Modul Soalan Tumpuan Sejarah Dunia 2019

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 101

MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

TEMA 1: MASYARAKAT

1
SOALAN 1 BANDINGKAN STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND DAN JEPUN PADA
ABAD KE-16 DAN 17M.
PENGENALAN
 Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah
MODUL kerajaan
SOALAN TUMPUANtempatan
PENGGALyang ditadbir
1 SEJARAH DUNIAoleh
2018
individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan
seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.
 Negara Jepun dan England mengamalkan sistem feudal pada abad ke 16 dan 17.
Pemerintah Jepun pada abad ke 17 berada di bawah kekuasaan Keshogunan Tokugawa.
Di England pula berada di bawah pemerintahan monarki baru. Amalan sistem feudal di
kedua-dua pemerintahan ini mempunyai keunikan tersendiri.
LAPISAN 1 KEDUDUKAN RAJA/ MAHARAJA
HURAIAN  Dalam susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke 17, raja
mempunyai kedudukan yang tertinggi. Raja pada masa itu sangat dihormati dan
merupakan lambang perpaduan. Raja juga sering dikaitkan dengan agama dan
kepercayaan. Raja England merupakan ketua gereja Kristian.
 Manakala Maharaja Jepun merupakan Tuhan Matahari. Malahan pada masa itu, Raja
England merupakan pemerintah berkuasa mutlak. Sebaliknya Maharaja Jepun hanya
memerintah dari segi teori sahaja.
 Ini kerana Maharaja Jepun telah menyerahkan tanggungjawab memerintah kepada
Shogun sejak tahun 1192.
 Menjelang abad ke- 17, Shogun Tokugawa memerintah Jepun bagi pihak Maharaja.
Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai
istana.
LAPISAN 2 KEDUDUKAN GOLONGAN BANGSAWAN/ PEMBESAR
HURAIAN  Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan pembesar. Golongan bangsawan
di England dikenali sebagai Lord . Di negara Jepun, pembesar dikenali sebagai
daimyo. Kedudukan bangsawan di England terbahagi kepada beberapa lapisan
seperti bangsawan kelas pertama, bangsawan kelas kedua dan bangsawan kelas
ketiga. Pembahagian berkaitan dengan keluasan tanah yang dimiliki.
 Manakala di Negara Jepun terdapat seorang ketua daimyo yang dikenali sebagai
Shogun. Daimyo-daimyo pula dibahagi kepada 3 golongan iaitu Daimyo Fudai,
Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga
Tokugawa dan sekutunya. Mereka membantu Tokugawa menguasai pemerintahan
dan dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu. Daimyo Shimpan
dikenali sebagai rumah bersaudara yang terdiri daripada saudara-mara keluarga
Tokugawa. Daimyo Tuzama pula dikenali sebagai daimyo luar di mana mereka
merupakan musuh Shogun Tokugawa yang terdiri daripada suku-suku Barat.
Mereka juga dilarang mengumpul kekayaan demi mengelakkan mereka menjadi
terlalu kuat dan mengancam kedudukan Shogun. Oleh itu sistem pembesar feudal di
Jepun sangat berbeza dengan sistem pembesar feudal di England.
 Di negara Jepun, daimyo memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam
bidang pentadbiran. Golongan daimyo menguasai dan mentadbir daerah-daerah
yang diberikan oleh Shogun kepada mereka.
 Manakala kedudukan bangsawan di England mengalami kemerosotan dengan
kemunculan monarki baru. Raja monarki baru mampu mengawal golongan
bangsawan. Ini kerana mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada ketenteraan
yang dibekalkan bangsawan kerana raja mempunyai tentera upahan.
 Namun begitu Raja masih lagi memerlukan sokongan golongan bangsawan. Raja
telah memberi gelaran-gelaran kepada golongan bangsawan seperti Lord , Earl dan
Duke justeru kesetiaan bangsawan terhadap raja dapat dikekalkan. Di Jepun pula,
Shogun telah member tanah kepada daimyo untuk mendapatkan sokongan dan
kesetiaan.

LAPISAN 3 KEDUDUKAN GOLONGAN PAHLAWAN/ KETENTERAAN


HURAIAN  Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan ketenteraan. Di England golongan
tentera dikenali sebagai Knight. Di Jepun golongan tentera dikenali sebagai
Samurai. Knight dan Samurai ini berkhidmat kepada pembesar.
 Golongan Knight di England mempunyai hak untuk mengutip cukai daripada
penduduk di bawah penguasaan mereka.
 Sebaliknya golongan samurai Jepun tidak mempunyai tanah. Oleh itu, kekayaan
golongan Knight diukur berdasarkan jumlah tanah yang dimiliki tetapi kekayaan
golongan samurai diukur berdasarkan jumlah beras yang dimiliki.
 Satu lagi perbezaan antara Knight dan Samurai ialah golongan Knight di England
adalah buta huruf dan hanya menawarkan perkhidmatan mereka dalam bidang
ketenteraan. Sebaliknya golongan Samurai merupakan golongan yang paling
berpendidikan dalam sistem feudal. Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam
kalangan pahlawadi2Jepun. Semasa zaman keamanan Tokugawa, samurai melibatkan
diri dalam aktiviti kesenian seperti tarian Kabuki.
LAPISAN 4 KEDUDUKAN GOLONGAN PETANI
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

SOALAN 2 BANDINGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND DAN JEPUN PADA ABAD
KE-16 DAN 17M.
PENGENALAN  Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik tempatan yang
ditadbir oleh individu-individu tertentu dan bukan wakil oleh kerajaan pusat.
Mengikut sistem ini, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas
bersusun lapis mengikut hierarki.
 Masyarakat feudal menerangkan maksud susun lapis sosial masyarakat yang
berhierarki. Masyarakat feudal di England dan Jepun mempunyai ciri-ciri tersendiri
pada abad ke-16 dan ke-17.
 Jepun pada abad ke-17 berada di bawah tapuk pemerintahan Keshogunan Tokugawa,
manakala England pula berada di bawah sistem pemerintahan monarki mutlak yang
baru. Ciri-ciri masyarakat feudal boleh dilihat dari sudut taraf kedudukan raja,
kewajipan peribadi, mobiliti sosial, golongan pahlawan, peralatan perang dan
pemilikan tanah.

CIRI 1 TARAF KEDUDUKAN RAJA/ MAHARAJA


HURAIAN  Perbandingan ciri-ciri antara masyarakat feudal di England dan Jepun yang pertama
dapat dilihat dari sudut taraf kedudukan raja. Mengikut susun lapis masyarakat
feudal di Jepun dan England pada abad ke-17, raja atau maharaja berada di kedudukan
yang tertinggi. Raja di England mempunyai kuasa yang mutlak dalam bidang
pentadbiran, perundangan, dan kehakiman. Raja di England berusaha mengambil
langkah-langkah untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai raja.
 Pada zaman Keshogunan Tokugawa di Jepun, maharaja hanya berperanan sebagai
ketua negara dan menjadi lambang kerohanian dan ketuhanan, tetapi kuasa sebenar
pemerintahan terletak di tangan shogun. Oleh sebab shogun lebih berkuasa daripada
maharaja, beliau mengambil beberapa langkah untuk mengukuhkan kedudukan dan
kekuasannya.

CIRI 2 KEWAJIBAN PERIBADI


HURAIAN  Selain itu, perbandingan ciri-ciri yang seterusnya dapat dilihat dari sudut kewajipan
peribadi. Dalam masyarakat feudal di England, wujud hubungan peribadi antara lord
(tuan tanah) dan vassal (penyewa tanah) berasakan ikatan perjanjian (kontrak).
Mengikut perjanjian tersebut, kedua-dua pihak, iaitu lord dan vassal saling
bertanggungjawab menjaga kepentingan bersama. Maksudnya, lord menawarkan
perlindungan dan jaminan keselamatan manakala vassal menawarkan perkhidmatan
seperti ketenteraan kepada vassal.
 Manakala dalam masyarakat feudal di Jepun, wujud hubungan peribadi antara shogun
dengan daimyo (tuan tanah). Shogun menyerahkan tanah kepada golongan daimyo
yang setia kepadanya. Sebagai balasan, daimyo akan membantu shogun dalam
pentadbiran dan ketenteraan. Dalam hal ini, kedua-dua pihak saling bertanggungjawab
menjaga kepentingan bersama, iaitu satu pihak memberi perlindungan manakala satu
pihak lagi menawarkan perkhidmatan dalam pentadbiran dan ketenteraan.

CIRI 3 MOBILITI SOSIAL


HURAIAN  Seterusnya, masyarakat feudal di England dan Jepun dapat dibandingkan dari segi
sudut mobiliti sosial. Masyarakat feudal pada Zaman Pertengahan di England
merupakan masyarakat yang bersusun lapis. Setiap lapisan mempunyai kedudukan
ekonomi, politik, dan sosial yang berlainan. Perubahan dalam kedudukan sosial dan
status masyarakat jarang berlaku. Oleh itu, mobiliti sosial dalam kalangan masyarakat
feudal di England tidak berlaku.
 Keadaan yang sama berlaku di Jepun, iaitu kedudukan dan status masyarakat di Jepun
berasaskan keturunan dan sistem kelas. Masyarakatnya terdiri daripada beberapa
lapisan. Setiap lapisan masyarakat feudal di Jepun mempunyai kedudukan ekonomi,
sosial, dan politik yang berlainan. Oleh itu, perubahan status dan mobiliti sosial dalam
masyarakat feudal di Jepun jarang berlaku.

CIRI 4 KEDUDUKAN GOLONGAN PAHLAWAN


HURAIAN  Di samping itu, terdapat juga perbandingan antara pahlawan dalam masyarakat feudal
di England dan Jepun. Golongan pahlawan yang dikenali sebagai knight berada di

3
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

bawah golongan bangsawan dalam susun lapis masyarakat feudal di England. Golongan
knight memainkan peranan yang penting dalam memberikan perkhidmatan dalam
bidang ketenteraan kepada raja dan lord. Knight terikat dengan konsep kavalri. Knight
di England buta huruf dan menawarkan perkhidmatan dalam bidang ketenteraan
sahaja serta tidak berminat untuk berkecimpung dalam bidang yang lain seperti bidang
kesenian dan intelektual. Sebagai balasan terhadap perkhidmatan yang diberikan,
golongan knight diberikan ganjaran dalam bentuk tanah dan harta.
 Golongan pahlawan dalam sistem feudal di Jepun yang dikenali sebagai samurai
berbeza daripada pahlawan di England. Samurai berkhidmat dengan golongan
bangsawan dan terikat dengan konsep bushido. Pahlawan di Jepun berminat untuk
melibatkan diri dalam bidang kesenian dan kesarjanaan. Pemilikan ilmu dianggap
mulia dalam kalangan pahlawan di Jepun. Oleh itu, golongan samurai di Jepun
merupakan golongan yang berpendidikan dan tahu membaca serta menulis. Namun
begitu, samurai di Jepun tidak diberikan ganjaran berbentuk tanah sebaliknya
berbentuk bekalan beras.

CIRI 5 PERALATAN PERANG


HURAIAN  Seterusnya, perbandingan antara masyarakat feudal di england juga dapat dilihat dari
sudut peralatan perang. Semasa peperangan, samurai dan knight telah menggunakan
peralatan perang untuk membantu mereka mempertahankan negara dan memperoleh
kemenangan dalam peperangan. Golongan knight di England menggunakan peralatan
perang seperti pedang dan baju perisai untuk mempertahankan diri.
 Begitu juga dengan golongan samurai di Jepun, iaitu menggunakan peralatan peperangan
yang sama seperti pedang dan baju perisai. Baju perisai yang digunakan oleh knight di
England diperbuat daripada besi.
 Manakala, golongan samurai di Jepun menggunakan baju perisai yang diperbuat
daripada logam atau sutera. Knight menggunakan kuda dalam medan peperangan.
Namun, samurai di Jepun tidak menggunakan kuda dalam medan peperangan.

CIRI 6 PEMILIKAN TANAH

HURAIAN  Tambahan pula, masyarakat feudal di England dan Jepun dapat dibandingkan melalui
aspek pemilikan tanah. Di England, Raja akan mengurniakan tanah kepada golongan
bangsawan manakala golongan bangsawan akan menyediakan perkhidmatan tentera
kepada Raja. Tanah yang di bawah penguasaan golongan bangsawan di England ini
dikenali sebagai manor.
 Pada zaman Keshogunan Tokugawa di Jepun, wilayah diserahkan kepada vassal yang
setia kepada shogun. Shogun pula akan memberikan tanah kepada daimyo, iaitu tuan
tanah yang setia kepadanya. Shogun berhak melantik pegawai-pegawai yang dikenali
sebagai Gundai atau Daikan untuk mentadbir dan meguruskan tanah miliknya.

PENUTUP  Kesimpulannya, masyarakat feudal di England dan Jepun mempunyai ciri-ciri yang sama
dan berbeza. Masyarakat feudal di kedua-dua buah negara ini saling bergantung antara
satu sama lain.

SOALAN 3 TERANGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT AGRARIA YANG DIAMALKAN DI BELANDA.


PENGENALAN  Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan
pertaniaan sebagai sumber kehidupan mereka.Masyarakat ini memberi keutamaan
kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka.
Masyarakat agraria tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur dan sesuai
untuk menjalankan kegiatan pertanian.
 Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju
berbanding dengan Negara-negara Eropah.Belanda juga membekalkan hasil pertanian
dan produk tenusu ke Negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke-17
lagi.Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan
muncul masyarakat agraria di Belanda.
CIRI 1 KEGIATAN EKONOMI
HURAIAN  Pertanian menjelang abad ke-17, berlaku pertambahan penduduk yang pesat terutama
di kawasan Bandar di Belanda.Peningkatan penduduk menyebabkan aktiviti pertanian

4
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

dapat di jalankan secara ekstensif.


 Kegiatan pertanian yang dijalankan termasuk penanaman sayur-sayuran, bijirin, dan
tanaman dagangan.Antara sayur-sayuran yang di tanam ialah bebawang, bijirin, biji
cole, ketumbar, lobak, dan teasel.Menurut K.H.D. Halley, masyarakat Belanda
merupakan masyarakat yang paling banyak makan sayur-sayuran di Eropah.
 industri berasaskan pertanian yang berkembang pesat ialah linen, pakaian, dan
minuman keras.Penanaman madder merangsang pertumbuhan industri tekstil.Akar
tanaman ini di jadikan serbuk pewarna dalam industri tekstil.Belanda mengeksport
madder ke England untuk kegunaan industri tekstil.
 Pada peringkat awal, industri tekstil berpusat di Wilayah Brabant dan Flanders.
Penanaman madder menyebabkan kilang-kilang tekstil didirikan di Leiden. Selain
madder, tanaman teasel juga digunakan dalam industri tekstil. Ia digunakan dalam
menenun kain.
 Aktiviti penternakan juga dijalankan secara giat di bahagian timur Belanda Kegiatan
penternakan juga dijalankan di sekitar Bandar seperti Hertogenbosch, Lier, dan
Diest.
 Perkembangan sektor penternakan didorong oleh pertambahan penduduk yang
berlaku di Belanda sekitar abad ke-16 dan abad ke-17.Petani dan Penternak di Belanda
terlibat dalam aktiviti penternakan lembu dan kambing.
CIRI 2 PETEMPATAN
HURAIAN  Petempatan masyarakat agraria di Belanda terletak di kawasan pinggir pantai yang
amat subur untuk aktiviti pertanian.Sebahagian besar dari kawasan pertanian di
Belanda berada di bawah paras laut. Masyarakat agraria Belanda menjalankan usaha
menebus guna tanah untuk menjalankan aktiviti pertanian. Menjelang tahun 1680
tanah seluas 127 000 hektar ditebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian.
 Petempatan masyarakat agraria yang terletak di Pinggir pantai merupakan tanah yang
telah ditebus guna.Antara petempatan yang terletak di kawasan yang di tebus guna
ialah Pulau Zuid-beveland, Middlezee, Oud-Beijerland, dan New-Beijerland.Selain itu,
petempatan masyarakat agraria terletak di Kawasan Friesland, Zeeland, Flanders, dan
Utrect.
CIRI 3 SISTEM PENGAIRAN
HURAIAN  Masyarakat agraria di Belanda mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi
dalam pengairan. Mereka mendirikan kincir angin untuk menyalurkan air dari tanah
yang di tebus guna bagi tujuan pertanian. Kegiatan tebus guna dilakukan kerana
sebahagian besar tanah pertanian yang subur berada di bawah paras laut.
 Masyarakat Belanda memulakan usaha untuk menambak tanah bagi menebus guna
tanah untuk tujuan pertanian sejak tahun 1545. Pada tahun 1505 hingga 1506, muara
Sungai Middelzee ditambak bagi tujuan menebus guna tanah untuk tujuan pertanian.
 Menjelang pertengahan abad ke-17,sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland ditebus
guna untuk tujuan pertanian.
 Di seluruh wilayah Zeeland, tanah yang di tebus guna meningkat kepada 49% iaitu
daripada 85000 hektar kepada 127 000 hektar menjelang tahun 1600 dan 1680.
 Usaha penambakan tanah dilakukan di Oud-Beijerland (1557) dan Nieuw-beijerland
(1582) menyebabkan tanah seluas 2300 hektar ditebus guna.
CIRI 4 PENINGKATAN TEKNOLOGI
HURAIAN  Menjelang abad ke-16 dan ke-17 , berlaku kemajuan pesat dalam teknik dan kaedah
pertanian di Belanda. Pengembara-pengembara di England, Prancis, Jerman dan Itali
yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 berasa kagum dengan kemajuan
yang dicapai oleh masyarakat Belanda.
 Menurut mereka,kegiatan pertanian di Belanda amat maju berbanding dengan Negara-
negara Eropah yang lain.
 Banyak kaedah pertanian yang diamalkan di Belanda telah di sebarkan ke Negara-
negara lain.Antara perkembangan yang berlaku dalam bidang teknologi pertanian ini
adalah Kajian Mengenai Sistem Pertanian Belanda dan Sistem pinggiliran Tanaman
CIRI 5 PEMBINAAN SISTEM PENGAIRAN
HURAIAN  Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan
tali air dengan tujuan untuk mengairi kawasan pertanian.Mereka berkemahiran
menyalurkan air dari sungai untuk tujuan pertanian.

5
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat diperluaskan dan


diusahakan secara insentif.
 Masyarakat Agraria Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air
daripada tanah yang ditebusguna bagi tujuan pertanian.
CIRI 6 PENINGKATAN TEKNOLOGI
HURAIAN  Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah
pertanian.Baja asli digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.
 Antara baja asli yang digunakan ialah najis binatang ternakan yang diperoleh daripada
kawasan ternakan.
CIRI 7 BERKEMAHIRAN MENGEKALKAN KESUBURAN TANAH
HURAIAN  Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah
pertanian. Baja asli digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.
 Antara baja asli yang digunakan ialah najis binatang ternakan yang diperoleh daripada
kawasan ternakan.
CIRI 8 PENGENALAN KAEDAH PERTANIAN BARU
HURAIAN  Antara kaedah petanian yang dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah
pertanian bagi mengekalkan kesuburan tanah. Peralatan tengala baru telah dicipta dan
digunakandi Gelderland.Kaedah pengiliran tanaman juga mula dipraktikkan pada abad
ke16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan tanah.
 Antara tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuan dan kekacang
berselang dengan tanaman bijirin.
 Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di wilayah Waes pada tahun 1644. Sistem ini
terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800.
 Pengenalan sistem pengiliran tanaman telah menyebabkan sistem tanah rang yang
diamalkan sebelum ini dimansuhkan.
CIRI 9 PENAMBAKAN LAUT UNTUK KAWASAN PERTANIAN
HURAIAN  Aktiviti penambakan laut telah dijalankan untuk meluaskan kawasan
pertanian.kesannya pada suku pertama abad ke-17 kerajaan Belanda bukan sahaja
berjaya meningkatkan keluasan kawasan pertanian tetapi juga meningkatkan hasil
pertanian
PENUTUP  Usaha kerajaan Belanda ini telah memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat
tempatan dan ekonomi Belanda juga mencapai tahap kegemilangan pada abad ke-17.
 Pada abad ke-17, kejayaan Belanda dalam pertanian membolehkan Belanda
menyimpan bekalan bijirin untuk tempoh dua belas tahun. Apabila peperangan berlaku
antara England dan Perancis pada tahun 1672, Belanda masih boleh menjual bijirin
dalam pasaran di Eropah.
 Namun, awal abad ke-18 menyaksikan kejatuhan Belanda dalam ekonomi
antarabangsa apabila mendapat saingan daripada negara Eropah yang lain seperti
England.

SOALAN 4 TERANGKAN PERKEMBANGAN MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA.


PENGENALAN  Mengikut pengembara Eropah, masyarakat agraria di Belanda mula mengalami
perkembangan yang pesat  dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-17 M.
 Perkembangan ini dapat dilihat melalui penggunaan kaedah dan teknik pertanian yang
lebih maju berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain, pengenalan pelbagai
jenis tanaman baru dan turut menjadi pembekal produk tenusu ke negara-negara lain.
 Perkembangan masyarakat agraria di Belanda dapat dilihat melalui perkembangan
pertanian, penternakan, hortikultur, kegiatan menebus tanah, dan penggunaan
teknologi berkaitan dengan teknik serta kaedah pertanian.
FAKTA 1 PERKEMBANGAN KEGIATAN PERTANIAN
HURAIAN  Kegiatan pertanian telah dijalankan secara lebih giat pada abad ke-17, akibat
berlakunya pertambahan penduduk yang pesat terutama di kawasan bandar negara
Belanda.
 Masyarakat petani terutama disebelah utara Belanda telah mengusahakan kegiatan
pertanian secara kecil kecilan dan secara sistem pertanian padang terbuka. Hasil
pertanian ini untuk pasaran tempatan di bandar-bandar negara Belanda sahaja.
 Antara tanaman yang ditanam ialah sayur-sayuran seperti bawang, biji kol, ketumbar,
lobak dan teasel. Mengikut KHD Halley, masyarakat Belanda merupakan masyarakat

6
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

yang paling banyak makan sayur-sayuran di Eropah.


 Selain itu, masyarakat Belanda juga turut menanam tanaman lain seperti barli,
gandum, semanggi, kekacang, biji kol, mader dan hem.
 Barli merupakan tanaman dominan di Belanda, namun pengeluarannya semakin
merosot menjelang abad ke-16 dan ke-17 M.
 Selepas itu, gandum telah menjadi penting menjelang abad ke-17 M. Gandum telah
ditanam oleh petani secara intensif dan lebihan hasil akan dijual.
 Tanaman semanggi pula ditanam dibahagian utara Belanda pada tahun 1644 M untuk
dijadikan sebagai makanan binatang ternakan terutama lembu.
 Tanaman kekacang seperti beans dan kacang peas merupakan tanaman penting di
Belanda.
 Manakala biji kol pula ditanam oleh petani dibahagian utara Belanda dan diproses
untuk menghasilkan minyak. Hampasnya pula telah dijadikan makanan binatang
ternakan pada musim sejuk. Tanaman ini mula berkembang dan ditanam di Zeeland,
Bogaurden, Friesland, Artois, Rhineland, Schleswig dan Holstien.
 Tanaman mader pula ditanam secara meluas pada abad ke-13 dan ke-14 M apabila
industri tekstil mula muncul di Leiden dan bandar-bandar lain di Belanda di mana
tanaman ini telah dijadikan sebuk pewarna dalam industri tekstil. Tanaman ini
ditanam secara meluas di bahagian barat daya Belanda, Flanders, dan Brabant Barat.
 Tanaman Mader telah dieksport ke pelabuhan di bahagian selatan dan timur England.
 Pulau Schouwen telah menjadi pusat tanaman mader yang penting menjelang tahun
1580-an hingga pertengahan abad ke-17 M.
 Menjelang akhir abad ke-17 M, telah terdapat 50 kilang memproses mader dan ini
telah menjadikan Rotterdam muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran
mader di Belanda.
 Penanaman hem pula ditanam dengan meluas di wilayah-wilayah Holland, Utrecht,
Alblasserwaard, Lopikerwaard dan Krimpenerwaard pada abad ke-16 M. Tanaman
ini digunakan untuk membuat barangan daripada kanvas, jala dan tali kapal.
FAKTA 2 PERKEMBANGAN KEGIATAN PENTERNAKAN
HURAIAN  Pada abad ke-17 M, aktiviti penternakan lembu juga dijalankan secara giat di
bahagian timur Belanda seperti sekitar bandar-bandar Hertogenbosch, Lier dan
Diest.
 Perkembangan bidang penternakan didorong oleh berlakunya pertambahan penduduk
di Belanda dan seterusnya menyebabkan meningkatnya permintaan untuk bekalan
daging lembu pada abad ke-16 M dan abad ke-17 M.
 Ini telah menyebabkan petani-petani di Holland dan Friesland memberi tumpuan
kepada sektor penternakan. Bilangan ternakan telah meningkat dari 14 ekor pada
akhir abad ke-16 M kepada 24 ekor pada pertengahan abad ke-17 M. Lembu-lembu
tenusu yang diternak di Belanda daripada baka lembu tenusu yang terbaik di Eropah.
 Penternakan lembu bertambah maju dengan adanya penanaman rumput berkualiti
dan pengenalan tanaman bergilir.
 Pertambahan penduduk di bandar telah mendorong peningkatan permintaan susu
lembu di Belanda iaitu 2000 liter susu setahun sekitar tahun 1570.
 Pada tahun 1660, kandang-kandang lembu telah dilengkapi dengan peralatan bagi
memproses susu lembu terutama di daerah Amstelland.
 Penternakan kambing juga dijalankan di kawasan sekitar Pulau Taxel dan
Wieringan dan Pulau Grind. Penternakan ini dijalankan untuk menghasilkan bekalan
keju kepada penduduk di bandar-bandar dan luar bandar.
 Belanda telah menjadi sebuah negara industri berasaskan tenusu dalam
menghasilkan keju dan mentega yang terbesar di dunia serta berkualiti tinggi sejak
abad ke-16 M dan abad ke-17 M terutama di Holland dan Friesland.
 Produk ini akan dieksport ke England, Perancis, Sepanyol dan kawasan pedalaman
Jerman.
 Keju yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi yang lebih maju dan tinggi. Hasil
keju ini memberi sumbangan pendapatan tahunan kepada Belanda sebanyak 6.4 juta
pound.
 Manakala mentega pula telah dihasilkan di daerah Rijnland dan Delfland. Bandar
Leidin telah menjadi pusat pusat pengeluaran mentega yang bermutu tinggi di
Belanda.

7
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

FAKTA 3 PERKEMBANGAN BIDANG HORTIKULTUR


HURAIAN  Bidang ini telah berkembang kesan daripada berlakunya pertambahan penduduk,
peningkatan taraf hidup dan kemajuan dalam sistem pengangkutan air.
 Pusat-pusat hortikultur telah muncul di bandar-bandar seperti Leiden, Delft, De
Langedijk dan Enkhuizen. Bidang ini meliputi penanaman sayur-sayuran, buah-
buahan dan bunga.
 Sayur-sayuran seperti bawang, lobak, ketumbar, lobak merah, parsnip dan biji sawi
telah ditanam secara meluas di daerah De Langedijk.
 Tanaman kubis dan lobak ditanam secara bergilir-gilir dengan sayuran lain di
kawasan De Streek di daerah Enkuizen.
 Buah-buahan pula telah ditanam di kawasan Aalsmeer dan Boskoop seperti
strawberi. Sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah dihantar ke Amsterdam dan
Leiden melalui pengangkutan air.
 Pada abad ke-17 M, tanaman bunga telah dijalankan seperti tulip dan hop.
 Bunga tulip telah mendapat permintaan yang tinggi dan ini telah mendorong
peningkatan harganya.
 Bunga hop pula telah ditanam dengan meluas di kawasan sepanjang sungai Maas.
 Bunga hop telah digunakan dalam industri penghasilan minuman keras (beer) di
bandar-bandar Haarlem, Delft dan Gouda.
 Terdapat 21 buah kilang minuman keras di Amsterdam dan Rotterdam antara
tahun 1600-1621 M.
FAKTA 4 PERKEMBANGAN KEGIATAN MENEBUS TANAH
HURAIAN  Perkembangan aktiviti pertanian di Belanda mempunyai pertalian yang rapat dengan
kegiatan menebus guna tanah kerana sebahagian besar tanah pertanian yang subur
berada di bawah paras laut. Ini telah menyebabkan kawasan pertanian yang terletak
di pinggir laut ditenggelami air laut.
 Keluasan tanah yang ditebus guna untuk pertanian di negara Belanda telah dijalankan
dari tahun 1545 sehingga tahun 1814. Muara Sungai Middeizee ditambak bagi tujuan
menebus guna tanah tersebut untuk tujuan pertanian.
 Menjelang pertengahan abad ke-17 M, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di
tebus guna untuk tujuan pertanian.
 Di seluruh wilayah Zeeland, tanah yang ditebus guna meningkat kepada 49%, iaitu
daripada 85 000 hektar kepada 127 000 hektar menjelang tahun 1600 dan 1680.
 Usaha penambakan tanah dilakukan di Oud-Beijerland (1557) dan Nieuw-Beijerland
(1582) menyebabkan tanah seluas 2300 hektar ditebus guna.
FAKTA 5 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PERTANIAN
HURAIAN  Kegiatan pertanian semakin berkembang kerana berlakunya kemajuan yang pesat
dalam teknik dan kaedah pertanian di Belanda menjelang abad ke-16 M dan ke-17 M
berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain. Antara perkembangan yang
berlaku dalam bidang teknologi pertanian ini adalah kajian mengenai sistem pertanian
Belanda, pengenalan sistem tanaman bergilir, sistem penanaman rumput ternakan,
sistem batas, sistem penanaman deretan, teknik memelihara kesuburan tanah dan
penciptaan peralatan pertanian.
 Kajian Mengenai Sistem Pertanian Belanda telah dijalankan terutama mengenai
teknik dan kaedah pertanian yang di perkenalkan oleh masyarakat Belanda dijalankan
oleh sarjana-sarjana dari England seperti Sir Richard Weston, Lord Townshend,
Bakewell, Sir John Sinclair, Thomas Radcliff, Andrew Fletcher of Saltoun, James
Meikle, Bartholomew Rocque, Patrick Neill dan William Speechley.
 Hasil kajian mereka, menunjukkan petani-petani di Belanda telah memperkenalkan
sistem tanaman giliran, sistem penanaman rumput seperti Clover, Lucerne, Burnet,
Timothy Grass dan Turnip dan mencipta peralatan seperti tenggala dan mesin
menampi.
 Petani-petani Belanda merupakan perintis dalam memperkenalkan sistem
penggiliran tanaman. Dalam sistem penggiliran yang diamalkan di Belanda,
penanaman secara intensif telah dijalankan di mana tanah rang telah ditanam dengan
kacang tanah, ubi-ubian, jagung dan bijirin seperti gamdum, barli, oat yang menjadi
sumber utama Belanda.

 Sistem penggiliran ini melibatkan penanaman jagung musim sejuk (satu tahun), jagung

8
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

musim panas (satu tahun), tanah rang (satu tahun) dan penanaman rumput (3 atau 6
tahun) diamalkan.
 Sistem penggiliran ini telah diamalkan di bandar Ghent (1323), St. Pieters Ter Aalst
(1368) dan Lede yang terletak di Alost pada tahun 1372.
 Sistem penggiliran tanaman juga diamalkan secara meluas di wilayah Waes (Belanda)
pada tahun 1644. Sistem tanaman ini masih dipraktikkan di ladang-ladang yang
terletak di Selatan Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800.
 Kaedah ini akan mengembalikan kesuburan tanah dan  meningkatkan lagi hasil
pengeluaran pertanian.
 Petani-petani Belanda juga memperkenalkan sistem penanaman rumput ternakan
untuk ternakan pada tanah rang. Tanaman rumput seperti turnip ditanam di kawasan
tanah rang selepas jagung dituai.
 Terdapat bukti mengenai penanaman tanaman rumput di tanah rang pada
pertengahan abad ke-15 M iaitu pada tahun 1498 di Louvain.
 Petani-petani di Belanda juga memperkenalkan sistem menanam dengan membuat
batas. Melalui sistem ini, saliran yang baik dapat diwujudkan bagi memastikan
tanaman tumbuh dengan subur. Bagi memelihara kesuburan tanah, kedudukan batas
diubah setiap tahun. Sistem penanaman di atas batas menyebabkan penanaman dalam
deretan atau jajaran di perkenalkan.
 Sistem Penanaman Deretan diamalkan bagi tanaman seperti jagung, mader, hop, biji
kol dan tembakau. Sistem penanaman dalam deretan bagi tanaman komersial
digunakan sejak abad ke-14 M.
 Petani-petani Belanda juga mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam memelihara
kesuburan tanah. Mereka mengekalkan kesuburan tanah pertanian dengan
melakukan aktiviti berikut melakukan pemugaran tanah pertanian, menggunakan
baja asli dan membuang rumput dan tanaman perosak.
 Petani-petani mengekalkan kesuburan tanah dengan menggunakan baja asli yang
terdiri daripada najis ternakan yang diperolehi daripada kawasan-kawasan
penternakan lembu.
 Petani-petani di Belanda juga memberi sumbangan dalam penciptaan peralatan
pertanian. Antara peralatan yang dicipta termasuklah sejenis tenggala baru yang
digunakan oleh petani di Gelderland, mencipta tenggala beroda dan mesin untuk
menampi bijirin.
PENUTUP  Usaha kerajaan Belanda ini telah memberi peluangan pekerjaan kepada masyarakat
tempatan dan ekonomi Belanda juga mencapai tahap kegemilangannya pada abad ke-
17.
 Kekayaan Belanda dalam pertanian membolehkan Belanda menyimpan bekalan
bijirin untuk tempoh dua belas tahun. Apabila peperangan berlaku anatara England
dan Perancis pada tahun 1672, Belanda masih boleh menjual  bijirin dalam pasaran
di Eropah .
 Namun, awal abad 18 menyaksikan kejatuhan Belanda dalam ekonomi antarabangsa
apabila mendapat saingan daripada negara Eropah yang lain seperti England.

SOALAN 5 HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT MARITIM YANG DIAMALKAN DI JEPUN


PENGENALAN  Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama
terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut.
 Masyarakat ini mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan
perdagangan atau kegiatan kelautan.
 Pelabuhan ini akan dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan seperti bekalan air,
tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli.
 Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai,
menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip
hasil laut.
 Penduduk peribumi Jepun dikenali sebagai Ainu manakala yang lainnya adalah
pendatang dari Tanah Besar Asia yang menetap di pesisir pantai membentuk
masyarakat maritim.
FAKTA 1 KEGIATAN EKONOMI BERASASKAN KELAUTAN.
HURAIAN  Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan penangkapan ikan. Harold M. Vinacke

9
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

mengatakan makanan orang yang sama penting dengan nasi ialah ikan, mengutip hasil
laut seperti mutiara, perdagangan, membaiki dan membuat kapal.
 Perikanan merupakan pekerjaan utama penduduk Jepun kerana makanan kedua
selepas nasi bagi masyarakat Jepun ialah ikan. Nelayan Jepun juga adalah penyelam
mutiara yang handal.
FAKTA 2 LOKASI PETEMPATAN DI PESISIR PANTAI
HURAIAN  Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya
iaitu Hokkaido, Honshu (pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Sebanyak 72% pulau-
pulau di Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung
berapi.
 Masyarakat maritim Jepun tinggal di pesisir pantai seperti di perkampungan nelayan di
Yokohama dan menetap di kawasan-kawasan bandar-bandar pelabuhan seperti di
Nagasaki, Nagoya, Hiroshima dan lain-lain bandar pelabuhan.
FAKTA 3 MENGUASAI ILMU KELAUTAN DAN PELAYARAN
HURAIAN  Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka belayar hingga ke
Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan, Korea dan China. Mereka mampu membina
kapal besar meredah lautan.
 Kapal mohor merah (Shuinsen) adalah kapal layar bersenjata pedagang Jepun yang
berlayar dalam perdagangannya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara, di awal
pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan 1635, lebih dari 350 kapal
Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar negeri.
FAKTA 4 PELABUHAN ENTREPORT
HURAIAN  Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui pelabuhan entreport Kyushu,
Shimoda, Hokodate dan Nagasaki.
 Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah mengeksport perak, berlian, tembaga,
pedang, dan barang-barang lainnya. Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan
produk-produk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit rusa).
 Lada dan rempah-rempah jarang diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak
banyak makan daging.
 Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan antara kapal-kapal
Jepun dan China.
FAKTA 5 MENERIMA PENGARUH LUAR
HURAIAN  Sebelum dasar tutup pintu abad-17, masyarakat maritim Jepun mudah menerima
pengaruh luar seperi agama Buddha, Confucius dan agama Kristian.
 Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu
memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara Jepun dan Dunia
Barat (Perdagangan dengan Nanban).
 Penganut Kristian bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas
berdakwah. Malah tulisan Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun
juga menerima pengaruh bahasa Portugis.
 Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat sebagai namban yang
bererti kaum gasar dari selatan.
FAKTA 6 MASYARAKAT PELBAGAI BUDAYA
HURAIAN  Jalinan perhubungan dengan masyarakat antarabangsa menyebabkan masyarakat
Jepun menerima pelbagai pengaruh budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang
dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kristian Portugis, agama Buddha dan Confucius dari
China serta Shinto yang merupakan kepercayaan tempatan.
 Di bandar-bandar pelabuhan pula terdapat pedagang-pedagang Portugis, Sepanyol dan
China. Sebelum pengamalan dasar tutup pintu, mubaligh Kristian dibenarkan
menjalankan aktiviti penyebaran agama Kristian dan mendirikan gereja bagi
menjalankan kegiatan agama mereka.
PENUTUP  Kesimpulannya, perkembangan perdagangan di Jepun terhenti apabila Shogun
Tokugawa telah mengubah dasar pemerintahan Jepun daripada dasar buka pintu
kepada dasar pemencilan secara relatif dari dunia luar pada tahun 1638 kerana
timbulnya perasaan syak wasangka terhadap orang barat.

SOALAN 6 HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN MASYARAKAT

10
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

MARITIM DI JEPUN ABAD KE-16M.


PENGENALAN  Kemunculan masyarakat maritim di Jepun dapat dikesan sejak abad ke-3 Masihi.
Pedagang-pedagang Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan China,
Vietnam,dan Korea.
 Di samping itu, pedagang Jepun juga menjalankan kegiatan perdagangan dengan
pelabuhan lain di Asia Tenggara.
 Menjelang abad ke-16, Jepun mengamalkan dasar buka pintu dengan menggalakkan
kehadiran pedagang Barat ke negara tersebut.
 Kehadiran pedagang Barat menyebabkan pedagang Jepun bangkit sebagai sebuah
kuasa maritim di Asia.
FAKTOR 1 KEDUDUKAN GEOGRAFI
HURAIAN  Dari segi geografi,negara ini terdiri daripada beberapa pulau yang dikelilingi laut.
Antara pulau yang jadi tumpuan masyarakat maritim di Jepun ialah Kyushu, Shikoku,
Hokkaido dan Honshu. Oleh kerana bentuk muka bumi pulau-pulau ini yang
bergunung-ganang,maka petempatan didirikan di kawasan pesisir pantai.
 Lokasi petempatan yang berhampiran laut menyebabkan penduduk terdedah dengan
kegiatan berasaskan laut. Perkembangan ini menjadi asas kemunculan masyarakat
maritim di Jepun.
FAKTOR 2 PERADAGANGAN
HURAIAN  Perkembangan perdagangan menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di
Jepun. Pada Zaman Ashigaka, perdagangan berkembang pesat di Jepun.Pedagang Jepun
menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara di rantau Asia Tenggara.
 Menjelang zaman Tokugawa,hubungan perdagangan terjalin dengan China, Korea dan
Vietnam. Pedagang-pedagang asing seperti pedagang dari Portugal juga datang ke
Jepun.
 Pada zaman Nobunaga, lebih ramai pedagang dari Portugal datang ke Jepun.
Kedatangan pedagang asing ini menyebabkan muncul masyarakat maritim.
FAKTOR 3 KEMUNCULAN PELABUHAN
HURAIAN  Kemunculan pelabuhan merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di Jepun.
Kepesatan perdagangan menyebabkan kemunculan pelabuhan entrepot.
 Antara pelabuhan entrepot terpenting abad ke-16 ialah Kyushu, Nagasaki dan Shimoda
yang juga menjadi tumpuan pedagang Jepun dan pedagang luar negara.
 Menjelang pertengahan abad ke-16,kapal pedagang Portugal berlabuh di pelabuhan
Kyushu. Kehadiran mereka mendapat galakan daripada golongan bangsawan Jepun.
FAKTOR 4 KEMAJUAN TEKNOLOGI PELAYARAN
HURAIAN  Kemajuan yang dicapai dalam teknologi pelayaran dan pembinaan kapal menjadikan
negara Jepun berjaya muncul sebagai masyarakat maritim.
 Jepun melahirkan ramai pelayar yang mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran
serta pengetahuan dalam ilmu nautika, kartografi dan perkapalan.
 Menjelang abad ke-16, muncul pusat pembinaan dan baik pulih kapal-kapal di
Jepun.Masyarakatnya juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal-kapal besar
yang sesuai untuk pelayaran jaraj jauh.
 Kapal Shuinsen merupakan kapal yang diguna pedagang Jepun belayar ke Asia
Tenggara.
FAKTOR 5 DASAR KERAJAAN JEPUN
HURAIAN  Dasar buka pintu yang diamalkan kerajaan Jepun menyumbang kepada kemunculan
masyarakat maritim di Jepun. Dasar ini juga menyebabkan masyarakat maritim Jepun
terdedah pengaruh dari luar seperti Asia dan juga Barat.
 Menjelang akhir abad ke-16, pedagang dari Portugal menjalankan aktiviti perdagangan
dengan Jepun. Selain pedagang,golongan mubaligh Kristian juga terlibat dalam
menyebarkan dakwah dikalangan penduduk Jepun.
 Hubungan dengan Portugal menyebabkan masyarakat maritim Jepun menerima
teknologi baharu dari Barat iaitu perkapalan. Perkembangan ini memainkan peranan
dalamm merancakkan kegiatan maritim.
FAKTOR 6 GALAKAN PEMERINTAH
HURAIAN  Pemerintah juga memainkan peranan penting. Hideyosi merupakan pemerintah yang
berminat dalam aktiviti perdagangan. Beliau menggalakkan pedagang Jepun berdagang
ke seberang laut.

11
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Semasa pemerintahannya, Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan China


dan Korea. Beliau mengawal kegiatan perdagangan dengan negara-negara asing
dengan mengawal segala aktiviti perdagangan di pelabuhan Nagasaki mulai tahun
1587. Ekoran itu, pedagang Jepun di Nagasaki, Sakai dan Hakata menghantar ekspedisi
ke Asia Tenggara.
 Shogun Tokugawa memberi galakan kepada rakyat untuk libatkan diri dalam
perdagangan maritim. Semasa pemerintahan Tokugawa Ieyasu, dasar perdagangan
Shuinsen diperkenalkan. Berdasarkan dasar ini kapal dagang yang menjalankan aktiviti
perdagangan dengan negara asing dikehendaki memiliki mohor merah.
 Ini menyebabkan ramai golongan bangsawan melibatkan diri dalam perdagangan
maritim.Abad ke-17, banyak kapal dagang Shuinsen terlibat dalam perdagangan
dengan Vietnam. Ini menjadi asas kemunculan masyarakat maritim
PENUTUP  Secara keseluruhannya, kemunculan masyarakat maritim di Jepun berkait rapat
dengan perdagangan. Dari segi pengaruh luar, kedudukan geografi, pelabuhan,
teknologi pelayaran atau pemerintah adalah berasaskan perdagangan.
 Malahan, pada zaman pemerintahan Tokugawa Ieyasu, dasar perdagangan
diperkenalkan. Pelbagai dasar diperkenalkan bagi mengukuhkan perdagangan
masyarakat maritim di Jepun dan menjadi faktor-faktor kemunculannya.

SOALAN 7 HURAIKAN SUMBANGAN MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN


PENGENALAN  Masyarakat Maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut
seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan, dan
penjelajahan. Masyarakatnya tinggal di pesisir pantai, lembah sungai, kawasan
kepulauan, pelabuhan atau bandar pelabuhan yang terletak di muara sungai.
Pelabuhan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat menyimpan barang,
tempat penginapan, bekalan air, dan pusat berjual beli.
 Masyarakat maritim di Jepun terdiri daripada golongan pedagang, nelayan, nakhoda,
anak kapal, dan peneroka. Perkembangan ini didorong oleh kemunculan kerajaan
maritim di Eropah pada abad ke-17. Antara kuasa maritim yang unggul pada abad
tersebut ialah Portugal, Belanda, dan Inggeris. Di Asia pula, kemunculan Jepun sebagai
sebuah kerajaan maritim talah dikesan lebih awal, iaitu sejak abad ke-4 Masihi lagi.
SUMBANGAN 1 PENGGUNAAN MATAWANG
HURAIAN  Masyarakat Maritim di Jepun menjalankan aktiviti perdagangan yang melibatkan
penggunaan mata wang. Menjelang abad ke-15, kerajaan Jepun mengimport mata
wang tembaga bagi memastikan bekalan mencukupi. kehadiran pedagang asing dari
Portugal, Belanda, Sepanyol dan British telah menyebabkan penggunaan mata wang
perak meningkat kerana digunakan dalam urusniaga.
 Shogun Tokugawa mendirikan kilang pembuatan mata wang di Nagasaki untuk
menghasilkan mata wang. Pada zaman Sengoku Jidai, syiling tembaga digunakan secara
meluas dalam urus niaga. Penggunaan mata wang meyebabakan muncul pasar dan
bandar-bandar baharu di Jepun.
SUMBAGAN 2 PERDAGANGAN LUAR NEGERI
HURAIAN  Hubungan perdagangan antara Jepun dengan dunia luar berkembang pesat sejak
Zaman Ashikaga. Jepun turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan China dan
Korea sejak abad ke-3.Hubungan ini berterusan hingga abad ke-16 dan 17.
 Menjelang abad ke-16, Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa barat.
Orang Portugal mendarat di Pelabuhan Kyushu pada tahun 1542. Menjelang tahun
1550,banyak kapal dagang Portugal berlabuh di pelabuhan Kyushu.
 Pada zaman Tokugawa, langkah-langkah diambil untuk memecahkan monopoli
perdagangan Portugal dengan menggalakkan hubungan perdagangan dengan kuasa
Barat seperti Sepanyol, Belanda dan British.
SUMBANGAN 3 PERSATUAN PEDAGANG
HURAIAN  Perkembangan pesat dalam perdagangan telah meyebabkan muncul Persatuan Dagang
di Jepun. Pedagang-pedagang menubuhkan Persatuan Dagang (guild) di pekan dan

12
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

bandar-bandar besar. Sebagai contoh, orang Belanda menubuhkan Persatuan


Perdagangan di Kyushu pada tahun 1609.
 Selain persatuan dagang, Persatuan Kewangan yang dikenali sebagai Mujinko juga
ditubuhkan. Selain itu, pusat pertukaran wang juga ditubuhkan di bandar-bandar besar
di Jepun.
SUMBANGAN 4 PERKEMBANGAN SEKTOR PERLOMBONGAN
HURAIAN  Perkembangan aktiviti perdagangan merangsang pertumbuhan kegiatan
perlombongan di Jepun. Penggunaan mata wang dalam urus niaga menggalakkan
kegiatan perlombongan di Jepun.
 Perkembangan ini menyebabkan pengeluaran emas,perak,dan tembaga meningkat.

SUMBANGAN 5 PENGKHUSUSAN KERJA


HURAIAN  Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan berlaku pengkhususan
kerja.Penduduk Jepun melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti
pertukangan,perlombongan dan perdagangan. Perkembangan ini menyebabkan
muncul golongan pedagang dan golongan artisan .
 Golongan artisan menghasilkan tembikar dan porselin yang menarik dengan
menggunakan teknologi dari Korea. Selain itu,orang Jepun juga melibatkan diri dalam
industri tekstil dan menghasilkan kain sutera yang bermutu tinggi.

SUMBANGAN 6 KEMUNCULAN KELAS PEDAGANG


HURAIAN   Perkembangan pesat dalam sektor perdagangan menyebabkan muncul golongan
pedagang di Jepun. Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan
pedagang-pedagang menikmati kehidupan yang mewah.
 Menjelang abad ke-17,golongan pedagang menubuhkan syarikat bagi mengendalikan
urusan perniagaan. Pedagang-pedagang Jepun menubuhkan persatuan pedagang di
bandar bagi mempertahankan hak dan kebajikan mereka.
SUMBANGAN 7 PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN
HURAIAN  Menjelang abad ke-16,sektor perindustrian mengalami perkembangan pesat. Antara
industri yang berkembang pesat di Jepun ialah industri tekstil,tembikar,industri kertas
dan barangan logam.
 Menjelang abad ke-17,industri tembikar dan porselin  merupakan industri penting di
Jepun.Begitu juga industri tekstil tekstil.Sebagai contoh,industri kain kapas
berkembang di Kinai manakala industri sutera berkembang di Fukushima.
SUMBANGAN 8 PETEMPATAN KOMUNITI JEPUN
HURAIAN    Perkembangan pesat dalam kegiatan perdagangan,menyebabkan ramai pedagang
Jepun tinggal menetap di Negara asing. Ini menyebabkan muncul petempatan
masyarakat Jepun di Taiwan, Macao, Maluku, Filipina, Borneo, Siam dan semenanjung
Tanah Melayu.
 Rekod sejarah menunjukkan terdapat ramai orang Jepun yang meneetap di pelabuhan
Hoi An (Vietnam) pada abad ke-17. Bagi menangani kehadiran ramai pedagang
Jepun,pihak berkuasa pelabuhan Hoi An menubuhkan satu petempatan yang dikenali
sebagai Nihomachi.
SUMBANGAN 9 KEMUNCULAN BANDAR
HURAIAN  Perkembangan pesat dalam aktiviti perdagangan menyebabkan muncul bandar baharu
di Jepun. Antara bandar-bandar baharu yang muncul di Jepun ialah Kyoto, Seto, Edo
dan Osaka.
 Osaka merupakan pelabuhan bebas yang ditadbir oleh komuniti pedagang tempatan.
Bandar-bandar ini muncul sebagai pusat perdagangan dan perindustrian di Jepun.
SUMBANGAN 10 PELAYARAN
HURAIAN  Masyarakat maritim di Jepun mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang
pelayaran ,berkemahiran dalam ilmu astronomi,kartografi dan nautika serta
mempunyai pengetahuan dalam pembinaan kapal layar. Mereka menerima
pengetahuan dalam bidang perkapalan daripada pedagang barat seperti Portugal,S
epanyol, British dan Belanda.
 Pengetahuan yang tinggi dalam bidang pelayaran menyebabkan mereka melancarkan
ekspedisi ke seberang laut. Menjelang abad ke-16, padagang-pedagang Jepun terlibat
dalam kegiatan perdagangan di Asia Tenggara.

