Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kepada:

Surau Surau Nahdatul Islamiah,

PJS 4/18, Taman Lindungan Jaya,

46000 Petaling Jaya, Selangor.

Kariah Surau Nahdatul Islamiah,

PJS 4/18, Taman Lindungan Jaya,

46000 Petaling Jaya, Selangor. 25 Ogos 2022.

Tuan,

Perkara : Teguran Ikhlas dari kariah Surau Nahdatul Islamiah

Merujuk perkara di atas, saya ingin membuat sedikit teguran terhadap imam-imam di surau ini.
Saya bukanlah seorang yang pandai dan saya akui ustaz-ustaz di surau ini lagi pandai dan berilmu.
Namun saya tergerak hati untuk membuat sedikit teguran.

2. Teguran pertama saya tujukan kepada Ustaz Zamri. Saya dapati ada beberapa kesalahan
dalam bacaan Surah Yaasin oleh beliau. Yang paling ketara ialah ‫ب لَنَا َمثَاًۭل َونَ ِس َى‬
َ ‫ض َر‬
َ ‫ َو‬. Beliau
membaca perkataan ‫ َمثَاًل‬dengan menambah harkat pada ‫ث‬. Selalu saya dengar dengan jelas
bacaan beliau. Ada lagi beberapa kesalahan dalam Surah Yaasin yang dibaca oleh beliau dan saya
harap beliau meneliti kembali tajwid dalam surah itu. Begitu juga dalam Surah Al Fatihah. Saya dapati
ayat‫ص ٰ َرطَ ْٱل ُم ْستَقِي َم ٰ َرطَ ْٱل ُم ْستَقِي َم‬
ِّ ‫ٱ ْه ِدنَا ٱلصِّ ٱ ْه ِدنَا ٱل‬. Beliau menambah harkat pada huruf
Ta dalam ‫ستَقِي َم‬ ْ Saya harap Ustaz Zamri betulkan bacaan beliau dan meneliti semula tajwid
ْ ‫ٱل ُم‬.
surah yang dibaca.

3. Teguran kedua ialah untuk Imam Subuh. Saya perhatikan, Imam solat Subuh hanya tahu
membaca surah Al Kahfi dan Surah Waqiah sahaja selepas Surah Al Fatihah. Setiap hari surah yang
sama. Tidak menjadi kesalahan namun lebih elok kalau surah itu sentiasa bertukar. Tambahan lagi,

ada kemusykilan terhadap cara bacaan Surah Al Kahfi tersebut. ‫قَيِّ ًۭما لِّيُن ِذ َر بَْأ ۭ ًسا َش ِدي ۭ ًدا ِّمن‬
ialah ayat yang kedua. Namun saya perhatikan Imam selalu berhenti di perkataan terlebih ‫قَيِّ ًۭما‬
dahulu sedangkan tiada tanda berhenti pun di situ. Saya harap Imam Subuh dapat variasikan lagi
surah selepas Surah Al Fatihah di dalam solat Subuh.

Surat ini saya tulis kerana rasa tanggungjawab untuk menegur dan tidak mahu perkara ini disebarkan
kepada kariah lain. Biarlah pihak AJK Surau sahaja yang tahu dan dapat membuat teguran.
Sesungguhnya saya hanyalah hamba Allah yang kerdil dan bukan semata-mata mencari kesalahan.

َ ِ‫و َذ ِّكرْ فَِإ َّن ٱل ِّذ ْك َر ٰى تَنفَ ُع ْٱل ُمْؤ ِمن‬.


‫ين‬ َ Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya
peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Ampun maaf dari saya, sekian terima kasih.

You might also like