560 2051 1 SM

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 39- 52 ISSN-2289-8174 39

Cabaran Menyesuaikan Diri Sebagai Ibu Muda Dalam Kalangan Remaja Hamil Luar
Nikah: Satu Kajian Kualitatif

(Challenges of Adapting to Motherhood Among Unwed Adolescents Mother:


A Qualitative Study)

Salina Nen*1
Farah Hidayah Hashim2

1
Pusat Kajian Psikologi dan Kesejehteraan Manusia,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor
2
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor

*Corresponding e-mail: [salina.nen@ukm.edu.my]

The pregnancy rate among Malaysian adolescents is alarming. Most pregnancy among
adolescents appears to be unplanned and/or unwanted. Adolescent pregnancy usually occur
outside marriage, thus is often suffered from social stigma and discrimination. A teen
pregnancy is usually difficult for teenage mother to adapt and cope due to many problems.
The study aimed to explore the experiences of pregnancy and motherhood among unwed
adolescents’ mothers during pregnancy and after newborns. This study used a qualitative
approach. A case study was selected to describe the essence of a phenomenon. Meanwhile,
the semi-structured interview was used as a method to obtain the data. Purposive sampling
with predetermined criteria was used to select potential participants. A total of five pregnant
adolescents from the shelter home services for unwed teenage mothers were agreed to
participate in the study. The study found that these young mothers experiences a lot of
challenging issues associated with their unplanned or unwanted pregnancy including family
crisis, psychological stress, financial difficulties, academics disturbance and harassment from
ex-boyfriends. This study provides insight into the pressure and challenges facing by
adolescents’ mother in order to adapt with their current condition. Discussion about the need
for better support and empowerment are also highlighted.

Keywords: unwed teenage mother, adolescent pregnancy, teenage motherhood, stigma,


maternal adolescent
menghadapi stigma dan diskriminasi yang
Berdasarkan statistik oleh Kementerian agak teruk. Masyarakat tidak menerima
Kesihatan Malaysia, seramai 4000 kes remaja yang hamil luar nikah. Malah, ahli
remaja hamil bawah umur 18 tahun telah keluarga juga sering menyisihkan remaja
direkodkan (Berita Harian, 2015). Jumlah hamil ini, menyebabkan mereka hilang
keseluruhan statistik remaja hamil bagi sokongan dan perlindungan yang
tempoh 2012 hingga 2016 mencecah diperlukan. Tidak menghairankan, remaja
79,302 kes menurut kenyataan Timbalan yang terjerumus ke dalam isu ini lebih
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga cenderung untuk mengambil tindakan
dan Komuniti (Hasnan, 2018). Remaja nekad yang berisiko termasuklah
yang hamil luar nikah di Malaysia menggugurkan kandungan,
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 39- 52 ISSN-2289-8174 40

menyembunyikan proses kehamilan, 2011). Hanya segelintir keluarga yang


menyerahkan anak kepada orang lain, atau sanggup mengambil keputusan untuk
membuang anak yang dilahirkan. Polis memelihara anak yang dikandung oleh
Diraja Malaysia mencatatkan sejumlah 911 remaja hamil luar nikah ini (Ahmad et al.,
kes pembuangan bayi bagi tahun 2010 2017). Ini bertentangan dengan saranan
hingga 2018. Dari jumlah tersebut, seramai yang mengatakan bahawa sokongan ahli
585 bayi yang dibuang telah ditemui mati keluarga amat diperlukan oleh remaja
(Hasnan, 2018). Satu fakta yang agak hamil luar nikah agar kefungsian emosi
sukar diterima oleh kebanyakan orang di dan fizikal mereka tidak terjejas, selain
Malaysia ialah kecenderungan remaja membantu remaja ini merancang
Malaysia dengan aktiviti seksual semakin kehidupan baharu yang lebih baik (Lovett,
ketara. Misalnya, kajian oleh Lee dan 2004; Anang et al., 2015) selain mampu
rakan-rakan (2006) ke atas 4500 remaja mencegah remaja hamil luar nikah
sekolah berusia 12 hingga 19 tahun di daripada mengalami kesunyian (Nasir et
Negeri Sembilan mendapati 5.4% al., 2015). Begitu juga Jang dan rakan-
mengaku pernah melakukan hubungan rakan (2015) mendapati bahawa perapatan
seks. Bilangan remaja lelaki terlibat remaja terhadap kandungannya akan lebih
aktiviti seks ternyata lebih tinggi (8.3%) tinggi apabila mendapat sokongan sosial
berbanding remaja perempuan (2.9%). dan penghargaan diri yang tinggi.
Manakala purata usia mula terlibat dengan
aktiviti seks ialah 15 tahun. Manakala Bagi remaja itu sendiri, kehamilan pada
kajian oleh Zulkifli dan Low (2000) usia muda sukar diterima kerana
mendapati terdapat peningkatan aktiviti kebanyakannya tidak bersedia untuk
seksual dalam kalangan remaja di memikul tanggungjawab dan peranan
Malaysia. Kajian mereka ke atas 468 sebagai ibu muda. Tiada persediaan mental
remaja berusia 15-21 tahun mendapati dan psikologi ditambah pula oleh
13% mengaku pernah mengadakan penolakan dan penerimaan negatif
hubungan seks (vaginal, oral, anal). sekeliling menjerumuskan remaja hamil
Bilangan remaja lelaki yang melakukan luar nikah kepada pelbagai risiko tekanan,
hubungan seks lebih tinggi berbanding kemurungan dan kebimbangan
remaja perempuan. Apa yang (Hodgkinson et al., 2010). Dapatan kajian
membimbangkan ialah 72% remaja dalam ini disokong oleh kajian tempatan yang
kajian ini tidak menggunakan sebarang mendapati remaja hamil luar nikah
kaedah kontraseptif semasa melakukan cenderung mengalami kesunyian yang
hubungan seks. tinggi akibat kurang mendapat sokongan
sosial (Nasir et al., 2015). Tanpa sokongan
Terdapat banyak implikasi yang perlu dan bimbingan ahli keluarga dan orang
ditanggung oleh remaja hamil luar nikah. dewasa sekeliling mereka, remaja hamil
Kajian-kajian lepas mendapati kebanyakan luar nikah akan terumbang ambing
teman lelaki menolak untuk menentukan hala tuju hidup mereka. Abdul
bertanggungjawab (Abdul Rahman et al., Ghani & Abd Aziz (2013) mendapati
2011). Selain itu, remaja hamil luar nikah remaja hamil luar nikah masih kurang jelas
turut disisih dan dibuang keluarga kerana tentang hala tuju kehidupan dan masa
dianggap sebagai memalukan keluarga depan bayi yang dikandung. Walaupun ada
(Saim et al., 2014). Kurangnya sokongan keinginan untuk membesarkan sendiri
dan penerimaan, mendesak remaja untuk anak yang dikandung, remaja hamil ini
mengambil tindakan drastik dan terdesak masih tidak jelas dengan hala tuju selepas
seperti membunuh diri, membuang bayi, bersalin. Walaupun menerima penolakan,
melakukan pengguguran haram dan remaja hamil mempunyai perasaan
sebagainya (Mohd Yusof & Sugiman, keinginan yang kuat untuk menjaga bayi
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 39- 52 ISSN-2289-8174 41

