Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN DENGKIL, SELANGOR

CTU 085:
ADAB DAN ETIKA PROFESIONALISME
DALAM ISLAM

TAJUK: ISU TRANSGENDER

DISEDIAKAN UNTUK: DR FARIDAN BINTI MOHD


SAIRI

DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN S44

NAMA AHLI NOMBOR PELAJAR

Nur Aribah binti 2022600182


Aminuddin
Shafnie Hani binti Fadzlin 2022600372

Irdhina Zahra 2022885544


binti Ahmad Tarmizi
Noorazyyati binti Azir 2022499896
ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.0
● 3.1 DAPATAN KAJIAN
3.1.1 Definisi Transgender Menurut Pandangan Barat
3.1.2 Definisi Transgender Menurut Pandangan Islam

3.1.3 Definisi Transgender Menurut Kajian

● 3.2 PERBEZAAN ANTARA ISU TRANSGENDER DARI SUDUT


PANDANGAN ISLAM DAN BARAT
3.2.1 Isu Transgender dari Sudut Pandangan Barat
3.2.2 Isu Transgender dari Sudut Pandangan Islam

● 3.3 FAKTOR TERJADINYA ISU TRANSGENDER DALAM


KALANGAN MASYARAKAT
3.3.1 Kurang Penghayatan Agama
3.3.2 Pengaruh Budaya Barat
3.3.3 Hubungan Kekeluargaan
3.3.4 Peranan Diri dan Masyarakat
● 3.4 CARA MENCEGAH DIRI DARIPADA TERJERUMUS DALAM
GEJALA TRANSGENDER
3.4.1 Peranan Diri dan Masyarakat
3.4.2 Peranan Ibu Bapa
3.4.3 Peranan Kerajaan

4.0 CADANGAN
5.0 PENUTUP
6.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Hari ini masyarakat dunia umumnya dan masyarakat Malaysia khususnya sedang berhadapan
dengan isu yang semakin melonjak dalam hal kecelaruan gender iaitu transgender. Golongan
ini muncul dengan persoalan kejantinaan, orientasi seksualiti, psikologi, kognitif dan
tingkahlaku yang menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat, malah melibatkan soal
keagamaan khususnya agama Islam. Secara jelas perlakuan transgender dilarang di dalam
Islam apatah lagi apabila ia melibatkan soal penampilan dan orientasi seksualiti. Dari sudut
perundangan negara dan konteks sosial juga dapat dilihat bahawa ia tidak dapat diterima
sebagai sesuatu yang wajar.

Namun, apabila dirujuk kepada perspektif mereka yang terlibat dengan transgender, mereka
mengemukakan pelbagai sebab berlandaskan pelbagai aspek yang menonjolkan keterlibatan
mereka dalam perlakuan transgender. Kajian ini mendapati bahawa golongan transgender
yang merupakan responden kajian menjadi tanggungjawab bersama masyarakat untuk
mengajak dan membimbing mereka kembali ke fitrah kejadian asal mereka iaitu sebagai
kaum lelaki atau kaum perempuan. Oleh yang demikian, telah disertakan beberapa faktor isu
transgender ini boleh berlaku serta langkah mencegah diri daripada terjerumus dalam gejala
ini.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti definisi transgender dalam masyarakat Islam dan
Barat. Secara umumnya, objektif kajian adalah seperti membincangkan pengertian
transgender itu sendiri, membezakan isu transgender dari sudut pandangan Islam dan Barat,
faktor terjadinya isu transgender dalam kehidupan harian masyarakat serta menganalisis cara
atau langkah mencegah diri daripada terjerumus dalam gejala transgender ini agar dapat
menyekat gejala ini daripada terus berleluasa.
3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 DEFINISI TRANSGENDER

3.1.1 Definisi Transgender Menurut Pandangan Barat

Istilah transgender membawa maksud yang pelbagai sehinggakan terdapat golongan yang
mengatakan bahawa transgender merupakan identiti yang utama yang memberi makna
kepada siapa diri mereka yang boleh dilihat. Bagi golongan yang lain pula,istilah ini
bermaksud kategori yang tidak jelas dan tidak bermakna. Pada masa yang sama,transgender
juga ditakrifkan dengan lebih meluas sehingga ‘cross-dressers’ juga termasuk dalam
golongan ini. Cross-dressers bermaksud berpakaian pakaian berlainan jantina.(International
Journal of Islamic and Civilizational Studies,67-66,2020)

