Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TEMA: SEJARAH POLITIK

TAJUK: SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN UMNO DI KAMPUNG

NENASI 26680, PEKAN, PAHANG DARI TAHUN 2010 HINGGA TAHUN 2015

1.0 PENGENALAN:

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) merupakan sebuah parti politik

yang paling utuh dan terkenal dalam Sejarah Malaysia sejak tahun 1946 lagi. Parti UMNO

telah diasaskan oleh Dato onn Ja’afar , dan kemudian jawatan presidennya telah disilih ganti

oleh 6 presiden seterusnya , iaitu dari tahun 1951 sehingga kini. Parti UMNO ini juga

merupakan tulang belakang bagi Barisan Nasional dan ia telah dilabel sebagai parti

nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Untuk memberikan sumbangan dan

perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat jelata, parti UMNO telah menubuhkan berjuta-juta

bahagian dan cawangan UMNO di seluruh Malaysia.


2.0 OBJEKTIF KAJIAN:

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti:

a) Mengenal pasti Sejarah Perkembangan dan Sumbangan UMNO Malaysia terhadap rakyat

jelata.

b) Mengenal pasti Sejarah Penubuhan dan Perkembangan parti UMNO di Kampung Nenasi

26680, Pekan, Pahang

c) Memberikan pendedahan tentang visi dan misi serta perjuangan Parti UMNO kepada

generasi kini dan masyarakat umum.

d) Mengenal pasti sumbangan Parti UMNO kepada masyarakat setempat di Kawasan

Kampung Nenasi 26680, Pekan, Pahang.

e) Mengenal pasti kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai oleh UMN0 di Kampung Nenasi

dari tahun 2000 sehingga tahun 2015

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Esei ini akan menjelaskan Sejarah Perkembangan dan Sumbangan Parti UMNO

Malaysiaterhadapa rakyat jelata. Seterusnya, esei ini akan menerangkan Sejarah Penubuhan

dan perkembangan Parti UMNO di Kampung Nenasi. Di samping itu, esei ini akan

membincangkan misi dan visi serta perjuangan Parti UMNO kepada generasi kini dan semua

anggota masyarakat kita.

Selain itu, esei ini akan menjelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh Parti UMNO di

Daerah Mukim Bebar dari tahun 2000 sehingga tahun 2015. Akhirnya, esei ini

membincangkan sumbangan Parti UMNO kepada masyarakat setempat di daerah Mukim

Bebar pada tahun 2000 sehingga tahun 2015.


4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini akan menfokuskan kepada Sejarah Penubuhan dan Perkembangan UMNO

Malaysia kerana parti UMNO merupakan parti yang benar-benar memperjuangkan maruah,

agama, bangsa, dan tanah air kita. Selain itu, ia juga merupakan parti yang mempunyai nilai

Sejarah yang bermakna.

Selain itu, kajian ini juga akan menfokuskan kepada Sejarah Penubuhan dan

Perkembangan UMNO di kawasan Kampung Nenasi.

Akhirnya, kajian ini menfokuskan kepada tempoh 15 tahun dalam UMNO di

Kampung Nenasi, iaitu dari tahun 2000 sehingga 2015. Hal ini demikian kerana, dalam

tempoh sepanjang 15 tahun ini, telah menimbulkan begitu banyak pergolakan politik dalam

parti UMNO dan ia menyaksikan Tiga Zaman Pimpinan Perdana Menteri serta Presiden

UMNO Malaysia.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharap dapat memberi manfaat dan maklumat kepada masyarakat awam

yang ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang sejarah penubuhan, sejarah

perkembangan, faktor kejayaan, cabaran serta wawasan masa depan penubuhan UMNO di

Kampung Nenasi 26680, Pekan, Pahang. Ia juga diharapkan dapat menyebar luaskan lagi

kaedah penyebaran maklumat berkaitan kampung ini di alam siber selain daripada penulisan

di dalam buku-buku sahaja.


6.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS

Hasil daripada penyelidikan yang saya lakukan sehingga kini , terdapat penyelidikan

yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu terhadap UMNO , iaitu sebuah buku yang bertajuk “

Daulat UMNO ” ( Edisi Khas ) karya Tok Ayah Zahalan Bin Man , sebanyak 528 muka surat.

Kajian dalam buku ini mengandungi fakta dan gambar bersejarah yang menarik dalam

Sejarah Penubuhan dan Perkembangan UMNO Malaysia, tetapi kajian ini tidak mengkaji

Sejarah UMNO di daerah Mukim Bebar dan lokasi kajian ini tidak dibuat di daerah Pekan,

Pahang.