mereka (Mohamad Nor & Sumari, 2013). bersifat humanistik, induktif dan holistik
Bayi yang dilahirkan oleh remaja turut (Cresswell, 2013). Huraian data secara
berisiko mengalami pelbagai komplikasi kualitatif dalam bentuk teks membolehkan
kesihatan seperti kurang berat badan, pengkaji memahami lebih mendalam
masalah neurologi dan kesihatan fenomena sosial yang dikaji, perasaan dan
(Malmitis-Pucner & Boutsikou, 2006; pendapat subjek kajian secara langsung
Sarnon et al., 2012). Ini mungkin berpunca (Ismail, 2016). Justeru, rekabentuk
dari tindakan merahsiakan kehamilan, kualitatif adalah relevan dengan kajian ini
menyebabkan kandungan tidak mendapat yang memfokus kepada pengalaman
rawatan dan penjagaan kehamilan yang subjektif remaja hamil luar nikah.
rutin dijalani oleh ibu-ibu hamil. Ini Pendekatan kajian kes dipilih untuk kajian
dibuktikan oleh Omar dan rakan-rakan ini. Kajian kes menjawab persoalan
(2010) yang mendapati remaja hamil luar mengenai bila, bagaimana, mengapa
nikah lebih berisiko menghidap anemia, sesuatu perkara atau peristiwa itu berlaku,
tidak jelas mengenai tempoh kehamilan, selain penghuraian secara menyeluruh dan
kurang menghadiri kelas pra-kelahiran mendalam (Merriam, 2002; Lebar, 2017).
serta lewat menempah tarikh melahirkan. Temubual separa berstruktur pula dipilih
Ini sudah pasti memberi pelbagai sebagai kaedah pengumpulan data utama.
komplikasi kepada ibu dan bayi dalam Soalan temubual kajian dibentuk
kandungan. berpandukan permasalahan kajian, objektif
kajian dan kajian-kajian lepas.
Persepsi masyarakat yang negatif terhadap
isu remaja hamil luar nikah dan Peserta kajian
ketidaksediaan remaja hamil luar nikah
memikul peranan dan tanggungjawab Kajian ini menggunakan kaedah
baharu sebagai ibu muda justeru memberi persampelan bertujuan untuk memilih
inspirasi kepada penyelidik untuk peserta kajian. Terdapat beberapa kriteria
mengkaji bagaimana remaja hamil luar khusus telah ditetapkan iaitu (1) peserta
nikah ini menanggapi cabaran yang kajian mestilah remaja yang berusia
dihadapi sebaik sahaja mengetahui diri lingkungan umur 16 hingga 21 tahun, (2)
mereka hamil. Fokus kajian tertumpu ketika kajian dilakukan peserta kajian
kepada cabaran yang ditempuhi oleh sedang mendapatkan perlindungan di
remaja hamil luar nikah untuk berdepan rumah perlindungan wanita hamil, (3)
dengan ahli keluarga, masyarakat dan peserta kajian pernah mengandung
cabaran dalaman untuk menerima hakikat dan/atau melahirkan anak luar nikah.
kehamilan yan tidak dirancang. Secara Selepas mendapat kebenaran dari pusat
spesifik, objektif kajian ini ialah untuk perlindungan dan senarai nama peserta
meneroka pengalaman tingkah-laku seks kajian yang berpotensi, pengkaji
remaja hamil luar nikah serta memaklumkan kepada peserta kajian
mengenalpasti cabaran dalam menghadapi tujuan kajian dijalankan, kaedah temubual
perubahan peranan sebagai ibu muda. yang digunakan serta bagaimana data yang
Metod akan dilaporkan. Tiada paksaan dikenakan
kepada peserta kajian yang mana mereka
Rekabentuk kajian bebas untuk menerima atau menolak untuk
turut serta. Peserta kajian yang bersetuju
Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian untuk terlibat dalam kajian ini diberikan
kualitatif. Pendekatan kualitatif borang izin termaklum. Borang izin
membolehkan pengkaji menerangkan termaklum ini mengandungi perkara
keadaan sebenar tentang sesuatu perkara di seperti kebenaran untuk ditemubual, tujuan
lapangan, selain kajian kualitatif juga kajian, penstrukturan dan proses temubual,
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 39- 52 ISSN-2289-8174 42