13
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

SUMBANGAN 11 PERKAPALAN
HURAIAN  Masyarakat Maritim Jepun mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pembinaan kapal
layar untuk digunakan dalam aktiviti perdagangan jarak jauh. Meraka mempunyai
kepakaran membina kapal yang dilengkapi dengan senjata yang dikenali sebagai
Shuinsen. Kapal jenis Higaki dihantar ke Genna oleh seorang pedagang dari Sakai pada
tahun 1619.Kapal jenis ini digunakan untuk mengangkut barang dagangan seperti
kapas,minyak,sake,dan lain-lain ke Edo.
 Kapal jenis Taru digunakan oleh pedagang dari Settsu untuk menghantar barang
dagangan terus ke Edo.Kapal jenis ini digunakan untuk mengangkut tong-tong yang
mengandungi sake dan barangan lain selain sebagai alat pengangkutan utama sejak
zaman kambun(1661-1672). Pada awal abad ke-17,lebih 124 buah kapal dagang Jepun
mengunjungi pelabuhan di Vietnam.
SUMBANGAN 12 PENYEBARAN AGAMA KRISTIAN
HURAIAN  Paderi-paderi kristian daripada mahzab seperti Jesuit ,Franciscan dan Dominican
menyebarkan agama Kristian di Jepun. Pada tahun 1582,terdapat 150 000 orang
kristian dan lebih daripada 200 buah gereja di Jepun. Penganut agama kristian dalam
kalangan orang Jepun terdiri daripada petani dan golongan bangsawan.
SUMBANGAN 13 PENGARUH BAHASA ASING
HURAIAN  Perkataan asing mula digunakan secara meluas dalam perbendaharaan kata Jepun.
Umpamanya perkataan Portugis,iaitu pao (roti) dan bosan (butang). Perkataan
Sepanyol yang diterima dalam perbendaharaan kata Jepun adalah jabon (sabun).
Perkataan Belanda yang diterima dalm bahasa Jepun ialah doek (itik).
KESIMPULAN  Dengan sumbangan masyarakat maritim dari segi perdagangan telah membantu
masyarakatJepun berkembang dengan pesat.
 Hal ini dapat di lihat dari kemunulan pedagang-pegang dari luar Negara.

SOALAN 8 HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN PADA ABAD KE-18M


PENGENALAN  Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan
selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada
penggunaan tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia.
 Revolusi perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di Eropah iaitu selepas
Revolusi Perindustrian di England. Revolusi di Jerman bermula pada tahun 1860
hingga 1914.
 Antara ciri-ciri masyarakat industri di Jerman ialah masyarakat pertanian, masyarakat
industri, kemajuan sistem pengangkutan, perluasan perdagangan antarabangsa dan
kemajuan sistem kewangan.
CIRI 1 KEMAJUAN TEKNIK PENYELDIKAN
HURAIAN  Jerman menghasilkan perbagai ciptaan baru yang membantu kelahiran industri
berskala besar. Syarikat kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-
makmal penyelidikan yang lengkap dengan ahli-ahli kimia dan fizik terlatih daripada
universiiti.
 Beberapa perbadanan Jerman telah member sumbangan besar mencipta teknik baru
dengan menjalinkan teknik penyelidikan saintifik dengan amalan kerja biasa di kilang.
Menjelang akhir abad 19, industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin dunia.
CIRI 2 KEMAJUAN KEWANGAN
HURAIAN  Kerajaan Jerman mengawal pasaran bebas. Perkembangan sistem perbankan di
Jerman  menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman.
 1840an, Bank of Prusia  berfungsi sebagai joint stock dalam pengeluaran kredit dan
menyediakan pelaburan kapital. Bantuan modal mempercepatkan perkembangan
industri  di Jerman pada tahun 1870an.  Hal ini menggalakkan pertumbuhan industri
perlombongan arang batu, keluli, kapas dan kain bulu serta kemajuan sistem
pengangkutan darat dan laut.
 Pada tahun 1840-an, Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai
joint stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.
 Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu penggabungan empat buah
bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto of Stuttgard (1851), Deutsche

14
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

Bank (1870) dan Dresdender Bank (1872).


 Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-18,
menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas
dan kain bulu, serta sistem pengangkutan darat dan laut.
 Jerman menyelaraskan tariff dan cukai kereta api tertentu bagi tujuan pertahanan.

CIRI 3 MASYARAKAT PERTANIAN


HURAIAN  Perkembangan revolusi perindustrian membawa perkembangan sektor pertanian.
Kemajuan teknologi pada abad ke-18 dan ke-19 menyebabkan meningkatnya
mekanisme dalam kegiatan pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian
apabila terciptanya mesin.
 Pengkajian saintifik tentang tanah misalnya, Humpray Davy telah menerbitkan buku
mengenai ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan.
 Mengadakan ujikaji untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk
tanaman, contohnya tahun 1846 Justus Von Leibig telah menemui formula baru untuk
menghasilkan baja tiruan dan baja kimia.
CIRI 4 MASYARAKAT PERINDUSTRIAN
HURAIAN  Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan besi di Saxony dan Silesia barat
Jerman
 Pengeluaran arang batu dan besi bertambah antara tahun 1860-1670.
 Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat
ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.
 Kemajuan industri kulit mengubah kehidupan mewah, pertambahan sistem komunikasi
dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sehat dan mementingkan pendidikan.
 Pembangunan industri tekstil di Jerman bertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan
Silesia.
 Bandar Berlin pula mengeluarkan mesin-mesin yang meningkatkan industri tekstil di
Jerman.
 Ciptaan baru berkembang di Jerman, misalnya inovasi yang dihasilkan oleh Siemens &
Martina menyebabkan pengeluaran keluli meningkat pada tahun 1886 daripada 0.9
juta tan kepada 13.6 juta tan. Firmanya juga terkenal dengan kejuruteraan elektrik.
 Pada peringkat awal syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis dalam
pembangunan perusahaan kimia. Membina makmal penyelidikan perindustrian yang
dilengkapi dengan ahli kimia dan fizik yang terlatih di universiti, tempat penyiasatan
serta ujikaji.
 Jerman telah menyeragamkan ciptaan teknik dan kesannya, Jerman memimpin dunia
dalam industri kimia dan elektrik.
CIRI 5 PERTAMBAHAN PENDUDUK DI JERMAN
HURAIAN  Perkembangan dalam bidang perindustrian telah membawa kepada perpindahan
penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar.
 Hal ini telah membawa pertambahan penduduk dalam kawasan bandar dan telah
mewujudkan masyarakat yang berorientasikan industri di bandar. Misalnya di kawasan
Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin.
 Bilangan penduduk yang semakin ramai telah membawa pertambahan dalam peluang
pekerjaan di kawasan industri. Buktinya, bilangan pekerja dalam industri telah
meningkat daripada 120 000 orang antara tahun 1863 hingga tahun 1865 kepada 570
000 orang ada tahun 1906.
CIRI 6 PERLUASAN EMPAYAR JERMAN 1884
HURAIAN  Pada tahun 1870 berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman yang
menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam
memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah.
Perindustrian di Jerman berkembang 243.8% dari tahun 1887 hingga tahun 1912.
 Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman berjaya mengambil
bahagian barat daya Afrika, Togoland dan Cameron dan seterusnya Jerman menguasai
Tanganyika dan Afrika Timur.
 Perluasan empayar dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha
mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik. Misalnya penguasaan sebahagian New
Guinea dan pembelian kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun1884.
 Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi

15
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

mendapatkan arang batu dan membina pengkalan tentera laut di pinggir laut China.
CIRI 7 KEMAJUAN SISTEM PERHUBUNGAN
HURAIAN  Pembinaan jalan keretapi  dibina dengan pesat pada tahun 1870 hasil pembangunan
industri  besi dan keluli. Firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama
keretapi di Jerman. Kerajaan juga menyediakan  kadar perkhidmatan kereta api yang
murah untuk menghantar besi Jerman ke negara-negara Eropah lain.
 Kemajuan ini membolehkan Jerman mula mengeksport besi dan keluli ke lain-lain
Negara Eropah. Pada 1913, eksport besi dan keluli Jerman  bernilai 100 juta pound
sterling.

CIRI 8 PERTAMBAHAN DALAM EKSPORT


HURAIAN  Perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan
dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan
mendapatkan sumber bahan mentah.
 Perindustrian di Jerman telah berkembang  kepada 243.8 peratus dari tahun 1887 -
1912.
CIRI 9 DASAR KERAJAAN JERMAN
HURAIAN  Pada 1879, Jerman menamatkan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan dasar
melindungi industri. Hal ini membantu dalam menambahkan hasil pengeluaran
Jerman antara tahun 187-1910.
 Bismarck telah memperkenalkan Undang-Undang Insuran Sosial pada 1883 bagi
memastikan para pekerja mendapat perlindungan.
 Pada tahun 1884, Reichstag (Parlimen Jerman) meluluskan Undang-undang Insurans
Kemalangan. Memanipulasi pengeluaran akhbar di Jerman sebagai langkah untuk
mengawal pemikiran rakyatnya.
 Menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal yang menghasilkan ramai tenaga mahir
dan diiktiraf oleh negara lain.
 Undang-undang Insuran Sosial dikuatkuasakan pada tahun 1883 untuk menjaga
kebajikan pekerja jika ditimpa kemalangan semasa bertugas.
 Banyak pusat kesihatan didirikan di daerah dan kos pembiayaan ditanggung oleh   satu
pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada pekerja.

PENUTUP  Perkembangan industri di Jerman membawa kepada perkembangan masyarakat


industri.
 Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.

SOALAN 9 BINCANGKAN SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI JERMAN.


PENGENALAN  Masyarakat Industri di Jerman muncul apabila berlakunya revolusi Perindustrian di
Jerman. Revolusi industri di Jerman berlaku di tahap kedua di Eropah. Ciri utama
Revolusi Perindustrian tahap kedua ialah kapital kewangan mengatasi kapital
industri melibatkan pelaburan bank dan syarikat insurans; pengumpulan
modal yang besar; pengasingan pemilikan daripada pengurusan; dan
perkembangan syarikat holdings.
 Teknologi yang digunakan dalam tahap kedua terdiri daripada pelbagai bahan,
sumber, dan bentuk. Pada tahap ini, muncul industri baharu seperti elektrik, kimia,
petroleum, dan logam ringan.
 Menjelang abad ke-19, ahli kimia dan metalurgi Jerman mencipta teknologi baharu
untuk menghasilkan barangan daripada arang batu dan besi. Terdapat banyak faktor
yang membawa kepada perkembangan industri dan revolusi perindustrian yang
berlaku ini telah memberi kesan terhadap ekonomi serta sosial di Jerman.

FAKTA 1 PENYATUAN JERMAN 1871


HURAIAN  Penyatuan Jerman pada tahun 1871 oleh Otto von Bismark telah meletakkan asas
yang kukuh bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan,
Jerman muncul sebagai sebuah negara perindustrian yang unggul di Eropah.
 Penyatuan Jerman ini telah membawa kepada kemajuan sistem pengangkutan dan
perhubungan, kemajuan dalam ekonomi dan kestabilan politik. Keadaan ini telah

16
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas tahun 1878,


kerajaan mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada sektor perindustrian.

FAKTA 2 KEMAJUAN DALAM BIDANG PERTANIAN


HURAIAN  Kemajuan dalam bidang pertanian meletakkan asas bagi pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan Jerman, sektor pertanian mula mengalami
kemajuan dan berkembang dengan pesat melalui penerbitan karya mengenai teknologi
pertanian seperti  Introduction to the Knowledge of English Agriculture-Principles of
Rational Agriculture pada tahun 1789 oleh Albrecht Thaer.

 Justus von Liebig menjalankan kajian tentang penggunaan kimia bagi meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian. Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik telah
menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.

 Kerajaan turut memberi sumbangan dalam memajukan bidang pertanian melalui


penubuhan sekolah pertanian dan universiti. Institusi ini telah menjalankan kajian
dalam bidang pertanian dan menawarkan mata pelajaran yang berkaitan dengan
bidang pertanian.

 Sebelum Perang Dunia Pertama, terdapat Iebih kurang 2000 buah sekolah pertanian di
seluruh Jerman. Antara tahun 1905 hingga 1912, Jerman mendahului negara-negara
lain dalam pengeluaran hasil pertanian.
FAKTA 3 KEMAJUAN DALAM BIDANG PENYELIDIKAN
HURAIAN  Kemajuan dalam bidang penyelidikan merangsang pertumbuhan sektor perindustrian
di Jerman. Banyak makmal penyelidikan telah dibina oleh syarikat kimia dan elektrik di
Jerman bagi membolehkan ahli-ahli kimia dan fizik menjalankan kajian dan
penyelidikan.

 Penyelidikan ini telah menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan
inovasi baharu. Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman muncul sebagai
pemimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik pada akhir abad ke-19.

FAKTA 4 PENUBUHAN KOPERASI


HURAIAN  Koperasi memainkan peranan dalam perkembangan sektor perindustrian di Jerman
dengan memberikan bantuan kewangan kepada penduduk untuk melibatkan diri dalam
perindustrian.

 Kesatuan kredit juga ditubuhkan di seluruh Jerman bagi merangsang pertumbuhan


sektor perindustrian dan memberi bantuan kewangan kepada penduduk bandar
seperti Kesatuan Kredit Schulze Delitzsch. Menjelang tahun 1911, terdapat lebih
kurang 25 000 buah kesatuan kredit di seluruh Jerman.

 Institusi koperasi dan kesatuan kredit memainkan peranan dalam pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman.

FAKTA 5 PENGHAPUSAN SISTEM GUILD


HURAIAN  Penghapusan sistem guild juga menjadi salah satu faktor yang mendorong
perkembangan industri di Jerman.
 Sebelum penyatuan Jerman, seseorang yang ingin terlibat dalam bidang perindustrian
perlu mempunyai pengalaman dalam guild selama beberapa tahun.
 Ia merupakan syarat wajib. Sistem ini menjadi penghalang kepada perkembangan
sektor perindustrian di Jerman.

 Pada tahun 1811, kerajaan bertindak menghapuskan monopoli dan keistimewaan guild
melalui Peraturan 1811. Penghapusan ini telah asas bagi pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman.

FAKTA 6 PENGHIJRAHAN PENDUDUK KE BANDAR

17
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

HURAIAN  Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar membantu perkembangan
sektor perindustrian di Jerman. Sebelum penyatuan Jerman, tiga perempat daripada
penduduk Jerman tinggal menetap di luar bandar.

 Pada tahun 1871, terdapat 8 buah bandar di Jerman dengan bilangan penduduk
seramai 100 ribu orang. Selepas penyatuan Jerman, proses pembandaran berkembang
dengan pesat dan membawa kemunculan bandar baharu di seluruh negara seperti di
kawasan Ruhr, Saxony, Silesia, dan Berlin.

 Pertumbuhan bandar baharu dan peningkatan penduduk menyebabkan industri


berkembang pesat di Jerman.

FAKTA 7 KEKAYAAN SUMBER BAHAN MENTAH


HURAIAN  Perkembangan sektor perindustrian di Jerman juga disebabkan oleh kekayaan sumber
bahan mentahnya seperti arang batu, bijih besi dan bijih timah.

 Kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi yang terkenal di Jerman ialah
Lembah Ruhr, Lorainne dan Silesia. Sumber galian ini merupakan sumber utama
dalam menggerakkan sektor perindustrian di Jerman. Pada tahun 1875, Jerman
mengeluarkan 25 juta tan arang batu dan telah meningkat kepada 287 juta tan pada
tahun 1913.

 Pada tahun 1872, Jerman telah mengeksport bekalan bijih besi bernilai 1.92 juta tan ke
negara Eropah. Menjelang tahun 1910, berlaku peningkatan dalam pengeluaran bijih
besi sehingga mencecah 14.7 juta tan.

 Di samping itu, bahan kimia seperti garam kalium ditemui dalam kuantiti yang besar di
Jerman. Menjelang tahun 1871, Jerman menghasilkan 375 000 tan garam kalium dan
meningkat kepada 3.5 juta tan pada tahun 1901.

 Antara tahun 1863 hingga 1865, seramai 120 000 orang bekerja dalam industri
perlombongan di Jerman dan terus meningkat kepada 570 000 orang pada tahun 1906.

PENUTUP  Perkembangan masyarakat industri di Jerman dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan
Jerman menyebabkan Jerman mempertingkatkan kemajuan dalam pelbagai bidang.

S0ALAN 10 BINCANGKAN KESAN-KESAN BERLAKUNYA REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI JERMAN


PENGENALAN  Revolusi Perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman. Ciri utama Revolusi
Perindustrian tahap kedua ialah kapital kewangan mengatasi kapital industri. Antara
teknologi yang digunakan dalam tahap kedua ialah berasaskan pelbagai bahan, sumber
dan bentuk.
 Muncul industri baharu seperti elektrik, kimia dan petroleum di zaman ini. Menjelang
abad ke-19, ahli kimia dan metalurgi Jerman mencipta teknologi baharu untuk
menghasilkan barangan daripada arang dan besi.
KESAN EKONOMI
KESAN 1 KEMAJUAN TEKNOLOGI
HURAIAN  Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam bidang teknologi.
Antara perubahan yang berlaku dalam teknologi adalah seperti berikut:  Tenaga
elektrik digunakan untuk membekalkan cahaya dan mengendalikan jentera, petroleum
menggantikan arang batu untuk mengendalikan enjin manakala keluli menggantikan
besi sebagai galian utama.
 Selain daripada itu, kemajuan dalam teknologi menyebabkan berlaku perubahan dalam
kaedah penciptaan. Kilang membina makmal penyelidikan dan menggunakan peralatan
mahal untuk menghasilkan ciptaan baharu. Saintis yang terlatih dan berpengalaman
direkrut untuk menghasilkan barangan baharu.
 Sebagai contoh, ciptaan yang dihasilkan oleh Siemens dan Martin menyebabkan

18
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

pengeluaran keluli meningkat. Ciptaan yang dihasilkan oleh Siemens menyebabkan


syarikatnya terkenal dalam bidang kejuruteraan elektrik.
 Menjelang tahun 1913, Jerman muncul sebagai negara pertama menghasilkan barangan
elektrik di dunia. Di samping itu, kajian tentang permintaan pasaran dijalankan bagi
menghasilkan produk yang sesuai dengan kehendak pasaran.
KESAN 2 KEMAJUAN PENYELIDIKAN
HURAIAN  Revolusi Perindustrian menyebabkan penyelidikan dijalankan dengan giat untuk
memajukan bidang perindustrian. Hasil daripada penyelidikan ini, pelbagai jenis bahan
kimia dihasilkan seperti ubat-ubatan dan bahan letupan.
 Di samping itu, bahan kimia untuk menyuburkan tanah dan membunuh serangga
perosak juga dihasilkan.
KESAN 3 PENGELUARAN BESAR-BESARAN
HURAIAN  Revolusi Perindustrian menyebabkan pengeluaran secara besar-besaran berlaku.
Antara barangan yang dihasilkan dalam skala besar ialah jam tangan, mesin basuh,
basikal dan kereta.
 Pengeluaran secara besar-besaran menyebabkan berlaku peningkatan dalam gaji
pekerja. Peningkatan gaji membolehkan mereka mempunyai kemampuan membeli
barangan yang dihasilkan secara besar-besaran.
KESAN 4 EMPERIALISME BAHARU
HURAIAN  Revolusi perindustrian menyebabkan muncul persaingan dalam kalangan negara
industri untuk menguasai pasaran dan bahan mentah. Persaingan ini menyebabkan
negara industri melakukan penjajahan bagi mengukuhkan pengaruh di Asia dan Afrika.
 Perkembangan ini menyebabkan lahir satu fenomena yang dikenali sebagai
imperialisme baharu. Imperialisme baharu menyebabkan negara industri bersaing
untuk menguasai Afrika dan mendapatkan konsesi di China.
 Negara-negara industri menggunakan teknologi untuk menghasilkan senjata untuk
menguasai negara lain. Menjelang abad ke-19, Jerman muncul sebagai sebuah negara
industri yang agresif dengan memulakan Perang Dunia Kedua.
KESAN 5 PENINGKATAN PERANAN KERAJAAN
HURAIAN  Perkembangan dalam bidang perindustrian menyebabkan sektor ini memerlukan
sokongan kerajaan. Kerajaan mengenakan cukai yang tinggi bagi barangan import.
Tujuannya supaya barangan tersebut tidak bersaing dengan barangan tempatan.
 Kerajaan menggubal undang-undang untuk mengawal perniagaan dan buruh, 
Menyediakan pendidikan untuk melahirkan lebih ramai golongan professional dan
Pasaran baharu dibuka bagi menjamin pembekalan bahan mentah dan bahan api.
KESAN 6 PELUASAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA
HURAIAN  Bismark mendapat tekanan daripada Liga Koloni Jerman, iaitu sebuah pertubuhan
yang terdiri daripada sebuah pertubuhan yang terdiri daripada ahli perniagaan dan
penjelajah Jerman. Pertubuhan tersebut menekan Bismark supaya meluaskan tanah
jajahan Jerman untuk mendapatkan sumber dan meluaskan perdagangan
antarabangsa Jerman.
 Desakan perluasan jajahan menyebabkan Jerman memeteraikan perjanjian dalam
Persidangan Koloni Berlin pada tahun 1884. Pada tahun 1884, Jerman telah berjaya
mengambil alih bahagian barat daya Afrika, Togolang, dan Cameron serta menguasai
Tanganyika dan Afrika Timur.
 Jerman memluaskan perdagangan dan kegiatan mendapatkan tanah jajahan di
kawasan Pasifik dengan menguasai sebahagian New Guinea dan pembelian
Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884.
 Pada tahun 1897, Jerman telah meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi
mendapatkan arang batu dan mewujudkan pangkalan tentera laut di pinggir laut
China

KESAN 7 KEMAJUAN SISTEM KEWANGAN


HURAIAN  Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan
perdagangan dan perniagaan di Jerman. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D
Bank, iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman.
 Tugas D Bank ialah menguruskan kewangan serta menggalakkan penggabungan 
perniagaan di Jerman. D Bank turut menggalakkan hubungan Jerman dengan Negara-

19
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

negara luar serta aktif di Timur Jauh,  Amerika Latin, Eropah Selatan dan Timur
Tengah.
 Perkembangan dalam sistem perbankan telah membawa kepada kemunculan kelas
pengusaha industri baharu di Jerman pada abad ke-18 kerana mereka mendapat
bantuan modal bank.
 Bantuan  modal yang dikeluarkan oleh bank-bank Jerman telah mempercepatkan
perkembangan perindustrian di Jerman pada tahun 1870. Seterusnya, penubuhan
kartel di Jerman telah banyak membantu perkembangan perindustrian. Matlamat
penubuhan kartel adalah untuk menguasai

KESAN SOSIAL
KESAN 8 DASAR KERAJAAN JERMAN
HURAIAN  Sekolah pertukangan dan teknikal Jerman diiktiraf sebagai pengeluar tenaga mahir
oleh negara-negara lain. Bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan,
Bismarck telah memperkenalkan Undang-Undang Insurans Sosial yang
dikuatkuasakan pada tahun 1883.  Fungsinya ialah menjaga kebajikan pekerja semasa
ditimpa kemalangan sewaktu bertugas. Merupakan insurans kesihatan. Memberi
jaminan terhadap keadaan tidak boleh bekerja akibat kemalangan yang membawa
kecacatan dan jaminan hari tua. Pada tahun 1884, parlimen (Reichstag) meluluskan
undang-undang insurans kemalangan. Pembayaran bagi rawatan perubatan.
 Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk meningkatkan
perkembangan perindustrian dan ekonomi Jerman. Mengawal pengurusan
perkilangan, firma, kartel, dan bank-bank Jerman. Jerman juga terkenal dalam bidang
ketenteraan.

KESAN 9 KEMELESETAN EKONOMI


HURAIAN  Pengeluaran barangan melebihi permintaan menyebabkan kilang-kilang menghentikan
pengeluaran. Tambahan pula, kilang-kilang perindustrian juga mengambil langkah
untuk mengurangkan pekerja.
 Perkembangan ini menyebabkan berlaku kemelesetan ekonomi dan pekerja-pekerja
mengalami kesukaran hidup.
KESAN 10 KEBAJIKAN PEKERJA
HURAIAN  Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk menjaga kebajikan golongan pekerja.
Sebagai contoh, Bismarck telah memperkenalkan Undang-undang Insurans Sosial pada
tahun 1883. Undang-undang ini bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja apabila
mereka ditimpa kemalangan sewaktu bekerja.
 Pada tahun 1884, Undang-undang Insurans Kemalangan telah diluluskan oleh Parlimen
Jerman. Undang-undang ini membolehkan pekerja mendapat rawatan perubatan yang
ditanggung oleh majikan. Selain itu, pencen diberikan kepada pekerja industri yang
dihentikan kerja akibat penyakit.
KESAN 11 KEMAJUAN SISTEM PENGANGKUTAN
HURAIAN  Penggantian bahan dari besi kepada keluli telah menyebabkan perkembangan pesat
dalam sektor pengangkutan khususnya pembinaan jalan kereta api.
 Jalan kereta api dibina dengan pesat pada tahun 1870 dan firma Jerman di Borsig
telah menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman.

PENUTUP  Revolusi perindustrian di Jerman telah meninggalkan dua jenis kesan terhadap negara
tersebut. Kesan dari segi ekonomi dan sosial. Antara kesan ekonomi yang dapat dilihat
ialah pengeluaran besar-besaran, kemajuan penyelidikan serta lahirnya kuasa
imperialisme baharu.  Dari segi sosial pula, kesan yang dapat dilihat ialah kemelesetan
ekonomi akibat pengeluaran yang berlebihan serta kebajikan pekerja yang dijaga oleh
kerajaan Jerman.
 Kesan yang berlaku di Jerman membawa perubahan perkembangan di Jerman dari
semua aspek. Revolusi perindustrian di Jerman telah menjadikan Jerman sebuah
kerajaan yang maju.

SOALAN 11 HURAIKAN KESAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN KE ATAS DASAR YANG DILAKSANAKAN

20
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

OLEH KERAJAAN JERMAN


PENGENALAN  Perkembangan industri di Jerman membawa kepada kemajuan pengeluaran tenaga
mahir. Sekolah pertukangan dan teknikal Jerman diiktiraf sebagai pengeluar tenaga
mahir oleh negara lain.
 Terdapat beberapa kesan revolusi ke atas dasar kerajaan Jerman.

KESAN 1 UNDANG-UNDANG INSURAN SOSIAL 1883


HURAIAN  Bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan, Bismarck telah
memperkenalkan undang-undang insurans pada tahun 1883. Fungsi undang-
undang insurans tersebut ialah menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa kemalangan
sewaktu bertugas.
 Merupakan insurans kesihatan. Memberi jaminan terhadap keadaan tidak boleh
bekerja akibat kemalangan yang membawa kecacatan dan jaminan hari tua. Banyak
pusat kesihatan didirikan  di daerah-daerah dan kos pembiayaan di tanggung satu
pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada kalangan pekerja.
KESAN 2 UNDANG-UNDANG INSURAN KEMALANGAN 1884
HURAIAN  Undang-undang Insurans Kemalangan pada tahun 1884, yang meliputi
pembayaran bagi rawatan perubatan. Pencen bagi pekerja industri yang berhenti
kerja akibat penyakit.
 Kos pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh majikan. Skim ini seterusnya
diperluaskan kepada pekerja dalam bidang pertanian. Pelbagai usaha dilakukan oleh
pemerintah Jerman untuk meningkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi
Jerman.
KESAN 3 MENGAWAL PENERBITAN AKHBAR
HURAIAN  Memanipulasi pengeluaran akhbar untuk mengawal pemikiran rakyatnya.
Membentangkan rang undang-undang anti-sosialis di Reighstag pada tahun 1878.
 Kerajaan boleh menyekat kebebasan berpolitik di daerah yang difikirkan ‘terancam’
serta menarik balik lesen penerbitan, pencetakan dan pengedaran.
KESAN 4 MENGAWAL KILANG, FIRMA DAN BANK
HURAIAN  Mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank
Jerman. Kesemuanya di kawal oleh pengurusan professional yang lebih kepada
dasar esprit de corps yang mengutamakan ganjaran dan penghormatan kenaikan
pangkat dalam masyarakat perdagangan daripada kepentingan individualistic dan
kewangan. Kakitangan awam mentadbir jalan kereta api, lombong, telegraf, dan
perkhidmatan telefon di Jerman.
KESAN5 KEKUATAN TENTERA
HURAIAN  Jerman juga terkenal dalam bidang ketenteraan. Jerman di kenali sebagai kilang
pengeluaran tentera dan senjata di Eropah.
 Kemenangan Prusia ke atas Austria pada tahun 1866 dan ke atas Perancis pada tahun
1870 hingga tahun 1871 menyebabkan semua negara Eropah tertumpu ke atas Prusia.
PENUTUP  Kegagalan  golongan liberal memanfaatkan kesepakatan  mereka dengan Bismarck
dalam kes tarif telah membawa perubahan besar dalam dasar ekonomi pasaran
bebas di Jerman. Bismarck  mengamalkan dasar ekonomi pasaran bebas walaupun
tidak di sukai oleh segolongan tuan tanah dan pengusaha industri.

 Jerman mengalami kekurangan bijirin dalam negara sendiri dan pemansuhan dasar
ekonomi bebas. Tahun 1879, Bismarck telah memperkenalkan Undang-undang Tarif.

TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

SOALAN 12 HURAIKAN PEMBAHARUAN YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH TSAR PETER


AGUNG (PETER THE GREAT) 1682-1725M
PENGENALAN  Nama sebenar Tsar Peter ialah Pyotr Alexeyevich Romanov iaitu anak yang ke-14
kepada Tsar Alexi dengan isteri keduanya iaitu Natalya Kirillovna Naryshkina.
Tsar Peter telah dilahirkan pada 9 Jun 1672M di Moscow dan telah meninggal
dunia pada 8 Feb 1725M di St. Petersburg ketika berumur 52 tahun akibat
masalah saluran pundi kencing.
 Tsar Peter Agung merupakan raja Rusia pada akhir abad ke-17M yang paling

21
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

terkenal dengan pembaharuannya yang luas untuk tujuan menjadikan Rusia


sebuah negara yang kuat.
 Pembaharuan yang dilakukan melibatkan bidang politik, sosial, ekonomi dan
keagamaan.
 Pembaharuan yang dijalankan adalah didorong oleh pengalamannya ketika
mengembara ke negara-negara Eropah Barat seperti Jerman, Belanda, Austria,
Britain dan Perancis. Tsar Peter ingin menjadikan negara Rusia maju setanding
dengan negara-negara Barat ini.

PEMBAHARUAN 1 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG POLITIK


1. Menyusun Semula Sistem Pentadbiran Rusia

 Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung, sistem pentadbiran Rusia disusun semula
dengan mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang cekap dan teratur.
 Baginda melakukan rombakan dalam institusi-institusi pentadbiran seperti
Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi iaitu digantikan dengan Majlis Senat pada
tahun 1711M. Majlis Senat dianggotai oleh sembilan orang ahli.
 Sebuah badan yang dikenali sebagai Colleges ditubuhkan untuk mengurangkan
beban tugas anggota Senat. Colleges akan diketuai oleh seorang presiden dengan
dibantu naib presiden dan beberapa ahli majlis.
 Colleges ini bertanggungjawab dalam hal ehwal luar negeri, perang, angkatan laut,
perbelanjaan, pendapatan, keadilan dan lain-lain.

2. Memindahkan Pusat Pemerintahan

 Pada tahun 1712M, Tsar Peter telah mewujudkan bandar St. Petersburg yang
berada di tepi Sungai Neva. Bagi mewujudkan pentadbiran yang cekap dan
sistematik serta mengukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah berkuasa
mutlak di Rusia, baginda telah memindahkan pusat pentadbirannya dari
Moscow ke St. Petersburg pada tahun 1721M.
 St. Petersburg telah menjadi pintu keluar masuk utama Rusia ke negara-negara
Eropah. Sistem pentadbiran yang cekap ini telah menyebabkan Tsar Peter Agung
berjaya meluaskan kuasa dan menewaskan Turki dan Sweden.

3. Memperkukuhkan Bidang Ketenteraan

 Tsar Peter telah memperkukuhkan dengan menyusun semula pasukan tentera


Rusia mengikut piawaian atau acuan barat bagi tujuan menghadapi ancaman
musuhnya.
 Oleh itu, baginda telah menambah peruntukan bidang ketenteraan pada abad ke-18
M dari 2.3 juta rouble (1701M) kepada 32 juta rouble (1710M).
 Baginda telah menggunakan sebahagian besar peruntukan negara untuk
memperkukuhkan ketenteraannya.

4. Dasar Peluasan Kuasa

 Tsar Peter Agung mengambil langkah-langkah untuk membina pasukan tentera


yang kuat menangkis serangan musuh, mematahkan pemberontakan dalam negeri,
dan meluaskan jajahan takluk Rusia.
 Pada tahun 1696 M, beliau melancarkan serangan kedua dan berjaya menguasai
kubu tersebut daripada orang Tartar. Selepas menguasai Azov, Tsar Peter Agung
melancarkan serangan terhadap Sweden. Tsar Peter Agung berjaya menewaskan
tentera Sweden dalam pertempuran di Poltova.
 Peperangan dengan Sweden ditamatkan melalui Perjanjian Nystadt yang dimeterai
pada tahun 1721M. Menerusi Perjanjian Nystadt, Tsar Peter Agung berjaya
menguasai Livonia, Estonia, Ingria, Karelia dan Sweden.
 Kejayaan Tsar Peter Agung menyebabkan Rusia muncul sebagai sebuah empayar

22
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

yang kuat di Eropah pada abad ke-18 M. Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung,
empayar Rusia telah mencapai zaman kegemilangan.
 Tsar Peter Agung meletakkan asas yang kukuh bagi Rusia mencapai kemajuan pada
abad-abad seterusnya.

PEMBAHARUAN 2 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG EKONOMI


5. Memajukan Sektor Perindustrian

 Untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negara dan meningkatkan


perbendaharaan negara, baginda telah membangunkan sektor perindustrian iaitu
memberi penekanan kepada sektor industri berat dan industri pembuatan.
 Sektor perindustrian diletakkan di bawah penyeliaan kerajaan pusat di mana
kerajaan pusat telah memberi pelbagai insentif dan subsidi untuk membangunkan
sektor perindustrian.
 Sektor pembuatan barangan seperti tekstil, kaca dan barangan kulit turut
dimajukan.
 Manakala industri berat seperti industri besi dan keluli juga telah dimajukan di
Ural. Kilang membuat senjata dan peralatan perang didirikan oleh kerajaan untuk 
menyediakan peralatan perang yang mencukupi.
 Penekanan yang diberikan oleh Tsar Peter Agung telah berjaya menarik pemodal-
pemodal asing untuk mendirikan kilang di Rusia dan hasilnya banyak kilang
didirikan di Rusia.
 Sebagai contoh, pada tahun 1682 terdapat 21 buah kilang  dan bertambah kepada
200 buah kilang pada tahun 1725M. Menjelang abad ke-18M, Rusia menjadi
pembekal besi utama untuk pasaran di Eropah.

6. Memantapkan Sistem Percukaian

 Tsar Peter Agung turut memperkenalkan pelbagai cukai baharu dan kaedah banci
untuk menambahkan perbendaharaan negara, membiayai peperangan dan
melancarkan kutipan cukai.
 Baginda memperkenalkan cukai tidak langsung bagi barangan keperluan harian
dan cukai kepala pada tahun 1718.
 Cukai kepala dibayar mengikut jumlah individu dalam sesebuah isi rumah dan
dibayar dalam bentuk wang tunai.
 Hasilnya, perbendaharaan negara meningkat dua kali ganda pada tahun 1724 M
berbanding tahun 1680 M.

PEMBAHARUAN 3 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG SOSIAL


7. Memajukan Bidang Pendidikan

 Tsar Peter Agung turut memberikan penekanan kepada kemajuan dalam bidang
pendidikan. Oleh itu, baginda telah mengeluarkan satu dekri yang mewajibkan
pendidikan awal terutama dalam bidang sains pada 28hb Februari 1714M.
 Baginda mewajibkan semua anak bangsawan, pegawai kerajaan, pegawai rendah
yang berumur 10–15 tahun belajar matematik dan geometri.
 Baginda juga menghantar ramai golongan muda ke Barat untuk menuntut ilmu
dan mempelajari kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.

 Selain itu, baginda juga telah menubuhkan lebih banyak sekolah di Rusia antaranya
sekolah The Navigator School, Naval Academy, Engineering Academy dan
Artillery Academy. Mata pelajaran yang diberikan penekanan ialah bidang
aritmatik, geometri, geografi dan pelayaran.
 Menjelang tahun 1722 M, terdapat 42 buah sekolah di Rusia dengan bilangan
pelajarnya mencecah 4000 orang. Baginda juga telah menubuhkan sebuah
universiti yang dikenali sebagai The Imperial Academy of Science untuk belajar
ilmu fizik, matematik dan sejarah.

8. Penerbitan Akhbar dan Pengubahsuaian Kalender

23
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Baginda juga memperkenalkan penerbitan surat khabar yang pertama di Rusia.


 Baginda juga mengubah sistem kalendar Rusia yang sebelum ini tahun baharu
disambut pada bulan September dengan memperkenalkan sistem kalender Julius
yang menyambut tahun baharu pada bulan Januari.
 Baginda turut menggalakkan penterjemahan bahan-bahan bacaan dari luar negara
ke dalam bahasa Rusia.

PEMBAHARUAN 4 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG AGAMA


9. Menyusun Semula Pentadbiran Gereja

 Dalam bidang keagamaan, Tsar Peter Agung mengambil langkah untuk menyusun
semula pentadbiran gereja bagi mengurangkan kuasa dan keistimewaan yang
dimiliki oleh gereja.
 Baginda bertindak meletakkan pentadbiran gereja di bawah bidang kuasanya.
Selepas kematian ketua Gereja Kristian Ortodoks pada tahun 1700M, baginda tidak
melantik penggantinya.
 Malah memperkenalkan badan yang dikenali sebagai Holy Synod untuk mengambil
alih peranan ketua Gereja Kristian Ortodoks. Badan ini dipengerusikan sendiri oleh
baginda dengan dibantu oleh biskop-biskop yang dilantik oleh kerajaan pusat
sebagai anggotanya. 

PENUTUP  Kejayaan Tsar Peter Agung meluaskan empayar dan kredibiliti serta
kepimpinannya yang sistematik telah membawa banyak perubahan yang baik
kepada Rusia. Pemimpin yang berwibawa ini telah membawa Rusia sebagai negara
yang berdaya saing dengan negara-negara di Eropah pada ketika itu.

SOALAN 13 HURAIKAN DASAR PEMERINTAHAN YANG DILAKUKAN OLEH TSAR NICHOLAS II PADA
TAHUN 1894-1917
PENGENALAN  Nama sebenar beliau ialah Nikolai Alexandrerich Demorau.
 Lahir pada 18 Mei 1868, di st Petersburg.
 Merupakan anak pertama kepada Tsar Eritch Alexander III.
 Dipanggil dengan nama Nicky, Nicholas The Short dan Bloody Nicholas.
 Meninggal 17 Julai 1918, Yekaterinburg Rusia
FAKTA 1 PEMBANGUNAN EKONOMI
HURAIAN  Nicholas melantik Sergei Witte sebagai menteri komunikasi dan pengangkutan.
 Pada tahun 1892-1903,Sergei menjawat jawatan menteri kewangan dan melakukan
banyak perubahan.
 Utamakan pembinaan landasan kereta api.
 Pada tahun 1894,Rusia menguasai kereta api di st Petersburg Moscow, st Petersburg
Warsaw dan st Petersburg Nizhniy Novgorod.
 Projek Rentas Siberia telah bermula pada tahun 1891 dan siap pada tahun 1905.
 Penduduk berhijrah untuk membuka petempatan baru di Siberia.
 Menarik pemodal asing dengan menstabilkan nilai semasa rouble dan menyekat
kegiatan spekulasi serta menambah simpanan emas dengan menaikkan jumlah eksport
hasil pertanian.
 Menguruskan pinjaman luar dan menawarkan kadar bunga yang tinggi kepada pelabur
Prancis, Britian dan Jerman.
FAKTA 2 PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
HURAIAN  Nicholas kurang peruntukan belanja dalam bidang pendidikan sebaliknya lebih kepada
ekonomi.
 Buktinya sebanyak 150 juta rouble di peruntukan dalam bidang pendidikan dari tahun
1890-1900, manakala 120 juta rouble di peruntukan setiap tahun bagi pembinaan
kereta api.
 Sergei Witte utamakan pendidikan teknikal demi memajukan ekonomi Rusia.
 Pada tahun 1894, 8 buah sekolah teknik meningkat kepada beratus-ratus di Klev,

24
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

Moscow dan St. Petersburg.


 Menyebabkan kadar celik huruf meningkat daripada 20% kepada 38%.
FAKTA 3 KEBANGKITAN GOLONGAN INTELEKTUAL
HURAIAN  Golongan westernizers mahukan pemerintahan Raja Berperlembagaan.
 Mereka menuntut hak asasi dihormati dan tradisi lama yang membelenggu di hapuskan.
 Penubuhan Universiti di Rusia melahirkan banyak graduan dan meningkatkan golongan
professional.
 Golongan ini cenderung kepada fahaman liberalism.
 Mereka melibatkan diri dalam penubuhan Union Of Liberation 1903.
FAKTA 4 KEBANGKITAN GERAKAN POLITIK
HURAIAN  Pada tahun 1898, Vladimir Llyich Lenin menubuhkan parti baru iaitu Parti Buruh
Demokrat di Switzerland.
 Selepas 2 minggu penubuhannya Lenin ditangkap.
 Selama berada di dalam penjara Lenin mendalami teori Karl Marx serta membaca hasil
penulisan Chernyshevsky dan Nechaev.
 Selepas di bebaskan, Lenin menyebarkan fahaman Marxisme melalui akhbar iskara.
FAKTA 5 KEBANGKITAN REVOLUSI 1905
HURAIAN  Peristiwa ahad berdarah berlaku semasa paderi Gapon membawa petisyen kepada
Nicholas II di Winter Palace yang di tandatangani oleh 15000 orang.
 Pada ketika itu Nicholas berada di luar st Petersburg, warga istana tidak dibenarkan
menerima petisyen itu bagi pihak istana.
 Dari perkumpulan yang aman menjadi pertempuran yang mengakibatkan seramai 130
orang terkorban dan 299 cedera.
 Rentetan daripada peristiwa itu masyarakat mula hilang kepercayaan kepada
pemimpin.
 Negara Amerika Syarikat dan Jerman juga mengecam tindakan tentera Nicholas yang
menggunakan kekerasan kepada masyarakat massa.
PENUTUP  Nicholas terdesak pertahankan kedudukannya.
 Masyarakat semakin berani memperjuangkan kehendak mereka agar kuasa Tsar di
hadkan.
 Akhirnya Sergei witte menasihati Nicholas untuk memilih pemerintahan secara dictator
atau monarki perlembagaan bagi menamatkan pemberontakan.
 Nicholas akur dengan tuntutan masyarakat dan mengistiharkan Manifesto 17 Oktober
1905

SOALAN 14 BINCANGKAN PERANAN PEMBESAR DI CHINA PADA ABAD KE 16 HINGGA 20M


PENGENALAN  Menurut Kamus Dewan pembesar bermakna orang yang berpangkat. Pada abad ke 16
hingga abad ke 20, negara-negara Asia termasuk China masih mengamalkan sistem
feudal iaitu sistem pemerintahan di tangan maharaja dan dibantu oleh pembesar-
pembesar.
 Berdasarkan sistem ini pembesar mempunyai kuasa yang terhad dan bergantung
kepada sokongan raja atau maharaja. Dalam masa yang sama pembesar mempunyai
tanggungjawab terhadap pengikutnya dan ini penting bagi melaksanakan tugasnya
terhadap raja.
 Di China, pembesarnya terdiri daripada pembesar peringkat pusat dan pembesar
peringkat wilayah. Kebanyakan golongan pembesar ini merupakan mereka yang lulus
Peperiksaan Perkhidmatan Awam dalam kurikulum Confucius yang merupakan falsafah
moral bagi masyarakat China klasik.
 Terdapat juga pembesar daripada kalangan golongan bangsawan atau tentera yang
dilantik oleh maharaja. Raja juga mempunyai badan yang memantau tindakan
pembesar bagi memastikan ketaatsetiaan pembesar.
FAKTA 1 KEDUDUKAN PEMBESAR

TAAKULAN  Maharaja menduduki lapisan teratas diikuti golongan bangsawan, golongan


terpelajar/sarjana, golongan petani, golongan pertukangan, saudagar/peniaga dan
golongan askar. Golongan bangsawan memiliki wilayahnya tersendiri yang ditauliahkan
oleh maharaja. Mereka ini berkuasa mentadbir wilayah masing-masing. Golongan

25
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

bangsawan di China adalah mereka yang lulus dalam Peperiksaan Awam. Peperiksaan
awam ini mempunyai empat tahap iaitu peperiksaan bandar, peperiksaan jajahan,
peperiksaan wilayah dan peperiksaan istana yang dijalankan di hadapan maharaja
sendiri. Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan ditempatkan di kementerian-
kementerian yang penting yang bertanggungjawab menggubal dasar kerajaan.

 Pembesar China dilantik oleh maharaja atas nasihat pegawai dari Kemeterian Adat.
Sistem peperiksaan awam menjadikan Confucius sebagai eleman utama dan orang Cina
yang ingin menjadi sarjana(mandarin) perlu bermula daripada peperiksaan tempatan,
jika lulus akan memasuki peringkat daerah dan wilayah dan seterusnya ke negeri.
Mereka yang lulus akan diserap menjadi pembesar China. Golongan ini jugalah yang
menganggotai Imperial Secretariat dan Imperial Cancelory. Kesemua dasar yang
digubal diperingkat pusat akan dilaksanakan diperingkat wilayah. Pelaksanaanya akan
dipertanggungjawabkan kepada pembesar bawahan di Jabatan Hal Ehwal Negara.
Terdapat pelbagai jenis jabatan yang dibentuk seperti Jabatan Awam, Jabatan
Hukuman, Jabatan Perkhidmatan, Jabatan Hasil dan Cukai, Jabatan Upacara serta Adat
Istiadat dan Jabatan Penapis.

 Golongan sarjana atau gentri merupakan pembesar tempatan yang membantu


pembesar-pembesar peringkat wilayah. Mereka ini sebenarnya golongan terpelajar
tetapi berkhidmat secara sukarela kepada pembesar wilayah yang dilantik oleh
maharaja. Golongan Gentri ini bertindak sebagai orang tengah antara pembesar
kerajaan dengan rakyat jelata di kawasan mereka sendiri. Terdapat juga pembesar yang
bukan golongan bangsawan. Mereka ini berpengaruh diperingkat wilayah kerana
memiliki angkatan tentera mereka sendiri. Golongan ini bertanggungjawab ke atas
wilayah mereka sendiri dan bersedia membantu dari segi ketenteraan kepada kerajaan
pusat pada bila-bila masa.

 Raja atau maharaja China membahagikan tiga fasa pentadbiran, iaitu pentadbiran
awam, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran tempatan di bawah badan pengawas
bagi melancarkan pemerintahannya dalam memastikan keamanan dan ketenteraman
negara

FAKTA 2 PERANAN DAN SISTEM PEMBESAR DI PERINGKAT PUSAT PENTADBIRAN


TAAKULAN  Maharaja China membahagikan pentadbiran kepada 3 fasa iaitu pentadbiran awam,
pentadbiran ketenteraan dan pentabiran tempatan yang diletakkan di bawah
pemantauan badan pengawas bagi melancarkan pemerintahannya dalam memastikan
keamanan dan ketenteraman negara. Di peringkat pusat maharaja memecahkan
pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi, iaitu Sekretariat Agung, Majlis
Tertinggi (Enam Badan Menteri), dan Censorate (Lembaga Penapis).

 Kementerian Perang mempunyai 4 jabatan yang bertanggungjawab terhadap


pelantikan pegawai, pengawasan operasi, peralatan, dan pembekalan kelengkapan
tentera. Oleh yang demikian, kalangan ketua-ketua tentera sering mendapat tempat
istimewa dalam kerajaan.

 Kementerian Keadilan terbahagi kepada 13 jabatan berasaskan prinsip setiap satu di


setiap provinsi. Pembesar berperanan untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah
kecuali hukuman bunuh.

 Akhir sekali ialah  Kementerian Kerja Raya dibahagikan kepada 4 jabatan dan berfungsi
mengawal beberapa gudang dan kilang.  Kementerian ini bertanggungjawab dalam
kerja pembinaan, mendapatkan guna tenaga untuk perkhidmatan awam, pembuatan
barang untuk kerajaan, komunikasi laut dan darat, penyelarasan timbangan, dan
mengawal pengeluaran barangan tertentu dari kawasan pergunungan dan tasik di
China.

FAKTA 3 PERUNDANGAN
TAAKULAN  Pembesar turut memainkan peranan dalam bidang perundangan dan membantu raja

26
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

menggubal undang-undang, menetapkan dasar negara, menguatkan kuasakan arahan


dan titah perintah mahaharaja, menyediakan draf undang-undang dan edit warkah
diraja. Tugas-tugas ini dijalankan oleh pembesar-pembesar yang menganggotai
intitusi Sekretariat Agung terdiri daripada 3-6 orang setiausaha agung yang dipilih
oleh maharaja China.

