan fenomena yang sering berlaku akibat
larian permukaan yang tinggi.
Pencemaran persekitaran Larian air permukaan akan membawa bersama
fizikal kelodak,lumpurdan sampah sarap.Bahan-bahan
mendapan atau sedimen ini akan dimendapkan di
kawasan tanah rendah di dalam bandar. Apabila air
larian permukaan kering ia akan meninggalkan
longgokan kelodak,lumur dan damah sarap di atas
jalan, medan letak kereta,lantai bangunan dan
kawasan taman. Pencemaran persekitaran fizikal
akan berlaku seperti pencemaran air dan bau
busuk.
Kerosakan ekosistem tanah Larian air permukaan yang tinggi juga akan
lemba (paya/tasik) di mengalir dan memendapkan sedimennya di
kawasan bandar kawasan paya/ tasik/ tanah lembap dalam bandar.
Ini akan merosakkan ekosistem tanah lembut
tersebut. Ia menjejaskan habitat, sumber makanan
dan merosakkan kawasan pembiakan pelbagai
spesies fauna dan flora dalam ekosistem paya
berkenaan.

2. (a) Berikan maksud kitar hidrologi? [3]


Apa? Suatu proses edaran air yang berterusan
Bagaimana? dalam pelbagai fasa yang bergerak dalam proses menegak menegak dan
mendatar
Contoh Proses sejatan, kerpasan, resapan, pemeluwapan, alir lintang , larian air
permukaan dan larian air bawah tanah

(b) Huraikan proses menegak dalam kitar hidrologi .[10]


Idea Utama (IU) Huraian (HU) Contoh (C)
Sejatan Proses pertukaran air daripada bentuk cecair atau pepejal Sejatan di laut,
kepada bentukwap air (gas) yang berlaku akibat perbezaan tasik, kolam,
tekanan udara. Proses ini memerlukan kehadiran tenaga sungai
suria untukmenukarkan cecair atau pepejal kepada bentuk
wap air. Tekanan wap air di permukaan air lebih tinggi
berbanding tekanan wap air di ruang atmosfera.Oleh itu
wa air akan naik dengan mudah dari permukaan bumi ke
atmosfera
Sejatpeluhan Proses perpeluhan melibatkan pembebasan wap air ke
atmosfera melalui liang-liang stomata daun kerana tekanan
wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding
3
PERCUBAAN GEOGRAFI STPM SEMSTER 2 SMK TUN ABDUL RAZAK

dengan tekanan udara dalam atmosfera


Kerpasan Kerpasan merujuk proses jatuhan air dari ruang atmosfera
ke permukaan bumi, di mana wap air yang naik ke atas
mengalami penyejukan sehingga mencapai takat embun.
Apabila penyejukan berlaku pada wap air akan terhasilnya
awan kumolusnimbus yang menurunkan hujan.
Proses pintasan Air hujan yang turun di kawasan yang diliputi tumbuhan
silara akan menyebabkan berlakunya pintasan silara. Pintasan
silara berlaku apabila air hujan jatuh di atas daun ,
kemudian mengalir ke dahan dan batang sehingga turun ke
bumi dan ke tanah melalui akar tumbuhan.
Proses Resapan / Apabila air hujan turun ke permukaan bumi akan
Susupan menyusup masuk ke dalam tanah. Air hujan masuk ke
dalam tanah melalui liang-liang pori tanah,terutamanya
tanah yang memunyai liang pori yang banyak seperti tanah
pasir.

