Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

031006-04-0049

Kajian ini mengemukakan dua objektif iaitu mengenal pasti jenis makanan
yang dimakan semasa makan besar Tahun Baru Cina dalam kalangan
masyarakat Cina serta mangkaji faktor makanan masyarakat Cina semakin
dilupai dalam masyarakat Cina. Lokasi kajian ini dilakukan di Jalan Teratai 60
hingga Jalan Teratai 75, Taman Johor Jaya, Johor Bharu, Johor. Metodologi
kajian menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, pemerhatian dan rujukan.
Seramai 30 orang responden dan 3 orang informan telah terlibat dalam kajian
ini. Dapatan kajian menunjukkan jenis makanan utama yang dimakan oleh
masyarakat Cina ialah Yee Shang. Kajian juga mendapati faktor utama
makanan masyarakat Cina semakain dilupai ialah generasi moden sibuk bekerja
sehingga tidak mempunyai masa dan tenaga untuk memasak. Kesimpulannya
makanan tradisi harus diwarisi semata-mata.
031006-04-0049

Kajian ini adalah bagi memenuhi keperluan Penilaian Berdasarkan Sekolah (PBS)
untuk mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Tema kajian ini ialah “Sosial dan Budaya :
Makanan” dan tajuk kajian ini ialah “Makanan tradisi semasa makan besar Tahun
Baru Cina yang diamalkan oleh masyarakat Cina di Jalan Teratai 60 hingga 75,
Taman Johor Jaya, Johor Bharu, Johor”.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), sosial bermaksud segala yang
berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan. Budaya
bermaksud tamadun, peradaban. Sebenarnya sosial dan budaya juga ditakrif sebagai
amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir
dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan
sosial kehidupan masyarakat berkenaan. Di Malaysia, kepelbagaian penduduk telah
mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup mereka.
Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang
melayu, orang cina, orang india dan kaum yang lain. Kebudayaan orang melayu
mengutamakan nilai-nilai sopan santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian
hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Walaubagaimanapun
kebudayaan di malaysia melalui budaya cina dan india sama seperti budaya yang
diamalkan oleh orang melayu. Oleh itu, kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk
di malaysia adalah sama dan mereka saling hormat menghormati antara satu sama
lain. Ianya dapat menunjukkan nilai-nilai yang positif dalam kalangan penduduk di
Malaysia. Manakala makanan apa sahaja yang boleh dimakan (seperti roti, nasi dan
dll), rezeki. Makanan juga merupakan bahan-bahan yang boleh dicerna, biasanya
terdiri dari karbohidrat, lemak, air dan/atau protein, yang boleh dimakan atau
diminum oleh manusia dan haiwan untuk mendapat nutrien dan/atau nikmat.
Kebanyakan budaya mempunyai masakan tersendiri: tradisi dan cara memasak khas,
keutamaan dan amalan. Kajian mengenai ini dinamakan gastronomi. Kajian mengenai
makanan pula dipanggil sains makanan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), tradisi bermaksud sesuatu


kebiasaan (adat, kepercayaan, dll) yg kekal turun-temurun, sesuatu yg sudah menjadi
amalan yg sudah sebati dgn sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb). Makan
bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur,
menghisap, dll) sesuatu. Besar bermaksud tidak kecil ukurannya; lebih drpd sedang
031006-04-0049

ukurannya. Makan besar juga merujukkan kepada makan bersama dengan ahli
keluarga pada hari perayaan untuk merapatkan hubungan antara sama dengan lain.

Setiap makanan yang menjadi pilihan kepada masyarakat Cina semasa Tahun Baru
Cina di Jalan Teratai 60 hingga Jalan Teratai 75 mempunyai maksudnya tersendiri.
Sebagai contohnya, Mee Goreng yang dipercayai dapat berumur panjang bagi orang
tua di keluarga. Yee Shang dipercayai dapat membawa kehidupan yang lebih baik
bagi kehidupan tahun semasa. Menurut artikel yang bertajuk Bukan Saja-saja
Dihidangkan, Ini Simboliknya Kenapa Yeesang Jadi Makanan Wajib Ada Ketika
Raya Cina dari laman sesawang https://www.mingguanwanita.my/bukan-saja-saja-
dihidangkan-ini-simboliknya-kenapa-yee-sang-jadi-makanan-wajib-ada-ketika-raya-
cina/ , “Yeesang” merupakan sejenis makanan Kantonis yang membawa simbolik
kebangkitan, kemewahan dan panjang umur.

