Soalan Latihan Prinsip

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

c) Bagi setiap situasi di bawah, nyatakan prinsip yang terlibat sama ada dipatuhi atau tidak

dengan memberikan pandangan anda.

i. Pantai Chalet mengiktiraf hasil sewa bilik pada tarikh tempahan diterima. Bagi
musim cuti sekolah, ramai tetamu telah membuat tempahan satu tahun mendahului
tarikh lawatan yang dicadangkan.
ii. Pada tahun sebelumnya, Lim Berhad telah menggunakan kaedah susut nilai
garis lurus bagi tujuan pelaporan kewangan. Dalam tahun semasa, Lim Berhad
mula menggunakan kaedah susut nilai dipercepat bagi tujuan pelaporan
kewangannya atas nasihat juruaudit.
iii. Liabiliti perniagaan Ana adalah jauh melebihi aset syarikat. Untuk
membentangkan penyata kewangan yang lebih baik, pemilik perniagaan telah
memasukkan aset peribadinya seperti akaun simpanan, kereta dan pelaburan
hartanah dalam penyata kewangan perniagaan.
iv. Pada 25 Januari 2020, aset loji tunggal Syarikat KK Berhad dimusnahkan oleh
banjir dan sebahagian besar ditutup pada tahun itu. Tiada pernyataan tentang
peristiwa tersebut dalam penyata kewangannya bagi tahun berakhir 31 Disemeber
2019.
v. Kerani akaun syarikat pengedar motor menyusut nilai bakul sampah besi
sepanjang tempoh lima tahun.

1. (a) Nyatakan sama ada prinsip perakaunan dipatuhi atau tidak dipatuhi bagi setiap
situasi di bawah dan huraikan prinsip berkenaan.
(i) Pengurus Syarikat Canola Bhd membuat keputusan menukar kaedah
penentuan susutnilai aset tetapnya kepada kaedah baki berkurangan
pada tahun semasa selepas dua tahun mengamalkan kaedah garis lurus.

(ii) Pn Kamsiah,isteri pemilik Kedai Runcit Serbaneka menggunakan


wang perniagaan untuk membeli komputer bagi keperluan anaknya di
Kolej Matrikulasi Sintok,Kedah.Perkara ini telah direkodkan sebagai
belanja perniagaan.

(iii) Pengurus Syarikat Intan Berhd mengarahkan akauntan merekodkan


nilai tanah RM150,000 mengikut nilai pasaran. Kos asal tanah ialah
RM100,000 dan lebihan daripada penilaian semula dinyatakan sebagai
keuntungan tahun semasa.

1
1.(a) Bagi setiap urusniaga yang berikut , nyatakan prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi,
dan sediakan catatan jurnal untuk membetulkan catatan urusniaga yang berkaitan

(i) Perniagaan Naz membeli lima buah kalkulator dengan harga RM 20 sebuah .
Kalkulator itu dijangka dapat digunakan selama 2 tahun. Kos kalkulator dipermodalkan dan
disusutnilaikan setiap tahun,

(ii) Pada akhir tahun kewangan ,kos inventori akhir ialah RM 263,000 tetapi nilai
pasarannya ialah RM 250,000. Polisi syarikat adalah untuk menilai inventori dengan
menggunakan kaedah TAKAP. Pada tahun itu syarikat telah membuat keputusan untuk
melaporkan inventori pada kos ,

(iii) Pada akhir tahun kewangan ,perniagaan mempunyai baki akaun belum terima
adalah RM 30,000. Perniagaan tidak memperuntukkan sebanyak 5% daripada baki akaun
belum terima yang dijangka tidak dapat menjelaskan hutang mereka,

(iv) Abdullah Sani , pemilik Perniagaan Seni Visual, telah menyewa sebuah
bangunan dua tingkat, Suku daripada jumlah sewa dibayar adalah sewa kediaman pemilik,
Kesemua belanja sewa sebanyak RM 24,000 telah direkodkan sebagai belanja sewa
perniagaan,.

[7 M]

2
1. a) Bagi setiap kes berikut, nyatakan sama ada prinsip perakaunan yang terlibat di
patuhi atau tidak dipatuhi (selain kos sejarah) dan jelaskan dengan ringkas prinsip
perakaunan tersebut.

i. Kaedah susutnilai garis lurus diguna selama 8 tahun berturut-turut walaupun


wujud kaedah lain yang lebih sesuai.

ii. Wang deposit yang dibayar oleh pelanggan untuk tempahan barangniaga
pada
tempoh perakaunan akan datang telah diiktiraf sebagai hasil bagi tempoh
semasa walaupun barangniaga belum dihantar lagi. Ini adalah untuk
meningkatkan jualan dan untung syarikat.
iii. Peratusan dan kaedah kiraan hutang ragu diterangkan dalam nota kepada
akaun.

iv. Pelaburan sekuriti boleh pasar direkod pada nilai kos RM50,000 dan bukan
nilai pasaran RM60,000.

v. Belanja perjalanan pemilik perniagaan melancung ke Eropah bersama


keluarganya telah dimasukkan sebagai belanja perjalanan perniagaan.

vi. En. John seorang pengusaha perabot telah membeli kayu secara kredit pada
1 April 2018 dan beliau hanya merekodkan urusniaga tersebut apabila
pembayaran telah dibuat pada 30 Jun 2018.