(c) Bincangkan proses kitaran hidrologi yang terjejas akibat aktiviti manusia. [12]
Idea Utama (IU) Huraian(HU) Contoh (C)
Proses sejatan Kawasan paya, tasik, atau kolam ditebusguna untuk Puchong
terjejas akibat tujuan pelancongan seperti pembinaan hotel, pembinaan Perdana bekas
aktiviti tebus guna petempatan, dan pertanian. Kawasan paya yang berair lombong
ditambak dengan tanah menyebabkan elemen air hilang.
Seterusnya proses sejatan tidak berlaku
Proses Resapan Aktiviti pembinaan untuk tujuan petempatan, penurapan Bandar George
terjejas akibat jalan raya dan infrastruktur menjejaskan proses resapan. Town
aktiviti pembinaan Penyimenan menutup rongga-rongga pori permukaan
tanah menyebabkan air hujan sukar untuk menyerap
masuk ke dalam tanah khasnya di kawasan bandar.
Aktiviti Aktiviti perindustrian seerti kilang pemprosesan dan Lembah Klang,
Perindustrian pembuatan melepaskan gas-gas pencemar dan bahan Shah Alam
meningkatkan terampai yg boleh menjadi nukleus higroskopik bagi
kerpasan di bandar menjana kejadian hujan perolakan di bandar. Kekerapan
penurunan hujan perolakan di bandar dengan kuantiti
yang banyak boleh mengganggu kesimbangankitar
hidrolohi di bandar. Kesannya kawasan bandar kerap
mengalami banjir kilat
Aktiviti pertanian Aktiviti pertanian pindah di kawasan cerun bukit yang Kawasan
pindah tidak berteres mendedahkan permukaan cerun penanaman padi
menggiatkan Proses menyebabkan permukaan bumi gondol. Apabila hari huma di
larian air hujan, air hujan yang turun akan meningkatkan proses pedalaman
permukaan yang air larian permukaan kerana kurangnya litupan Sarawak
giat tumbuhan yang menghalang larian air.
Aktiviti Aktiviti pembalakan haram atau pembalakan yang tidak
Pembalakan yang menjalankan program penanaman semula boleh
tidak terkawal mengurangkan proses aliran batang atau pintasan silara.
mejejaskan Hal ini kerana penebangan pokok semasa hujan turun air
keberkesanan hujan akan turun menuruni daun ke dahan seterusnya ke
proses aliran batang kemudian melalui akar ke menyusup masuk ke
batang/ pintasan dalam tanah, Apabila pokok ditebang, proses pintasan
silara silara tidak berlaku, dan edaran air tanah juga terjejas,
Aktiviti pembinaan Pembinaan empangan memusnahkan kawasan tadahan Empangan
4
PERCUBAAN GEOGRAFI STPM SEMSTER 2 SMK TUN ABDUL RAZAK

empangan hujan semulajadi yang luas, contoh pembinaan Klang Gate


hidroelektrik Empangan Bakun melibatkan kawasan hutan yang luas kering 1997
menjejaskan seluas negara Singapura. Penyahutanan mengurangkan
simpanan air bawah resapan air ke sistem akuifer dan secara langsung
tanah mengurangkan aliran air bawah tanah.

3. “ Proses pembandaran yang pesat telah menyebabkan suhu persekitaran bandar kini
relatifnya jauh lebih tinggi berbanding kawasan dipinggirnya.”

(a) (i) Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan punca-punca berlakunya fenomena


berikut. [11]
Idea Utama (IU) Huraian (HU) Contoh(C)
Struktur morfologi Susunan bangunan di bandar yg rapat-rapat dan tinggi Kuala Lumpur,
di bandar yang menghalang pergerakan angin menyebabkan haba George Town
padat dan tepu bina terperangkap dan suhu tinggi.
Bahan binaan bangunan di bandar daripada bahan konkrit
yang menyerap haba pada waktu siang dan melepaskan
pada waktu malam menyebabkan suhu di bandar tinggi.
Aktiviti Aktiviti industri pembuatan di bandar melepaskan gas-gas Lembah Klang,
perindustrian yang rumah hijau seperti Sulfur Dioksida, Nitrogen Oksida, Butterworth
pesat karbon dioksida yang menyerap haba. Pelepasan gas ini
membentuk lapisan penebat di bandar yang menyebabkan
suhu meningkat di bandar.
Aktiviti Kesesakan lalulintas yang kritikal di bandar serta
pengangkutan yang penggunaan bahan api fosil yang tinggi meningkatkan
menggunakan pelepasan asap yang berjelaga. Asap kenderaan
bahan api fosil mengandungi karbon yang tinggi, gas ini menyerap haba
dan bahangan matahari yang tinggi dan memenuhi ruang
udara di kawasan bandar. Akibatnya suhu bandar
meningkat dan membentuk pulau haba bandar.
Penurapan lantai Permukaan bumi di bandar diturap dengan seimen dan
bumi yang pesat di aspal khasnya untuk pembinaan jalan raya, lapangan
bandar tempat parkir atau pun pusat penjaja. Kesannya pertama
permukaan berturap akan menyerap bahangan matahari
ada waktu siang dan melepaskan perlahan pada waktu
malam menyebabakan suhu di bandar tinggi. Kesan kedua
permukaan berturap memiliki ruang yang tertutup
meyebabkan air hujan tidak meresap ke dalam tanah di
bandar. Kesannya kelembapan tanah di bandar sangat
rendah, kelembapan penting untuk menyejukkan suhu di
bandar. Penurapan menyebabkan suhu tinggi.
Kekurangan litupan Persaingan guna tanah sangat tinggi di bandar untuk
tumbuhan di bandar tujuan petematan, ruangan pejabat dan pusat membeli-
belah menyebabkan kawasan hijau di bandar sangat
terhad. Jika ada pun hanya pokok peneduh. Tumbuhan
penting untuk menais sinaran matahari dan penyerap gas
karbon dioksida, Ketiadaan pokok menyebabkan suhu di
bandar tinggi.