Merujuk pandangan Brown dan Rousley (1996) istilah ini merupakan golongan atau individu
yang mempunyai masalah isu jantina mereka sendiri.Manakala, Boswell (1997) menyebut
transgender sebagai individu yang akan mengalami pelanggaran jantina dan ingin menjadi
‘more fully human’. (International Journal of Islamic and Civilizational Studies,67-66,2020)

3. 1. 2 Definisi Transgender Menurut Pandangan Agama Islam

Menurut Islam,transgender merupakan amalan songsang dan perlakuan yang bertentangan


dengan jantina sendiri. Kategori ini boleh dirungkai dengan membawa maksud wanita
sebagai lelaki dan sebaliknya. Perbuatan ini benar-benar dilarang oleh Islam. (Jabatan Agama
Islam Selangor,2016)

Iman An-Nawawi mendefinisikan seorang lelaki yang dalam pergerakan,penampilan dan


bahasanya membawa ciri-ciri seorang wanita sebagai mukhannas. Terdapat dua jenis :-
i) Seseorang yang mempunyai ciri-ciri semula jadi dan tidak meletakkan ciriciri tersebut pada
diri mereka sendiri. Jenis ini tiada kesalahan kepadanya,tidak berdosa dan tidak perlu malu
dengannya,selagi dia tidak melakukan perbuatan haram,atau mengeksploitasinya untuk wang
( pelacuran dll )

ii) Seseorang yang berperwatakan seperti perempuan dengan tujuan tidak bermoral,dan dikira
sebagai perlakuan berdosa

Jantina manusia dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu lelaki dan perempuan, khunsa,
mukhannas dan akhir sekali mukhannis. Secara terperinci golongan mukhannas ialah
golongan yang menaruh harapan menjadi wanita sedangkan mereka ialah lelaki. Untuk
golongan mukhannis pula,mereka adalah golongan lelaki yang bersifat lembut.Mereka
sebenarnya lelaki yang mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi dan tidak sanggup untuk
melakukan sebarang pembedahan jantina.(Jabatan Agama Islam Selangor,2016)

Secara umumnya,golongan transgender dilaknat oleh Allah SWT samada lelaki yang
menyerupai wanita atau sebaliknya. Perkara ini boleh dibuktikan berdasarkan karya kitab
“AlMu’jam al-Awsat”. Dari Ibnu Abbas Radliyaaahu’anhu,baginda berkata :

“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki”

(Hadis Imam Bukhari)

Allah berfirman “Dan demi sesungguhnya,Aku akan menyesatkan mereka (dari


kebenaran),dan Demi sesungguhnya Aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan
kosong,dan demi sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-
binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan Aku akan
menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”. dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan
sebagai pemimpin yang ditaati selain daripada Allah,maka sesungguhnya rugilah ia dengan
kerugian yang terang nyata” (Surah an-Nisa 4:119)

3.1.3 Definisi Transgender Menurut Kajian

Kajian menghasilkan kesimpulan bahawa transgender bermaksud individu atau golongan


yang mempunyai kecelaruan identiti serta mengikut nafsu dan shahwat yang bertentangan
dengan aktiviti diluar tabi’in manusia kerana ingin mengubah ciptaan yang telah ditetapkan
oleh tuhan.(International Journal of Islamic and Civilizational Studies,67-66,2020)

3.2 PERBEZAAN ISU TRANSGENDER DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM DAN


BARAT

3.2.2 Isu Transgender dari Sudut Pandangan Islam

Penukaran jantina sama ada dari lelaki ke perempuan ataupun perempuan ke lelaki melalui
pembedahan adalah bercanggah dari segi syarak. Pembedahan penukaran jantina adalah
haram kerana ia menunujukkan bahawa kita mengubah kejadian Allah SWT dan tidak
mensyukuri dengan ciptaan-Nya. Salah satu sebab Allah SWT menentang dengan hubungan
pasangan homoseksual adalah kerana tidak dapat mengkurniakan zuriat. Selain itu, perbuatan
menukar jantina akan melibatkan implikasi hukum dari segi syarak berkaitan perkahwinan,
perwalian, ibadat dan kematian.

