Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Masyarakat Cakna Menjaga Alam Sekitar

Masyarakat membantu memulihkan ekosistem dengan mengurangkan penggunaan


bahan plastik, berubah kepada penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga dan
menanam semula pokok.

Buktinya; Berita harian, 05 Jun 2021, melaporkan tentang “Alam sekitar: Masyarakat
berperanan pulihkan ekosistem.”

Pengurangan penggunaan plastik dapat mengurangkan pembuangan sisa pepejal di


tapak pelupusan sampah yang mana menurut kajian oleh Jabatan Pengurusan Sisa
Pepejal, bahan buangan plastik merupakan penyumbang kedua terbesar jumlah
pembuangan sampah di tapak pelupusan. Selain daripada itu, pengurangan
penggunaan plastik juga dapat mengurangkan penggunaan minyak petroleum untuk
tujuan penghasilan plastik. Di mana, penggunaan petroleum untuk menghasilkan
plastik akan menyebabkan pengeluaran karbon yang menyumbang kepada
pemanasan global. Manakala, kecekapan tenaga adalah salah satu cara yang paling
berpotensi untuk mengurangkan gas rumah hijau dalam jangka masa pendek.
Seterusnya pelaksanaan kempen penanaman semula pokok bertujuan untuk
meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau
dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik
ekosistem dan biodiversiti negara kita. Kempen ini juga bertujuan memupuk
semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok
kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk
mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia. Pelaksanaan Program
Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di seluruh
negara di bawah RMKe-12 telah dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa
mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-77 pada 8 September
2020. Pelancaran kempen ini telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara
pada 5 Januari 2021.
Oleh itu jelaslah bahawa masyarakat cakna dalam menjaga alam sekitar.

You might also like