Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

PENILAIAN KURSUS

Penilaian Kursus Pengantar Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia


(UWS10403/UQU10403) dilakukan berdasarkan tugasan berkumpulan, tugasan
pembentangan laporan, tugasan individu dan ujian. Agihan markah adalah seperti
berikut:

• Tugasan Kumpulan (Penulisan Bab dalam Buku) - 35%


• Tugasan Pembentangan (Infografik) - 20%
• Tugasan Individu - 15%
• Ujian - 30%

JUMLAH - 100%

1. PANDUAN TUGASAN BERKUMPULAN [35%]

1.1 PENULISAN PROPOSAL

 Pelajar dikehendaki untuk menulis Bab dalam Buku secara berkumpulan.

 Perincian tugasan:

 Minima 2 muka surat (tidak termasuk muka hadapan).

 Penulisan berdasarkan kepada tema yang diagihkan oleh pensyarah


masing-masing (Tema Tugasan di LAMPIRAN 1).

 Tema tugasan diperolehi melalui undian.

 Setiap kumpulan perlu menyediakan tajuk tugasan masing-masing


berdasarkan tema yang diperolehi.

 Sediakan proposal penulisan tugasan pada minggu 1 hingga ke


minggu 2 merangkumi:

- Pengenalan,
- Pernyataan Masalah,
- Objektif Kajian,
- Literatur Kajian, dan
- Cadangan Rujukan.

 Berbincang dengan pensyarah masing-masing menerusi emel/


kumpulan whatsapp.

 Proposal tersebut perlu dihantar kepada pensyarah dalam bentuk softcopy


menerusi e-mel/ Author/ Google Class Room.

1
1.2 PENULISAN BAB DALAM BUKU

 Pelajar dikehendaki untuk menulis Bab dalam Buku secara berkumpulan.

 Perincian tugasan:

 10 hingga 12 muka surat (tidak termasuk muka hadapan, biodata dan


gambar, isi kandungan, rujukan dan lampiran).

 Kembangkan Proposal yang telah diluluskan oleh pensyarah untuk


dijadikan penulisan Bab dalam Buku .

 Minggu ke 4 dan ke atas, setiap kumpulan harus mengutip data kajian


menerusi kajian perpustakaan dan menyiapkan penulisan tugasan
kumpulan.

 Berbincang dengan pensyarah masing-masing menerusi emel


dan/atau aplikasi whatsapp.

 Format penulisan tugasan ialah seperti berikut:

 Font Times New Roman bersaiz 12.

 Langkau 1.

 Kembangkan kandungan proposal penulisan dan buat tugasan


yang lengkap, merangkumi pengenalan, sorotan karya serta
kesimpulan.

 Penggunaan gambar, rajah, peta dan sebagainya yang relevan dan


berkaitan digalakkan serta dinyatakan sumber rujukan.

 Menyenaraikan sekurangnya 8 rujukan lain dari pelbagai sumber di


bahagian rujukan (artikel, buku, laman web rasmi).

 Tugasan yang dihantar perlu mengandungi:

 Muka hadapan seperti contoh di LAMPIRAN 2.

 Biodata pelajar (nama, no matriks, no kad pengenalan, alamat semasa,


alamat kampung, emel, nombor telefon, nama dan nombor telefon
rakan baik, motto hidup dan idola) beserta gambar berkumpulan.

 Rujuk fail “format bab dalam buku PKPM 2022” untuk mendapatkan
format dan contoh penulisan Bab dalam Buku

 Pelajar boleh merujuk panduan penulisan Bab dalam Buku dengan


pensyarah.

 Isi kandungan
 Tajuk,
 Nama Penulis,
 Pengenalan,

2
 Tujuan Kajian,
 Isu Semasa dan Cabaran,
 Kesimpulan, serta
 Rujukan
 Lampiran sekiranya ada.

 Tarikh penghantaran tugasan kumpulan dalam bentuk softcopy adalah


tertakluk kepada arahan pensyarah masing-masing.

 Laporan tersebut perlu dihantar kepada pensyarah dalam bentuk softcopy


menerusi e-mel/ Author/ Google Class Room.

 Pemarkahan akan diberikan mengikut rubrik di LAMPIRAN 3.

2. PANDUAN TUGASAN PEMBENTANGAN [20%]

 Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan penulisan Bab dalam Buku


secara video / rakaman.

 Perincian tempoh pembentangan:

 5 hingga 7 minit masa pembentangan.

 Kaedah pembentangan secara video adalah mengikut kreativiti kumpulan


masing-masing, contohnya:

 Video hasil cantuman pembentangan dengan lakonan/ bual bicara/


temu bual.

 Gabungan MS Power Point dengan pembentangan.

 Powtoon/ Tik tok.

 Teknik-teknik lain yang bersesuaian.

 Pembentangan tersebut perlu dihantar kepada pensyarah dalam bentuk


softcopy menerusi e-mel/ Author/ Google Class Room.

