Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

PENTAKSIRAN BERTERUSAN (TUGASAN)

JABATAN PERKHIDMATAN MASYARAKAT

PROGRAM/ PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


UNIT

KOD KURSUS DSA 3133

NAMA KURSUS AWAL MATEMATIK DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER/ 3/ 2022
TAHUN

PENTAKSIRAN TUGASAN

HASIL CLO 1: Menjelaskan konsep dan kepentingan matematik dalam


PEMBELAJAR kehidupan seharian kanak-kanak [C2, PLO1
AN KURSUS
(CLO)

MASA 2 JAM

NO KAD 03017-01-0616
PENGENALAN

ANGKA K51HHAK005
GILIRAN

TARIKH 1/8/2022

MARKAH

Arahan Tugasan:
Pelajar dikehendaki menyiapkan satu tugasan secara individu yang mengandungi perkara
berikut:
1. pengenalan
2. menjelaskan konsep awal matematik dalam pendidikan Awal kanak-kanak TASKA dan
TADIKA:
a. pengalaman pra nombor
b. konsep nombor
c. operasi nombor
d. bentuk dan ruang
e. konsep waktu
f. nilai wang
3. mengenal pasti serta menyediakan satu aktiviti kanak-kanak berdasarkan konsep awal
matematik
4. menerangkan kepentingan matematik dalam kehidupan seharian kanak-kanak
5. tarikh hantar pada minggu ke tujuh
6. jenis tulisan : Arial
7. saiz font (huruf) : 11
8. spacing: 1.5
9. bilangan muka surat: minima 10
10. berserta rujukan

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:


…............................................ …......................................................................
......................... .. (PN SALINA BINTI MD HANI)
. ….............................................................
(PN REHAN BINTI MOHD (EN AHMAD SASHWANI BIN AHMAD) KETUA JABATAN
TAHA) PERKHIDMATAN
KETUA PROGRAM MASYARAKAT KV
PENSYARAH PENDIDIKAN AWAL (ERT) AZIZAH
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KV (ERT)
KANAK-KANAK KV AZIZAH
(ERT) AZIZAH

1.0 ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S


1.0 ISI KANDUNGAN 3
2.0 PENGENALAN 4
3.0 KONSEP AWAL MATEMATIK 4-16

2
4.0 AKTIVITI 17-22
5.0 KEPENTINGAN AWAL MATEMATIK 23
6.0 KESIMPULAN 23
7.0 RUJUKAN 23

2.0 PENGENALAN

Matematik ialah satu bidang ( disiplin ) tentang kuantiti, anggaran, persamaan, perbezaan,
perbandingan, susunan, padanan, sukatan, bentuk, corak, ruang, masa, kedudukan, dan
perkiraan, daripada mudah sehingga yang menggunakan formula yang

3
panjang.Pembelajaran awal matematik pada peringkat awal kanak-kanak diperoleh daripada
persekitaran secara tidak formal.Bayi dan kanak-kanak mempelajari matematik melalui
aktiviti seharian, Mereka Kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda
konkrit supaya mereka memperoleh pengalaman yang boleh digunakan masa akan
datang.Kanak-kanak menemukan perkaitan matematik dalam kehidupan seharian mereka
semasa mereka meneroka ruang, membandingkan jumlah dan mengasingkan alatan dan
objek.Kaedah pembelajaran awal matematik yang menggembirakan, akan menjadikan
pembelajarannya lebih bermakna.

Selain itu, Awal matematik juga mempunyai konsep iaitu pengalaman pra nombor, konsep
nombor, operasi nombor, bentuk dan ruang, konsep waktu dan juga nilai wang.Mengikut
Piaget, Kanak-kanak mula membina struktur penaakulan dalam mindanya manakala
Vygotsky mengatakan bahawa ilmu pengetahuan dan konsep dapat dibina lebih cepat
melalui interaksi dengan orang lain dan dipengaruhi oleh budaya

