Kertas Kerja HKS 2019

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SMK RAJA LUMU,

PELABUHAN KLANG

KERTAS CADANGAN
HARI KOPERASI SEKOLAH
ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI
SEKOLAH (AKKS) 2019

KOPERASI SMK RAJA LUMU


PELABUHAN KLANG BERHAD
KERTAS CADANGAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2019
KOPERASI SMK RAJA LUMU PELABUHAN KLANG BERHAD

1.0 PENDAHULUAN
Koperasi SMK Raja Lumu, Pelabuhan Klang Berhad akan menganjurkan Sambutan
Hari Koperasi Sekolah (HKS). Adalah diharap dengan terlaksananya program ini, ia
akan dapat membantu  meningkatkan kemahiran asas murid-murid dalam
menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan melalui kelab/persatuan/kelas masing-
masing.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG


Mulai tahun 2017, Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah diubah format penganjuran
apabila sambutan HKS dimasukkan dalam penilaian Anugerah Kecemerlangan
Koperasi Sekolah (AKKS) 2017. Suatu garis panduan AKKS 2017 disediakan sebagai
panduan kepada pihak pengurusan koperasi sekolah untuk menganjurkan
kepelbagaian aktiviti perniagaan dan sambutan HKS dengan lebih mudah dan teratur.
Hal ini demikian membolehkan pihak koperasi melaksanakan HKS peringkat sekolah
dengan jayanya. Sambutan HKS di peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk
memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan
koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik murid-murid supaya
mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

3.0 OBJEKTIF
Antara objektif sambutan HKS adalah :
3.1 Menghebahkan kewujudan dan peranan koperasi sekolah dalam kalangan
warga sekolah dan masyarakat.
3.2 Menggembleng penyertaan menyeluruh, pelajar, guru, kakitangan, PIBG dan
masyarakat setempat.
3.3 Mendedahkan pengetahuan perniagaan kepada pelajar serta menarik minat
pelajar dalam bidang perniagaan.
3.4 Memupuk daya kreatif dan inovatif budaya perniagaan dalam kalangan
pelajar. ·
3.5 Melahirkan lebih ramai para peniaga dan usahawan muda.
4.0 PELAKSANAAN
Tarikh / Hari : 13 September 2019 / Jumaat
Tempat                : Dataran Perhimpunan SMK Raja Lumu
Tema                    : Koperasi Pemangkin Kecemerlangan Aktiviti Sekolah

5.0 SASARAN
Semua warga SMK Raja Lumu.

6.0 SENARAI  AHLI JAWATANKUASA


6.1 Jawatankuasa Induk
            Pengerusi                           : En. Safiruddin B. Saud
Pengetua SMK Raja Lumu
Timbalan Pengerusi I      : Pn. Faridah Binti Esa
                                                                  Penolong Kanan Ko Kurikulum
Timbalan Pengerusi II  : Pn. Azwin Fairuz Bt. Ajidan
                                                        Penolong Kanan Petang
Setiausaha   : Pn. Khairunnisa Bt. Md Naim
Naib Setiausaha : Pn. Siti Aisah Bt. Junus
Bendahari : Pn. Azlina Bt. Mohd. Noor
AJK : Pn. Nor. Adreen Binti Md. Desa
: Pn. Maznah Binti Mohd Jan
:Pn. Low Bee Chun
: Pn. Hafizah Binti Ahmad

6.2 Jawatankuasa Pelaksana


                                                    
Bil. Jawatankuasa Perincian Tugas Guru terlibat
1. Setiausaha Hari Koperasi 1. Mengurus perjalanan aktiviti Pn Khairunnisa Md Naim
/jualan  sepanjang program /
majlis perasmian / Gimik
perasmian
2. Memberi taklimat kepada
semua guru penasihat Badan
Beruniform mengenai aktiviti
jualan yang dijalankan. 
3. Mengedarkan borang
penyertaan gerai kepada semua
guru penasihat Badan Berunifom
4. Sentiasa berhubung dengan
semua AJK untuk mendapatkan
maklumat semasa tentang
perjalanan aktiviti
5. Berbincang dengan Penyelaras
dalam  menyediakan atur cara
majlis perasmian .
6. Memastikan  dokumentasi siap
dalam tempoh 2 minggu selepas
program dijalankan.
7. Menguruskan urusan surat
menyurat
Penolong Setiausaha 1. Menyediakan kertas kerja Pn siti Aisah Junus
2.Membantu Pengurus program
menyusun dan menyelaras
aktiviti / gerai jualan sebelum,
semasa dan selepas selesai 
aktiviti dijalankan
3. Merangka format dokumentasi
, laporan aktiviti dan borang
penyertaan aktiviti/jualan