FAKTA 4 MAJLIS TERTINGGI


Taakulan  Maharaja juga dibantu oleh Majlis ini menjadi badan penasihat yang penting kepada
raja atau maharaja. Ciri-ciri Majlis Tertinggi ialah dibahagikan kepada enam
kementerian dan setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan atau
Shangschu.  Sangschu akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap
urusan berdasarkan kementeriannya. 6 kementerian tersebut ialah:
1. Kementerian Personal atau Ministry of Personal terdiri daripada Lembaga Personal,
2. Kementerian Kewangan,
3. Kementerian Adat,
4. Kementerian Perang,
5. Kementerian Hukuman
6. Kementerian Kerja-kerja Awam.

 Terdapat 4 jabatan utama yang bertanggungjawab terhadap pelantikan,


penganugerahan, rekod perkhidmatan dan penilaian prestasi.

FAKTA 6 EKONOMI
Taakulan  Dari segi ekonomi pembesar menguasai segala sumber ekonomi termasuk hasil bumi
dan kegiatan perdagangan. Pembesar turut memberi nasihat kepada maharaja dalam
aspek kewangan dan percukaian.
 Di peringkat pusat didirikan Kementerian Kewangan terdiri daripada 13 orang pegawai
dan setiap orang dipertanggungjawabkan untuk mengawal salah satu daripada 13
provinsi dan mewakili 4 bahagian yang khusus, iaitu penduduk, akaun awam, akaun
khusus, dan akaun pertanian atau tanaman.
 Kementerian ini menyimpan kewangan negara, memastikan kekayaan maharaja, serta
menguruskan perbelanjaan negara dengan baik. Selain itu, merekan dilantik
mengangotai lembaga hasil dalam negara.
FAKTA 7 SOSIAL
Taakulan  Pembesar-pembesar China turut memainkan peranan penting dalam bidang sosial dan
pendidikan. Pembesar-pembesar China terdiri daripada golongan cerdik pandai yang
membantu maharaja dalam melaksanakan dalam pendidikan dan pembelajaran serta
membantu maharaja mengendalikan peperiksaan perkhidmatan awam. Pembesar-
pembesar pusat diberi tanggungjawab untuk menguruskan Akademi Hanlin yang
berperanan menyelenggara kitab-kitab serta ensiklopedia. Mereka juga turut
mengumpul maklumat tentang pemerintah dan menerbit biografi.

 Kementerian Adat dibahagikan kepada 4 jabatan yang bertanggungjawab kepada adat


istiadat, pengorbanan, penerimaan tetamu, dan barangan.  Kementerian ini juga
menguruskan hal ehwal agama Buddha dan Taoisme.  Anggotanya terdiri daripada
golongan cendekiawan.  Kementerian ini turut mengendalikan Sistem Peperiksaan
Kerajaan dan melaporkan kepada maharaja sama ada pelajar tersebut layak
memegang jawatan atau tidak.
FAKTA 8 LEMBAGA PENAPIS ATAU CENSORATE
Taakulan  Maharaja China telah menubuhkan Lembaga Penapis atau Censorate untuk memastikan
pembesarnya menjalankan arahan serta menjadi mata dan telinga Maharaja.
 Ciri-ciri Lembaga Penapis yang terdiri daripada 2 orang Censor, beberapa timbalan, dan
4 pegawai rendah yang bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat
Censorate dan urusan pentadbiran. Kuasa utama Censorate terletak pada 110 pegawai
penyiasat yang ditugaskan untuk membendung amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa,
dan ketidakcekapan.
 Pada zaman Dinasti Ching, Maharaja menempatkan 24 orang Censorate di Peking atau
ibu kota dan lebih 56 orang Censorate di wilayah. Jabatan ini berhubung terus dengan

27
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

Maharaja sekiranya terdapat pembesar wilayah yang menderhaka terhadap maharaja.


 Secara langsung ini merupakan satu langkah maharaja untuk mengekalkan kawalannya
ke atas pembesar wilayah tersebut dan memudahkan maharaja untuk mengambil
tindakan sekiranya kedudukannya terancam atas perlakuan pembesar berkenaan.
 Seorang Censerote sangat tekun menjalankan tugasnya contohnya pada akhir abad ke-
19 seorang Censorate telah menghantar sepucuk surat kepada Maharani Dowager yang
menegur baginda yang tidak membuat persediaan yang sepatutnya bagi melantik
seorang bakal raja untuk menjalankan upacara sembahyang terhadap mendiang
maharaja.
 Pegawai tersebut telah membunuh diri sebagai memperkukuhkan kritikannya
terhadap balu maharaja dan mengelakkan kemurkaan baginda. Justeru jelas
menunjukkan bahawa pembesar pusat amat berperanan untuk mengukuhkan
kedudukan Maharaja.

FAKTA 9 PERANAN PEMBESAR DI PERINGKAT WILAYAH


Taakulan  Dalam pentadbiran pembesar di peringkat wilayah, sering kali kalangan tentera
dilantik sebagai pembesar wilayah dalam usaha memastikan wilayah tersebut berada
dalam keadaan aman dan tenteram serta mematuhi segala arahan daripada kerajaan
pusat. Selain golongan tentera, terdapat juga golongan sarjana atau official gentri/
Shan-shin diberikan peranan untuk mengetuai pentadbiran di wilayah. Secara
umumnya jawatan pembesar wilayah di China dikenali dengan nama Gabenor.

 Semasa pemerintahan Maharaja Ming, beliau telah membagikan empayernya kepada 15


wilayah. Wilayah dibahagikan pula kepada prefektur (fu), subprefektur (chou atau
jabatan) serta hsien iaitu daerah. Organisasi pentadbiran diketuai oleh seorang
pesuruhjaya yang dibantu oleh dua orang pegawai iaitu hakim dan komander tentera
wilayah. Maharaja Ming juga menyerahkan pemerintahan kepada pegawai awam,
tentera dan pegawai pengawas kerajaan. Peranan atau ciri pegawai awam di daerah-
daerah diuruskan oleh 6 orang menteri, iaitu Menteri Personal, Menteri Kewangan,
Menteri Adat, Menteri Perang, Menteri Keadilan, Menteri Kerja-Kerja Awam. Menteri
akan membantu gabenor di setiap daerah yang dikenali sebagai Grand Cordinators,
penyelia wilayah pula dikenali sebagai Supreme Commanders dan pegawai-pegawai
tempatan.

 Pentadbiran ketenteraan pula berada di bawah 5 ketua suruhanjaya tentera dan setiap
orang mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu. Pegawai pengawas kerajaan
pula mengawasi aktiviti pembesar alam semua peringkat pentadbiran bagi
memperkukuhkan kuasa maharaja

 Pegawai pengawas kerajaan turut menguruskan pentadbiran dengan mengawasi


aktiviti semua peringkat pentabiran, mendakwa pegawai-pegawai yang men- yeleweng,
menjalankan tugas-tugas khas seperti mengesan penyelewengan dalam pentadbiran,
menyingkir pegawai kerajaan yang kurang cekap serta mengekalkan kerajaan yang
sesuai dengan idealism China

 Semasa pemerintahan Dinasti Ching Gebenor dilantik sebagai pentadbir wilayah. Tugas
utama gabenor menjaga urusan pentadbiran wilayah, menjaga keamanan dan
ketenteraan, serta mengutip cukai untuk dihantar kepada pemerintahan pusat. Kuasa
gabenor tertakluk kepada adat istiadat dan tradisi wilayah yang telah ditetapkan dalam
dikri raja.  Gabenor dibantu oleh pegawai-pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja
seperti Bendahari dan Hakim. Bendahari bertugas sebagai bendahari amal di
wilayahnya. Hakim bertugas mengawal undang-undang jenayah dn bidang kuasa
rayuan dalam perkara-perkara jenayah, serta menjadi Pengawal Garam dan Pegawai
Bijirin. Manakala Tao-tai ialah seorang pegawai yang bertugas dalam pentadbiran khas
dalam lingkungan dan jajahan pula dikawal oleh ketua jajahan
PENUTUP  Dasar pemerintahan maharaja dapat mengekalkan keamanan dan ketenteraman ialah
melalui keseimbangan dalam pemilihan jawatan pembesar antara orang Manchu dan
orang China. Keseimbangan pemilihan ini membolehkan hamper tiada persaingan
dalam jawatan kerajaan.

28
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Hanya pada era akhir pemerintahan Manchu menyaksikan pembesar-pembesar yang


dilantik tidak melalui saringan yang ketat iaitu tidak dilantik berdasarkan sistem
peperiksaan awam.
 Akhirnya Revolusi 1911 telah menamatkan system pemerintahan beraja di China
terutamanya sistem feudal yang telah berlangsung selama 267 tahun dan penamatan
sistem ini turut menghapuskan sistem pembesar dan diganti dengan sistem bercorak
republik dan kemudiannya diambilalih oleh pemerintahan komunis.

SOALAN 15 HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN SISTEM PEMBESAR DI CHINA


PENGENALAN  Kemerosotan nilai etika dan moral confucius dalam sistem pembesar semasa
pemerintahan Dinasti Ch’ing telah membawa kepada kemerosotan tanggungjawab
pembesar.
 Keadaan ini jelas berlaku dalam kegiatan harian pegawai kerajaan Ch’ing. Setiap tugas
yang diarahkan oleh maharaja bukan lagi untuk menjaga kebajikan penduduk
tempatan atau wilayah yang diperintah oleh pegawai kerajaan kerana setiap tugasan
yang mereka lakukan harus diberi hadiah.
FAKTOR 1 KEMEROSOTAN NILAI ETIKA DAN MORAL CONFUCIUS
HURAIAN  Kemerosotan nilai etika dan moral confucius dalam kalangan pegawai berterusan
apabila China membuka pintu negaranya kepada perdagangan luar.
 Perdagangan dengan barat yang dijalankan di canton telah membolehkan pegawai
mengutip cukai ke atas barangan import dan eksport dan pedagang asing dikenakan
cukai yang tinggi bergantung kepada jumlah perdagangan mereka.
FAKTOR 2 KONSEP TAAT SETIA DIGANTI DENGAN MATERIAL
HURAIAN  Konsep taat setia kepada kerajaan pusat dalam kalangan pegawai kerajaan sudah
ditukar ganti dengan material.
FAKTOR 3 PERBENDAHARAAN NEGARA CHINA MEROSOT
HURAIAN  Bayaran ganti rugi kepada Barat, keperluan menambahkan persenjataan negara.
Pemberhentian sumbangan dari wilayah2 yang mengalami kebuluran dan
pemberontakan.
 Maharaja China meningkatkan kadar pungutan cukai dalam perdagangan dan hasil
pertanian.
FAKTOR 4 RASUAH DALAM KALANGAN PEGAWAI KERAJAAN BERLELUASA
HURAIAN  Tidak dapat menambahkan perbendaharaan negara.
 Masalah kewangan semakin meruncit pada akhir pemerintahan Dinasti Ch’ing.
FAKTOR 5 PEMBESAR YANG DILANTIK TIDAK MELALUI SARINGAN YANG KETAT
HURAIAN  Pembesar-pembesar yang dilantik berdasarkan sistem peperiksaan awam tidak diuji
kebolehan mentadbir negara.
FAKTOR 6 KANDUNGAN SISTEM PEPRIKSAAN AWAM
HURAIAN  Kandungan peperiksaan awam berdasarkan ajaran confucius kurang relevan dengan
dunia realiti.
 Pembesar harus menghadapi dunia realiti yang penuh dengan cabaran bukan seperti
yang terkandung dalam ajaran klasik sahaja.
PENUTUP  Revolusi 1911 telah menamatkan pemerintahan Dinasti Ch’ing, kejatuhan kuasa
maharaja, dan seterusnya menamatkan kerajaan feudal yang telah memerintah selama
267 tahun di China.
 Penamatan pemerintahan Dinasti Ch’ing turut menghapuskan sistem pembesar di
China.
 Pemerintahan telah diganti dengan sistem pemerintahan bercorak republik dan

29
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

kemudiannya komunis.

SOALAN 16 BINCANGKAN PELAKSANAAN SISTEM BERAJA MUTLAK DI ENGLAND


PENGENALAN  Raja Mutlak ialah seseorang pemerintah (raja) berkuasa sepenuhnya untuk menggubal dan
melaksanakan segala dasar dan kedudukannya adalah mengatasi undang-undang negara.
Bermaksud cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen.
 Melalui sistem ini, kehendak pemerintah ialah undang-undang. England berada dalam
pemerintahan sistem beraja mutlak sejak abad ke-15 lagi. Sistem beraja mutlak diasaskan
oleh Raja Henry VII pada tahun 1485 dan pemerintahan ini terus diamalkan sehingga tahun
1603.
 Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor, England mempunyai kerajaan yang stabil dan
mendapat sokongan daripada rakyat. Kerajaan ini menghormati prinsip perbatasan kuasa
pemerintah seperti mana yang terdapat dalam Magna Carta. Pemerintahan sistem beraja
mutlak terus diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1603 sehinggalah berlakunya
Revolusi Cemerlang di England.

FASA 1 PENERIMAAN RAKYAT TERHADAP SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA


HURAIAN  Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, sistem pemerintahan beraja mutlak telah diterima
oleh rakyat kerana ingin menamatkan keadaan huru-hara yang berlaku.
 Sistem beraja mutlak yang diasaskan oleh  Dinasti Tudor memperlihatkan sebuah
kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan rakyat.
 Pemerintahan Dinasti Tudor adalah berdasarkan kepada Magna Carta iaitu satu piagam
yang digubal untuk mengawal kuasa raja.
 Raja-raja Tudor tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan
pemerintahan mereka.
 Raja-raja Tudor dapat bekerjasama baik dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen
England yang terdiri daripada House of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat diraja)
dan House of Common (knight, orang kaya dan peguam).
FASA 2 KEMUNCULAN GOLONGAN BOURJOIS DAN GOLONGAN GENTRY
HURAIAN  Pada abad ke-17, muncul golongan gentry di luar bandar yang memiliki tanah dan
menjadi kaya daripada golongan bangsawan.
 Di bandar pula muncul golongan bourjois yang semakin kaya dan menguasai ekonomi
melalui kegiatan perdagangan. Kedua-dua kumpulan mula berani mempertikaikan
pengaruh politik golongan aristokrat dalam House of Lords.
 Pada abad ke-17 juga, wujud perbalahan antara mazhab Kristian di England iaitu antara
penganut Protestan (golongan puritan) yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican
(gereja kebangsaan di England) di atas pengamalan tradisional gereja Kristian (Katolik).
 Golongan puritan ini ingin membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh
gereja Katolik Rom dan mahu gereja di England bebas daripada kawalan politik.
 Golongan Puritan menjadi semakin berpengaruh dan menarik minat pelbagai golongan
masyarakat kerana dalam ajaran mereka mengutamakan kehidupan berdisiplin dan
menolak upacara atau istiadat agama yang tradisional.
 Pemerintah Dinasti Tudor berjaya menangani dengan baik tentangan golongan puritan
yang tidak berpuas hati dengan golongan anglican dan ingin mewujudkan gereja yang
bebas daripada kawalan politik.
FASA 3 BERMULA DINASTI STUART 1603-1702
HURAIAN  Selepas berakhir Dinasti Tudor pada tahun 1603, maka bermula pula era
pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1702) di England yang diasaskan oleh Raja
James I dari Scotland.
 Namun dasar pemerintahan Dinasti Stuart berbeza dengan Dinasti Tudor, dan ini telah
membawa penentangan parlimen dan berlaku kebangkitan Golongan Puritan sehingga
membawa tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai Revolusi Puritan (1642-
1648).
 Raja James I merupakan raja yang berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja.
Baginda menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi kedudukan undang-undang.
 Oleh itu semua pihak seperti parlimen, mahkamah, gereja dan sebagainya mesti
berkhidmat kepada raja dan bukannya berkongsi kuasa.

30
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Pemerintahan Raja James 1 mendapat tentangan daripada golongan puritan dan ahli-ahli
parlimen kerana baginda mengamalkan dasar agama yang lebih memihak kepada
mazhab Katolik.
 Golongan puritan juga telah menolak bishop yang dilantik oleh Raja James I dan
kemarahan golongan ini memuncak apabila baginda mengahwinkan puteranya dengan
puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik.
 Tindakan baginda yang membelakangkan parlimen dalam urusan pengenaan cukai telah
memburukkan lagi hubungan Raja James I dengan golongan puritan.
FASA 4 PEMBUBARAN PARLIMEN 1611
HURAIAN  Ketegangan hubungan ini telah mendorong Raja James I membubarkan parlimen
pada tahun 1611.
 Tindakan baginda telah menyebabkan keadaan politik England kucar kacir dan lebih
memburukkan keadaan apabila Raja Charles I yang memerintah England pada tahun
1625 juga tidak menyukai golongan puritan.
 Baginda juga bertindak membelakangi parlimen dalam urusan pengutipan cukai.
 Mana-mana ahli parlimen yang menentang baginda telah ditahan dan tentera akan
mengawal mereka.
 Akibat tidak berpuas hati dengan pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat telah bersatu
untuk menafikan kuasa mutlak raja.
 Akibatnya pada tahun 1628 parlimen telah mengemukakan Petition of Right yang
mengutuk tindakan autokratik raja. Akibat kecaman ini baginda telah menangkap 9 orang
ahli parlimen yang menentang baginda secara terbuka di parlimen.
 Sehubungan itu, baginda membubarkan parlimen dan memerintah secara mutlak tanpa
parlimen selama 11 tahun.
FASA 5 ISU CUKAI RAJA CHARLES
HURAIAN  Raja Charles I telah mengenakan pelbagai jenis cukai dengan bebas dan menaikkan
cukai dengan sewenang-wenangnya telah mengancam ahli-ahli parlimen.
 Dalam aspek agama pula, Raja Charles I memulihkan semula amalan Roman Katolik
sebagai amalan dalam gereja Anglican yang menyebabkan kebangkitan golongan Puritan.
 Pada tahun 1639, Raja Charles I telah menubuhkan semula parlimen untuk tujuan
mendapatkan peruntukkan yang diperlukan oleh baginda tetapi ahli parlimen enggan
bekerjasama dengan baginda.
 Ini telah mendorong baginda membubar semula parlimen yang baru ditubuhkan dalam
masa 3 minggu dan menangkap beberapa ahli parlimen.

FASA 6 RUSUHAN AGAMA TAHUN 1642


HURAIAN  Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku di Ireland yang telah menyebabkan
beberapa orang British bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik.
 Sekali lagi berlaku pertikaian tentang penubuhan tentera sama ada dikendalikan oleh
raja atau parlimen.
 Akhirnya peperangan telah berlaku dan tentera gereja di bawah pimpinan Oliver
Cromwell telah berjaya mengalahkan tentera raja pada tahun 1645 dan tahun 1648.
 Raja Charles I telah dihukum bunuh dan parlimen telah mengisytiharkan England sebuah
negara republik dengan Oliver sebagai ketua negara yang baharu.
 Pemerintahan Oliver berhadapan dengan kebangkitan 2 golongan iaitu Levellers dan
Diggers yang dianggap mengancam pemerintahannya.
 Pada tahun 1658, Oliver meninggal dunia dan diganti dengan anaknya iaitu Richard
Cromwell.
 Walau bagaimanapun dalam masa setahun memerintah beliau telah meletakkan
jawatannya kerana tidak mendapat sokongan parlimen dan tentera.
PENUTUP  Raja boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan
mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang.
 Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga dibatasi
oleh undang-undang bagi membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh raja.
 Oleh yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja berperlembagaan di
England dan kekal sehingga hari.

31
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

SOALAN 17 BINCANGKAN PELAKSANAAN SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN DI ENGLAND.


PENGENALAN  Raja Berperlembagaan adalah Sistem kerajaan di mana raja menjalankan pemerintahan
mengikut perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan atau piagam politik.
 Misalnya, di England, kuasa raja terbatas dengan Magna Carta. England menuju
pemerintahan raja berperlembagaan setelah Revolusi Cemerlang pada tahun 1688.

FASA 1 KEJAYAAN REVOLUSI CEMERLANG MENUMBANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA


MUTLAK
HURAIAN  Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja
berperlembagaan selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku secara aman
dan memberi impak yang besar terhadap perubahan landskap politik England selepas
1688.
 Raja Charles II telah ditabal sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak
jawatannya dan mesti mengamalkan sistem beraja berperlembagaan.
 Sistem pemerintahan raja berperlembagaan juga membawa kepada perkembangan
politik kepartian apabila wujud dua buah parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang
sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan aristokrat, gentry dan bourjuis.
FASA 2 GOLONGAN RAKYAT DAN KELAS BAWAHAN TIADA RUANG DALAM BIDANG POLITIK
HURAIAN  Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang untuk terlibat secara
langsung dalam politik di England ketika itu.
 Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II
yang lebih cenderung untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja.
 Oleh itu Raja James II telah disingkirkan dan kemudiannya Mary II dan Raja William of
Orange telah ditabal sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya Revolusi
Cemerlang (1698) tanpa berlaku pertumpahan darah.
FASA 3 PARLIMEN MELULUSKAN TOLERATION ACT DAN BILL OF RIGHT PADA TAHUN 1699.
HURAIAN  Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem
berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara.
 Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan beragama bagi penganut Kristian
yang bermazhab Protestan di England.
 Manakala Bill of Right pula mengemukakan beberapa peruntukan berhubung dengan
bidang kuasa raja dalam soal undang-undang dan pencukaian serta keadilan dan
hak untuk mengecapi kebebasan.
FASA 4 RAJA TUNDUK KEPADA KUASA PARLIMEN
HURAIAN  Raja berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan
oleh parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik.
 Raja tidak boleh memansuhkan undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen.
 Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam urusan mahkamah dalam aspek
penguatkuasaan undang-undang
FASA 5 KUASA PARLIMEN SEMAKIN KUAT MELALUI ACT OF SETTLEMENT 1701
HURAIAN  Melalui Act Of Settlement 1701, menetapkan bahawa hanya raja yang bermazhab
protestan sahaja yang layak menjadi raja.
 Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan
mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif.
 Sistem pemerintahan beraja mutlak di England juga telah menghapuskan pergeseran
antara raja dengan parlimen dalam soal-soal dasar pemerintahan dan keadaan ini secara
langsung telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik negara tersebut.
PENUTUP  Raja boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan
mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang.
 Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga
dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh
raja.
 Oleh yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di
England dan kekal sehingga hari

SOALAN 18 HURAIKAN PERLAKSANAAN NEGARA KESATUAN PERANCIS


PENGENALAN  Secara umumnya terdapat dua bentuk kerajaan yang boleh di pilih untuk

32
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

melaksanakan pemerintahan dalam sesebuah Negara, kuasa dalam sesebuah kerajaan


perlu di pegang oleh pihak atau institusi tertentu Sekiranya sesebuah Negara berhasrat
memberikan kuasa yang luas kepada kerajaan pusat  dan kuasa yang terhad kepada
kerajaan tempatan (Local Government), maka kerajaan kesatuan mungkin menjadi
pilihan.
 Sekiranya sesebuah negara ingin membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dengan
kerajaan negeri atau kerajaan tempatan, maka Negara itu boleh memilih kerajaan
persekutuan. Pengamalan mana-mana bentuk kerajaan ini akan memberi kesan
kepada keharmonian pentadbiran pusat dan wilayah di Negara masing-masing

FAKTA 1 KESEMUA URUSAN NEGARA ADALAH DIPUSATKAN


HURAIAN  Bagi memudahkan pentadbiran , beberapa wilayah atau cawangan dibentuk dan diberi
kuasa mentadbir .
 Kuasa mentadbir disalurkan dari pusat pemerintahan.
 Kuasa ini oleh di tarik balik dan disebabkan kuasa wilayah , bahagian atau cawangan ini
diberi boleh pindah atau ditarik balik.
 Wilayah atau bahagian merupakan agen kepada pemerintahan pusat.
FAKTA 2 SISTEM KESATUAN DILAKSANAKAN DI NEGARA-NEGARA YANG TIDAK TERLALU LUAS
KAWASAN GEOGRAFINYA
HURAIAN  Jika saiz sesebuah negara kecil dan sederhana serta jumlah penduduknya tidak terlalu
ramai , system kesatuan sesuai dilaksanakan.
 Geografi Perancis tidak seperti Amerika Syarikat atau India .
 Pengaruh geografi yang tidak begitu luas , lebih memudahkan komunikasi dua hala dan
sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya amalan red
tape.
FAKTA 3 SEBAIK SAHAJA SISTEM FEUDAL DIHAPUSKAN DI PERANCIS PENTADBIRAN BAHARU
TELAH DI LANTIK
HURAIAN  Perancis telah dibahagikan kepada 83 departmen (KAWASAN) .
 Setiap department dibahagikan kepada cantons (DAERAH) dan akhir sekali commune .
 Setiap department diwujudkan sebuah majlis yang dinamakan GENERAL COUNCIL
 Ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat
 Department merupakan institusi peringkat tempatan yang menghubungkan penduduk
tempatam dengan penduduk kerajaan di peringkat pusat
FAKTA 4 COMMUNE DIBENTUK BAGI MENTADBIR KAWASAN BANDAR
HURAIAN  Intitusi ini diketuai oleh datuk bandar (MAYOR) sebagai ketua eksekutif
 Tugas commune termasuklah mengendalikan perkara-perkara yang menyentuh
pentadbiran di bandar
 Contohnya : meluluskan permit bangunan , menjaga keselamatan penduduk dan
menguruskan pentadbiran perkhawinan
 Commune merupakan institusi yang di bentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada
penduduk tempatan seperti : pejabat pendaftaran , mahkhmah jabatan kerja raya , polis
tempatan dan sebagainya
KESIMPULAN  Sistem kesatuan mempunyai beberapa kelemahan namun kelemahan tersebut mudah
diselaras dan dilaksanakan kerana pemerintahan pusat mempunyai lebih kuasa untuk
menyesuaikan pentadbiran dengan keperluan semasa

SOALAN 19 HURAIKAN CIRI-CIRI DAN PELAKSANAAN NEGARA PERSEKUTUAN DI AMERIKA


SYARIKAT
PENGENALAN  Persekutuan berasal daripada perkataan iaitu foedus yang membawa maksud perjanjian
yang merupakan gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas
namun kemudian menjadi Negara bersekutu dibawah satu perlembagaan pusat .
 Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pembentukan Negara Persekutuan iaitu
pertahanan sesebuah negeri itu lemah untuk menghadapi ancaman kuasa luar,
kedudukan akan lemah jika menjalankan aktivti ekonomi secara bersendirian dan
sukarela menyertai persekutuan kerana sesebuah negeri atau wilayah akan bertambah
kuat dan maju.

33
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

FAKTA 1 TAKRIF NEGARA PERSEKUTUAN


TAAKULAN  Sistem persekutuan ditakrifkan sebagai sistem pemerintahan yang terdiri daripada dua
kerajaan iaitu pusat dan negeri . Setiap kerajaan pusat dan negeri mempunyai kuasa
masing-masing dalam perkara-perkara tertentu.
 Apabila wilayah-wilayah tersebut bergabung ke dalam sebuah persekutuan dengan
sendirinya wilayah-wilayah berkenaan menyerahkan kedaulatan wilayah dan ketaatan
rakyat tertumpu  Kerajaan Persekutuan .
FAKTA 2 CIRI-CIRI NEGARA PERSEKUTUAN
TAAKULAN  Kerajaan pusat tidak diberi kuasa yang banyak
 Merupakan liga negeri bukan kerajaan pusat yang kuat
 Kerajaan pusat tidak dapat melaksanakan projek pembangunan kerana kurang sumber
kewangan
 Kedudukan kewangan bergantung kepada sumbangan negeri
 Kerajaan tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan antara negeri atau negara
lain
FAKTA 3 KUASA PRESIDEN DAN KONGRES
a. membatalkan undang-undang dengan menggunakan kuasa veto.
b. Mengawasi kongres.
c. Walaupun kerajaan persekutuan diberi kuasa yang luas, rakyat tidak bangkit
menentang kerana:
i. Kebebasan dan hak peribadi mereka tidak diusik.
ii. Perkara berkaitan dasar luar dan perdagangan diserahkan kepada kerajaan
persekutuan.
FAKTA 3 PELAKSANAAN NEGARA PERSEKUTUAN
TAAKULAN 1. Perlembagaan Amerika Syarikat tetap memberi kebebasan negeri-negeri
menggubal undang-undang yang berkaitan dengan adat dan budaya tempatan kerana
setiap  negeri  mempunyai latar belakang dan sejarah berlainan. Keadaan geografi dan
saiz sesebuah Negara tidak menghalang daripada mencapai perpaduan dan kemajuan
Negara. Di Amerika Syarikat mempunyai 50 buah negeri dan saiznya luas, penduduknya
terdiri daripada berbilang kaum namun perpaduan rakyat masih utuh.
2. Kekurangan kuasa kerajaan persekutuan memberi beberapa kesan. Pertama,
kerajaan baharu tidak dapat melaksanakan banyak projek pembangunan kerana tidak
mempunyai  sumber kewangan yang mencukupi disebabkan tiada kuasa untuk
memungut cukai . Kedudukan kewangan kerajaan persekutuan bergantung daripada
sumbangan kerajaan negeri.
3. Selain itu, kerajaan persekutuan juga tidak dibenarkan membentuk sistem
perdagangan antara negeri mahupun negara lain. Oleh yang demikian, kelemahan
kerajaan persekutuan tersebut perlu diperbaiki dan mempunyai persetujuan negeri-
negeri yang diperlukan bagi menambah bidang kuasa kerajaan persekutuan.
4. Persidangan Konvensyen Philadelphia 1787 telah membawa kepada
pembentukan Pelembagaan Amerika setelah kompromi dicapai dalam 13 buah
negeri. Mejelang tahun 1788, Sembilan buah negeri mengesahkan perlembagaan
tersebut  kerana pihak anti federal mempunyai  pengaruh kuat terutama di kawasan
luar bandar. Dalam pada itu , beberapa pemimpin seperti Alexander Hamilton, John Jay,
dan James Madison cuba mempengaruhi penduduk awan supaya menyokong
perlembagaan baharu itu dengan menerbitkan buku yang dikenali sebagai The
Federalist dan akhirnya New York .
5. Kejayaan golongan federalis ini merupakan kejayaan peringkat awal. Kejayaan
persekutuan perlu mengatasi beberapa masalah di peringkat kebangsaan seperti had
kuasa persekutuan  dalam masa yang sama memelihara hak rakyat dan kedaulatan
negeri-negeri. Beberapa pindahan telah dibuat .antaranya member kuasa kepada
kerajaan persekutuan dalam membuat keputusan dalam hal mat wang, pengistiharan
peperangan,mengenakan cukai, menggubal undang-undang berkaitan kehakiman, dan
menguasai perdagangan.
PENUTUP  Persekutuan merupakan bagungan beberapa wilayah atau negeri yang dahulunya bebas
namun kemudiannya menjadi Negara bersekutu dibawah satu perlembagaan pusat.
Perlembagaan Amerika Syarikat telah menggariskan secara terperinci badan-badan yag

34
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

memerintah Amerika Syarikat. Keadaan ini dilakukan supaya satu sistem timbang tara
sebagai perlindungan unsur-unsur authoritatian dan radikal.
 Oleh kerana kerajaan persekutuan diberi kuasa yang lebih luas maka rakyatnya
tidakmenentang kerana kebebasan dan hak peribadi mereka tidak diusik an kuasa
berkaitan dasar luar, dan perdagangan yang diberikan kepada kerajaan persekutuan
menjadikan Amerika Syarikat sebuah Negara yang Berjaya mengawal kedudukan
ekonomi dan politik antarabangsa.

SOALAN 20 PERANAN COUNT CAMILLO BENSO DE CAVOUR DALAM PENYATUAN ITALI


PENGENALAN  Count Camillo Benso de Cavour merupakan seorang negarawan yang memainkan peranan
penting dalam usaha penyatuan Itali. 
 Pada tahun 1852, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Piedmont semasa era
pemerintahan Raja Victor Emmanuel.
 Beliau mengambil pelbagai langkah untuk merealisasikan penyatuan Itali.

PERANAN 1 PERANAN DALAM NEGERI PIEDMONT


HURAIAN  Count Camillo Benso de Cavour mengambil langkah-langkah untuk mengukuhkan
kedudukan kerajaan dalam bidang politik dan ekonomi. 
 Beliau menjalankan reformasi dalam ketenteraan, pentadbiran dan perundangan. 
 Ekonomi kerajaan dibangunkan dengan memajukan sektor pertanian, perdagangan dan
perindustrian. 
 Langkah-langkah tersebut diambil bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kerajaan
bagi menghadapi peperangan dengan Austria.
PERANAN 2 MEMINTA BANTUAN PERANCIS
HURAIAN  Menjalinkan perikatan dengan Perancis.  Beliau menggunakan kebijaksanaan politik
bagi mengelakkan kewujudan perikatan antara Austria dan Perancis. 
 Tambahan pula, pemimpin Perancis, iaitu Napoleon III berminat memberi bantuan
kepada Itali.
PERANAN 3 PENYERTAAN DALAM PERANG CRIMEA
HURAIAN  Count Camillo Benso de Cavour turut melibatkan Piedmont dalam hal ehwal yang berlaku
di luar negara. 
 Beliau berpendapat, kuasa-kuasa Eropah akan membantu menyelesaikan masalah yang
bakal dihadapi sekiranya Itali memainkan peranan aktif dalam hal ehwal antarabangsa.
 Beliau membuat keputusan untuk melibatkan Itali dalam peperangan yang berlaku di
Crimea.
PERANAN 4 PEMBENTUKAN PERSATUAN KEBANGSAAN
HURAIAN  Persatuan ini ditubuhkan bagi menyatukan kumpulan-kumpulan yang berjuang untuk
menyatukan Itali. 
 Persatuan ini memainkan peranan melahirkan kesedaran dalam kalangan nasionalis
untuk mewujudkan sebuah organisasi bagi menyelaraskan usaha penyatuan Itali.
PERANAN 5 MENYELARASKAN PERGERAKAN KEBANGSAAN DI ITALI
HURAIAN  Count Camillo Benso de Cavour memainkan peranan menyelaraskan kegiatan pergerakan
kebangsaan di Itali. 
 Beliau mengadakan rundingan secara sulit dengan pemimpin-pemimpin Persatuan
Kebangsaan. Contohnya, beliau mendapatkan bantuan La Farina mencetuskan
kebangkitan rakyat di wilayah-wilayah utara dan tengah Itali. 
 Beliau turut mendapatkan kerjasama daripada Garibaldi untuk menubuhkan pasukan
tentera sukarela daripada kalangan penduduk Lombardy.
PERANAN 6 PROVOKASI TERHADAP AUSTRIA
HURAIAN  Langkah-langkah berbentuk provokatif juga diambil oleh Count Cavour agar Austria
memulakan peperangan dengan Piedmont. 
 Antaranya adalah dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Vienna pada tahun
1857. 
 Beliau juga mengarahkan La Marmora, Menteri Kewangan Piedmont mengumpul dan
untuk mengahadapi peperangan dengan Austria.  Hubungan sulit yang dijalinkan oleh
Count Cavour dengan Persatuan Kebangsaan juga turut menimbulkan kemarahan Austria.

35
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

PENUTUP  Count Cavour merupakan tokoh nasionalis yang memberi sumbangan dalam usaha
menyatukan Itali.  Beliau menggunakan pelbagai pendekatan dan kebijaksanaan politik
dalam mengatur gerakan menyatukan Itali.

TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN

SOALAN 21 TERANGKAN KEGIATAN SISTEM FEUDALISME DI CHINA


PENGENALAN  Ekonomi feudalisme di China berkait rapat dengan keadaan geografi Negara China. Dua
per tiga daripada Negara China merupakan kawasan pergunungan dan gurun pula di
sebelah barat dan utara. Oleh yang demikian, keluasan yang sesuai untuk pertanian
hanyalah 15% sahaja.
 Namun China masih mampu untuk menanpung makanan untuk penduduknya dan mampu
mengeksport makanan ke luar Negara.
 Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan di China memperlihatkan kawalan yang ketat
daripada maharaja ke atas golongan petani dan pedagang asing yang berdagang di China.
 Pentadbiran Maharaja China memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi
dan dibantu oleh golongan bangsawan sebagai penguasa kawasan luar bandar dan
mengawal aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar. Kemakmuran ekonomi China pada
zaman pemerintahan Dinasti Ming diperlihatkan dengan pertambahan penduduk kepada
150 juta pada akhir abad ke-16.
KEGIATAN 1 KEGIATAN PERTANIAN
HURAIAN  Hasil pertanian menjadi penyumbang utama dalam ekonomi pada era pemerintahan
Dinasti Ming. Justeru, hampir 85% masyarakat China masih menetap di desa. Kawasan
tumpuan utama China ialah di kawasan laut Timur China dan Mongolia, iaitu di dataran
loes yang subur yang dilalui oleh Sungai Kuning. Sungai Yangtze menjadi nadi kehidupan
masyarakat dan penyumbang utama ekonomi, serta sistem perhubungan utama kepada 12
wilayah di bawah pemerintahan empayar China.
 Di sini, terbentuk Bandar-bandar besar China seperti Chungking, Hankow, Kiukiang,
Anking dan Nanking. Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah. Penanaman
padi ini banyak diusahakan di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.
Tanaman lain yang diusahakan ialah kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan lain-lain
bijirin.
 Bagi masyarakat China yang tinggal di kawasan tanah tinggi seperti di bahagian utara
China, iaitu di sekitar Sungai Heilongjiang, mereka menanam padi huma, sekoi dan
kekacang. Kepelbagaian tanaman ini memperlihatkan kesuburan tanah dalam Negara
China dan kekayaan alam semulajadi. Pemerintahan Dinasti Ming telah mengadakan
pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.
 Antaranya: Meningkatkan penggunaan sistem pengairan, Mengamalkan pertanian
selingan antara musim-musim tanaman, Menggunakan peralatan pertanian seperti
cangkul, sabit dan penyisir tanah, Memperkenalkan kaedah pertanian baru seperti
tanaman bergilir dalam skala yang besar, Memperkenalkan permulaan tanaman
dua musim yang dipinjam dari Vietnam Selatan dan Penggunaan baja telah

36
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

meningkatkan hasil pengeluaran.Penanaman padi jenis baharu yang cepat masak


dibawa dari Vietnam Selatan telah membolehkan penanaman padi dilakukan dua
kali setahun dalam semusim di tanah yang sama.
 Tambahan pula, padi ini tidak memerlukan banyak air semasa musim semaian dan ini
telah membolehkan padi baka baru ini ditanam di kawasan yang berbukit di China.
 Seterusnya, pertambahan dalam hasil pertanian juga membolehkan barang hasil pertanian
ini dijual di bandar-bandar besar oleh tuan-tuan tanah. Malahan, ada orang tengah yang
membeli secara pukal dan menjual hasil pertanian ini di bandar-bandar besar di China.
KEGIATAN 2 INDUSTRI KECIL
HURAIAN  Kepesatan perkembangan ekonomi turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di
pusat-pusat bandar yang besar seperti Nanjing dan Beijing. Bandar-bandar ini turut
menyumbang kepada pertumbuhan industri swasta.
 Khususnya, industri-industri skala kecil seperti pengeluaran barang-barang kertas,
sutera, kapas dan porselin. Industri porselin telah berkembang sehinggapada zaman
pemerintahan Maharaja Zhu Yuan Zhang, industri ini member sumbangan yang besar
dalam perbendaharaan Negara.
 Wilayah Kiangsi muncul sebagai pusat pengeluaran porselin yang utama.
 Wilayah Soochow muncul sebagai pusat industri tekstil dan Sungkiang sebagai pusat
utama pengeluaran kain kapas.
 Perkembangan industri tekstil ini telah menjadikan kapas sebagai satu tanaman penting
dalam Dinasti Ming.
 Selain itu, industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang dalam sektor pertanian
dan pembangunan Negara China.
 Usaha pertukaran dengan Negara luar turut mencapai perkembangan pesat sehingga
mewujudkan perdagangan dengan Jepun, Afrika Timur dan negara-negara Asia.
KEGIATAN 3 KEGIATAN PERDAGANGAN
HURAIAN  Pada abad ke-16, ekonomi feudalisme yang mengutamakan pertanian sebagai sumber
utama di China telah menyebabkan status ekonomi perdagangan diletakkan sebagai
lapisan paling rendah dalam bidang ekonomi. Justeru, para pedagang dipandang hina
walaupun membawa pulangan yang banyak kepada Negara China.
 Namun begitu, aktiviti perdagangan di China tetap berjalan dengan lancar dengan adanya
sistem pengangkutan yang baik. China telah menggunakan sungai-sungai sebagai jalan
perhubungan yang utama.
 Sungai Yangtze yang boleh dimudiki kapal sejauh seribu batu dari kuala telah
membolehkan perdagangan dijalankan di seluruh lembangan tengah. Sistem jalan air ini
telah diperluaskan lagi dengan pembinaan Terusan Besar yang menganjur dari Peking di
sebelah utara ke Hangchow, selatan Sungai Yangtze.
 Sementara di bahagian tengah dan selatan China pula, khasnya di wilayah-wilayah timur,
banyak terusan kecil yang membantu membawa barang dari satu kawasan ke kawasan
yang lain.
KEGIATAN 4 HUBUNGAN LUAR DAN PERDAGANGAN
HURAIAN  Perdagangan di China pada abad ke-16 turut berkembang.
 Perkembangan ini berikutan pembaharuan dasar pemerintahan Dinasti Ming. Pada abad
ini, maharaja telah membenarkan pelayar-pelayar China memulakan pelayaran ke pesisir
pantai di Asia Tenggara, selatan India, Sri Lanka, Hormuz dan pesisir pantai Afrika.
 Pelayaran ini membuahkan hasil apabila wujudnya hubungan dengan negara luar dan
hubungan perdagangan. Hubungan dengan Negara luar ini telah meningkatkan
perdagangan China dan membawa pedagang-pedagang dari luar untuk berdagang di
pelabuhan Canton.
 Pelabuhan Canton menerima pelbagai bangsa, antaranya pedagang Asia Tenggara, Arab
dan Eropah.
 Kepelbagaian negara para pedagang yang datang ini membolehkan China menerima
banyak aspek-aspek lain dari tamadun luar. Keterbukaan pemerintah era Dinasti Ming ini
telah membawa banyak perubahan dalam bidang pertanian di China. Hal ini berjaya
meningkatkan ekonomi Negara China.
PENUTUP  Ekonomi feudalisme di China menunjukkan aspek dari segi pertanian, industri kecil,
perdagangan serta hubungan luar dan perdagangan yang menjadikan negara China sebuah
negara yang wajar menjadi contoh kepada negara-negara lain.
 Kepesatan dan kemakmuran ekonomi China pada zaman pemerintahan Dinasti Ming telah

37
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

menjadikan China sebagai sebuah negara yang masyhur dalam perkembangan ekonomi
pada masa tersebut.

SOALAN 22 TERANGKAN KEGIATAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JERMAN


PENGENALAN  Pada abad ke-16, Jerman juga masih mengamalkan sistem ekonomi feudalisme yang
mengutamakan kegiatan pertanian sebagai sumber pendapatan kerajaan.
 Golongan petani telah ditindas akhir mereka menuntut agar kerajaan melakukan
pembaharuan agar meningkatkan lagi taraf kehidupan mereka. Dengan campur tangan
kerajaan akhirnya ekonomi feudalisme Jerman semakin berkembang.
 Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan oleh Jerman dapat dilihat dalam 3 bidang
utama iaitu pertanian, perindustrian dan perbankan.
KEGIATAN 1 KEGIATAN PERTANIAN
HURAIAN  Pada abad ke-16M, bidang pertanian merupakan sumber utama ekonomi Jerman yang
diusahakan oleh 90% masyarakat petaninya. Petani di Jerman masih bergantung  kepada
tuan tanah dan terikat dengan sistem perhambaan. Kegiatan pertanian yang dijalankan
masih menggunakan kaedah primitif.
 Kegiatan pertanian di Jerman menggunakan sistem tiga bidang pertanian iaitu tanah yang
diusahakan ditanam dengan tanaman bijirin (gandum, oat, barli dan kekacang), peralatan
yang digunakan seperti tenggala masih diperbuat daripada kayu dan menggunakan
binatang menggemburkan tanah. Selepas musim menuai, binatang ternakan dilepaskan
untuk meragut rumput.
 Petani Jerman dibebani dengan masalah cukai tanah dan tidak bebas melakukan kerja lain
seperti memburu, menagkap ikan dan memotong rumput. Mereka dikawal dan ditindas
oleh golongan tuan-tuan tanah.
 Penindasan yang dilakukan ini telah membawa kepada pemberontakan petani di wilayah
tengah dan selatan Jerman. Pemberontakan ini berlaku dari tahun 1524 hingga 1525
untuk menuntut kebebasan dan hak-hak lain dari golongan tuan-tuan tanah atau
bangsawan.
 Golongan petani menuntut beberapa pembaharuan bagi mengubah hidup mereka seperti
mereka dibenarkan melakukan kegiatan lain selain bertani, sistem perhambaan
dihapuskan dan menuntut tanah-tanah awam diserahkan kepada mereka untuk
diusahakan.
 Malangnya, pemberontakan ini gagal dan telah menyebabkan 100 000 orang petani telah
terkorban. Walau bagaimanapun, perjuangan golongan petani ini mendapat perhatian
pemerintah dan akhirnya pembaharuan telah dijalankan dalam bidang perhatian.
 Antara pembaharuan yang dijalankan ialah membina terusan iaitu Terusan Frederick
William yang menghubungkan Sungai Order dengan Sungai Elbe, mengecualikan cukai
kepada petani selama 10 tahun, menggalakkan penternakan lembu susu, melaksanakan
pembahagian tanah kepada petani, mengalakkan migrasi ke kawasan pertanian baru
dibuka dan menggabungkan tanah-tanah pertanian.
 Kerajaan Jerman juga mewujudkan pengkhususan pekerjaan dan pengeluaran mengikut
wilayah seperti wilayah Necker dengan penanaman anggur dan wilayah Pomerania
khusus untuk pengeluaran pertukangan.
 Walaupun pembaharuan telah dilaksanakan dan meningkatnya hasil pengeluaran di
Jerman, namum golongan petani tetap tidak berubah. Mereka masih terikat dengan
golongan tuan-tuan tanah dan masih menjadi golongan serf seperti di sungai Elbe.
 Pada akhir abad ke-18M, kerajaan Jerman telah menghapuskan sistem serf dan golongan
petani telah dibebaskan sepenuhnya.
KEGIATAN 2 KEGIATAN PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN
HURAIAN  Perdagangan tertumpu di bandar seperti Luberk, Hamburg dan Bremen. Pelabuhan
Hanseatic di Venice telah menjalankan perdagangan entreport iaitu membawa masuk
barangan logam, bulu binatang, barangan kulit dan kain bulu. Barangan yang dieksport
pula seperti rempah ratus, barangan timur, sutera, barangan kaca,  senjata dan kertas.
Barangan ukiran dari selatan Jerman telah dieksport ke luar negara dan menjadi barangan
penting dalam hubungan perdagangan dengan Belanda.
 Bandar-bandar di Jerman telah mengalami perkembangan yang pesat pada tahun 1740,
iaitu menjadi pusat pemasaran lembu dan bijirin, pusat pentadbiran dan penempatan
pedagang serta tukang-tukang. Kegiatan perdagangan semakin berkembang di Jerman

38
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

dari abad ke-16M hingga abad ke-18M iaitu barangan dagangan dibawa melalui jalan
darat dari utara Itali ke pelabuhan entreport Jerman Selatan.
 Pada abad ke-16, industri tekstil diusahakan secara besar-besaran di Jerman untuk
pasaran dalaman dan untuk eksport. Jerman telah mengusahakan perusahaan sutera dan
masyarakat desanya mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Manakala
masyarakat bandarnya pula menggunakan mesin untuk mewarnakan, memutihkan  kain
dan memasarkannya.
 Kegiatan perindustrian semakin berkembang apabila kerajaan mengadakan pembaharuan
seperti  membina jalan raya di Hesse dan Baden-Durlach pada akhir abad ke-18M.
Kerajaan juga telah menambah tenaga buruh iaitu Raja Frederick William I mengambil
tentera sebagai tenaga buruh yang dibayar gaji untuk bekerja di kilang kain kapas dan
bulu. Kerajaan juga telah mewujudkan kerjasama antara dengan pihak swasta atau
persendirian seperti kilang senjata di Berlin (1722) dan kilang cermin Neuhaus (1720).
 Industri kraf tangan juga telah berkembang di kawasan pedalaman Jerman seperti di
Bohemia. Bidang penenunan telah dimonopoli oleh pekerja wanita iaitu seramai 200 000
orang. Wilayah ini telah menjadi pembekal bahan eksport industri Jerman ke negara
Amerika dan Eropah. Industri ini turut berkembang ke Chemnitz iaitu penduduknya
menjadi pemintal benang di rumah.
 Kepesatan ekonomi di Jerman membawa kepada pengukuhan kedudukan saudagar
melalui penubuhan pelbagai organisasi perniagaan baru sehingga organisasi perniagaan
tradisional seperti kesatuan tukang dan kesatuan saudagar mula hilang peranannya.
KEGIATAN 3 INSTITUSI KEWANGAN
HURAIAN  Institusi kewangan seperti bank telah ditubuhkan di Jerman yang banyak memberi
bantuan kewangan atau modal kepada pedagang Jerman. Peruntukan modal ini
membantu merancakkan urusan perdagangan termasuklah dengan Sepanyol dan
Portugal. Barangan buatan kilang Jerman dipasarkan di Lisbon dan Sevile. Pada abad ke-
18M, bandar Frankfurt menjadi tumpuan penduduk ekoran kepesatan ekonomi
perbankan dan perdagangan.
 Perkembangan perbankan ini telah melahirkan keluarga Fuggers Augburg yang kaya di
jerman dan Eropah dengan memiliki aset sebanyak 200 000 gulden dan telah meningkat
kepada 4 juta gulden pada tahun 1546. Mereka telah melaburkan modal dalam
perlombongan raksa di Sepanyol dan perkapalan serta memberi pinjaman kepada
Maharaja Rom Suci.
PENUTUP  Kepesatan perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman banyak didorong oleh peranan
yang dimainkan oleh golongan petani. Hasil keluaran pertanian yang semakin meningkat
setelah pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan telah membawa kepada
berkembangnya industri dan perdagangan yang didominasi oleh golongan saudagar.
Ekonomi feudalisme Jerman semakin berkembang dengan tertubuhnya institusi
kewangan seperti bank.

