Nurin

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

NAMA

NURIN QURRATU AIN BINTI MOHD SUKRI

NOMBOR MATRIK

22160134

KOS

DIPLOMA KAUNSELING (DKA)

KOD MATAPELAJARAN

MPU2133

NAMA SUBJEK

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

NAMA PENSYARAH

PUAN NUR AZWANI BT MANSOR @ NOORD


PENGENALAN
Dari sudut bahasa, falsafah berasal daripada perkataan yunani kuno iaitu philo (cinta) dan sophia
(kebenar,hikmah,kebijaksanaan). Falsafah bukanlan semata-mata merujuk kepada kebijaksanaan
atau kebenaran itu tetapi gabungan dua kompenan iaitu kecintaan dan kebenaran. Kombinasi dua
unsur telah mendorong seseorang atau ahli falsafah untuk memburu hakikat sesuatu, meneliti
hubungan sebab dan akibat serta mentafsirkan pengalaman-pengalaman manusia secara
mendalam.Dari sudut istilahnya, falsafah bermaksud sesuatu ilmu yang berdasarkan kepada makna
sebenar (hakikat) sesuatu perkara sehingga jelas makna serta tujuannya.

Falsafah Pendidikan Barat berasal daripada 4 mazhab. Objektifnya, falsafah menjurus kepada
perkembangan intelektual, hubungan sosial dan pembinaan semula masyarakat. Seterusnya,
Pendidikan islam pula berteraskan wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menerangkan
hubungan antara manusia dengan pencipta, manusia dengan manusia dan alam sekitar.

Falsafah merangkumi beberapa bidang yang amat luas termasuklah perkara-perkara seperti sain,
matematik, teologi,psikologi, sosiologi, dan ekonomi. Oleh itu, Falsafah juga melibatkan diri
terhadap kajian tentang ilmu, alam nyata, fitrah manusia, dan masyarakat. Hal ini demikian, kerana
tidak kurang ramai ahli falsafah berpendapat yang boleh membawa kemajuan manusia melalui
usaha mencari ilmu dunia. Justeru, Falsafah juga difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan
yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian
ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logik. Tujuan falsafa ialah mencari serta
membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara penting
dalam kehidupan.
PERBANDINGAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN FALSAFAH
PENDIDIKAN BARAT

KONSEP

Perbandingan antara Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan barat. Perbandingan yang
pertama ialah dari segi konsep pendidikan. Falsafah Pendidikan Islam menyatakan bahawa
pendidikan mempunyai konsep dan pengertian yang telah mengambil kira dari aspek kerohanian.
Selain itu, (Ead 1998) Pendidikan Islam merupakan usaha yang berterusan untuk menyakinkan
ilmu, kemahiran dan amalan islam berdasarkan Al-quran dan Sunnah. Manakala,Falsafah
Pendidikan Barat telah mengatakan bahawa pendidikan itu hanya sebagai satu proses untuk
melatih akal,jasmani dan moral supaya dapat membentuk seseorang untuk menjadi insan yang
baik. Antara kedua-dua konsep ini falsafah pendidikan islam lebih menekankan dari aspek jasmani
dan luaran seseorang individu sahaja.

MATLAMAT

Perbandingan yang kedua ialah dari segi matlamat falsafah. Matlamat Falsafah Pendidikan Islam
lebih kepada membentuk jati diri murid seperti mendidik supaya berakhlak mulia, sentiasa
melakukan kebaikan, menjaga adab dan sebagainya. Manakala, Falsafah Pendidikan Barat pula
melalui aliran progrerisme yang mempunyai matlamat untuk individu agar lebihbersedia
menghadapi perubahan.

BIDANG

Perbandingan yang ketiga ialah dari segi bidang. Falsafah Pendidikan Islam mempunyai bidang
pendidikan yang merangkumi akidah, ibadah dan kepimpinan. Manakal Falsafah Pendidikan Barat
pula tidak mempunyai bidang yang menyeluruh ia hanya tertumpu pada kurikulum, kaedah
mengajar, peranan guru dan juga peranan murid.