Kita sebagai umat Islam telah mengetahui sebanyak mana Allah SWT melaknat masyarakat-
masyarakat yang mengikut ajaran sesat seperti menyokong hubungan homoseksual, LGBT
dan transgender. Walaupun ajaran sesat ini telah merebak secara berleluasa pada zaman
moden ini dan beberapa kaum umat Islam telah terpedaya dengan isu ini, tetapi masyarakat
transgender telah dilahirkan sejak zaman Nabi Lut AS. Kebanyakan golongan transeksual dan
transgender bermula dari minda mereka kerana mereka berpendapat bahawa mereka
terperangkap dalam badan fizikal dengan jantina yang berlawanan dengan minda dan
perasaan mereka[Jabatan Mufti Kedah, 2019].

Sesungguhnya Allah SWT menjadikan makhluk berpasang- pasangan dan fitrahnya akan
tertarik kepada jantina yang berlainan[Mahfudzah Mohamad, 2015]. Tetapi perbuatan tidak
bermoral ini telah menyebabkan Allah SWT telah menurunkan bala yang dahsyat seperti
pada kaum zaman Nabi Lut AS di suatu masa dahulu. Malah rakyat-rakyat dari negara Barat
telah menjadikan amalan ini sebagai suatu yang normal dan telah diterima oleh masyarakat.

3.2.1 Isu Transgender dari Sudut Pandangan Barat


Sebanyak 62 peratus rakyat Amerika Syarikat bersetuju dan berpuas hati dengan penerimaan
masyarakat LGBT menurut siaran berita televisyen, USA Today. Camille Paglia, seorang
professor dari University of the Arts, Philadelphia, menganggap bahawa trend penukaran
jantina ini sebagai tanda “sebuah masyarakat yang tidak lagi percaya dengan ketamadunan
sendiri” . Beberapa negara telah membenarkan hubungan homoseksual dan transgender
secara sah dalam undang-undang dan pasangan homoseksual untuk berkahwin. Mereka juga
mengadakan sambutan yang dipanggil 'Pride Month' yang akan disambut pada 1 hingga 30
Jun.

"Pride Month' ini merupakan sambutan untuk masyarakat LGBT untuk meningkatkan suara,
mendapatkan penerimaan masyarakat, dan menuntut hak asasi untuk membela masyarakat
LGBT. Sambutan ini adalah juga sebagai sebuah peringatan untuk anggota masyarakat yang
kehilangan nyawa kerana membenci jenayah dan HIV/AIDS[National Today, 2022]
Masyarakat orang Barat sangat menggalakkan rakyat mereka untuk meleluasakan amalan
yang bertentangan dengan perintah Allah SWT seperti menjadi transgender. Masyarakat
transgender yang telah melakukan perubahan kepada diri atau badan kerana mengikut hawa
nafsu mereka sendiri merupakan masyarakat yang telah melakukan perkara yang bercanggah
dengan agama Islam. Hari ini, perayaan “Pride Month” termasuk perarakan kebanggaan,
berkelah, parti, bengkel, simposium dan konsert telah menarik berjuta-juta peserta di seluruh
dunia bertujuan untuk mengiktiraf kesan individu lesbian, gay, biseksual dan transgender
terhadap sejarah tempatan, nasional dan antarabangsa.[Holland Gormley,2022 ]

3.3 FAKTOR TERJADINYA ISU TRANSGENDER DALAM KALANGAN


MASYARAKAT

3.3.1 Kurang Penghayatan Agama


Dalam meniti arus kemodenan ini, masyarakat khususnya golongan remaja lebih cenderung
untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial oleh sebab jiwa mereka yang bersifat
mahukan kebebasan dalam melakukan sesuatu kegiatan. Oleh hal yang demikian, didikan
agama haruslah diterapkan sejak kecil lagi oleh ibu bapa supaya mereka mengetahui batas-
batas dalam pergaulan, dapat membezakan perkara yang halal atau haram. Kendatipun begitu,
walaupun ibu bapa telah menerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak-anak, masih lagi
terdapat segelintir masyarakat yang melakukan perkara laknat tersebut.