3.0 Konsep Awal Matematik

3.1 Pengalaman pra nombor

 Konsep pra nombor perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh
menggunakan konsep nombor keseluruhannya dengan betul.Pendedahan awal
konsep awal pra nombor seawall usia kanak-kanak adalah penting bagi membina
sikap positif terhadap matematik.Seterusnya,konsep pra nombor ini penting kerana
membolehkan kanak-kanak memperoleh sebahagian gambaran yang berkesan
tentang nombor keseluruhannya.Pendekatan yang dirancang rapi sesuai untuk
membantu kanak-kanak untuk membina kemahiran numerasi.
 Konsep pra nombor terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :-

I. Pengelasan
II. Perbandingan
III. Seriasi
IV. Padanan satu dengan satu
V. Pola
VI. Pengekalan.

3.1.1 Pengelasan

Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri
yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan

4
objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh dilakukan
berdasarkan:

· Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz)


· Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz)
· Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz)
· Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu)

Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan
mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak, dan fungsi. Aktiviti yang boleh
dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama. Kanak-kanak
perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza.

Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor.

Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap;

· Memilih dan membanding,


· Mengumpul,
· Memilih semula,
· Mengasingkan kumpulan
· Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep.

3.1.2 Perbandingan

5
Perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu
sebagai asas perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila
kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk
memastikan murid-murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan
seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi.

Contoh perbandingan: membandingkan

 Ukuran

- Panjang : pendek

- Tinggi : rendah

- Tebal : nipis

 Saiz

- Besar : kecil

 Berat

- Berat : ringan

 Bilangan / kuantiti

- Banyak : sedikit

 Jenis objek

3.1.3Seriasi

6
Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria
yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul. Kebolehan
menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan.

Contoh seriasi:

 Menyusun mengikut pola urutan

Kecil – besar, nipis – tebal, rendah – tinggi, pendek – panjang, sempit – luas.

 Menyusun objek mengikut ciri

3.1.4 Padanan Satu dengan Satu

Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang
sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan
objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek dengan
nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah
sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu.

Contoh padanan satu dengan satu;

 Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.

 Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu.

 Memadan bilangan yang sama.

 Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.

7
3.1.5 Pola

Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam kehidupan
seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara bagaimana konsep
pola boleh dikembangkan dalam diri murid;

 Meniru pola,

 Menyambung pola,

 Melengkapkan pola, dan

 Membina pola sendiri.

8
3.1.6 Pengekalan

Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu,
dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid-
murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di
tempat atau keadaan yang berbeza.

500 500 ml

3.2.1Nombor

Nombor memainkan peranan penting dalam pembelajaran matematik. Nombor adalah


sesuatu yang dikaitkan dengan kuantiti, kesedaran yang melibatkan konsep dari mudah ke
kompleks.

3.2.2 Membilang

Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid-
murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prinsip membilang
yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan
bukan secara hafalan. Empat prinsip ini adalah;

 Prinsip padanan satu dengan satu, di mana murid dapat memadankan satu objek
dengan satu nama nombor,

 Prinsip susunan nombor yang mengikut urutan (stable order) iaitu bermula dari 1, 2,
3,... dan seterusnya,

9
 Prinsip Cardinal iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang
dibilang, dan

 Order Irrelevance (ketakberkaitan) iaitu boleh memulakan pengiraan dari mana-


mana kedudukan.

Untuk menjadi pembilang yang rasional, murid harus menguasai keempat-empat prinsip
tersebut.

3.2.3 Konsep Nombor

Konsep nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan
benda yang dilihat. Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi
sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka adalah simbol atau
tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor.

Sistem nombor mempunyai empat ciri penting iaitu;

 Nilai tempat - kedudukan digit mewakili nilai tertentu.

 Asas sepuluh - bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai


10 digit dari sifar ke sembilan.

 Penggunaan sifar - Simbol untuk sifar yang menyatakan sesuatu


yang tidak wujud.

 Mempunyai nilai - Nombor boleh ditambah berdasarkan nilai


tambah tempat.

10
Konsep nombor

 Ordinal
 Kedudukan
 Contoh : nombor 1 adalah tempat pertama, nombor kedua adalah tempat
kedua .
 Kardinal
 Nilai
 Contoh : 2 adalah lebih besar daripada 1
 Nominol
 Nama
 Contoh : 1 dibaca sebagai satu , 2 dibaca sebagai dua
 Simbol angka
 Angka – nombor , 1 2 dan 3
 Nombor – nama iaitu satu,dua dan tiga

3.3.1 Operasi Nombor

Pembelajaran operasi nombor melibatkan konsep tambah (+) dan tolak (-). Konsep asas
bagi operasi tambah ialah proses dua himpunan yang disatukan dan menjadi jumlah
tertentu. Manakalan konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek dikeluarkan
sebahagian daripadanya.

Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah;

 Membilang - berdasarkan 4 prinsip membilang secara


rasional.

 Pengalaman konkrit - operasi dimulakan dengan bahan maujud


secara bergambar atau simbol.

 Konteks penyelesaian - satu situasi penyelesaian masalah diberi.


masalah

 Penggunaan bahasa - bahasa yang betul perlu digunakan supaya


yang betul operasi itu lebih bermakna.

(a) Operasi Tambah

11
Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan
pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar operasi
tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili
operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.

Contoh:

 Menggunakan objek konkrit.

 Menggunakan bahasa yang betul.

Tiga tambah lima sama dengan lapan.

+ =

 Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.

 Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut.

3+5=8

(b) Operasi Tolak

12
Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian seperti berikut:

 Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan


melihatkan baki yang tinggal.

Di dalam sebuah kandang ada tiga ekor arnab, seekor arnab telah masuk ke dalam lubang.
Berapakah ekor arnab yang tinggal?

3.4 Bentuk dan Ruang

 Bentuk
- Kemahiran mengenal bentuk bermula apabila kanak-kanak boleh
mengenal,mengecam,menamakan,membina,membandingkan, memngasingkan
antara bentuk dua dan tiga dimensi dipersekitaran.Seterusnya, mereka akan
menamakan bentuk dan memahami kegunaannya dalam penyelesaian masalah
dan mengaitkan fungsi bentuk tersebut di dalam penyelesaian masalah dan
mengaitkan fungsi bentuk tersebut di persekitarannya.Contohnya untuk membina
rumah memerlukan bentuk segi tiga sebagai bumbung dan segi empat tepat
sebagai pintu.
 Ruang
- Konsep ruang membolehkan kanak-kanak mengenal,menamakan, kedudukan,
jarak dan arah sesuatu objek di ruang tertentu.Melalui pembelajaran konsep ruang,
kanak-kanak juga dapat menerangkan dan menjangka jarak di ruang dan aplikasi
penggunaannya seperti jarak jauh,jarak dekat atau hampir.Kanak-kanak juga akan
mengetahui kedudukan objek iaitu di atas,bawah,depan dan belakang.Selain itu,
kanak-kanak dapat menentukan arah sama ada ke hadapan, ke belakang atau ke
atas.

13
3.5 KONSEP WAKTU
- Waktu adalah satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi. Turutan peristiwa seperti
akhir, pertama, selepas, sebelum dan di antara menunjukkan idea kedudukan
seperti pertama, kedua dan ketiga. Masa boleh diukur dengan dua cara iaitu;

 Tempoh masa (peristiwa yang mengambil kira masa ia berlaku).


 Waktu ia berlaku (ketika waktu itu berlaku).

- Unit arbitrari untuk pengukuran masa seperti ayunan bandul, titisan air, denyutan
jantung dan jam pasir. Unit formal bagi pengukuran masa pula seperti jam, hari,
minggu, bulan dan tahun. Empat pengalaman utama yang berkaitan dengan masa
adalah :
 Tempoh Masa (duration) terbahagi kepada pengalaman satu, pengalaman dua dan
pengalaman tiga.

1. Pengalaman Satu
 Memulakan dan menghentikan sesuatu melalui isyarat. Contoh:
 apabila muzik dimainkan, murid mula bertepuk tangan dan berhenti apabila muzik
dihentikan.
 kerusi berirama (musical chair)

2. Pengalaman Dua
 Melalui pengalaman bercerita sesuatu yang berkaitan dengan kadar pergerakan.
Contoh: Pantas, lambat
 Berjalan pantas.
 Berlari dengan perlahan

3. Pengalaman Tiga
 Membuat perbandingan mengikut sela masa (time interval). Contoh:
 Masa yang diambil untuk memenuhkan sesuatu bekas dengan air atau pasir.
 Kadar denyutan nadi dalam satu minit.

