Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU PERDANA

JALAN DESA BAKTI 2, TAMAN DESA, 58100 KUALA LUMPUR

DIALOG PRESTASI KLUSTER 1: ENROLMEN MURID


BILANGAN 1 / 2022

Tarikh : 30 MAC 2022


Hari : RABU
Masa : 1:30 TENGAH HARI
Tempat : BILIK MESYUARAT AULA PERDANA
Pengerusi : EN. MOHD. RIZUWAN BIN TOHARUDDIN
Kehadiran : 23/24

1 MOHD RIZUWAN BIN TOHARUDDIN


2 SHAFARULLAH BIN ABDUL JALIL
3 ROSINAH BT MOHD NOOR
4 NORHAFIZAH BINTI HAMIDI
5 MARINE BINTI ANGILIN JOHN
6 SIA YIK LING
7 TUAN MOHD SHAHRIL TUAN SOH
8 MUHAMMAD IZZAT ASYRAF B. AB. AZIZ
9 ABDUL KHALIM BIN ABDUL RAZAK
10 ABDULLAH MUNSIF BIN WAN MUHAMMAD
11 MUHAMMAD RIDZUAN BIN ZINON
12 AHMAD NOOREZAQ BIN ISMAIL
13 SITI NORHAIDAH BINTI AB. AZIZ
14 ONG AI GEIK
15 NOOR HIDAYAH BINTI ABDUL RAHMAN
16 KARTINA BINTI ABDUL RAHMAN
17 YASUTHA A/P ARUMUGAM
18 NORFARISHAH BINTI RAZALI
19 NIRANTRA THARMALINGAM
20 TUMINAH BINTI MESPAN
21 TIONG MANG CHING
22 MUHAMAD NORHAFIZ BIN JAFFAR ALI
23 SHANTHINIE RAMALINGAM (SU)

TIDAK HADIR BERSEBAB:


1.MUHAMMAD IZZAT ASYRAF B. AB. AZIZ– MEMBAWA ISTERI KE HOSPITAL

1
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 En. Mohd. Rizuwan bin Toharuddin mengalu-alukan kehadiran semua guru ke dialog
prestasi yang pertama kali diadakan bagi Tahun 2022/2023.

1.2 Beliau menerangkan tentang dialog prestasi kepada semua guru yang hadir. Dialog prestasi
merupakan program transformasi sekolah dan semua sekolah wajib menjalankan dialog
prestasi.

1.3 Objektif dialog prestasi (DP) diadakan adalah seperti berikut:


i) Fokus dan akauntabiliti
ii) Memantau prestasi agar sistem berkaitan berada di landasan yang betul untuk
mencapai aspirasinya.
iii) Mengenal pasti masalah atau isu-isu yang menghalang kemajuan berdasarkan
analisis data untuk menentukan puncanya.
iv) Mengetengahkan isu-isu kritikal untuk penyelesaian masalah.
v) Perkongsian ilmu, amalan dan budaya supaya dapat menambah baik sebarang
kekurangan.

1.4 Terdapat empat (4) kluster DP iaitu:


i) Kluster 1 – Enrolmen murid
 Kehadiran
 Transisi dan keciciran
 Enrolmen prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah
ii) Kluster 2 -Kemenjadian / Penyertaan murid
 Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan PBD
 Peperiksaan awam
 Pencapaian Tahap Penguasaan Minimum
 SKPMg2 (Standard 5)
 PAK 21
iii) Kluster 3 – Hal Ehwal Murid
 Merangkumi aspek disiplin, SES, jantina, demografik setempat
 Disiplin (jenayah, buli, ponteng sekolah)
 Pendidikan Pencegahan Dadah
iv) Kluster 4 – Kecemerlangan PPD / Sekolah
 Kepimpinan
2
 Organisasi
 Keberhasilan: PPD / SKPMg2 / Sekolah (Potensi murid: Kurikulum / Koakademik

1.5 DP perlu diadakan 4 kali setahun dan perlu menjemput pegawai PPD. DP mempunyai tema
tertentu dan mesti berfokus kepada satu (1) sahaja.

1.6 Pasukan petugas adalah individu atau kumpulan pegawai petugas yang dilantik untuk
merancang, mengurus dan melaksanakan DP. Peranan mereka amat penting bagi
memastikan DP dilaksanakan menepati matlamat DP.