vii. Gaji pekerja bagi bulan Disember 2012 belum lagi direkodkan sebagai
perbelanjaan dalam penyata pendapatan tahun berkenaan kerana pihak
pengurusan mengatakan ianya masih belum dibayar.

viii. Syarikat Ezy telah membeli sebuah peralatan pada harga RM 20 000 pada
1 Januari 2017. Aset ini mempunyai jangka hayat selama 5 tahun tetapi oleh
kerana syarikat dijangka akan dibubarkan pada tahun 2019 , adalah
dicadangkan bahawa aset ini disusutnilaikan atas tempoh 2 tahun.

ix. Syarikat XX telah membuat pelaburan sebanyak 20 000 unit saham dalam
Syarikat Bavaria pada kos RM 2 seunit . Pada 31 Disember 2017 harga
saham tersebut di Pasaran Saham Kuala Lumpur (KLSE) telah meningkat
kepada RM3.50 seunit. Kenaikan dalam nilai itu telah direkodkan sebagai
untung pelaburan tahun itu oleh Syarikat XX.

x. Perniagaan Meena memiliki sebidang tanah yang dibeli lima tahun lalu pada
harga RM 300 000 telah dinilai semula oleh sebuah syarikat jurunilai
hartanah bertauliah kepada RM 500 000. Syarikat Meena merekodkannya
pada harga RM 500 000

[10]

3
SKEMA

c)
i. Tidak patuh √ realisasi√ , hasil tidak boleh diiktiraf sehingga perkhidmatan telah
diberikan√√
ii. Patuh √ketekalan√, kaedah susut nilai boleh ditukar kaedah mengikut nasihat
juruaudit √√
iii. Tidak patuh√ entiti berasingan√, pemilik dan perniagagan merupakan dua entiti
berasingan √√
iv. Tidak patuh√ pendedahan penuh√, segala peristiwa yang berkaitan dengan syarikat
sepatutnya didedahkan kerana ia mungkin mempengaruhi pengguna untuk membuat
keputusan√√
v. Tidak patuh√ kematerialan√, nilai bakul sampah adalah kecil dan tidak memberi kesan
signifikan kepada untung syarikat, maka boleh dicaj terus sbg belanja bagi tahun
semasa√√
( 20
×¼ = 5)

1 (a) (i) Tidak patuhi Ketekalan√√


Menigikut konsep ketekalan kaedah perakaunan hendaklah diamalkan secara
berterusan. Dalam kes ini, kaedah peruntukan susutnilai perlu dikekalkan kepada
kaedah garis lurus. √

(ii) Tidak patuhi entiti berasingan√√


mengikut prinsip ini semua aktiviti perniagaan mestilah diasingkan dengan aktiviti
ekonomi pemilik perniagaan. Dalam kes ini pembelian komputer perlu direkodkan
sebagai ambilan√

(i) Tidak patuhi konsevatisme/kos sejarah√√


Prinsip konservatiseme ambil kira kemungkinan kerugian tetapi tidak mengambil
kira kemungkinan keuntungan sehingga ianya benar-benar berlaku.
Dalam kes ini tanah perlu direkodkan pada kos asal iaitu RM100,000√

1(a) Prinsip Catatan Jurnal


Dt (RM) Kt. (RM)
(i) Materialiti/ Dt Belanja alat tulis/ Belanja am/ Belanja pelbagai 100/
Kt Kalkulator / Alat Pejabat 100/

Dt Susut nilai terkumpul Kalkulator/Alat Pejabat 50/


Kt Belanja susut nilai Kalkulator/Alat Pejabat 50/

4
(ii) Konservatisme / Dt Penyata Pendapatan Komprehensif 13,000/
Kt Inventori 13,000/

(iii) Konservatisme/ Dt Belanja hutng ragu 1,500/


Pemadanan Kt Peruntukan hutang ragu 1,500/

(iv) Entiti Dt Ambilan 6,000/


Berasingan / Kt Belanja sewa 6,000/
1.a)
i. ) PATUH prinsip Ketekalan – Kaedah susutnilai yang sama diguna secara bertetusan supaya ada
asas bandingan yang sama.
ii ) TIDAK PATUH prinsip Pengiktirafan hasil / realisasi-Perniagaan hanya akan mengiktiraf hasilnya
dalam tempoh hasil diperoleh , bermakna barangniaga / perkhidmatan telah diserahkan kepada
pelanggan dan obligasi wujud
iii) PATUH prinsip Pendedahan Penuh – Menyampaikan semua maklumat penting kepada pengguna
akaun
iv) PATUH prinsip Konservatisme – Lapor pada terendah Antara kos atau pasaran supaya aset tidak
terlebih lapor/nyata.
v) TIDAK PATUH prinsip Entiti berasingan – Perniagaan dan pemilik dianggap dua entiti / badan
berlainan
vi) TIDAK PATUH prinsip Pengiktirafan hasil / realisasi-
vii) TIDAK PATUH prinsip Pemadanan – Padan hasil dengan belanja yang sebenar berlaku dalam
tempoh yang sama
viii)TIDAK PATUH prinsip usaha berterusan-andaian bahawa sesebuh perniagaan akan beroperasi
dalam jangka masa yang tidak terbatas
ix)TIDAK PATUH prinsip Konservatisme – Lapor pada terendah Antara kos atau pasaran supaya aset
tidak terlebih lapor.
x) TIDAK PATUH prinsip Keobjektifan – Harga belian asal dapat dibukti secara odjektif dengan
dokumen.

You might also like