Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SOALAN 1 : MORFOLOGI

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan empat kata hubung. Kemudian,
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Nama Sabri Yunus dalam bidang lakonan tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau
memiliki jiwa seniman yang besar dalam dada, Sabri Yunus juga merupakan pelukis,
pengacara, pelakon, pelawak, penulis skrip, dan pendikir dalam kumpulan dikir barat
yang hebat. Anak seni yang serba boleh ini juga pandai menyusun kata-kata secara
berirama dan berpantun secara spontan sehingga dinobatkan sebagai Pemantun Terbaik
pada tahun 1990 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Pada awal penglibatannya dalam bidang seni, Sabri bekerja sebagai pelukis di
DBP pada tahun 1982. Beliau dipertanggungjawabkan untuk melakar kulit buku atau
menangani reka bentuk majalah Dewan Sastera. Sabri memang suka ketawa dan
melawak. Katanya, beliau suka melawak sejak tingkatan dua lagi di Sekolah Menengah
Kebangsaan Pengkalan Chepa, Kelantan dan pernah memenangi Pertandingan Bakat
Sekolah ketika tingkatan satu dan tingkatan dua. Sabri juga suka membaca buku.
Pengaruh pembacaan ini banyak membentuk diri Sabri.

[ 8 markah ]

SOALAN 2 : SINTAKSIS

Tulis perbualan di bawah ini semula dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan
cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

Farehah : Apa yang awak buat di sini ?


Aida : Saya hendak membeli sedikit ubat untuk ibu di kampung.
Farehah : Kenapa ? Ibu awak sakit ?
Aida : Ya, tapi tidaklah serius sangat. Orang tualah katakana.
Farehah : Bertuah ibu awak ada anak perempuan macam awak yang tidak
mengabaikan
ibunya.
Aida : Bukankah itu tanggungjawab kita sebagai anak ?
[ 6 markah ]

1
SOALAN 1 : MORFOLOGI
Baca petikan di bawah denga teliti dan senaraikan dua kata hubung dan satu kata sendi
nama. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Aktiviti ekopelancongan akan memberikan peluang kepada pelancong melawat


kawasankawasan yang agak belum dimajukan untuk menyemai dan membangkitkan
semangat penghargaan penyertaan dan kepekaan terhadap alam sekitar. Pada masa yang sama
pelancong akan didedahkan cara untuk menghargai alam sekitar di samping menikmati
keindahan dan panorama alam semula jadi. Ekopelancongan berkonsepkan alam semula jadi
dan melibatkan elemen pendidikan alam sekitar melalui kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam semula jadi yang akan menyumbang faedah kepada ekonomi setempat.

[6 markah]

SOALAN 2 : SINTAKSIS

Sintaksis Petikan di bawah mengandungi beberapa ayat. Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat
yang lengkap bagi setiap ayat yang bergaris seperti yang berikut.

Aktiviti pelancongan domestik negara dijangka berkembang 30 peratus bagi tempoh 6 bulan
hingga setahun dalam pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sektor pelancongan
domestik perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Pematuhan ini
bertujuan untuk memastikan tahap keselamatan terjamin semasa sektor ini dibuka. Para
pelancong domestik memilih ekopelancongan sebagai pilihan utama. Para pelancong
domestik menggemari pelancongan yang melibatkan alam semula jadi bagi menikmati
keindahan alam.

[6 markah]

2
KARANGAN BAHAGIAN A
[30 MARKAH]

Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan masalah kegemukan atau obesiti yang
dialami oleh penduduk di Malaysia, terutamanya generasi muda.
Anda yang tinggal di luar negara mendapat tahu daripada ibu bapa anda bahawa adik anda
yang belajar dalam Tingkatan 3 mengalami masalah obesiti. Oleh sebab itu, tuliskan e-mel
untuk menasihati adik anda tentang cara-cara mengurangkan masalah berat badan yang
dihadapinya setelah menerangkan kesan-kesan obesiti pada kesihatan seseorang agar
berjaya menguruskan badan.
Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

KARANGAN BAHAGIAN B

1. DOMAIN AWAM

Gejala vandalisme yang semakin berleluasa berisiko menjadi ancaman utama terhadap
struktur sosial dan kesejahteraan masyarakat setempat sekiranya tidak ditangani segera.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata,
biarpun media massa sentiasa melaporkan pelbagai kejadian vandalisme dilakukan ke atas
harta benda awam, kesedaran orang ramai masih berada di tahap rendah.
(Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2015/08/68059/gatal-rosak-harta-awam)

SOALAN
Kemudahan awam di negara kita sering menjadi mangsa kepada gejala vandalisme. Tulis
sebuah ceramah yang bertajuk ‘usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani
masalah gejala vandalisme dalam kalangan masyarakat’.

You might also like