Download as rtf, pdf, or txt
Download as rtf, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Kertas Kerja CAKNA BMI 5-9T Tahun 2022

KERTAS KERJA
CAKNA BMI 5-9T TAHUN 2022
SEKOLAH KEBANGSAAN
Kertas Kerja CAKNA BMI 5-9T Tahun 2022

KERTAS KERJA CAKNA BMI 5-9T TAHUN 2022


SEKOLAH KEBANGSAAN

1.0 Pendahuluan

Standard Pengukuran Indeks Jisim Badan [Body Mass Index (BMI)] untuk Murid Sekolah Malaysia
Berumur Lima hingga Sembilan Tahun dikenali sebagai BMI 5-9T. Pengukuran BMI ialah satu kaedah
mengukur lemak badan berdasarkan nisbah berat badan dengan tinggi. Menurut Pertubuhan Kesihatan
Dunia (WHO, 2012) BMI mempunyai kebolehpercayaan dalam mengukur lemak badan. BMI juga
merupakan kaedah klinikal mudah yang digunakan bagi mengenal pasti individu yang mempunyai risiko
kesihatan berdasarkan masalah berat badan.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (2019) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
mendapati bahawa 29.8 peratus kanak-kanak berumur lima hingga tujuh belas tahun mempunyai
masalah berat badan. Laporan BMI dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) tahun 2019
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan murid berumur 12 tahun yang mempunyai
status obes adalah 15.60 peratus (68,229 orang). Oleh itu, program BMI 5-9T perlu dilaksanakan bagi
memastikan murid seawal umur lima tahun berada dalam keadaan sihat.
BMI 5-9T dilaksanakan secara sistematik dua kali setahun iaitu ujian pertama pada bulan ketiga
selepas sesi persekolahan bermula pada setiap tahun. Manakala ujian kedua dilaksanakan lima bulan
selepas ujian pertama. BMI 5-9T juga wajib dilaksanakan kepada murid berkeperluan khas (MBK) kecuali
yang memerlukan sokongan maksimum yang disahkan oleh pegawai perubatan.

2.0 Matlamat dan Objektif

Matlamat

Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan memiliki komposisi badan yang ideal untuk
kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Objektif :

1. Mengetahui status BMI diri sendiri.

2. Mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat.

3. Melakukan aktiviti fizikal secara tekal untuk mencapai tahap kecergasan fizikal.

4. Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kehidupan seharian.


Kertas Kerja CAKNA BMI 5-9T Tahun 2022

3.0 Tarikh Pelaksanaan Program


Tempat :
Tarikh Ujian 1
Tarikh Intervensi
Tarikh Ujian 2

4.0 Kumpulan Sasaran


Kumpulan sasaran bermula daripada kanak-kanak Prasekolah,PraPPKI, PPKI dan murid-murid Tahun 1
hingga Tahun 3.

5.0 Jawatankuasa
5.1 Jawatankuasa Induk:
Penaung :

Pengerusi
Naib Pengerusi 1

Naib Pengerusi 2

Naib Pengerusi 3
Naib Pengerusi 4
Setiausaha

Bendahari
Ahli

5.2 Jawatankuasa Kerja :


Penyelaras Program :
AJK Logistik :
AJK Displin dan Keselamatan :
AJK Publisiti :
AJK Perhubungan :
AJK Bantuan Kecemasan :
AJK Penguji :
Kertas Kerja CAKNA BMI 5-9T Tahun 2022

6.0 Kewangan

Peruntukan kewangan yang digunakan untuk mengelolakan program BMI 5-9T adalah PCG PJPK yang
berjumlah RM 873.60.

Bil Perkara Kuantiti/Kos (RM) Jumlah (RM)

1 Body Weight Scale OMRON (HN-283) 179.00 x 2 358.00

2 Pengukur tinggi 100.00 x 2 200.00

Jumlah Besar 558.00

7.0 Jadual Pelaksanaan Program BMI 5-9T

Tarikh/Masa Aktiviti Catatan/Tindakan


✔ Edaran dan mengumpul borang ● Murid Prasekolah/PraPPKI/PPKI dan
kebenaran pelaksanaan Ujian BMI Murid Tahun 1 hingga Tahun3
13 Jun 2022
✔ Pelaksanaan Ujian BMI Pertama ● Guru PJ Prasekolah/PraPPKI/PPKI
sehingga
(rujuk lampiran 1) dan Guru PJ Tahun 1 hingga Tahun3
15 Julai 2022
✔ Merekod skor dalam sistem

✔ Menyerahkan keputusan BMI kepada Murid Prasekolah/PraPPKI/PPKI dan


16 Julai 2022 ibu bapa/ penjaga murid. Murid Tahun 1 hingga Tahun3
sehingga ✔ Perancangan dan Pelaksanaan Guru PJ Prasekolah/PraPPKI/PPKI
31 Oktober 2022 Intervensi Fizikal Murid berdasarkan dan Guru PJ Tahun 1 hingga Tahun3
keputusan BMI yang diperolehi.
● Murid Prasekolah/PraPPKI/PPKI dan
1 November 2022 ✔ Pelaksanaan Ujian BMI Kedua.
Murid Tahun 1 hingga Tahun3
sehingga ✔ Merekodkan skor dalam sistem.
● Guru PJ Prasekolah/PraPPKI/PPKI
30 November 2022
dan Guru PJ Tahun 1 hingga Tahun3
● Murid Prasekolah/PraPPKI/PPKI dan
9 Disember 2022 ✔ Menyerahkan keputusan BMI kepada Murid Tahun 1 hingga Tahun3
ibu bapa/ penjaga murid. ● Guru PJ Prasekolah/PraPPKI/PPKI
dan Guru PJ Tahun 1 hingga Tahun3
Kertas Kerja CAKNA BMI 5-9T Tahun 2022

8.0 Plan Pengurusan Risiko


Bil Risiko Plan Mitigasi
1 Ketiadaan alat penimbang yang mahal harganya Guru PJ membuat pembelian menggunakan
PCG PJPK.
2 Persepsi Ibubapa yang menyamakan BMI5-9T sama Ibubapa diberi penerangan dengan jelas secara
dengan Ujian SEGAK bersemuka dan secara maya. Edaran risalah
tentang BMI juga telah diedarkan.
3 Tingkah laku murid PPKI/PraPPKI Guru memberi peluang dan masa untuk
bersama-sama murid melakukan ujian BMI.
Meredakan atau mengikut kesesuaian emosi
murid
4 Masalah fizikal CP/Sindromdown Bantuan daripada pihak PPM bersama-sama
melaksanakan ujian. Bimbingan secara individu
antar murid dan guru atau PPM ketika
melakukan intervensi
5 Masalah Kesihatan murid (walaupun dengan izin ibubapa) Menunggu murid sihat dan bersedia untuk
menjalani ujian dan intervensi

9.0 Pengurusan Penilaian Program


Maklum balas dari semua guru yang terlibat menggunakan google form.

10.0 Penutup
Adalah diharapkan semua orang memikul tanggungjawab masing-masing untuk
melancarkan program BMI 5-9T ini ke arah melahirkan murid yang memiliki komposisi
badan yang ideal untuk kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

You might also like