Rasional kajian bagi kerja kursus ini ialah ramai masyarakat cina masih
menyediakan makanan tradisi semasa makan besar Tahun Baru Cina. Melalui kajian
ini kita dapat tahui bahawa makanan tradisi masih popular dalam masyarakat Cina.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis makanan yang dinikmati oleh masyarakat


Cina di Jalan Teratai 60 hingga Jalan Teratai 75. Melalui kajian ini, pengkaji berharap
agar makanan masyarakat Cina boleh diwarisi secara turun-temurun kepada generasi
akan datang pada masa depan.
031006-04-0049

Balam kajian ini, penyelidik menggariskan dua objektif yang mampu menjadi
landasan dan panduan semasa menjalankan kajian ini. Objektif kajian ialah:

1. Mengenal pasti jenis makanan yang dimakan semasa makan besar Tahun Baru
Cina dalam kalangan masyarakat Cina di Jalan Teratai 60 hingga Jalan Teratai
75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor.
2. Mengkaji faktor makanan masyarakat Cina semasa Makan Besar Tahun Baru
Cina semakin dilupai dalam kalangan masyarakat Cina di Jalan Teratai 60
hingga Jalan Teratai 75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor.
031006-04-0049

Dalam menjalankan kajian, lokasi ialah salah satu elemen yang sangat penting.
Kawasan yang difokus oleh pengkaji adalah di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor.

Johor Darul Ta’zim juga dikenali sebagai Johor atau ialah negeri di selatan
Semenanjung Malaysia. Negeri Johor mempunyai sempadan maritim dengan
Singapura di selatan dan Indonesia di kedua-dua barat dan timur. Kota Iskandar ialah
pusat pentadbiran kerajaan negeri yang baru. Negeri Johor dikelilingi perairan Selat
Johor di Selatan, Laut China Selat di Timur dan Selat Melaka di barat. Negeri ini
mempunyai jumlah 400 kilometer garis pantai dengan majoriti garis pantai
terutamanya di pantai barat, dilitupi dengan hutan bakau dan nipah. Negeri Johor
adalah bersempadan dengan negeri Pahang di utara, negeri Melaka dan Negeri
Sembilan di Barat Laut..

Johor Bahru  ialah ibu negeri dan daerah di negari Johor yang terletak di


selatan Semenanjung Malaysia. Johor Bahru merupakan bandaraya kedua terbesar dan
pusat perniagaan dan perdagangan di Malaysia yang mempunyai kepadatan penduduk
melebihi 876,000 orang. Daerah Johor Bharu ditadbir oleh Majlis Bandaraya Johor
Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Johor
Bahru bersempadan daerah daerah Pontian di Barat Kota Tinggi di Timur dan daerah
Kulai di Utara.

Taman Johor Jaya ialah sebuah bandar satelit yang terletak di pinggir


bandaraya Johor Bahru, Johor.Taman Johor Jaya terdiri daripada beberapa zon
terutamanya zon kediaman zon perindustrian dan komersial zon ringan.Taman Johor
Jaya ditadbir oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) di bahagian
utara Lebuhraya Pasir Gudang dan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) lebuh
raya selatan (kawasan Rosmerah). Taman Johor Jaya disekeliling dengan taman
perumahan seperti Taman Ehsan Jaya,Taman Desa Terbau dan Taman Molek. Taman
Johor Jaya mempunyai nama jalan seperti Bakawali, Anggerik, Rosmerah, Dedap,
Keembong, Teratai dan Seroja.

Jalan Teratai 60 hingga Jalan Teratai Jalan 75 ialah satu Kawasan perumahan yang
terletak di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor. Jalan Teratai berdekatan dengan
Jalan Dedap,Jalan Anggerik dan Jalan Bakawali. Jalan Teratai merupakan kawasan
perumahan kos sederhana. Jalan Teratai berdekat dengan SK Taman Johor Jaya 3 dan
SMK Taman Johor Jaya
031006-04-0049

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), metodologi bermaksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan
sebagainya. Selain itu, metodologi juga merupakan satu kaedah yang digunakan untuk
melaksanakan kajian atas subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur.
Tujuan metodologi adalah untuk membantu memahami pengaplikasian kaedah
dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi dengan membuat huraian tentang proses
kajian.