14
3.6 Nilai Wang

 Dalam konsep ini pendidik boleh mulakan pengajaran dengan memperkenalkan


wang kertas dan syiling kepada kanak-kanak menggunakan sampel atau wang dan
syiling sebenar. Dalam aktiviti ini, pendidik memperkenalkan daripada nilai sen
kepada ringgit supaya kanak-kanak faham dan boleh membuat perbandingan melalui
nilai kecil ke nilai besar.

Wang Kertas

RM 100 RM 50

RM 20 RM 10

RM 5 RM 1

 Operasi matematik yang melibatkan mata wang dalam aktiviti seharian


(tambah,tolak,darab dan bahagi)

- Sebelum melaksanakan aktiviti pembelajaran konsep wang berkaitan operasi


matematik, pendidik perlu kenalpasti dahulu kesediaan murid-murid melalui
pengalaman meraka seharian. Selepas itu , pendidik boleh menggunakan
pendekatan belajar melaui bermaian dengan menekankan aktiviti-aktiviti secara

15
kumpulan. Aktiviti yang disediakan juga boleh memberi pengalaman murid-murid
dalam kemahiran berfikir serta belajar berkomunikasi antara satu dengan yang lain.
Aktivit-aktiviti yang dirancang perlu menekankan beberapa untuk dipelajari seperti:

a) Menambah dua nilai wang yang melibatkan:


 ringgit
 ringgit dan sen

b) Menolak dua nilai wang yang melibatkan


 ringgit
 ringgit dan sen

c) Menyelesaikan masalah harian melibatkan wang berdasarkan


 gambar
 teks

3.0 (Aktiviti konsep awal matematik)


A. Pengalaman pra nombor
 Pengelasan

TOPIK : MENGASINGKAN

16
Objektif pembelajaran : Umur : 2 hingga 3 tahun
Membezakan warna Konsep matematik : warna yang sama
Istilah matematik : Pola warna
Bahan : Kotak telur berwarna dan
kapas berwarna
Tajuk : pengasingan mengikut warna Nilai : Kesabaran dan semangat

Persediaan awal :
Pendidik menyediakan kotak telur serta kapas berwarna biru, merah, kuning dan hijau.

Langkah-langkah :
1. Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk berhampiran.
2. Pendidik menerangkan aktiviti yang akan dilakukan dan menunjukkan kotak telur
berwarna dan juga kapas yang berwarna.
3. Pendidik meminta kanak-kanak untuk mengasingkan kapas berwarna ke kotak telur
berwarna mengikut warna yang sama iaitu warna biru, merah, kuning dan hijau.
4. Pendidik meminta kanak-kanak menunjukkan hasil pengasingkan mengikut warna
dan bersoal jawab bersama mereka.
Tanya soalan :
a. Terdapat berapa warna ?
b. Boleh sebutkan warna yang ada bersama-sama dengan cikgu ?

Penutup :
Pendidik meminta salah seorang kanak-kanak menyebut semua warna yang telah dipelajari
pada hari tersebut.

B. Nombor
 Membilang

TOPIK : Membilang

17
Objektif pembelajaran : Umur : 3 tahun
Membilang nombor Konsep matematik : Nombor menaik
Istilah matematik : Nombor 1 sehingga
4
Bahan : Batang ais krim bernombor 1
Tajuk : Mengira objek sehingga 4 dan penyepit
Nilai : Kepekaan

Persediaan awal :
Pendidik menyediakan batang aiskrim yang ditulis nombor 1 sehingga 4 dan beberapa
penyepit.
Langkah-langkah :
1) Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk berhampiran.
2) Pendidik menerangkan aktiviti yang akan dijalankan
3) Pendidik meminta kanak-kanak untuk menyepit penyepit di batang aiskrim yang
bernombor mengikut bilangan yang betul.
4) Pendidik membimbing kanak-kanak yang tidak melakukan dengan sendiri.
5) Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang aktiviti yang dilakukan.
Tanya soalan :
i. Terdapat nombor berapa yang ada pada batang aiskrim ?
ii. Boleh mengira bersama-sama cikgu ?

Penutup :
Pendidik meminta beberapa orang kanak-kanak mengira bilangan penyepit yang berada di
batang aiskrim bersama-sama.