(ii) Huraikan tiga kesan fenomena tersebut terhadap persekitaran fizikal bandar.
[6]
Idea Utama (IU) Huraian (HU) Contoh (C)
5
PERCUBAAN GEOGRAFI STPM SEMSTER 2 SMK TUN ABDUL RAZAK

Peningkatan suhu Suhu di pusat bandar dan pinggir bandar relatif jauh Kuching (31⁰c)
yang ketara di berbeza. Semakin keusat bandar suhu semakin tinggi Kg. Mundai
bandar (28⁰c)
Peningkatan jumlah
Kekerapan penurunanhujan perolakan di bandar akibat
hujan aktiviti perindustrian yang pesat menyebabkan jumlah
hujan di bandar agak tinggi.
Peningkatan Suhu yang tinggi dengan kelembapan udara yang Bandar George
kejadian ribut rendah di bandar menyebabkan wujud kawasan Town
tekanan rendah di bandar. Kesannya kelajuan angin
meningkat di bandar sehingga menyebabkan
berlakunya kejadian ribut .
Peningkatan Udara yang kering di bandar menyebabkan Kuala Lumpur,
pencemaran udara pencemaran udara yang tinggi. Jumlah habukyang George Town, JB
dan jerebu tinggi di bandar akibat aktiviti pembinaan dan
pelepasan asap kenderaan serta kilang menyebabkan
pencemaran udara dan jerebu di bandar

(iii) Terangkan bagaimana Pulau Sejuk Bandar boleh diwujudkan bagi mengatasi
fenomena yang dinyatakan dalam soalan a(i)? [8]
Idea Utama (IU) Huraian (HU) Contoh (C)
Memperbanyakkan Aktiviti penanaman banyak pokok peneduh di bandar, Bandaraya
kawasan tumbuh- mewujudkan kawasan rizab hutan di bandar adalah Putrajaya
tumbuhan hijau satu cara mewujudkan Pulau Sejuk bandar. Tumbuhan
atau kawasan hijau berperanan mengembalikan kelembapan udara melalui
di bandar proses sejat peluhan
Mewujudkan Pembinaan badan air seperti kolam, tasik, air pancuran Taman Tasik
banyak kawasan di bandar dapat merendahkan suhu, kerana ia akan Perdana, Water
badan air meningkatkan proses sejatan di bandar bagi Front Kuching
menampung kekurangan Wap air di bandaragar
peratus kelembapan udara meningkat dan suhu akan
sederhana.
Menukarkan Aktiviti perindustrian dan pengangkutan di bandar Kereta hibrid
penggunaan sumber harus menukarkan penggunaan sumber tenaga
bahan api di bandar daripada sumber tenaga fosil kepada sumber tenaga
kepada sumber alternatif yang bersifat mesra alam seperti tenaga solar
tenaga mesra alam dan tenaga elektrik. Sumber tenaga ini tidak
melepaskan gas penyerap haba seperti karbon
dioksida
Memindahkan Kawasan industri pembuatan yang masih bertumpu di Zon Perindustrian
kawasan industri kawasan bandar harus direlokasikan ke kawasan luar Samalaju, Bintulu
keluar dari zon bandar atau ke pinggir bandar bagi mengurangkan
bandar kesesakan ruang danmengurangkan pelepasan gas-gas
rumah hijau yang boleh meningkatkan suhu bandar.
Lokasi yang sesuai adalah di luar bandar yang masih
banyak hutan agar dapat mengimbangi pencemaran
udara di bandar.
ATAU

