Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR ‘SANTAI MINDA’

1.0      PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak  pengalaman”, maka Sekolah
Menengah Kebangsaan Setia Wangsa telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke
Mentakab. Program seumpama ini merupakan program tahunan bagi pelajar Tingkatan 5 bagi tujuan
merehatkan minda mereka sebelum menghadapi SPM 2019 . Ia juga merupakan satu program yang
amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada
pelajar-pelajar sekolah. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif
untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan
pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.

2.0      RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara
langsung kepada pelajar-pelajar sekolah menengah. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka
untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini
merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi
kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0     OBJEKTIF
1.      Semoga program ini dapat menenangkan fikiran dan perasaan pelajar sebagai persediaan
mereka untuk menjawap peperiksaan SPM 2019
2. Dapat memberi keyakinan kepada pelajar-pelajar untuk berhadapan dengan dunia luar dan
masyarakat.
3. Membina keyakinan diri melalui aktiviti sosial yang bersesuaian.
4.     Merapatkan ukhwah pelajar dengan guru sebelum mereka menamatkan alam persekolahan.

4.0       DESTINASI
            Mentakab, Pahang
           
5.0       PERLAKSANAAN LAWATAN
           
            Tarikh         : 02 Oktober 2019
           Hari                 : Rabu
            Masa               : 7.00 pagi – 7.00 petang

6.0       KUMPULAN SASARAN
Program ini disasarkan kepada pelajar Tingkatan 5 yang berminat seramai 80 pelajar.

7.0      KUTIPAN

KUTIPAN JUMLAH       


Kutipan pelajar 80 x RM 50 RM    4000.00  
Kutipan Guru   8 x RM 50 RM      400.00         

JUMLAH RM    4400.00  

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI JUMLAH


Bas     2 x RM 800.00 RM     1600.00
Bayaran tiket masuk panggung 80 x RM 20.00 (murid) RM    1600.00
dan main bowling
  8 x RM 20.00 (guru) RM      160.00
Makanan 80 x RM10.00 (pelajar) RM     800.00
8 X RM10.00 (guru) RM        80.00
Air Mineral RM        160.00
JUMLAH RM     4400.00

9.0    AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En Saharin Bin


(Pengetua)
Naib Pengerusi :  En Nizam
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi II : En Azman Bin Ishak
(Penolong Kanan KO)
Setiausaha : Pn Marlesa Bt Abdul Malikarimallah
Bendahari :
AJK Dokumentasi :
AJK Pengangkutan :

AJK Makanan dan Minuman :

    

10.0    TENTATIF LAWATAN

07.00 AM – 10.00 AM         BERTOLAK KE MENTAKAB MALL


10.00 AM – 10.30 AM         MAKAN PAGI
10.30 AM - 12.30 PM        TAYANGAN
12.30 PM - 1.30 PM            LUNCH DAN SOLAT
01.30 PM - 3.00 PM           BOWLING
03.00 PM                  BERTOLAK BALIK
06.00 PM                               DIJANGKA SAMPAI DI SMK SETIA WANGSA

11.0    PENUTUP

Besar harapan kami semoga program ini dapat berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak dan
terlaksana dengan jayanya. Melalui program lawatan ini diharap dapat mencapai objektif yang
dirancang iaitu memberi penghargaan kepada pelajar Tingkatan 5 yang penat bertungkus lumus
dalam pembelajaran dan persediaan mental kepada mereka untuk menghadapi SPM nanti.
Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan.
Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini. InsyaAllah..
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Diluluskan oleh,

(MARLESA AB MALIK) (EN AZMAN ISHAK)


Kaunselor GPK KOKU

You might also like