Kekurangan ilmu agama dalam diri akan menyebabkan iman tidak teguh dan mudah goyah.
Hal ini menyebabkan masyarakat lebih mudah terjebak dalam masalah sosial yang bebas
bergaul. Lesbian, homoseksual, biseksual dan transgender adalah perbuatan yang diharamkan
dan perbuatan yang dilaknat oleh Allah SWT dan akan diazab di hari akhirat nanti. Hal ini
juga menjadikan perbuatan ini dikategorikan sebagai golongan yang songsang dan jauh
daripada syariat hidup Islam yang sebenar [Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2019]. Allah
SWT berfirman :

“Dan sesungguhnya! Nabi Luth telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa
Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu. Dan demi
sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Luth mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan
biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka) : Rasalah azabKu dan kesan amaran-
amaranKu! Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi
hari (esoknya).”

(Surah al-Qamar, ayat 36-38)

Tegasnya, peranan ibu bapa dalam memberikan pendedahan awal kepada anak-anak
mengenai ilmu agama tidak kira ilmu al-Quran, ilmu fiqh, ilmu tauhid dan sebagainya
perlulah dititikberatkan agar dapat membentuk generasi yang bukan sahaja sihat secara zahir
malah sihat secara batin.

3.3.2 Pengaruh Budaya Barat

Isu transgender dan transeksual juga berkait rapat dengan pengaruh Barat. Jika ditinjau dari
perspektif yang lebih luas, masyarakat Barat menormalisasikan perbuatan ini sehingga
perkara tersebut dinormalisasikan dalam drama atau filem di peringkat antarabangsa tanpa
sebarang tapisan. Oleh sebab kita berada pada era yang penuh dengan serba teknologi yang
canggih, masyarakat lebih mudah untuk mengakses filem-filem yang berunsurkan
transgender atau transeksual dan ini boleh menyebabkan mereka berminat ingin mencuba
perkara baharu iaitu menyerupai jantina lain. [Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif, 2018, halaman
28]

Selain itu, pada tahun 2018, Timbalan Pengarah Keluarga, Sosial dan Pembangunan
Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr Mohd Izwan Md Yusof, berkata
statistik anggota masyarakat homoseksual dan transgender yang direkodkan melalui pelbagai
sumber dengan mempamerkan peningkatan trend sejak beberapa tahun lalu. JAKIM
mendedahkan, anggota masyarakat homoseksual direkodkan meningkat hampir 100 peratus,
iaitu seramai 310,000 individu pada tahun ini, berbanding 173,000 lima tahun lalu. Manakala,
golongan transgender pula merekodkan peningkatan kepada 30,000 individu pada tahun ini,
berbanding seramai 10,000 pada 1988. [Aundrey Dermawan, 2018]

Malah, terdapat segelintir masyarakat yang menjadikan perbuatan ini sebagai hiburan semata-
mata seperti komedi dan sebagainya. Sungguhpun niat adalah untuk tujuan hiburan, perkara
tersebut boleh mendorong pihak lain untuk melakukan hal yang sama, seterusnya tersebar
luas dan akan dianggap perkara normal dalam masyarakat. [Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif,
2018, halaman 28]
3.3.3 Hubungan Kekeluargaan

Joe Biden, Presiden Amerika ke-46 yang menggantikan Donald Trump mengiktiraf dan
mempromosi hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) setelah
melakukan majlis angkat sumpah presiden dengan menandatangani arahan eksekutif yang
boleh ditakrifkan mengiktiraf perkara tersebut [Astro Awani, 2021]. Walaupun pengiktirafan
keutuhan kemuliaan dan hak sama rata serta asasi yang tak terpisah bagi seluruh umat
manusia adalah asas kebebasan, keadilan dan kedamaian dunia, hak asasi untuk semua rakyat
tidak kira jantina sudah termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang
menyatakan diskriminasi terhadap warganegara tidak boleh diamalkan semata-mata atas
alasan agama, ras, keturunan, warna kulit atau tempat lahir mahupun jantina. [Berita Harian,
2021].