etika kerahsiaan, serta hak untuk menarik menarik dan menggunakan tema-tema ini
diri. Bagi melindungi identiti peserta untuk menjelaskan permasalahan dan isu
kajian, nama samaran digunakan dan nama kajian yang dilaksanakan (Maguire &
pusat perlindungan tidak dinyatakan secara Delahunt, 2017).
spesifik.
Keputusan
Proses & protokol temubual
Profil Peserta Kajian
Prosedur temubual telah dirancang dengan
teliti. Proses temubual dilakukan mengikut Peserta 1 - Berbangsa Melayu dan berusia
panduan yang diberikan oleh Jacob dan 21 tahun. Mempunyai 8 orang adik-
Furgeson (2012) dan Cresswell (2013) beradik dan merupakan anak ke-5.
iaitu: (1) mengenalpasti peserta kajian, (2) Sebelum berada di rumah perlindungan
menentukan setting temubual, (3) untuk wanita hamil, peserta 1 pernah
membina protokol temubual, (4) membina bekerja di sebuah kilang elektronik di
hubungan dan mendapatkan izin Pulau Pinang. Ibu Peserta 1 suri rumah
termaklum, (5) menentukan tarikh, masa, sepenuh masa manakala ayah telah
dan tempat menjalankan sesi temubual, (6) meninggal dunia sejak kecil. Peserta 1
melaksanakan temubual, dan (7) mempunyai bapa tiri. Hubungan dengan
menyediakan transkrip temubual. Soalan adik-beradik kurang rapat terutamanya
temubual dirangka berdasarkan objektif dengan adik-beradik lelaki. Peserta 1
kajian. Soalan temubual mengandungi tiga pernah melakukan hubungan seks
(3) komponen utama iaitu: (1) Bahagian A beberapa kali atas faktor suka sama suka
yang mengandungi maklumat demografi bersama dengan teman lelakinya. Peserta 1
peserta kajian seperti umur, tahap mendaftarkan diri ke rumah perlindungan
pendidikan, negeri asal, sebab masuk ke secara sukarela atas cadangan dan nasihat
rumah perlindungan (sukarela, ibu bapa, ahli keluarga.
perintah mahkamah), bangsa, agama, umur
mula terlibat aktiviti seks, hubungan Peserta 2– Berbangsa Melayu dan berusia
dengan pasangan seksual, pendapatan 21 tahun. Merupakan anak ke-5 daripada 6
kasar keluarga, pekerjaan ibu bapa, orang adik-beradik. Mempunyai masalah
bilangan adik beradik dan pendidikan ibu lembam (masalah pembelajaran). Ayah
bapa, (2) Bahagian B memfokus kepada telah meninggal dan ibu pula lumpuh.
pengalaman/penglibatan dengan tingkah- Peserta 2 membantu abang menjaga ibu
laku seksual, dan (3) Bahagian C yang lumpuh. Peserta 2 menjadi
memfokus kepada cabaran yang dihadapi penyumbang utama pendapatan keluarga.
dalam menyesuaikan diri terhadap peranan Peserta 2 bekerja sebagai operator
baharu sebagai ibu muda. pengeluaran di sebuah kilang perabot.
Peserta 2 melakukan hubungan seks
Analisis data dengan teman lelaki sendiri atas faktor
suka sama suka. Peserta 2 telah selamat
Data dianalisis menggunakan kaedah melahirkan anak perempuan secara
analisis tematik 6 langkah oleh Braun & pembedahan ceserean. Bayi telah
Clarke (2006) iaitu (1) membiasakan diri diserahkan kepada keluarga angkat.
dengan data, (2) menghasilkan kod awal, Peserta 2 mendaftarkan diri di rumah
(3) mencari tema-tema, (4) menyemak perlindungan wanita hamil atas desakan
tema-tema, (5) memperhalusi tema, dan (6) ahli keluarga.
menulis laporan. Matlamat utama analisis
tematik ialah untuk mengenalpasti tema- Peserta 3– Berbangsa Melayu dan berusia
tema, seperti tren data yang penting atau 21 tahun. Peserta 3 tidak mempunyai
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 39- 52 ISSN-2289-8174 43

banyak maklumat mengenai keluarga menjaga sendiri anaknya. Pernah


kandung kerana peserta 3 telah diserahkan melakukan hubungan seks dengan dua (2)
kepada keluarga angkat sejak umurnya lelaki dan kedua-duanya merupakan teman
seminggu. Bekerja sebagai pembantu lelaki Peserta 4. Hubungan seks dilakukan
rumah kepada keluarga angkatnya. Apabila atas faktor suka sama suka. Peserta 4
ibu angkat meninggal dunia, peserta 3 mendaftar di rumah perlindungan wanita
mengikut kakak angkat berhijrah ke Kuala hamil secara sukarela atas bantuan ayah
Lumpur dan menetap bersamanya. dan ibu angkatnya.
Informan melakukan hubungan seks
dengan teman lelaki sendiri atas faktor Peserta 5 – Berbangsa Melayu dan berusia
suka sama suka. Pernah melakukan 19 tahun. Peserta 5 mempunyai 3 orang
hubungan seks sekali sahaja sebelum adik-beradik dan beliau merupakan anak
disahkan hamil. Peserta 3 telah melahirkan yang ke-2. Ayah bekerja sendiri manakala
bayi lelaki dan diserahkan kepada keluarga ibu bekerja sebagai kerani. Peserta 5
lain. Peserta 3 mendaftarkan diri di rumah pernah menyambung pelajaran di
perlindungan wanita hamil secara sukarela peringkat diploma namun terpaksa
atas bantuan ayah angkat. berhenti akibat desakan keluarga apabila
mengetahui dirinya telah hamil. Peserta 5
Peserta 4 – Berbangsa Melayu berusia 19 menjalinkan hubungan seks dengan teman
tahun. Menetap di Kuala Lumpur bersama lelaki atas faktor suka sama suka. Ketika
keluarga angkat. Peserta 4 tidak mengenali temubual dilakukan, Peserta 5 sedang
keluarga kandung kerana telah diserahkan hamil 7 bulan. Peserta 5 mendaftar ke
kepada keluarga angkat sejak kecil lagi. rumah perlindungan wanita hamil setelah
Mempunyai seorang abang angkat. Kedua- didesak oleh keluarganya. Perincian latar
dua ayah dan ibu angkat merupakan pesara belakang peserta kajian seramai 5 orang ini
kakitangan kerajaan. Peserta 4 telah dapat dilihat pada Jadual 1 Maklumat
selamat melahirkan bayi lelaki dan bayi Demografi Peserta Kajian berikut.
tersebut dijaga sementara oleh keluarga
angkatnya. Peserta 4 bercadang untuk

Jadual 1: Maklumat Demografi Peserta Kajian

Peserta Umur Bangsa Usia kali pertama Tahap Status


Kajian (tahun) melakukan seks pendidikan Kehamilan
(semasa kajian)
1 21 Melayu 20 SPM Hamil 7 bulan
2 21 Melayu 20 SPM Baru bersalin
3 21 Melayu 20 Darjah 5 Baru bersalin
4 19 Melayu 16 PMR Baru bersalin
5 19 Melayu 17 SPM Hamil 7 bulan
dimulakan oleh teman lelaki masing-
Cara mengenali teman lelaki masing. Seorang perserta kajian pula
mengenali teman lelaki melalui kawan-
Tiga daripada lima peserta kajian kawannya. Perkenalan di tempat lepak
mengenali teman lelaki di tempat kerja berkembang menjadi hubungan istimewa
masing-masing. Perkenalan awal sebelum menjadi pasangan romantik.
seterusnya berkembang menjadi hubungan Seorang lagi peserta kajian pula mengenali
romantik dan menjalani hubungan teman lelaki melalui aplikasi ‘WeChat’.
percintaan seperti kebanyakan remaja. Mereka kemudiannya saling bertukar
Kesemua langkah awal perkenalan nombor telefon dan mula kerap berhubung.
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 39- 52 ISSN-2289-8174 44