SOALAN 23 TERANGKAN KEGIATAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI PERANCIS.


PENGENALAN  Pada abad ke-16M, Perancis juga mengamalkan sistem ekonomi feudalisme yang hampir
sama dengan Jerman. Masyarakat Perancis juga masih terikat dengan sistem feudal iaitu
penguasaan golongan bangsawan dan tuan tanah ke atas golongan petani. Ekonomi
feudalisme di Perancis boleh dilihat dalam 4 bidang iaitu pertanian, perdagangan,
perindustrian dan institusi kewangan.
KEGIATAN 1 PERTANIAN
HURAIAN  Pada abad ke-16M, Perancis juga masih bergantung kepada bidang pertanian yang
diusahakan oleh masyarakat yang tinggal di desa. Petani masih terikat dengan tuan-tuan
tanah dan perlu berkhidmat kepada mereka di bawah sistem manor. Mengikut sistem ini,
petani akan tinggal di tanah milik tuan tanah, mengusahakan tanah tuan tanah,
membekalkan kayu api, membina jalan dan membayar cukai kepada tuan tanah.
 Kegiatan pertanian di Perancis menggunakan kaedah tanah lapang (open field) iaitu
tanah-tanah ini dibahagi kepada 3 bahagian atau pusingan penanaman. Pusingan pertama
akan ditanam dengan tanaman bijirin seperti oat dan barli pada musim bunga, kemudian
ditanam dengan gandum pada musim luruh dan pusingan yang terakhir tanah tersebut
dibiarkan kosong. Ketika ini binatang ternakan seperti kuda dan lembu akan dilepaskan

39
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

untuk meragut rumput yng tumbuh.


 Walau bagaimanapun, berlaku perubahan secara perlahan dalam bidang pertanian di
selatan Perancis apabila golongan bangsawan telah mula memajak dan menyewakan
tanah mereka kepada petani untuk mendapatkan keuntungan. Petani tidak lagi menjadi
hamba atau serf tetapi telah menjadi penyewa tanah yang bebas.
 Petani telah digelar sebagai metayers di mana mereka bukan sahaja bertani tetapi telah
melakukan pekerjaan lain seperti menternak lembu daging dan lembu susu kemudian
dijual di pasar-pasar.
 Bagi memajukan bidang pertanian, Raja Henry IV telah mengarahkan menterinya Duke
Sully memajukan bidang pertanian di Perancis. Beliau telah memperkenalkan beberapa
pembaharuan seperti menghapuskan cara lama yang dilakukan oleh petani, membekalkan
biji benih percuma, membiayai kegiatan penternakan, larangan memusnahkan hutan dan
mengeringkan paya dikeluar, dan membangunkan kemudahan pengangkutan jalan raya,
jambatan dan terusan.
 Pembaharuan ini telah menjadikan Perancis sebagai pengeluaran bijirin dan anggur
merah dan hasil ini telah menjadi bahan dagangan utama Perancis ke Eropah seperti
Belanda. Tanaman malberi dan penternakan ulat sutera juga telah diusahakan di Perancis.
Ini telah mendorong berlakunya peningkatan pendapatan petani dan membawa
perkembangan bandar Paris, Lyons dan Marseilles.
 Semasa pemerintahan Raja Louis XIV, pembaharuan dalam bidang pertanian juga turut
dilaksanakan oleh menteri Jean-Baptiste Colbert. Antara pembaharuan yang
dilaksanakan ialah peralatan pertanian petani tidak dibenarkan dirampas akibat hutang,
menggalakkan aktiviti penternakan lembu dan kuda, membaiki jalan raya, membina
terusan dan menyelaraskan cukai antara wilayah.
 Walaupun kegiatan ekonomi pertanian berkembang pesat tetapi petani kekal miskin dan
ditindas oleh golongan tuan tanah. Golongan petani masih lagi dibebani dengan
pembayaran cukai langsung dan cukai tidak langsung. Cukai langsung seperti cukai
pendapatan, cukai keluarga dan cukai harta manakala cukai tidak langsung pula cukai
garam dan cukai seigneur.
 Kehidupan petani bertambah sukar bila berlaku kemeleseten ekonomi pada tahun 1787-
1789, tanaman tidak menjadi, kenaikan harga gandum, kekurangan makanan dan pelbagai
tekanan lain. Akhirnya golongan petani telah bangkit menentang dan berjaya
menumbangkan rejim feudal pada tahun 1789.
KEGIATAN 2   PERDAGANGAN
CONTOH  Kekayaan Portugal dan Sepanyol dalam penjelajahan dan perdagangan luar mendorong
Perancis meluaskan tanah jajahan dan meluaskan perdagangan di seberang laut. Perancis
memulakan penjelajahan dan membuka pusat perdagangan di India dan Amerika Utara.
Ini telah membolehkan Perancis memonopoli perdagangan bulu dan membuka
petempatan di Amerika.
 Pada tahun 1620-an, Perancis telah membuka petempatan di Hindia Barat, pangkalan di
Chandernagore timur India dan pada tahun 1642 pula membuka bandar Montreal.
Perkembangan perdagangan turut berlaku dalam negara iaitu bandar-bandar
perdagangan telah muncul seperti bandar Champagne, Lyon dan Beaucaire.
 Untuk menggalakkan lagi perdagangan di Perancis, beberapa pembaharuan telah
dilaksanakan oleh Jean-Baptiste Colbert seperti membina gudang senjata di Toulan dan
pelabuhan, membina kapal di Rochefort, Calaeis, Brest dan Havre, melengkapkan pasukan
tentera laut, menggalakkan pembukaan petempatan baru, menggalakkan migrasi
golongan profesional dari luar Perancis, dan meyakinkan raja untuk berperang bagi
meningkatkan perdagangan.
 Perdagangan di Perancis juga dapat berkembang kerana bantuan Raja Louis XIV seperti
mengenakan tarif cukai yang tinggi kepada barangan asing dan kapal asing yang
menggunakan pelabuhan Perancis serta memberi bantuan kewangan kepada industri
perkapalan.
 Pembaharuan dan dasar yang dilaksanakan ini telah mendorong berkembangnya
beberapa industri kraf tangan berdasarkan daerah di Perancis seperti industri gelas di
Paris; industri sutera di Lyon; industri kain bulu; pembukaan ladang tebu di San
Domingo, Martinique dan Guadeloupe serta menjadi pembekal gula ke Eropah;
perdagangan Perancis dengan Sepanyol meningkat; dan Levant menjadi pusat
perdagangan utama.

40
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

KEGIATAN 3 BIDANG PERINDUSTRIAN


HURAIAN  Pada abad ke-16M, industri tekstil diusahakan secara besar-besaran untuk pasaran dalam
negeri dan dieksport. Kain dan teknik pengeluaran sutera dari China dibawa masuk oleh
pedagang Arab ke Eropah dan ini membolehkan Perancis mengeluarkan sendiri kain
seperti di Tuscany.
 Industri kain telah berkembang di desa dan mereka berjaya mengeluarkan pakaian
berasaskan kain bulu dan linen. Manakala masyarakat bandar pula menggunakan mesin
untuk mewarnakan dan memutihkan kain sebelum dipasarkan.
 Di Perancis industri pertukangan juga berkembang iaitu tukang yang berkelayakan akan
bekerja tanpa menerima upah selama beberapa tahun di rumah guru atau ahli
pertukangan sebelum membuka pusat pertukangan sendiri apabila mereka kembali ke
tempat asalnya.
 Mereka akhirnya menubuhkan kesatuan tukang untuk menjaga hasil pertukangan mereka.
Barangan pertukangan Perancis seperti perabot telah mendapat tempat di pasaran pada
tahun 1770.
 Perkembangan perdagangan dan galakan daripada kerajaan telah mengukuhkan
kedudukan golongan saudagar @ borjois sehingga menyaingi kedudukan golongan
aristokrat dalam bidang politik.
KEGIATAN 4 INSTITUSI KEWANGAN
HURAIAN  Perkembangan perdagangan turut dipengaruhi oleh faktor perkembangan sistem
kewangan. Pada tahun 1500, wang tidak perlu dibawa dengan banyak untuk melakukan
urusan perdagangan. Keadaan tersebut memudahkan pedagang dan pengeluar mengawal
dan memasarkan barangan dengan bebas.
 Selain itu, urusan pengutipan cukai juga mula dilaksanakan. Misalnya, 200 cukai berjaya
dikutip dalam satu masa di 120 tempat yang berlainan di Sungai Loire dan daerah-daerah
yang lain.
 Sistem perbankan di Perancis hanya berkembang pesat pada abad ke-18. Misalnya,
pembukaan Paris Bourse pada tahun 1724, Caisse D'escompte pada tahun 1776, dan
Lorene Royale pada tahun 1783. Syarikat Joint Stock berkembang pada pertengahan
abad ke-18. Pada tahun 1788, syarikat Perancis memperkenalkan insurans kebakaran.

PENUTUP  Perkembangan ekonomi feudalisme di Perancis begitu ketara dengan berlakunya banyak
perubahan dalam sektor pertanian, perdagangan, perindustrian dan perbankan.
Perkembangan ini telah memberi kelebihan kepada golongan saudagar sehingga boleh
menyaingi kedudukan golongan aristocrat.
 Walau bagaimanapun, kemajuan ini tidak dinikmati sepenuhnya oleh golongan petani
sehingga mereka bangkit melancarkan pemberontakan dan akhirnya berjaya
menumbangkan rejim feudal.

SOALAN 24 HURAIKAN PERKEMBANGAN DAN FAKTOR-FAKTOR PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN


DI PORTUGAL
PENGENALAN  Sejarah Portugal sebagai sebuah negara Eropah dan Negara Atlantik bermula sejak awal
Zaman Pertengahan.
 Pada abad ke-15 dan 16, Portugal berubah ke status kuasa dunia semasa Zaman
Penerokaan di Eropah kerana Portugal berjaya membina sebuah empayar besar di
Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Australia.
FAKTOR 1 KEDUDUKAN GEOGRAFI
 Kedudukan Portugal berhampiran dengan laut mendorong masyarakatnya melibatkan diri
dalam bidang maritim. Portugal terletak di Semenanjung Iberia yang dikelilingi Lautan
Atlantik. Mempunyai kawasan pantai yang panjang dan mempunyai pelabuhan yang baik
seperti Lisbon dan Antwerp.
 Pelabuhan ini berperanan sebagai pusat pengedaran barang dagangan dan pusat
pengagihan rempah ratus yang dibawa dari Timur kepada pedagang Eropah.
Masyarakatnya menjadi pelaut mahir kerana pengaruh kelautan yang membolehkan

41
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

mereka perolehi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pelayaran.


FAKTOR 2 GALAKAN PUTERA HENRY
HURAIAN  Beliau merupakan tokoh yang berperanan dalam bidang penerokaan dan penjelajahan.
Seorang saintis dan bekas tentera salib yang mengetahui ilmu kartografi.
 Digelar Henry The Navigator kerana mengasas institut pelayaran di Sagres. Institut ini
berperanan memberi latihan dan kemahiran kepada pelayar. Ia menjalankan aktiviti
penyelidikan, penciptaan peralatan pelayaran dan membaiki kapal.
 Pelayar yang dapat latihan telah menakluki Kepulauan Madeira (1419) dan Azores (1427).
 Tahun 1460, Portugis  menguasai rangkaian pelabuhan dari Kepulauan Madeira
hingga ke Cape Verde.
FAKTOR 3 PENGARUH RENNAISANCE
HURAIAN  Gerakan ini menyebabkan Portugis muncul sebagai kuasa maritim dan menyebabkan
perubahan dalam pemikiran bangsa Eropah. Renaisans mempunyai ciri-ciri seperti
humanisme, individualisme, sekularisme, sifat kritikal, dan rasional.
 Peranan institut gereja mengongkong pemikiran masyarakat mula hilang. Ini
menyebabkan muncul era baru yang mementingkan sains dan teknologi serta kebebasan
manusia berfikir. Era baru ini melahirkan semangat ingin tahu di kalangan masyarakat
dan mula meneroka kawasan yang belum ditemui.
FAKTOR 4 KESTABILAN POLITIK PORTUGAL
HURAIAN  Galakan daripada Raja-Raja Portugal terutamanya semasa pemerintahan Dinasti Avis
(1883-1577) telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber yang memberikan
dorongan kuat kepada rakyat untuk menceburi bidang perdagangan dan perkapalan.
FAKTOR 5 PERANG SALIB
HURAIAN  Ekoran Perang salib, Paus merestui usaha membenteras kekuasaan Semenanjung Iberia
yang sekaligus melahirkan masyarakat Eropah yang berfikiran terbuka.
 Penaklukan wilayah Islam yang menyebabkan ilmu pelayaran islam telah sampai kepada
masyarakat Eropah membantu mereka untuk menjelajah negara luar.
FAKTOR 6 KEMAJUAN DAN PENEMUAN BARU
HURAIAN  Penemuan seperti carta pelayaran (peta), kompas, rekabentuk kapal dan sebagainya.
 Dalam pembinaan kapal, orang Portugal mempunyai kemahiran dalam membina kapal
jenis Caravel seberat 2000 tan yang kuat dan mampu mengharungi lautan luas.
FAKTOR 7 KEMUNCULAN TOKOH PELAYARAN PORTUGAL
HURAIAN  Kemunculan tokoh seperti Diego Cam dan Bartholomew Diaz yang berjaya belayar
sejauh 1400 batu sepanjang Pantai Barat Afrika antara tahun 1482-1484.
 Bartholomew telah memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan mengelilingi
Tanjung Pengharapan.
 Vasco da Gama pula melancarkan ekspedisi ke Timur dengan empat buah kapal seberat
120 tan dan 180 orang pelaut. Selepas itu, mengelilingi Tanjung Pengharapan dan belayar
sepanjang Pantai Timur Afrika hingga ke Malindi.
FAKTOR 8 DORONGAN DARIPADA PENGEMBARA TERDAHULU
HURAIAN  Pengembara memberi inspirasi kepada pelayar Portugal adalah seperti Marco Polo,
Odoric Perdenone. Catatan mereka menarik minat pengembara Portugal mencari
jalan laut seperti buku The Travels of  Marco Polo.
 John Monte pula merekod pengalamannya berkhidmat di Parsi, India, China. Ini
medorong Portugal melancarkan ekspedisi ke Timur.
 Mitos Prestor John diidentifikasikan sebagai Raja Ethiophia mendorong kepada
kegiatan penerokaan dan penjelajahan orang Portugal.
FAKTOR 9 PERKEMBANGAN KAPITALISME
HURAIAN  Menggalakkan kegiatan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan persaingan
dalam perniagaan. Ini menyebabkan raja negara bangsa Portugal mempelopori
perkembangan ini dan mengamalkan dasar merkantilisme yang memberi penekanan
terhadap pengumpulan kekayaan, kekuasaan dan menjaga kebajikan penduduk
tempatan.
 Menguasai pelayaran melalui pelaburan baharu  dan menjadi galakan kepada pelayar
dan raja menaja pelayaran.
PENUTUP  Kesimpulannya, faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan Portugal telah memberi
sumbangan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial.

42
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

SOALAN 25 HURAIKAN PERKEMBANGAN DAN FAKTOR-FAKTOR PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN


DI BELANDA
PENGENALAN  Belanda bukan sahaja terkenal sebagai negara pertanian. Malah kedudukannya
geografinya yang dikelilingi oleh laut membolehkan Belanda muncul sebagai kuasa
perdagangan di Eropah pada abad ke-16 hingga ke-18.Perdagangan merupakan kegiatan
ekonomi yang penting di Belanda pada abad ke-16 hingga 18.
 Kegiatan perdagangan di Belanda terdiri daripada perdagangan dalam negara, luar negara
dan maritim. Belanda turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara-Negara
Eropah yang lain seperti England, Jerman, Perancis, Sepanyol, Norway, Russia dan Itali.
Menjelang abad ke-16, wujud perdagangan maritim yang melibatkan negara-negara di
Timur
PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN DI BELANDA
1. Perdagangan antara Belanda-Inggeris: Menjelang abad ke-17, perdagangan antara
Belanda dengan England menguntungkan Belanda. Kajian menunjukkan banyak kapal
dagang yang berulang-alik dari pelabuhan-pelabuhan di Belanda dan England. Salah satu
komiditi utama dalam hubungan perdagangan dengan England ialah tekstil. Bekalan
bahan mentah bagi industri kain di Belanda diimport dari England. Kain-kain tersebut
seterusnya diproses dan dicelup dengan pewarna sebelum diimport.
2. Perdagangan antara Belanda-Perancis: Sebelum tahun 1672, Belanda mengendalikan
sebahagian besar daripada perdagangan luar Perancis. Selain itu, Belanda menyediakan
pengangkutan laut antara pelabuhan- pelabuhan di Perancis
3. Perdagangan antara Belanda-Sepanyol: Perdagangan antara Belanda dengan Sepanyol
berkembang dengan pesat pada abad ke-17. Antara barangan komoditi yang terlibat
dalam perdagangan dengan Sepanyol ialah bijirin, kayu balak, ikan,buah-buahan dan
wain. Perjanjian marin yang ditandatangani pada tahun 1650 memberi keistimewaan
kepada kapal-kapal dagang Belanda menghantar barangan dagangan ke Sepanyol dan
Portugal.
4. Perdagangan antara Belanda-Norway: Pada pertengahan abad ke-17, Belanda
mengimport kayu balak dari Norway. Bekalan kayu balak dihantar kepada pedagang-
pedagang di Amsterdam dan Zaandam menerusi pelabuhan Enkhuzien, Hoorn dan
Harlingen. Sebagai timbal-balik, Norway membeli gandum dari Belanda.
5. Perdagangan antara Belanda-Rantau Baltik: Hubungan perdagangan dengan negara-
negara yang terletak di rantau Baltik menguntungkan Belanda. Kajian menunjukkan 55%
daripada kapal-kapal dagang yang berlabuh di pelabuhan Sweden dan Rusia pada awal
abad ke-17 datang dari Belanda. Pedagang-pedagang Belanda mengimport bijirin yang
dihasilkan dari negara-negara Baltik. Bijirin tersebut dijual di negara-negara yang terletak
di bahagian selatan dan barat Eropah.
6. Perdagangan antara Belanda-Eropah Utara dan Eropah Barat: Menjelang pertengahan
abad ke-17, Belanda memonopoli pengangkutan barang-barang dagangan di bahagian
utara dan barat Eropah. Perkembangan ini menyebabkan muncul suasana yang tegang
antara negara-negara Eropah Utara dan Eropah Barat dengan Belanda. Ketegangan ini
meletakkan asas bagi peperangan yang tercetus pada tahun 1652 dan tahun 1655. Konflik
ini menyebabkan kedudukan ekonomi dan sistem perdagangan Belanda terjejas.
7. Perdagangan antara Belanda-Mediterranean: Belanda mempunyai hubungan
perdagangan dengan negara-negara yang terletak di kawasan Mediterranean • Sehingga
tahun 1650, perdagangan Belanda di rantau Mediterranean tertumpu kepada pelabuhan-
pelabuhan yang terletak di Itali. Aktiviti perdagangan dijalankan di pelabuhan-pelabuhan
yan terletak di Itali seperti Naples, Sicily dan Venice. Belanda juga menjalinkan hubungan
perdagangan dengan kerajaan Turki Uthmaniyah terjalin ekoran perjanjian antara
Cornelis Haga dengan kerajaan Turki Uthmaniyah. Perjanjian tersebut memberi
kebebasan kepada pedagang-pedagang Belanda berdagang di pelabuhan-pelabuhan Turki
Uthmaniyah. Di samping itu, pejabat konsulat Belanda ditubuhkan di pelabuhan-
pelabuhan seperti Aleppo, Algiers dan Tunis.
8. Perdagangan Maritim: Saudagar-saudagar Belanda turut terlibat dalam perdagangan
rempah dengan Timur. Menjelang abad ke-16, saudagar-saudagar Belanda memperoleh
barang-barang dagangan dari Timur menerusi pedagang-pedagang Portugal.

43
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

Perkembangan ini disebabkan oleh suasana politik yang meruncing di selatan Belanda
yang berada di bawah pemerintahan Raja Phillip ll.
9. Pada tahun 1576, Sepanyol bertindak menyerang dan menguasai pelabuhan Antwep
di Belanda. Selepas kejatuhan pelabuhan Antwep, ramai pedagang Belanda beralih ke
pelabuhan Amsterdam. Raja Phillip ll mengambil tindakan menutup pelabuhan Lisbon
ekoran pemberontakan yang berlaku di wilayah selatan Belanda.
10. Baginda turut melarang pedagang-pedagang Belanda daripada memasuki pelabuhan
tersebut. Tindakan Raja Phillip ll menutup pelabuhan Lisbon kepada saudagar
menyebabkan mereka terpaksa datang ke Timur. Belanda juga berhasrat untuk
memecahkan monopoli perdagangan rempah yang dikuasai oleh Portugal dan Sepanyol.
Tambahan pula keuntungan diperoleh daripada perdagangan boleh digunakan untuk
membiayai peperangan menentang Sepanyol.
11. Selain itu, Belanda juga terlibat dalam perebutan tanah jajahan dan perdagangan di
Hindia Barat dengan Sepanyol. Pada tahun 1602, Belanda menubuhkan Syarikat Hindia
Timur Barat (VOC) untuk berdagang dengan pulau-pulau di Atlantik. Syarikat ini
menemui koloni New Motherland pada tahun 1626. Koloni ini telah diambil alih oleh
Inggeris pada tahun 1674 dan menamakannya New York

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN DI BELANDA


FAKTOR 1 KEKURANGAN SUMBER ALAM
HURAIAN  Perkembangan perdagangan disebabkan kekurangan sumber alam di Belanda. Belanda
tidak mengelurakan barangan yang mencukupi untuk penduduknya kecuali keluaran hasil
tenusu.
 Belanda terpaksa mengimport barangan keperluan penduduknya. Ini menyebabkan
muncul aktiviti perdagangan melibatkan Belanda dengan negara-negara lain.
FAKTOR 2 KEMUNCULAN INDUSTRI PEMBUATAN
HURAIAN  Kemunculan industri pembuatan di Belanda disebabkan oleh kekurangan sumber alam.
Muncul industri berasaskan produk yang diimport dari negara lain khususnya kain tekstil
dari England.
 Tekstil yang diimport ini kemudiannya mewujudkan industri mewarnakan pakaian
berasaskan produk tempatan seperti akar pokok madder yang menghasilkan warna
merah pada kain tekstil.
FAKTOR 3 KEDUDUKAN STRATEGIK DI LALUAN MARITIM
HURAIAN  Kedudukan Belanda terletak di tengah-tengah laluan perdagangan maritim yang
menghubungkan bahagian timur dan barat daya Eropah.
 Kedudukan yang strategik ini menyebabkan Belanda memainkan peranan sebagai pusat
pengedaran barang dagangan di benua Eropah. Tambahan pula, Belanda juga memiliki
industri pembinaan kapal sejak abad ke-15M.
FAKTOR 4 KEMUDAHAN PERBANKAN
HURAIAN  Menjelang awal abad ke-17, muncul institusi-institusi perbankan di Belanda • Institusi
perbankan menyediakan modal dan memberi pinjaman kepada peniaga-peniaga yang
terlibat dalam kegiatan perdagangan.
 Pada tahun 1609, Wisselbank yang merupakan institusi pertukaran mata wang
ditubuhkan di Amsterdam. Antara peranan Wisselbank ialah:
i. Mengelakkan kekeliruan yang timbul ekoran daripada penggunaan mata wang
yang berbeza.
ii. Menyelaraskan peminjaman wang dan memperkenalkan sistem pembayaran
menerusi cek.
iii. Mengambil alih tugas dan peranan yang dimainkan oleh pengurup wang.
 Pada tahun 1614, sebuah bank lagi ditubuhkan di Amsterdam untuk memberi pinjaman
kepada pedagang-pedagang dan peniaga kecil. Bank ini mengambil alih peranan yang
dimainkan oleh peminjam wang persendirian.
 Dengan mengenakan kadar faedah yang rendah, bank ini membantu pedagang dan
peniaga kecil yang terlibat dalam kegiatan perdagangan.
FAKTOR 5 INDUSTRI MARITIM
HURAIAN  Diperkenalkan bagi pedagang-pedagang yang terlibat dalam kegiatan perdagangan
menggunakan laluan laut. Insurans maritim mula diperkenalkan di Belanda sejak
pertengahan abad ke-16.

44
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Insurans ini diperkenalkan bagi menanggung risiko yang dihadapi oleh pedagang-
pedagang semasa menghantar barangan melalui jalan laut.
 Premium bagi insuran ini termasuk dalam harga belian barang dan berbeza dari semasa
ke semasa. Premium insurans yang dikenakan pada tahun 1650 adalah antara 5% hingga
11.4% daripada harga barangan.
FAKTOR 6 MATA WANG
HURAIAN  Sehingga akhir abad ke-17, tidak dapat keseragaman dalam penggunaan mata wang di
Belanda kerana setiap daerah dan provinsi memiliki mata wang masing-masing.
 Namun demikian, wilayah-wilayah seperti Hoorn, Medemblik dan Enkhuizen
mempunyai mata wang yang standard disebabkan pengeluaran matawangnya di bawah
pengawasan pemerintahnya.
 Manakala, matawang kebangsaan yang mempunyai nilai yang berbeza disebarkan untuk
penggunaan orang awam.
 Selain itu, mata wang Pound Flemish, Ducatoon, Dollar Rix, Crusados dan Carolus juga
digunakan dalam urusniaga.
 Beberapa mata wang Sepanyol dan Jerman juga di gunakan secara meluas di Belanda.
FAKTOR 7 SISTEM UKURAN DAN TIMBANGAN
HURAIAN  Sistem ukuran dan timbangan yang diamalkan di Belanda juga tidak seragam.
 Pada abad ke-17, setiap bandar di Belanda mempunyai sistem ukuran masing-masing.
 Sistem ukuran dan timbangan yang seragam penting untuk memajukan dan
memperkembangkan kegiatan perdagangan di Belanda.

FAKTOR 8 KEMUNCULAN SYARIKAT DAGANG


HURAIAN  Perkembangan perdagangan maritim menyebabkan muncul syarikat- syarikat dagang.
 Pada tahun 1594, sekumpulan pedagang dari Amsterdam telah menubuhkan sebuah
persatuan yang dikenali sebagai Society of Distant Lands.
 Persatuan ini ditubuhkan untuk membiayai kos pembinaan kapal- kapal dagang.
 Selepas penubuhan persatuan tersebut muncul lagi beberapa persatuan bagi membiayai
kegiatan penerokaan dan penjelajahan ke Timur
PENUTUP  Kesimpulannya, faktor-faktor perkembangan perdagangan dan peniagaan di Belanda
telah memberi banyak sumbangan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial.

SOALAN 26 HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI PERTANIAN DI


ENGLAND.
PENGENALAN  Menjelang akhir abad ke-17 M, tercetus revolusi yang dikenali sebagai Revolusi Pertanian
di England. Revolusi Pertanian meletakkan asas bagi kemunculan Revolusi Perindustrian
di England.
FAKTOR 1 PENGELUARAN MAKANAN
HURAIAN  Sebelum Revolusi Pertanian, pengeluaran makanan secara kecil-kecilan sahaja.
 Selepas Revolusi Pertanian, pengeluaran makanan secara besar-besaran berlaku kerana
perubahan dalam sistem pemilikan tanah, penggunaan kaedah saintifik dalam
penanaman, dan kaedah pemasaran produk yang berkesan.
FAKTOR 2 SISTEM PEMILIKAN TANAH
HURAIAN  Sebelum Revolusi Pertanian, terdapat dua sistem pemilikan tanah iaitu sistem pemilikan
tanah persendirian dan sistem pemilikan tanah awam. Tanah persendirian dimiliki oleh
golongan tuan-tuan tanah yang kaya.
 Tanah awam merupakan tanah yang dimiliki oleh orang perseorangan. Rakyat biasa
dibenarkan menggunakan tanah awam untuk bercucuk tanam, memelihara ternakan,
memburu binatang, dan memancing.
FAKTOR 3 AKTA PEMAGARAN TANAH
HURAIAN  Menjelang abad ke-18 M dan ke-19 M, berlaku pertambahan penduduk di England.
Menjelang tahun 1801, bilangan penduduk di England dan Wales adalah 9 juta orang.
Pada tahun 1831, bilangan penduduk meningkat secara mendadak sehingga mencapai 14
juta orang.
 Pertambahan penduduk menyebabkan tuan-tuan tanah memanfaatkan tanah awam untuk
menjalankan aktiviti pertanian secara besar-besaran. Tuan-tuan tanah mendapat

45
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

kelulusan Parlimen untuk memagari tanah awam. Antara tahun 1761 hingga 1792, hampir
500 000 ekar tanah dipagari.
 Akta Pemagaran Tanah menyebabkan tuan-tuan tanah membeli tanah awam dan muncul
ladang pertanian. Tuan-tuan tanah memiliki tanah yang luas untuk menjalankan
penanaman secara besar-besaran.
FAKTOR 4 KAEDAH PERTANIAN BARU
 Revolusi pertanian menyebabkan kaedah baru diperkenalkan dalam bidang pertanian
iaitu sistem penanaman bergilir yang diperkenalkan oleh Lord Townshend. Mengikut
kaedah baru ini, tanah pertanian dapat digunakan secara berterusan sepanjang tahun.
 Dalam sistem penggiliran tanaman pula, jenis tanaman yang berbeza akan ditanam
mengikut musim. Melalui kaedah baru ini, kesuburan tanah tidak terjejas kerana tanaman
yang berlainan menggunakan bahan mineral tanah yang berlainan.
 Dalam pada itu, tidak ada tanah yang perlu ditinggalkan kosong dalam sistem pertanian
ini. Pengenalan sistem penanaman bergilir menyebabkan beberapa tanaman baru
diperkenalkan antaranya ialah turnip dan ubi kentang. Thomas William Cake telah
memperbaik sistem penggiliran tanaman dan mendapati hasil pertanian meningkat
berlipat kali ganda.
FAKTOR 5 KAEDAH PENTERNAKAN BARU
 Robert Bakewell telah memperkenalkan kaedah baru dalam bidang penternakan
terutama dalam penternakan biri-biri dan lembu. Melalui kaedah baru yang
diperkenalkan, binatang ternakan boleh membesar dan matang dengan lebih cepat.
 Bekalan daging dan bulu binatang juga bertambah menerusi kaedah baru ini. Selain itu,
binatang-binatang ternakan juga membekalkan baja kepada para petani untuk tanaman
mereka.
FAKTOR 6 PENGENALAN PERTANIAN CAMPURAN
 Lord Townshend telah memperkenalkan sistem penggiliran tanaman iaitu petani
dikehendaki menanam rumput. Rumput yang ditanam oleh petani digunakan sebagai
sumber makanan kepada binatang ternakan seperti biri-biri dan lembu.
 Dengan demikian, petani mengamalkan sistem pertanian campuran yang melibatkan
tanaman dan ternakan. Penglibatan petani dalam aktiviti pertanian dan penternakan
menambahkan pendapatan mereka.
FAKTOR 7 CIPTAAN BARU
 Revolusi Pertanian juga menyebabkan peralatan baru dicipta untuk meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian. Jethro Tull telah mencipta alat yang digunakan untuk
menggali dan menugal tanah pertanian. Penciptaan alat baru ini membolehkan penugalan
dan penanaman biji benih dapat dilakukan dengan lebih pantas.
 Menjelang tahun 1730-an, sejenis bajak berbentuk tiga segi yang dikenali sebagai
Rotterham telah direka. Penciptaan alat tersebut membolehkan kerja membajak tanah
dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
 Selain itu, pelbagai peralatan untuk menjalankan kerja pertanian telah dicipta. Antara alat
pertanian tersebut ialah alat mengetam, alat memukul dan alat menumbuk bijirin.
 Penciptaan peralatan-peralatan tersebut telah mengurangkan penggunaan tenaga
manusia dalam menjalankan kerja-kerja pertanian. Dalam pada itu, penciptaan jentera
berkuasa wap menyebabkan kerja dapat dijalankan dengan cepat dan berkesan.
FAKTOR 8 PENGGUNAAN BAJA DAN SISTEM SALIRAN
 Menjelang pertengahan abad ke-19 M, ahli-ahli sains berjaya menghasilkan baja tiruan.
Di samping itu, baja asli juga digunakan secara meluas untuk rneningkatkan pengeluaran
hasil pertanian.
 Selain itu, mereka juga bertindak membina dan membaiki sistem saliran. Pembinaan
sistem saliran menyebabkan berjuta-juta hektar tanah dapat disalirkan untuk tujuan
pertanian.
PENUTUP  Perkembangan dalam bidang pertanian di England pada abad ke-17 dan 18 adalah
disebabkan oleh pengeluaran makanan, sistem pemilikan tanah, akta pemagaran tanah,
kaedah pertanian baharu, kaedah penternakan baharu, pengenalan pertanian campuran,
ciptaan baharu, penggunaan baja dan sistem saliran. Ianya menjadi asas kepada
kemunculan Revolusi Perindustrian.

46
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

SOALAN 27 PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI PERINDUSTRIAN KEDUA DI JERMAN


PENGENALAN  Penyatuan Jerman oleh Bismarck pada tahun 1871 telah membawa kepada kepesatan
perkembangan industri. Pelbagai dasar ekonomi telah dilaksanakan di Jerman bagi tujuan
memantapkan dan memakmurkan ekonomi negara.
 Dalam masa empat dekad, Jerman mengalami perkembangan yang menakjubkan dalam
bidang perindustrian berasaskan perlombongan, pertanian, perkhidmatan, kimia,
automotif dan senjata.
FAKTA 1 INDUSTRI PERLOMBONGAN
HURAIAN  Perkembangan industri Jerman diperingkat awal bermula dengan industri perlombongan.
Jerman kaya dengan sumber galian arang batu dan besi yang terdapat di Rhineland, Silesia
dan Saxony. Sumber ini seterusnya telah membawa pula kepada perkembangan besi dan
keluli. Hasil pengeluaran besi Jerman meningkat 1.5 juta tan tahun 1871 kepada 8.5 juta
tan pada tahun 1900.
 Seterusnya telah membawa kepada perkembangan perusahaan membuat kapal laut,
lokomotif dan gerabak kereta api. Bermula 1880 perusahaan membuat kapal pesat
dijalankan di Humburg. Danzig, Bremen dan Elby. Pembuatan gerabak dan lokomotif pesat
setelah Syarikat Krupp mengadakan pameran di Crystal Palece.
FAKTA 2 INDUSTRI BERASASKAN PERTANIAN
HURAIAN  Perkembangan industri berasaskan pertanian iaitu tekstil dan kulit. Industri tekstil
berkembang pesat di Rhineland, Saxony, Silesia dan Berlin. Pembuatan barangan
berasaskan kulit pula seperti tas tangan,tali pinggang, kasut, pelana kuda dan sebagainya
juga berkembang pesat. Jerman telah mengambilalih tempat England sebagai pengeluar
utama barangan kulit di Eropah
FAKTA 3 INDUSTRI PERKHIDMATAN PERKEMBANGAN
HURAIAN  industri perkhidmatan iaitu pengangkutan dan perbankan merancakkan lagi
perkembangan industri di Jerman. Kapal dan kereta api telah memainkan peranan penting
mengangkut barangan industri. Jaringan jalan kereta api menghubungkan bandar-bandar
utama di Jerman mempercepatkan penghantaran dan tempahan.
 Kemunculan bank-bank seperti Fuggers Augburg di Frankfurt, Join Stock Bank, Deutshe
Bank, Dresdener Bank dan banyak lagi telah memberikan kemudahan kredit telah
mengembangkan lagi industri
FAKTA 4 INDUSTRI KIMIA
HURAIAN  Penghujung abad ke 19 Jerman terlibat pula dalam industri kimia, pertrolium dan eletrik.
Kemunculan Syarikat BASF, Bayer dan Hoechst terlibat dalam perusahaan ini dengan
mengeluarkan pewarna. Bayer turut terlibat dengan pengeluaran ubat-ubatan dan racun.
Syarikat Hoechst mengeluarkan baja kimia.
FAKTA 5 INDUSTRI AUTOMOTIF DAN SENJATA
HURAIAN  Pada awal abad ke 20, Jerman memasuki era pembuatan automotif dengan kemunculan 2
syarikat iaitu Benz, Daimler dan Volkswaegon. Kedua-dua syarikat ini terlibat dengan
pengeluaran kereta bagi kenderaan penumpang.
 Jerman juga turut terlibat dengan pembangunan industri pertahanan seperti pembinaan
kapal perang, kilang senjata dan peluru. Sebagai contohnya pembinaan kapal perang laut
canggih yang dikenali Dreadnought.
PENUTUP  Selepas penyatuan, Jerman telah berkembang pesat membangun sebagai sebuah negara
industri. Kejayaan ini direalisasikan dengan keupayaan menyaingi Britain. Persaingan ini
akhirnya membawa kepada penglibatan Jerman dalam Perang Dunia Pertama.

SOALAN 28 HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PERKEMBANGAN


PERINDUSTRIAN KEDUA DI JERMAN
PENGENALAN  Revolusi perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman dan ciri utama revolusi
perindustrian tahap kedua ialah kapital kewangan mengatasi kapital industri. Teknologi
yang digunakan dalam tahap kedua terdiri daripada pelbagai bahan, sumber, dan bentuk .
 Muncul industri baharu seperti elektrik, kimia, petroleum, dan logam ringan. Keluaran
sampingan seperti kereta, radio, kapal terbang, dan kain tiruan juga dihasilkan. Pada abad

47
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

ke-19, ahli kimia dan metalurgi Jerman mencipta teknologi baharu untuk menghasilkan
barangan daripada arang batu dan besi.
FAKTOR 1 PENYATUAN JERMAN 1871
HURAIAN  Penyatuan Jerman oleh Bismark pada tahun 1871 telah meletakkan asas yang kukuh bagi
pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan, Jerman muncul sebagai
sebuah negara perindustrian yang unggul di Eropah.
 Penyatuan ini telah menyebabkan wujud keseragaman dalam mata wang, sistem
percukaian, sistem timbangan dan perundangan.
FAKTOR 2 KEMAJUAN PERTANIAN
HURAIAN  Kemajuan dalam bidang pertanian meletak asas bagi pertumbuhan sektor perindustrian
di Jerman. Selepas itu,sektor pertanian mula mengalami kemajuan dan perkembangan
dengan pesat. Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh penerbitan karya
mengenai teknologi pertanian. Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik telah
menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluar hasil pertanian.
 Terdapat lebih 2000 buah sekolah pertanian diseluruh Jerman. Sekolah pertanian dan
universiti menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian.
FAKTOR 3 KEMAJUAN DALAM PENYELIDIKAN
HURAIAN  Kemajuan dalam bidang penyelidikan merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di
Jerman dan makmal penyelidikan telah ditubuhkan oleh syarikat kimia dan elektrik di
Jerman. Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai
peralatan dan inovasi baharu.
 Beberapa buah syarikat dan perbadanan telah menghasilkan teknik baharu dengan
menjalinkan teori penyelidikan dengan amalan kerja harian di kilang. Perkembangan ini
telah menyebabkan Jerman muncul sebagai pemimpin dunia dalam industri kimia dan
elektrik pada akhir abad ke-19.
FAKTOR 4 PENUBUHAN KOPERASI
 Institusi koperasi memainkan peranan dalam perkembangan sektor perindustrian di
Jerman. Institusi ini memberikan bantuan kewangan kepada penduduk untuk melibatkan
diri dalam perindustrian ini.
 Menjelang tahun 1911, terdapat lebih kurang 25 000 buah kesatuan kredit di seluruh
Jerman. Institusi koperasi dan kesatuan kredit memainkan peranan dalam pertumbuhan
sektor perindustrian di Jerman.
FAKTOR 5 PENGHAPUSAN SISTEM GUILD
 Salah satu faktor yang mendorong perkembangan industri di Jerman ialah penghapusan
sistem guild. Dalam sistem yang diamalkan di Jerman, seseorang perlu mempunyai
pengalaman dalam guild selama beberapa tahun.
 Pengalaman dalam guild merupakan syarat wajib bagi melibatkan diri dalam
perindustrian.
 Sistem ini menjadi batu penghalang kepada perkembangan sektor perindustrian di
Jerman. Pada tahun 1811, kerajan bertindak menghapuskan monopoli dan keistimewaan
Guild melalui peraturan 1811.
FAKTOR 6 PENGHIJRAHAN PENDUDUK KE BANDAR
 Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar membantu perkembangan
sektor perindustrian. Pada tahun 1871, terdapat lapan buah bandar di Jerman dengan
bilangan penduduk seramai 100 000 orang.
 Bandar perusahaan muncul di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin.
FAKTOR 7 KEKAYAAN BAHAN MENTAH
 Perkembangan sektor perindustrian di Jerman disebabkan oleh kekayaan sumber bahan
mentah dan sumber bahan mentah yang terdapat di Jerman ialah arang batu, bijih besi,
dan bijih timah.
 Kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi yang terkenal ialah Lembah Ruhr,
Lorainne dan Silesia. Sumber galian ini merupakan sumber utama dalam menggerakkan
sektor perindustrian di Jerman.
 Pada tahun 1872, Jerman telah mengeksport bekalan bijih besi bernilai 1.92 juta tan ke
negara Eropah.

48
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

FAKTOR 8 KEMAJUAN INDUSTRI PERKAPALAN


 Perkembangan pesat sektor perindustrian disebabkan oleh kemajuan dalam industri
perkapalan. Industri perkapalan Jerman di Breman, Hamburg, Stettin, Danzig dan Elby.
 Selepas tahun 1880, berlaku peningkatan yang amat ketara dalam pembinaan kapal wap
di Jerman. Perkembangan ini menyebabkan jumlah muatan barang yang diangkut turut
meningkat.
PENUTUP  Terdapat tiga ciri utama revolusi perindustrian yang tercetus di Jerman iaitu kemajuan
teknologi, pembangunan kejuruteraan manusia dan kemajuan kewangan.
 Revolusi perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam bidang teknologi.
Faktor perkembangan revolusi perindustrian ini dapat meletakkan asas yang kukuh bagi
pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.

SOALAN 29 HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ZAMAN PENCERAHAN


PENGENALAN  Pencerahan ataupun Enlightenment merupakan satu zaman yang berlaku di Eropah selepas Renaisans
dan Reformasi iaitu kira- kira pada tahun 1650-1800. Enlightenment dapat didefnisikan sebagai
Zaman Pencerahan di mana semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal dan
berasaskan sebab musabab dan kaedah-kaedah saintik.
 Selain itu ia juga merupakan satu zaman yang mendukung gerakan pemikiran dan kepercayaan
yang berkaitan dengan konsep-konsep seperti Tuhan, alam dan manusia. Malah, ia juga merupakan satu
revolusi intelektual yang telah melahirkan pemikiran yang liberal dan moden. Hal
ini telahmembawa kepada sebuah perkembangan yang realistik yang turut didorong oleh beberapa
faktor di sebalik kejayaan ini.
FAKTOR 1 PENGARUH RENAISANS
HURAIAN  Melahirkan semangat ingin tahu dan kritikal yang radikal. Kemunculan negara bangsa,
ciptaan baharu, kemajuan seni bina, seni lukis dan lain-lain. Melahirkan masyarakat yang
berfikiran terbuka.
FAKTOR 2 PENGARUH REFORMASI
HURAIAN  Menamatkan konsep dunia Kristian dan melahirkan aliran pemikiran baharu seperti
Protestan, Anglican dan Presbyterianism. Kemunculan Negara Mutlak, mempunyai kuasa
autonomi dan bebas dari ancaman gereja. Idea baharu seperti rasionalisme dan reasoning
berkembang luas.
FAKTOR 3 PENGARUH AHLI FALSAFAH
HURAIAN  Kemunculan ahli falsafah seperti Voltaire, Rousseau dan Montesquieu mempengaruhi
Zaman Pencerahan. Semangat Zaman pencerahan di peroleh daripada revolusi saintifik
dan intektual pada abad ke-17.
 Idea tentang kemajuan merupakan ciri-ciri dominan dalam tamadun Eropah pada abad
ke-17 hingga abad ke-20.
FAKTOR 4 KEMUNCULAN KELAS PERTENGAHAN
HURAIAN  Golongan budiman mula meninggalkan tabiat lama sesuai dengan Zaman baharu.
kemunculan golongan Borjuis (kelas pertengahan), merupakan golongan yang lebih
berpendidikan.
 Christopher Columbus Ferdinand Maggelan dan Francis Drake, merupakan tokoh yang
terlibat dalam penjelajahan. Prasangka terhadap budaya asing terhakis akibat cara
pemikiran baharu iaitu secara empiris dan sebab munasabah
PENUTUP  Dapatlah disimpulkan pemikir yang lahir pada zaman Pencerahan telah mengemukakan
banyak idea baru yang telah membantu dalam perubahan lanskap politik, ekonomi dan
sosial negara-negara Eropah Barat abad ke-19 dan 20 Masihi

49
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

SOALAN 30 HURAIKAN SUMBANGAN ILMU PADA ZAMAN PENCERAHAN (ENLIGHTMENT) KEPADA


PERKEMBANGAN POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL DI EROPAH.
PENGENALAN  Zaman Pencerahan bermula antara 1650-1800 Masihi dan adalah era di mana semangat
kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal, berasaskan sebab musabab dan
kaedah-kaedah saintifik
 Zaman ini berusaha untuk mglahirkan masyarakat yang lebihterbuka, bertolak ansur,
menekankan kebahagiaan individu dan berdasarkan undang-undang dan perlembagaan.
 Pada zaman ini lahir pemikir terkenal seperti Voltaire, John Locke, Montesquieu, Jeremy
Bentham, David Ricardo, Thomas Malthus dan Rousseau yang telah memberikan idea
pemikiran yang berjaya mengubah lanskap politik, ekonomi dan sosial negara-negara
Eropah pada abad ke-19 dan 20 Masihi.
FAKTOR 1 PERKEMBANGAN POLITIK
HURAIAN  Montesquieu melalui karya “The Spirit of the Laws” mengemukakan idea kerajaan
yang berbeza-beza mengikut iklim dan doktrin pembahagian dan imbangan kuasa.
 Menegaskan perlu ada pemisahan antara pembentuk undang-undang (eksekutif),
pelaksanaan keputusan perwakilan rakyat (kabinet) dan kehakiman (judiciary).
 Bila ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat akan
memiliki kebebasan.
 Idea Montesquieu menamatkan pemerintahan mutlak di Perancis apabila berlaku
Revolusi Perancis pada 1789.
 Revolusi ini menamatkan pemerintahan feudal dan digantikan pemerintahan yang
mendokong kedaulatan rakyat (prinsip rakyat harus memerintah sendiri), kebebasan
(kebebasan daripada kerajaan mutlak termasuk penangkapan dan pemenjaran yang
tidak adil) dan persamaan (hak yang sama kepada setiap individu dalam segala aspek
kehidupan ).
 Raja-raja Eropah lain seperti Frederick the Great dari Prussia, Joseph II dari Austria,
Peter the Great dan Catherine the Great dari Rusia juga mula mengamalkan
pemerintahan yang adil dan saksama.
 Kuasa politik kini digunakan untuk membaiki taraf hidup rakyat.
 Frederick The Great mengamalkan toleransi agama, memajukan pendidikan awam dan
mengadakan perKniamatan awam yang efisyen.
 Joseph II membebaskan serf yang terikat di bawah sistem feudal.
 Pada era ini pentadbir kerajaan dilantik berasakan merit dan bukan keturunan.
 Raja-raja era ini menghapuskan imuniti yang dinikmati oleh golongan bangsawan, gereja
dan elit di bandar.
 Raja mengasaskan jentera pentadbiran sebuah negara moden tanpa campurtangan raja.
FAKTOR 2 SUMBANGAN EKONOMI
HURAIAN  Pemikir utama dalam bidang ekonomi ialah Adam Smith melalui karya “The Wealth of
the Nations”.
 Memajukan idea kebebasan perdagangan berasaskan kritikan terhadap sistem
Merkantilisme yang mengongkong ekonomi negara-negara Eropah.
 Menurutnya kerajaan tidak harus campurtangan dalam urusan ekonomi dan
membiarkannya berfungsi seperti biasa mengikut hukum permintaan dan penawaran.
 Kesan perjuangan Adam Smith membawa kepada pemansuhan monopoli perdagangan
Syarikat Hindia Timur Inggens di India dan China. Monopoli dengan India dimansuhkan
pada  1813 dan dengan China pada 1833.
 Pemansuhan monopoli ini membuka peluang perdagangan yang sama kepada pedagang
persendirian dan pedagang lain di kedua buah negara ini.
 Kemuncak perjuangan ialah pemansuhan Svarikat Hindia Timur Inggeris pada 1858.
 England juga menjalankan dasar perdagangan yang lebih liberal, dengan mengurangkan
senarai barangan yang dikenakan duti import dan eksport; meminda Akta Perkapalan
pada 1825 dan menggalakkan dasar perdagangan bebas dan penubuhan pelabunan-
pelabuhan bebas di tanah jajahan. Sebagai contoh pengsiytiharan Singapura sebagai
pelabuhan bebas pada 1819 dan Negeri-Negeri Selat pada 1826.
 Perjanjian-perjaniian perdagangan yang liberal juga mula dimeterai dengan negara-
negara tanah jajahan. Sebagai contoh Perjanjian Bowring di Thailand pada 1855.