Bendahari 1.Menyediakan anggaran Pn Azlina Mohd. Noor


perbelanjaan
2.Menyediakan laporan
perbelanjaan
3.Membantu
Penyelaras/Pengurus Program
menyelaras aktiviti jualan /
gerai /tugas-tugas khas.
4. Berhubung dengan pihak
pegerai luar yang berminat untuk
membuka gerai jualan.
Buku aturcara/phamplet 1.Menyediakan phamplet majlis. Pn Low Bee Chun
Gimik Pelancaran 1.Menyediakan gimik pelancaran Pn.Sawiah Mohamad
yang sesuai. Rashid
Pengacara Majlis 1.Menyediakan teks ucapan dan Pn Arifah Mat Hussin
mengacarakan majlis Pn Salina Ahmad Shah
Bacaan Doa 1.Membaca doa pada permulaan Ustaz Mohd Zaki
majlis.
Fotografi 1.Merakam peristiwa sepanjang En.Saharuddin Sahabudin
majlis
Pengurus tapak gerai 1. Memastikan peralatan seperti Pn Nor Adreen Md Desa
meja kerusi yang diperlukan Pn Azlina Mohd Noor
untuk setiap gerai mencukupi.
2. Menyediakan borang yang
lengkap untuk memantau
bilangan meja dan kerusi yang
diambil oleh setiap gerai
dipulangkan mengikut bilangan
yang diambil serta merekod
deposit yang diberi mengikut
bilangan meja dan kerusi yang
diperlukan.
3.Menyediakan borang bagi
pemilihan menu dan jenis jualan.
4.Menentukan jualan makanan
dan permainan yang sesuai bagi
setiap unit beuniform.
5.Menyediakan pelan kedudukan
gerai makanan/permaianan.
6.Membuat undian untuk
kedudukan gerai
makanan/permainan.
Persiapan tapak gerai 1.Memastikan bilangan kerusi Pn Hafizah Ahmad
makanan dan permainan dan meja dipulangkan dengan Guru Penasihat Unit
keadaan sama seperti yang Beruniform
diterima
2.Memastikan keadaan tapak
jualan/ permainan sentiasa
bersih, sesuai dan selamat untuk
aktiviti jual beli.
3.Bertanggungjawab sekiranya
berlaku sebarang perkara di
premis jualan/permainan.
Backdrop/ Banner 1.Memastikan backdrop/banner Pn Rohan Ida Saswaliza
bersesuaian ditempah sebelum Zolkifeli
Hari Koperasi En Hassan Shahadan
2.Mengemas backdrop/banner
selepas tamat majlis
Siaraya 1.Menyediakan dan memastikan En Ayob Abu Hassan
alat siaraya berfungsi dengan Pengawas
baik.
Kebersihan 1.Memastikan persekitaran Pn. Norfadhilah Ramli
sekolah sentiasa bersih. Pn Nor Tahirah Abd
2.Menyediakan plastik sampah Ghani
ditempat-tempat yang sesuai.
Hadiah & Sijil Penghargaan 1.Menyediakan sijil / cenderahati Pn Maznah Mohd Jan
penghargaan kepada koperator Cik Norizzaidah Abu
terbaik dan koperator sekolah. Bakar
Senarai guru penasihat Unit Beruniform yang terlibat dengan jualan
makanan/permainan.

Bil. Badan Beruniform Guru terlibat


1. KRS Pn Monalisa Razali (K)
Pn Sivasangari a/p Kanesin
Pn Ruhayati Mohd Hanafi
En.Jailani Abdul
2. Kadet Bomba Pn Syajaratuddur Abd hamid (K)
Pn Rosliza Ab Samat
Pn Roslinda Yaakub
Pn Noraini Kamarudin
3. Pandu Puteri Pn Khadijah Ahmad (K)
Pn Ainurrahmah Zakaria
Pn Raja Nur Ain Raja Abu Bakar
Pn Puguneswary a/p Belayuzan
4. BSMM Cik Chia Lay Huang (K)
Cik S.Ruwiah Roup
Pn Nur Syahida Mohd Lukman5
5. St.John’s Ambulan Pn Toh Soo Hua (K)
Pn.Soo Hong Tin
Pn Seleby a/p M.Suppiah
Pn.Liew Pooi Lai
Pn Irtiza Sairi.
6. Kadet Polis Pn. Massuriati Cha (K)
Pn Robiah Md Zain
Pn Lim Siew Eng
Pn Nurunnadiah A. Rahman
7. Pengakap Pn Fauziah Mohamad Shah (K)
Pn Hafizah Ahmad
Pn Khairunnisa Md.Naim
Pn. Siti Aisah Junus
7.0 TENTATIF PROGRAM