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian
inferensi dengan menggunakan data-data kuantitatif yang dipungut melalui soal
selidik dan temu bual. Data-data yang diperoleh daripada sampel rawak ini
kemudiannya dianalisis dan dipersembahkan dengan statistik perihalan dan ujian
signifikan. Keputusan ujian-ujian statistik seterusnya akan memberikan kesimpulan
terhadap ciri-ciri populasi yang dikaji.

Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan oleh penyelidik ketika
menjalankan sesuatu penyelidikan. Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi
memperoleh data yang dikehendaki oleh penyelidik untuk mencapai objektif kajian.
Dalam kajian ini kaedah yang digunakan ialah kaedah borang soal selidik, kaedah
temu bual dan kaedah rujukan. Instrumen kajian untuk mendapat data terbahagi
kepada dua, iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kuantitatif dijalankan melalui borang soal
selidik manakala kualitatif dijalankan melalui temu bual dan rujukan untuk
memperoleh data yang tepat.

Bagi kaedah borang soal selidik, pengkaji telah memilih 30 orang responden
daripada kalangan penduduk di Jalan Teratai 60 hingga Jalan 75, Taman Johor Jaya,
Johor Bahru, Johor untuk menjawab borang soal selidik. Maklumat demografi seperti
jantina dan etnik telah disediakan dalam borang soal selidik. Terdapat 10 orang lelaki
dan 20 orang perempuan telah dipilih untuk mengisi borang soal selidik ini.

Bagi kaedah temu bual, tiga orang informan daripada kalangan penduduk di Jalan
Teratai 60 hingga Jalan 75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor talah dipilih untuk
ditemu bual. Mereka telah ditemu bual berdasarkan soalan-soalan yang disediakan
oleh pengkaji.

Borang soal selidik dalam kajian ini telah dijawab oleh penduduk di Jalan Teratai
60 hingga Jalan 75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor. Borang soal silidik ini
031006-04-0049

berbentuk soalan tertutup. Butiran bentuk tertutup ialah butiran yang berhendakan
jawapan pendek seperti “Ya” atau “Tidak” , atau memilih pilihan-pilihan yang telah
disediakan. Rasional menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk mendapat
jawapan yang berbeza-beza, mudah dibandingkan, diproses dan dianalisiskan.

Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan
Bahagian C. Bahagian A berkaitan dengan maklumat demografi. Bahagian B
merangkumi soalan yang berkaitan dengan jenis makanan yang dimakan semasa
makan besar Tahun Baru Cina dalam kalangan masyarakat cina di Jalan Teratai 60
hingga Jalan Teratai 75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor. Dalam bahagian ini,
responden diberi skala dua aras iaitu Ya dan Tidak sahaja. Bahagian C pula
merangkumi soalan yang berkaitan dengan faktor makanan masyarakat Cina semasa
Makan Besar Tahun Baru Cina semakin dilupai dalam kalangan masyarakat Cina di
Jalan Teratai 60 hingga Jalan Teratai 75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor.
Kajian ini menggunakan skala likert empat aras iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju
dan sangat tidak setuju. Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada penduduk
semasa waktu petang.

Menerusi temu bual, pengkaji menemubual 3 orang penduduk yang tinggal di Jalan
Teratai 60 hingga Jalan Teratai 75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor. Pengkaji
menyediakan borang temu bual yang mengandungi 5 soalan berstruktur. Tujuan
utama temu bual ini adalah untuk mengenal pasti jenis makanan yang dimakan
semasa makan besar Tahun Baru Cina dalam kalangan masyarakat dan faktor
makanan masyarakat Cina semasa Makan Besar Tahun Baru Cina semakin dilupai
dalam kalangan masyarakat cina di Jalan Teratai 60 hingga Jalan Teratai 75, Taman
Johor Jaya, Johor Bahru, Johor. Pengkaji mengadakan sesi temu bual dengan
mengunjungi rumah penduduk untuk mengadakan sesi temu bual.

Pemerhatian telah dilakukan dengan membuat lawatan ke lokasi kajian. Dalam


proses pemerhatian, gambar-gambar yang relevan telah diambil. Pengkaji telah
mengunjungi ke rumah jiran untuk memerhatian cara menyedia makanan Tahun Baru
Cina.