 Pemarkahan akan mengambil kira kreativiti pelajar, kelancaran, pengurusan


termasuk ketepatan masa, isi perbincangan, bahan / medium yang digunakan
dan kerjasama kumpulan.

 Penghantaran pembentangan video secara softcopy perlu dibuat dalam


tempoh seminggu selepas penghantaran tugasan kumpulan.

 Pemarkahan akan diberikan mengikut rubrik di LAMPIRAN 4.

3
3. TUGASAN INDIVIDU [15%]

 Setiap pelajar diwajibkan untuk menjalani tugasan individu secara online.


Pensyarah akan berkongsi pelantar online yang mengandungi tugasan Individu
berkenaan.

 Tugasan Individu berkenaan akan dilakukan secara online menerusi platform


Author/ Google Classroom/ Google Form dalam perkuliahan berdasarkan
pensyarah masing-masing.

 Tugasan Individu akan dilaksanakan pada Minggu 4 atau pada minggu yang
bersesuaian.

 Tugasan Individu berkaitan wacana ilmu yang bertemakan Demokrasi


Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

 Pensyarah akan menilai tugasan individu tersebut secara online dalam


pengakhiran minggu ujian berkenaan.

 Pensyarah boleh mengesan jika terdapat pelajar yang tidak menyertai tugasan
Individu. Markah sifar “0” akan diberi kepada pelajar yang gagal membuat
tugasan individu berkenaan.

 Pemarkahan tugasan Individu akan ditanda secara automatik menerusi MS


Excel dalam platform Author.

Rubrik Huraian
Cemerlang Markah 13 hingga 15 dalam aktiviti/ tugasan individu
Baik Markah 10 hingga 12 dalam aktiviti/ tugasan individu

Memuaskan Markah 7 hingga 9 dalam aktiviti/ tugasan individu


Sederhana Markah 4 hingga 6 dalam aktiviti/ tugasan individu

Lemah Markah 1 hingga 3 dalam aktiviti/ tugasan individu

4
4. UJIAN [30%]

 Setiap pelajar diwajibkan untuk menjalani Ujian Individu secara online.


Pensyarah akan berkongsi pelantar online yang mengandungi Ujian Individu
berkenaan.

 Ujian Individu berkenaan akan dilakukan secara online menerusi platform


Author/ Google Classroom/ Google Form dalam perkuliahan berdasarkan
pensyarah masing-masing.

 Ujian Individu akan dilaksanakan pada Minggu 8 atau pada minggu yang
bersesuaian.

 Pensyarah akan menilai Ujian Individu tersebut secara online dalam


pengakhiran minggu ujian berkenaan.

 Pensyarah boleh mengesan jika terdapat pelajar yang tidak menyertai Ujian
Individu. Markah sifar “0” akan diberi kepada pelajar yang gagal membuat Ujian
Individu berkenaan.

 Pemarkahan Ujian Individu akan ditanda secara automatik menerusi MS Excel.

Rubrik (%) Item Keterangan

Markah penuh adalah 30 Sebanyak 80 soalan objektif akan diberikan kepada


pelajar. Wajaran markah bagi ujian adalah
sebanyak 30 peratus. Tiada markah yang akan
diberikan pada jawapan yang salah.

5
LAMPIRAN 1

TEMA UNTUK TUGASAN BERKUMPULAN

1. Sejarah, Warisan dan Pelancongan


2. Patriotisme dan Nasionalisme
3. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
4. Peranan dan Tanggungjawab Warganegara
5. Pendidikan
6. Media Sosial
7. Ekonomi dan Pendapatan
8. Kebudayaan Setempat
9. Aktiviti Kemasyarakatan
10. Tema lain yang bersesuaian mengikut pensyarah masing-masing

Contoh tajuk kajian (contoh sahaja, pelajar mestilah membina tajuk lain berdasarkan
9 tema di atas)

1. Amalan menjaga warisan dan sejarah negara


2. Peranan masyarakat dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar
3. Implikasi media sosial dalam membentuk perpaduan etnik
4. Intervensi teknologi dalam pembelajaran abad ke-21
5. Peranan teknologi dalam memajukan sistem pendidikan negara
6. Isu-isu lain yang berkaitan dengan isu kenegaraan dan pembangunan Malaysia

 Ketua setiap kumpulan pelajar perlu mencabut undi untuk mendapat nombor
tema bagi tugasan kumpulan masing-masing.

 Tajuk-tajuk khusus untuk tugasan berkumpulan adalah dibina sendiri


oleh setiap kumpulan pelajar berdasarkan tema tugasan yang diperolehi melalui
undian.

 Setiap kumpulan pelajar perlu berbincang dengan pensyarah masing-masing


berkaitan tajuk kajian yang dibina menerusi aplikasi “whatsapp” atau emel.

 Skop dalam tugasan berkumpulan pelajar tidak boleh menyentuh isu-isu yang
sensitif sehingga boleh melanggar Akta Hasutan.