Oleh sebab pengiktirafan hak asasi manusia ini telah diktiraf oleh majoriti negara di persada
dunia seperti Belanda, Belgium, Sepanyol, Kanada, Afrika Selatan, Norway, Sweden dan
sebagainya, masyarakat berpendapat bahawa hubungan tersebut boleh dilakukan dengan lebih
terbuka. Dalam hubungan kekeluargaan, ibu bapa dan adik-beradik adalah individu terdekat
yang boleh mempengaruhi gaya hidup dan pemikiran. Justeru, ahli keluarga haruslah
mempamerkan tingkah laku positif antara satu sama lain supaya dapat membentuk suasana
keluarga yang harmoni dan sejahtera yang terhindar daripada gejala negatif. [Hafizah,
Munawar, Nasrudin, Hayati, 2018, halaman 168]

Dalam konteks Islam, memelihara keturunan adalan salah satu daripada lima prinsip maqasid
syariah. Oleh sebab itu, tuntutan dalam memelihara kehormatan dan maruah diri adalah
dituntut untuk membentuk masyarakat yang sihat dari segi rohani. Jika isu ini tidak dapat
dibendung lebih awal, struktur sosial generasi akan datang akan musnah seterusnya
merosakkan imej sebagai seorang muslim dan muslimah sejati, mencemarkan maruah, bangsa
dan negara kita yang menjadikan agama Islam sebagai agama persekutuan. [Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 2021]
3.4 KAEDAH MENCEGAH DARIPADA TERLIBAT DENGAN AKTIVITI
TRANSGENDER DAN TRANSEKSUAL

3.4.1 Peranan Diri dan Masyarakat

Sebagai masyarakat yang hidup dalam persekitaran yang berbilang kaum, budaya dan agama,
kita sebagai umat Islam yang merupakan khalifah yang diutuskan oleh Allah SWT hendaklah
sentiasa mengabdikan diri kepada Allah SWT. Pengabdian diri kepadaNya boleh dilakukan
dengan sentiasa mentaati perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

Dalam memastikan diri kita sentiasa dilindungi dan dipelihara daripada perbuatan maksiat,
kita mestilah sentiasa menyibukkan diri melakukan amal ibadah seperti solat fardhu, solat
sunat, berzikir, membaca al-Quran dan lain-lain lagi. Kesannya, kita akan sentiasa tenang
kerana yakin dengan kewujudan Allah, hidup kita akan sentiasa diredhaiNya. Doa pula
merupakan senjata paling mujarab bagi orang mukmin kerana menjadi medium komunikasi
dengan Sang Pencipta. Oleh hal yang demikian, jadikanlah doa sebagai rutin harian kerana
Allah SWT Maha Mendengar segala rintihan hambaNya.

Kita juga seharusnya berusaha untuk menjauhkan diri daripada kelompok yang dapat
memberi pengaruh negatif kepada kita. Justeru, kita mestilah bijak dalam memilih sahabat
yang sentiasa membuatkan kita dekat dengan Allah SWT. Sahabat yang baik adalah sahabat
yang memberi manfaat kepada kita dan kita juga memberi manfaat kepadaNya. Maka dengan
itu, kehidupan insan menjadi lebih baik dan hidup sealiran dengan fitrah semula jadi insan
yang diciptakan oleh Allah SWT [Hafizah, Munawar, Nasrudin, Hayat, 2018, halaman 175-
176]

3.4.2 Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak-anak terutama
berkaitan pendidikan seksual. Namun begitu, terdapat segelintir ibu bapa yang malu untuk
mendidik anak-anak mereka berkaitan pendidikan tersebut kerana beranggapan pendidikan
tersebut tidak penting. Oleh sebab itu, anak-anak akan mencari solusi yang lebih efektif dan
cepat dengan mengakses dan mencari maklumat dengan lebih meluas di rangkaian internet
yang belum pasti sahih atau benar.

Jika ibu bapa tidak mampu untuk mendidik anak-anak mereka berkaitan pendidikan
seksual, mereka boleh mengambil inisiatif lain dengan mendaftarkan anak-anak kelas
pendidikan seksual yang mendedahkan lebih banyak informasi yang sahih dan tepat kerana
mempunyai tenaga pengajar yang bertaraf berpendidikan. [Siti Fatimah Abdul Rahman,
2020, halaman 25]

Bagi pusat pengajian agama pula, kerajaan telah menetapkan satu inisiatif dengan
mewajibkan para pelajar menyertai kelas fardhu ain (KAFA) yang telah dijalankan oleh
setiap sekolah. Justeru, ibu bapa wajarlah memastikan kehadiran anak-anak ke kelas tersebut
supaya dapat melahirkan insan yang berkualiti dan berpendidikan dalam agama. [Siti Fatimah
Abdul Rahman, 2020, halaman 21-22]