Pengkaji telah memperoleh banyak maklumat daripada bahan ilmiah seperti buku-
buku, kamus, sumber internet yang berkaitan dengan makanan tradisi semasa Makan
031006-04-0049

Besar Tahun Baru Cina. Sumber rujukan adalah penting untuk melihat hasil dapatan
terdahulu.

Pengkaji telah menggunakan pelbagai buku yang berkaitan dengan tajuk yang
dipilih oleh pengkaji. Terdapat pelbagai maklumat telah diperoleh oleh pengkaji
daripada beberapa buah buku bagi menambah lagi maklumat dalam kajian ini.

Pengkaji telah merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) untuk
mendapat definisi perkataan-perkataan tertentu dengan tepat dan terperinci. Melalui
kaedah ini, pengkaji telah berjaya menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.

Pengkaji melayari internet untuk mencari sumber maklumat yang berkaitan dengan
tajuk kajian ini seperti berita internet. google map dan sebagainya. Kaedah internet
banyak membantu dalam menyempurnakan kerja kursus ini.

Selepas mengumpulkan borang soal selidik, penganalisis data dan penilaian telah
dijalankan. Dalam borang soal selidik bahagian A, data yang diperolah dibahagikan
kepada jantina, etnik, adakah responden akan balik rumah untuk makan besar
bersama ahli keluarga sempena Tahun Baru Cina dan bila waktu makan besar.
Dalam bahagian B, kaedah statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data
yang berbentuk skala dua aras. Analisis deskriptif bertujuan untuk memberikan
gambaran tentang sesuatu data. Data yang telah diperoleh daripada analisis ini
dipersembahkan delam bentuk kekerapan, peratusan, jadual, graf dan carta.

Metodologi yang jelas amat penting sebelum menjalankan sesuatu kajian. Hal ini
kerana kualiti kajian itu bergantung kepada ketepatan penggunaan kaedah yang sesuai
dengan objektif yang ditetapkan oleh penyelidik.Metodologi yang menggunakan
Teknik yang betul dan bersistematik depat menghasilkan dapatan kajian yang
mempunyai kesahan dan nilai yang tinggi. Oleh sebab itu, pengkaji akan mengikut
amalan kajian yang ketat dengan menepata prosedur kutipan data dan instrument yang
telah dikenal pasti dalam proses menyiapkan kajian ini.
031006-04-0049

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas


responden terhadap soal selidik yang berkaitan jenis makanan yang dimakan semasa
makan besar Tahun Baru Cina dan faktor makanan masyarakat Cina semasa Makan
Besar Tahun Baru Cina semakin dilupai dalam kalangan masyarakat Cina di Jalan
Teratai 60 hingga Jalan Teratai 75, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor.
Persempalan responden yang terdiri daripada masyarakat Cina di Jalan Teratai 65
hingga Jalan 75 yang dipilih secara rawak. Pemilihan secara rawak dapat mewujudkan
variasi pendapat yang berlainan latar belakang.

Berdasarkan jadual 1 dan rajah 1 menunjukkan responden yang terdiri deripada 30


orang masyarakat Cina yang tinggal di Jalan Teratai. Dari 30 orang responden yang
telah disoal selidik, seramai 10 orang responden adalah lelaki bersamaan dengan 33%
dan seramai 20 orang responden adalah perempuan bersamaan dengan 67%. Baripada
matlumat ini, didapati perempuan lebih berfahami tentang makanan semasa makanan
besar Tahun Baru Cina dan lebih berminat untuk menjawab soal selidik. Hal ini
mungkin disebabkan perempuan biasa akan membantu ibu bapa memasak semasa
penyediaan makanan makan besar Tahun Baru Cina.

Berdasarkan Jadual 2 dan Rajah 2 di atas menunjukkan responden yang terdiri


daripada 30 orang masyarakat Cina yang tinggal di Jalan Teratai 60 hingga Jalan 75.
Dari jumlah tersebut, seramai 4 orang responden ialah etnik cantonese bersamaan
dengan 13 %. Seterusnya, Terdapat 20% daripada responden adalah etnik hakka iaitu
6 orang. Selain itu, kekerapan bagi etnik Hainan dan hokian masing-masing ialah 7
orang dan 8 orang dan peratusnya masing-masing ialah 23% dan 27%. Di samping
itu, didapati seramai 5 orang responden daripadanya ialah etnik Teochew dan
peratusnya ialah 17%. Dalam semua responden tidak dapat etnik lain-lain. Data ini
menunjukkan penduduk di Teratai adalah daripada pelbagai etnik dan kelima-lima
etnik ini sebagai etnik utama dalam kawasan ini.