50
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

FAKTOR 3 SUMBANGAN SOSIAL


HURAIAN  Seorang lagi pemikir yang telah mengemukakan idea yang mendahului zaman dalam
bidang sosial ialah Rousseau.
 Melalui novel “Emile” beliau mengemukakan pendidikan baru. Menurutnya kanak-kanak
harus dibiarkan mengikut kecenderungan masing-masing dan tidak dipaksa mengikuti
pelajaran yang mereka tidak gemari.
 Idea   Rousseau   pula   meninggalkan   kesan   dalam sistem pendidikan England, Perancis
dan Jerman. Tujuan pendidikan kini lebih bersifat praktikal dan holistik. Terdapat usaha
untuk menjadikan pembelajaran lebih menyenangkan dan lebih banyak kebebasan untuk
pelajar.
 Kini telah wujud pengkhususan pelajaran dan perinqkat persekolahan untuk kanak-
kanak dan orang dewasa. Pendidikan dibahagikan kepada tiga tahap;
 tahap pertama secara tidak rasmi untuk kanak–kanak antara umur 2-12 tahun;
 tahap kedua berasaskan pemerhatian dan pengalaman untuk mereka yang berumur
antara 13-15 tahun dan
 tahap akhir secara rasmi untuk mereka yang melebihi usia 15 tahun sehingga
mendirikan rumahtangga.
PENUTUP  Dapatlah disimpulkan pemikir yang lahir pada zaman Pencerahan telah mengemukakan
banyak idea baru yang telah membantu dalam perubahan lanskap politik, ekonomi dan
sosial negara-negara Eropah Barat abad ke-19 dan 20 Masihi.
 Kesan dari segi politik ialah kerajaan yang memberi keutamaan kepada reformasi politik
dan pentadbiran; ekonomi, amalan dasar perdagangan bebas dan sosial, negara yang
mengutamakan hak asasi dan kebajikan masyarakat.

SOALAN 31 HURAIKAN PERKEMBANGAN ILMU DI ENGLAND


PENGENALAN  Perkembangan ilmu di Eropah tercetus kesan daripada gerakan renaisans yang bermula
di itali pada abad ke-14.Renaisans bermula sekitar abad ke-14 dan mencapai
kemuncaknya pada abad ke-16. Di England, zaman Renaisans bermula pada era
pemerintahan Ratu Elizabeth yang dapat dilihat dalam beberapa peringkat.
 Peringkat pertama ialah zaman Renaisans. Zaman Renaisans terbahagi kepada dua
peringkat. Peringkat pertama dan peringkat kedua Renaisans bermula pada abad ke-14
hingga ke-17.
 Renaisans peringkat pertama ialah pergerakan intelektual, sastera dan seni yang
bermula di Itali manakala
 Renaisans peringkat kedua merupakan revolusi yang berlaku dalam bidang
keagamaan akibat reformasi protestan.
 Peringkat kedua ialah Reformasi protestan yang berlaku pada abad ke-15. Renaisans
dalam bidang keagamaan yang membawa kepada pecahnya gereja Katolik dan
terbentuknya gereja Protestan. Peringkat ketiga ialah revolusi sains yang berlaku pada
abad ke-16 dan abad ke-17. Revolusi sains ialah perubahan dan penemuan dalam bidang
sains tentang cara melihat dunia semula jadi.
 Zaman terakhir ialah zaman pencerahan yang berlaku pada abad-18. Zaman Pencerahan
ialah perubahan masyarakat dari era kejahilan kepada era baru ekoran perkembangan
sains dan manusia.
FASA 1 KELAHIRAN ZAMAN RENAISSANS
HURAIAN  Zaman Renaisans membawa kepada perkembangan dalam bidang keilmuan termasuk
dalam agama, politik, sosial, dan ekonomi. Aliran pemikiran seperti humanisme,
individualisme dan kritis turut berkembang.
 Renaisans bermaksud kelahiran semula yang merujuk kepada perkembangan
keilmuan, keintelektualan, sastera dan seni. Resainans bermula di Itali (1350) dan
akhirnya merebak keseluruh Eropah. Zaman Renaisans dianggap sebagai zaman
pemulihan semula selepas tragedi Black Death dan masalah politik yang melanda pada
Eropah pada abad ke-14.
 Semasa berlangsungnya zaman Renaisans, berlaku beberapa perubahan dalam

51
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

masyarakat Eropah yang mencukupi beberapa aspek:


 a) Aspek keintelektualan yang mementingkan semangat inkuiri atau penyelidikan dan
menekankan pemikiran logik dan falsafah.
 b) Aspek politik yang membawa zaman Renaisans pembentukan monarki baharu seperti
Portugal, England, Belanda dan Perancis.pada abad ke-15, berlaku perubahan dalam
sistem pemerintahan di Eropah yang meliputi kuasa raja (meningkat), kuasa bangsawan
(dikurangkan) , dan usaha untuk menguasai Gereja.
 c) Aspek sains, zaman Renaisans merupakan permulaan kepada revolusi sains yang
tercetus pada abad ke-17. Ahli-ahli sains pada ketika itu mula menekankan kaedah
saintifik yang bertentangan pendapat dengan tokoh lama seperti Aristotle.
Mementingkan aspek pemerhatian dalam kajian dan hasil penemuan hendaklah
disertakan dengan bukti empirikal.
 d) Aspek seni dan seni bina. zaman Renaisans menyaksikan pengenalan dan
perkembangan teknik seni realistik. Teknik ini berkembang dan menjadi permulaan
kepada kaedah seni baru yang menggambarkan alam semula jadi secara realistik.
Sebagai contoh, Leonardo da Vinci melukis anatomi manusia dan alam semula jadi.
perkembangan seni bina dapat dilihat dalam reka bentuk bangunan purba.
 Bangunan Basilika St. Peter merupakan contoh seni bina agung yang dibina dengan
menggabungkan kemahiran tokoh terkenal seperti Michealangelo, Raphael dan
Sangallo.

FASA 2 REFORMASI PROTESTAN


HURAIAN  Reformasi Protestan dipelopori oleh tokoh Martin Luther dan John Calvin. Faktor
tercetusnya reformasi kerana ketidakpuasan hati dengan dokrin, ritual dan organinisasi
gereja Roman katolik dan merupakan perusahaan pembaharuan Gereja Roman Katolik
(GRK).
 Golongan reformasi ini berusaha untuk menghapuskan dokrin palsu dan juga amalan
rasuahdalam ikalangan penguasa gereja. Reformasi diperluaskan lagi dengan alat
pencetakan dan pembaharuan dalam bidang teologi kontemporari iaitu menilai semula
hubungan antara manusia dan tuhan.
 Perkembangan media cetak banyak membantu penyebaran idea reformasi. Kitab Bible
telah diterjemahkan dalam bahasa Jerman sekaligus telah merangsang perkembangan
literasi.
FASA 3 REVOLUSI SAINS
HURAIAN  Revolusi sains,bermula di Itali dan berkembang keseluruh Eropah dan melahirkan
masyarakat yang maju pada abad ke-16 dan 17, banyak penemuan baru dalam bidang
sains.
 Kemunculan dan perkembangan revolusi sains telah menjadi batu asas kepada sains
moden.
 Ilmu pengetahuan berkembang pesat dengan penemuan dan idea baru yang tidak wujud
sebelum ini. Hasil penemuan dan idea baru ini membawa kepada gambaran dan
penjelasan yang lebih luas dan tepat tentang alam semesta.
FASA 4 ZAMAN PENCERAHAN
HURAIAN  Zaman pencerahan, revolusi sains telah membawa kepada munculnya zaman
pencerahan. zaman pencerahan merujuk kepada era perubahan masyarakat daripada
kejahilan @ zaman kegelapan kepada zaman era baru yang moden.
 Antara tokoh yang terkenal pada zaman pencerahan ialah John Locke, Voltaire, Charles
Louis de Secondat dan Montesquieu.
KESIMPULAN  Zaman Resainans telah melahirkan masyarakat Eropah yang perpengetahuan.
perkembangan dalam bidang intelektual, agama, sains dan kesenian telah membawa
perubahan yang besar dalam aspek pemikiran dan kehidupan masyarakat Eropah. Ramai
tokoh yang muncul dengan penemuan dan idea baru sehingga mendorong kepada
pembentukan masyarakat yang lebih moden.

SOALAN 32 HURAIKAN PERKEMBANGAN ILMU DI PERANCIS


PENGENALAN  Perkembangan ilmu di Perancis berkisar pada era Zaman Pencerahan atau

52
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

Enlinghtenmen Era (1650-1800) adalah satu gerakan intelektual yang berlaku di


Eropah selepas Renaisans dan Reformasi.
 Enlightenment bererti zaman kesedaran iaitu semangat kepercayaan dan pegangan
manusia adalah kritikal dan berasaskan sebabnya dan kaedah saintifik.
 Zaman ini mewakili suatu gerakan menuju kepada masyarakat yang lebih terbuka,
mengarah untuk kebahagiaan individu, perlembagaan, toleransi, fikiran yang
tidak dikongkong oleh masyarakat yang berdasarkan undang-undang .
 Antara ahli-ahli falsafah yang berpengaruh Charles Louis Montesquieu (1689-1755)
dan Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)
TOKOH 1 Charles Louis Montesquieu (1689-1755)
HURAIAN Latar belakang:

 Charles Louis Montesquieu, dilahirkan di Chateau De La Brede, Barat Daya Perancis


pada 18 Januari 1689. Ayahnya, Jacques De Secondat merupakan seorang tentera.
Ibunya Marie Francoise De Pesnel, seorang warak dan kaya namun meninggal dunia
ketika Montesquieu berumur 7 tahun. Beliau bersekolah di Catholic College Of Juilly.
 Kemudiannya, Montesqieu melanjutkan pelajaran di Universiti Bordeaux dan
memasuki Fakulti Undang-Undang yang akhirnya menamatkan pengajian dan berjaya
menjadi seorang Peguam pada tahun 1708.
 Terdapat tiga karyanya yang terkenal iaitu:

1. Lettres Persanes (1721).


2. The Consideration on the Causes of the Grandeur and Decadence of The Romans
(1734)
3. Spirit of the Law (1748)

1. Lettres Persanes (1721):

 Dalam buku ini beliau mengkritik masyarakat Perancis yang terlalu mengamalkan
kehidupan yang kolot dalam berkeluarga yang mana pihak suami terlalu mengongkong
isteri mereka sehingga menghalang kepada perkembangan idea.
 Selain itu, beliau juga mengkritik gaya hidup RajaPerancis yang serba kaya dan mewah.
 Ini kerana, walaupun Raja Sepanyol mempunyai harta kekayaan yang lebih banyak
daripada Raja Perancis, tetapi cara kehidupan Raja Perancis lebih mewah daripada Raja
Sepanyol.
 Ini disebabkan rakyat Perancis sendiri terlalu akur dengan segala pelaksanaan bentuk
cukai yang membebankan tanpa sebarang bantahan terutama semasa pemerintahan
Raja Louis XIV.
 Institusi gereja juga dikatakan terlalu mengongkong pemikiran rakyat.
 Montesquieu menggunakan karya ini untuk mengkritik masyarakat Perancis melalui
perbandingan dengan rakyat Persia dalam bukunya itu.

2. The Consideration on the Causes of the Granduer and Decadence of The Romans
(1734):

 Dalam buku keduanya yang diterbitkan pada tahun 1734, menceritakan tentang
kebangkitan, kegemilangan dan keruntuhan kerajaan Rom.
 Montesquieu menegaskan untuk memahami perkara ini, perlu memahami
masyarakatnya terlebih dahulu.
 Dalam konteks kejatuhan Kerajaan Rom adalah disebabkan oleh semangat setia kepada
negara mula luntur dalam kalangan rakyat Rom.
 Ini adalah disebabkan pasukan tentera Rom mula diambil alih oleh tentera upahan yang
tiada semangat setia yang tulen kepada kerajaan Rom.
 Selain itu, sifat tamak yang berleluasa terhadap harta rampasan perang menyebabkan
kemerosotan nilai-nilai moral yang akhir menyumbang kepada kejatuhah Rom yang
sebelum terkenal dengan disiplin dan moral yang tinggi.

3. Spirit of the Law (1748)

53
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Dalam buku ketiganya ini yang diterbitkan pada tahun 1748, menjelaskan konsep dan
maksud pengasingan kuasa dalam pemerintahan.
 Mengikut doktrin ini, kuasa pemerintahan sesebuah negara dibahagikan kepada tiga
buah badan bebas, iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.
 Karya ini juga menekankan bahawa ketiga-tiga bidang tersebut iaitu badan
perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman mempunyai bidang kuasa.
 Tujuan pengasingan kuasa ini adalah untuk mengelakkan pertindihan bidang kuasa.
 Seterusnya, akan memastikan seseorang itu tidak terlalu berkuasa dan juga
mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada badan tertentu
sahaja.
 Atas kesungguhan Montesquieu ini, karyanya Spirit of the Law telah memberi kesan
yang mendalam sama ada dalam intelektual mahu pun politik di seluruh dunia.

TOKOH 2 Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)


HURAIAN Latar belakang:

 Jean-Jacques Rousseau, ahli pemikir yang berasal dari Geneva yang dilahirkan pada
tahun 1712. sebelum muncul sebagai dan pemikir unggul, tokoh ini telah melakukan
pelbagai kerja untuk menimba pengalaman, antaranya sebagai seorang pengukir,
setiausaha dan pemuzik.
 Pergaulan dengan ahli falsafah seperti Condillac dan Diderot telah mematangkan dan
memberikan inspirasi untuk menghasilkan karya yang mampu mencetuskan perubahan
dari segi pemikiran dalam kalangan masyarakat Eropah.
 Antara karya yang terkenal ialah:

1. The Social Contract (1762)


2. Emile (1762)
3. Discourse on the Origin of Inequality (1755)

1. The Social Contract (1762)

 Dalam bukunya ini, beliau membicarakan tentang teori politik yang agak bertentangan
dengan dengan sistem politik yang diamalkan di Perancis pada masa itu.
 Melalui karya ini, aspirasi beliau akan negaranya Perancis ialah wujud sebuah kerajaan
yang bertanggugjawab terhadap rakyat terutama dalam aspek keselamatan dan
kebajikan dan bukan sekadaar memeras keringat rakyat demi kepentingan pemerintah
semata-mata.
 Rousseau berpendapat hubungan antar kerajaan dengan rakyat ibarat suatu kontrak.
Kegagalan kerajaan melunaskan tanggunjawab mereka terhadap rakyat boleh
menyebabkan mereka kehilangan hak atau mandat untuk memerintah.
 Seterusnya, rakyat sebaliknya mempunyai hak untuk membentuk sebuah kerajaan yang
elbih baik daripada yang sebelumnya.
 Buku ini juga menyarankan rakyat mempunyai kebebasan berfikir, namun amat
bertentangan dengan sistem pemerintahan mutlak yang diamalkan di Perancis pada
masa itu.
 Walau bagaimanapun, ideanya ini menjadi bibit-bibit kepada tercetusnya Revolusi
Perancis yang akhirnya membawa kepada peembantukan Pengisytiharan Perhimpunan
Kebangsaan.

2. Emile (1762)

 Dalam bukunya bertajuk Emile yang diterbitkan pada tahun 1762, berkisar tentang
kepentingan pendidikan awal kanak-kanak yang lebih kepada bidang pendidikan
psikologi kanak-kanak.
 Beliau menegaskan dalam bukunya ini bahawa, pendidikan awal seorang kanak-kanak
harus cenderung kepada kerkara-perkara yang mengarah kepada kebaikan dan
memupuk minat dan aktiviti seseorang kanak-kanak secara fitrahnya (natural) tanpa
pengaruh negatif daripada masyarakat dan ibubapa itu sendiri.
 Peranan ibu bapa dan guru sebagai pembimbing harus peka dengan kecenderungan

54
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

setiap peringkat umur kanak-kanak tersebut.


 Mengikut falsafah pendidikan Rousseau, dalam mendidik kanak-kanak, empat perkara
yang perlu diambil kira iaitu kebebasan, perkembangan, minat dan aktiviti

3. Discourse OnThe Origin Of Inequaity (1755)


.
 Dalam karyanya diterbitkan pada tahun 1755, didedikasikannya kepada Republik
Geneva.
 Beliau menegaskan bahawa, sifat-sifat semulajadi manusia secara fitrahnya adalah
sama.
 Walau bagaimanapun, disebabkan perkembangan tamadun yang semakin rancak, dan
masyarakat semakin moden menyebabkan terdapat individu atau golongan masyarakat
yang lebih dominan dan pintar dari yang lain menyebabkan terdapat
ketidakseimbangan dalam meperolehi sumber-sumber kekayaan negara.
 Dalam konteks ini, golongan masyarakat yang dominan dan pintar memperolehi banyak
kelebihan dan menindas golongan masyarakat yang lemah..
 Oleh itu, demi keadilan, satu perlembagaan perlu dibentuk oleh kerajaan untuk
mewujudkan keadilan dalam masyarakat kan tidak ada ketidakseimbangan terutama
dari segi perolehan kekayaan negara.

PENUTUP  Kesimpulannya, dua tokoh ini memainkan peranan penting dalam perkembangan
intelektual di Perancis dengan mengemukakn idea-idea yang agak kontroversi pada
zamannya yang masih berfikiran kolot dan konservatif di bawah pemerintahan beraja
mutlak. Gagasan idea-idea mereka akhirnya banyak digunapakai di negara-negara lain
di luar Perancis dan masih diamalkan sehinnga hari ini terutama idea pengasingan
kuasa, emansipasi wanita, kesetiaan terhadap negara, keadilan dalam pengagihan
kekayaan negara, pendidikan psikologi kanak-kanak dan sebagainya.

SOALAN 33 BINCANGKAN SUMBANGAN CHARLES LOUIS MONTESQUIEU DALAM ASPEK


INTELEKTUAL
PENGENALAN  Chales Louis Montesquieu dilahirkan pada 18 Januari 1689. Beliau dilahirkan di
Chanteau de la Brede Barat Daya Perancis. Ayahnya Jacques de Scondat merupakan
seorang tentera. Ibunya pula bernama Marie Francoise de Pesnel seorang wanita warak
dan kaya.
 Montesquieu bersekolah di Chatholic Collage of Juilly dan melanjutkan pelajaran di
fakulti undang-undang di University Bordeux dan berjaya menjadi seorang peguam
(1708).
 Pada tahun berikutnya Montesquieu mewarisi kekayaan dan gelaran ‘Montesquieu’
setelah bapa saudaranya meninggal.
  Beliau meninggal dunia pada 10 Februari 1775 pada usianya 86 tahun.
 Sumbangan beliau dati segi intelektual dapat dilihat dalam tiga karya yang terjenala
iaitu; Lettres Persanes (1721), The Considerations on the cause of the Grandeur and
Decadence of the Romans (1734) dan Spirit of the Laws (1748).

KARYA 1 LETTRES PERSANES (1721)


HURAIAN  Bagi karya Lettres Persanes mengisahkan dua orang Persia yang bernama Usbek dan
Rica yang menggembala ke Perancis. Dalam bentuk surat karya ini menceritakan cara
wanita dikawal oleh sida yang bertanggungjawab terhadap wanita sehingga dibenarkan
membunuh.
 Selain itu, pemerhatian kedua-dua pengembara ini tentang masyarakat Perancis dan
persepektif mereka sebagai orang luar juga di garap dalam karya ini. Tema yang ingin
dipaparkan ialah kemerosotan moral di penghujung zaman pemerintahan  Raja Louis
XIV dan Raja Louis XV.
KARYA2 THE CONSIDERATIONS ON THE COUSE OF THE GRANDEUR AND DECADENCE OF THE
ROMANS (1734)

55
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

HURAIAN  Mengenai sejarah kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan kerajaan Rom. Dalam karya
ini, Monstesquie menyelidik sebab-sebab dan latar belakang serta kehancuran kerajaan
Rom.
 Beliau menyatakan bahawa untuk memahami kegemilangan dan kehancuran sebuah
empayar, seseorang harus memahami masyarakatnya.
 Beliau juga mengkaji peristiwa yang menimpa tentera Rom yang akhirnya membawa
kepada kejatuhan Rom.

KARYA 3 SPIRIT OF THE LAWS (1748)


HURAIAN  Karya Spirit of the Laws menjelaskan tentang undang-undang manusia dan institusi
sosial. Beberapa perkara dibincangkan di dalam buku ini seperti bentuk-bentuk
pemerintahan, adat  kebiasaan dan iklim.
 Menjelaskan konsep dan maksud pengasingan kuasa dalam pemerintahan mengikut
doktrin ini, kuasa pemerintahan sesebuah negara terbahagi kepada tiga buah badan
iaitu perundangan,eksekutif dan kehakiman.
 Selain itu, karya ini juga menekankan bahawa bidang tersebut mempunyai bidang kuasa
yang tersendiri.
 Tujuan pengasingannya ialah untuk menggelakan pertindihan bidang kuasa bagi
memastikan seseorang tidak berkuasa lebih daripada satu.
PENUTUP  Menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk mengembangkan idea politik
pemerintahannya iaitu doktrin pengasingan kuasa di dalam tulisan tesebut. Atas
kesungguhan beliau, karya tersebut telah member kesan yang mendalam sama ada
intelektual mahupun politik. mereka juga mempopularkan istilah feudalisme walaupun
telah lama wujud . Namun Mosontesquieu menjadikan istilah ini dikenali dan diterima
oleh masyarakatnya.

SOALAN 33 (B) BINCANGKAN SUMBANGAN CHARLES LOUIS MONTESQUIEU (1689–1775) DALAM


MEMBANTU PERKEMBANGAN INTELEKTUAL PADA ZAMAN PENCERAHAN DI
PERANCIS
PENGENALAN  Pada abad ke 17, benua Eropah telah mengalami Zaman Pencerahan (Enlightenment)
dan berlakunya revolusi intelektual baru yang pesat yang mementingkan fakta dan
rasional. Ia dipolopori oleh golongan intelektual baharu yang mengenepikan unsur
teologi dan fahaman kolot yang menular dalam masyarakat Eropah pada masa itu.
 Antara tokoh intelek pada zaman ini ialah Charles Louis Montesquieu dari Peranchis.
Beliau merupakan pemikir politik Peranchis yang terkenal dan idea idea beliau banyak
memberi kesan yang besar dalam perkembangan intelektual di Eropah.
SUMBANGAN 1 Memperkenalkan idea atau kaedah baru untuk membentuk sebuah negara yang baik
khususnya di Peranchis.
HURAIAN  Idea beliau ini dapat dilihat dalam karyanya yang bertajuk Spirit of The Law (1748).
 Dalam bukunya ini, beliau menegaskan bahawa bentuk pemerintahan sesebuah negara
adalah berbeza mengikut iklim dan keadaan.
 Sebagai contoh pemerintahan mutlak adalah sesuai untuk empayar yang luas dalam
iklim yang panas sementara sistem demokrasi pula adalah sesuai di negara kota yang
kecil.
 Idea beliau ini tidak pernah wujud di Peranchis yang baru mengalami kejatuhan
sistem Raja Mutlak pada 1715.
SUMBANGAN 2 Konsep pengasingan kuasa ( pembahagian dan imbangan kuasa )
HURAIAN  Idea ini ditujukan dalam menentang pemerintahan mutlak di Peranchis. Menurut
beliau, kuasa harus dibahagikan antara raja dan badan badan perantaraan seperti
parlimen, estet estet provinsi, golongan bangsawan, bandar dan gereja.
 Ini bermakna mesti terdapat pemisahan antara Badan Perundangan , Badan Eksekutif
dan badan Kehakiman untuk memastikan rakyat mendapat kebebasan.
 Tujuan pengasingan kuasa ini adalah untuk mengelak berlakunya pertindihan dan
penyelewengan kuasa yang menganggu badan lain dalam pentadbiran setiap bidang.

56
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Idea beliau ini telah mempengaruhi pembentukan Perlembagaan Amerika Syarikat


( 1787 ).
SUMBANGAN 3 Pandangan baru dalam soal amalan adat masyarakat Peranchis dalam karya Lettres
Persanes (1721)
HURAIAN  Beliau mengkritik amalan masyarakat Peranchis yang masih lagi mengamalkan adat
lama yang menyekat kemajuan khususnya kongkongan lelaki terhadap wanita.
 Ia dianggap sebagai ahli sosiologi yang melihat gaya hidup mewah golongan atasan dan
kemerosotan akhlak masyarakat Peranchis di akhir zaman pemerintahan Raja Louis
XIV dan Raja Louis XV. Beliau juga mengkritik sikap masyarakat Peranchis yang
memberi taat setia yang keterlaluan kepada raja.
 Idea ini merupakan pencetus kepada perubahan sikap masyarakat Peranchis terhadap
raja berkuasa mutlak. Montesque juga memperkecilkan prinsip pemerintahan
mengikut mandat tuhan. Idea beliau ini telah menimbulkan kesedaran masyarakat
Peranchis untuk menilai semula kehidupan dan taraf mereka di  sisi raja.
 Dengan ini sekitar tahun 1789 -1795 telah wujud semangat kebangsaan di kalangan
rakyat Peranchis yang menuntut kedaulatan, kebebasan dan persamaan yang akhirnya
mencetuskan Revolusi Peranchis.
SUMBANGAN 4 Memperbaharui kaedah penulisan sejarah yang mementingkan bukti yang sainstifik
dan relevan berdasarkan sebab dan akibat secara tersurat dan tersirat
 Ia menolak bukti yang samar dan bersifat peribadi dalam penghasilan penulisan
sejarah.
 Sebab itulah beliau dikenali sebagai ahli sosiologi yang pertama dalam mengkaji kesan
dan akibat sosial dan fenomena persekitaran terhadap tingkah laku manusia.
 Ini dapat dilihat melalui hasil karyanya “The Consideration of the Grandeur and
Decadence of the Roman (1734)“ yang membincangkan kebangkitan, kegemilangan
dan kejatuhan Rom.
 Apa yang menariknya dalam kajian ini, beliau telah mengemukakan sebab sebab
tersirat kejatuhan Rom iaitu keruntuhan moral pemimpin Rom, ketiadaan semangat
nasioalisme di kalangan rakyat di empayar yang luas dan sebagainya.
 Kajian beliau ini telah memperkembangkan kegiatan intelektual di Peranchis dan di
Eropah secara keseluruhannya.
PENUTUP  Secara kesimpulannya, Charles Louis Montesquieu telah memberi sumbangan yang
besar dalam kemajuan perkembangan intelektual di Peranchis dan Eropah. Hasil hasil
penulisan beliau telah mempengaruhi  masyarakat Eropah pada Zaman Pencerahan
untuk mencipta kehidupan baru yang lebih ideal dan selesa. Di Peranchis, idea konsep
pengasingan kuasa dan ketaatan kepada raja serta pembesar telah menyebabkan
berlakunya Revolusi Peranchis dan berakhirnya sistem pemerintahan beraja mutlak
oleh Raja Louis XIV.

SOALAN 34 BINCANGKAN SUMBANGAN ADAM SMITH DALAM ASPEK INTELEKTUAL


PENGENALAN  Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland yang
terkenal kerana pengaruh bukunya  The Wealth of Nations dan dianggap sebagai bapa
ekonomi moden.
 Merupakan anak kepada Margeret Dauglas. Dilahirkan di Kirkcaldy. Ketika berumur 4
tahun, pernah diculik oleh sekumpulan Gipsi tetapi berjaya diselamatkan oleh bapa
saudaranya.
 Beliau sangat rapat dengan ibunya dan ibunya yang menggalakkan beliau berjaya
dalam pelajaran. Pada tahun 1762, pihak University Glasgow menganugerahkan
beliau Doktor Undang-undang.
 Beliau meninggal dunia pada 17 Julai 1790 di Edinburg dan disemadikan di Canongate,
Kirkyard.
SUMBANGAN 1 PENGASAS KEPADA DISIPLIN EKONOMI
HURAIAN  Beliau memperkenalkan satu teori yang mengatakan seseorang individu boleh
membina kehidupan lebih bermoral dengan mengetengahkan idea untuk mengakhiri
sistem feudal dan memperkenalkan laissez-faireiaitu satu kerajaan berasaskan pasaran
bebas.
 Didalam bukunya, The Teory Of Moral Sentiment, beliau menulis tentang teori motivasi

57
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

yang cuba untuk mengamankan perasaan yang menekankan kepentingan sendiri.

SUMBANGAN 2 KARYA THE WEALTH OF NATION (1776)


HURAIAN  Beliau menyatakan bahawa pasaran dibawah sesuatu syarat mengaturi sistem dengan
sendirinya akan mengeluarkan lebih banyak barangan daripada satu pasaran yang
terkawal yang menjadi satu perkara yang biasa pada waktu itu.
 Hanya membenarkan kerajaan memegang tanggungjawab yang tidak dapat dilakukan
oleh badan yang bergantung kepada keuntungan sahaja.
 Sebagai contoh, menghalang seseorang daripada menggunakan kekasaran atau
penipuan untuk mengelakkan persaingan, perdagangan atau pengeluaran.

SUMBANGAN 3 KEPERCAYAAN EKONOMI YANG TERSENDIRI


HURAIAN  Kekayaan negara dinilai dari segi stok emas dan perak. sebagai contoh, mengimport
barangan dari luar Negara dianggap merosakkan kerana ini bermakna kekekayaan
mesti dilepaskan untuk membayar barangan tersebut.
 Manakala mengeksport barangan dianggap baik kerana kekayaan, iaitu logam emas
dan perak kembali kepada mereka.
 Seterusnya, pekeja-pekerja mahir tidak dibenarkan bergerak bebas ke bandar lain
untuk memasarkan barangan.
 Pengilang dan pedagang hendaklah menghantar petisyen kepada raja untuk
melindungi monopoli.
 Peralatan yang menjimatkan tenaga buruh dilarang sekali kerana di anggap menjadi
ancaman kepada pihak pengeluar.

SUMBANGAN 4 KARYA THE THEORY OF MORAL SENTIMENTS (1789)


HURAIAN  Kesedaran terhasil daripada perhubungan sosial. Beliau menyatakan bahawa moral
bergantung kepada simpati antara agen dan penonton.
 Dengan kata lain, indivudu dan masyarakat berkait rapat dengan moral.
 Beliau cuba menyelaraskan tentang punca dan kebolehan manusia untuk membentuk
pertimbangan moral walaupun wujud kecenderungan ke arah kepentingan semula
jadi.
 Beliau juga menyelidik pemikiran moral masyarakat pada ketika itu dan menyatakan
bahawa kesedaran sebenarnya adalah hasil daripada perhubungan sosial.

PENUTUP  Adam Smith percaya bahawa kerajaan mempunyai tiga fungsi utama iaitu rakyat 
dilindungi daripada pemikiran tentera, warganegara dilindungi daripada ketidakadilan
dan menyediakan kemudahan seperti jalan raya dan sebagainya yang tidak boleh
disediakan oleh individu.

SOALAN 35 BINCANGKAN SUMBANGAN JEAN-JACQUES ROUSSEAU DALAM ASPEK INTELEKTUAL


PENGENALAN  Jean-Jacques Rousseau dilahirkan di Geneva merupakan anak kepada pasangan Isaac
Rousseau dan Suzanne Bernard. Ibunya meninggal dunia selepas beberapa hari
melahirkannya. Kemudiannya dia dibesarkan oleh ayahnya, seorang tukang jam.
Melalui ayahnya, beliau mempelajari sastera purba Greek dan Rom.
 Beliau merupakan salah seorang pemikir yang sangat berpegaruh pada zaman
Englightenment pada abad ke-18 di Eropah. Zaman Englightenment merujuk kepada
gerakan budaya intelektual yang berusaha untuk menggembleng kuasa
mereformasikan masyarakat dan berpengetahuan. Malahan, sains dan perkembangan
intelektual diberi penekanan dan perkara berkaitan tahyul tidak diterima. Gerakan ini
menentang penyalahgunaan kuasa dalam gereja dan negara.
FAKTA 1 KARYA MUZIK UNTUK DIDEROT DAN D ALEMBERTS
HURAIAN  Menghasilkan beberapa hasil karya muzik untuk Diderot dan D’ Alemberts. Pada 1750,
beliau menerbitkan karya bertajuk Discourse on the Arts and Sciences. Malahan, hasil
karyanya telah memenangi anugerah akademi dan menjadi terkenal.
 Selain itu, muzik masih merupakan perkara penting dalam hidupnya dan selepas
beberapa tahun operanya yang bertajuk Le Devin Do Village telah menjadikan

58
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

Rousseau sangat terkenal dan menyebabkannya diterima dan dihargai.


 Selepas itu Rousseau telah berhenti berkarya dalam bidang muzik.Namun begitu,
terhasillah karyanya seperti Discourse On The Origin of Ineaquality (1755), La
Novvella Heloise (1761), Emile (1762), The Sosial Contract (1762) dan Confessions
(1770) yang meningkatkan populariti beliau. Karya terakhirnya ialah Judge of Jean-
Jaques dan Reveries of a Solitary Walker.
KARYA 2 KARYA DISCOURSE ON THE ARTS AND SCIENCE (1750)
HURAIAN  Rousseau juga mengiktiraf Socrates sebagai seorang yang bijak kerana menyedari
kebinasaan yang disebabkan oleh seni dan sains. Tambahan pula, beliau menyatakan
seni dan sains lahir daripada kemaksiatan manusia.
 ini dapat dilihat seperti, geometri lahir daripada kerakusan, fizik daripada semangat
ingin tahu yang sia2 dan falsafah moral daripada rasa bangga.
 Malahan, Rousseau terus menyerang sains dengan mengutarakan bagaimana sains
tidak menyumbang kepada nilai moral. Selain itu, menurut beliau sains menjadikan
hidup lebih mudah dan menyeronokkan tetapi bukan bertambah baik dari segi moral.
 Walaubagaimanapun, beliau menyokong pemikir yang dianggap bijak seperti Bacon,
Descrates dan Newton.
 Beliau juga mahu majority rakyat memberikan perhatian kepada memperbaiki tingkah
laku dan akhlak berbanding memajukan seni dan sains.
KARYA 4 KARYA DISCOURSE ON THE ORIGIN OF INEQUALITY (1755)
HURAIAN  Karya Discourse on The Origin of Ineaquality pula didedikasikan oleh Rousseau
kepada Republik Geneva.
 Rousseau cuba menjelaskan sifat manusia secara semula jadi tanpa kualiti-kualiti yang
terbina akibat sosialiasi, iaitu memahami manusia dalam keadaan alam semula jadi
tulen.
 Namun begitu, bertentangan dengan pendapat pada zaman itu terutamanya pendapat
Aristotle yang menyatakan bahawa keadaan masyarakat sivil itu adalah keadaan
semula jadi manusia.
 Selain itu, gambaran Rousseau tentang manusia dalam keadaan semula jadi adalah
berbeza dengan pendapat pada zamannya.
 Di samping itu, menurut Rousseau cara hidup seperti ini boleh menghasilkan
kebebasan dan keselamatan serta mewujudkan persaudaraan.
 Karya Discourse on The Origin of Inequality dikatakan salah satu dokumen yang
paling revolusioner pada abad ke-18 di Eropah.
 Seterusnya, karya ini menujukkan bagaimana perkembangan tamadun merosakkan
kebahagiaan semula jadi dan kebebasan manusia dengan mencipta ketidaksamaan
tiruan dalam kekayaan, kuasa dan keistimewaan sosial.
 Malahan, menunjukkan bahawa manusia primitif adalah sama dengan manusia lain
kerana setiap individu adalah bebas tetapi apabila masyarakat menjadi lebih moden,
ahli-ahli yang kuat dan paling pintar dalam masyarakat memperolehi kelebihan yang
tidak semula jadi ke atas saudara mereka yang lemah.
 Selain itu, perlembagaan yang digubal untuk membetulkan ketidakseimbangan ini
melalui keamanan dan keadilan sebenarnya tidak melakukan apa-apa perubahan
tetapi sebaliknya mengekalkan ketidaksamaan ini.

KARYA 5 THE SOCIAL CONTRACT (1762)


 Merupakan karya Rousseau berkaitan teori politik. Dalam karyanya beliau
menyatakan bahawa walaupun manusia dilahirkan bebas dengan kepentingan
peribadi tetapi sentiasa terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh kepentingan
umum masyarakat.
 Beliau berpendapat bahawa perkara ini adalah sejenis kontrak sosial semulajadi, yakni
apabila kepentingan peribadi bertembung dengan kepentingan umum, maka
kepentingan umum harus diutamakan.
 Idea-idea Rousseau ini telah menjadi elemen utama dalam pengisytiharan
Perhimpunan Kebangsaan Revolusi Perancis serta digunakan oleh pemikir-pemikir
Amerikan Syarikat seperti Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson dalam karya-
karya mereka.
 Menurut Rousseau lagi, perpaduan sesebuah negara itu datang dari persetujuan
bersama yang dikenali sebagai kehendak kebangsaan yang membolehkan sesebuah

59
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

negara itu wujud tanpa terikat kepada sistem sosial seperti mana dalam aristrokrasi.

KARYA 6 EMILE (1762)


 Melalui karyanya ini, beliau menjadi terkenal dalam bidang psikologi pendidikan awal
kanak-kanak.
 Beliau mengemukakan Teori Naturalisme berkaitan dengan pendidikan awal kanak-
kanak. Beliau memberikan huraian terperinci tentang ciri semulajadi kanak-kanak
mengikut peringkat umur yang berbeza.
 Dalam bukunya ini, beliau menegaskan bahawa seseorang kanak-kanak itu harus
bebas dari pengaruh negatif masyarakat sekelilingnya
 Ini kerana, secara fitrahnya, kanak-kanak dilahirkan tanpa mewarisi sikap buruk. Oleh
itu, pendidikan awal kanak-kanak harus menekankan perkara yang baik serta
memupuk minat semulajadinya.
 Persekitaran sekolah yang kondusif penting untuk perkembangan kanak-kanak dan
menggalakkan mereka meneroka alam sekitar secara semulajadi. Perkara ini penting
untuk perkembangan sosial dan emosi mereka seimbang.
 Guru harus bijak dalam mendedahkan bahan pembelajaran yang sesuai mengikut
tahap keupayaan kognitif kanak-kanak. Contohnya pendedahan kepada bahan yang
konkrit dan mudah kepada yang bercorak abstrak dan bersimbol.
 Secara umumnya, pendidikan menurut Rousseau berlaku melalui tiga sumber iaitu
alam semulajadi, manusia itu sendiri dan benda di sekeliling kanak-kanak itu.
 Falsafah Rousseau tentang pendidikan awal kana-kanak dapat diringkaskan kepada
empat perkara iaitu kebebasan, perkembangan, minat dan aktiviti.

PENUTUP  Jean Jaques Rousseau telah memberikan banyak sumbangan yang penting kepada
perkembangan intelektual di Eropah. Beliau juga telah menulis beberapa buku yang
bermanfaat dalam perkembangan tersebut. Malahan idea-idea Rousseau telah menjadi
elemen utama di dalam pengisytiharan Perhimpunan Kebangsaan Revolusi Perancis
serta digunakan oleh pemikir-pemikir Amerika.
 Selain itu, beliau juga menjadi terkenal melalui bidang pendidikan kerana Teori
Naturalisme yang diperkenalkan melalui karyanya bertajuk Emile yang mengkhusus
kepada pendidikan awal kanak-kanak. Akhir sekali, falsafah beliau juga menekankan
empat perkara seperti kebebasan, perkembangan, minat dan aktiviti.Kemudiannya
pendapat yang diutarakan beliau telah menjadi asas kepada pembentukan kurikulum.

SOALAN 36 BINCANGKAN PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI JERMAN PADA ABAD KE-19M


PENGENALAN  Sistem pendidikan di Jerman pada abad ke-18 dan 19, terdiri daripada beberapa
peringkat. Menjelang awal abad ke-19, terdapat sistem pendidikan di peringkat rendah,
menengah teknikal dan peringkat universiti
TAHAP 1 PENDIDIKAN RENDAH
HURAIAN  Sekolah-sekolah rendah ditubuhkan pada akhir abad ke-18 di seluruh Prusia.
 Semasa pemerintahan Raja Frederick William I, lebih kurang 1000 buah sekolah
rendah dibina dan 1800 sekolah baharu didirikan.
 Selepas mengalami kekalahan dalam peperangan dengan Napeoleon, Raja Fredick
William III mengalihkan perhatian terhadap usaha membangunkan sistem pendidikan
di Jerman.
 Sekolah rendah (volkschulen) terbuka kepada semua lapisan penduduk di Jerman.
Pengajian di sekolah rendah meliputi agama, membaca, menulis, mengira, geografi,
sejarah, dan gimnastik.
 Kanak-kanak yang berumur 7 tahun dikehendaki mendaftar di sekolah-sekolah rendah
dan berlanjutan sehingga kanak-kanak mencapai umur 14 tahun.
 Dasar kerajaan mewajibkan kanak-kanak menerima sistem pendidikan menyebabkan
kadar buta huruf amat rendah di Jerman.
TAHAP 2 PENDIDIKAN MENEGAH
HURAIAN  Pendidikan di peringkat menengah terdiri  daripada dua aliran,iaitu sekolah
gymnasium dan sekolah sekolah awam (real school). Pengajian di gymnasium di
utamakan bahasa Latin dan Greek.  Sekolah awam pula memberi penekanan

60
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

pada bahasa ibunda, matematik, sains tabii, dan bahasa-bahasa moden.


 Kerajaan Jerman di bawah pimpinan Raja Fredick William III memberi penekanan
kepada sekolah awam. Pelajar-pelajar yang mendaftar di sekolah awam ketika berumur
sembilan tahun.
TAHAP 3 PENDIDIKAN TEKNIKAL
HURAIAN  Kerajaan Jerman memberi keutamaan kepada pendidikan dalam bidang teknologi.
Penekanan diberikan kepada mata pelajaran teknikal di sekolah.
 Sekolah-sekolah teknik seperti politeknik dan sekolah perdagangan telah ditubuhkan.
Penekanan dalam bidang teknologi adalah selaras dengan usaha untuk membangunkan
sektor perdagangan dan perindustrian di Jerman.
 Perkembangan ini telah menyebabkan sistem pembelajaran tradisional telah diubah
suai dengan memberi penekanan kepada mata pelajaran teknikal.
TAHAP 4 UNIVERSITI
HURAIAN  Institusi pengajian tinggi di Jerman ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan negeri. Kerajaan
negeri memberikan dana dan bantuan kewangan kepada institusi pengajian tinggi.
 Terdapat empat fakulti, iaitu Fakulti Teologi, Fakulti Undang-undang, Fakulti Perubatan,
dan Fakulti Falsafah.
 Pendidikan di Fakulti Falsafah meliputi Matematik, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan,
Sains tabii dan Fisiologi.
 Antara universiti yang tersohor ialah Universiti Berlin (1810) dan terbesar di Jerman
yang mempunyai 200 orang profesor dan 5000 orang pelajar.
 Penubuhan universiti ini mendapat kelulusan daripada kabinet dan kerajaan
memberikan geran kewangan untuk memulakan operasi yang menekankan pelbagai
lapangan ilmu pengetahuan.
 Ramai sarjana-sarjana tersohor dijemput berkhidmat di universiti ini dalam usaha
melahirkan ramai tenaga kepakaran dalam bidang penyelidikan.
 Antara unversiti lain yang ditubuhkan di Jerman ialah Universiti Munich (1826),
Universiti Bonn (1818) dan Universiti Strasburg.
KESIMPULAN  Menjelang abad ke-I8 dan I9 terdapat sistem pendidikan yang mempunyai peringkat
yang teratur dan sistematik di Jerman yang mengadunkan ilmu sains, matematik dan
sains social sejak di peringkat rendah lagi. Kemunculan pelbagai institusi pendidikan
melambangkan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Jerman dalam lapangan
pendidikan. Pendidikan teknikal turut diberi perhatian selaras dengan kehendak
kerajaan untuk menjadi negara industri yang disegani di Eropah.

61
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

SOALAN 37 BINCANGKAN ISU-ISU YANG MERENGGANGKAN HUBUNGAN CHINA DENGAN BARAT


PENGENALAN  Pada pertengahan abad ke-19, China mula diasak oleh imperialis Barat dan keadaan ini
merupakan satu permulaan era baharu dalam sejarah China.
 Ketidakpuasan hati para pedagang dan pegawai Barat mula memuncak dengan kerajaan
China.
 Terdapat enam isu yang menyebabkan wujudnya ketegangan antara orang Barat dengan
pemerintahan China.
ISU 1 ISU PERDAGANGAN
HURAIAN  Setelah memutuskan untuk berdagang di China, kuasa barat mengharapkan keuntungan
yang besar.
 Malangnya kerajaan Manchu mengamalkan dasar pemencilan atau isolasi.
 Mengikut pandangan Confucius, perdagangan mrupakan pekerjaan yang hina. Para
pedagang dianggap cuba memeras golongan lain untuk mengaut keuntungan berlipat kali
ganda.
 Kerajaan cina mengenakan sekatan ke atas pedangang asing.
 Pelabuhan canton sahaja dibenarkan untuk menjalankan urusan perdagangan.
 Pedagang tidak dibenarkan tinggal di sepanjang tahun dan hanya dibenarkan tinggal
pada musim sejuk di sekitar kilang mereka sahaja.
 Wanita dan pedagang bersenjata tidak dibenarkan memasuki kawasan perdagangan.
 Keluarga pedagang tidak dibenarkan masuk dan pedagang tidak dibenarkan berkahwin
dengan orang tempatan.
 Pedagang dibenarkan bergerak dalam kumpulan tidak melebihi 10 orang dan tidak boleh
mempelajari bahasa cina.
 Pedagang asing hanya berurusan dengan pedagang yang dikenali sebagai Co-hong dan
barang yang diperdagangkan juga ditentukan oleh Co-hong.
 Sebab utama kerajaan china tidak berminat berdagang dan berursan dengan kuasa barat
kerana bimbang amcaman golongan penentang daripada penyokong Ming.
 Mereka bimbang apabila banyak pelabuhan dibuka untuk menjalankan perdagangan
dengan pihak Barat, akan memberi peluang kepada penyokong Ming untuk mendapat
bantuan dan sokongan pihak barat.
 Justeru itu, beberapa pelabuhan di kawasan utara di tutup bagi mengelakkan golongan ini
menceroboh istana di Peking.
ISU 2 ISU CANDU
HURAIAN  Merupakan isu yang dominan dan mencetuskan ketegangan antara kuasa Barat dengan
China.
 SIstem ekonomi di China merupakan sistem sara diri, iaitu mereka tidak perlu
bergantung kepada orang lain kerana mampu menghasilkan barang keperluan sendiri.
 Keadaan tersebut merugikan kuasa barat disebabkan berlakunya perniagaan secara satu
hala kerana sutera dan teh dari China amat diperlukan untuk dijual di Eropah.
 Tambahan pula,hanya wang ems dan perak boleh digunakan untuk berdagang.
 Akhirnya, kuasa Barat membawa masuk candu yang dibawa dari India yang dibeli dengan
murah.

62
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Lama-kelamaannya, candu menjadi barang kegemaraan masyarakat China.


 Hal ini menyebabkan pengeluaran wang yang terlalu banyak kerana kos mengimport
candu melebihi kos eksport teh dan sutera.
 Keadaan tersebut menyebabkan ekonomi China mulai merosot dan Maharaja Tao Kuang
telah mengharamkan pembelian dan penggunaan candu .
 Lin Tsu–hse telah dilantik untuk mengawal kemasukan candu di pelabuhan Canton.
 Kerajaan China mengarahkan supaya semua candu diserahkan dan akan dibayar dengan
teh.
 Apabila pihak British tidak menghiraukan arahan tersebut, Lin Tsu-hse memutuskan
untuk mengawal kediaman orang asing.
 Untuk memelihara keselamatan pedagang, pihak Britsh telah menyerahkan candu dan
meminta ganti rugi atas candu yang dimusnahkan.
 Kedegilan kedua-dua pihak memenuhi tuntutan masing-masing diburukkan lagi apabila
seorang rakyat China, iaitu Lin Wei His dibunuh oleh beberapa orang kelasi British yang
mabuk.
 Pihak China mendesak supaya kelasi-kelasi tersebut diserahkan tetapi Kapten Charles
Elliot telah menolak kerana beliau tidak mahu insiden kapal Lady Hughes berulang
kembali.
 Dalam insiden tersebut, apabila kelasi kapal diserahkan kepada pihak penguasa China,
kelasi tersebut dicekik sampai mati tanpa dibicarakan.
ISU 3 ISU PERUNDANGAN
HURAIAN  Prinsip keadilan China berdasarkan Guilty until proven innocent yang menganggap yang
dituduh melakukan jenayah dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan.
 Manakala prinsip keadilan barat berpegang kepada prinsip innocent until proven guilty
yang bermakna seseorang yang dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah
sehinggalah kesalahan dapat dibuktikan dengan jelas.
 Falsafah undang- undang di China juga berbeza dengan undang-undang British.
 Undang-undang British adalah berdasarkan konsep tanggungjawab individu, iaitu
hukuman akan dijatuhkan kepada individu yang melakukan kesalahan.
 Undang-undang China pula berdasarkan kepada prinsip tanggungjawab berkumpulan
yang bermaksud sekiranya individu-individu yang melakukan kesalahan itu tidak dapat
dikesan, maka kumpulannya akan bertanggungjawab untuk menyerahkan salah seorang
daripada ahli kumpulan mereka untuk menerima hukuman yang setimpal dengan
kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan itu.
ISU 4 ISU AGAMA KRISTIAN
HURAIAN  Hal ini telah menyebabkan masyarakat China tidak berpuas hati dengan kemasukan
agama Kristian.
 Ramai rakyat China berrjaya dikristiankan dan perkembangan ini mengancam
kebudayaan orang China yang berpegang kepada kepercayaan nenek moyang, ajaran
Confucius dan Taoisme.
 Selain membina gereja-gereja baharu, mubaligh Kristian dikatakan melindungi orang
China yang memeluk agama Kristian.
 Kemuncak kepada isu ini ialah pembunuhan di Tientsin pada tahun 1870 yang
menyebabkan paderi, rahib dan pegawai Barat dibunuh.
 Gereja turut dibakar oleh orang china.
ISU 5 ISU PETEMPATAN ORANG ASING
HURAIAN  Kemunculan petempatan asing khususnya di kawasan pelabuhan.
 Petempatan orang asing mempunyai sistem pentadbiran tersendiri dan tidak dikawal
pemerintahan China.
 Penduduk di kawasan ini hanya perlu membayar pajakan kepada pemerintah China.
 Di wilayah pajakan ini, orang asing membentuk Majlis Pperbandaran, undang-undang,
mahkamah, polis dan pasukan pertahanan sendiri.
 Perkembangan ini menimbulkan rasa kurang senang terhadap orang asing yang
membentuk komuniti masing-masing di bumi China.
 Mereka bimbang orang Barat akan menceroboh tanah air mereka seperti apa yang
berlaku terhadap Hong Kong yang diambil alih oleh British dan Macau yang dikuasai oleh
Portugis.
ISU 6 ISU PENGENALAN TEKNOLOGI BARAT

63
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

HURAIAN  Hal ini telah menyebabkan berlaku pengangguran dalam masyarakat China.
 Misalnya, pengenalan teknik baharu dalam sektor perlombongan telah mempercepatkan
penggunaan sumber alam yang terhad di samping mengurangkan pengambilan tenaga
buruh.
 Sarjana China menganggap mereka tidak akan maju jika belajar dengan kuasa Barat
kerana orang Barat tidak ikhlas.
 Keuntungan yang diperolehi daripada teknologi baharu ini adalah untuk jangka masa
pendek dan orang Barat akan memeras ekonomi China secara perlahan-lahan.
PENUTUP  Keengganan pemerintah China berkompromi terhadap isu-isu yang menimbulkan
kemarahan kuasa Barat menyebabkan kuasa barat mencari helah untuk menguasai
China.
 Faktor budaya yang berbeza menyebabkan sifat toleransi sukar diamalkan

64
SOALAN 38 HURAIKAN KESAN PERANG CANDU PERTAMA PADA TAHUN 1839 -1842
PENGENALAN  Perang Candu Pertama (1839-1842) juga dikenali sebagai Peperangan Inggeris-China
Pertama. Peperangan ini tercetus ekoran daripada pertembungan antara dua
kebudayaan yang bertentangan. MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018
 Pertembungan budaya ini boleh dilihat dari aspek konsep perdagangan yang
bertentangan, sekatan kerajaan China terhadap perdagangan asing, sistem hubungan
antarabangsa yang bertentangan, pertentangan undang-undang, kekejaman undang-
undang China, kemasukan candu dan tindakan Lin Tsu-Hse.
 Peperangan ini menandakan Dinasti Manchu telah mengalami kemerosotan dan
menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula bertapak di negara China.
KESAN 1 KEDAULATAN NEGARA CHINA TERJEJAS
HURAIAN  Perang candu pertama telah menjejaskan maruah dan kedaulatan china
 China terpaksa menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat .
 Melalui perjanjian –perjanjian tersebut , kerajaan china terpaksa memberi konsesi
kepada kuasa-kuasa Barat .
 Pedagang –pedagang barat diberi kebebasan untuk berdagang tanpa sebarang sekatan
di pelabuhan-pelabuhan perjanjian .
 Perkembangan ini menunjukkan kerajaan China terpaksa akur kepada tekanan dan
desakan kuasa-kuasa Barat.
KESAN 2 PERJANJIAN DENGAN KUASA –KUASA BARAT
HURAIAN  Selain perjanjian dengan Nanking, kerajaan China juga terpaksa menandatangani
perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat lain. Antara perjanjian yang ditandatangani ialah:

Perjanjian Tambahan Bogue


 Perjanjian ini ditandatangani di antara China dengan pihak British pada 18
Oktober 1843

 Antara syarat-syarat Perjanjian Tambahan Bogue ialah:


a. Cukai import ditetapkan antara 4% hingga 13%
b. Cukai eksport ditetapkan 1.5% hingga 10.75% ad volarem
c. Perjanjian ini memberi status negara berkemudahan istimewa dan hak
wilayah asingan.
Perjanjian Wanghia
 Ini ditandatangani antara negara China dengan Amerika Syarikat pada 3 Julai 1844
 perjanjian ini memberi hak kepada Amerika Syarikat untuk mengadili rakyatnya di
China .