(b) (i) Bincangkan bagaimana perubahan unsur cuaca dan iklim dapat memberi kesan
kepada aktiviti pertanian di kawasan Tropika Lembap. [13]
Idea Utama (IU) Huraian(HU) Contoh (C)
Suhu tinggi Kawasan tropika lembap denganpurata suhu yang tinggi Malaysia
6
PERCUBAAN GEOGRAFI STPM SEMSTER 2 SMK TUN ABDUL RAZAK

menggalakkan sepanjang tahun menggalakkan penanaman getah dan


tanaman kontan kelapa sawit. Tanaman kontan ini memerlukan cahaya
matahari yang cukup bagi proses tumbesarannya. Proses
pengeringan hasil pertanian tersebut juga memerlukan
cahaya matahari atau suhu yang tinggi, contoh
pengeringan getah, koko dan kopra atau kelapa kering.
Sementara bagi kawasan yang bersuhu rendah atau
sederhana sangat sesuai untuk tanaman seperti sayur-
sayuran, buah-buahan hawa sederhana serta teh.
Tanaman sebegini tidak memerlukan suhu yang dan Kundasang
bahangan matahari yang tinggi. dan Cameron
Highlands
Hujan yang banyak. Purata hujan yang banyak menyebabkan bekalan air Malaysia
yang banyak mempengaruhi aktiviti pertanian yang purata
memerlukan air yang banyak untuk proses tumbesaran penerimaan
seperti tanaman padi dan sayur-sayuran. Walau hujan tahunan
bagaimana pun penurunan hujan yang melampau seperti 2030mm
musim tengkujuh akan merosakkan tanaman contohnya
tanaman tembakau akan musnah sekiranya terendam
dalam air dalam tempoh yang lama. Penurunan hujan
yang kurang juga mempengaruhi aktiviti pertanian
seperti semasa musim kemarau menyebabkan tanaman
seperti padi kering,layu dan mati.
Kelembapan udara Udara kering atau cuaca panas memudahkan aktiviti Tanaman
tinggi memudahkan pembakaran di kawasan pertanian sebelum proses ladang tebu di
aktiviti pembakaran penanaman semula dijalankan. Misalnya aktiviti Chuping,
di kawasan pembakaran jerami padi dan sisa tebu di ladang Cuping, Perlis
pertanian. Perlis. Udara yang kering juga memudahkan kerja-kerja
penyemburan racun dan baja di ladang kelapa sawit
yang menggunakan kapalterbang ringan. Aktiviti
penanaman cendawan juga memerlukan lembaan yang
tinggi.
Angin laminar Tiupan angin laminar yang lembut dan nyaman Penanaman
mempengaruhi menggalakkan aktiviti penuaian/ pengutipan hasil padi huma
aktiviti penuaian pertanian khususnya padi sawah. Pertanian padi huma
hasil pertanian yang masih menggunakan kaedah tradisional
menggunakan tiupan angin yang lembut untuk proses
menganginkan padi bagi mengasingkan padi dari
hampasnya. Walau bagaimana pun tiupan angin yang
terlalu kuat seperti badai juga boleh merosakkan
tanaman, misalnya padi yang sedang membunting akan
tumbang apabila ditiup angin yang kencang.
Ayat Penyata : Perubahan unsur cuaca dan iklim boleh memberi kesan positif dan negatif
kepada aktiviti pertanian di kawasan tropika lembap.

(ii) Jelaskan langkah-langkah yang sesuai bagi mengurangkan kesan perubahan


Unsur-unsur cuaca yang drastik di di Malaysia. [12]
Idea Utama (IU) Huraian (HU) Contoh (C)
Langkah Melaksanakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Perundangan seperti Peraturan Udara Bersih 1978, Peraturan Peleasan
Asap Daripada Enjin Diesel 1996, dan kawalan
pembakaran terbuka. Pemantauan oleh pihak berkuasa
7
PERCUBAAN GEOGRAFI STPM SEMSTER 2 SMK TUN ABDUL RAZAK