Hubungan menjadi lebih serius apabila mahu menambah dosa dengan membunuh
kerap keluar bersama-sama. Teman lelaki bayi yang dikandungnya, “Tidak rasa nak
dikenali oleh ibu dan bapa dan teman gugurkan pun, memang takde. Saya takut
lelaki sering datang ke rumah. tambah dosa lagi. Mula buat zina, lepas tu
membunuh pula. Saya takut, lagipun bayi
Hubungan seks tak bersalah.” Begitu juga dengan peserta
4 yang mempunyai perasaan dan pendirian
Kesemua peserta kajian mengakui yang sama iaitu merasa dirinya telah
melakukan hubungan seks atas faktor berbuat salah dan tidak harus menambah
menyayangi teman lelaki dan suka sama kesalahan dosa dengan membunuh bayi
suka. Walaupun pada mulanya ada peserta dalam kandungan: “Tak fikir langsung nak
kajian yang tidak berniat melakukan gugur atau marah dengan kandungan ni.
hubungan seks dengan teman lelaki, Saya telah buat dosa dan saya akan
namun kekerapan bertemu dan melakukan tanggung, bayi tak salah.” Bagaimanapun,
aktiviti seks ringan (bercium, berpelukan, dilema utama yang dialami peserta 3 dan
meraba) akhirnya membawa kepada 4 ialah untuk mengatasi rasa malu dan
hubungan kelamin yang sebenar. Hanya berterus terang dengan keluarga.
seorang peserta kajian iaitu peserta 3 yang
pada mulanya menolak ajakan melakukan Tiga dari peserta kajian sebaliknya
hubungan seks bersama teman lelaki. menghadapi saat sukar untuk menerima
Namun, peserta 3 terpedaya oleh janji berita kehamilan masing-masing. Mereka
teman lelaki yang berjanji untuk bukan sahaja pernah berniat
berkahwin dan bertanggungjawab ke atas menggugurkan kandungan, malah cuba
dirinya. Antara lokasi melakukan untuk menggugurkan kandungan.
hubungan seks ialah di hotel bajet, rumah Misalnya, peserta 1 pernah membayar
teman lelaki, rumah sendiri dan rumah sebanyak RM500 kepada rakan untuk
kawan-kawan. Tempat paling kerap membantunya menggugurkan kandungan
melakukan hubungan seks ialah rumah namun usahanya gagal kerana usia
teman lelaki dan rumah sendiri. kandungan yang telah matang dan
prosedur yang boleh membahayakan
Kekerapan hubungan seks nyawa sendiri, “saya bayar RM500 nak
gugurkan kandungan, tapi tak boleh sebab
Empat daripada lima peserta kajian baby dah besar.” Begitu juga, peserta 5
mengakui kerap melakukan hubungan seks cuba untuk makan makanan yang dianggap
bersama teman lelaki masing-masing iaitu berbahaya kepada kandungan dan
lebih lima kali. Hanya seorang yang melakukan aktiviti berat dengan harapan
mengakui melakukan hubungan seks sekali bayi yang dikandung gugur namun
sahaja sebelum terus disahkan hamil. usahanya tidak berhasil, “rasa tak boleh
terima. Saya fikir nak gugurkan masa tu.
Saya makan nenas, minum coke, buat kerja
Penerimaan terhadap kehamilan
berat semata-mata mahu gugurkannya
[kandungan].”
Dua daripada lima peserta kajian dapat
menerima kandungan dengan hati terbuka
dan tidak pernah berniat untuk Penjagaan anak selepas lahir
menggugurkan kandungan sebaik sahaja
Hanya dua peserta kajian ini iaitu peserta 4
disahkan hamil. Misalnya peserta 3
dan peserta 5 yang memutuskan untuk
mengatakan bahawa dirinya ikhlas
menjaga sendiri anak yang dilahirkan.
menerima kandungan atas rasa keinsafan
Peserta 4 mendapat sokongan ahli keluarga
dosa yang telah dilakukan. Peserta 3 rasa
yang menjaga anaknya semasa dia berada
berdosa kerana melakukan zina dan tidak
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 39- 52 ISSN-2289-8174 45

di rumah perlindungan. Begitu juga perlindungan wanita hamil, seperti yang


dengan peserta 5 yang mendapat sokongan dijelaskan oleh peserta 1, “semua
jagaan daripada ibu sendiri. Kedua-duanya marahlah awalnya, bila kakak bagi tahu,
berhasrat untuk berkahwin dengan teman abang nombor 3 tak tegur langsung, saya
lelaki masing-masing dan menjaga anak memang tak rapat dengan dia, adik pula
mereka sendiri. Tiga lagi peserta kajian kata saya macam-macam, tak pandai jaga
iaitu peserta 1, 2 dan 3 bagaimanapun maruah, kata saya teruk, sampai sekarang
berhasrat untuk menyerahkan bayi mereka tak baik dengan adik lagi.” Peserta 2 pula
kepada keluarga angkat. Keputusan menceritakan kekecohan yang tercetus
menyerahkan anak kepada orang lain sebaik sahaja keluarga mendapat tahu
bukan satu keputusan yang nekad, tentang kehamilannya, “semua keluarga
sebaliknya ia disulami oleh pelbagai marah saya, teruk saya kena marah, mak
emosi. Namun, faktor seperti kehidupan sampai pengsan bila dengar, lama juga
sendiri yang tidak stabil, masalah keluarga baru terima.” Peserta 3 pula
kewangan dan keinginan untuk anak menceritakan respons ayahnya yang begitu
mendapat kehidupan yang lebih baik kecewa dan marah dengan apa yang
menjadi pendorong kepada peserta kajian terjadi. Ayah menyalahkan peserta 3
ini untuk menyerahkan anak kepada kerana merosakkan agama. Selepas itu
keluarga angkat. Misalnya, peserta 1 ayah mengambil keputusan untuk
memutuskan untuk menyerahkan bayinya mendiamkan diri selama beberapa hari,
kepada keluarga angkat kerana menyedari “ayah macam kecewa, dia kata kenapa
masa depannya sendiri yang tidak pasti, awak boleh buat macam ni, awak tahu tak
“saya bagi bayi dekat keluarga angkat, ini salah, merosakkan agama semua, saya
bukan tak sayang, tapi saya sendiri tak nangis saja, first time nampak ayah
tahu macam mana kehidupan saya lepas kecewa dan amat marah, lepas tu ayah
ini.” Begitu juga pengakuan peserta 3 yang diamkan diri beberapa hari.”
mahu anaknya mempunyai kehidupan
yang lebih terjamin dan seperti anak-anak Kewangan tidak stabil
normal lain memandangkan dirinya tidak
mempunyai kehidupan yang stabil. “siapa Daripada temubual, didapati bahawa
tak sayang anak, tapi saya nak kehidupan semua peserta kajian mempunyai
dia terjamin, kalau duduk dengan saya kedudukan kewangan yang kurang stabil.
kesian dia, orang lain ada ayah, dia takde Ketidakstabilan kewangan ini disebabkan
ayah. Saya tak nak dia malu nanti.” peserta kajian tidak mempunyai duit
simpanan untuk menanggung kos dan
Penerimaan awal keluarga perbelanjaan bayi. Ini menyebabkan
peserta kajian terpaksa bergantung kepada
Kesemua peserta kajian ini menerima orang lain (biasanya ahli keluarga) untuk
respons yang negatif daripada keluarga mendapat bantuan kewangan bagi membeli
masing-masing apabila mengetahui tentang barangan keperluan bayi masing-masing.
status kehamilan mereka. Antara respons Peserta 1 misalnya mengaku tidak
negatif yang dilaporkan ialah seperti mempunyai simpanan wang untuk
sangat marah, sedih dan kecewa. Emosi menghadapi kehamilan dan terpaksa
negatif ini disusuli dengan tingkah-laku meminjam daripada kakak sendiri, “pening
negatif ahli keluarga seperti menyindir, juga fikir, itu yang serabut, jadinya
enggan bercakap, melemparkan kata-kata terpaksa pinjam duit dekat kakak dulu.”
kesat serta meminggirkan remaja. Ada Peserta 1 dulu mempunyai sedikit
dalam kalangan peserta kajian yang masih simpanan namun duit telah digunakan
menerima respons yang sama daripada ahli untuk menggugurkan kandungan dan
keluarga walaupun setelah berada di rumah dihabiskan bersama teman lelaki, “duit
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 39- 52 ISSN-2289-8174 46