3.4.3 Peranan Kerajaan

Pihak berkuasa tempatan di sesebuah kawasan hendaklah bertindak dalam


menghalang sebarang penganjuran program atau aktiviti perhimpunan yang bertujuan untuk
mempromosikan LGBT yang boleh menyentuh sensitiviti budaya dan agama masing-masing.
Antara program yang dinyatakan adalah pertandingan ratu cantik maknyah atau pondan, di
mana para peserta mempamerkan atau memperagakan pakaian yang berlainan jantina.
[Hafizah, Munawar, Nasrudin, Hayati, 2018, halaman 167]

Berdasarkan peruntukan seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-


Wilayah Persekutuan) 1997, pihak berkuasa agama dengan kerjasama polis tempatan boleh
membuat serbuan jika mendapat aduan dari mana-mana pihak jika terdapat penglibatan
masyarakat beragama Islam dalam program tersebut. Hal ini adalah disebabkan perkara
tersebut adalah perbuatan yang tidak bermoral dan melanggar undang-undang Islam.[Mohd
Izzat Amsyar Mohd Arif, 2018, halaman 31-32]
Seterusnya, pihak berkuasa agama juga perlulah membuat kaji selidik dengan lebih
terperinci terhadap penganjuran program hiburan tidak kira di tempat awam ataupun premis
persendirian. Penganjur yang gagal mendapatkan kebenaran daripada pihak berkaitan untuk
menganjurkan sesuatu program akan didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit
tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit, penjara selama tempoh tidak melebihi lima
tahun atau kedua-duanya sekali. [Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif, 2018, halaman 31-32]

4.0 CADANGAN

Dalam usaha untuk menangani isu transgender ini,badan legislatif negara perlulah
mengemukakan suatu peruntukan yang baharu yang bersifat khusus menyentuh tentang
kesalahan-kesalahan melibatkan transgender. Hal ini dikatakan sedemikian kerana terdapat
banyak cacat-cela dalam undang-undang dan peruntukan sedia ada yang masih samar dan
sukar untuk dijadikan sandaran pihak mahkamah dalam menjatuhkan hukuman. Hakim
Abdul Wahab Patail dalam penghakimannya bagi kes Kristie Chan Iwn,telah menyatakan
kebimbangannya terhadap situasi ketiadaan peruntukan yang jelas untuk memutuskan isu
permohonan pertukaran jantina.Yang mana,pihak mahkamah terpaksa menjatuhkan hukuman
dengan hanya bergantung kepada penyelesaian sementara secara mudah melalui mahkamah.
Justeru, Parlimen di peringkat persekutuan dan dewan undangan negeri hendaklah lebih
progresif tetapi inklusif dalam merangka,membahas dan meluluskan peruntukan undang-
undang yang lebih spesifik tetapi bersifat tegas demi membendung gejala transgender. Perlu
disedari dan diakui bahawa kebebasan mutlak yang tiada pedoman tanpa disulami dengan
ajaran agama Islam akan mengancam kemaslahatan umum serta berpotensi menghancurkan
sistem sosial dan nilai-nilai dalam masyarakat yang didukung oleh prinsip serta nilai-nilai
agama. (Mohd Sabree & Mohd Sopiee,2016)

Antara cadangan lain yang boleh kita lakukan adalah dengan membuat kempen untuk
mencegah budaya transgender.Kerajaan atau badan-badan bukan kerajaan seharusnya giat
melakukan kemlen berkenaan untuk mencegah gejala ini. Kempen yang berkaitan boleh
dilakukan di mana-mana tempat awam seperti sekolah ataupun melalui media massa seperti
televisyen. Iklan dan rencana tentang pencegahan transgender seharusnya dipaparkan untuk
pengtahuan krang ramai.Dengan adanya kempen-kempen sebegini,kita sebolehnha
membanterasan penularan budaya songsang ini.

Akhir sekali,masyarakat juga perlu memulihkan golongan ini daripada terus hanyut
dengan dunia mereka sendiri. Memberikan kesedaran kepada mereka merupakan salah satu
langkah yang terbaik untuk memperbaiki kesilapan yang mereka lakukan. Kita tidak
sepatutnya memandang rendah dan menghina mereka memandangkan perlakuan tersebut
mampu menggoyahkan semangat mereka untuk kembali ke jalan yang betul.
Contohnya,penubuhan sebuah badan kebajikan untuk membantu golongan ini supaya mereka
berasa insaf dengan dunia transgender ini. Perubatan,psikologi dan kaunseling juga boleh
diberikan kepada golongan ini supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Dengan pendekatan
ini,kita dapat mencegah isu ini daripada merebak.Mereka yang terlibat juga tidak akan berasa
terpinggir kerana orang ramai berganding bahu untuk membantu mereka daripada
terpengaruh lebih teruk.

