Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2022

(TAHUN 6)

BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN (Set 1)


1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang telah disediakan.
Ceraikan Bahagian B daripada kertas peperiksaan ini.
5. Serahkan Bahagian B bersama-sama kertas jawapan objektif kepada pengawas
peperiksaan pada akhir peperiksaan.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 15 halaman bercetak

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 SULIT
SULIT 2

Bahagian A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “____________ akan arahkan Laksamana masuk mengadap Tuanku dengan kadar segera,”
kata Bendahara kepada Sultan Mahmud.
A Beta
B Patik
C Saya
D Kami

2 Karya _________________ P.Ramlee bukan sahaja terkenal dalam negara kita, bahkan
dikenali di negara-negara jiran, Indonesia dan Singapura.
A Seniwati
B Biduan
C Biduanita
D Seniman

3 Azri jatuh ____________ apabila kakinya terlanggar batu ketika memancing.

A tertiarap
B tersungkur
C terduduk
D terhumban

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 SULIT
SULIT 3

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 “__________, ambil tikaman maut ini!” jerit Hang Tuah dengan marahnya kepada Hang
Jebat.

A Eh
B Aduh
C Aduhai
D Nah

5 Adik sedang ____________________ kapal kertasnya di anak sungai.

A menggoyangkan
B menghanyutkan
C menggerakkan
D menjalankan

6 _____________polis telah berjaya menembak mati penjahat-penjahat yang dikehendaki


kerana terlibat dalam pengedaran dadah.

A Sekumpulan
B Sepasukan
C Sekawan
D Segerombolan

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 SULIT
SULIT 4

7 Suara ____________ abang telah mengejutkan adik yang sedang tidur nyenyak di dalam
buaian.
A lembut
B kecil
C garau
D merdu

8 Puan Latifah sedang sibuk memasak di dapur ________________ suaminya pula sedang
mencuci kereta di halaman rumah.

A semasa
B manakala
C sambil
D dan

9 Peribahasa yang berikut sesuai dengan gambar di atas kecuali


A Bagai aur dengan tebing.
B Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah.
C Air dicincang tak akan putus.
D Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 SULIT
SULIT 5

10 Ayah Adib sangat menaruh harapan kepadanya untuk mengubah nasib keluarga mereka.
Pilih perkataan sinonim bagi harapan.

A impian
B wawasan
C mimpi
D angan

11 Tersentak Arissa apabila namanya dipanggil keras oleh Cikgu Azizah.


Pilih perkataan antonim bagi keras.

A lemah
B perlahan
C kuat
D kasar

12 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Nabihah yang telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang.

A Apakah anugerah yang diterima oleh Nabihah?


B Siapakah yang telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang?
C Bilakah Nabihah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang?
D Bagaimanakah Nabihah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang?

Soalan 13 dan 14
Pilih ayat yang betul.

13 A Buku masakan ini ialah untuk ibu saya.


B Kraf tangan ini adalah hasil kerja para penduduk Kampung Tualang.
C Hadif ialah pembawa bendera kejohanan sukan tahun ini.
D Lelaki berbaju merah itu adalah pakcik saya.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 SULIT
SULIT 6

14 I Beliau bukan guru besar sekolah saya.


II Jalan raya bukan tempat berlumba.
III Mereka bukan tahu apa-apa yang berlaku semalam.
IV Maklumat itu bukan benar sama sekali.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15 Selepas mereka berehat seketika, aktiviti merentas hutan dimulakan.

A Aktiviti merentas hutan dimulakan selepas mereka berehat seketika.


B Mereka berehat seketika sebaik sahaja aktiviti merentas hutan selesai.
C Mereka berehat sambil meneruskan aktiviti merentas hutan.
D Aktiviti berehat dimulakan selepas merentas hutan.

16 “Kita hendaklah berhemah semasa berbelanja,” ibu menasihati Rita.

A Rita dinasihati oleh ibunya supaya berhemah semasa berbelanja.