Perjanjian Whampoa
 Perjanjian ini ditandatangani antara China dengan Perancis pada 3 Julai 1844
 Perjanjian ini memberi kebenaran untuk menyebarkan agama Kristian dan
membina gereja di pelabuhan perjanjian

 Selepas itu, negara Barat lain seperti Norway, Sweden dan Rusia juga
menandatangani perjanjian dengan kerajaan China .
KESAN 3 DASAR TUTUP PINTU TAMAT
HURAIAN  Perjanjian Nangking menyebabkan dasar tutup pintu yang diamalkan oleh China tamat.
 Sebaliknya, China terpaksa buka pintu kepada kuasa-kuasa barat yang ingin
menjalankan aktiviti perdagangan dengan bebas tanpa sekatan.
 Kerajaan China juga menjalankan hubungan politik, ekonomi, dan undang-undang
dengan kuasa-kuasa Barat berdasarkan prinsip sama taraf .
KESAN 4 KEMEROSOTAN DINASTI MANCHU
HURAIAN  Perang candu pertama jelas menunjukkan bahawa Dinasti Manchu mengalami
kemerosotan yang amat ketara.
 kekalahan kerajaan China dalam perang tersebut menunjukkan bahawa dinasti Manchu
tidak mempunyai keupayaan untuk menghadapi penentangan kuasa-kuasa Barat.
 Kelemahan Dinasti Manchu menyebabkan rakyat mula menentang kerajaan hingga
tercetus Pemberontakan Taiping .
KESAN 5 1. MUNCUL GERAKAN MENGUATKAN DIRI
HURAIAN  Perjanjian Nangkin menunjukkan kelebihan kuasa-kuasa Barat dalam bidang sains dan
teknologi.
 Perjanjian ini telah menyedarkan masyarakat China tentang kepentingan menguasai
ilmu pengetahuan dari Barat.
 Kesedaran ini telah membangkitkan minat masyarakat China untuk memulakan
Gerakan Menguatkan Diri .
KESAN 6 MONOPOLI CO-HONG DI MANSUHKAN
HURAIAN 65
 Kerajaan China bertindak memansuhkan monopoli perdagangan oleh co-hong.
 Perkembangan ini menyebabkan pedagang-pedagang asing dapat menjalankan
perdagangan dengan bebas pelabuhan-pelabuhan di China.
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

SOALAN 39 HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR DAN KESAN-KESAN-KESAN PERANG CANDU KEDUA


1856-1850
PENGENALAN  Pada tahun 1839-1842 berlaku peperangan antara British dengan China yang dikenali
sebagai Perang Candu Pertama. Peperangan ini ditamatkan dengan termeterainya
Perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842.
 Perjanjian Nanking hanya menamatkan peperangan tetapi tidak menyelesaikan
masalah dalam hubungan antara China dan British. Hubungan antara mereka tetap
runcing sehingga mengakibatkan peperangan yang kedua pada 1856-1860 yang
dikenali sebagai Perang Candu Kedua atau Perang Arrow.
FAKTOR 1 KELEMAHAN PERJANJIAN NANGKING
HURAIAN  Ahli-ahli sejarah seperti Fairbank, Paul H. Clyde dan Burton F. Beers mendakwa
kelemahan Perjanjian Nanking merupakan faktor utama meletuskan peperangan yang
kedua antara China dengan British pada 1856-1860.
 Keengganan China untuk mematuhi syarat-syarat Perjanjian Nanking dan tindakan
British untuk memaksa China mematuhinya serta menuntut keistimewaan-
keistimewaan tambahan telah meruncingkan hubungan antara China dan British.
FAKTOR 2 MASALAH AMOY DAN NINGPO
HURAIAN  Mengikut Perjanjian Nanking 1842, China membuka 5 pelabuhannya kepada pedagang
asing iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai. Walau bagaimanapun,
selepas perjanjian tersebut ditandatangani, British mendapati Amoy dan Ningpo tidak
sesuai dari segi perdagangan.
 Oleh itu, mereka telah mendesak China menukar pelabuhan-pelabuhan tersebut dengan
pelabuhan-pelabuhan lain yang lebih sesuai. Selain itu, British berhasrat untuk
mengembangkan kegiatan perdagangan ke seluruh China.
 Mereka tidak mahu kegiatan perdagangan hanya tertumpu di 5 pelabuhan perjanjian.
Oleh itu, mereka telah mendesak China membuka lebih banyak pelabuhan kepada
pedagang asing.
 Kehendak British tidak dipersetujui oleh China kerana mereka menganggap negara
China telah memberi terlalu banyak keistimewaan kepada kuasa-kuasa barat.
 Keengganan China untuk memenuhi kehendak British dan tindakan British untuk
memaksa China memenuhi tuntutan mereka sudah tentu meruncingkan hubungan
antara China dan British.
FAKTOR 3 MASALAH CANTON DAN FOOCHOW
HURAIAN  Mengikut Perjanjian Nanking, pedagang-pedagang asing diberi kebebasan berdagang di
kesemua 5 pelabuhan perjanjian.
 Walau bagaimanapun, pedagang-pedagang asing masih lagi dikenakan sekatan-sekatan
dan tekanan-tekanan terutamanya di Canton dan Foochow.
 Keadaan ini berlaku kerana sikap anti asing penduduk tempatan lebih-lebih lagi kerana
mereka dipengaruhi oleh pegawai-pegawai sarjana yang merasai kepentingan mereka
terjejas akibat kehadiran barat.
 Selain itu, Maharaja China yang baru menaiki takhta pada 1850 iaitu Hsien Feng dan
Pesuruhjaya Tinggi China yang baru dilantik pada 1852 iaitu Yeh Ming Chen juga
bersikap anti asing.
 Penduduk-penduduk tempatan telah memulaukan barang-barang barat.
 Selain itu, berlaku di Canton pada 1843 dan 1846 iaitu John Davies telah mengarahkan
kapal perang British membedil Canton.
 Sebagai tindak balas, pihak China telah membunuh 6 orang rakyat British. Peristiwa
ini sudah tentu meruncingkan hubungan antara China dengan British.
FAKTOR 4 KRISIS EKONOMI
HURAIAN  Perang Candu pertama telah menyebabkan negeri China mengalami krisis ekonomi.
China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi
peperangan serta bayaran ganti rugi.
 Kemasukan barang-barang Barat telah menjejaskan pasaran barang-barang tempatan.
Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup.
 Kemasukan candu meruncingkan lagi masalah ekonomi negeri China. Bagi mengatasi
masalah ekonomi, China telah merayu supaya British mengurangkan ganti rugi.
Keengganan British telah menjejaskan hubungan antara mereka.

66
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

FAKTOR 5 MEMBAHARUI PERJANJIAN


HURAIAN  Bila Brtitish menyedari China tidak mematuhi sepenuhnya syarat-syarat Perjanjian
Nanking, mereka telah mendesak China supaya diadakan rundingan bagi mengkaji
semua syarat-syarat Perjanjian Nanking.
 Tindakan ini diambil kerana British dipengaruhi oleh syarat Perjanjian Wanghsia 3 Julai
1844 antara China dengan Amerika dan Perjanjian Whampoa 24 Oktober 1844 antara
China dengan Perancis yang menegaskan perjanjian-perjanjian tersebut akan dikaji
semula dalam tempoh 12 tahun.
 British menuntut keistimewaan ini berdasarkan prinsip “layanan negara yang
diutamakan”. Sekiranya keistimewaan ini dinikmati oleh British, bermakna Perjanjian
Nanking perlu dikaji semula pada 1854.
 British mahu mengkaji semula syarat-syarat Perjanjian Nanking dengan tujuan untuk
mendapatkan keistimewaan-keistimewaan tambahan seperti kebebasan berdagang di
kawasan pedalaman, Bandar-bandar serta pelabuhan-pelabuhan di pinggir pantai dan
juga untuk menempatkan perwakilan diplomatik di Peking.
 Desakan British supaya China mengkaji semula syarat Perjanjian Nanking dan
keengganan China untuk memenuhi kehendak tersebut telah meruncingkan hubungan
antara mereka.
 Pihak China telah mendakwa negeri China telah memberi terlalu banyak keistimewaan
kepada kuasa-kuasa Barat.
KESAN 1 MENYEDARKAN CHINA BAHAWA KUASA BARAT LEBIH SUPERIOR
HURAIAN  Kekalahan China dalam Perang Candu kedua merupakan kekalahan kedua mereka
kepada kuasa-kuasa barat dalam tempoh 2 dekad.
 Kekalahan ini menyedarkan mereka bahawa barat lebih superior daripada China.
Buktinya mereka mula meniru teknik-teknik barat untuk dilaksanakan di negeri China.
 Pemimpin-pemimpin China seperti Tseng Kao Fan, Tso Tsung Tang dan Li Hung Chang
telah meniru idea-idea Barat dalam politik, ekonomi dan sosial untuk dilaksanakan
dalam Rancangan Pembaharuan “Gerakan Memperkuatkan Diri 1864-1894”.
KESAN 2 KEMUNCULAN DUA GOLONGAN MASYARAKAT PRO VS ANTI BARAT
HURAIAN  Peperangan Arrow telah mengakibatkan lahirnya 2 golongan dalam masyarakat China
iaitu golongan pro Barat dan golongan anti barat.
 Golongan pro barat meniru idea-idea barat untuk dilaksanakan di negeri China
manakala golongan anti barat menjalankan kegiatan menentang kegiatan orang barat
serta pengaruh mereka di China.
 Contohnya pada 21 Jun 1870, mereka telah menyerang rumah kanak-kanak yatim
Kristian di Tientsin menyebabkan 20 orang terbunuh termasuk 10 rahib wanita.
 Pada tahun 1875, Raymond Margary serta 5 orang Cina yang menjadi pengikutnya telah
dibunuh semasa menjalankan penyelidikan untuk mencari jalan darat dari Myanmar ke
China.
KESAN 3 PENUBUHAN TSUNGLI YAMEN 1861
HURAIAN  Selepas Perang Arrow, China mula mewujudkan hubungan diplomatik atas dasar
sama taraf dengan kuasa-kuasa Barat.
 Bagi menguruskan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat, Pejabat Hal Ehwal Luar yang
dikenali sebagai Tsungli Yamen telah diwujudkan pada 11 Mac 1861.
 Sejak tahun 1861, duta-duta asing mula ditempatkan di Peking. Antara mereka ialah
Anson Burlingame (duta Amerika), Frederick Bruce (British), M. Buthemy (Perancis)
dan De Balluseck (Rusia). Pada tahun 1866, dengan bantuan Robert Hart, satu
perwakilan China yang diketuai oleh Pin Chun telah dihantar ke Eropah.
 Pada tahun 1868 dengan bantuan Anson Burlingame, satu perwakilan China yang
diketuai oleh Chih Kong dan Sun Chia Ku telah dihantar ke Amerika.
 Perwakilan ini kemudiannya melawat negara-negara Eropah. Sejak tahun 1877, duta-
duta China mula ditempatkan di negara-negara asing seperti di Amerika, British,
Perancis, Jerman, Rusia, Sweden, Sepanyol dan lain-lain lagi.
KESAN 4 KRISIS EKONOMI
HURAIAN  Perang Arrow telah menyebabkan negeri China mengalami krisis ekonomi. China
terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi peperangan
serta bayaran ganti rugi. Kemasukan barang-barang Barat telah menjejaskan pasaran

67
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

barang-barang tempatan.
 Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup. Kemasukan candu
meruncingkan lagi masalah ekonomi di China.
KESAN 5 PENGHIJRAHAN MASYARAKAT CHINA KE LUAR NEGARA
HURAIAN  Perang Arrow, ramai rakyat China mula berhijrah ke seberang laut, terutamanya ke
Asia Tenggara. Penghijrahan rakyat China semakin hebat bila British menjalankan
perdagangan kuli bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di Asia Tenggara.
 Tambahan pula, Kerajaan China juga tidak menyekat penghijrahan rakyatnya ke
seberang laut selepas termeterainya Perjanjian Tientsin dan Perjanjian Peking.
 Orang-orang China sanggup berhijrah kerana mereka telah hilang keyakinan terhadap
Kerajaan Manchu serta untuk melarikan diri daripada penderitaan di China.
PENUTUP  Menyebabkan munculnya Gerakan Menguatkan Diri untuk mengembalikan martabat
negara China yang dimalukan oleh kuasa British dalam dua perang tersebut.

SOALAN 40 HURAIKAN GERAKAN MENGUATKAN DIRI (1861-1895) DAN FAKTOR KEGAGALANNYA


DI CHINA.
PENGENALAN  Kekalahan kepada kuasa Barat memberi kesan besar kepada China iaitu menimbulkan
kesedaran dlm kalangan pemimpin China untk melindungi kedaulatan negara.
 Oleh itu, kerajaan China telah melaksanakan rancangan yang dikenali
sebagai “Gerakan Menguatkan Diri”.
 Gerakan ini merupakan salah satu usaha pembaharuan ataupun pemodenan China.
FAKTOR 1 GERAKAN MENGUATKAN DIRI
HURAIAN LATAR BELAKANG:
 Menjelang pertengahan abad ke-19, kuasa-kuasa Barat mengukuhkan kedudukan dan
pengaruh di China. Kerajaan juga menghadapi beberapa pemberontakan dalam negeri
seperti Pemberontakan Taiping (1851-1864) dan Pemberontakan Nien (1853-
1868).
 Perkembangan ini telah memberi kesedaran kepada pegawai-pegawai istana dan
pemimpin-pemimpin wilayah seperti Putera Kung (1833-1898), Tseng Kuo-fan
(1811-1872), Li Hung-chang (1823-1901) dan Tso Tsung-tang (1812-1885)
mengenai keperluan untuk memodenkan China.
 Kesedaran untuk memodenkan China telah melahirkan rancangan pemodenan yang
dikenali sebagai Gerakan Menguatkan Diri.
 Tokoh yang mengasaskan idea Gerakan Menguatkan Diri adalah Feng Kuei-fen.
 Feng Kuei-fen berpendapat China harus memperoleh ilmu daripada negara-negara
Barat untuk memodenkan China.
 Gerakan ini telah dilaksanakan mulai tahun 1861 dan berlanjutan hingga tahun 1895.
 Langkah-langkah yang diambil untuk menguatkan diri mencakupi bidang diplomatik,
pendidikan, ketenteraan, ekonomi, pentadbiran serta sistem perhubungan dan
pengangkutan.
FAKTOR 2 KETIADAAN PEMIMPIN NASIONAL YANG CEKAP.
HURAIAN  Mencapai kejayaan yang terhad kerana tiada pemimpin yang cekap dan dinamik bagi
menerajui gerakan ini. Malah kerajaan Manchu juga gagal melahirkan pemimpin-
pemimpin yangg berkaliber bagi memimpin gerakan tersebut.
 Putera Kung yang merupakan pemimpin yang berkaliber telah disingkirkan daripada
istana pada tahun 1875.
 Maharani Dowager yang memegang tumpuk pemerintahan selepas itu bersifat anti-
pemodenan.
FAKTOR 3 MENDAPAT TENTANGAN DARIPADA GOLONGAN KONSERVATIF
HURAIAN  Mendapat tentangan daripada golongan konservatif di istana Ching. Golongan
konservatif menentang usaha memodenkan China selepas Putera
Kung disingkirkan daripada istana.
 Pada tahun 1875, Maharani Dowager yg mempunyai sifat anti pemodenan menerajui
pemerintahan China.
 Baginda membelanjakan wang yang dikutip untuk memodenkan negara bagi
mengindahkan istananya

68
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Selain itu, golongan sarjana dan pegawai-pegawai kerajaan China tidak menyokong
program pemodenan kerana mereka dikongkong olh adat resam tradisional ajaran
ajaran Confucius.

FAKTOR 4 MASALAH KEWANGAN.


HURAIAN  Ekoran masalah kewangan yang dihadapi oleh China ekoran bencana alam seperti
banjir dan kemarau (tahun 1840-an).
 Perbelanjaan untuk menghadapi peperangan dan pemberontak menambahkan beban
kewangan kerajaan China.
 Kerajaan China terpaksa membayar ganti rugi kepada kuasa-kuasa Barat
selepas Perang Candu Pertama dan Perang Candu Kedua menyebabkan program
pemodenan tidak dapat dijalankan.

FAKTOR 5 KETIADAAN PENYELERASAN.


HURAIAN  Gerakan ini mencapai kejayaan yang terhad kerana tiada kerjasama antara Kerajaan
Pusat dengan kerajaan di peringkat wilayah.
 Kerajaan di peringkat wilayah tidak mendapat kerjasama da sokongan daripada
kerajaan pusat
 Li Hung-chang, Tseng Kuo-fan dan Tso Tsung-tang tidak memberikan kerjasama
kepada Kerajaan Pusat.

FAKTOR 6 KESAN IMPERIALISME KUASA BARAT DAN JEPUN.


HURAIAN  Menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri tidak mencapai kejayaan. Keadaan politik di
China tidak stabil kerana peperangan yang dilancarkan olh kuasa-kuasa Barat.
 Malah menyebabkan kerajaan China terpaksa menanggung kos perbelanjaan perang
yang tinggi. Kerajaan China terpaksa membayar ganti rugi yang tinggi kepada kuasa-
kuasa Barat.

FAKTOR 7 PEMODENAN TERHAD.


HURAIAN  Kerajaan China tidak bersedia untuk melakukan pembaharuan-pembaharuan
radikal bagi memodenkan Negara.
 Tidak bersedia untuk melakukan rombakan serta menyusun semula institusi-insitusi 
tradisional bagi memodenkan negara.
 Hanya meminjam teknologi Barat untuk memodenkan negara berasaskan institusi-
institusi tradisional yang sedia ada.
 Sikap kerajaan China tidak sanggup mengorbankan nilai-nilai serta institusi tradisional
menjejaskan pencapaian ini.

FAKTOR 8 KELEMAHAN KERAJAAN MANCHU.

HURAIAN  Kelemahan kerajaan Manchu tidak mempunyai sistem pentadbiran yang teratur dan
sistematik.
 Tidak dapat mengawal amalan rasuah dan penyelewengan yang berleluasan dalam
kalangan pegawai-pegawai kerajaan.
 Menyalahgunakan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat bagi melaksanakan
program-program ini.
 Menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri tidak berjaya.

PENUTUP  Walaupun berusaha memajukan Negara bagi menjamin kedaulatan wilayah, langkah
memajukan China kurang berjaya.
 Kegagalan China dalam usaha pemodenan ini terbukti apabila mereka berjaya
dikalahkan oleh kecil seperti Jepun dalam Perang China-Jepun.
 Kekalahan kepada kuasa Barat memberi kesan besar kepada China iaitu menimbulkan
kesedaran dalam kalangan pemimpin China untuk melindungi kedaulatan Negara.
 Oleh itu, kerajaan China telah melaksanakan rancangan yang dikenali sebagai “Gerakan
Menguatkan Diri”.
 Gerakan ini merupakan salah satu usaha pembaharuan / pemodenan China

69
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

SOALAN 41 FAKTOR PEMBERONTAKAN BOXER TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT DI CHINA


PENGENALAN  Menjelang tahun 1899, tercetus satu pemberontakan yang dikenali sebagai
Pemberontakan Boxer di China.
 Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh
orang Cina yang beragama Kristian.
 Pemberontakan Boxer merupakan reaksi orang Cina terhadap tekanan yang diberikan
oleh kuasa-kuasa asing terhadap kerajaan China, malah anggota Gerakan Boxer
menganggap orang asing bertanggungjawab terhadap keruntuhan kerajaan Manchu.
 Mereka melaungkan slogan Halau Orang Asing dan Selamatkan Maharaja
 Di samping itu, mereka menganggap orang asing sebagai punca kepada segala
kepincangan yang berlaku dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di China.
 Gerakan Boxer berasal daripada sebuah kongsi gelap Cina yang dikenali sebagai I Ho
Chuan (Persatuan Tinju Keadilan dan Keharmonian).
 Menjelang tahun 1813, kerajaan mengeluarkan perintah mengharamkan I Ho Chuan
kerana persatuan ini bersifat anti-Manchu.
 Namun anggota persatuan ini bergiat secara sulit di wilayah-wilayah Shantung,Hunan
dan Kiangsu.

FAKTOR 1 SENTIMEN ANTI ORANG ASING DALAM KALANGAN RAKYAT CHINA


HURAIAN  Sentimen dalam kalangan orang Cina telah bermula sejak awal abad ke-17 lagi apabila
orang asing telah memasuki China
 Kekalahan negara China dalam Perang Candu 1 (1839-1842) dan Perang Candu 2 di
tangan British
 Kekalahannya di tangan Jepun dalam perang China-Jepun (1894-1895)
 Menyebabkan Barat dan Jepun menceroboh negara China sewenang-wenangnya untuk
merebut konsesi
FAKTOR 2 SENTIMEN ANTI ORANG ASING DALAM KALANGAN ISTANA
HURAIAN  Sentimen asing ini juga wujud di kalangan sarjana ningrat, pembesar istana dan
Maharani Dowager @ balu Tzu Hsi , Putera Chuang dan Kang-i
 Maharani Dowager atau Tzu Hsi yang merampas kuasa daripada Kuang Hsu pada tahun
1898 telah meneruskan dasar anti-asing
 Baginda berhasrat untuk menamatkan hak-hak kewilayahan asing yang diberikan
kepada orang asing di negara China.
 Maharani Dowager telah menolak permintaan Itali umtuk medapatkan San May Bay di
Chikiang
 Perasaan ini juga anti asing ini juga timbul di kalangan pegawai istana
 Maharani Dowager juga wujud perasaan anti-Barat apabila pihak Inggeris telah
memberi bantuan kepada Kang Yi-Wei dan Liang Chih-Chao melarikan diri ke Hong
Kong
 Kerajaan Jepun juga memberi perlindungan kepada mereka dan memberi kebenaran
kepada mereka meneruskan kegiatan mereka menentang kerajaan Manchu melalui
akhbar-akhbar yang diterbitkan di Jepun
 Maharani Dowager telah mengarahkan tentera pimpinan Tung Fun Shing membantu
Pemberontakan Boxer
 Pembesar-pembesar China telah memberi bantuan senjata kepada anggota-anggota
gerakan Boxer
FAKTOR 3 SENTIMEN ANTI KRISTIAN
HURAIAN  Perkembangan agama Kristian yang pesat di China pada tahun 1890-an
 Selepas perjanjian Whampo (1844) dan persidangan Peking (1860) telah
menambahkan lagi sentiment orang asing di kalangan orang Cina
 Melalui perjanjian kedua-dua mubaligh Kristian diberi perlindungan dan dibenarkan
menjalankan kegiatan mereka di negara China
 Perkembangan ini dianggap sebagai satu penghinaan terhadap KEPERCAYAAN dan
FALSAFAH ORANG-ORANG CHINA yng berasaskan CONFUCIANISME
 Sentimen ini juga wujud disebabkan oleh sikap-sikap orang-orang Cina yang menganut
agama Kristian
 Mereka tidak menghormati ajaran CONFUCIANISME

70
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Enggan menyembah berhala dan enggan menyertai upacara, perayaan dan hiburan
keagamaan dan enggan membayar wang perbelanjaan untuk membiayai perayaan
hiburan di peringkat kampung atas alasan amalan ini bertentangan dengan amalan
Kristian
 Orang Cina Kristian juga menyifatkan mereka sebagai kelas sosial yang berdarjat tinggi,
anggapan itu dianggap sebagai penghinaan.
 Orang Cina menuduh mereka murtad dan mempersalahkan kuasa Barat atas
berlakunya perkara begitu
 Sentimen ini juga wujud disebabkan mubaligh-mubaligh Kristian menggunakan cara
yang sangsi untuk menarik minat orang cà Cina menganut agama Kristian
 Mereka juga memberi bantuan kewangan dan campur tangan menyebelahi penganut
Kristian dalam kes-kes makhamah yang membabitkan golongan Cina bukan Kristian
 Ia juga wujud apabila tersebarnya khbar-khabar angin bahawa mubaligh Kristian
melakukan perbuatan ganjil dan tidak berperikemanusiaan iaitu mencungkil mata
kanak-kanak di kawasan pendalaman
FAKTOR 4 PENGUASAAN EKONOMI NEGARA CHINA OLEH ORANG ASING
HURAIAN  Penguasa ekonomi negara China oleh orang asing selepas pembukaan negara China
kepada kuasa-kuasa Barat telah menambahkan lagi sentimen orang asing di kalangan
orang Cina
 Menyebabkan kemelesatan ekonomi China akibat kemasukan barangan asing secara
berleluasa selepas Perang Candu 1.
 Ianya mengancam barangan tempatan kerana barangan asing jauh lebih bermutu dan
murah
 Negara China menghadapi imbangan perdagangan yang defisit sebanyak 69 juta tael
pada tahun 1899
 Syarikat asing dan pelaburan perusahan semakin berkembang di negara China
 Akibatnya pengusaha-pengusaha menjadi muflis dan pekerja-pekerja kehilangan kerja
mereka.
FAKTOR 5 KEKURANGAN WANG DI NEGARA CHINA
HURAIAN  Kerajaan China tidak dapat menyelesaikan masalah ekonominya kerana kekurangan
wang yang disebabkan oleh kejatuhan ekonominya
 Kerajaan China terpaksa menggunakan banyak wang untuk membayar ganti rugi
perang
 Kerajaan China terpaksa meminjam wang dari negara luar
 Ini menyebabkan modal asing mencurah-mencurah masuk ke negara China
 Ekonomi dan pasaran tempatan mereka dikuasai oleh orang asing
KESIMPULAN  Peberontakan Boxer berlaku disebabkan oleh penguasaan orang Barat terhadap
ekonomi dan mempengaruhi masyarakat Cina untuk memeluk agama Kristian.
Tindakan orang Barat ini menyebabkan golongan rakyat biasa dan golongan istana
bersatu untuk mempertahankan hak mereka dan menyelamatkan negara mereka
daripada terus dikuasai oleh pengaruh orang asing. Pemberontakan Boxer merupakan
asas kepada kejatuhan kerajaan Manchu dan kemunculan kerajaan Republik di China.

SOALAN 42 HURAIKAN PEMBAHARUAN CHING PADA TAHUN 1901 – 1911


PENGENALAN  Kegagalan Pemberontakan Boxer telah menyebabkan kerajaan Manchu mengarahkan
pegawai-pegawai kerajaan mengemukakan cadangan pembaharuan bagi memodenkan.
 Pada 29 Januari 1901, Maharani Dowager Tzu Hsi mengumuman Gerakan
Pembaharuan berteraskan ciri-ciri baik peradaban Barat.
 Gabenor Jeneral Liu Kun-i dan Chang Ching Tung telah mengemukakan tiga pucuk surat
peringatan kepada pihak istana pada bulan Julai 1901.
 Hasil daripada cadangan yang dikemukakan oleh Liu Kun – i dan Chang Chih-Tung,
pelbagai pembaharuan dilaksanakan.
 Kerajaan Manchu melancarkan Gerakan Pembaharuan bagi memodenkan China pada
tahun 1901.
 Pembaharuan yang dilaksanakan meliputi aspek pendididkan, ketenteraan,
perlembagaan, ekonomi, sosial dan pentadbiran.

71
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

ASPEK 1 ASPEK PENDIDIKAN


HURAIAN  Matlamat pembaharuan dalam bidang pendidikan adalah untuk melatih pegawai-
pegawai kerajaan yang lebih cekap.
 Pada tahun 1904, kerajaan Manchu memperkenalkan sistem pendidikan moden
berasaskan model pendidikan Jepun.
 Sistem pendidikan merangkumi empat tahap, iaitu sekolah rendah, sekolah menengah,
sekolah tinggi / maktab dan universiti Peking.
 Pada tahun 1905, Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kerajaan yang berdasarkan kitab-
kitab klasik China dimansuhkan.
 Sukatan pelajaran moden yang mengandungi sejarah China dan Eropah, sistem
kerajaan serta ilmu sains dan teknologi Barat diperkenalkan.
 Pada tahun 1906, Kementerian Pendidikan ditubuhkan untuk menguruskan
pelaksanaan sistem pendidikan di sekolah.
 Pelajar-pelajar dihantar untuk menuntut di luar negara seperti Jepun, Eropah dan
Amerika Syarikat.
 Pada tahun 1873, pejabat percetakan kecil ditubuhkan bagi menerbitkan buku-buku
dalam bidang alam sekitar, ekonomi, fizik, kimia dan undang-undang antarabangsa.
 Perkembangan pesat dalam bidang pendidikan menyebabkan banyak sekolah dan
maktab didirikan di China.
 Maktab-maktab kecil telah dibina di Shanghai, Canton dan Foochow.
 Sekolah pelayaran dan membina kapal turut dibina. Biarpun pembaharuan dalam
sistem pendidikan telah dilakukan, namun nilai-niai ajaran Confucius tidak diabaikan.
 Menjelang tahun 1909-1910 , terdapat 57 267 buah sekolah di China.
ASPEK 2 ASPEK PERLEMBAGAAN
HURAIAN  Selain itu, kerajaan mengambil langkah-langkah bagi memperkenalkan pemerintahan
berperlembagaan.
 Maharani Dowager Tzu Hsi ingin memperkenalkan pemerintahn perlembagaan bagi
menyekat penjajahan kuasa asing.
 Sebuah jawatan kuasa yang terdiri daripada lima orang anggota di bawah pimpinan
Tsai Te ditubuhkan untuk mengkaji perlembagaan negara-negara asing.
 Anggota jawatankuasa tersebut telah dihantar ke Jepun Britain, Perancis, Belgium,
Austria dan Itali untuk mengkaji perlembagaan negara-negara tersebut.
 Pada tahun 1908, kerajaan Manchu meluluskan undang-undang bagi menubuhkan
Majlis Perhimpunan Wilayah. Desakan untuk menubuhkan sebuah parlimen
dikemukakan dalam persidangan tersebut.
 Hasilnya, sebuah Perhimpuanan Nasional yang dianggotai oleh 200 orang ahli telah
ditubuhkan. Separuh daripada ahli Parlimen Nasional dilantik oleh Majlis Perhimpunan
Wilayah.
 Perhimpunan Nasional telah mengadakan mesyuarat pertama pada 3 Oktober 1910.
 Pada tahun 1913, hasil desakan Perhimpunan Nasional, kerajaan Manchu akhirnya
menubuhkan sebuah parlimen
ASPEK 3 ASPEK EKONOMI
HURAIAN  Di samping itu, kerajaan melaksanakan pembaharuan dalam bidang ekonomi seperti
penubuhan Kementerian Perdagangan di Peking pada tahun 1903.
 Kerajaan telah menukarkan nama kementerian tersebut menjadi Kementerian
Pertanian, Perindustrian dan Perdagangan.
 Maktab-maktab teknikal didirikan di wilayah untuk memberi latihan kepada penduduk
tempatan dalam bidang perusahaan. Kerajaan memberi galakan kepada pngusaha-
pengusaha tempatan menubuhkan kilang-kilang.
 Antara tahun 1903 hingga 1908, 130 buah kilang didirikan oleh pengusaha tempatan di
China.
 Kerajaan juga menggalakkan penggunaan barangan tempatan. Pada tahun 1905, Yuan
Shih- Kai mengadakan satu pameran perindustrian di Tientsin.
 Sebuah dewan untuk mempromosikan barangan keluaran tempatan telah didirikan di
Peking.
 Bagi melancarkan perdagangan antarabangsa, jawatan Pengawas Perdagangan
ditambah. Tugas Pengawas Perdagangan ialah menguruskan soal perdagangan dan
menjadi pegawai diplomatik.
 Atas desakan pihak Barat, sistem pentadbiran kastam diubah mengikut gaya Barat.

72
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Kerajaan China melantik orang Barat pertama memegang jawatan sebagai Inspektor
Jeneral Kastam. Menjelang tahun 1911, kerajaan telah membina landasan kereta api
sepanjang 9600 kilometer
ASPEK 4 ASPEK PENTADBIRAN
HURAIAN  Seterusnya, kerajaan Manchu telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam
bidang pentadbiran. Kementerian-kementerian baharu telah ditubuhkan untuk
menjalankan pemerintahan secara birokratik dan teratur.
 Antaranya Kementerian Luar Negeri (1901), Kementerian Polis (1905), Kementerian
Angkatan Tentera Darat (1906) dan Kementerian Kewangan (1906).
ASPEK 5 ASPEK SOSIAL
HURAIAN  Selanjutnya, kerajaan Manchu juga telah melakukan beberapa pembaharuan dalam
bidang sosial.
 Antara pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan Manchu ialah menarik balik
larangan perkahwinan antara orang Manchu dengan orang China pada tahun 1902.
 Larangan terhadap amalan menghisap candu dalam kalangan kakitangan kerajaan dan
orang awam yang berumur di bawah 60 tahun turut ditarik balik pada tahun 1906.
 Kerajaan Manchu juga menghapuskan amalan mengikat kaki (Foot Binding) dalam
kalangan wanita Cina.
PENUTUP  Pembaharuan yang telah dilaksanakan adalah untuk menguatkan diri bagi menghadapi
ancaman imperialisme Barat. Meskipun pelbagai program dilaksanakan, namun
gerakan ini tidak mencapai matlamat sebenar.
 Kegagalan disebabkan oleh masalah kewangan dan tentangan daripada golongan
konservatif, dan ketiadaaan pemimpin yang berwibawa. Kelemahan ini menyebabkan
China terdedah kepada ancaman imperialisme Jepun dan kuasa Barat.

SOALAN 43 BINCANGKAN ISU-ISU YANG MENIMBULKAN RASA TIDAK PUAS HATI MASYARAKAT
INDIA TERHADAP BRITISH.
PENGENALAN  Kuasa Barat mengalami perubahan besar dalam bidang ekonomi kesan daripada
Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah yang bermula di England pada abad ke-
18.
 Kesan daripada revolusi itu telah membawa kepada pertumbuhan kilang, bandar-
bandar baharu, pertambahan penduduk dan kekayaan kepada negara-negara Barat.
 Mereka memerlukan bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri-industri di
Eropah dan pasaran untuk barangan keluaran mereka. Oleh itu mereka perlu
memperluaskan kuasa di kawasan yang kaya dengan bahan mentah, khususnya di
India.
ISU 1 DAHAGI INDIA
HURAIAN  Kebangkitan terbesar masyarakat India menentang kuasa Barat berlaku pada tahun
1857 yang dikenali sebagai Dahagi India. Kebangkitan ini dianggap sebagai turning
point kepada perjuangan orang India dibebaskan tanah air mereka daripada belenggu
penjajahan Barat.
 Peristiwa Dahagi India hanya semata-mata kebangkitan sepoi yang tidak berpuas hati
terhadap isu peluru rifle. Peluru rifle ini menggunaka lemak lembu yang merupakan
sesuatu yang haram kepada penganut agama hindu.
ISU 2 PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP PEMBAHARUAN BRITISH
HURAIAN  Tindakan Gabenor Jeneral British di India, Lord William Bentick menghapuskan
amalan suttee dan thugee yang diamalkan sejak turun-temurun menimbulkan rasa
kurang senang orang Hindu terhadap pentadbiran British di India. Melalui amalan
suttee, seseorang balu beragama Hindu akan dibakar bersama-sama mayat suami
mereka semasa upacara pengebumian.
 Amalan thugee pula ialah budaya merompak dan pembunuhan jalanan yang dilakukan
oleh kumpulan-kumpulan agama yang bersenjata. Mereka mencekik pengembara-
pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali. Bentick turut menghapuskan amalan
membunuh bayi perempuan.
 Pihak British melihat adat ini sebagai tidak berperikemanusiaan lalu menggubal
undang-undang pada tahun 1928 bagi menghapuskan amalan ini.

73
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Lord Dalhousie, pengganti Bentick pula meluluskan Akta Kahwin Semula bagi balu-
balu Hindu, satu undang-undang yang melanggar tradisi masyarakat Hindu.
ISU 3 DASAR DISKRIMINASI BRITISH
HURAIAN  Penduduk tempatan hanya dibenarkan menaiki kereta api kelas tiga sedangkan kelas
satu dan dua hanya utuk pegawai-pegawai Inggeris.
 Diskriminasi sebegini menjejaskan imej masyarakat India yang berkasta tinggi.
ISU 4 ALASAN SALAH TADBIR PEMBESAR TEMPATAN
HURAIAN  Di Coorg dan Mysore, Bentick menggunakan alasan penyalahtadbiran pembesar
tempatan dan berjanji untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan stabil.
 Lord Ellenborough ingin merampas Sind dan membuat beberapa tuduhan terhadap
amir-amir di Sind. Amir-amir dipaksa menyerahkan beberapa sebahagian besar
wilayah mereka dan tidak dibenarkan membuat mata wang sendiri.
 Hanya mata wang British sah.
 Amir-amir marah dan menyerang British. Mereka ditewaskan dan Sind diletakkan di
bawah pentadbiran British.
 Ellenborough berjaya menguasai wilayah Gwalior dan Paniar setelah kematian ketua
puak Maratha, iaitu Daulat Rao Sindhia.
ISU 5 BRITISH MENERUSKAN USAHA MENAKLUK INDIA
HURAIAN  Lord Dalhousie meneruskan usaha untuk menakluk lebih banyak wilayah di India.
Melalui tiga cara iaitu; Menakluk Punjab. Beliau mengisytiharkan perang ke atas kaum
Sikh dan mengalahkan mereka di Gujerat. Punjab berjaya dikuasai. Cara kedua melalui
“Undang-undang Lesap Waris”. Menurut doktrin ini, mana-mana pemerintah yang
tidak meninggalkan waris selepas kemangkatan mereka, secara automatik negeri itu
akan jatuh kepada pihak British.
 Beberapa wilayah diperoleh British melalui doktrin ini, iaitu Sarata, Jaipur, Jhansi dan
Tanjore.
 Cara ketiga melalui “kebaikan untuk diperintah”. Cara ini dilakukan atas alasan
berlakunya penganiayaan, kezaliman, dan ketidakstabilan politik dalam sesebuah
negeri
PENUTUP  Isu-isu ini mendatangkan kemarahan kepada peduduk Negara India.
 Ekoran itu beberapa langkah penentangan telah dilakukan kepada pihak British.

SOALAN 44 TERANGKAN USAHA-USAHA MENDAULATKAN INDIA DALAM MENUJU KEMERDEKAAN


PADA ABAD KE-20M
PENGENALAN  Usaha-usaha menjadikan India sebagai sebuah negara  yang berdaulat pada abab ke-
20 berjalan  dengan rancak
 Setelah hampir setengah abad usaha itu  berlaku, barulah India keluar dari belenggu
penjajahan

USAHA 1 KEMUNCULAN GERAKAN BERSIFAT RADIKAL 1905-1918


HURAIAN  Sepanjang tempoh 1905-1918, proses dekolonisasi di India dikenali sebagai tahap
militan.
 Hal ini kerana munculnya gerakan bersifat radikal  yang diketuai oleh BG. Tilak, Lala
Lajpat Rai, Bipin Chamdra Pal dan Aurobindo Ghosh. Tokoh-tokoh ini memainkan 
peranan yang penting dalam menggerakkan penentangan terhadap British.
 Mereka mahukan tindakan dilakukan terhadap penjajah British dan menyarankan
supaya memulaukan segala perkara yang berkaitan dengan  penjajah  British seperti
barangan British, institusi pendidkan, perkhidmatan kerajaan, sistem undang-undang
dan mahkamah.
 Jika langkah-langkah ini dilakukan secara bersungguh-sungguh, pasti akan
melemahkan kedudukan British di India.
 Bagaimanapun, menjelang tahun 1920, usaha golongan militan untuk membebaskan
India daripada British menemui kegagalan.
 Masyarakat Islam secara umumnya menganggap Turki mewakili pemerintahan Islam

74
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

dan khalifah Turki dianggap khalifah Islam sejagat..


 Abu Kalam Azad Khan, Muhammad  Ali dan Shaukat Ali melancarkan gerakan yang
dinamakan Gerakan Khilafat. Pemimpin gerakan ini mendakwa India bukanlah
negara Islam dan menyarankan masyarakat Islam berhijrah ke negara Islam, iaitu
Afghanistan.
 Selepas Perang Dunia I, perjuangan penduduk tempatan bercorak sederhana tetapi
enggan berkerjasama dengan pihak British.
 Mahatma Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC) dari tahun 1920 hingga
tahun 1939. Beliau telah menukar INC daripada sebuah parti elit kepada gerakan
massa yang mewakili pelbagai kelompok daripada masyarakat bawahan kepada
masyarakat atasan.
 Terdapat tiga prinsip perjuangan Mahatma Gandhi yang terkenal iaitu satyagraha,
ahimsa dan swadesi.
 Prinsip swadesi atau berdikari sendiri bagi mendapatkan keperluan tanpa
mengharapkan bantuan orang lain.

USAHA 2 KEMUNCULAN GERAKAN KHILAFAT 1919


HURAIAN  Penglibatan Turki dalam Perang Dunia 1 turut memberi kesan kepada
India.Masyarakat Islam secara umumnya menganggap Turki mewakili pemerintahan
Islam dan khalifah Turki dianggap khalifah Islam sejagat..
 Maulana Abul Kalam Azad Khan, Muhammad  Ali dan Shaukat Ali melancarkan
gerakan yang dinamakan Gerakan Khilafat. Gerakan ini mengadakan pemulauan
dalam semua aktiviti kerajaan dan penutupan premis perniagaan dilancarkan pada 27
Oktober 1919.
 Pemimpin gerakan ini juga mendakwa India bukanlah negara Islam dan menyarankan
masyarakat Islam berhijrah ke negara Islam, iaitu Afghanistan.
 Dianggarkan seramai 500 ribu hingga 1 juta masyarakat Islam di India telah berhijrah
ke Afghanistan, tetapi penghijrahan ini dianggap sia-sia kerana kerajaan Afghanistan
gagal memenuhi tuntutan mereka

USAHA 3 KEMUNCULAN KONGRES KEBANGSAAN INDIA @ INDIAN NATIONAL CONGRESS (INC)


1920
HURAIAN  Selepas Perang Dunia I, perjuangan penduduk tempatan bercorak sederhana tetapi
enggan berkerjasama dengan pihak British.
 Mahatma Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC) dari tahun 1920 hingga
tahun 1939. Beliau telah menukar INC daripada sebuah parti elit kepada gerakan
massa yang mewakili pelbagai kelompok daripada masyarakat bawahan kepada
masyarakat atasan.
 Terdapat tiga prinsip perjuangan Mahatma Gandhi yang terkenal iaitu satyagraha
(berpegang teguh kepada kebenaran), ahimsa (mogok lapar) dan swadesi (berdikari).
 Prinsip swadesi atau berdikari sendiri bagi mendapatkan keperluan tanpa
mengharapkan bantuan orang lain.
 Gandhi menyarankan penduduk India kembali kepada kehidupan sederhana,
mengunakan barangan buatan India  seperti kapas, dan memasuki sekolah-sekolah
India.
 Melalui prinsip ini timbul kesedaran dalam kalangan penduduk India sepaya
menghargai produk sendiri yang mengalami kemerosotan sejak tahun ke-18 kesan
monopoli perdagangan penjajah British, Perancis dan Portugal.
 Gandhi seorang pejuang anti kekerasan. Baginya melakukan kekerasan tidak dapat
menyelesaikan masalah sebaliknya menimbulkan masalah lain.
 Gandhi mungkin terpengaruh dengan kesan buruk yang di terima daripada peristiwa
Dahagi India. Salah satu daripada prinsip ahimsa adalah mogok lapar yang di lakukan
pada tahun 1920. Penentangan melalui mogok lapar menyebabkan kekuatan British
tidak berguna kerana tiada penentangan bersenjata.

USAHA 4 PERARAKAN GARAM 1930


HURAIAN  Usaha besar ke arah pembebasan tanah air berlaku pada bulan Mac 1930 apabila
Mahatma Gandhi bertindak mengadakan gerakan penentangan awam dikenali sebagai
Perarakan Garam.

75
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Secara tradisinya, garam dihasilkan oleh rakyat tempatan terutamanya di kawasan


pantai sebelum diedarkan ke bahagian pedalaman.
 Walau bagaimanapun, British telah memonopoli perniagaan garam dengan menaikkan
harga garam yang akhir menyukarkan golongan miskin dan petani.
 Mahatma Gandhi mengecam tindakan British ini melalui perarakan garam bermula
dari bandar Ahmadabad menuju ke Pantai Gujerat tanpa memakai kasut.
 Perarakan ini diikuti oleh jutaan orang awam, kesannya INC berjaya memecahkan
monopoli British terhadap perniagaan garam.

USAHA 5 PERSIDANGAN MEJA BULAT 1930


HURAIAN  Pada tahun 1930, Persidangan Meja Bulat yang dihadiri oleh raja-raja India, orang
Islam, Hindu, Kristian dan Sikh gagal mencapai kata sepakat. INC memboikot
persidangan itu.
 Tidak lama kemudian, British bekerjasama dengan INC dan menganjurkan Pakatan
Gandhi-Irwin pada tahun 1931. Berdasarkan pakatan tersebut:
 Gandhi bersetuju membatalkan kempen melanggar perintah awam.
 Sebagai balasan, British akan menarik balik segala tindakan kekerasan dan
memberi jaminan untuk membebaskan nasionalis India yang ditahan.
 Gandhi yang menghadiri persidangan itu mendapati pegawai-pegawai British
berdolak-dalik dalam hal memberi peluang kepada orang India mentadbir negara
mereka sendiri.
 British mendakwa Gandhi gagal menyakinkan mereka cara menyelesaikan perpaduan
dalam kalangan masyarakat India. Sikap British itu mengecewakan Gandhi dan
menjalankan semula gerakan menentang British setelah pulang ke India. Sekali lagi
beliau di tahan.
 Keadaan menjadi lebih buruk apabila pihak British mengumumkan anugerah
perkauman pada bulan Ogos 1932.
 Menurut peraturan ini, masyarakat India dari golongan bawahan di beri pilihan raya
secara berasingan. Gandhi membantah dan mengadakan mogok lapar di penjara.
 Walau bagaimanapun Gandhi menghentikan mogok lapar apabila British
memperkenankan Pakatan Poona (1932). Melalui pakatan ini, British bersetuju
memberikan 143 kerusi kepada kelas bawahan atas dasar persamaan bukan
perkauman.

USAHA 6 AKTA KERAJAAN INDIA 1935


HURAIAN  Persidangan meja bulat ke 3 diadakan bagi menyelesaikan isi-isi berkaitan dengan
perlembagaan. Kerajaan British mencadangkan usul-usul dan kemudiannya dikenali
sebagai Akta Kerajaan India 1935.

Berdasarkan Akta Kerajaan India 1935:


i. Dicadangkan penubuhan sebuah Persekutuan India dan memberi kuasa autonomi
kepada wilayah-wilayah jajahan British.
ii. Melantik Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab dalam hal ehwal luar negeri, 
pertahanan dan keagamaan.
iii. Mengadakan pilihan raya akan diadakan pada tahun 1937.

 Pengenalan akta tersebut masih tidak memuaskan hati pemimpin politik di India
kerana kuasa mutlak masih berada di tangan Gabenor Jeneral dan Gabenor Wilayah.