memang takde dah, duit RM500 tu pun dah problem. Dia masih menganggu sampai
bagi dekat kawan pasal kes gugur tu. Dulu saya di sini [rumah perlindungan] barulah
waktu bercinta duit banyak habis kat takde. Kira lepas putus dua kali dia tidur
teman lelaki.” Ada yang terpaksa bekerja [seks] dengan saya.”
lebih keras untuk mengumpul wang
simpanan yang mencukupi bagi Berlainan dengan peserta 4, dia mengalami
menampung kos dan keperluan diri dan gangguan melalui media sosial selain
bayi. Misalnya, peserta 3 dan 4 terpaksa pernah cuba menggunakan kekerasan
bekerja keras dan lebih masa walaupun fizikal ke atas dirinya. Bekas teman lelaki
sedang sarat hamil demi memastikan mempersoal keengganan beliau untuk
mereka dapat mengumpul duit sebagai mengadakan hubungan seks sedangkan
persediaan kelahiran bayi. Peserta 3 sebelum ini tidak pernah menolak, “ada
enggan menyusahkan keluarga dan sedar kalanya dia ajak keluar lepas tu bila saya
bahawa kos untuk menampung keperluan tak nak lepas tu dia cakap, dah nak jadi
bayi adalah tinggi, ‘saya mengandung pun mummy ke? Ada sekali terjumpa dia, dia
saya kerja juga, sebab tak nak susahkan cuba nak pegang tangan saya, tapi saya
orang. Lagi pun nanti banyak duit nak mengelak. Dia cakap dulu tidur sama pun
pakai, itu yang saya kerja jugak.” Begitu okay jer, ni nak jual mahal pulak. Banyak
juga dengan peserta 4 yang terpaksa kalilah dia ganggu saya.”
bekerja sehingga kandungan 8 bulan demi
untuk mengumpul duit yang mencukupi Kesejahteraan mental terjejas
bagi menampung keperluan bayinya, “dari
segi duit, so macam, kerja, saya kerja time Kesemua peserta kajian melaporkan
mengandung sampai 8 bulan, sampai nak bahawa mereka mengalami pelbagai emosi
masuk sini [rumah perlindungan].” negatif kesan daripada kehamilan yang
tidak dirancang. Perasaan ini berterusan
Gangguan bekas teman lelaki sepanjang proses bersalin dan selepas
melahirkan anak. Emosi yang paling kerap
Dua daripada peserta kajian melaporkan dilaporkan ialah rasa bersalah, malu dan
menerima gangguan berterusan dari bekas takut. Rasa bersalah kerana telah
teman lelaki masing-masing. Gangguan ini melakukan dosa dan memalukan keluarga
wujud dalam beberapa cara seperti terutamanya ibu bapa. Malu kerana lambat
kekerasan fizikal dan menimbulkan laun orang lain akan mengetahui diri
ketakutan. Apa yang paling mereka sedang mengandung anak luar
membimbangkan ialah bekas teman lelaki nikah. Selain itu peserta kajian merasa
melakukan kekerasan fizikal untuk takut berhadapan dengan respons keluarga
memaksa peserta kajian terus mengadakan dan untuk menceritakan hal sebenar
hubungan seks, walaupun ketika itu kepada mereka. Peserta 1 misalnya
hubungan telah putus. Salah seorang menceritakan perasaan malu dan tertekan
peserta kajian iaitu peserta 1, pernah cuba yang dialaminya di awal kehamilan.
untuk mempertahankan dirinya dan enggan Tekanan yang dialaminya sangat berat
menuruti kehendak bekas teman lelaki untuk ditanggung sehingga dia banyak
namun kekuatan fizikal dirinya tidak dapat menangis dan pernah terfikir untuk
mengatasi bekas teman lelaki. Seperti membunuh diri, “stres, malu semua ada.
cerita peserta 1 kepada pengkaji, “lepas Memang menangis je lah. Itu yang fikir
putus dia still dapat lagi [seks]. Dia paksa sampai nak terjun dari rumah.” Begitu
saya, saya tak nak dah, saya meronta apa juga dengan peserta 2 yang malu dan buntu
semua. Saya try lawan tapi tak guna sebab untuk memikirkan cara untuk memberitahu
dia besar dari saya. Sakit masa tu, rumah keluarga tentang kehamilannya. Tekanan
takde orang masa tu, kunci rumah yang dirasai menyebabkan peserta 2
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 39- 52 ISSN-2289-8174 47