kepada pesalah alam sekitar dengan mengenakan denda,


hukuman.
Mewujudkan Bandar menanam banyak pokok peneduh di kawasan
Kawasan Hijau rezab bandar seperti jalan, rezab bangunan dan lain-lain.
dalam bandar Pokok peneduh mampu mengekalkan udara lembap di
samping menyederhanakan suhu sekitar.
Mewujudkan lebih Kawasan badan air dapat mewujudkan Pulau Sejuk Taman Tasik
banyak kawasan Bandar seperti taman tema air, dan tasik rekreasi . Jasad Titiwangsa,
badan air di bandar air dapat meningkatkan kelembapan udara di bandar Sunway
melalui proses sejatpeluhan. Lagoon
Penggunaan sumber Aktiviti perindustrian dan pengangkutan di bandar yang Sumber tenaga
tenaga gantian yang sumber tenaganya menggunakan sumber tenaga fosil petrol tanpa
bersih dan mesra harus ditukar kepada penggunaan tenaga sumber yang plumbum
bersih seperti tenaga elektrik daripada empangan hidro
elektrik, tenaga solar dan biomass. Dengan cara ini
pelepasan gas rumah hijau dapat dikurangkan.
Kempen penjagaan Kempen kesedaran tentang penjagaan alam sekitar Kempen Earth
alam sekitar dianjurkan oleh agensi kerajaan, swasta atau NGO bagi Hours
mengurangkan pencemaran alam sekitar seperti Kempen
Satu Hari Tanpa Plumbum di Bandaraya Kuala Lumpur,
Kempen Kempen Penggunaan pengangkutan rel di
bandar, Tanpa Beg Plastik Setiap Sabtu di pusat-pusat
membeli belah juga dapat mengurangkan pelepasan gas
rumah hijau.
Pendidikan alam Kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar
sekitar melalui pendidikan menerusi subjek seperti Geografi,
PSK, Pendidikan Moral di peringkat sekolah dan
penawaran kursus alam sekitar dan PengajiaN Geografi
di IPTS dan IPTA.

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA


[40 markah]

Jawab soalan 4 dan satu soalan lain sama ada soalan 5 atau soalan 6.

4. (a) Nyatakan tiga kesan positif aktiviti ekonomi sekunder terhadap pembangunan
sosioekonomi di Malaysia. [3]

(i) Peningkatan pendapatan negara melalui KDNK, pendapatan eksport melebihi pendapatan
meningkat melalui eksport hasil pengeluaran industri kelapa sawit.
(ii) Penyediaan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk dalam bidang perindustrian
seperti sebagai operator pengeluaran.
(iii) Mempercepatkan pembangunan sektor hiliran seperti sektor pengangkutan hasil pembinan
kawasan perindustrian untuk mengangkutan hasil pengeluaran ke pasaran atau mengangkut
bahan mentah.
(iv) Mempercepatkan penyediaan infrastruktur ke kawasan industri di pinggir bandar seperti
pembinaan jalan raya, penyediaan bekalan elektrik dan air kesan pembukaan kawasan industri ke
kawasan luar bandar.

8
PERCUBAAN GEOGRAFI STPM SEMSTER 2 SMK TUN ABDUL RAZAK

(b) Huraikan dua kepentingan modal dalam memajukan sumber sektor sekunder di sesebuah
negara.[4]

(i) Meningkatkan kemasukan pemodal asing ke sektor sekunder dalam negara. Kemasukan
pelabur asing akan mempercepatkan pembangunan industri tempatan contoh kemasukan pelabur
dari Jepun dalam industri semi konduktor di negara ini.
(ii) Mempercepatkan pemindahan teknologi dan kepakaran bagi meningkatkan produktiviti
pengeluaran sektor industri di Malaysia, contohnya Industri Automotif yang menerima
pemindahan teknologi dari pelabur Jepun.

(c) Jelaskan dua cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan sektor
ekonomi sekunder. [4]
(i) Pengusaha sektor sekunder khasnya Perindustrian Kecil Sederhana berdepan dengan cabaran
kekurangan modal untuk menghasilkan teknologi yang canggih dan moden yang setanding
negara maju. Oleh itu produktiviti sektor sekunder masih kekurangan dan tidak dapat
mengeluarkan produk dalam skala yang besar dan lebih ekonomik.
(ii) Persaingan daripada pengeluar produk yang sama. Kebanyakan Negara maju yang memiliki
teknologi yang canggih dapat menghasilkan barangan tiruan sehingga timbul isu lambakan
pasaran. Hal ini menyebabakan produk industry pemprosesan seperti industri getah Negara
berdepan dengan kejatuhan harga yang teruk,kesan lambakan penawaran getah tiruan dari Jepun
dan US.