Berdasarkan Jadual 3 dan Rajah 3 di atas menunjukkan responden yang terdiri


daripada 30 orang masyarakat Cina yang tinggal di Jalan Teratai 60 hingga Jalan 75.
Daripada sejumlah 30 orang responden tersebut terdapat 30 orang responden iaitu
100% akan akan balik rumah untuk makan besar bersama ahli keluarga sempena
Tahun Baru Cina. Hal ini demikian kerana makan besar semasa Tahun Baru Cina
merupakan tradisi untuk kaum Cina yang diwarisi daripada zaman dulu ini juga
031006-04-0049

manjadi budaya yang istimewa bagi kaum Cina dan terdapat semua masyarakat Cina
di kawasan Teratai pada zaman sekarang masih mangamal warisi budaya tersebut,

Berdasarkan Jadual 4 dan Rajah 4 di atas menunjukkan responden yang terdiri


daripada 30 orang masyarakat yang tinggal di Jalan Teratai 60 hingga Jalan 75.
Daripada 30 orang tersebut terdapat paling banyak responden akan makan pada waktu
pagi iaitu 13 orang responden bersamaan dengan 43% deripada 30 orang
responden.Selain itu kekerapan responden yang akan makan pada waktu petang dan
waktu malam masing-masing ialah 6 orang dan 11 orang iaitu 20% dan 37%.
Daripada maklumat tersebut terdapat waktu pagi adalah waktu yang paling banyak
orang akan makan besar dengan ahli keluarga. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan
kaum Cina akan menyembah nenk moyang yang telah meninggal dunia dan akan
makan besar selapas penyembahan. Juga terdapat banyak orang akan makan besar
pada waktu malam disebabkan perlu nenunggu ahli keluarga yang balik dari negeri
atau negara lain.

Berdasarkan gambar Rajah di atas, terdapat Yee Shang adalah makanan yang
paling ramai orang akan memilih semasa makan besar iaitu sebanyak 28 oang
bersamaan dengan 93%. Hal ini demikian kerana Yee Shang dalam budaya Cina
dipercayai dapat memperpaduankan ahli keluarga dan melancarkan kehidupan pada
tahun semasa. Yee Shang juga dipilih kerana ia berwarna-warni membawa maksud
kehidupan tahun semasa akan menarik. Seterusnya, terdapat seramai 16 orang yang
memilih Dumpling sebagai makanan makan besar dan 14 orang tidak akan
memilihnya. Didapati kekerapan orang yang akan memilih dan kekerapan orang yang
tidak akan memilih makanan dumpling amat seimbang dengan ditunjukkan dengan
peritus iaitu 53% dan 47%. Juga didapati masyarakat Cina akan letak syiling delam
beberapa biji dumpling dan orang yang dapat memakan dumpling yang ada syiling
dipercayai akan nasib baik pada tahun semasa.

Selain itu, kekerapan responden yang akan memilih Tang Yuan sebagai makanan
semasa makan besar juga amat banyak iaitu sebanyak 24 orang bersamaan dengan
80%. Hal ini demikian, kerana bentuk dumpling adalah bulat, dalam budaya
masyarakat Cina ia bermaksud ahli keluarge akan sentiasa perpaduan dan dapat
mengeratkan hubungan ahli keluarga. Biasanya rasa Tang Yuan adalah manis kerana
dipercayai kehidupan yang akan dihadapi pada masa depan adalah lancar dan baik. Di
031006-04-0049

samping itu, terdapat 20 orang responden yang akan memilih Ikan Sweet Sour
sebagai makanan semasa makan besar dan 10 orang tidak akan memilihnya. Hal ini
kerana dalam budaya masyarakat Cina ikan dipercayi dapat menambahkan
penabungan, kerana bacaan ikan dalam Bahasa Cina sama dengan ketinggalan
bermaksud wang bagi setiap tahun akan tinggal lagi lebih dan tidak akan guna habis.
Jadi dalam masyarakat Cina merekan biasa akan memasak seekor ikan pada sebelum
satu hari Tahun Baru Cina dan meninggalkan sampai hari kedua dengan bermaksud
ketinggalan bagi kekayaan.