terfikir untuk melarikan diri dari rumah, baling barang dalam bilik dan menangis,
“tak tahu nak cakap dengan family macam itu pun masa takde orang kat rumah,
mana. Malu sangat, takut pun sama. sebab takut kena marah. Rasa tertekan
Terfikir nak lari pun ada. Menangis tak sangat, terfikir nak gugurkan baby tu.”
berhenti, memang awal-awal rasa kosong
betul hidup, stress.” Seperti peserta 1 dan Interaksi sosial terbatas
2, peserta 3 turut banyak menangis di awal
kehamilannya. Perasaan bersalah Interaksi sosial peserta kajian menjadi
mendominasi emosi beliau kerana telah lebih terbatas apabila kehamilan diketahui
memalukan dan mengecewakan ibu bapa. oleh ahli keluarga yang lain. Pergerakan
Malu kerana lambat laun kehamilan tidak keluar peserta kajian dipantau ketat oleh
boleh dirahsiakan terutamanya apabila ahli keluarga. Mereka tidak boleh keluar
perut semakin membesar, “rasa bersalah sesuka hati dan hanya boleh keluar untuk
sangat sebab malukan keluarga, saya pun tujuan penting sahaja seperti melakukan
malu dengan perut buncit akan datang. pemeriksaan kehamilan di klinik dan
Rasa sedih sangat sebab hancurkan hati hospital. Pergerakan keluar juga ditemani
mak angkat saya.” oleh ahli keluarga yang lain, seperti
pengakuan peserta 1, “Saya keluar dengan
Tekanan yang dialami kadang-kala abang itu pun sebab kerja dengan abang.”
dizahirkan dengan perbuatan. Tekanan Bagi peserta 1 dan 5, mereka tidak lagi
tinggi yang dialami selain perubahan dibenarkan bekerja dan hanya dibenarkan
emosi ketika hamil menjadikan sesetengah duduk di rumah sahaja. Seperti pengakuan
peserta kajian tidak mampu untuk peserta 5, “saya nak kerja pun ayah dan
mengawal diri mereka. Misalnya peserta 3 ibu tak bagi, jadinya saya duduk di rumah
melepaskan kemarahannya dengan jelah.” Pada pandangan peserta kajian,
membaling/menghempas barang. Emosi situasi ini berlaku kerana ahli keluarga
marah ditunjukkan kepada ahli keluarga telah hilang kepercayaan, bimbang mereka
terhampir. Walaupun tingkah-laku tersebut masih berhubung dengan bekas teman
dianggap keras, namun peserta 3 mengakui lelaki selain tidak mahu orang lain
merasa lega dapat melepaskan emosi mengetahui tentang kehamilan. Peserta 5
negatif yang dirasainya, “kadang-kadang misalnya bukan sahaja disekat secara
saya hempas barang jugak dekat ayah, nak fizikal, malah telefon bimbitnya juga
buat dekat orang lain sebab tak tahu. dipegang oleh ahli keluarga kerana risau
Cepat marah juga orang mengandung ni, beliau akan berjumpa dengan bekas teman
jadinya nak marah dekat ayah, stres, lelaki.
emosi tak stabil. Cuma nak lepaskan
marah, ayah pula kata ha takpalah nak Terpaksa berhenti belajar
hempas ke baling ker, awak tengah tak
sihat, ayah faham. Ayah jelah, memang Seorang peserta kajian ini iaitu peserta 5
kuat marah dulu, rasa puas bila dapat sedang melanjutkan pelajaran di peringkat
lepaskan.” Ini berbeza dengan pendekatan diploma ketika mendapati dirinya hamil.
yang diambil oleh peserta 5 yang lebih Kesan dari kehamilan, peserta 5 terpaksa
gemar berkurung di bilik dan mengelak berhenti belajar atas saranan ibu bapa.
untuk berkongsi perasaannya. Jika terlalu Walaupun masih ingin meneruskan
tertekan, peserta 5 akan membaling pengajian, namun keputusan berhenti
barang-barang di dalam bilik dan terpaksa diambil kerana bimbang akan
menangis, “saya banyak berkurung dalam menyebabkan kemarahan keluarga, “ibu
bilik. Stres sangat tapi tak berani cakap, cakap ayah bagi cadangan lebih baik
mesti kena marah nanti, jadinya saya berhenti daripada diberhentikan dan boleh
pendam saja. Bila tak tahan sangat saya sambung tempat lain. Mulanya berat hati
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 39- 52 ISSN-2289-8174 48

