Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA

JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan
berminat untuk berkhidmat di PERHEBAT sebagai :

JAWATAN :

1) Pengajar Keusahawanan

- Lumut, Perak (1 Kekosongan)


- Sungai Udang, Melaka (1 Kekosongan)

2) Penolong Pegawai Pengambilan Pelatih

- PERHEBAT Sungai Buloh (1 Kekosongan)

3) Eksekutif (Keurusetiaan)

- PERHEBAT Sungai Buloh (1 Kekosongan)

4) Kerani

- PERHEBAT Wilayah Kuala Lumpur/ Putrajaya (1 Kekosongan)


- PERHEBAT Negeri Selangor (1 Kekosongan)

5) Kerani

- Seksyen Perolehan, Stor dan Aset


PERHEBAT Sungai Buloh (1 Kekosongan)

6) Kerani

- Bahagian Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) (1 Kekosongan)


PERHEBAT Sungai Buloh

7) Tukang Masak

- Unit Pengurusan Asrama dan Rumah Masak (2 Kekosongan)


PERHEBAT Sungai Buloh

1
GAJI :

Pengajar Keusahawanan : Minimum (T1) RM2,722.00 hingga Maksimum (T6) RM3,847.00

Penolong Pegawai Minimum (T1) RM1,653.00 hingga Maksimum (T6) RM2,378.00


Pengambilan Pelatih
:
Eksekutif (Keurusetiaan) Minimum (T1) RM1,653.00 hingga Maksimum (T6) RM2,378.00

Kerani Minimum (T1) RM1,700.00 hingga Maksimum (T6) RM2,200.00

Tukang Masak Minimum (T1) RM1,700.00 hingga Maksimum (T6) RM2,200.00

Catatan : (T1) = tangga gaji 1 dan (T6) = tangga gaji 6.

KEMUDAHAN :

Disediakan kemudahan Insurans Kemalangan dan Insurans Penghospitalan.

SYARAT DAN KELAYAKAN

Jawatan 1 - Pengajar Keusahawanan :

i. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan


Perniagaan, Pertanian atau Keusahawanan dari mana-mana Universiti tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan / PERHEBAT; atau

ii. DLKM dalam bidang dengan 5 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan; dan

iii. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

iv. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan selama tiga (3) tahun;

v. Mempunyai Sijil Mengajar adalah keutamaan;

vi. Berkemahiran baik dalam komunikasi dan penulisan (Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris);

vii. Keutamaan diberikan kepada calon yang bermastautin di negeri berkenaan.

UMUR :Calon mestilah berumur melebihi 28 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract For Service)

TEMPOH KONTRAK : 1 Tahun sahaja

2
Jawatan 2 – Penolong Pegawai Pengambilan Pelatih

i. Mempunyai Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

ii. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan lulus
Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

iii. Calon hendaklah berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam pengalaman


kerja berkaitan yang dimohon;

iv. Mempunyai kemahiran komputer yang baik dan berkemahiran dalam penulisan
(Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris);

v. Mempunyai pengetahuan dalam organisasi ATM adalah satu kelebihan

UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 25 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract For Service)

TEMPOH KONTRAK : 1 Tahun sahaja

Jawatan 3 – Eksekutif (Keurusetiaan)

i. Calon mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dari mana-mana Universiti tempatan


atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelulusan
yang setaraf dengan Kerajaan; dan

iii. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

iv. Mempunyai kemahiran ’interpersonal’ yang tinggi dan berkebolehan berhubung secara
berkesan di semua peringkat;

v. Berkemahiran menggunakan aplikasi komputer MS Office (MS Word, MS Excel, MS


Powerpoint dan MS Access);

vi. Berkemahiran baik dalam komunikasi dan penulisan (Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris);

UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 25 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract For Service)

TEMPOH KONTRAK : 1 Tahun sahaja

3
Jawatan 4 – Kerani:

i. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau atau kelulusan yang setaraf dengannya
diiktiraf oleh kerajaan;

ii. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang setaraf dengannya diiktiraf oleh kerajaan;

iii. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang sekurang-kurangnya tiga tahun;

iv. Berkemahiran menggunakan aplikasi komputer seperti MS Word dan MS Excel adalah
satu kelebihan.

UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 21 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract For Service)

TEMPOH KONTRAK : 1 Tahun sahaja

Jawatan 5 – Kerani Perolehan

i. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM)
atau kelulusan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan;

ii. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang setaraf dengannya diiktiraf oleh kerajaan;

iii. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang sekurang-kurangnya tiga tahun;

iv. Berkemahiran menggunakan aplikasi komputer seperti MS Word, MS Excel dan MS


Powerpoint;

v. Pernah menggunakan sebarang sistem perolehan adalah satu kelebihan.

UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 21 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract For Service)

TEMPOH KONTRAK : 1 Tahun sahaja

4
Jawatan 6 – Kerani - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

i. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM)
atau kelulusan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan;

ii. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang setaraf dengannya diiktiraf oleh kerajaan;

iii. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang sekurang-kurangnya tiga tahun;

iv. Berkemahiran menggunakan aplikasi komputer seperti MS Word, MS Excel dan MS


Powerpoint.

UMUR : Calon mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun mulai tarikh tutup
iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract For Service)

TEMPOH KONTRAK : 1 Tahun sahaja

Jawatan 7 – Tukang Masak

i. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia


(SPVM) atau kelulusan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan;

ii. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang setaraf dengannya diiktiraf oleh
kerajaan;

iii. Mempunyai pengalaman dalam bidang masakan sekurang-kurangnya untuk tempoh 3


tahun;

iv. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang masakan akan diberi keutamaan;

v. Kemahiran menggunakan aplikasi komputer seperti MS Word dan MS Excel adalah


satu kelebihan.

vi. Keutamaan adalah kepada Bekas pelatih Bahagian Pengajian Perkhidmatan.

UMUR : Calon mestilah berumur melebihi 21 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN : Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract For Service)

TEMPOH KONTRAK : 1 Tahun sahaja

5
CARA MEMOHON JAWATAN

1. Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan Jawatan PERHEBAT


(BOR/PHBT/TADSM/2019 (PERMOHONAN JAWATAN) secara online dengan hanya
klik pautan https://forms.gle/6qaFExLiHwhs3GtV9

2. Salinan sijil hendaklah diemelkan kepada alamat emel hrperhebat@gmail.com.

3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 September 2022 (Khamis).

Tarikh Iklan : 18 Ogos 2022

You might also like