Selain daripadanya, juga terdapat Udang Sweet Sour yang akan menjadi pilihan
makanan semasa makan besar Tahun Baru Cina iaitu 11 orang daripada 30 orang.
Orang yang memilih makanan ini sebagai makanan makan besar amat sedikit kerana
terdapat Ikan Sweet Sour sebagai makanan dan perisa dua makanan ini amat dekat
jadi mereka akan memilih makanan lain. Responden yang memilih makanan ini juga
disebabkan selepas udang dimasak akan menunjukkan warna merah yang bermaksud
“Ang Ang” dalam masyarakat Cina dan depercayai merah dapat membawa perkara
yang baik pada tahun semasa. Daripada gambar rajah tersebut, kita juga dapat tahu
bahawa sebanyak 19 orang akan memilih Mee Goreng sebagai makanan semasa
makan besar dan 11 orang tidak akan memilih makanan tersebut. Terdapat kekerapan
responden yang memilih makanan tersebut lebih daripada kekerapan yang tidak
memilih makanan tersebut. Hal ini demikian kerana mee yang digunakan dalam mee
goreng adalah sangat pajang dengan dipercayai oleh kebanyakan masyarakat Cina
bahawa ia dapat berumur panjang untuk orang tua dalam rumah. Jadi apabila suatu
kekeluarga mempunyai orang tua mereka akan menyediakan makanan tersebut
semasa makan besar Tahun Baru Cina.

Seterusnya, bagi makanan “Chun Juan”/Popia terdapat 9 orang responden yang


memilih chun juan sebagai makanan semasa makan besar Tahun Baru Cina iaitu lebih
kurang daripada bilangan responden yang tidak memilih makanan ini sebanyak 12
orang. Terdapat responden yang memilih makanan tersebut disebabkan dalam budaya
masyarakat Cina “Chun Juan” dipercayai dapat membawa kesihatan kepada ahli
keluarga. Selain itu, terdapat “Nian Gao”/Pulut mempunyai 22 orang responden
yang memilihnya iaitu sebanyak 73% daripada semua responden. Bilangan yang
memilih makanan ini semasa Tahun Baru Cina disebabkan dalam budaya masyarakat
031006-04-0049

Cina makanan ini dipercayai dapat panjang umur disebabkan bacaan makanan ini
dalam Bahasa Cina amat sama dengan Bacaan panjang umur.

Di samping itu, bagi “Poon Chooi” merupakan makanan yang paling sedikit
responden yang akan makan semasa makan besar Tahun Baru Cina iaitu 5 orang
sahaja dan seramai 25 orang tidak akan memilihnya. Hal ini demikian kerana
makanan ini biasanya dimakan oleh etnik cantonese tetapi juga ada segelintir etnik
akan makannya. Dan dalam Budaya maasyarakat Cina bagi etnik contonese makanan
ini dipercayai dapat mengeratkan hubungan ahli keluarga seperti makanan itu yang
letak semua sayur-sayuran dalam satu mangkuk. Bagi makanan Rebung terdapat
sebanyak 20 orang responden yang akan memakan semasa makan besar bersamaan
dengan 67% yang amat banyak dan 10 orang yang tidak akan makan. Dalam budaya
masyarakat Cina rebung dipercayai akan membawa kesan kepada kehidupan semasa
akan semakin baik. Hal ini kerana bentuk rebung dan buluh adalah sebahagian demi
sebahagian dan semakin tinggi menunjukkan yang baru akan lebih baik.

Berdasarkan gambar rajah di atas, terdapat paling banyak responden adalah setuju
dengan faktor ini iaitu 50% daripadanya.Bilangan responden yang sangat tidak setuju
dan tidak setuju masing-masing ialah 4 dan 1 orang. Manakala sebanyak 10 orang
adalah sangat setuju bahawa faktor ini. Min bagi faktor ini adalah 3.03.

Daripada matlumat ini, kita dapat tahu bahawa responden adalah setuju dengan
faktor ini. Hal ini demikian kerana pada masa kini sekeliling sedah membuka pelbagai
kedai makanan yang pelbagai budaya dan biasanya golongan remaja akan memilih
makanan yang lebih moden dan masakan segara seperti KFC, Mcd dan pelbagainya.