B Rita dan ibunya dinasihatkan supaya berhemah semasa berbelanja.
C Rita mula berjimat cermat semasa berbelanja setelah dinasihatkan oleh ibu.
D Rita menasihati ibunya agar berhemah semasa berbelanja.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 SULIT
SULIT 7

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Buah-buahan memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh.
Malangnya, berapa ramai antara kita tahu kelebihan sebenar khasiat buah-buahan kecuali
vitamin C yang sudah terlalu kerap dikaitkan dengan buah-buahan popular seperti oren dan
epal.

Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan
Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-
buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit
jantung koronari.

Antara fakta menarik yang dikongsinya termasuk, ramai tidak tahu pisang membantu
menentang kemurungan. Selain itu, antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh
mengurangkan risiko kanser esofagus dan kismis pula membantu menjaga kesihatan gigi serta
pembangunan mental kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak misalnya, buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti
karbohidrat, mineral dan vitamin adalah penting dalam pertumbuhan mental dan fizikal
mereka. Karbohidrat dalam buah-buahan misalnya, adalah dalam bentuk gula yang
menyumbang kepada tenaga badan. Selain itu, buahan-buahan juga tinggi dengan serat yang
membantu dalam mengelak masalah sembelit terutama dalam kalangan kanak-kanak.

17 Vitamin C ialah vitamin yang kerap dikaitkan dengan


A kismis
B buah oren
C buah pisang
D sayur-sayuran

18 Antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh


A mengelak masalah sembelit
B menyumbang kepada tenaga badan
C mengurangkan risiko kanser esofagus
D membantu pertumbuhan mental dan fizikal

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 SULIT
SULIT 8

19 Berikut ialah pernyataan yang betul tentang petikan di atas kecuali


A Buah-buahan bermanfaat untuk mengelak masalah sembelit terutamanya dalam
kalangan kanak-kanak.
B Gula yang terdapat dalam buah-buahan ialah satu bentuk karbohidrat yang menjadi
sumber kepada tenaga badan.
C Kismis membantu menjaga kesihatan gigi serta pembangunan mental kanak-kanak.
D Buah oren membantu menentang kemurungan.

20 Perkataan popular bermaksud


A terkebelakang
B biasa
C disukai
D dibenci

BAHAGIAN A TAMAT

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 SULIT
SULIT 9

Bahagian B
[30 markah]

Soalan 21

(a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di
bawah ini.

kedua masing-masing setengah beberapa

tiap-tiap ribuan sesetengah kedua-dua

(i) Zahira mengangkat ____________________ buah buku yang terjatuh di atas

lantai kerana dilanggar adik.

(ii) Mangsa banjir yang berada di pusat mangsa banjir dibenarkan untuk pulang ke

rumah ______________________________.

(iii) _________________________ pelajar merasakan mata pelajaran Pendidikan

Jasmani tidak penting, walhal pelajaran itulah yang mengajar mereka untuk menjadi

pelajar yang sihat.

(iv) ______________________ anak kembar Puan Haslina comel dan sangat bijak.

[4 markah]

(b) Tulis BETUL atau SALAH pada ruang yang disediakan bagi penggunaan perkataan
bergaris dalam ayat-ayat di bawah.

(i) Faizah menjadi kera sumbang di sekolahnya kerana


sikapnya yang suka meninggi diri.

(ii) Shahrina disukai oleh rakan-rakan sekelasnya kerana


sikapnya yang berat tulang.

(iii) Razila berat hati mahu pulang ke Kuala Lumpur apabila


memikirkan keadaan ibunya yang masih sakit.

[3 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 SULIT
SULIT 10

Soalan 22

(a) Tandakan ( √ ) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai berpandukan gambar.

(i)

sebuah

sehelai

senaskhah

(ii)

sebatang

sepotong

sepuntung

[2 markah]

(b) Nyatakan peribahasa yang sesuai.

_______________________________________________________________________

[2 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 SULIT
SULIT 11

Soalan 23

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong.

pendaftaran melumur melayari

membalut menatap mencencang

(a) Ibu ____________________ ayam itu dengan rempah sebelum memanggangnya.

(b) Kakak ________________________ daging hingga lumat sebelum dimasukkan ke

dalam inti karipap.

