DLP Bahasa Melayu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

OBJEKTIF DLP

1. Memberi peluang meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid melalui pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik.

2. Memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses bagi penerokaan pelbagai bidang ilmu
untuk bersaing pada peringkat global.

3. Meningkatkan kebolehpasaran murid dalam alam pekerjaan

KRITERIA SEKOLAH UNTUK MELAKSANAKAN DLP

1. Sekolah mempunyai sumber yang mencukupi

– Sekolah mempunyai guru yang memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengajar mata pelajaran
bidang Sains dan/atau matematik dalam Bahasa Inggeris.

– Sekolah hendaklah mempunyai bilik darjah dan/atau bilik-bilik khas yang mencukupi untuk
melaksanakan PdP DLP.

2. Pengetua/Guru Besar (PGB) mempunyai perancangan untuk melaksanakan DLP

– PGB hendaklah mengadakan perbincangan bersama-sama guru dengan bimbingan Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) untuk menyediakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek yang merangkumi
aspek seperti guru, murid, bilik darjah, dan sumber PdP bagi memastikan keberkesanan dan
kelangsungan pelaksanaan DLP di peringkat sekolah.

3. Permohonan daripada ibu bapa/penjaga

– Sekolah hendaklah menerima sekurang-kurangnya 15 permohonan secara bertulis daripada ibu


bapa/penjaga sebelum kelas yang melaksanakan DLP boleh dibuka.

– Ibu bapa/penjaga yang memohon perlu dimaklumkan jika bilangan permohonan adalah tidak
mencukupi bagi pembukaan kelas yang melaksanakan DLP.

4. Pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

– Peratus pencapaian Tahap Penguasaan Minimum Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu
Penulisan UPSR dan gred purata mata pelajaran (GPMP) Bahasa Melayu SPM sekolah bagi tahun
sebelumnya hendaklah menyamai atau lebih baik daripada pencapaian yang ditetapkan oleh KPM.
KELEBIHAN PROGRAM

1. Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris terutamanya mereka yang berbahasa Inggeris di rumah.

2. Meningkatkan daya ingatan murid bagi mereka yang mempunyai daya ingatan yang tinggi.

3. Mempersiapkan murid untuk pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi menggunakan bahasa
Inggeris.

PENETAPAN MATA PELAJARAN DLP

a) Peringkat Sekolah Rendah

i. Sains

ii. Matematik

b) Peringkat Menengah Rendah

i. Sains

ii. Matematik

c) Peringkat Menengah Atas

i. Sains

ii. Sains Tambahan

iii. Fizik

iv. Kimia

v. Biologi

vi. Matematik

vii. Matematik Tambahan

APA KATA PELAJAR TERHADAP IMPLEMENTASI DLP? *

*Petikan temu bual diambil daripada satu kajian oleh Edwin Moses dan Indira Malani (2019)

1. “Lebih mudah untuk belajar di universiti nanti kerana pembelajaran di sana menggunakan Bahasa
Inggeris”

Tahukah anda, setiap kursus yang ditawarkan di universiti mempunyai peratusan yang tinggi untuk
diajar dalam Bahasa Inggeris. Hal ini kerana universiti tidak terhad kepada mengajar bumiputera sahaja.
Pelajar daripada pelbagai negara akan turut menghadiri kelas di sini dan Bahasa Inggeris merupakan
bahasa yang paling sesuai untuk digunakan oleh pensyarah.

2. “Bahasa Inggeris menarik untuk belajar, dan saya dapat faham dengan mudah. Mungkin sebab saya
selalu cakap Bahasa Inggeris di rumah.”

Bahasa Inggeris boleh menjadi menarik apabila anda mula belajar. Tidak ada syarat khusus untuk
mengungkapkan “Saya seronok”. Keseronokan dalam pembelajaran hanya tertakluk kepada apa yang
anda suka dan Bahasa Inggeris semestinya satu bahasa yang seronok untuk dipelajari.

3. “Saya mahu meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris saya.”

Siapa berusaha pasti berjaya. Kajian mendapati meningkatkan pendedahan Bahasa Inggeris terhadap
pelajar dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam menguasai Bahasa Inggeris. Dengan perlaksanaan
DLP, para pelajar perlu menggunakan Bahasa Inggeris untuk menulis dan/atau bercakap bagi subjek
yang terlibat dengan DLP. Dengan itu, kemahiran mereka dalam Bahasa Inggeris akan bertambah.

4. “Ia (Bahasa Inggeris) merupakan bahasa universal. Jadi bila anda mengembara mengelilingi dunia,
anda perlu guna Bahasa Inggeris, bukan (Bahasa) Melayu.”

Umum mengetahui Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling banyak dituturkan di seluruh dunia.
Dianggarkan sebanyak 1.5 bilion orang di dunia yang menuturkan Bahasa Inggeris. Sekiranya anak anda
berhasrat untuk ke luar negara satu hari nanti, menyediakan mereka dengan kemahiran berbahasa
Inggeris dapat membantu memudahkan urusan mereka nanti.

You might also like