nak berhenti tapi takut ayah dan ibu Dapatan kajian terdahulu menunjukkan
marah, saya pun berhentilah.” senario yang sama yang maka remaja
hamil luar nikah berisiko untuk mengalami
masalah psikologikal seperti kemurungan
(Birkeland, Thompson & Phares, 2005;
Liao, 2003, Nasir, et al., 2015). Gangguan
Perbincangan peristiwa yang memberi tekanan,
kehamilan tidak dirancang, pengasingan
Dapatan kajian ini memberi pencerahan sosial, perubahan fizikal akibat kehamilan
tentang pengalaman fasa awal kehidupan dan perubahan peranan sebagai ibu muda
remaja hamil luar nikah serta usaha semuanya ini boleh menyebabkan
mereka untuk mengadaptasi dengan realiti kemurungan dalam kalangan remaja hamil.
kehamilan. Ternyata kajian ini
menunjukkan bahawa kehamilan luar Dari aspek kewangan, remaja hamil luar
nikah yang tidak dirancang mencetuskan nikah ternyata tidak mampu untuk hidup
tekanan dalam hidup remaja dari pelbagai berdikari, memberikan keselesaan dan
sudut peribadi, keluarga, sosial dan kestabilan kepada bayi baru lahir. Ini
ekonomi. Kehamilan pada usia muda dan meletakkan remaja hamil luar nikah dalam
tidak dirancang mencetuskan pelbagai situasi ketidakstabilan kewangan dan
emosi kerana perlu menerima hakikat kebergantungan tinggi terhadap orang lain
kehamilan dan peranan baru sebagai ibu seperti ahli keluarga. Kesemua peserta
muda dalam usia yang masih mentah dan kajian ini tidak mempunyai kedudukan
tanpa persediaan. kewangan yang kukuh. Kehamilan ternyata
menjejaskan keadaan kewangan yang
Kehamilan tidak dirancang pada usia muda sememangnya tidak stabil. Remaja
meninggikan risiko kesejahteraan terpaksa bergantung kepada ahli keluarga
kesihatan kepada remaja dan bayi. Dalam untuk meminjam wang dan membeli
kajian ini, ada dalam kalangan peserta keperluan diri dan bayi. Malah ada yang
kajian yang tidak menjalani pemeriksaan terpaksa bekerja lebih masa sehingga sarat
kehamilan secara rutin kerana merahsiakan mengandung semata-mata untuk
kandungan. Ini meninggikan risiko mengumpul wang bagi persediaan bersalin.
kesihatan kepada kedua-dua ibu kerana Ini disokong oleh kajian oleh Njoora
komplikasi kehamilan tidak dapat dinilai (2003) yang mendapati remaja hamil
dan dirawat sewajarnya. Kajian ini mengalami masalah kewangan kronik
konsisten dengan kajian oleh Paranjothy untuk memenuhi keperluan asas dan bayi.
dan rakan-rakan (2009) yang mendapati Ada dalam kalangan peserta kajian ini
kehamilan remaja meninggikan risiko yang terpaksa berhenti kerja kesan dari
kesihatan dan kesejahteraan bagi kedua- kehamilan mereka. Ini menyebabkan
dua ibu dan anak. remaja hamil kehilangan sejumlah
pendapatan (Jason & Wolfe, 2009).
Tekanan psikologikal yang dialami oleh Kesemua remaja hamil dalam kajian ini
remaja hamil dalam kajian ini adalah memperolehi bantuan kewangan daripada
tinggi. Mereka mengalami tekanan kerana ahli keluarga. Keadaan ini memberi
tidak bersedia dengan kehamilan, bimbang gambaran bahawa situasi lebih buruk boleh
tentang penerimaan keluarga, kewangan dialami oleh remaja hamil yang langsung
yang tidak stabil dan kurang sokongan. tidak mendapat sokongan dan bantuan ahli
Tidak menghairankan ada dalam kalangan keluarga. Tanpa bantuan seperti rumah
remaja dalam kajian ini yang pernah perlindungan bagi wanita hamil, keadaan
berniat untuk membunuh diri, melarikan remaja hamil dalam kajian ini mungkin
diri malah melakukan pengguguran. lebih buruk. Dapatan kajian ini juga turut
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 39- 52 ISSN-2289-8174 49

memberi gambaran bahawa remaja hamil sokongan yang diperlukan oleh remaja
luar nikah tidak mendapat sokongan atau hamil ini.
kurang sokongan dalam komuniti. Ini
meletakkan remaja hamil dalam situasi Sokongan daripada ahli keluarga nyata
yang lebih berisiko. kritikal bagi remaja yang hamil luar nikah.
Kekurangan sokongan dari sumber lain
Salah seorang remaja dalam kajian ini dalam komuniti menjadikan keluarga
sedang melanjutkan pengajian peringkat sebagai aset sokongan bernilai. Rumah
diploma apabila disahkan hamil luar nikah. perlindungan pula menjadi tempat pelarian
Implikasinya, beliau terpaksa berhenti dari sementara remaja hamil ini dalam proses
pengajiannya walaupun beliau masih untuk menyesuaikan diri dengan peranan
berkeinginan untuk meneruskan pengajian. baharu dan menjalani pemulihan. Kajian
Gangguan persekolahan/ pendidikan ini menekankan kepentingan keluarga dan
cenderung dialami oleh remaja hamil luar jaringan sosial bagi menyokong remaja
nikah. Keadaan ini boleh menjejaskan hamil luar nikah untuk membina semula
kehidupan remaja untuk jangka masa kehidupan baharu. Jaringan sokongan bagi
panjang kerana tahap pendidikan yang remaja hamil luar nikah perlu
rendah turut memberi kesan kepada dipertingkatkan dan tidak terhad dengan
peluang pekerjaan mereka (Paranjothy et memberi perlindungan semata-mata.
al., 2009). Namun, kajian luar negara Misalnya perlu diwujudkan bantuan
menunjukkan bahawa gangguan kepada kewangan, kaunseling dan akses
pendidikan ini lebih disebabkan oleh polisi pendidikan yang lebih baik di masa depan.
pendidikan yang tidak menyokong atau Ini semua perlu bagi meningkat upayakan
membenarkan remaja hamil untuk remaja ini untuk mendepani masa depan
meneruskan pengajian mereka melalui dengan lebih baik dan seterusnya
sistem pendidikan biasa (SmitBattle, 2007; memberikan jaminan kehidupan yang lebih
Zachry, 2005). baik untuk anak mereka.

Kajian ini mendapati kesemua remaja Rujukan


hamil luar nikah ini menerima reaksi
negatif daripada ahli keluarga sendiri. Ahmad, A. G., Hilal, N., & Dahlan, M.D.
Remaja mendapat kritikan negatif, disekat (2017). Mengandung anak tak sah
pergaulan, dan disisih daripada keluarga. taraf: Kajian kes di Daerah Kubang
Tahap awal kehamilan nyata mencetuskan Pasu Kedah. UUMJLS, 8, 17-55.
krisis dalam keluarga dan ini menganggu
ekologi keluarga. Namun begitu, berlaku Abdul Ghani, F., & Abd Aziz, A. (2013).
perubahan dari sokongan keluarga selepas Illegitimate childbearing scenario
beberapa ketika. Ini dibuktikan oleh among adolescents. Research
kesanggupan ahli keluarga memberi Journal in Organizational
bantuan kewangan, menjaga anak yang Psychology and Educational Study,
dilahirkan sementara remaja ini berada di 7(1), 40-131.
rumah perlindungan, dan menjadi
pendorong kepada remaja hamil ini untuk Abdul Rahman, A., Abdul Rahman, R.,
mendapatkan perlindungan di rumah bagi Ibrahim, M. I., Salleh, H., Ismail,
wanita hamil. Kajian oleh Hoga dan rakan- S. B., Ali, S. H., Manan, W., Ishak,
rakan (2009) menunjukkan dapatan yang M., & Ahmad, A. (2011).
sama yang mana ahli keluarga memberi Knowledge of sexual and
reaksi negatif di awal kehamilan namun reproductive health among
kemudiannya memberi bantuan dan adolescents attentind school in
Kelantan, Malaysia. The Southeast
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 39- 52 ISSN-2289-8174 50