(d) Huraikan dua langkah pengurusan bagi menangani impak alam sekitar fizikal kesan
daripada pembangunan pesat sektor sekunder di Malaysia. [4]
(i) Mewujudkan zon penampan di kawasan industri. Penanaman pokok peneduh atau
pokok hiasan di sekeliling kawasan kilang dapat menyedarhanakan suhu dengan
bertindak sebagai penapis sinaran matahari di samping penyerap gas karbon dioksida.
(ii) Pemasangan filter di cerobong asap kilang bagi menapis pelepasan asap-asap tercemar
yang dilepaskan semasa operasi pengeluaran dijalankan. Enggunaan penapis ini dapat
mengurangkan kesan pencemaran udara darikilang khasnya dalam industri
pemprosesan seperti industri petro kimia.
(iii) Penggunaan sumber bahan api tanpa plumbum atau mesra alam di kilang memproses
dapat mengurangkan pencemaran udara dan mengatasi peningkatan suhu setempat.
Penggunaan arang batu sebagai bahan bakar di kilang memproses perlu ditukar kepada
sumber tenaga hidrolektrik yang lebih bersih dan murah.

5. (a) Nyatakan tiga jenis pengangkutan awam moden di bandar metropolis di Malaysia. [3]
(i) LRT / MRT
(ii) Komuter
(iii) ERL
(b) “Trend penggunaan pengangkutan rel bandar semakin popular di bandar-bandar di Asia
Tenggara.” Jelaskan pernyataan ini. [ 10]
Idea (IU) Huraian (HU) Contoh (C)
Mengatasi Perkhidmatan rel di bandar menggunakan laluan Bandaraya
kesesakan lalu khas,laluantidak berkongsi laluan dengan jalan raya dan Kuala Lumur
lintas di bandar lebuh raya
Mengurangkan Tidak mengeluarkan asap yang boleh mencemarkan udara LRT
pencemaran kerana menggunakan tenaga elektrik dan kadar pencemaran
bunyi juga kurang
Kurang risiko Pergerakan di atas laluan sendiri dapat mengurangkan risiko
kemalangan kemalangan seperti dijalan raya atau lebuh raya. Tambahan
pula perkhidmatan rel digerakkan secara atomatik tidak
9
PERCUBAAN GEOGRAFI STPM SEMSTER 2 SMK TUN ABDUL RAZAK

menggunakan manusia sebagai pemandu maka kurang risiko


kecuaian yang sering membawa kemalangan.
Memenuhi cita rasa Ruang duduk luas dan selesa. Pengguna merasa selesa bagi
pengguna kerana perjalanan yang jauh misalnya penggunaan komuter dari
lebih selesa dan KL Central ke Ipoh. Bagi koc eksekutif ada disediakan
sofistikated perkhidmatan pelayan dan kantin.
Kos tambang lebih Penggunaan kad elektronik untuk embayaran tambang jauh
murah lebih murah berbanding menggunakan kenderaan sendiri
kerana tidak perlu menanggung kos bayaran tol.

(c) Huraikan kesan pengangkutan darat terhadap persekitaran bandar di Malaysia.[12]