USAHA 7 PILIHAN RAYA UMUM INDIA 1937


HURAIAN  Dalam Pilihan Raya Umum 1937, INC memenangi 716 kerusi daripada 1161 kerusi
yang dipertandingkan. INC mencapai kemenangan besar di lapan wilayah sementara
Liga Muslim menguasai 3 kawasan sahaja. Liga Muslim mendakwa INC
memperjuangkan nasib orang Hindu sahaja.
 Muhammad Ali Jinnah mendesak wilayah-wilayah majoriti penduduknya beragama
Islam berjuang di bawah Liga Muslim.
 Beliau juga meminta Parti Unionist pimpinan Sikander Hayat Khan agar menyertai
Liga Muslim demi perjuangan masyarakat Islam di India.
 Bermula dari sinilah, idea penubuhan Pakistan diperjuangkan di peringkat lebih luas.

76
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

Pada tahun 1940-an, Liga Muslim menerima sokongan sebilangan orang Islam tetapi
menjadi sebuah parti massa yang mendapat sokongan semua lapisan masyarakat.
 Sokongan masyarakat Islam diterjemahkan melalui kemenangan yang diterima dalam
pilihan raya umum pada tahun 1945 dan 1946
USAHA 8 PEMBENTUKAN NEGARA PAKISTAN 1946
HURAIAN  Isu pertikaian Hindu dan Islam tidak dapat dibendung lagi. Gabenor Jeneral India, Lord
Louis Mountbatten bersama-sama peminpin INC dan Liga Muslim telah mencapai
kata sepakat.
 Kebuntuan politik mungkin dapat diselesaikan jika India dipecahkan kepada dua iaitu
satu untuk orang Hindu dan satu untuk orang Islam.
 Walaupun terdapat penentangan dari pelbagai pihak termasuk Mahatma Gandhi
sendiri, namun rancangan pemisahan kedua-dua pihak tidak dapat tetap dilaksanakan.
 Maka berlakulah penghijrahan terbesar dalam sejarah dunia yang membabitkan
pergerakan umat Islam memasuki Pakistan dan umat Hindu memasuki India. Dalam
proses penghijrahan berlaku pertumpahan darah yang melibatkan ribuan nyawa
terkorban.
 Muhammad Ali Jinnah dilantik sebagai Gabenor Jeneral Pakistan sementara
Jawarhal Nehru sebagai Perdana Menteri pertama India.

USAHA 9 KEMERDEKAAN INDIA 1945


HURAIAN  Pada bulan Ogos 1945 menjadi tarikh keramat buat kedua-dua negara apabila
berakhirnya era penjajahan British di India dan kemunculan negara India dan Pakistan
sebagai negara bebas berdaulat.
 Pakistan mencapai kemerdekaan pada 14 Ogos 1947 manakala India pada keesokan
harinya iaitu 15 Ogos 1947.
 Muhammad Ali Jinnah dilantik sebagai Gabenor Jeneral Pakistan sementara Jawarhal
Nehru sebagai Perdana Menteri pertama India.
 Walau pun British menawarkan jawatan Presiden atau Perdana Menteri kepada
Mahatma Gandhi, tetapi beliau menolak kerana perjuangannya bukan untuk mengejar
pangkat dan kedudukan.

PENUTUP  Kesimpulannya, jalan menuju kebebasan yang diharungi oleh India berjalan penuh
ranjau dan duri. Bagaimanapun, semangat kental yang ditunjukkan oleh Mahatma
Gandhi dalam menghadapi tekanan Barat dan mengatasi masalah perpaduan rakyat
India yang mencecah ratusan juta sepatutnya dihargai oleh generasi hari ini tidak kira
di mana kita berada.

SOALAN 45 HURAIKAN TRANFORMASI EKONOMI, SOSIAL DAN PENDIDIKAN YANG DILAKUKAN


UNTUK MEMELIHARA KEDAULATAN CHINA PADA ABAD KE-19.
PENGENALAN  Apabila Revolusi Perindustrian berlaku di Barat, kuasa-kuasa Barat mula mencari
negara untuk dijajah untuk kepentingannya. China sendiri mengalami kemerosotan
kerana campur tangan kuasa barat dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan.
 Dasar China sendiri yang memandang Barat sebagai Barbarian menyebabkan
tercetusnya Perang Candu 1 dan Perang Candu 2 yang merugikan China.
 China terpaksa mengambil langkah untuk memelihara kedaulatannya pada abad ke-
19. Antaranya bidang yag diambil perhatian ialah ekonomi, sosial dan pendidikan.
TRANFORMASI PENUBUHAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN DI PEKING
1
HURAIAN  Hal ini kerana, Peking merupakan salah satu bandar utama yang sesuai untuk
kegiatan pertanian. Kerajaan juga telah menukarkan nama kementerian tersebut
menjadi Kementerian Pertanian, Perindustrian dan Perdagangan.
 Pelbagai maktab seperti maktab-maktab teknikal telah didirikan di wilayah untuk
memberi latihan kepada penduduk tempatan dalam bidang perusahaan. Hal ini
kerana, kerajaan berhasrat melahirkan buruh yang mahir dan berpengalaman dalam
bidang perusahaan supaya perusahaan negarannya meningkat dan canggih dengan
alatan, mesin dan teknologi.

77
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Kerajaan juga memberi galakan kepada pengusaha-pengusaha tempatan untuk


menubuhkan kilang. Ini kerana kilang akan mengeluarkan kuantiti pengeluaran yang
banyak sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.
 Antara tahun 1903 hingga 1908, terdapat 130 kilang di China. Kerajaan juga
menggalakan penggunaan barangan buatan tempatan kerana ianya lebih
menguntungkan berbanding barangan negara lain yang perlu diimport dengan harga
yang tinggi.
 Yuan Shih Kai juga mengadakan satu pameran perindustrian di Tientsin.
 Sebuah dewan juga dipromosi dengan barangan keluaran tempatan di Peking untuk
mengalak rakyat menceburi bidang tersebut dan kerajaan juga membina landasan
kereta api untuk mempercepatkan proses pengangkutan dan hantaran barang ke
tempat lain.
TRANFORMASI PEMBAHARUAN DALAM BIDANG SOSIAL
2
HURAIAN  Antara pembaharuannya ialah larangan ke atas perkahwinan antara orang Manchu
dengan orang Cina ditarik balik.
 Selain itu, larangan terhadap amalan menghisap candu dalam kalangan kakitangan
kerajaan dan orang awam yang berumur di bawah 60 tahun.
 Pembaharuan tersebut dilakukan untuk memelihara kedaulatan China.
 Kerajaan juga telah menghapuskan amalan mengikat kaki (foot binding) dalam
kalangan wanita China. Hal ini kerana, amalan tersebut bagaikan menyeksa kaum
wanita. Ini menyeksa mereka dengan jangkitan kuman malah tradisi tersebut tidak
memberi kebebasan kepada kaum wanita sehingga tidak boleh berjalan atau lari
dengan cepat.
TRANFORMASI MELATIH PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN YANG CEKAP
3
HURAIAN  Pendidikan moden diperkenalkan oleh kerajaan Manchu berdasarkan model
pendidikan Jepun yang mempunyai 4 tahap iaitu sekolah rendah, sekolah menengah,
sekolah tinggi dan Universiti Peking.
 Pada awal abad ke-19, Peperiksaan Perkhidmatan Awam kerajaan yang berdasarkan
kitab-kitab klasik Cina dimansuhkan dan sukatan pelajaran moden yang
mengandungi sejarah China.
 Kementerian pendidikan juga ditubuhkan untuk menguruskan pelaksanaan sistem
pendidikan dan menyelia sekolah.
 Kerajaan juga menghantar ramai pelajar ke negara Jepun, Eropah dan Amerika untuk
menuntut. Perkembangan pesat bidang pendidikan menyebabkan banyak sekolah
dan maktab didirikan.
PENUTUP  Konklusinya, pembaharuan yang dilakukan telah memodenkan China dan mengubah
China daripada mengekalkan tradisi kepada moden.
 Transformasi tersebut juga menyebabkan China berkembang dengan pesat sehingga
mampu bersaing dengan negara-negara lain.

SOALAN 46 TERANGKAN TRANSFORMASI SOSIAL, EKONOMI DAN KEMUNCULAN INTELEKTUAL


DI NEGARA INDIA
PENGENALAN  Lebih kurang 80 peratus penduduk India tinggal di kampung yang jumlahnya
menjangkau setengah juta kampung.
 Kampung merupakan unit politik dan ekonomi yang berdikari dan anggotanya
bergantung antra satu sama lain.
TRANFORMASI 1 TRANFORMASI SOSIAL
HURAIAN  Melalui sistem jajmani, berlaku tanggungjawab turun-temurun antara dua atau lebih
keluarga tertentu daripada beberapa kasta di  sesuatu  kawasan.
 Individu, keluarga atau kampung yang menerima perkhidmatan di panggil  jajman
dan yang memberi perkhidmatan di panggil kamin.
 Jajmin berkasta atasan,  kamin berkasta rendah dan tidak mempunyai  tanah.
 Contoh hubungan jajmani ialah ialah seperti tukang gunting rambut mengunting

78
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

rambut dan mencuci pakaian jajman.


 Melalui sistem jajmani, berlaku integrasi antara kasta dan kumpulan-kumpulan
agama dan antara kampung.
 Kebajikan kamin terjamin khususnya sewaktu perkahwinan, kematian atau
memerlukan bantuan kewangan.
 Bagaimanapun, kasta-kasta tertentu seperti tukang jahit, tukang emas, pedagang dan
tukang tenun tidak terlibat dalam hubungan jajmani kerana mereka ada perniagaan
sendiri sama ada di pekan-pekan kecil atau bandar.
TRANFORMASI 2 TRANFORMASI EKONOMI
HURAIAN  Proses industrilisasi turut membawa kesan. Berdasarkan doktrin laissez-faire  atau
ekonomi bebas, pihak British telah menjadikan India sebagai kawasan pembekal
bahan  mentah.
 Selain menjadi pembekal bahan mentah, India juga  menjadi tempat longokan barang
buatan British. Tekstil dibawa masuk dari Britain ke India menyebabkan industri
tekstil tempatan menghadapi masalah.
 Apabila bahan-bahan ini siap diproses, bahan-bahan ini kemudiannya dipasarkan
semula di negara-negara jajahannya.
 Kehadiran barang-barang dari bandar besar yang dibawa oleh British seperti besi
telah menggantikan peralatan harian yang diperbuat daripada tanah liat.
 Selain itu, kewujudan pasar-pasar ini telah memberikan peluang kepada penduduk
kampung berhijrah ke kawasan bandar.

TRANFORMASI 3 REFORMASI BRAHMO SAMAJ


HURAIAN  Merupakan gerakan reformasi yang pertama dan berkesan. Diasaskan oleh Raja
Ram Mohan Ray yang dianggap Bapa Pemodenan India atau Bapa pemulihan
Hindu.
 Brahmo Samaj (Persatuan Brahma) ditubuhkan pada tahun 1828 di Calcutta.
Persatuan ini terbuka kepada semua golongan tanpa mengira agama, kelas atau
kasta.
 Brahmo Samaj dilihat sebagai pergerakan pertama yang di asaskan secara tersusun
oleh golongan berpendidikan bagi memulihkan cara hidup masyarakat Hindu dan
memberi tafsiran yang jelas tentang sistem sosial masyarakat Hindu..
 Antara usaha yang diperjuangkan oleh Raja Ram Mohan Roy melalui Brahmo Samaj
ialah menghapuskan amalan suttee, pembuangan bayi perempuan dan penyembahan
patung.
 Namun beliau masih memelihara kesucian agama Hindu dengan menggunakan kitab-
kitab agama Hindu bagi menyokong tindakan yang diambil.
TRANFORMASI 4 REFORMASI ARYA SAMAJ
HURAIAN  Merupakan gerakan pemulihan Hindu diasaskan oleh Swami Dayananda Saraswati,
seorang Brahmin dari Gujerat. Beliau percaya kepada autoriti keempat-empat veda.
 Melalui Arya Samaj, Dayananda cuba untuk membentuk Bangsa India berdasarkan
tradisi, agama dan kesamaan budaya tempatan bukan dipengaruhi oleh budaya dan
tamadun Barat.
 Antara usahanya ialah memulihkan kesucian Veda dan menjalankan aktiviti 
menghindukan semula bekas penganut agama Hindu yang telah menganut agama
Kristian dan Islam. Tindakan mereka telah menimbulkan konflik agama dan politik
yang serius
 Cuba mengembalikan sistem pendidikan berasaskan Veda dengan menegaskan
bahawa segala bentuk ilmu pengetahuan yang berkaitan saintifik, sosial, dan
kerohanian boleh diperolehi oleh ajaran veda.
 Arya Samaj mempunyai misi untuk memulihkan aspek pendidikan berasaskan
warisan tradisi dan menentang segala bentuk pendidikan yang berasaskan medium
asing. Ini kerana medium asing tidak sesuai dengan keadaan masyarakat India.
TRANFORMASI 5 TRANFORMASI PENDIDIKAN
PENDIDIKAN  Pihak Barat cuba mengembangkan ajaran Kristian melalui penubuhan sekolah-
sekolah Inggeris. Sekolah Inggeris dibuka di Benares. Hindu Free School dibina di
Simla oleh Rasik Krishna Malik. Pada tahun 1817, kolej Hindu dibuka di Calcutta.
 Mubaligh Kristian menghadapi masalah menyebarkan agama Kristian kerana amalan

79
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

keagamaan masyarakat Hindu dan Islam amat kuat di India.


 Pergerakan Reformasi India Muslim menggunakan pendekatan baru pada awal
abad ke-20 dengan munculnya Syed Ahmad Khan (1817-1898).
 Beliau bimbang golongan India Muslim yang merupakan kumpulan minoriti di India
akan didominasikan oleh orang Hindu jika mereka ketinggalan dari segi pendidikan.
 Beliau menubuhkan sekolah Inggeris di Mudarabad (1861) dan Ghazipur (1863).
Sekolah ini didirikan atas sokongan orang awam, orang ternama, orang Hindu dan
orang Muslim.
 Sekolah ini dikatakan mendapat lebih sokongan daripada sekolah Inggeris yang
ditubuhkan oleh mubaligh Kristian
 Untuk menyebarluaskan ilmu Barat, beliau telah menubuhkan The Translation
Society (1864) di Ghazipur yang kemudian di kenali sebagai The Scientific Society
untuk menterjemahkan pengetahuan moden dalam bahasa Urdu .
 Contoh buku-buku yang berjaya diterjemahkan ke dalam Bahasa Urdu:
 Jurnal dwibahasa (Urdu dan Inggeris), Mohammedan Social Reformer dan
Aligarh Institute Gazzette
 History of India karya Elphinstone
 Political Economy karya Mills
 Pada tahun 1878, sekolah yang dinamakan Mohammedan Anglo-Oriental College
(MAOC) telah didirikan.
 Kemudian, institusi ini dinamakan Muslim University of Aligarh. Kurikulum di
universiti itu mengikut kurikulum Eropah dan pengajian dibahagikan kepada dua,
iaitu pengajian Barat  (moden) dan pengajian Timur yang diajar dalam bahasa Urdu.
 Pada tahun 1886, beliau membentuk Mohammedan Educational Conference yang
mengadakan persidangan dalam kalangan cendiakawan Islam untuk
membincangkan isu pendidikan masyarakat Islam di India.
 Persidangan ini menjadi alat kebangkitan intelektual dan penyebaran ilmu
pengetahuan secara lebih luas.
 Ada peserta persidangan intelek ini menggunakan wadah ini untuk membangkitkan
semangat bagi pembaharuan sosial, kemajuan ekonomi dan intelektual masyarakat
Islam di India.
PENUTUP  Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi membebaskan India
daripada penjajahan dan menjadi sebuah Negara yang berdaulat.
 Bagaimanapun usaha membebaskan diri dari penjajahan British terjejas kesan
konflik antara penganut-penganut Hindu dan Islam dan akhirnya menyebabkan India
berpecah kepada dua buah negara iaitu India dan Pakistan

SOALAN 48 GALURKAN PERISTIWA-PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU DALAM PERANG DUNIA


PERTAMA (1914-1918)
PENGENALAN  Perang Dunia Pertama meletus pada awal bulan Ogos 1914.
 Ia merupakan peperangan yang melibatkan Britain, Perancis, Jerman, Rusia, Austria-
Hungary, Belgium, Serbia, Itali, Bulgaria dan Turki.
 Negara di Asia dan Afrika turut dilibatkan apabila wilayah di kedua-dua benua tersebut
menjadi rebutan negara-negara Eropah untuk dijadikan tanah jajahan.
 Perang Dunia Pertama melibatkan dua pihak iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga
Kuasa) dan Triple Entete (Pakatan Tiga Kuasa).
 Triple Entete yang dipimpin oleh Rusia berjaya menewaskan Triple Alliance yang
diketuai oleh Jerman.
PERISTIWA 1 PEPERANGAN DI MEDAN BARAT (1914-1917)
HURAIAN  Rancangan Jerman untuk menawan Perancis telah diusahakan oleh Count Von
Schlieffen.
 Berpandukan rancangan Schlieffen, Jerman menyerang dan menawan Perancis melalui
Belgium. Kemudian, tentera Jerman menuju ke timur untuk menawan Rusia selepas
menewaskan Perancis.
 Pada 4 Ogos 1914, Jerman menakluki Belgium. Walaupun Belgium telah ditawan, namun
rakyatnya memberi tentangan hebat dan ini telah melemahkan tentera Jerman.
 Perancis mengambil keputusan untuk menyusun tenteranya untuk menghadapi
serangan Jerman.
 Tentera British memberi bantuan kepada Perancis dengan menghantar pasukan tentera.

80
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Pada 5-9 September 1914, perang yang amat dahsyat tercetus di Marne. Perang ini
menyelamatkan Perancis dari ditawan oleh Jerman.
 Tentera Jerman telah kalah dan berundur ke Marne dan seterusnya ke Aisne.
 Kedua-dua pihak menggali parit untuk bertahan dan mengukuhkan kedudukan.
 Parit sepanjang 650km dari laut Baltik hingga ke sempadan Switzerland telah digali oleh
pihak yang bermusuhan.
 Peperangan dalam parit berlanjutan selama tiga tahun setengah.
 Kedua-dua pihak bertahan pada posisi masing-masing dan menunggu peluang untuk
merempuh masuk ke medan musuh.
 Mereka menggunakan senjata seperti mesingan dan gas beracun untuk menundukkan
musuh.
 Pada Februari 1916, Jerman melancarkan serangan di Verdun. Ia berlangsung hingga
September 1916 menyebabkan beribu nyawa terkorban.
 Pada Julai-November 1916, tentera British dan Perancis melancarkan peperangan di
Somme. Tetapi mereka mempunyai masalah kekurangan tenaga tentera untuk
meneruskan perjuangan.
 British Berjaya menguasai garisan Hindenburgh sepanjang 8km.
 Pada 20 November 1917,ctentera British menggunakan kereta kebal dalam peperangan
di Cambrai.
 Pada 1917, British melancarkan serangan di Passacchendaele dan menyebabkan ramai
askar terkorban.
 British berjaya menguasai kawasan seluas 120 batu persegi. Korban pihak British
(450,000 nyawa), Perancis (340,000 nyawa) dan Jerman (530,000 nyawa).
PERISTIWA 2 PEPERANGAN DI MEDAN TIMUR
HURAIAN  Pada 1914,tentera Rusia menggerakkan tenteranya dan menawan Timur Prusia di
bawah arahan komander Grand Duke Nicholas.
 Tentera Jerman di bawah pimpinan Paul Von Hindenburg mengalahkan Rusia dalam
peperangan di Tanneberg dan Tasik Masuria.
 Pada September 1914, Rusia menyerang Austria-Hungary dan menawan wilayah Galicia.
 Tentera Jerman di bawah pimpinan Paul Von Hindenburg menawan Poland yang
berada di bawah kuasa Rusia.
 Pada tahun 1915, tentera Jerman dan Austria merempuh masuk barisan musuh dan
membinasakan kubu-kubu musuh sepanjang sempadan.
 Lebih tiga suku juta orang Rusia menyerah diri dan Poland ditawan.
 Tahun 1916, Panglima tentera Rusia, Brusilov melancarkan serangan terhadap Austria
dan mencapai beberapa kejayaan.
 Namun dengan bantuan Jerman, serangan Rusia terhadap Austria-Hungary berjaya
dipatahkan.
 Kekalahan tentera Rusia dalam peperangan di sempadan Timur membangkitkan
perasaan tidak puas hati rakyat Rusia terhadap pemerintahan Tsar.
 Pada tahun 1917, tercetus Revolusi yang telah menyebabkan pemerintahan
TsarNicholas II tumbang di Rusia.
 1918, Rusia menarik diri daripada peperangan dan menandatangani Perjanjian Brest-
Litovsk dengan Jerman.

PERISTIWA 3 PEPERANGAN DI SEMPADAN ITALI


HURAIAN  Pada tahun 1915, Itali sertai pihak Berikat dan mengisytiharkan perang terhadap
Austria. Bertujuan untuk mendapatkan kembali wilayah Tretino dan Istria daripada
Austria.
 Pada bulan September 1917, Jerman telah menghantar tentera untuk membantu Austria.
Gabungan tentera Jerman dan Austria telah menumpaskan Itali dalam pertempuran
Caporetto.
 Dalam pertempuran tersebut, seramai 250,000 tentera Itali menyerah diri bersama
dengan kumpulan mereka.
 Perancis dan Britain menghantar pasukan tentera masing-masing untuk membantu Itali.
Hasil bantuan tersebut, kemaraan tentera Jerman dan Austria berjaya disekat di Sungai
Piave.
PERISTIWA 4 PEPERANGAN DI LAUT
HURAIAN  Tahun 1916, peperangan laut berlaku antara tentera laut Britain dan Jerman di Jutland.

81
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

Kedua-dua pihak mendakwa mereka mendapat kemenangan dalam perang tersebut.


 Tentera laut Britain menyekat perdagangan laut Jerman dan membinasakan kapal-kapal
Jerman. Kilang-kilang di Jerman tidak dapat mengeluarkan senjata ekoran terputus
hubungan dengan tanah-tanah jajahan di Jerman
 .Jerman mula menyerang tentera laut pihak Berikat dan menenggelamkan kapal-kapal
mereka. Kapal pembinasa Emden telah menenggelamkan 13 buah kapal di Teluk
Benggala dan kapal perang Rusia dan Perancis di Pulau Pinang.
 Kapal pembinasa Emden berjaya diperangkap dan dimusnahkan oleh tentera laut
Australia di kepulauan Cocos-Keeling.
 Pada tahun 1917, Panglima Perang Jerman, Tirpitz mengarahkan penggunaan U-Boat
atau kapal selam untuk membinasakan kapal-kapal perdagangan pihak berikat dan
kapal-kapal pihak berkecuali yang menjalankan perdagangan dengan musuh.
 U-Boat tentera Jerman menenggelamkan 6000 kapal dagang yang belayar ke
pelabuhan-pelabuhan di Britain setiap bulan. Serangan ini menyebabkan Britain
mengalami masalah kekurangan bekalan makanan sehingga kerajaan British
memperkenalkan catuan makanan.
 Serangan kapal selam ini dapat dipatahkan oleh tentera berikat menerusi sistem konvoi.
Kapal-kapal dihantar secara berpasukan dan diiringi oleh beberapa buah kapal
pemusnah.
PERISTIWA 5 PEPERANGAN DI UDARA
HURAIAN  Tentera Jerman merupakan pasukan pertama menggunakan kapal terbang dalam Perang
Dunia Pertama. Kapal terbang (Zeppelin) diguna untuk mengesan kapal-kapal laut
musuh dan menghantar maklumat kepada kapal selam atau kapal perang.
 Selain itu, Zeppelin juga diguna untuk menggugurkan bom barisan pertahanan musuh,
kilang-kilang membuat senjata dan ibu kota negara musuh.
 Julai 1917, Jerman telah melancarkan serangan udara di London. Seramai 162 orang
terkorban.
 Tentera Berikat mula membuat kapal-kapal terbang untuk mengiringi kapal laut.
 Kedua-dua pihak bersaing untuk mengeluarkan kapal terbang yang lebih handal dan
laju.
PERISTIWA 6 PEPERANGAN DI TURKI
HURAIAN  Semasa Perang Dunia Pertama, Turki menyebelahi Jerman dan Austria untuk menentang
pihak Berikat.
 Pada tahun 1915, Britain merancang menyerang Turki untuk menguasai laluan masuk ke
Laut Hitam.
 Tujuan Britain menawan Turki adalah untuk memudahkan bantuan dihantar kepada
Rusia menerusi Dardanella.
 Pada tahun 1915,ctentera Britain, Australia dan New Zealand berkumpul di Mesir dan
belayar ke Dardanella.
 Selepas beberapa bulan bertempur di Gallipoli, tentera Berikat gagal menawan
semenanjung tersebut dan akhirnya terpaksa berundur.
PERISTIWA 7 PENYERTAAN AMERIKA SYARIKAT
HURAIAN  Pada tahun 1917, Amerika Syarikat telah mengambil keputusan unutk menyertai
peperangan ini dengan menyebelahi pihak Berikat.
 Langkah tersebut diambil oleh Presiden Amerika Syarikat, Woodrow Wilson apabila
banyak kapal Amerika Syarikat dimusnahkan oleh U-Boat Jerman
 Kemuncak ketenganan berlaku apabila kapal persiaran British dari New York, ‘Lutsiana’
yang membawa beberapa ribu rakyat Amerika Syarikat telah ditenggelamkan oleh U-
Boat Jerman di perairan Ireland.
 Penyertaan Amerika Syarikat telah menyebabkan kedudukan tentera Berikat menjadi
lebih kukuh.
PERISTIWA 8 PEPERANGAN TAMAT
HURAIAN  Ekoran kekalahan Rusia, Jerman menghantar semua tenteranya untuk menyerang
Perancis. Pada tahun 1918, Ludendorff melancarkan serangan besar-besaran sebelum
kedatangan tentera Amerika Syarikat.
 Pada mulanya, Jerman mencapai kejayaan mengundurkan tentera Berikat dan mara
menghampiri Paris. Pada 8 Ogos 1918, tentera Britain dengan bantuan 400 buah kereta
kabel berjaya menewaskan Jerman berhampiran Amien.

82
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Pada 8 Oktober 1918, kejayaan tentera Britain melepasi garisan Hidenburg menandakan
perang akan tamat.
 Pada 9 November 1918, Kaiser Jerman turun daripada takhta dan melarikan diri ke
Belanda.
 Pada 11 November 1918 kerajaan baharu Jerman menandatangani gencatan senjata
dengan pihak Berikat dan peristiwa ini mengakhiri peperangan.
 Peperangan ini berakhir dengan kekalahan Austria –Hungary, Jerman dan Empayar
Turki Uthmaniyah.
PERISTIWA 9 PERJANJIAN DAMAI
HURAIAN  Pada tahun 19191, Persidangan Damai telah diadakan di Paris untuk membincangkan
syarat-syarat pendamaian. Persidangan ini dihadiri oleh 30 orang perwakilan daripada
pihak Berikat.
 Persidangan ini juga dikenali sebagai Persidangan Damai Paris. Antara tokoh yang
memainkan peranan penting dalam persidangan ini ialah Presiden Woodrow Wilson
(AS), David Llyod George (Perdana Menteri Britain) dan Goerges Clemenceau (PM
Perancis)
 Cadangan yang dikemukakan oleh Presiden Woodrow Wilson dijadikan prinsip asas
kepada perdamaian.
 Antara cadangan yang dikemukakan Wilson adalah;
 Sempadan negeri hendaklah disemak semula mengikut kehendak rakyat
 Menubuhkan pertubuhan antarabangsa bagi mneyelesaikan pertikaian.
PERISTIWA PERJANJIAN VERSAILLES
10
HURAIAN  Perjanjian yang paling penting ialah Perjanjian Versailles yang ditandatangani antara
pihak Berikat dengan Jerman pada 28 Jun 1919. Melalui perjanjian ini, Jerman telah
menyerahkan wilayah-wilayahnya. Antaranya ialah:
1. Wilayah Alsace dan Lorraine diserahkan kepada Perancis
2. Wilayah Euphen dan Melmedy kepada Belgium
3. Memel, Lithuania dan barat Prussia kepada Poland
4. Jerman juga dikehendaki menyerahkan hak istimewanya di China, Thailand, Mesir,
Morocco dan Liberia.
 Jerman juga dilarang membuat kapal-kapal perang atau kapal terbang. Kekuatan
angkatan tentera Jerman dihadkan kepada 100 000 orang askar sahaja. Angkatan laut
dibenarkan untuk memiliki enam buah kapal pernah kecil.
 Jerman bertanggungjawab di atas peperangan dan dikehendaki membayar ganti rugi
kepada negara-negara yang terlibat. Rakyat Jerman dipaksa menandatangani perjanjian
ini tanpa diberi peluang membincangkan syarat-syaratnya.
PENUTUP  Oleh itu, jelaslah bahawa pelbagai peristiwa penting telah berlaku dalam perang dunia
pertama sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai kesan yang amat mendalam dari
aspek politik, sosial dan ekonomi.
 Rakyat Jerman tidak berpuas hati dengan syarat-syarat perdamaian yang dikenakan
terhadapnya. Perasaan tidak puas hati orang Jerman meletakkan asas kepada
tercetusnya Perang Dunia Kedua.

SOALAN 49 HURAIKAN KESAN-KESAN AKIBAT DARIPADA PERANG DUNIA KEDUA


PENGENALAN  Perang dunia kedua ini berlangsung antara tahun 1939 hingga 1945.
 Perang dunia kedua melibatkan dua pakatan iaitu Kuasa Berikat yang dianggotai oleh
Amerika Syarikat ,Britain, Perancis dan Rusia manakala Pakatan Paksi yang dianggotao
oleh Jerman, Itali dan Jepun .
 Perang dunia kedua melibatkan kawasan yang lebih luas,iaitu di Eropah,Asia,Afrika, dan
Kepulauan Pasifik.
KESAN 1 KEMUNCULAN DUA KUASA UTAMA DUNIA YANG BARU (USA VS USSR)
HURAIAN  Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, muncul dua kuasa besar baharu,iaitu Amerika
Syarikat dan Soviet Union.Kedua-dua kuasa tersebut berada dalam satu pakatan yang

83
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

sama semasa Perang Dunia Kedua.


 Persaingan kedua-dua kuasa ini dalam kancah Perang Dingin menyebabkan dunia turut
berpecah kepada tiga kelompok iaitu:
1. Negara-negara Pro-Amerika Syarikat
2. Negara-negara Pro-Soviet Union
3. Negara-negara Berkecuali.

KESAN 2 EROPAH TERBAHAGI KEPADA DUA BLOK


HURAIAN  Eropah terbahagi kepada dua blok, iaitu Eropah Timur yang pro-komunis dan Eropah
Barat yang pro-demokrasi.
 Jerman dibahagi kepada dua dan Tembok Berlin memisahkan di bawah pengaruh
komunis (Jerman Timur) dan pengaruh demokrasi (Jerman Barat).
 Manakala di lingkungan Asia, pengaruh Komunis mula menular yang dipelopori oleh
China, Vietnam Utara dan Korea Selatan. Ini kemudiannya mencetuskan Perang
Amerika-Vietcong dan Perang Korea sekitar tahun 1960-an.
KESAN 3 PENUBUHAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
HURAIAN  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun
1945, iaitu selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa dibubarkan setelah gagal
mengawal daripada berlakunya Perang Dunia Kedua.
 Sebuah majlis keselamatan telah dibentuk bagi mengawal keamanan antarabangsa.
Majlis Keselamatan dianggotai oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat,
Rusia, Perancis, Britain dan China.
KESAN 4 PEMBERIAN KEMERDEKAAN KEPADA TANAH JAJAHAN DI ASIA DAN AFRIKA
HURAIAN  Selepas Perang Dunia Kedua, kuasa-kuasa imperialis Barat tidak mampu lagi untuk
mempertahankan empayar masing-masing di Asia dan Afrika sehingga proses ke arah
memerdekakan tanah jajahan itu tidak dapat dielakkan.
 Selepas tahun 1945, Britain hampir bankrap dari segi ekonomi. British memberikan
kemerdekaan kepada India pada Ogos 1945, Myanmar dan Sri Lanka pada tahun 1948.
 Amerika Syarikat mengiktiraf kemerdekaan Filipina pada tahun 1946.
 Belanda mengiktiraf kedaulatan Indonesia pada tahun 1949 walaupun rakyat Indonesia
mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1945.
 Perancis pula tidak mempunyai kemampuan untuk menyekat nasionalis Vietnam yang
dipimpin oleh Ho Chi Minh.
 Malah Perancis dikalahkan oleh tentera Vietnam pada tahun 1945 di Dien Bien Phu.
 Pada tahun yang sama, Perancis terpaksa melepaskan tanah jajahannya di Algiers dan
Afrika.
KESAN 5 PENUBUHAN SCAP PEMBANGUNAN SEMULA JEPUN
HURAIAN  Selepas Jepun menyerah kalah, tentera Pihak Bersekutu terutama tentera Amerika telah
menempatkan tentera mereka di Pulau Okinawa.
 Pihak Bersekutu telah menubuhkan satu sistem pentadbiran dikenali sebagai Supreme
Commander for the Allied Powers (SCAP) yang dipimpin oleh Jeneral Douglas
MacArthur.
 Sistem pentadbiran ini berlangsung selama 8 tahun iaitu dari bulan September 1945
hingga bulan April 1952.
 Salah satu objektif utama SCAP ialah untuk membubarkan angkatan tentera Jepun.
 Menjelang bulan Disember 1945, angkatan tentera darat, laut dan udara Jepun telah
dibubarkan.
 Semua bekas anggota tentera Jepun dan orang awam di seberang laut telah diarahkan
untuk kembali ke Jepun. Kilang-kilang senjata dimusnahkan.
 Lebih kurang 167 ribu bekas anggota tentera Jepun dilarang melibatkan diri dalam
politik secara terbuka kerana dikhuatiri mencetuskan semula perang.
 Manakala beberapa pemimpin tertinggi Jepun yang melanggar undang-undang tentera
telah dibicarakan.
 Selain itu, pembangunan pertanian juga dilancarkan dengan mengubah status petani-
penyewa kepada petani-pemilik.
 Kesannya, hampir 4 juta ekar tanah pertanian dibahagikan kepada 3 juta petani yang
sebelumnya menyewa tanah daripada tuan-tuan tanah mengikut sistem feudal.
 Selain itu, SCAP menggalakkan penubuhan koperasi pertanian di setiap kampung.

84
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Kurikulum pendidikan disusun semula dan semua kandungan yang berunsurkan


ketenteraan dan ultra-nasionalis dihapuskan. Sebaliknya digantikan dengan perkara
yang menyemai sifat demokrasi, bertanggunjawab dan individualisme.
 Beberapa pembaharuan diperkenalkan dalam bidang ekonomi, poltik dan pendidikan
telah mempercepatkan proses pemulihan Jepun serta membuka jalan ke arah
pemodenan Jepun.
KESAN 6 KEMUNCULAN SEMANGAT NASIONALISME NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA.
HURAIAN  Perang Dunia 2 dan pendudukan Jepun telah memberi kesan mendalam di Asia Tenggara
khususnya berkaitan semangat nasionalisme.
 Nasionalisme di Burma dan Indonesia mendapat latihan ketenteraan di Jepun.
 Mereka menjadikan latihan tersebut sebagai usaha membebaskan tanah air daripada
belenggu penjajahan.
 Hubungan antara Jepun dan Asia Tenggara turut terjejas buat sementara waktu dan
dipulihkan secara beransur-ansur pada tahun 1950-an.
 Dalam Perjanjian San Francisco 1951 menetapkan bahawa Jepun membayar ganti rugi
kepada negara-negara yang pernah ditaklukinya, walaupun keupayaan Jepun berbuat
demikian agak terhad.
 Bagaimanapun, hubungan Jepun dan Asia Tenggara dapat dipulihkan dengan lebih cepat
kerana kepentingan strategik Amerika Syarikat ekoran Perang Dingin. Bagi Amerika
Syarikat, kemajuan ekonomi dapat menyekat pengaruh komunis di Asia Tenggara.
KESAN 7 KORBAN NYAWA YANG TINGGI
HURAIAN  Perang Dunia Kedua mengorbankan banyak nyawa. Dianggarkan 600,000 rakyat
Jerman terkorban akibat serangan bom manakala tenteranya berjumlah 500,000
terbunuh dalam pertempuran.
 Kadar kehilangan nyawa yang tinggi turut dialami oleh Rusia. Lebih kurang 7 juta orang
awam dan 11 juta tentera terkorban.
 Britain dan negara-negara Komanwel kehilangan 445 000 tentera, lebih separuh
daripada jumlah itu ialah tentera Britain.
 Amerika Syarikat pula kehilangan 325,000 tenteranya,.
 Jumlah keseeluruhan orang awam dan tentera yang terkorban antara 25 juta hingga 30
juta.
 Jumlah kematian berpunca daripada serangan tentera, serangan bom, serangan roket,
penyakit, kekurangan makanan, pembunuhan dengan niat dan kerja berat.
PENUTUP  Sebagai kesimpulannya, Perang Dunia Kedua, meninggal kesan yang mendalam sama
ada dari segi politik, ekonomi dan sosial negara-negara yang terlibat. Walaupun banyak
kesan negatif khususnya kemusnahan, kehilangan nyawa dan harta benda, namun
negara-negara imperialis Barat sedar akan kesan keburukan penjajahan mereka selama
ini. Ini menyebabkan timbul kesedaran untuk memberikan kemerdekaan kepada
negara-negara tanah jajahan khususnya di Asia dan Afrika.

SOALAN 50 BINCANGKAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PERANG


DINGIN DI ASIA PADA ABAD KE-20M.
PENGENALAN  Selepas tamat Perang Dunia Kedua, keadaan politik di negara-negara Asia menjadi
tidak stabil. Di China berlaku pertelingkahan antara puak komunis pimpinan Mao Tze
Tung dan puak Kuomintang di bawah pimpinan Chiang Kai-shek.
 Keadaan menjadi buruk ekoran penglibatan kuasa-kuasa besar iaitu, Amerika
Syarikat dan Soviet Union dalam hal ehwal dalaman negara-negara di Asia.
 Peperangan ini berlaku di negara-negara Asia disebabkan pengaruh kedua-dua kuasa
besar iaitu, Perang Korea (1950-1953) dan Perang Vietnam Pertama (1946-1954).

PERISTIWA 1 CHINA MENYERTAI BLOK KOMUNIS
HURAIAN  Pada tahun 1930-an Kerajaan Nasionalis China dibawah pimpinan Chiang Kai-shek
menerima cabaran daripada pihak komunis.
 Pada tahun 1949, Parti Komunis China pimpinan Mao Tze Tung berjaya
menewaskan Kuomintang dalam perang saudara.
 Pemimpin Kuomintang, Chiang Kai-shek berundur ke Taiwan dan mendirikan
kerajaan dengan bantuan Amerika Syrikat.

85
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Penyertaan China dalam Blok Komunis telah mengubah imbangan kuasa dunia secara
dramatis.
 Amerika Syrikat memberikan bantuan kepada Chiang Kai-shek untuk menentang
penguasaan komunis namun usaha tersebut menemui kegagalan.
 Amerika Syarikat bertindak tidak mengiktiraf kerajaan komunis dan mendesak
Taiwan mengekalkan kerusi China di PBB.
PERISTIWA 2 PERANG KOREA 1950
HURAIAN  Perang Korea yang meletus pada tahun 1950 telah merancakkan Perang Dingin
antara Amerika Syrikat dan Soviet Union. Selepas Perang Dunia Kedua, tentera
Amerika Syarikat menduduki bahagian Korea Selatan manakala Soviet Union
menguasai Korea Utara.
 Pada bulan Februari 1948, Korea Utara mengisytiharkan dirinya sebagai Republik
Demokrat Rakyat Korea. Kerajaan yang berasingan ditubuhkan di Korea Selatan
dibawah pimpinan Presiden Dr. Syngman Rhee.
 Selepas pengunduran  tentera Amerika Syarikat pada tahun 1948 dan tentera Soviet
Union pada tahun 1946 wujud ketegangan antara Korea Utara dan Korea Selatan.
Keadaan politik di Korea Selatan tidak stabil dan pengaruh komunis mula menular
dalam kalangan rakyat miskin.
 Pada bulan Jun 1950, tentera Korea Utara menyeberangi garis lintang 38 darjah dan
menceroboh Korea Selatan.
 Majlis keselamatan PBB bertindak meluluskan resolusi mengutuk tindakan Korea
Utara. Pasukan tentera Amerika Syarikat dihantar  ke Korea Selatan dan diikuti oleh
tentera British, tentera Komanwel dan Turki sebagai sebahagian daripada pasukan
tentera PPB.
 Pasukan tentera PPB dibawah pimpinan Jeneral MacArthur berjaya mara ke garis
lintang 38 darjah. Jeneral Mac Arthur merancang untuk terus mara ke utara hingga
ke sempadan Yalu yang menjadi sempadan dengan China. Kerajaan China menghantar
askar-askarnya untuk membantu Korea Utara.
 Tentera PBB pimpinan Jeneral MacArthur mengalami kekalahan dan berundur ke
selatan. MacArthur bercadang untuk mengebom pusat-pusat industri China di
Vumuria. Amerika Syarikat menarik balik daripada mengambil risiko ini dan
MacArthur dilucutkan jawatan oleh Presiden Truman.
 Cadangan Soviet Union di PBB, satu perdamaian sementara diwujudkan pada bulan
Jun 1951. Peperangan di Korea jelas menunjukkan ketegangan Perang Dingin yang
menular di rantau Timur Jauh.
PERISTIWA 3 PERANG VIETNAM
HURAIAN  Selepas perang Dunia Kedua, Vietnam menjadi medan Perang Dingin antara kuasa-
kuasa besar di Asia. Pada tahun 1954, Perancis menghadapi ancaman daripada
komunis di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Pada 8 Mei 1954, bahagian utara Vietnam
jatuh ke tangan komunis.
 Rundingan yang diadakan di Geneva bersetuju untuk membahagikan Vietnam kepada
Vietnam Utara dan Vietnam Selatan berdasarkan garis lintang 17 darjah.
 Kerajaan komunis telah ditubuhkan di bahagian utara di bawah pimpinan Ho Chi
Minh. Kerajaan bukan komunis ditubuhkan di selatan di bawah pimpinan Ngo Dinh
Diem. Pada tahun 1957, golongan komunis mula meluaskan pengaruh di Vietnam
Selatan.
 Saki-baki anggota gerakan Viet Minh (komunis) yang masih berada di Vietnam
Selatan mula menjalankan gerakan untuk menentang pemerintahan Ngo Dinh Diem.
 Amerika Syarikat menambah bantuan tentera kepada Vietnam Selatan. Amerika
Syarikat bertindak melancarkan serangan bom di Vietnam Utara mulai tahun 1965.
 Pada tahun 1967, Amerika Syarikat menempatkan 400 000 tentera untuk berjuang
bersama tentera Vietnam Selatan menentang komunis. Vietnam Utara pula mendapat
bantuan ketenteraan daripada Soviet Union dan China.
PERISTIWA 4 PENUBUHAN SOUTH EAST ASIA TREATY ORGANISATION (SEATO)
HURAIAN  Pada tahun 1954, satu pakatan tentera Anti-Komunis yang dikenali sebagai
Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) telah ditubuhkan.
 Negara-negara yang dianggotai pakatan ini terdiri daripada Amerika Syarikat,
Australia, Britain, Perancis, New Zealand, Filipina, Thailand dan Pakistan.

86
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Penubuhan SEATO adalah menyekat keluasan pengaruh komunis ke kawasan Pasifik


Barat dan Asia Tenggara. Negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Malaysia,
Myanmar dan Indonesia tidak menyertai SEATO kerana bimbang pakatan tersebut
meningkatkan ketidakstabilan politik di rantau Asia Tenggara. Negara-negara
tersebut mengambil pendirian berkecuali dalam hal ehwal ketenteraan.
PENUTUP  Penubuhan NATO yang merupakan pertubuhan pertahanan untuk membendung
pencerobohan komunis telah merenggangkan hubungan antara Soviet Union dan
Amerika Syarikat. Apabila Perang Dingin tercetus di Asia, Amerika Syarikat bertindak
menghalang komunis berkembang daripada garisan lintang 38 darjah di Korea,
persisiran pantai China di Quemoy dan Matsu dan garisan lintang 17 darjah di
Vietnam.
 Perang Dingin telah menyebabkan muncul blok dunia dan pakatan ketenteraan
seperti NATO, SEATO dan pakatan WARSAW. Perang ini juga menyebabkan kedua-
dua kuasa besar berlumba-lumba untuk menambahkan senjata dan kekuatan tentera.
Menjelang Perang Dingin juga menyaksikan kemunculan negara-negara yang
mengamalkan dasar berkecuali menerusi NAM.

SOALAN 51 HURAIKAN PERANAN DR. SUN YAT SEN DALAM REVOLUSI 1911
PENGENALAN  Dr. Sun Yat sen  iaitu  “Bapa Revolusi China” dilahirkan pada 12 November 1866 di
Hsiang Shan, Kwangtung, China Selatan.
 Beliau mendapat pendidikan klasik Kung Fu Tze dari umur 6 tahun hingga 12 tahun.
Pada tahun 1879, beliau telah memasuki sekolah mubaligh Anglican di Honolulu,
Hawaii dan meneruskan pengajian di Kolej Oahu sehingga tahun 1883.
 Pada tahun 1887,beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan Queens
College, Hong Kong.
 Semasa menuntut di Hong Kong inilah beliau mula cenderung  ke arah perkembangan
politik moden terutamanya mengenai nasionalisme, demokrasi ala-Amerika dan
sejarah revolusinya.
 Keadaan politik di Hawaii dan Hong Kong  juga telah mempengaruhinya untuk
menggulingkan sistem monarki dan menubuhkan kerajaan republik China.
 Dr Sun Yat Sen  memainkan peranan penting  dalam memimpin dan menggerakkan
pergerakan revolusi  di China.
PERANAN 1 MENUBUHKAN PERTUBUHAN REVOLUSIONER
HURAIAN  Dalam usaha mengadakan revolusi,Dr Sun Yat Sen berpendapat sokongan orang-
orang Cina seberang laut amatlah penting selain sokongan dalam negara.
 Justeru itu, pada 24 November 1894, Dr Sun Yat Sen telah menubuhkan sebuah
pertubuhan revolusioner yang dikenali sebagai Hsing Chung-hui atau Persatuan
Memulihkan Negara China di Honolulu,Hawaii.
 Keahlian persatuan ini seramai 112 orang yang kebanyakkannya golongan sarjana.
 Slogan perjuangannya ialah “Singkirkan Orang-orang Manchu, Pulihkan
Pemerintahan Orang-orang China dan tubuhkan Republik.
 Matlamat utama pertubuhan tersebut adalah untuk menggulingkan kerajaan Manchu.
Beliau mendapat sokongan daripada orang Cina di seberang laut untuk melancarkan
pemberontakan.
 Pertubuhan ini juga mempunyai hubungan dengan cawangan-cawangannya yang
ditubuhkan secara sulit di wilayah-wilayah dalam China.
 Walaupun pemberontakan yang dilancarkan oleh mereka gagal, Dr Sun Yat Sen telah
berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang-orang Cina di
dalam dan luar negara.
PERANAN 2 MENUBUHKAN PARTI REVOLUSI
HURAIAN  Ketika di Jepun,Dr Sun Yat Sen menubuhkan Parti Revolusi atau Tung Meng-hui atau
Liga Bersatu di Tokyo pada 20 Ogos 1905.
 Tung Meng Hui merupakan gabungan Hsing Chung-hui dengan dua persatuan
revolusioner iaitu Hua Hsing-hui dan Kung Fu-hui.
 Matlamat utama parti ialah untuk menjatuhkan kerajaan Manchu dan
menubuhkan kerajaan republik di China.

87
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Tung Meng-hui juga bermatlamat untuk menjadikan tanah-tanah sebagai hak


kerajaan dan menghapuskan penguasaan kuasa asing di China.
 Cawangan Tung Meng-hui ditubuhkan di Brusells, San Francisco, Singapura, Tanah
Melayu dan Honolulu.
 Di China cawangan Tung Meng-hui terdapat di bandar-bandar utama di seluruh
negara.Menerusi cawangan-cawangan di seberang laut pula,beliau memperoleh wang
dan merekrut sukarelawan bagi melancarkan pemberontakan.
 Usaha yang dilakukan oleh Dr Sun Yat Sen menunjukkan bahawa beliau memberi
sumbangan yang besar dan berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan
perjuangannya dalam kalangan orang-orang Cina.
 Orang-orang Cina juga cuba disatukannya di bawah perjuangan yang sama dalam
menyingkirkan Manchu dari bumi China.
PERANAN 3 MENYEBARKAN PERASAAN ANTI MANCHU
HURAIAN  Peranannya tidak terhenti setakat itu sahaja dalam menyebarkan perasaan anti-
Manchu dalam kalangan rakyat China. Dr Sun Yat Sen turut menyampaikan ceramah
dan menulis rencana-rencana dalam akhbar Min Pao (The People) di Tokyo.
 Melalui penerbitan rencananya idea-idea republik disebarkan.Gerakan revolusioner
Dr Sun Yat Sen akhirnya telah mendapat sokongan daripada orang ramai terutamanya
pelajar dan rakyat yang tidak puas hati dengan kezaliman kerajaan Manchu.
 Gerakan revolusioner Dr Sun Yat Sen juga disokong oleh kumpulan kongsi gelap dan
anggota tentera yang mendapat latihan di Barat.
 Selain itu beliau turut berkunjung ke merata tempat di dunia seperti Amerika dan
Eropah bagi mendapat sokongan moral dan material dari masyarakat Cina luar negeri.
 Kesungguhan beliau menghasilkan kejayaan apabila bantuan kewangan yang
diperolehi misalnya dapat membantu Tung Meng Hui menjalankan pemberontakan di
China.
PERANAN 4 MENGEMUKAKAN IDEA REVOLUSI
HURAIAN  Dr. Sun Yat Sen mengemukakan ideologi atau prinsip perjuangan dan Tiga Prinsip
Rakyat (San Min Chu I), iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.
 Dengan itu, beliau berjaya mempengaruhi orang ramai menerusi ideologi tersebut.
Antara prinsip-prinsip yang dikemukakan oleh melalui Ideologi Nasionalisme (Min-
tsu chui-i) yang berprinsip rakyat seharusnya menumpuhkan taat setia kepada
negara dan melibatkan penyatuan bangsa Cina, Mongol, Manchu, Tibet dan orang
Islam.
 Selain itu, Ideologi Demokrasi (Min-Chuan) yang berprinsipkan kerajaan yang
menjamin kedaulatan rakyat ditubuhkan dan pentadbiran dikendalikan oleh pegawai-
pegawai yang mahir.
 Ideologi Kebajikan Sosial (Min-sheng chui-i) yang berprinsip iaitu kuasa digunakan
untuk menentukan keperluan rakyat dan pembahagian sama rata hak milik tanah
untuk membaiki kehidupan petani.
 Prinsip tersebut telah pun diterima sebagai ideologi utama revolusi Tung Meng-Hui
dan beliau meletakkan asas kepada perkembangan Gerakan Revolusioner di China.
PERANAN 5 MELANCARKAN PEMBERONTAKAN
HURAIAN  Antara tahun 1891-1911, Dr. Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya berperanan
dalam merancang dan melancarkan 10 kali pemberontakan di China bagi
menggulingkan kerajaan Manchu.
 Beberapa pemberontakan kecil telah berjaya dilancarkan di beberapa tempat di
wilayah Selatan China.
 Pada awalnya perancangan pemberontakan ini dilakukan di Jepun. Namun setelah
mendapat tentangan daripada Kerajaan China, justeru itu, Dr Sun Yat Sen telah beralih
pula ke Hanoi.
 Pada 11 April 191, gerakan revolusi telah dilancarkan namun menemui kegagalan.
 Walaupun gagal pemberontakan ini gagal, tetapi pengaruh, martabat dan kewibawaan
Manchu merosot.
 Dr Sun Yat Sen dan pertubuhan Tung Meng Hui telah berjaya mempengaruhi tentera
China melancarkan pemberontakan.
 Akhirnya Pemberontakan Wu Cang pada 10 Oktober 1911 telah berjaya
mengakibatkan kejatuhan Manchu dan penubuhan sebuah Kerajaan Republik di
China.