Berdasarkan rajah di atas, didapat tahu bahawa bilangan responden bagi setuju dan
sangat setuju bagi faktor ini adalah sama iaitu 13 orang bersamaan 43%. Manakala
bilangan responden bagi sangat tidak setuju dan tidak setuju masing-masing ialah 3
dan 1 orang. Min bagi faktor ini adalah 3.2.

Daripada maklumat tersebut, kita dapat tahu bahawa responden setuju dengan
faktor ini. Hal ini demikian kerana biasanya penyediaan makanan tersebut adalah
disediakan oleh ibu bapa kita apabila generasi baru tidak belajar dengan mereka, cara
tersebut akan semakin dilupai. Juga disebabkan oleh kehidupan masyarakat sekarang
sudah senang tidak perlu masak sendiri jadi kebanyakan generasi baru tidak pandai
memasak.
031006-04-0049
031006-04-0049

Berdasarkan gambar rajah di atas, menunjukkan bilangan responden yang sangat


tidak setuju dan tidak setuju adalah sama iaitu 1 orang bersamaan 3%. Manakala
paling ramai responden adalah setuju dengan faktor ini iaitu 16 orang dan seramai 12
orang adalah sangat setuju kepada faktor ini. Min bagi faktor ini adalah 3.27.

Pada masyarkat kina, amat bersaing dan kos hidup tinggi. Jadi kebanyakan generasi
moden akan sibuk dengan mencari rezeki sampai tidak ada masa untuk memasak.
Oleh itu, generasi moden akan tidak ada tenaga untuk memasak dan mereka akan beli
terus makanan di luar yang pelbagai budaya, lama-lamanya makanan masyarakat Cina
akan semakin dilupai.

Berdasarkan gambar rajah di atas, responden yang sangat setuju dengan faktor
ini adalah paling banyak iaitu 14 orang bersamaan 47% dan kedua ialah setuju iaitu
10 orang bersamaan 33%. Seterusnya, bagi sangat tidak setuju dan tidak setuju
masing-masing ialah 1 dan 5 orang bersamaan 3% dan 17%. Min bagi faktor ini
adalah 3.23.

Responden amat setuju dengan faktor ini disebabkan generasi moden lebih suka
makanan yang moden disebabkan kebanyakan makanan moden penyediaannya
lebih senang raripada makanan tradisi. Makanan moden juga tidak memerlukan
masa yang panjang untuk sediakan.

Berdasarkan Jadual di atas, hanya 1 orang sangat tidak setuju kepada faktor ini.
Responden yang tidak setuju dan setuju masing-masing seramai 4 dan 11 orang
bersamaan 13% dan 37%. Terdapat paling banyak responden yang sangat setuju
dengan faktor ini iaitu sebanyak 14 bersamaan 47%. Min bagi faktor ini ialah 3.27.

Daripada ini kita dapat tuhu bahawa responden adalah setuju dengan faktor ini,
pada masyarakat sekarang semua orang adalah menuntut kesenangan jadi
kebanyakan mereka akan memilih pergi ke restoran dan tidak memasak sendiri, jadi
lama-lamanya mereka akan melupai makanan masyarakat Cina.

Berdasarkan gambar rajah di atas, terdapat respenden yang setuju dengan faktor
ini adalah paling tinggi iaitu 12 orang bersamaan 40%. Bagi responden yang sangat
setuju dan tidak setuju adalah sama iaitu 9 orang dan tidak dapat responden yang
sangat tidak setuju. Min bagi faktor ini ialah 3.00.
031006-04-0049

Daripada data ini kita dapat tahu bahawa responden adalah setuju kepada faktor
ini. Penyediaan makanan masyarakat Cina biasanya memerlukan langkah yang
banyak dan susah. Jadi masyarakat Cina akan memilih makanan yang senang untuk
makan semasa makan besar lama-lamanya makanan tertentu akan semakin dilupai.

Berdasarkan gambar rajah dibawah, terdapat responden yang setuju kepada


faktor ini adalah paling banyak iaitu 20 orang bersamaan 67%. Bagi kekerapan
tidak setuju dan sangat setuju masing-masing ialah 2 dan 8 orang serta tidak dapat
responden yang sangat tidak setuju. Min faktor ini ialah 3.13.