 Perbincangan tugasan pelajar boleh menjurus kepada persoalan pokok,


mahupun penelitian tentang faktor, proses, impak dan cadangan dalam setiap
kajian, dengan mengaitkan isu masa kini sebagai contoh dan kesan
kesinambungan daripada sesebuah isu masa lalu.

6
LAMPIRAN 2

TUGASAN BERKUMPULAN
TEMA :
TAJUK:
KOD KURSUS : UQU10403
PENGANTAR KENEGARAAN DAN
:
NAMA KURSUS PEMBANGUNAN MALAYSIA
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN
:
FAKULTI KOKURIKULUM
1. AHMAD BIN MUHAMMAD (CE 10103)
2.
NAMA PELAJAR 3.
:
4.
5.
6.
:
NO. KUMPULAN
:
SEKSYEN
: Semester Khas Sesi 2022/2023
SEMESTER/SESI
:
NAMA PENSYARAH
:
TARIKH HANTAR

MARKAH
TUGASAN

7
LAMPIRAN 3

RUBRIK PENILAIAN TUGASAN BERKUMPULAN [35%]


BUTIRAN MAKLUMAT

Nama Ketua Kumpulan : ............................................................. Seksyen : ...................

Nama Kursus : Pengantar Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia


Semester : Khas 2022/2023

Tajuk Tugasan : ....................................................................................................................

Markah
Pengetahuan - Kandungan 20% _____/20
 Membahaskan permasalahan kajian yang Komen:
melibatkan isu sosial dengan jelas.
 Membincangkan latar isu sosial dalam hal
yang dikaji secara terkini.
 Menjelaskan metod yang digunakan mengikut
standard penulisan akademik.
 Menganalisis dan membincangkan dapatan
kajian terhadap isu sosial dengan terperinci.
 Membuat kesimpulan dengan baik.
Markah
Persembahan/Gaya Penulisan 7.5% _____/7.5
 Setiap topik disusun secara teratur. Komen:
 Isi utama dinyatakan dengan jelas.
 Penulisan butiran, contoh dan analisis yang
teratur.
 Tiada kesilapan fakta.
 Tatabahasa, ejaan dan tanda baca adalah
betul.
Markah
Pentadbiran 7.5% _____/7.5
 Penulisan mengikut garis masa yang Komen:
ditetapkan.
 Kekemasan dalam mengurus laporan dengan
baik.
 Memenuhi halaman yang ditetapkan.
 Beretika dalam membuat rujukan dalam teks
mengikut panduan akademik.
 Bertanggungjawab membuat senarai rujukan
dengan lengkap.
Markah
Total 35% _____/35
Ulasan Keseluruhan:

8
LAMPIRAN 4

RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN BERKUMPULAN [20%]


BUTIRAN MAKLUMAT

Nama Ketua Kumpulan : ............................................................. Seksyen : ...................

Nama Kursus : Pengantar Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia


Semester : Khas 2022/2023
Tajuk Tugasan : ....................................................................................................................

KRITERIA PEMBENTANGAN 10% RATING MARKAH /


ULASAN
 Bahan persembahan adalah amat tersusun Cemerlang
atur dan amat menarik. 8-10
 Pembentangan adalah amat mantap.
 Pengurusan masa yang amat baik. [Markah x Darab 2]
 Pembentangan menganalis isu/
permasalahan dengan mendalam berkaitan
dengan tajuk.
 Pembentangan mengaitkan isu kontemporari
dengan jelas terperinci.

 Bahan persembahan adalah tersusun atur Baik


dan menarik. 6-7
 Pembentangan adalah mantap.
 Pengurusan masa yang baik. [Markah x Darab 2]
 Pembentangan menganalis isu/
permasalahan dengan baik berkaitan dengan
tajuk.
 Pembentangan mengaitkan isu kontemporari
dengan jelas.

 Bahan persembahan adalah memuaskan. Sederhana


 Pembentangan adalah memuaskan. 4-5
 Pengurusan masa yang memuaskan.
 Pembentangan menganalis isu/ [Markah x Darab 2]
permasalahan dengan memuaskan berkaitan
dengan tajuk.
 Pembentangan mengaitkan isu kontemporari
secara umum.

 Bahan persembahan kurang memuaskan. Lemah


 Pembentangan adalah kurang memuaskan. 2-3
 Pengurusan masa yang kurang
memuaskan. [Markah x Darab 2]
 Pembentangan menganalis isu/
permasalahan dengan lemah berkaitan
dengan tajuk.
 Pembentangan mengaitkan isu kontemporari
dengan lemah.

 Bahan persembahan sangat lemah isi Sangat Lemah


kandungan. 0-1
 Pembentangan adalah sangat lemah.
 Pengurusan masa yang sangat lemah. [Markah x Darab 2]
 Pembentangan menganalis isu/
permasalahan dengan sangat lemah
berkaitan dengan tajuk.
 Pembentangan mengaitkan isu kontemporari
dengan sangat lemah.

You might also like