C. Operasi nombor
 Operasi tolak
TOPIK : FAKTA ASAS

18
Objektif pembelajaran : Umur : 3 tahun hingga 4
Membina makna operasi tolak tidak Konsep matematik : Operasi tolak
melebihi 10 Istilah matematik : Jumlah dan
bilangan
Bahan : Pin bowling mainan dan bola
kecil
Tajuk : Bowling Nilai : Mendengar arahan dan
semangat

Persediaan awal :
Pendidik menyediakan beberapa kertas dan 10 pin bowling serta bola kecil.
Langkah-langkah :
1. Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk berhampiran.
2. Pendidik menerangkan aktiviti yang akan dilakukan dan membilang pin bowling.
3. Pendidik membuat demo bermain bowling , kemudian meminta kanak-kanak
membilang berapa pin bowling yang jatuh.
Soalan :

 Berapa bilangan pin bowling ?


 Berapa bilangan pin bowling yang telah jatuh ?

4. Pendidik meminta kanak-kanak untuk menulis bilangan pin bowling yang asal
kemudian tolak dengan bilangan pin bowling yang jatuh.
Penerangan :

 Jika bilangan pin bowling adalah 10 kemudian yang jatuh adalah 4 , berapakah
bilangan pin bowling yang tinggal . “ 10-4= 6’’ Jadinya bilangan pin bowling yang
tinggal adalah 6

5. Pendidik meminta kanak-kanak untuk mengulangi aktivti seperti yang pendidik telah
terangkan
Penutup :
Pendidik menanyakan perasaan kanak-kanak melakukan aktiviti ini .

d) Bentuk dan ruang


 Bentuk asas geometri

19
TOPIK : GEOMETRI

Objektif pembelajaran : Umur : 2 hingga 3 tahun


Mengenal bentuk asas Konsep matematik : Bentuk asas
Istilah matematik : Mengecam bentuk
Bahan : Papan bentuk yang diperbuat
dari kotak – shape sorter diy(bentuk
Tajuk : Penyesuaian mengikut bentuk bulat, segi empat sama, segi empat
tepat dan segi tiga) dan bentuk-bentuk
yang digunting dari kotak.
Nilai : Mendengar arahan dan
semangat

Persediaan awal :
Pendidik memastikan ruang aktiviti bersih dan sesuai untuk membuat aktiviti.

Langkah-langkah :
1. Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk dalam bulatan.
2. Pendidik menunjukkan papan bentuk kepada kanak-kanak dan menerangkan cara
untuk meletakkan bentuk-bentuk yang telah dipotong itu ke papan bentuk mengikut
bentuk yang sepadan.
3. Pendidik membimbing kanak-kanak untuk melakukannya.
4. Pendidik menggalakkan kanak-kanak yang tidak dapat memadankan bentuk dengan
betul.
Penutup :
Pendidik menanyakan perasaan kanak-kanak setelah melakukan aktiviti tersebut.

e) Konsep waktu

20
TOPIK : MASA

Objektif pembelajaran : Umur : 2 hingga 3 tahun


Mengenal waktu harian Konsep matematik : Masa
Istilah matematik : Mengetahui situasi
Bahan : gambar pagi,tengahari,petang
dan malam
Tajuk : Waktu harian Nilai : semangat

Persediaan awal :
Pendidik memastikan kanak-kanak bersedia untuk belajar.
Langkah-langkah :
1. Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk dalam bulatan.
2. Tunjukkan gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari.
3. Minta murid memperihalkan tentang gambar  tersebut. Perkenalkan dan tulis
perkataan ‘pagi, tengah hari’, ‘petang’, ‘malam’ dan ‘tengah malam’.Kemudian minta
mereka menyebut dan mengeja perkataan dengan betul.
4. Minta murid memperihalkan aktiviti dalam sehari mengikut pengetahuan dan
pengalaman mereka. Bincang tentang persamaan dan perbezaannya.
   Contohnya:

 Saya memberus gigi dua kali sehari iaitu selepas bangun pagi dan sebelum tidur.

 Saya tidak tidur pada waktu siang, tetapi saya tidur pada waktu malam.

 Pada waktu siang saya dapat melihat matahari. Pada waktu malam saya melihat
bulan.