Makanan masyarakat Cina semasa Tahun Baru Cina memerlukan bahan yang
banyak dan biasanya masyarakat Cina tidak menyediakan makanan tersebut
disebabkan memerlukan bahan yang banyak. Contohnya, bagi “Poon Chooi”
sekurang-kurang memerlukan 9 jenis sayur-sayuran atau daging yang berbeza.

Berdasarkan gambar rajah diatas, responden yang setuju dan sangat setuju
kekerapannya adalah sama iaitu 13 orang bersamaan 43%.Manakala bilangan
responden bagi sangat tidak setuju dan tidak setuju masing-masing ialah 1 dan 3
orang, Min faktor ini ialah 3.27.

Responden amat setuju kepada faktor ini, kerana resepi makana akan diubahsuai
mengikut suka pemasak atau ahli keluarga. Apabila resepi tersebut berubah lama-
lananya masyarakat Cina akan melupai resepi asal bagi makanan tradisi tersebut.
Selain itu, resepi sesuatu makanan juga akan dipengaruhi oleh busaya
sekelilingnya.

Berdasarkan jadual 8 di atas, pengkaji telah menjalankan temu bual melalui


merawat ke rumah informen yang tinggal di kawasan teratai. Terdapat lima soalan
yang telah ditanya oleh pengkaji terhadap ketiga-tiga informan. Soalan pertama
ialah adakah anda makan besar dengan ahli keluarga semasa Tahun Baru Cina?
Soalan kedua ialah bilakah waktu anda makan besar bersama dengan ahli keluarga?
Soalan ketiga ialah apakah makanan yang akan wajib ada semasa makan besar?
Soalan keempat ialah adakah anda akan menyediakan makanan sendiri atau pergi
restoran? Soalan kelima ialah pada pandangan awak, mengapa makanan tradisi
masyarakat cina semakin dilupai.
031006-04-0049

Bagi soalan pertama, saya telah mendapati ketiga-tiga informan akan makan besar
dengan ahli keluarganya semasa Tahun Baru Cina. Seterusnya, untuk soalan yang
kedua informan 1 dan 2 akan makan besar pada waktu pagi, manakala imforman 3
akan makan besar pada waktu malam.

Selain itu, untuk sealan tiga, inferman 1 akan memakan Yee Shang, periuk panas
dan BBQ disebabkan ketiga-tiga makanan ini akan berkumpul dengan dekat dan
mengeratkan hubungan ahli keluarga. Bagi informan 2 dia akan memakan Dumpling,
Popia, Nasi Goreng, Mee Goreng, Ayam Bakar, Ikan Goreng dan Rebung.
Disebabkan makanan tersebut dipercayai akan membawa kesan positif bagi tahun
semasa. Manakala informan 3 akan makan Mee Goreng, Ayam Goreng, Ikan Goreng,
Kari , Soup ABC, Udang Bijirin.

Di samping itu, untuk soalan yang keempat. Informan 1 akan pergi ke restoran
untuk makan besar, manakala informan 2 dan 3 akan masak sendiri dengan sebab
lebih murah dan sihat. Untuk soalan yang terakhir pendapatan inferman 1 ialah
makanan tradisi masyarakat Cina terlalu susah untuk masak disebabkan ia
memerlukan bahan yang banyak dan langkah yang rumit. Pada pendapatan informan
2, genarasi moden pada masa kini keluh suka makanan budaya lain seperti makanan
Jepun dan Korea. Pada pendapatan informan 3, resepi bagi makanan tradisi adalah
susah kerana terdapat pelbagai jenis resepi yang berbeza dan guna bahan yang
berbeza.

a Bagi kaedah pemerhatian pengkaji telah mengunjugi kepada rumah jiran dan
mengkaji cara memasak Mee Goreng yang akan dimakan untuk hari jadi jirannya.
Bagi Mee Goreng terdapat juga boleh dimakan semasa hari jadi masyarakat Cina
dengan dipercayai akan mambawa kesihatan dan berumur panjang. Dengan
pemerhatian ini, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa penyediaan makanan
tradisi masyarakat Cina memerlukan bahan yang amat banyak dan lebih susah untuk
masak. Selain itu, walaupun makanan tertentu adalah makanan untuk Tahun Baru
Cina tetepi juga boleh mendapat dan makan peda hari biasa seperti ikan sweet sour,
udang sweet sour, mee goreng dan lain-lain.

You might also like