88
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

PENUTUP  Dr Sun Yat Sen merupakan seorang tokoh yang berperanan penting dalam Revolusi
China 1911. Beliau memainkan peranan dalam mengatur dan memimpin gerakan
revolusioner di China.
 Beliau juga seorang tokoh revolusioner yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal
jemu dalam perjuangannya.
 Peranan beliau akhirnya membuahkan hasil apabila tentera revolusioner telah
melancarkan revolusi yang menyebabkan kerajaan Manchu tumbang dan sebuah
kerajaan republik berjaya ditubuhkan di China.
 Dr Sun Yat Sen telah dilantik sebagai Presiden Kerajaan Sementara  di Nanking.

SOALAN 52 HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR TERCETUSNYA GERAKAN 4 MEI DAN KESAN DI CHINA.


PENGENALAN  Gerakan 4 Mei merujuk kepada demonstrasi yang dilancarkan oleh pelajar-pelajar
Universiti Peking pada 4 Mei 1919.
 Gerakan ini merupakan kebangkitan nasionalisme rakyat Cina terhadap kegiatan
imperialisme yang ditekankan ke atas mereka.
 Gerakan ini merupakan sebahagian daripada gerakan intelektual yang berlaku antara
tahun 1917-1923.
 Kemunculan Gerakan 4 Mei ini disebabkan oleh perasaan tidak puas hati terhadap
keputusan Perjanjian Versailles yang memihak kepada Jepun. Matlamat utama
gerakan ini adalah menyelamatkan China daripada ancaman kuasa-kuasa asing.
FAKTOR-FAKTOR GERAKAN 4 MEI
FAKTOR 1 KETIDAKSTABILAN POLITIK
HURAIAN  Selepas kerajaan Manchu berjaya digulingkan, wujud keadaan politik tidak stabil di
China. Perselisihan faham timbul dalam kalangan pemimpin-pemimpin di China
menyebabkakn mereka tidak dapat membentuk sebuah kerajaan yang kukuh.
 Tambahan pula, mereka juga gagal mengatur program-program bagi membangunkan
negara yang mundur.
 Dalam pada itu, perselisihan faham antara Presiden Yuan Shih Kai dengan Dr. Sun Yat
Sen memburukkan keadaan politik di China. Keadaan politik semakin meruncing
apabila muncul zaman kehulubalangan (land lord) selepas kematian Yuan Shih Kai.
 Pergolakan politik menyebabkan rakyat tidak berpuas hati dan hilang kepercayaan
terhadap kerajaan.
FAKTOR 2 KEMUNCULAN GOLONGAN SAUDAGAR DAN PEKERJA
HURAIAN  Semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918), perusahaan besi dan keluli berkembang
pesat di China. Pihak Berikat memerlukan bekalan besi dan keluli serta kelengkapan
perang.
 Perkembangna ini menyebabkan permintaan untuk bekalan besi dan keluli
meningkat dan muncul golongan saudagar dan pekerja. Golongan saudagar dan
pekerja tidak berpuas hati dengan pergolakan politik yang berlaku di China.
 Keadaan politik yang tidak stabil telah menjejaskan sumber pendapatan saudagar -
saudagar dan golongan pekerja.
 Selain itu, mereka juga tidak berpuas hati dengan amalan rasuah dan penyelewengan
yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan.
 Oleh yang demikian, golongan saudagar dan pekerja melibatkan diri dalam gerakan
tersebut demi menjaga kepentingan ekonomi mereka.

FAKTOR 3 PERKEMBANGAN INTELEKTUALISME


HURAIAN  Kebangkitan intelektualisme merupakan salah satu faktor yang mendorong
tercetusnya Gerakan 4 Mei.
 Antara tahun 1903 hingga 1919, ramai pelajar –pelajar Cina yang menuntut di luar
negara kmbali ke tanah air. Pelajar-pelajar ini menyedari pelbagai kepincangan yang
berlaku dalam negara.
 Mereka mula mengatur langkah untuk melakukan pembaharuan bagi
membangunkan negara mereka.
 Antara pelajar-pelajar yang memainkan peranan dalam kebangkitan intelektualisme
di China ialah Chen Tu hsiu, Tsai Yuan Pei dan Hu Shih.

89
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Dalam pada itu, Universiti Peking memainkan peranan sebagai pusat perkembangan
intelektual di China. Tenaga pengajar universiti tersebut memainkan peranan
menyebarkan idea baharu kepada pelajar-pelajar.
 Pelajar-pelajar universiti yang terpengaruh dalam idea baharu memainkan peranan
dalam kebangkitan 4 Mei.
FAKTOR 4 PENGARUH IDEA KARL MARX DAN BOLSHEVIK
HURAIAN  Ideologi Karl Marx dan Bolshevik turut memainkan peranan dalam perkembangan
Gerakan 4 Mei. Ramai pelajar yang menuntu di Universiti Peking terdedah kepada
ideology Marxism.
 Ideologi Marxism berkembng pesat di China selepas kejayaan Revolusi Bolshevik
yang tercetus di Rusia pada tahun 1917.
 Kakitangan Universiti Peking seperti Chen Tu Hsiu, Li Ta-chao dan Mao Tze Tung
turut terpengaruh dengan ideologi Marxism menubuhkan beberapa buah persatuan
untuk meneybarkan ideologi tersebut.
 Antara persatuan tersebut ialah Persatuan Arus Baharu, Persatuan Majalah Rakyat
dan Kesatuan Pekerja dan Pelajar.
FAKTOR 5 PERISTIWA LUAR NEGERI
HURAIAN  Peristiwa yang berlaku di negara asing turut memberi inspirasi kepada golongan
nasionalis di China. Antra peristiwa penting yang memberi kesan mendalam ialah
Revolusi Bolshevik yang berlaku di Rusia pada 1917.
 Kejayaan Revolusi Bolshevik menggulingkan kerajaan Tsar Nicholas II dan
membentuk sebuah kerajaan yang moden menjadi perangsang kepada golongan
nasionalis di China.
 Selain itu, revolusi sosial yang tercetus di Finland, Jerman, Australia dan Hungary
turut mempengaruhi pencetusan Gerakan 4 Mei.
 Peristiwa-peristiwa yang berlaku di luar negara telah memberi perangsang kepada
rakyat China melancarkan Gerakan 4 Mei.
FAKTOR 6 PENGAMBILAN WILAYAH SHANTUNG OLEH JEPUN
HURAIAN  Peristiwa pengambilan wilayah Shantung oleh Jepun pada tahun 1915 merupakan
salah satu faktor yang menyebabkan tercetus Gerakan 4 Mai.
 Semasa Perang Dunia Pertama, Jepun bertindak menguasai wilayah Shantung
daripada Jerman. Seterusnya, Jepun menempatkan pasukan tenteranya bagi
mengukuhkan kedudukan di wilayah tersebut.
 Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919 memutuskan hak-hak
Jerman di wilayah Shantung diserahkan kepada Jepun.
 Keputusan tersebut mendapat tentangan hebat daripada orang China sama ada di
dalam atau di luar negeri. Dalam pada itu, pelajar-pelajar Universiti Peking
melancarkan demonstrasi besar-besaran di Peking pada 4 Mei 1919.
 Mereka menuntut agar hak-hak China di wilayah Shantung dikembalikan. Di samping
itu, mereka juga mendesak supaya wakil-wakil kerajaan China tidak menandatangani
Perjanjian Versailles.
FAKTOR 7 TUNTUTAN 21 PERKARA
HURAIAN  Faktor seterusnya yang menyebabkan tercetus Gerakan 4 Mei adalah tuntutan 21
perkara yang dikemukakan oleh Jepun.
 Pada 18 Januari 1915, Jepun telah mengemukakan tuntutan tersebut dalam lima
kumpulan kepada China.
 Antara perkara-perkara yang terkandung dalam tuntutan tersebut ialah:
1. China tidak menyerahkan atau memajak mana-mana wilayahnya kepada kuasa
ketiga.
2. China dikehendaki melantik penasihat-penasihat Jepun dalam bidang kewangan,
3. Ketenteraan dan Pasukan Polis sreta China harus menerima keputusan yang dicapai
oleh Jepun dengan Jerman berhubung dengan hak-hak Jerman di wilayah Shantung.
4. Setelah mengadakan rundingan, kerajaan China terpaksa menerima tuntutan-
tuntutan tersebut selepas melakukan beberapa pindaan.
 Namun demikian, golongan pelajar menolak tuntutan-tuntutan berkenaan dan
menganggap ia sebagai satu penghinaan kepada negara.
 Justeru itu, golongan pelajar menuntut agar kerajaan China menolak sama sekali 21
Tuntutan berkenaan.

90
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Mereka mendesak agar kerajaan China menjatuhkan hukuman terhadap 3 ahli politik
pro-Jepun yang bertanggungjawab bagi penerimaan tuntutan- tuntutan oleh China.
KESAN-KESAN GERAKAN 4 MEI
KESAN 1 MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA CHINA
HURAIAN  Gerakan 4 Mei yang dilancarkan oleh golongan pelajar mempertahankan kedaulatan
China daripada pencerobohan kuasa asing. Ekoran daripada tekanan yang diberikan
oleh golongna pelajar, kerajaan China membuat keputusan untuk menolak Perjanjian
Versailles.
 Pada masa yang sama, ahli-ahli politik yang bertanggungjawab bagi penerimaan 21
Tuntutan Jepun dipaksa meletakkan jawatan.
 Jepun bersetuju untuk menarik diri dari wilayah Shantung dalam Persidangan
Washington 1921-1922.
KESAN 2 MELAHIRKAN SEMANGAT KEBANGSAAN
HURAIAN  Dalam kalangan rakyat China golongan pelajar muncul sebagai pejuang bagi
mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara.
 Golongan pelajar mengadakan demonstrasi dan memulaukan barang-barang buatan
Jepun.
 Demonstrasi dan pemogokan yang dilancarkan oleh gologan pelajar mendapat
sambutan di seluruh negara.
 Pekerja-pekerja mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di Peking, Shanghai
Hankow dan Tientsin.
 Pemulauan barang-barang buatan Jepun melahirkan perasaan nasionalisme dalam
kalangan rakyat China.
KESAN 3 MELEMAHKAN KEDUDUKAN HULUBALANG-HULUBALANG (WAR LORDS)
HURAIAN  kedudukan hulubalang menjadi semakin lemah, malah golongan pelajar
menyalahkan golongan hulubalang kerana gagal mempertahankan kepentingan
China dalam Perjanjian Versailles.
 Kabinet juga terpaksa dibubarkan ekoran desakan orang ramai
KESAN 4 MENGUKUHKAN KEDUDUKAN KOUMINTANG
HURAIAN  Rakyat memberikan sokongan kepada Parti Kuomintang yang berjuang untuk
menyatukan China.
 Malah Gerakan 4 Mei memberikan dorongan kepada Dr. Sun Yat Sen untuk
mengukuhkan kuasa di China.
 Kuomintang juga berjaya membentuk kerajaan baharu di Nanking pada tahun 1928.
KESAN 5 KEMUNCULAN KEDUDUKAN KEBUDAYAAN BAHARU
HURAIAN  Gerakan 4 Mei meletakkan asas kpd kemunculan surat khabar dan majalah yang
memainkan peranan dalam pembinaan masyarakat China yang baru.
 Antara majalah penting ialah Aliran Baharu, Pembidas Mingguan dan Pemuda
Baharu.
 Golongan intelektual sepertt Chen Tu-hsiu mengkritik masyarakat tradisional China
yang berteraskan ajaran Confucius.
 Golonngan ini menyokong pembinaan negara bangsa moden berteraskan sains dan
idea-idea Barat.
KESAN 6 PERKEMBANGAN FAHAMAN KOMUNIS
HURAIAN  Gerakan 4 Mei meletakkan asas fahaman komunis yang mula bertapak dan
mempengaruhi pelajar-pelajar Universiti Peking.
 Perkembangan fahaman komunis dalam kalangan pelajar terserlah apabila
Pertubuhan Pengajian Marxism telah ditubuhkan Universiti Peking oleh Li Ta
Chao pada tahun 1918.
 Kebanyakkan daripada anggota pertubuhan terdiri daripada pelajar-pelajar
Universiti Peking.
 Pelajar-pelajar Universiti Peking seperti Li Ta Chao, Chang Kuo Tao, Mao Tse Tung
dan Chen Tu Hsiu memainkan peranan dalam perkembangan fahaman komunis.
 Fahaman komunis bertapak kukuh apapbila Parti Komunis China ditubuhkan oleh
Chen Tu Hsiu dan Li Ta Chao pada tahun 1921.
PENUTUP  Sebagai kesimpulannya, Gerakan 4 Mei adalah disebabkan oleh kelemahan faktor
politik, ekonomi dan sosial Kerajaan Manchu. Golongan pelajar cuba menzahirkan
ketidakpuasan hati mereka melalui gerakan ini.

91
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Ini menunjukakan bahawa golongan muda terutama golongan pelajar mempunyai


semangat nasionalisme yang kuat, tidak rela melihat negara mereka terus ditekan
dan ditindas oleh kuasa asing menyebabkan tercetusnya gerakan ini.
 Impak daripada gerakan ini juga sangat mendalam sehingga terbentuk negara
komunis di China.

SOALAN 53 BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR KEBANGKITAN NASIONALISME DI INDIA PADA


ABAD KE-19
PENGENALAN  Ramai sarjana berpendapat bahawa Dahagi India 1857 menandakan permulaan
kesedaran kebangsaan dalam kalangan orang India.
 Namun demikian, terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kesedaran kebangsaan
bermula sebelum tahun 1857 lagi.
FAKTOR 1 PENDIDIKAN BARAT
HURAIAN  Pendidikan barat merupakan faktor utama yang melahirkan kesedaran kebangsaan
dalam kalangan rakyat India.
 Matlamat utama kerajaan British memperkenalkan pendidikan Barat adalah untuk
melahirkan tenaga kerja yang murah dalam kalangan penduduk tempatan.
 Kerajaan British juga berpendapat pendidikan Barat akan menanam semangat
kesetiaan rakyat terhadap pemerintahan British.
FAKTOR 2 PERANAN BAHASA INGGERIS
HURAIAN  Bahasa Inggeris turut memainkan peranan dalam membangkitkan kesedaran
kebangsaan dalam kalangan rakyat. Bahasa Inggeris berperanan sebagai alat
perpaduan yang menyatukan orang India yang terpisah daripada segi agama, bangsa
dan wilayah.
 Terdapat lebih kurang 600 bahasa daerah yang di tuturkan oleh penduduk di seluruh
India.
 Penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium perantaraan di sekolah-sekolah dapat
menghalang masalah kewujudan bahasa-bahasa daerah.
FAKTOR 3 DASAR DISKRIMINASI BRITISH DALAM PERKHIDMATAN AWAM
HURAIAN  Kerajaan British mengamalkan diskriminasi dalam pengambilan orang India bagi
memenuhi jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam.
 Amalan diskriminasi melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan golongan
terpelajar di India.
 Namun begitu, kerajaan British tidak mengambil sebarang langkah untuk
menguatkuasakan janji-janji yang terkandung di dalam akta.
 Kerajaan British menghalang penyertaan orang India dalam perkhidmatan awam
dengan mengadakan peperiksaan untuk perkhidmatan awam di Britain berdasarkan
sukatan pelajaran Britain.
FAKTOR 4 PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
HURAIAN  Pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden turut memainkan
peranan dalam mencetuskan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat India.
 Pembinaan landasan kereta api dan jalan raya menyatukan orang India yang terdiri
daripada pelbagai bangsa dan keturunan.
 Pengenalan sistem perhubungan dan pengangkutan yang cekap meningkatkan
mobiliti dan merapatkan hubungan antara mereka.
 Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan membolehkan idea
nasionalisme dapat d sebarkan dengan pantas ke seluruh India.
FAKTOR 5 DASAR PENTADBIRAN LYTTON
HURAIAN  Dasar pentadbiran Lord lytton telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan rakyat India. Pelbagai akta yang di perkenalkan oleh Lytton seperti Akta
Senjata dan Akta Akhbar Vernakular melahirkan sentimen anti Inggeris.
 Tindakan kerajaan British untuk mengenakan sekatan terhadap akhbar-akhbar
vernakular menyekat kebebasan rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka.
 Lytton mengambil langkah-langkah seperti menggalakkan import dan mengehadkan
umur penyertaan perkhidmatan awam kepada 18 tahun.

92
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

PENUTUP  Kesimpulannya, dengan adanya penentangan penjajahan British terhadap India ini
akan mendorong lagi kebangkitan semangat rakyat India bagi berjuang terhadap
penentangan tersebut..

SOALAN 54 BINCANGKAN MATLAMAT DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN DASAR LUAR


MALAYSIA.
PENGENALAN  Dasar luar negara ditakrifkan sebagai dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara
dalam menjalin hubungan dengan negara lain. Pada tahun 1957 hingga 1970, negara
kita mengamalkan dasar Pro-Barat dan anti-komunis. Pada masa itu negara
dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
 Keutamaan menjamin keselamatan dan pertahanan negara serta ancaman komunis
menjadi faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar pada masa itu. Namun
terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi penggubalan dasar luar ketika itu.
FAKTOR 1 FAKTOR KESELAMATAN DAN PERTAHANAN NEGARA
HURAIAN  Dasar luar negara yang bercorak pro-Barat disebabkan oleh faktor keselamatan
negara. Persekutuan Tanah Melayu memerlukan bantuan, kerjasama, dan hubungan
yang erat dengan Britain.
 Persekutuan Tanah Melayu meletakkan tanggungjawab pertahanan kepada Britain
melalui Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) pada tahun 1957.
 Melalui perjanjian ini, Britain berjanji akan memberi bantuan ketenteraan kepada
Tanah Melayu jika diceroboh atau diancam oleh mana-mana kuasa lain.
 Perjanjian itu ditandatangani kerana kedudukan pertahanan negara ketika itu tidak
kuat dan tidak mampu menghadapi ancaman dari luar
FAKTOR 2 FAKTOR IDEALOGI
HURAIAN  Faktor ideologi juga mempengaruhi penggubalan dasar luar negara. Malaysia
mewarisi sistem pemerintahan demokrasi dari Britain.
 Sistem ini bertentangan dengan ideologi komunis. Negara berideologi komunis
dianggap sebagai ancaman kepada Tanah Melayu pada masa itu
 Persekutuan Tanah Melayu mengutuk tindakan negara China yang berideologi
komunis apabila negara itu menyerang Taiwan.
 Apabila negara diancam oleh Parti Komunis Malaya, ini mendorong negara
mengamalkan dasar pro-Barat dan anti-komunis
FAKTOR 3 FAKTOR EKONOMI
HURAIAN  Dasar luar juga mengambil kira faktor ekonomi. Malaysia mengamalkan ekonomi
pasaran bebas.
 Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara lain di dunia untuk memajukan
ekonomi. Malaysia menjadi pengeluar utama bijih timah dan getah sejak zaman
penjajahan British.
 Walaupun sudah merdeka, Britain masih menguasai agensi dan syarikat
perdagangan utama. Persekutuan Tanah Melayu masih mengharapkan pasaran dan
modal daripada Britain dan Amerika Syarikat.
 Hubungan yang baik dengan negara Britain dan Amerika Syarikat menjamin
kepentingan ekonomi negara
FAKTOR 4 FAKTOR POLITIK
HURAIAN  Faktor politik diambil kira dalam penggubalan dasar luar negara. Malaysia
mengamalkan demokrasi berparlimen dan menentukan hala tuju masa depan
berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.
 Malaysia berperanan dalam menyelesaikan konflik di Kampuchea. Contohnya
Malaysia aktif membincangkan mengenai Kampuchea dengan menyertai Mesyuarat
Tidak Rasmi di Jakarta, dan Persidangan Antarabangsa Tentang Kampuchea di Paris,
 Malaysia menyertai Majlis Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan PBB di New
York. Malaysia menyokong semua resolusi yang dibuat oleh PBB untuk mengekalkan
keamanan dunia
FAKTOR 5 FAKTOR SEJARAH
HURAIAN  Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud hubungan perdagangan dengan
China, Arab dan Siam. Terdapat hubungan berasaskan rumpun Melayu seperti

93
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

Brunei, Singapura dan Indonesia


 Setelah merdeka, Malaysia menyertai Komanwel untuk meneruskan hubungan
diplomatik dengan Britain, Australia dan New Zealand.
FAKTOR 6 FAKTOR GEOGRAFI
HURAIAN  Kedudukan Malaysia yang strategik di rantau Asia Tenggara. Malaysia bersempadan
dengan hampir semua negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Filipina,
Brunei dan Indonesia
 Perairan Malaysia menjadi laluan kapal-kapal dagang selurah dunia. Kawasan ini
sering menjadi fokus kepada kuasa-kuasa besar dalam menegakkan pengaruh dan
kuasa masing-masing.
 Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan
terhadap keselamatan negara Malaysia.
FAKTOR 7 FAKTOR DEMOGRAFI
HURAIAN  Majoriti penduduk Malaysia beragama Islam dan menjalinkan hubungan baik dengan
negara-negara Islam.
 Malaysia tidak membuat hubungan diplomatik dengan Israel kerana negara itu
menceroboh dan menindas penduduk Palestin
 Malaysia menentang keras dasar Aparteid di Afrika Selatan dan tidak mengadakan
hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan
PENUTUP  Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di bawah kepimpinan
Tunku Abdul Rahman memperlihatkan pendirian pro-barat yang cukup kukuh.
Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara
Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan
kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar juga berlaku apabila Malaysia
berkeinginan menjalin hubungan persahabatan dengan semua negara khususnya dengan
negara jiran

SOALAN 55 BINCANGKAN PERANAN ORGANISASI YANG TERDAPAT DALAM PERTUBUHAN


BANGSA-BANGSA BERSATU
PENGENALAN  PBB melaksanakan tanggungjawab bagi merealisasikan matlamat dan objektif yang
digariskan. PBB mewujudkan enam organisasi.
 Organisasi tersebut ialah Perhimpunan Agung, Majlis keselamatan, Majlis Ekonomi
dan Sosial, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Majlis Amanah dan Sekretariat
Agung.
ORGANISASI 1 MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG
HURAIAN  Perhimpunan Agung berperanan melantik ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, ahli biasa
Majlis Keselamatan, dan ahli Majlis Amanah . Majlis ini mempunyai hak melantik
hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
 Perhimpunan Agung merupakan satu-satunya badan yang diwakili oleh semua
negara anggota dan setiap negara mempunyai satu undi. Antara tugas-tugas
Perhimpunan Agung ialah:
1. Menimbang serta membuat syor tentang dasar kerjasama antarabangsa dalam
usaha memelihara keamanan dan keselamatan dunia.
2. Mengambil langkah mengkaji dan membuat syor bagi menggalakan kerjasama
antarabangsa dalam bidang politik.
3. Menggalakkan kesedaran terhadap hak dan kebebasan asasi manusia.
4. Mengawas dan membuat syor berhubung dengan kawasan-kawasan amanah.
5. Membuat syor untuk menyelesaikan sebarang masalah secara
damai.Menimbang dan meluluskan perbelanjaan PBB.
ORGANISASI 2 MAJLIS KESELAMATAN
HURAIAN  Majlis Keselamatan bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal berkaitan
keamanan dan keselamatan dunia. Sehingga tahun 1965, majlis ini mempunyai 11
ahli dan enam ahli biasa yang dilantik setiap dua tahun.
 Tindakan yang boleh diambil oleh Majlis keselamatan dalam menyelesaikan sebarang
pertelingkahan ialah:
1. Meminta semua negara anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan

94
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

negara yang ingkar itu.


2. Meminta semua anggota PBB memutuskan perhubungan kereta api, laut, udara,
perhubungan pos dan telegram, radio atau sebarang bentuk komunikasi.
3. Meminta semua negara anggota PBB memutuskan perhubungan ekonomi
dengan negara tersebut
4. Mengambil tindakan ketenteraan terhadap negara tersebut sama ada melalui
sekatan darat, laut atau udara.
ORGANISASI 3 MAJLIS EKONOMI
HURAIAN  Majlis Ekonomi dan Sosial bertanggungjawab menyelaras dan mengarahkan aktiviti
PBB dalam bidang ekonomi, sosial, kemanusian dan kebudayaan.
 Majlis ini bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun dan bertanggungjawab
terus kepada Perhimpunan Agung. Tugas majlis ini ialah:
 Membuat kajian, laporan, dan syor dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan,
kebudayaan, pelajaran, kesihatan dan sebagainya.
 Agensi-agensi yang turut membantu majlis ini termasuklah
1. Food and Agriculture Organization (FAO)
2. United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO)
3. International Labour Organisation (ILO)
4. United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD,
5. International Bank for Reconstruction and Development (IBRD)
6. International Monetary Fund (IMF).
ORGANISASI 4 MAJLIS AMANAH
HURAIAN  Majlis Amanah dipertanggungjawabkan menyelia wilayah yang diamanahkan di
bawah pentadbiran PBB. Wilayah itu harus ditadbir oleh kuasa antarabangsa sebagai
satu amanah sehingga wilayah itu mampu membentuk pemerintahan sendiri.
 Selepas tahun 1945, terdapat 11 wilayah amanah yang diambil alih dari Jerman, Itali
dan Jepun.
 Contoh kawasan-kawasan yang pernah diletakkan sebagai kawasan amanah ialah:
1. New Guinea ditadbir oleh Austrialia
2. Samoa Barat ditadbir oleh New Zealand
3. Cameroon, Tanganyika dan Togoland ditadbir oleh Britain
 Akhirnya negara-negara ini berjaya mencapai kemerdekaan pada awal tahun 1960-
an.
ORGANISASI 5 MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA
HURAIAN  Mahkamah Keadilan Antarabangsa terletak di Hague, Belanda. Mahkamah ini
mempunyai 15 hakim yang dipilih bersama oleh Perhimpunan Agung dan Majlis
Keselamatan.
 Terdiri daripada warganegara yang berlainan dan berkhidmat selama 9 tahun dan
berhak untuk dilantik semula.
 Memberi nasihat atas permintaan Perhimpunan Agung atau Majlis Keselamatan dan
mengendalikan sebarang kes yang dibawa kepadanya.
 Mahkamah ini tidak ada ejen penguatkuasa keputusan yang dibuatnya.
ORGANISASI 6 SEKRETARIAT PBB
HURAIAN  Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dipilih oleh Majlis
Perhimpunan Agung PBB atas cadangan dan sokongan Majlis keselamatan.
 Sekretariat ini beribu pejabat di New York. Setiausaha Agung merupakan pentadbir
tertinggi dan keberkesanan Sekretariat bergantung kepada kewibawaannya.
 Setiausaha Agung melantik kakitangan jabatannya bertanggungjawab memimpin dan
mengawal pentadbiran PBB yang terdiri lebih daripada 3000 pegawai dan
kakitangan.
PENUTUP  PBB mewujudkan enam organisasi bagi merealisasikan matlamat dan objektif yang
digariskan dalam memastikan organisasi ini terus memainkan peranan penting
dalam isu-isu sejagat.
 PBB harus terus menjaga keamanan dan kesejahteraan negara-negara di dunia tanpa
diselubungi oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis,
Rusia dan China yang mempunyai kuasa veto dalam memutuskan apa jua keputusan
dalam menjalankan peranannya.

95
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

SOALAN 56 BINCANGKAN PENCAPAIAN-PENCAPAIAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA


BERSATU (PBB)
PENGENALAN  Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (United Nation) ditubuhkan pada
bulan Oktober 1945.
 Matlamat utama penubuhan PPB  adalah memelihara keamanan dan keselamatan
sejagat.
 PPB  juga memainkan peranan menyelesaikan konflik antarabangsa secara aman
tanpa penggunaan kekerasan.
 Sejak awal penubuhan hingga hari ini, PPB  telah memberikan sumbangan amat
besar dalam memelihara  keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia.

PENCAPAIAN 1 KEMERDEKAAN TANAH WILAYAH JAJAHAN


HURAIAN  PPB  memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan.
Piagam PPB, Negara-negara anggota PBB diamanahkan untuk mentadbir wilayah
jajahan memastikan penduduk wilayah mendapat layanan saksama, mendapat
perlindungan daripada keganasan dan menggalakkan pemerintahan sendiri.
 Pada tahun 1960, PPB meluluskan perisytiharan kemerdekaan kepada wilayah dan
penduduk negara yang dijajah
PENCAPAIAN 2 MENYELESAIKAN MASALAH PELARIAN
HURAIAN  PPB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian. PBB telah
menubuhkan International Refuges Organization (IRO) bagi menempatkan
semula, mengahantar pulang dan memberi perlindungan kepada 1 000 000 pelarian.
 Bagi menangani masalah pelarian, PPB mengadakan rundingan diplomatik bagi
menempatkan pelarian di negara-negara tertentu.
 Pada tahun 1952, United Nations High Commissioner For Refuges (UNHCR)
ditubuhkan untuk menengani masalah pelarian dengan lebih berkesan.

PENCAPAIAN 3 MENYELESAIKAN MASALAH APARTHEID


HURAIAN  Pada tahun 1962, Majlis Perhimpunan Agung PPB menubuhkan jawatankuasa khas
bagi menangani masalah apartheid, iaitu amalan menyisihkan kaum kulit hitam
daripada kaum kulit putih.
 PPB menyarankan semua negara anggota PPB memutuskan hubungan diplomatik
dengan Afrika Selatan.
 Pada tahun 1963, Majlis Perhimpunan Agung meluluskan Perisytiharan
Pembasmian Segala Bentuk Diskriminasi Ras.
PENCAPAIAN 4 HAK ASASI SEJAGAT
HURAIAN  Pada tahun 1948, PPB menggubal Perisytiharan Hak Asasi Sejagat.
 Pada tahun 1966, Majlis Perhimpunan PPB meluluskan dua perjanjian yang
berhubung kait dengan hak asasi sejagat iaitu,
1. Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak Awan dan Politik
2. Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak Ekonomi, Sosial Dan Kebudayaan.
PENCAPAIAN 5   MENANGANI KONFLIK ANTARABANSA
HURAIAN  Majlis keselamatan PPB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik dengan
aman.
1. Pada tahun 1946, Majlis keselamatan berjaya mengundurkan tentera Soviet Union
dari utara Iran.
2. Pada tahun 1956, Majlis keselamatan berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez.
3. Pada tahun 1960-1962, PBB menghantar pasukan pendamai ke wilayah Congo. Pada
tahun 1964-1974
4. PBB memainkan peranan dalam mengawal persengketaan di Cyprus daripada
merebak.

PENCAPAIAN 6 MEMBANTU NEGARA MANGSA PERANG


HURAIAN  PBB turut memberi sumbangan dengan membantu negara-negara mangsa perang
selepas perang dunia kedua. Pada peringkat awal, usaha PPB hanya tertumpu
kepada negara-negara sekutu blok Barat.
 PBB juga membantu negara-negara mangsa perang di Asia, Timur Jauh, Amerika

96
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

Latin dan Afrika.


 PBB juga memainkan peranan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa
peperangan adalah FAO, UNICEF, dan WHO.
 PBB  juga memberikan bantuan perkhidmatan kebajikan kepada mangsa
peperangan bagi memastikan kualiti kehidupan masyarakat terpelihara.

PENCAPAIAN 7 PEMBANGUNAN NEGARA MUNDUR


HURAIAN  PBB juga menyediakan pinjaman untuk pembanguanan bagi negar-negara mundur.
 PBB  menubuhkan International Development Association (IDA) sebagai badan
gabungan Bank Dunia.
 Majlis Ekonomi dan Sosial memainkan peranan dalam mengumpul data tentang
kemajuan sosial dan ekonomi antarabangsa.

PENCAPAIAN 8 PEREBUTAN PULAU


HURAIAN  PBB juga berusaha menangani isu perebutan pulau agar ketenangan antara negara
yang terlibat dapat dikurangakn. PBB memainkan peranan dalam isu tuntutan
Kepulauan Spratly oleh China, Taiwan, Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia.
 PBB menyelesaikan masalah tersebut dengan melaksanakan Undang-Undang Laut
yang diluluskan oleh Majlis Perhimpunan agung pada November 1994.

PENCAPAIAN 9 PERLUMBAAN SENJATA


HURAIAN  PBB juga mengawal perkembangan persenjataan moden yang mengancam
keselamatan dunia. PBB mengambil langkah untuk menyekat penggunaan senjata
nuklear dan senjata kimia yang meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang.
 Kejayaan yang dicapai oleh PPB ialah, mempengaruhi Soviet Union dan Amerika
Syarikat mengundurkan peluru berpandu masing-masing dalam krisis di Cuba.
Kejayaan yang kedua yang dicapai oleh PPB ialah mempengaruhi pihak-pihak yang
terlibat dalam peperangan Iran-Iran untuk mencapai gencatan senjata.

KESIMPULAN  Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu berjaya mempertahankan keamanan dan


kesejahteraan masyarakat dunia dengan berkesan.
 PPB  mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menangani konflik yang
melibatkan negara-negara anggota.

SOALAN 57 HURAIKAN SEJARAH DAN PERANAN NEGARA UNITED KINGDOM DALAM


PERTUBUHAN NEGARA-NEGAR KOMANWEL PADA ABAD KE-20
PENGENALAN  Pertubuhan Komanwel dibentuk pada tahun 1931 melalui Statue of West Minister
dan anggotanya terdiri daripada bekas tanah jajahan British yang telah
merdeka.
 Kini, negara anggota Komanwel tersebar di setiap Benua dan penduduknya pula
terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.
 Komanwel pada abad ke-21 meliputi kira-kira suku daripada permukaan bumi dan
penduduknya yang dianggarkan melebihi 2.1 billion orang pada tahun 2005.
 Komanwel hari ini menerima Pengisytiharan Prinsip Komanwel sebagai asas
hubungan dalam kalangan negara Komanwel.

FAKTA 1 SEJARAH KOMANWEL


HURAIAN  Idea untuk memberikan hak berkerajaan sendiri kepada tanah jajahan British
sebenarnya terkandung dalam Laporan Lord Durham (1839) yang diperkenalkan
di Kanada pada tahun 1847.

97
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Pada tahun 1867, Kanada merupakan tanah jajahan yang pertama memperoleh taraf
berkerajaan sendiri. Seterusnya, diikuti oleh Australia (1901 ), New Zealand (1907)
dan Afrika Selatan (1910).
 Walaupun mendapat taraf pemerintahan sendiri, namun kuasa yang dimiliki
pelbagai wilayah ini masih terhad .
 Parlimen Britain mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berhubung
dengan hal ehwal pertahanan, dasar luar dan sebagainya .
 Hasil dari Laporan Balfour, persidangan empayar British 1926 telah
mengisytiharkan bahawa negara dominan bebas dari ikatan Britain dari sudut
undang-undang setelah statute of Westminster diluluskan pada tahun 1931.Statue
ini telah menghapuskan penguasaan parlimen Britain tehadap hal ehwal negara-
negara dominan.

PERANAN 1 PENGASAS DAN KETUA NEGARA KOMANWEL


HURAIAN  UK boleh dianggap sebagai pengasas dan Ketua Komanwel . Jika UK tidak bijak
menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya,sudah tentu
hubungan UK dan tanah jajahanya akan lenyap begitu sahaja.
 Kewujudan Komanwel mempunyai kaitan dengan niat dan cita-cita pihak British
untuk membimbing tanah jajahannya ke arah berkerajaan sendiri seterusnya
memberi kemerdekaan.
 Keadaan tersebut juga dikaitkan dengan desakan rakyat Britain supaya dipraktikan
cita-cita untuk membimbing tanah jajahan.
 Kebijaksanaan Pejabat Tanah Jajahan mengurus bekas-bekas negara yang dijajah
mempunyai mekanisme sendiri.
PERANAN 2 MEMBANGUNKAN BEKAS TANAH JAJAHAN
HURAIAN  Bekas tanah jajahan tidak dipaksa untuk menyertai Komanwel dan ahli-ahlinya
bebas untuk menarik diri pada bila-bila masa.
 Britain juga sedar akan tanggungjawab untuk membangunkan tanah jajahannya
termasuk wilayah-wilayah yang diamanahkan kepadanya yang ketinggalan dari segi
ekonomi.
PERANAN 3 MENGUKUHKAN EKONOMI BEKAS TANAH JAJAHAN
HURAIAN  Penubuhan Komanwel adalah langkah wajar kerana kerjasama secara multilateral
dalam bidang ekonomi dalam kalangan bekas tanah jajahanya akan mengukuhkan
ekonomi negara-negara berkenan.
 Walau bagaimanapun, tidak dinafikan pada tahun 1950-an Britain menggunakan
pertubuhan ini untuk kepentingan sendiri khususnya dalam bidang ekonomi.
 Negara Komanwel mengeksport lebih 50% daripada teh, bijih timah, jut, getah,
minyak sawit dan koko dunia .
 Negara Komanwel juga menyumbang separuh daripada keluaran aluminium dunia.
PERANAN 4 MEMBANGUNKAN BIDANG PENDIDIKAN BEKAS TANAH JAJAHAN
HURAIAN  Di samping itu, Britain juga mengambil insiatif mewujudkan sebuah jawatankuasa
pada tahun 1950, iaitu jawatankuasa perhubungan pelajaran Komanwel.
 Jawatankuasa ini dibentuk bagi membantu negara–negara menyediakan sistem
pelajaran yang sempurna.
 Penubuhan Komanwel juga mempunyai kaitan dengan hasrat Britain untuk
memperkenalkan sistem sosial , ekonomi, dan politik berdasarkan model
barat.penerapan sistem undang-undang, biroraksi, ekonomi dan lain-lain
menjadikan struktur pentadbiran negara-negara Komanwel lebih kemas dan
berkesan.
PERANAN 5 MENENGANI ISU APARTHEID DI AFRIKA SELATAN
HURAIAN  Salah satu isu yang menggugat perpaduan dalam kalangan negara anggota
Komanwel ialah Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan .
 Kerajaan Kulit Putih melaksanakan Dasar Apartheid antara tahun 1948 hingga
1991.
 Majoriti negara-negara anggota Komanwel mahukan dasar ini dihapuskan, namun
Britain bertindak tidak sehaluan dengan anggota yang lain.
 Sama ada disedari atau tidak, Komanwel akan berkembang kerana kepercayaan
dalam kalangan negara-negara anggota terhadap pertubuhan ini masih wujud.

98
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Pelbagai kerjasama diadakan dalam bidang ekonomi, pelajaran, teknikal dan lain-
lain menyebabkan negara-negara anggota terasa berat untuk meninggalkan
Komanwel.
PERANAN 6 MENJAGA KEAMANAN DAN KESTABILAN BEKAS TANAH JAJAHAN
HURAIAN  Komanwel turut memberi sumbangan dalam mempertahankan keamanan serta
kestabilan dalam kalangan negara anggota.
 Umpamanya, Komanwel membantu memulihkan keamanan di negara Uganda yang
mengalami kehancuran akibat Perang Saudara.
 Komanwel juga turut membantu Zimbabwe dalam usaha mencapai kemerdekaan.
PENUTUP  Kesimpulannya, Komanwel memainkan peranan yang penting dalam membantu
negara-negara anggota untuk membangun aspek politik, ekonomi dan sosial yang
hancur selepas Perang Dunia Kedua. Pertubuhan ini masih relevan sehingga hari ini
dengan penambahan pelbagai program untuk merapatkan persahabatan antara
negara anggota seperti Sukan Komanwel yang diadakan setiap dua tahun sekali.

SOALAN 59 BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN NATO


PENGENALAN  North Atlantic Treaty Organisation (NATO) ditubuhkan pada 4 April 1949.
 Pada asalnya, hanya 12 negara sahaja yang menganggotai pertubuhan ini. Ibu pejabat
NATO ialah di Paris. NATO telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar
dalam keselamatan di Eropah Barat.
 Pada peringkat awal, negara yang terlibat dengan NATO ialah Amerika Syarikat,
United Kingdom, Kanada, Perancis, Itali, Belgium, Belanda, Norway, Denmark,
Portugal, Iceland dan Luxembang.
 Kini keanggotaan dalam NATO telah meningkat kepada 28 anggota.
FAKTOR 1 MENGHALANG KEBANGKITAN SEMULA KUASA KETENTERAAN JERMAN
HURAIAN  Strategi NATO ialah bagi mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan
semua negara anggotanya demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara-negara
anggotanya.
 Pada dasarnya, NATO bertujuan membendung semula pengaruh komunis yang
diterajui Soviet Union.
 Tambahan pula, negara Eropah timur yang Pro-Komunis sudah menambahkan
kekuatan tentera bagi menandingi negara jiran  mereka di Eropah Barat.
 Justeru, rancangan pihak Rusia dan sekutunya perlu kawal di peringkat awal lagi.
FAKTOR 2 MELIBATKAN USA DALAM HAL-EHWAL KETENTERAAN DAN POLITIK DI EROPAH.
HURAIAN  NATO megesahkan kehadiran Amerika syarikat dan Britain selepas tahun 1945 di
Eropah terutamanya di Jerman dan Turki supaya komunisme yang diarah dari
Moscow dapat disekat dengan berkesan.
 Tambahan pula, pada tahun 1949, Soviat Union telah meletupkan bom atomnya yang
pertama.

FAKTOR 3 MENGEKANG IDEALOGI KOMUNIS DAN KETENTERAAN RUSIA DI EROPAH


HURAIAN  Soviet Union sering dipersalahkan dan dilihat sebagai tidak demokratik, tidak
menghormati hak asasi manusia, dan tindakan menghormati kebebasan individu
sebagaimana yang dipraktikan di Eropah.
 Soviet Union didakwa oleh pihak Barat lebih komited untuk melebarkan pengaruh
politik yang berideologikan komunisme di Eropah atau di Asia, menyebabkan
Britian dan Amerika Syarikat mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO.
 Soviet union pula memberi satu persepsi bahawa NATO ialah Amerika syarikat dan
Amerika syarikat ialah NATO. Ini bermakna NATO didominasikan oleh Amerika
syarikat berbanding Negara-negara lain.

FAKTOR 4 MENGATASI KETIDAKUPAYAAN EROPAH TERHADAP KEMAMPUAN PBB


HURAIAN  Dari sudut ketenteraan mahupun sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan
atau mengatasi pelbagai konflik antarabangsa, khususnya dalam konteks dunia
secara berkesan.
 Dalam PBB terdapat isu kelemahan yang sering dipersoalkan iaitu isu tentang

99
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

negara mana yang akan mengetuai misi ketenteraan PBB dan negara mana yang
akan membiayai segala perbelanjaan sepanjang misi ketenteraan PBB jika terdapat
sebarang masalah di negara-negara anggota..
 Implikasinya ialah kuasa-kuasa besar dunia yang merupakan anggota Majlis
keselamatan PBB yang memiliki kuasa veto ketika itu selalunya lebih banyak
bersetuju untuk tidak bersetuju dalam menangani mana-mana konflik antarabangsa.

PENUTUP  Komitmen berterusan Amerika syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci
keseimbangan, keutuhan, dan kestabilan  NATO.
 Fokus NATO sering berubah mengikut keadaan memberikan tumpuan kepada soviet
union,  kini selepas peristiwa 9/11 fokusnya juga berubah kepada menangani
bahaya pengganas dan serangan siber.

SOALAN 60 JELASKAN PERANAN NATO DALAM MEMBENDUNG IDAELOGI KOMUNIS TERSEBAR DI


EROPAH SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA.
PENGENALAN  NATO ditubuhkan pada 4 April 1949 sebagai tindakbalas terhadap ancaman
pencerobohan Soviet Rusia (USSR) ke atas Eropah Barat selepas Perang Dunia Kedua.
 Pada asalnya, hnaya terdapat 12 buah negara sahaja menganggotai pertubuhan ini,
antaranya ialah Amerika Syarikat, United Kingdom , Kanada, Perancis, Itali, Belgium,
Belanda, Norway, Denmark, Portugal, Iceland, dan Luxembang. Kini keanggotaan
dalam NATO telah meningkat kepada 28 anggota.
 Selepas Perang Dunia Kedua tamat, USA dan UK telah mendesak Joseph Stalin menarik
keluar tenteranya di Berlin dan Eropah Timur.
 Amerika Syarikat dan sekutunya di Eropah bimbang Kesatun Soviet Rusia akan
meluaskan pengaruh komunis di Eropah Timur dan peringkat global jika sesuatu tidak
dibuat untuk membendungnya.

PERANAN 1 DOKTRIN TRUMAN 1947


HURAIAN  USA dibawah Presiden Truman telah membentuk sebuah pentadbiran presiden untuk
mengimbangi pengambilan kuasa USSR di Eropah dan revolusi komunis di bahagian
lain dunia.
 Pada tahun 1947, Presiden Truman telah telah mencadangkan langkah-langkah
menghalang penyebaran idealogi komunis ke Greece dan Turki.
 Doktrin ini disertai dengan bantuan kewangan sebanyak USD$600 juta kepada kedua-
dua negara tersebut untuk mengurangkan dan menangani ancaman komunis.
PERANAN 2 RANCANGAN MARSHALL 1947
HURAIAN  Kongres Ameriak Syarikat telah meluluskan Rancangan Marshall pada tahun 1947
untuk mengagihkan peruntukan sebanyak USD$7 bilion kepada negara-negara Eropah
Barat sebagai usaha untuk menghalang kebangkitan parti komunis di Eropah.
 Rancangan Marshall telah membentuk jalinan hubungan yang baik antara Amerika
Syarikat dengan negara-negara Eropah Barat.
PERANAN 3 PELAKSANAAN IRON CURTAIN ATAU TIRAI BESI
HURAIAN  Konsep Tirai Besi diperkenalkan oleh Winston Churchill, Perdana Britain sebagai
menggambarkan perbezaan idealogi antara dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat
(USA) dan Kesatuann Soviet (USSR).
 Negara yang pro-komunis ialah negara-negara Kesatuan Soviet seperti Jerman Timur,
Poland, Hungaria, Czeckholavakia dan Bulgaria.
 Manakala negara yang pro-demokrasi ialah negara-negara Kesatuan Eropah Barat
terdiri daripada Britain, Perancis, Itali, Jerman Barat, Belgium dan Belanda bersasma
sekutu utama yakni Amerika Syarikat.
PERANAN 4 PERBEZAAN IDAELOGI ASAS KEPADA TIRAI BESI
HURAIAN  Perbezaan idalogi jelas menjadi garis pemisah atau Tirai Besi antara Eropah Barat dan
Eroaph Timur.
 Pemisahan antara Komunisme Soviet dan kepitalisme demokratik Amerika Syarikat.
 Misalnya pada tahun 1948, pesawat udara Berlin. Pihak sekutu Eropah Barat telah
memberi tindakbalas terhadap percubaan Soviet memotong semua bekalan ke Berlin
Barat yang demokratik.

100
MODUL SOALAN TUMPUAN PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA 2018

 Pihak Bersekutu telah memberi sokongan udara selama 321 hari kepada penduduk
Berlin Barat dengan membekalkan makanan dan ubatan dari udara kerana sekatan
terhadap jalan darat telah dilaksanakan oleh Soviet.
PERANAN 5 PEMBENTUKAN PAKATAN WARSAW DAN KEWUJUDAN TEMBOK BERLIN
 Pada tahun 1955, selepas penyertaan Republik Demokratik Jerman Barat dalam NATO,
USSR bersama sekutu-sekutunya di Eropah Timur telah membentuk Pakatan Warsaw
yang diHungary, Czechoslavakia, Bulgaria, Albenia dan Jerman Timur.
 Walau bagaimanapun, Pakatan NATO telah mengawal sempadan antara Jerman Barat
dan Jerman Timur selama lebih 40 tahun sehingga tahun 1989 apabila Tembok Berlin
diruntuhkan dan Jerman kembali disatukan.
PENUTUP  Sebagai kesimpulannya, akibat perbezaan idealogi dan kepentingan politik, ekonomi
dan sosial masing-masing maka terbentuklah garis pemisah antara negara-negara
yang pro-demokrasi kapitalis yang diterajui olah Amerika Syarikat dan negara-negara
pro-komunis yang diketuai oleh Soviet Union. Amerika Syarikat terpaksa melabur
dana yang besar untuk menyekat idealogi komunis daripada tersebar ke seluruh
Eropah. Begitu juga pihak Rusia cuba membentuk sekutu-sekutunya untuk
mempertahankan idealogi mereka.

101

You might also like