1.7 DP mesti ada pembentangan bersama dengan data. Mesti membuat pembentangan
menggunakan slide dan dokumen perlu disediakan dalam softcopy dan hardcopy. Penolong
Kanan Tadbir dan Kurikulum merangkap sebagai pengerusi DP, perlu membuat
pengesahan data dengan bahagian yang berkaitan. Segala penyediaan data adalah urusan
Penolong Kanan.

1.8 En Rizuwan turut menyatakan agenda DP Peringkat sekolah iaitu:-

Agenda Masa Penerangan

Menjelaskan objektif DP 30 min  Menjelaskan P dan agenda


utama berdasarkan isu kritikal
yang tidak sesuai dari bottom
up
Laporan tindak susul dan 30 min  Laporan keseluruhan maklum
maklumbalas isu-isu DP balas DP sebelum dan tindak
sebelum susul yang telah diambil serta
status intervensi dibentangkan
DP fokus utama 60 min  Pembentangan agenda utama
keseluruhan data
dengan ,engambil kira
pencapaian di peringkat
sekolah.
 Berdialog berdasarkan isu
spesifik yang tidak dapat
diselesaikan pada peringkat KP,
KB, dan GPK.
Bersetuju dengan keputusan 30 min  Keputusan dibentangkan dan
dan langkah seterusnya mencapai persetujuan Bersama
untuk tindakan selanjutnya.
Mengetengahkan tindakan
susulan yang diperlukan
daripada pihak berkaitan.
 Mengajukan soalan kepada
guru, KP, KB dan GPK jika
memerlukan sebarang
3
sokongan tambahan dari pihak
sekolah untuk menjayakan dan
melaksanakan tindakan yang
telah dirancang.
30 min  Perkongsian amalan baik
Perkongsian amalan baik pelbagai aspek yang telah
menjadi budaya pada peringkat
sekolah.

1.9 Post DP pula adalah seperti berikut:-


i) Laporan disediakan selepas selesai dialog berlangsung.
ii) Keputusan DP perlu diedarkan beserta borang maklum balas kepada semua ahli dialog
dalam tempoh 7 hari bekerja selepas dialog berlangsung.
iii) Borang maklum balas mesti didapatkan semula selepas 21 hari bekerja DP selesai
dijalankan.
iv) Menyemak maklum balas dialog yang dikumpul bagi memastikan tindak susul dan
intervensi bagi isu yang telah diputuskan Bersama dilaksankan oleh pihak yang
berkaitan.
v) Status pelaksanaan intervensi perlu dibentangkan dalam sesi dialog prestasis seterusnya
bagi memantau keberkesanan dialog sebelumnya.

2.0 KEHADIRAN DAN KECICIRAN MURID


2.1 Pn. Rosinah selaku GPK HEM membentangkan data kehadiran dan keciciran.
2.2 Setiap tahun pencapaian adalah 90% tetapi pada tahun 2021, sekolah tidak dapat mencapai
peratus tersebut kerana pandemik Covid-19.
2.3 Sekolah akan cuba untuk mencapai sasaran sebanyak 90% pada tahun 2022. Pn. Rosinah
membentangkan peratus kehadiran murid bermula 21 Mac 2022 hingga 30 Mac 2022
seperti berikut:-
1 Setia - 80.2%
1 Kreatif - 88.1%
2 Setia - 87.2%
2 Kreatif - 82.1%
3 Setia - 83.8%
3 Kreatif - 84.8%
4 Setia - 81.5%
4 Kreatif - 85.4%
5 Setia - 82.7%
5 Kreatif - 88.4%
6 Setia - 83.2%
4
2.4 Data ini menunjukkan hanya dua (2) kelas sahaja yang mencapai peratus kehadiran
yang tinggi. Purata keseluruhan kehadiran bagi 2 minggu adalah sebanyak 84.3%.

2.5 Pn. Rosinah telah senaraikan nama-nama murid yang tidak hadir dan meminta jasa
baik guru kelas untuk menelefon murid-murid yang tidak hadir. Murid-murid
tersebut adalah Isabella (5K), Ratu Damia Amanda binti Abd Malek (4S), Putri
Hizraful Sazwanie Binti Mohd Supri (4K), Qaseh Najah Munawwarah Binti Abdul
Munir Valaitham (3K) dan Firas Khaizuran bin Abd Malek (2S).