(c) Para peserta pertandingan telah diminta untuk masuk ke dewan bagi membuat

____________________________.

(d) Amar ______________________ Internet untuk mencari informasi bagi projek Sains.

[4 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 SULIT
SULIT 12

Soalan 24
Baca poster di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

(a) Berikan dua nama bahan kimia yang terdapat dalam rokok.

(i) __________________________________________________________________

(ii) __________________________________________________________________

[1 markah]

(b) Apakah kesan akibat merokok?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
[2 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 SULIT
SULIT 13

(c) Apakah punca seseorang itu mula merokok?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
[2 markah]

(d) Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk
memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahayanya tabiat merokok?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
[3 markah]

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 SULIT
SULIT 14

Soalan 25

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


Pada hari Sabtu yang lepas, keluarga saya telah pergi ke pameran buku. Keadaan disana sungguh
riuh rendah. Pelbagai jenis buku dipamerkan. Antaranya ialah buku cerita, majalah dan
suratkhabar.

Saya membaca sinopsis buku yang dipilih sebelum membeli. Saya membeli buku-buku
disitu dengan diskaun sehingga 80%. Kebanyakan syarikat menjual buku dengan harga runtuh di
sini.

Pelbagai pertandingan dipertandingkan di pameran itu. Antaranya ialah pertandingan


cabutan bertuah, pertandingan pidato dan pertandingan bercerita. Saya menyertai pertandingan
cabutan bertuah. Saya memenangi pertandingan itu dan mendapat sebuah hamper serta wang
tunai berjumlah RM100. Kami sekeluarga sungguh gembira.

Kami pulang pada pukul 4.00 petang. Saya berasa berat hati untuk meninggalkan
pameran buku ini tetapi gembira kerana dapat membeli banyak buku. Saya berharap banyak lagi
pameran buku seperti ini diadakan pada masa akan datang.

(a) Apakah yang penulis lakukan sebelum membeli buku?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Nyatakan dua kelebihan membeli buku di pameran buku.

(i) _____________________________________________________________________

(ii) _____________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah pameran buku seperti ini perlu diperbanyakkan lagi di
negara kita?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
[3 markah]
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 SULIT
SULIT 15

JAWAPAN
Bahagian A

1. B 11. B
2. D 12. B
3. B 13. C
4. D 14. A
5. B 15. A
6. B 16. A
7. C 17. B
8. B 18. C
9. C 19. D
10. A 20. C

Bahagian B
21. (a) (i) beberapa
(ii) masing-masing
(iii) sesetengah
(iv) kedua-dua

(b) (i) BETUL


(ii) SALAH
(iii) BETUL

22. (a) (i) senaskhah


(ii) sepuntung

(b) Bagai menatang minyak yang penuh.

23. (a) melumur


(b) mencencang
(c) pendaftaran
(d) melayari

24. (a) (i) tar


(ii) nikotin

(b) Merokok boleh mengakibatkan penyakit strok, penyakit kanser paru-paru, penyakit
kanser mulut dan penyakit jantung.

(c) Punca seseorang itu mula merokok ialah kerana pengaruh daripada rakan sebaya,
pengaruh daripada ahli keluarganya sendiri dan pengaruh media sosial.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 SULIT
SULIT 16

(d) Pada pendapat saya, pihak sekolah boleh menjalankan lawatan sambil belajar ke
wad-wad hospital dimana pesakitnya adalah dalam kalangan perokok dan menjemput
penceramah yang mempunyai pengalaman merokok dan pengalaman berhenti
merokok.

25. (a) Sebelum membeli buku, penulis akan membaca sinopsis buku tersebut terlebih
dahulu.

(b) (i) Dapat menyertai pelbagai pertandingan yang dijalankan semasa pameran
berjalan.
(ii) Tawaran diskaun membolehkan pembaca membeli buku dengan harga yang
rendah

(c) Pada pendapat saya, pameran buku seperti ini perlu diperbanyakkan lagi di negara
kita untuk menyemai sikap suka membaca dalam kalangan murid-murid di samping
menaikan perkembangan industri buku negara.

Cgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah


Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 SULIT

You might also like