 Saya makan 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

 Ada orang suka pergi ke taman pada waktu pagi. Saya suka pergi ke taman pada
waktu petang.

 Saya tidak boleh menonton televisyen sehingga larut malam. Saya akan mengantuk
di dalam kelas.

5. Minta murid menyusun gambar tersebut mengikut turutan bahagian dalam


sehari yang betul.

Penutup :
Pendidik mengedarkan lembaran kerja kepada kanak-kanak.

f) Nilai wang
TOPIK : WANG

21
Objektif pembelajaran : Umur : 3 hingga 4 tahun
Mengenali duit syiling Konsep matematik : nilai wang syiling
Istilah matematik : wang
Bahan : Wang syiling sebenar 50 sen,
10 sen, 10 sen, 5 sen dan 1 sen
Tajuk : Mengelas duit syiling Nilai : Mendengar arahan

Persediaan awal :
Pendidik memastikan ruang aktiviti bersih dan sesuai untuk membuat aktiviti.

Langkah-langkah :
1. Pendidik menunjukkan wang syiling 5 sen hingga 50 sen satu persatu.
2. Pendidik mempekenalkan stiap nilai syiling bebapa kali kepada murid
3. Guru membahagikan kanak-kanak kepada 4 kumpulan
4. Setiap kumpulan diberi 20 keping syiling yang berbeza nilai
5. Setiap kumpulan perlu mengasingkan wang syiling tersebut mengikut kumpulan

50 sen 20 sen 10 sen 5 sen

6. Kemudian, guru memilih seorang murid secara rawak daripada setiap kumpulan
menunjukkkan hasil perbandingan mereka.

Penutup :

Murid tersebut menunjukkan hasil sambil menerangkannya kepada rakan-rakan lain

4.0 Kepentingan matematik dalam kehidupan seharian kanak-kanak

22
 Meningkatkan kemahiran dalam kehidupan seharian seperti urusniaga, perjalanan,
makanan, pembelajaran dan membuat kerja.
 Memahami dan menyedari konsep ruang, luas, panjang, besar, masa dan simbol
dalam matematik
 Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas matematik.
 Meningkatkan perasaan ingin tahu dan suka menyiasat.
 Memberi pelbagai peluang memegang, meneroka bahan,mengubahsuai bahan yang
berkaitan dengan idea matematik.
 Mengambil bahagian dalam aktiviti bermula daripada aktiviti dunia fizikal kepada idea
didunia yang abstrak.

5.0 Kesimpulan
kanak-kanak sebenarnya amat tertarik dengan pembelajaran matematik.Pendidik
haruslah memainkan peranan yang dapat menarik perhatian kanak-kanak supaya rasa
minat itu tidak pudar apabila melangkah ke alam persekolahan dan akhirnya keperingkat
yang lebih tinggi lagi.
Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah penting dalam
masyarakat kita yang menuju kearah sebuah Negara maju yang berteraskan Sains dan
Teknologi. Pelajar-pelajar kita perlu mempunyai kefahaman yang kuat terhadap konsep-
konsep matematik asas yang akan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran pada
peringkat yang lebih tinggi .Kita perlu menkaji semula dan menggunakan pendekatan
yang lebih berkesan dalam mengajar kanak-kanak asas pemikiran tentang metematik
dari peringkat awal persekolahan.
Pembelajaran matematik bukan saja diperluaskan disekolah malah ianya bermula kecil
lagi. Ini kerana pembelajaran yang berkesan dari usia kanak-kanak lagi akan
membentuk satu asas pembelajaran yang kukuh yang dapat membantu mereka untuk
meneruskan pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi lagi.

6.0 Rujukan
 http://mathawal.blogspot.com/2018/04/kepentingan-dan-peranan-
matematik.html?m=1
 https://pendidikanawalkanakkanak2020.blogspot.com/p/matematik-awal-
kanak-kanak.html
 https://www.scribd.com/document/470455189/konsep-wang-individu-docx
 http://pembelajaranlinus.blogspot.com/p/rph.html
 https://web.facebook.com/207514833450819/posts/aktiviti-mengenal-
bentuk-warna-dan-susunanrumahadleypenjagaankanakkanakistimewad/
275263246675977/?_rdc=1&_rdr

23

You might also like