Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Teks Ucapan Penggulungan Kerajaan

Kata-Kata Aluan

Bismillahirrahmannirrahim,
Terima kasih sekali lagi Tuan Yang DiPertua,
Bertindak selaku pihak Kerajaan pada hari ini, kami tetap percaya dan
menyokong bahawa sesungguhnya Usul“Perniagaan Maya Ekonomi
Berganda”

Bidang Tugas

Tuan Yang DiPertua,


Dalam arena penggulungan ini, saya akan melakukan 2 perkara;

Pertama; rumusan dan bidasan terhadap hujah-hujah pihak lawan.

Dan kedua; rumusan serta pengukuhan terhadap hujah-hujah sendiri.

Rumusan & Bidasan Hujah Pertama (Pihak Pembangkang)

Hujah pembangkang iaitu…

Saya menolak hujah tersebut kerana sudah jelas lagi bersuluh.“Perniagaan


Maya sememangnya mampu menggandakan ekonomi”
(rujuk teks bidas)

Rumusan & Bidasan Hujah Kedua (Pihak Pembangkang)

Hujah pembangkang iaitu…

Saya menolak hujah tersebut kerana sudah jelas lagi bersuluh. “Perniagaan
Maya sememangnya mampu menggandakan ekonomi”
(rujuk teks bidas)

Rumusan & Bidasan Hujah Pertama (Pihak Pembangkang)

Hujah pembangkang iaitu…

Saya menolak hujah tersebut kerana sudah jelas lagi bersuluh.“Perniagaan


Maya sememangnya mampu menggandakan ekonomi”
(rujuk teks bidas)
Rumusan & Perkukuhkan Hujah Pertama (Kerajaan)

Peluang Pasaran Yang Meluas (kerajaan)


Pelbagai kelebihan yang diperoleh melalui perniagaan atas talian. Perusahaan
secara maya memberi peluang pasaran yang lebih luas. Pelanggan dari seluruh
negara dapat membeli sesuatu produk hanya dengan satu klik sahaja. Kehadiran
aplikasi dan laman e-dagang seperti Shopee, Lazada serta Mudah.my telah
membantu peniaga domestik untuk memasarkan produk secara atas talian tanpa
kos yang mahal. Malah, ia telah membuka peluang kepada perkhidmatan logistik
dan ahli masyarakat untuk memperolehi pendapatan sampingan yang lumayan.
Keadaan ini sudah cukup menjelaskan bahawa Perniagaan Maya membantu
ekonomi negara berkembang dengan pesatnya.

Rumusan & Perkukuhkan Hujah Kedua (Kerajaan)

Kos Pengurusan Perniagaan yang murah tetapi memberi pulangan yang


lumayan
Perniagaan dalam talian ialah perniaggaan yang mudah dimulakan dan dijalankan
dengan kos yang rendah. Malahan, para peniaga dalam talian dapat menguruskan
perniagaan tanpa perlu mengupah ramai pekerja. Perniagaan ini juga berisiko
rendah kerana para peniaga tidak perlu mengeluarkan sumber kewangan yang
tinggi untuk membeli atau menyewa aset malah, penjimatan tersebut boleh
digunakan untuk membeli stok, kos reka cipta laman web dan sebagainya.
Perniagaan dalam talian turut memberikan peluang kepada peniaga dalam
beroperasi dalam talian selama 24 jam setiap hari. Tambahan lagi, masyarakat kini
terlalu sibuk dengan pekerjaan sehingga tiada masa untuk membeli-belah
walaupun pada hujung minggu. Keadaan ini, sudah tentu memberi kelebihan
kepada peniaga dari segi keuntungan dan sudah tentu ekonomi negara dapat
dirancakkan dan dikembangkan.

Rumusan & Perkukuhkan Hujah Ketiga (Kerajaan)

Memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menjana


ekonomi
Perniagaan Maya sudah tentu memberi kelebihan kepada peniaga untuk
mendapatkan pelanggan dengan mudah. Mereka tidak tidak perlu meninggalkan
rumah atau pejabat dan ini sudah tentu menjimatkan kos minyak dan masa
perjalanan. Perkembangan ini juga telah mewujudkan industri peluang pekerjaan
seperti penghantar barang (runner). Malahan, beberapa pasar raya utama telah
mewujudkan kemudahan tempahan barang keperluan secara dalam talian dengan
penghantaran percuma. Bagi pihak pelanggan pula, mereka sudah tentu gembira
memperoleh barangan dan perkhidmatan dengan kos yang rendah. Urus niaga
elektronik memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat barangan dan
perkhidmatan. Keadaan ini lebih memudahkan pembelian sesuatu barangan pada
harga yang berpatutan dan murah. Keadaan ini sudah tentu dapat menjana
ekonomi semua lapisan masyarakat juga ekonomi negara.

Penegasan Pendirian

Justeru Tuan Yang DiPertua, jelaslah bahawa“Perniagaan Maya atau


dikenali juga sebagai Perniagaan atas talian sememangnya dapat
merancakkan ekonomi masyarakat dan juga negara yang
semestinya memebrikan pulangan dan keuntungan berganda”
Ini amat bertepatan dengan usul yang kami gagaskan, iaitu “Perniagaan
Maya Ekonomi Berganda”

Dengan itu Tuan Yang DiPertua, mohon untuk terus mencadang.


Terima, kasih

You might also like