5.0 PENUTUP

Rumusan yang boleh dihasilkan berdasarkan pencarian ini sangat meluas.Transgender


mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi jantina bertentangan dengan jantina sebenar
mereka. Jika diteliti pada faktor-faktor berlakunya gejala ini secara keseluruhannya,seseorang
yang terjebak tidak dapat mengawal “naluri bertentangan” sejak zaman kanak-kanak
mahupun dewasa. Tidak dibiarkan juga faktor kekurangan sokongan moral dan kurang
pengetahuan serta iman yang lemah sehingga akhirnya menjadikan mereka seorang
transgender. Antara masalah yang dialami sehingga menukar seseorang menjadi transgender
adalah disebabkan isu pekerjaan,kesihatan,agama Islam, identiti diri dan komuniti
masyarakat. Manakala cabaran seperti hak asasi manusia dan psikologi golongan transgender
perlu dititikberatkan agar mereka kembali ke jalan yang sebenar. Pandangan Sains dan Islam
telah membuktikan bahawa golongan ini disifatkan sebagai satu penyakit yang lahir hasil
pencarian mereka yang mengami kecelaruan identiti.Gejala ini bukan sahaja melibatkan
golongan remaja mahupun orang awam,malah golongan profesional. Isu ini seharusnya
diatasi oleh pelbagai pihak supaya tidak akan menimpa seperti mana telah berlaku pada kaum
zaman Nabi Allah Luth.
6.0 RUJUKAN

1. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (Mac 12, 2019). Bayan Linnas Siri Ke-171:
Kisah Kaum Nabi Luth AS Dan Iktibarnya
https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3188-bayan-linnas-siri-ke-171-kisah-
kaum-nabi-luth-as-dan-iktibarnya

2. Audrey Dermawan. (Oktober 29, 2018). Berita Harian Online. Bilangan Gay,
Transgender Semakin Meningkat: JAKIM.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/491972/bilangan-gay-
transgender-semakin-meningkat-jakim

3. Berita Harian. (Februari 11, 2021). Tolak Dasar AS Iktiraf LGBTQ Demi
Kesejahteraan Negara.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/02/785165/tolak-dasar-iktiraf-lgbtq-
demi-kesejahteraan-negara

4. Astro Awani. (Januari 21, 2021). Joe Biden Kini Presiden AS ke-46.
https://www.astroawani.com/berita-dunia/lapor-langsung-joe-biden-kini-presiden-ke-
46-278707

5. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 2021. Huraian Aplikasi 5 Prinsip


Maqasid Syariah Dalam Tabir Urus.
lhttps://www.islam.gov.my/ms/bahagian-maqasid-syariah/huraian-aplikasi-5-prinsip-
maqasid-syariah-dalam-tabir-urus
 
6. Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif. 2018. Journal of Advanced Research in Social and
Behavioural Sciences 13, Issue 1 (2018) 19-34
https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/12140/1/Salah%20Laku
%20Lgbt%20Dalam%20Perundangan%20Malaysia%3B%20UndangUndang
%20Sebagai%20Mekanisme%20Pembanterasan%20dan%20Kawalan.pdf
 
7. Siti Fatimah Abdul Rahman. 2020. Journal of Education and Social Sciences, Vol. 15,
Issue 2, (June) ISSN 2289-9855
http://jesoc.com/wp-content/uploads/2020/07/JESOC15_028.pdf

8. Noor Hafizah Mohd Haridi 1, Ahmad Munawar Ismail 2, Nasrudin Subhi 3, Hayati
Hussin 4. 2021. Jurnal Al-Ummah 3 (2021M/1443H): 165-188
https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/15387/1/Komponen%20Dalam
%20Model%20Pemulihan%20Holistik%20Terhadap%20Lesbian%2C%20Gay%2C
%20Biseksual%20Dan%20Transgender%20%28LGBT%29%20Di%20Malaysia.pdf

You might also like