Begitu juga rujukan menerusi laman sesawang https://iluminasi.com/bm/sejarah-

ringkas-penubuhan-umno.html yang menerangkan sejarah ringkas penubuhan parti UMNO di

Malaysia. Selain itu terdapat juga laman sesawang lain seperti

https://zanas.wordpress.com/sejarah-penubuhan-umno/ yang telah menerangkan sejarah

lengkap penubuhan UMNO. Seterusnya terdapat juga laman sesawang seperti

https://www.roketkini.com/2014/03/01/sumbangan-terbesar/ yang menerangkan berkenaan

sumbangan UMNO selama memerintah di Malaysia.

Tambahan pula, terdapat juga sumber mengenai buku sejarah penubuhan UMNO

yang diterbitkan oleh YADIM, Malaysia pada tahun 2001 dan ditulis oleh Syeikh Abdul

Manaf Bin Haji Ahmad yang merupakan Timbalan Yang Dipertua YADIM. Selain itu,

terdapat juga buku bertajuk PERJUANGAN UMNO ke arah memartabatkan BANGSA &

AGAMA yang menerangkan mengenai perjuangan UMNO di tanah melayu dan ditulis oleh

Dr. Mohd Rosdi Mohd Yusof. Buku ini dicetak pada tahun 2004, diterbitkan oleh Darul Fikir.

Seterusnya, terdapat juga buku yang bertajuk UMNO Dalam Politik dan Perniagaan Melayu
yang ditulis oleh JAMAIE HAJI JAMIL. Buku ini membincangkan peranan UMNO dalam

melibatkan orang melayu dalam bidang perniagaan.

7.0 KAEDAH KAJIAN

7.1 TEMURAMAH

Kajian yang akan saya lakukan ini menggunakan beberapa kaedah iaitu kaedah kajian

kepustakaan, kajian lapangan, kajan internet dan juga menerusi temuramah. Bagi

memperolehi sumber primer berkaitan sejarah Kampung Nenasi ini, saya akan menemuramah

beberapa orang tokoh dan orang-orang tua yang disegani di situ. Antara tokoh tersebut ialah

Tok Empat, dan beberapa orang lagi responden yang telah dikenal pasti.

7.2 KAJIAN KEPUSTAKAAN

Menerusi kaedah kajian kepustakaan ini, saya akan membuat penyelidikan di

Perpustakaan Pejabat Penghulu Mukim Bebar Nenasi, Pekan, Pahang. Dan juga di

Perpustakaan Awam Negeri Pahang di Kuantan, Pahang. Di sana, saya akan mengenal pasti

buku-buku yang berkaitan dengan sejarah penubuhan UMNO seperti kajian yang saya

lakukan ini.

7.3 KAJIAN LAPANGAN

Melalui kaedah kajian lapangan ini pula, saya akan turun padang ke Kampung Nenasi

ini untuk mengenali dengan lebih dekat lagi suasana persekitaran kampung ini. Saya akan

melawat ke beberapa buah rumah penduduk di kampung seperti rumah ketua kampung ,

rumah orang-orang tua yang dihormati, kawasan Balai Raya Kampung Nenasi, dan

sebagainya. Saya juga akan menggunakan kaedah kajian internet. Ini adalah kerana pada

zaman internet ‘4G’ ini saya akan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ilmu di hujung jari

ini sebaik-baiknya di dalam memperoleh pelbagai Maklumat yang berkaitan sejarah


penubuhan parti politik, sejarah penubuhan sesuatu parti politik atau perkembangannya

sememangnya banyak di laman-laman sesawang di internet. Ianya boleh diperolehi menerusi

pelbagai peranti yang saya miliki.

8.0 PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

8.1 PENGENALAN

8.2 SEJARAH AWAL PENUBUHAN UMNO DI KAMPUNG NENASI

8.3 SEJARAH PERKEMBANGAN UMNO DI KAMPUNG NENASI

8.4 SEJARAH KEJAYAAN UMNO DI KAMPUNG NENASI

8.5 CABARAN DAN RINTANGAN PENUBUHAN UMNO DI KAMPUNG NENASI

8.6 HARAPAN PENDUDUK TERHADAP MASA DEPAN KAMPUNG

9.0 PENUTUP

10. BIBLIOGRAFI

Tok Ayah Zahalan Bin Man, 2003. Daulat UMNO. Kuala Lumpur. Penerbitan KIP TECH

SDN BHD.

Syeikh Abdul Manaf Bin Haji Ahmad, 2001. Sejarah Penubuhan UMNO. The University of

Michigan. Penerbitan YADIM, Malaysia.

Dr. Mohd Rosdi Mohd Yusof, 2004. PERJUANGAN UMNO ke arah memartabatkan

BANGSA& AGAMA. Kuala Lumpur. Penerbitan Darul Fikir.

JAMAIE HAJI JAMIL, 2004. Universiti Kebangsaan Malaysia. Penerbitan Universiti

Kebangsaan Malaysia
https://iluminasi.com/bm/sejarah-ringkas-penubuhan-umno.html

https://zanas.wordpress.com/sejarah-penubuhan-umno/

https://www.roketkini.com/2014/03/01/sumbangan-terbesar/

You might also like