7.00 pagi : Persiapan Perhimpunan


7.30 pagi : Majlis Perasmian Hari Koperasi Sekolah
 Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
 Bacaan Doa
 Pembacaan Perutusan YB Menteri Pendidikan Malaysia
Dibaca Oleh Pengawas Koperasi
 Pembacaan Perutusan YB Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Dibaca Oleh
Pengawas Koperasi
 Pembacaan Perutusan Presiden ANGKASA oleh Wakil
ALK  
 Gimik Perasmian Sempena Hari Koperasi Sekolah
 Penyampaian Anugerah Koperator Terbaik dan
Pelanggan dengan jumlah belian terbanyak
 Penyampaian Cenderahati kepada semua Koperator
sekolah
8.00 pagi : Jualan  gerai / pertandingan permainan bermula
Aktiviti pelajar bermula mengikut stesen yang telah diagihkan
12.30 tghari : Jualan  gerai tamat

8.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Tindakan


1. Mesyuarat Hari Koperasi 2019 7 Ogos 2019 Su Koperasi
2. Hebahan Hari Koperasi kepada 29 ogos 2019 SU Koperasi
guru-guru
3. Mesyuarat ke 2 gerak kerja 5 September 2019 SU Koperasi
Hari Koperasi bersama AJK
dan Ketua penasihat unit
beruniform.
4. Pelaksanaan Hari Koperasi 13 September 2019 Semua Ajk dan
2019 Guru terlibat
5. Post moterm dan Dokumentasi 20-26 September AJK Hari Koperasi
Hari Koperasi 2019 2019
6. Menghantar laporan Hari 27 September 2019 SU Koperasi
Koperasi 2019 kepada pihak
ANGKASA
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Harga seunit Jumlah


Bil Butir-butir Kuantiti
(RM) (RM)
1 `Banner ‘ dan Bunting 3 50.00   150.00
2 Sijil dan cenderahati Koperator 16 20.00 320.00
3 Peralatan Gimik Pelancaran 1 200.00 200.00
4 Peralatan untuk Dokumentasi 50.00
5 Tofi Koperator Terbaik 4 25.00 100.00
JUMLAH 820.00

10.0 CADANGAN SUMBER KEWANGAN


10.1 Tabung Koperasi
10.2 Anggaran sumber pendapatan :
- Sewa tapak gerai untuk Unit Beruniform = RM30 X 11 = RM330
- Sewa tapak gerai untuk pihak luar = RM50 + Komisen (10% daripada
keuntungan yang diperoleh pada hari jualan tersebut).
10.3 Pinjaman Modal untuk gerai makanan / permainan.
- Sumber dari PIBG = (Makanan) RM 300 X 7 = RM2100
( Permaianan) RM 100 X 4 = RM 400
Jumlah = RM 2500
                                        
11.0 PENUTUP
Melalui program ini diharapkan dapat memupuk minat para pelajar untuk menceburi
bidang perniagaan dan meningkatkan kemahiran mereka tentang selok-belok
perniagaan. Di samping itu juga, usaha murni ini diharapkan dapat membantu kelab /
persatuan untuk menjana pendapatan bagi menggerakkan aktiviti masing-masing.
Disediakan oleh :                                                                                            

…………………………….
(KHAIRUNNISA MD NAIM)
Penolong Setiausaha,
Koperasi SMK Raja Lumu Pelabuhan Klang Berhad      
                                                                                       
Disemak oleh :

…………………………………………..
(PN. FARIDAH BT ESA)                    
Timbalan Pengerusi I
Koperasi SMK Raja Lumu Pelabuhan Klang Berhad 

Disahkan oleh ;

…………………………………………….
(EN. SAFIRUDDIN BIN SAUD)
Pengerusi
Koperasi SMK Raja Lumu Pelabuhan Klang Berhad 

     

You might also like