Asian Journal of Tropical Medicine Journal of Pediatric and


and Public Health, 42(3), 717-725. Adolescent Gynecology, 23, 16–
22.
Anang, R., Ibrahim, N., Yusoff, F., Abdul
Kadir, N. B. (2015). Penderaan Hoga, L. A. K., Borges, A, L. V., Alvarez,
seksual kanak-kanak. Penerbit R. E. C. (2009). Teen pregnancy:
Universiti Kebangsaan Malaysia. Values and reactions of family
members. Acta Paulista de
Purata 18,000 remaja hamil setiap tahun. Enfermagem, 22(6), 779-885.
(2015, 29 Oktober). Berita Harian.
https://www.bharian.com.my Ismail, R. (2016). Metodologi
penyelidikan: Teori dan praktis.
Birkeland, R., Thompson, J. K., Phares, V. Penerbit Universiti Kebangsaan
(2005). Adolescent motherhood Malaysia.
and postpartum depression. Journal
of Clinical Child & Adolescent Jacob, S. A., dan Furgeson, S. P. (2012).
Psychology, 34(2), 292-300. Writing interview protocol and
conducting interview: Tips for
Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using students new to the field of
thematic analysis in psychology. qualitative rsearch. The Qualitative
Qualitative Research in Report, 17(42), 1-10.
Psychology, 3(2), 77-101.
Jang, S. H., Kim, I. J., Lee, S. H. (2015).
Crabtree, B. F., & Miller, W. L. (Eds.). relationship between social support
(1992). Research methods for and maternal-fetal attachment
primary care, Vol. 3. Doing among unmarried pregnant women
qualitative research. Sage in Korea: The mediating effects of
Publications, Inc. self-esteem. International Journal
of Bio-Science and Bio-
Cresswell, J. W. (2013). Qualitative Technology, 7(6), 131-140.
inquiry & research design:
Choosing among five approaches. Jason, M. F., & Wolfe, B. I. (2009).
(3rd ed.). Sage Publications, Inc. Education and labor market
consequences of teenage
Eisner, E. W. (1991). The enlightened eye: childbearing: Evidence using the
Qualitative inquiry and the timing of pregnancy outcomes and
enhancement of educational community fixed effects. The
practice. Macmillan Publishing Journal of Human Resources,
Company 44(2), 303-325.

Hasnan, A. H. (2018, 22 Oktober). 4000 Lebar, O. (2017). Penyelidikan kualitatif:


remaja bawah 18 tahun hamil Pengenalan kepada teori dan
setahun. Astro Awani. metode (2nd ed.). Penerbit UPSI.
http://www.astroawani.com
Lee, L. K., Chen, P. C. Y., Lee, K. K., &
Hodgkinson, S.C., Colantuoni, E., Roberts, Kaur, J. (2006). Premarital sexual
D., Berg-Cross, L., Belcher, intercourse among adolescents in
H.M.E. (2010). Depressive Malaysia: A cross-sectional
symptoms and birth outcomes Malaysian school survey.
among pregnant teenagers.
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 39- 52 ISSN-2289-8174 51

Singapore Medical Journal, 47(6), M. S., Amin, A. S. (2015). Tahap


476-481. pengherotan kognitif, kesunyian,
kemurungan, penghargaan kendiri
Lee, L. K., Chen, P. Y., Lee, K. K., & dan sokongan social dalam
Kaur, J. (2006). Premarital sexual kalangan wanita hamil luar nikah.
intercourse among adolescents in Jurnal Psikologi Malaysia, 29(2),
Malaysia : A cross-sectional 1-10.
Malaysian school survey.
Singapore Medical Journal, 47(6), Njoora, J. (2003). Listening to the voice of
476-481. school-going teenage mothers: A
case study of their needs and
Lovett, B. B. (2004). Child sexual abuse supports. University of Oregon,
disclosure: Maternal response and United States.
other variables impacting the http://search.proquest.com/docview
victim. Child and Adolescent /305307856?accountid=14723
Social Work Journal, 21, 355-371.
Omar, L., Hasim, S., Muhmammad, N. A.,
Maguire, M. & Delahunt, B. (2017). Doing Jaffar, A., Mohd Hashim, S., Siraj,
a thematic analysis: A practical, H. H. (2010). Adolescent
step-by-step guide for learning and pregnancy outcomes and risk
teaching scholars. All Ireland factors in Malaysia. International
Journal of Teaching and Learning Journal of Gynecology and
in Higher Education (AISHE-J), Obstetrics, 113(3), 220-223.
9(3), 335-345.
Paranjothy, S., Broughton, H., Adappa, R.,
Malmitis-Puchner, A. & Boutsikou, T. Fone, D. (2009). Teenage
(2006). Adolescent Pregnancies pregnancy : Who sufferes ?
and Perinatal Outcome. Pediatric Achives of Disease In Childhood,
Endocriminology Review, 3, 170- 94(3), 239-250.
171.
Patton, M. Q. (1990). Qualitative
Merriam, S. B. (2002). Qualitative evaluation and research method
research and case study (Vol.2nd). London Sage
applications in education. Jossey- Publications.
Bass.
Saim, N. J., Dufaker, M., & Ghazinour, M.
Mohamad Nor, A., & Sumari, M. (2013). (2014). Teenagers’ experiences of
Adolescents with an unwanted pregnancy and parents’ and
pregnancy: An experience. Journal partners reactions : A Malaysian
of Counselling, Psychotherapy and Perspective. Journal of Family
Health, 8(1), 8-21. Violence, 29, 465-472.

Mohd Yusof, F., & Sugiman, N. (2011). Sarnon, N., Mohamad, M. S., Fauziah, I.,
Persepsi pelajar institusi pengajian Alavi, K., Nen, S., Hoesni, S. M.,
tinggi awam terhadap amalan seks. Zaizul, R., Wan Jaafar, W. A.
Journal of Education Psychology (2012). Hamil luar nikah:
and Counseling, 1, 94-114. Memahami remaja sebagai asas
intervensi keluarga. Jurnal Sains
Nasir, R., Zamani, Z. A., Khairudin, R., Sosial dan Kemanusiaan, 7(1),
Wan Sulaiman, W. A., Mohd Sani, 121-130.
Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 39- 52 ISSN-2289-8174 52

SmitBattle, L. (2007). I wanna have a good


future: Teen mothers’ rise in
educational aspirations, competing
demands and limited school
support. Youth and Society, 38(3),
348-371.

Zachry, E. M. (2005). Getting my


education: Teen mothers’
experiences in school before and
after motherhood. Teachers
College Record, 107(12), 2566-
2598.

Zulkifli, S. N., & Low, W. Y. (2000).


Sexual practices in Malaysia:
Determinants of sexual intercourse
among unmarried youths. Journal
of Adolescent Health, 27(4), 276-
280.

You might also like