Jadual 1
Analisa Murid Tidak Hadir ke Sekolah Berturut-turut
NAMA KELAS TEMPOH
Ratu Damia Amanda binti Abd Malek 4S 21 Mac – 30 Mac 2022
Firas Khaizuran bin Abd Malek 2S 21 Mac – 30 Mac 2022

2.6 Jika murid tidak hadir tiga (3) hari berturut-turut guru kelas boleh mengeluarkan
surat amaran pertama, dan seterusnya amaran kedua dan ketiga.

2.7 Pn. Rosinah juga meminta guru kelas sebelum mengisi ketidakhadiran murid dalam
SSDM, diminta berbincang dengan pihak pentadbir terlebih dahulu kerana data
tersebut boleh diakses oleh pihak PPD, JPWPKL dan KPM.

2.8 Bermula pada 1 April 2022, alasan pandemik Covid-19 tidak lagi akan diterima
sebagai alasan ketidakhadiran ke sekolah. Maka, mulai 4 April 2022, penggiraan
untuk kehadiran akan diambil untuk peratus kehadiran murid ke sekolah.

2.9 En Rizuwan memaklumkan jika murid tidak hadir tiga hari berturut-turut tanpa
kebenaran, maka sekolah perlu keluarkan surat amaran dan perlu diambil tindakan
daripada pihak ibu bapa.

2.10 Murid yang dibuang sekolah, akan diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jika didapati ibu bapa yang berpunca kepada
masalah ketidakhadiran murid, maka tindakan undang-undang akan diambil
terhadap ibu bapa.
5
2.11 En Rizuwan menerangkan lagi, jika sekolah telah mengeluarkan surat amaran, maka
ibu bapa akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Amaran yang dikeluarkan oleh
pihak sekolah sebenarnya ditujukan kepada ibu bapa dan ini tidak akan menjejaskan
murid-murid.

2.12 Sekolah boleh mengeluarkan surat bukan melalui SSDM bagi memberi peluang
kepada ibu bapa untuk menyelesaikan isu.

2.13 Pn. Rosinah meminta guru kelas menelefon (31 Mac dan 1 April 2022) ibu bapa
bagi murid yang tidak hadir untuk mendapatkan kepastian sebab ketidakhadiran.
Berkuatkuasa mulai 4 April 2022, dikira sebagai hari pertama untuk penggiraan
kehadiran. Sekolah akan mengeluarkan surat secara dalaman untuk memantau
kehadiran murid-murid. Sekiranya tiada respons untuk 14 hari, maka surat amaran
pertama akan dikeluarkan secara rasmi. Keputusan ini dipersetujui oleh semua
ahli yang hadir ke dialog prestasi.

2.14 Tindakan susulan: Sekiranya tiada jawapan dalam masa 14 hari selepas surat
amaran pertama dikeluarkan, maka sekolah akan melaksanakan Program
Peningkatan untuk mencari murid.
i) Ziarah Cakna
ii) Sekolah Penyayang – tambang bas, uruskan pengangkutan
iii) Mentor-mentee

2.15 Surat amaran kedua akan dikeluarkan sekiranya program peningkatan tidak
memberikan hasil. Surat amaran mestilah surat berdaftar untuk dihantar kepada ibu
bapa sebagai bukti bahawa ibu atau bapa telah menerima surat tersebut. Pn. Rosinah
juga meminta guru kelas untuk mengemaskinikan nombor telefon ibu bapa dalam
APDM.

KEPUTUSAN DIALOG PRESTASI BILANGAN 1


2.17 Mulai 4 April 2022, sekolah akan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak
hadir tiga hari berturut-turut tanpa sebab seperti yang digariskan oleh pihak KPM.
Sekolah akan keluarkan surat amaran 1,2 dan 3. Jika tiada maklum balas daripada
pihak ibu bapa, maka sekolah akan keluarkan surat diberhentikan sekolah. Pihak
JKM akan mengambil alih demi menjaga kebajikan murid tersebut. Pihak sekolah
6
tidak ada sebarang kuasa untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap ibu
bapa. Hanya pihak JKM yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

3.0 PENANGGUHAN DIALOG PRESTASI


3.1 DP ditangguhkan pada pukul 2:40 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………. ……………………
(Shanthinie Ramalingam)
Setiausaha HEM
SKDP

Tarikh Disediakan: 4 April 2022

You might also like