Idea Utama (IU) Huraian (HU) Contoh (C)
Peningkatan suhu Pertambahan bilangan kenderaan yang menggunakan jalan KL, George
setempat raya dan lebuh raya di bandar meningkatkan pelepasan asap Town, JB
dan gas penyerap haba seperti karbon dioksida dan karbon
monoksida kerana kenderaan ini menggunakan bahan api
fosil yang mengandungi hidro karbon yang tinggi. Kesannya
suhu di bandar relatifnya tinggi berbanding dipinggir
bandar.
Peningkatan air Penurapan yang pesat di bandar untuk tujuan pembinaan Bandaraya
larian permukaan di jalan raya dan lebuh raya telah meningkatkan air larian Kuching, 2018
bandar permukaan di bandar. Hal ini kerana permukaan bumi yang
menyebabkan diturap akan menghalang air hujan yang turun daripada
banjir kilat meresap masuk ke dalam tanah. Penyeminan menutup liang-
liang pori tanah menyebabkan air larian permukaan
melimpah di atas jalan jara masuk ke longkang dan parit
serta menyebabkan banjir kilat di bandar.
Peningkatan kadar Kerja-kerja pembinaan jalan raya dan lebuh raya di bandar Lebuh raya KL-
hakisan dan tanah juga melibatkan kerja-kerja pemotongan cerun dan Karak
runtuh di bandar penarahan tanah. Kesannya struktur tanah di kawasan yang
bercerun rincih menjadi tidak stabil dan ikatan butiran tanah
menjadi longgar. Faktor hujan yang tinggi mendedahkan
permukaan cerun kepada hakisan meluas dan tanah menjadi
tepu boleh membawa kepada risiko tanah runtuh
Menjejaskan Peningkatan suhu menyebabkan kesihatan penduduk terjejas Kematian murid
kesihatan penduduk di bandar. Cuaca yang panas dan kering meningkatkan kes Ting 4 di
strok haba kepada penduduk bandar dan risiko kepada Mendamit
golongan tua dan kanak-kanak. Limbang kerana
strok haba
Peningkatan kos Persekitaran bandar menjadi panas kesan pengingkatan KL,Kuching
hidup penduduk suhu akibat pembinaan pengangkutan darat menyebabkan
bandar penduduk terpaksa menambah pembelian kipas dan
penyaman udara. Hal ini juga akan meningkatkan
penggunaan caj bayaran bil elektrik khasnya bagi keluarga
besar.
Menghadkan Cuaca panas dan kering menyebabkan penduduk terpaksa
aktiviti di luar mengurangkan aktiviti di luar rumah. Suhu yang tinggi
menyebabkan aktiviti riadah seperti bersukan, tidak dapat
dijalankan .

6. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep globalisasi ekonomi? [3]


10
PERCUBAAN GEOGRAFI STPM SEMSTER 2 SMK TUN ABDUL RAZAK

Saling bergantung antara negara dari segi bahan mentah, modal, buruh,pasaran dan teknologi
dalam proses pengeluaran dan pemasaran yang dipermudahkan oleh kemajuan teknologi
maklumat (ICT)

(b) Mengapakah Malaysia menjadi tumpuan kepada pelabur asing di Asia Tenggara? [10]
Idea Utama (IU) Huraian (HU) Contoh(C)
Politik yang stabil Malaysia negara yang aman, sejahtera kerana dasar Pilihan raya ke-
pemerintahan berjaya mewujudkan iklim pelaburan yang 14 tanpa
sihat dan selamat. Keselamatan pelaburan terjamin dari segi pertumpahan
risiko kerugian akibat peperangan, rusuhan kaum atau darah
pergolakan politik seperti negara jiran
Kemudahan Infrastruktur yang baik dan lengkap bertaraf antarabangsa KLIA
infrastruktur yang seperti lapangan terbang. Jaringan lebuh raya dan jalan raya Lebuh Raya
lengkap dapat yang baik dan cekap memudahkan pergerakan pelabur asing Utara Selatan
melancarkan urusan berurusniaga. Terdapat pelabuhan yang moden dan cekap Pelabuhan
perdagangan untuk memudahkan urusan import dan eksort bahan mentah, Klang, Gelang
barangan siap dan separuh siap. Patah dan
Tanjung
Pelepas
Bekalan buruh yang Malaysia antara negara yang menjadi pilihan buruh asing Buruh dari
murah dan mahir khasnya dari negara jiran. Bekalan tenaga buruh murah dan Thailand,
ramai. Buruh tempatan juga murah dan berkemahiran, Myanmar dan
sekurang-kurangnya peringkat diploma dan ijazah keluaran Indonesia
IPTA atau IPTS. Pelabur dapat faedah kos buruh yang
murah
Terdapat sumber Sumber alam seperti mineral, tanah dan hutan yang banyak Bijih timah,
alam yang banyak. dapat menjamin kos operasi yang murah. Banyak bahan petroleum dan
mentah boleh didapati dalam negara tidak perlu import dari gas asli
negara luar khasnya dalam industri pemprosesan .Bekalan Empangan
sumber tenaga yang banyak dan murah daripada kuasa Bakun
hidroelektrik.
Dasar Kerajaan Kerajaan menyokong penuh kemasukan pelabur asing untuk FTZ Bayan
yang sangat memajukan dan memperkembangkan sektor industri dan Lepas, Lembah
menyokong perkhidmatan. Kerajaan beri bantuan seperti pemberian tarif Klang, Shah
kemasukan pelabur perintis pengecualian cukai untuk5 tahun pertama sehinggan Alam
asing 10%. Kerajaan juga mendirikan banyak Zon Perdagangan
dan Perindustrian bebas bagi menarik kemasukan ramai
pelabur asing.