KURIKULUM

Perbandingan yang keempat ialah dari segi aspek kurikulum. Falsafah Pendidikan Islam
mempunyai kurikulum yang menyeluruh iaitu pendidikan jiwa, pendidikan akhlak,pendidikan
jasmani, pendidikan mental,pendidikan Iman, dan pendidikan sosial. Manakala Falsafah
Pendidikan Barat melalui (Rekonstruksionisme) bertujuan untuk membentuk satu corak budaya
baru dan penghapusan penyakit masyarakat sebagai tujuan utama pendidikan. Maka, sekolah
penting sebagai tempat memajukan kehidupan manusia melalui pendidikan dan reformasi sosial
serta tempat untuk membina masyarakat baru.

KATEGORI

Perbandigan yang kelima ialah kategori ilmu. Falsafah Pendidikan Islam mempunyai dua kategori
ilmu iaitu wahyu dan ilmu akhirat. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Islam juga telah membekalkan
manusia dengan pengalaman serta ilmu yaang mencukupi supaya manusia lebih mengenali siapa
dirinya dan memainkan peranan agar lebih bertanggungjawab sebagai suruhan tuhan dalam
memelihara dan memajukan dunia ini. Manakala, Falsafah Pendidikan Barat (Perennialisme) telah
fokus kepada perkembangan peribadi. Selain itu, Falsafah Pendidikan Barat tidak mempunyai
kategori ilmu. Selain itu dari segi aspek jenis Falsafah. Falsafah Pendidikan Islam boleh dilihat
dari dua sudut iaitu Falsafah teori dan Falsafah amalan. Hal ini demikian , Falsafah Pendidkan
Islam berasaskan kepada pengajaran islam yang diambil dari Al-Quran dan Sunnah Nabi
Muhammad S.A.W yang menerangkan antara manusia dan penciptanya (Allah), antara manusia
dan persekitaran. Manakala, Falsafah Pendidikan Barat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
tradisional dan moden. Falsafah Tradisional telah mengambil kira bahawa matlamat adalah di luar
kawalan individu. Seterusnya, Falsafah Moden telah menyuarakan individu boleh menentukan
kedua-dua matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat.
ISU SEMASA

Sebagai contoh isu semasa sekarang ialah perubahan pada kurikulum pendidikan iaitu membentuk
satu konsep kesepaduan antara perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani secara
menyeluruh. Untuk menerapkan nilai-nilai murni dan disarankan dalam setiap matapelajaran.
Sekolah sentiasa berada di tengah walaupun Masyarakat sentiasa terdedah dengan gelombang
penghidupan, berbanding dengan tempat-tempat lain ia masih merupakan satu tempat terkawal
buat masa ini. Maka tidak hairanlah jika ramai mengharapkan kepada sekolah dan ibu bapa
mengharapkan kepada sekolah dapat menjadikan anak-anak lebih baik. Oleh itu, sekolah dianggap
sebagai benteng penyelamat anak didik, generasi muda dan pewaris bangsa.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, falsafah islam mempunyai ciri-ciri keistimewaan iaitu mewujudkan teori


menyepadukan antara elemen roh, jasad dan akal untuk menghasilkan emosi manusia stabil. Oleh
hal yang demikian, falsafah islam ialah bersumberkan ilmu wahyu dan ilmu akhirat. Manakala,
falsafah barat pula sebagai satu ikutan ‘rol model’ ia juga tertumpu kepada inovasi kurikulum
sekilah yang dirancang secara sistematik dan guru juga telah memainkan peranan yang penting.
Selain itu, falsafah barat juga mempunyai sesuatu untuk menyelesaikan masalah dengan
menggunakan hujah-hujah yang rasional serta menggunakan kaedah logik yang melibatkan
simbolik yang bersifat matematikal dan logikal.
RUJUKAN

Mok Soon Sang, (2010) Falsafah Pendidikan,kurikulum dan profesionalme keguruan.Penerbitan


Multimedia Sdn.Bhd.Puchong.
https://www.scribd.com/doc/64940365/Falsafah-Pendidikan-Islam-Barat
https://www.researchgate.net/publication/301788210_PERBEZAAN_ANTARA_FALSAFAH_
PENDIDIKAN_ISLAM_DENGAN _PENDIDIKAN_BARAT

https://prezi.com/di9s6qeiw0xi/perbandingan-falsafah-pendidikan-barat-falsafah-pendidikan/

You might also like