Surat Mohon Minyak Hitam (1) - 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN RAJA MUDA

Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur


Tel: 03-26938080 Faks: 03-26914452
Emel: wba0063@moe.edu.my

________________________________________________________________________

Ruj Kami : SKJRM 600-3/5/32 (1)


Tarikh : 22 JUN 2022

Pengurus,
Kompleks Rapid Bus Batu Caves,
Jalan Perusahaan 2,Kawasan Industri Batu Caves,
68100 Gombak
Selangor.

Tuan,

PERMOHONAN KELULUSAN MENDAPATKAN BEKALAN MINYAK HITAM TERPAKAI SEMPENA


KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK JALAN RAJA MUDA KALI KE-26 BAGI TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa SK Jalan Raja Muda akan mengadakan Kejohanan Olahraga
Tahunan Kali Ke-26 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 14 Ogos 2022

Hari : Sabtu

Masa : 7.30 Pagi

3. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon kelulusan daripada pihak tuan/puan bagi
mendapatkan dan menggunakan minyak hitam untuk tujuan membuat garisan trek padang. Perkara
ini bertujuan melancarkan segala latihan dan acara dalam kejohanan tersebut.

4. Segala jasa baik dan sokongan pihak tuan/puan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.............................................
(ROSZI BIN HJ RAHIM)
GPK KOKURIKULUM,
SK. JALAN RAJA MUDA,
50300 KUALA LUMPUR.

You might also like