(c) Bincangkan kesan globalisasi ekonomi terhadap negara Malaysia. [12]


Idea Utama (IU) Huraian (HU) Contoh (C)
Mewujudkan satu Konsep pasaran terbuka membolehkan kemasukan modal Carefour,
bentuk penjajahan asing dari negara asing bebas dengan ke dalam negara . Hal Tesco, Akea,
ekonomi baru. ini membolehkannegara maju memanipulasidan menguasai 100%, BS, CS
11
PERCUBAAN GEOGRAFI STPM SEMSTER 2 SMK TUN ABDUL RAZAK

ekonomi negara untuk kepentingan mereka. Syarikat


multinasional asing menguasai pasaran negara menyebabkan
syarikat pasaraya dan kedai runcit tempatan gulung tikat.
Kesukaran Serangan kuasa ekonomi dunia menyebabkan nilai mata Kegawatan
mengawal nilai wang negara jatuh sehingga berlaku kemelesetan ekonomi ekonomi 2007
mata wang asing Malaysia seperti pada tahun 2007. Misalnya kejatuhan nilai
RM berbanding US$ meberi kesan kepada ekonomi negara.
Kesannya pelaburan asing hilang keyakinan dan membawa
keluar modal mereka.
Ancaman kepada Sukar menjaga kualiti dan pasaran produk tempatan khasnya Adidas, Nike,
produk tempatan produk PKS kesan persaingan dengan produk asing. Produk Avon
luar negara lebih menarik, jenama sudah kukuh dan berbanding
memenuhi citarasa pengguna tempatan. Kesannya produk jenama
tempatan terancam menyebabkan pengusaha kecil terpaksa tempatan Bata,
gulung tikar. Sendayu Tinggi
Tekanan ekonomi Pengenalan konsep deregulasi dan liberalisasi dalam
kepada penduduk globalisasi ekonomi telah memberi tekanan kepada
atau golongan golongan berpendapatan rendah atau B40 . Pemansuhan
berpendapatan subsidi ke atas beberapa keperluan asas seperti gula, tepung
rendah dan minyak telah meningkatkan kos sara hidup mereka.
Jika dikawal isu ini juga boleh mewujudkan inflasi.
Menambah Pembukaan asaran negara kepada ekonomi global telah Tayo Yuden
keupayaan modal menyuntik kemasukan dana asing ke negara. Suntikanmodal (Jepun)
dalam negara asing membangunkan sektor industri dalam negara sekali
gus membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan. Kemasukan modal asing juga mengalirkan
kemahiran dan kepakaran kepada buruh tempatan melalui
kursus dan latihan.
Memperluaskan Penghapusan Kadar Perlindungan dan Sekatan Tarif Barangan
pasaran barangan (GATT) , penghapusan stok penimbal dan provokasi elektrik jenama
dan perkhidmatan pasaran memberikan peluang kepada produk negara kita Nasional,
negara ke pasaran menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama Panasonik
antarabangsa rata. Kemasukan produk negara kita ke pasaran negara maju masuk ke
seperti kereta nasional membolehkan pengusaha industri pasaran Negara
menikmati faedah pengukuhan rangkaian Arab Bersatu
pasaran,persaingan yang sihat dan harga barangan yang
lebih stabil. Hal ini kerana globalisasi memberikan kuasa
mutlak kepada kuasa pasaran iaitu permintaan dan
penawaran dalamurus niaga barangan dan perkhidmatan
tanpa mengira status negara pengeluar.

SOALAN TAMAT

12
PERCUBAAN GEOGRAFI STPM SEMSTER 2 SMK TUN ABDUL RAZAK

13

You might also like